1. Topik
7
Proses
Memperoleh
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti enam sebab anda perlukan maklumat;
2. Menghuraikan konsep dan tiga komponen Perpustakaan Digital
TSDAS; dan
3. Menjelaskan lima langkah memperoleh maklumat berdasarkan proses
aliran maklumat.
PENGENALAN
Di dalam sesebuah perpustakaan tradisional, pengguna menggunakan kad
katalog untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan. Justeru, pengumpulan
maklumat adalah satu proses yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan
kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan sistem
berkomputer di dalam perpustakaan, proses pengumpulan maklumat menjadi
lebih rumit. Ini adalah kerana, pengguna perlu mengetahui cara untuk
menggunakan sistem tersebut terlebih dahulu sebelum mampu mendapatkan
maklumat. Oleh itu, program pendidikan pengguna seperti modul ini adalah
penting kerana tidak kira betapa canggih sesuatu sistem perpustakaan elektronik
itu atau berharganya koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan, jika
perpustakaan tidak boleh digunakan secara berkesan, ia tidak akan bermakna.
Apabila pengguna tidak dapat mengoptimumkan penggunaan perpustakaan,
pembelajaran menjadi tidak cekap kerana ketidakupayaan pelajar untuk
mengumpul maklumat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran. Oleh kerana kualiti
pengajian bergantung kepada cara pelajar mengumpul dan memproses
2. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
168
maklumat untuk pengetahuan, langkah-langkah pembelajaran yang terlibat
dalam pengumpulan maklumat (mendapatkan, mengumpul, menilai, memilih,
menyusun dan menyatukan maklumat) adalah penting.
Oleh itu, topik ini akan membantu anda memahami langkah-langkah
pengumpulan maklumat tersebut. Topik ini juga membentangkan aliran
maklumat yang mewakili langkah-langkah dalam proses pengumpulan
maklumat. Langkah-langkah ini adalah berkesan untuk digunakan di dalam
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi.
MENGAPA ANDA PERLUKAN
MAKLUMAT?
7.1
Untuk lebih fokus terhadap tugasan yang diberikan dalam kursus adalah amat
penting untuk anda jika anda mempunyai maklumat yang lengkap berkaitannya.
Ini mencerminkan tujuan dan perancangan anda. Sebagai pelajar OUM, anda
memerlukan maklumat atas sebab-sebab berikut:
(a) Untuk melengkapkan modul kursus anda;
(b) Sebagai persediaan untuk perbincangan di dalam kelas dan tutorial di atas
talian;
(c) Menghasilkan tugasan dalam bentuk kertas projek, kajian kes, laporan dan
sebagainya;
(d) Persediaan untuk peperiksaan lisan dan bertulis;
(e) Memperluaskan pengetahuan mata pelajaran dan pengetahuan am anda,
sekali gus menambahkan nilai kepada pembelajaran anda; dan
(f) Memuaskan rasa ingin tahu dan keperluan anda dalam mencari ilmu.
Dalam usaha menjadi seorang pelajar berjaya, anda bukan sahaja perlu
menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik tetapi juga perlu
berpengetahuan, adalah kreatif, asli dan inovatif dalam pemikiran anda.
Cuba anda bayangkan, di dalam kelas yang mengandungi 20 orang pelajar,
setiap pelajar diberikan lima buah buku yang sama yang telah ditetapkan oleh
tutor. Ini bermakna, semua tugasan anda akan mengandungi maklumat
daripada lima buah buku ini sahaja. Ia akan membosankan tutor anda untuk
menilai 20 kertas projek yang serupa. Anda pula mungkin akan mendapat gred
yang sama dengan rakan sekelas. Walau bagaimanapun, jika terdapat lima
pelajar yang membaca lima buku atau artikel-artikel tambahan, maka tugasan
3. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
169
kumpulan ini akan menjadi lebih asli dan bermaklumat daripada tugasan 15
pelajar lain. Apatah lagi, jika anda seorang sahaja yang membaca lima buku
tambahan itu. Tugasan anda berpotensi menjadi yang paling asal dan
bermaklumat.
Maklumat yang anda telah kumpul daripada kesemua bahan bacaan mestilah
kreatif dan inovatif, tidak kira sama ada kertas projek, perbincangan atau
peperiksaan. Ini bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran anda lebih
produktif tetapi juga membolehkan anda maju dan menjadi seorang pelajar yang
arif boleh mengguna dan memproses maklumat dengan bebas dan tidak hanya
pasif menerima apa-apa yang telah ditulis oleh orang lain. Ini adalah penting jika
anda berhasrat untuk menjadi seorang pelajar yang lebih menonjol.
DI MANA ANDA MENDAPATKAN
MAKLUMAT?
Maklumat boleh didapati di mana-mana sahaja secara formal, seperti daripada
kuliah, tutorial, buku, surat khabar, ucapan, radio, televisyen dan sebagainya. Ia
juga boleh didapati secara tidak formal daripada perbualan, gosip, nota peribadi,
memo, khabar angin dan sebagainya. Topik ini akan memberikan tumpuan
kepada jenis maklumat yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda yang
pada dasarnya berkaitan dengan kerja kursus dan tugasan anda.
Ledakan maklumat telah menghasilkan jumlah maklumat yang besar dan boleh
diakses melalui komputer pada bila-bila masa. Maklumat boleh didapati melalui
pelbagai media (seperti media cetak, elektronik, CD-ROM, audio-video), format
(contohnya buku, jurnal, novel, laporan penyelidikan, laporan syarikat, tesis,
kertas persidangan, mikrofom, laman web) dan skrip (contohnya Roman, Arab,
Cina, Tamil).
Ledakan maklumat ini akan menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari
maklumat yang diperlukan melainkan jika ia disusun secara teratur dan
sistematik. Walaupun maklumat boleh didapati di mana sahaja, tempat yang
paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi tujuan pembelajaran ialah di
perpustakaan.
Di OUM, kami mempunyai sebuah perpustakaan digital yang dilengkapi dengan
beberapa sumber maklumat yang terbaik. Perpustakaan Digital TSDAS adalah
tempat terbaik untuk mengumpul maklumat kerana ia bukan sahaja
menghubungkan anda kepada perpustakaan lain di Malaysia dan bahagian lain
di dunia, malah ia juga menyediakan pelbagai bahan berkaitan dengan kursus-kursus
anda.
7.2
4. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
170
Akhir sekali, oleh kerana ia adalah sebuah perpustakaan digital, anda boleh
mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki di dalam
perpustakaan. Dengan menggunakan perpustakaan digital, anda boleh
memperoleh banyak manfaat, terutamanya sebagai pelajar OUM. Sepanjang
penggunaan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan
meningkatkan kemahiran asas seperti berikut:
(a) Kemahiran Mengakses Maklumat
(i) Mencari dan mendapatkan semula maklumat yang relevan.
(ii) Menilai dan memilih maklumat.
(b) Kemahiran untuk Capaian Maklumat
Untuk mengakses koleksi elektronik Perpustakaan Digital TSDAS serta
Internet, anda perlu mempunyai beberapa kemahiran asas dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan pangkalan data yang
berikut secara kerap dapat membantu membangunkan kemahiran anda
dan melengkapkan anda dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk
mempelajari kemahiran:
(i) Online Public Access Catalog (OPAC);
(ii) Pangkalan data elektronik (e-buku dan e-jurnal); dan
(iii) Laman web Internet.
SEMAK KENDIRI 7.1
Berikan secara ringkas, enam sebab mengapa pelajar OUM perlukan
maklumat.
AKTIVITI 7.1
Fikirkan kepentingan maklumat dalam kehidupan anda. Pilih satu hari
dalam kehidupan anda dan sediakan senarai tentang cara anda
menguruskan maklumat di rumah. Tuliskan esei mengenainya.
5. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
171
MENGGUNA PERPUSTAKAAN DIGITAL
TSDAS UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT
7.3
Penubuhan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) adalah
bertujuan menyokong pengajaran and pembelajaran melalui koleksi buku-buku
fizikal dan pangkalan data di atas talian yang mengandungi e-buku and e-jurnal.
Anda akan didedahkan kepada komponen-komponen Perpustakaan Digital
TDAS di dalam subtopik ini.
7.3.1 Apakah Perpustakaan Digital?
Perpustakaan digital menyediakan satu set kandungan digital dan perkhidmatan
yang boleh diakses melalui rangkaian sistem elektronik. Pada ketika ini, adalah
sukar untuk mencari perpustakaan yang digital sepenuhnya kerana
kebanyakannya mempunyai koleksi cetak yang terlalu berharga untuk dibuang
atau terlalu mahal untuk didigitalkan. Walau bagaimanapun, Perpustakaan
Digital TSDAS mempunyai pilihan buku-buku elektronik yang komprehensif.
7.3.2 Komponen Perpustakaan Digital
Perpustakaan Digital TSDAS terdiri daripada tiga komponen utama iaitu:
(a) Infrastruktur teknikal yang terdiri daripada perkakasan dan perisian;
(b) Pengetahuan pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan data
komersial dan in-house; dan
(c) Pendidikan pengguna.
Sila lihat Rajah 7.1 untuk maklumat terperinci tiga komponen itu.
6. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
172
Rajah 7.1: Tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS
SEMAK KENDIRI 7.2
Jelaskan tiga komponen perpustakaan Digital TSDAS.
ALIRAN MAKLUMAT
7.4
Untuk memulakan tugasan atau kertas penyelidikan anda, anda boleh
menggunakan Aliran Maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Ia
menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil.
7. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
173
Rajah 7.2: Aliran maklumat OUM
Sekarang, mari kita lihat perjalanan langkah-langkah tersebut.
8. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
174
Langkah 1: Mengenal pasti dan menganalisis topik.
Langkah 2: Mengenal pasti sumber-sumber maklumat dan sumber yang
berkaitan dengan topik.
Langkah 3: Menggunakan strategi carian yang sesuai untuk mendapatkan
hasil yang maksimum, iaitu bahan maklumat yang paling sesuai.
Langkah 4: Menilai dan memilih maklumat yang relevan dengan topik.
Langkah 5: Membentangkan maklumat yang berkenaan seperti yang
dikehendaki oleh topik dalam format bertulis, PowerPoint atau
lisan.
AKTIVITI 7.2
Ilustrasikan cara anda menggunakan Aliran Maklumat bagi menyiapkan
tugasan anda. Tajuk tugasan anda ialah „Pembelajaran Sepanjang Hayat
Bermula Di Sekolah‰. Bincangkan.
7.4.1 Kenal Pasti dan Analisis Sesuatu Topik Tugasan
Dalam mengenal pasti topik tugasan, tanya diri anda apakah isu-isu dan sub isu.
Topik tugasan diberikan di sini. Gunakan topik ini untuk membimbing anda
secara sistematik melalui Aliran Maklumat.
Topik:
Pemasaran dalam talian membantu prestasi sesebuah syarikat ke arah yang
lebih kompetitif berbanding pemasaran tradisional. Bincangkan topik ini
dalam konteks perniagaan yang global.
Berikut adalah apa yang telah dikenal pasti sebagai tajuk utama dan subtopik.
Topik utama: Pemasaran Dalam Talian
Subtopik: Subtopik 1 Pemasaran Tradisional
Subtopik 2 Globalisasi Perniagaan
Subtopik 3 Persaingan dalam Perniagaan
Setelah melakukan ini, anda boleh bergerak kepada langkah seterusnya, iaitu
mengenal pasti maklumat.
9. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
175
7.4.2 Mengenal Pasti Maklumat
Terdapat dua perkara yang anda perlu ambil berat di sini, iaitu:
(a) Mengenal Pasti Sumber Maklumat
Dalam seksyen ini, anda akan diajar jenis sumber dan cara untuk mengenali
maklumat.
(i) Jenis Sumber Maklumat
Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang anda perlu baca untuk
mengumpulkan maklumat bagi tugasan anda. Ini melibatkan:
Buku;
Jurnal artikel;
Bab di dalam buku;
Kertas persidangan; dan
Laman sesawang.
Pada asasnya, sumber-sumber maklumat boleh didapati dalam format
bercetak dan digital. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu salah satu
daripada yang lain? Lihat Jadual 7.1 dan kenal pasti perbezaan dan
persamaan dalam Sumber Maklumat yang didapati dalam format bercetak
dan elektronik. Kami cadangkan agar anda lakukan Aktiviti 7.3.
Jadual 7.1: Contoh Senarai Bacaan yang Boleh Dirujuk
Senarai
Bacaan Sumber
Buku (format
elektronik)
Allen, C., Kania, D., Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing:
Build a relationship marketing strategy one customer at a time
(2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital Collection).
Buku (format
bercetak)
Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your
business-to-business global marketing strategy. London: Kogan Page.
Artikel dalam
jurnal (format
elektronik)
Kargoankar, P., Wolin, L. D. (2002). Web usage, advertising and
shopping: Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking
and Policy, 12(2), 191-204. In Emerald (OUM Digital Collection).
Bab dalam
buku (format
elektronik)
Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; Chapter 12
in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and marketing (3rd ed.). Boston,
Mass.: Premier Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection).
10. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
176
Bab dalam
buku (format
bercetak)
Cruise, J. T., Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in creating
learning material. In J. L. Hunters M. K. Brown (Eds.), Multimedia:
Applications and implications (2nd ed., pp. 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi
Press.
Kertas
persidangan
(format
elektronik)
Wedde, H., Lisehka, M. (2001, May). Modular authorization. Paper
presented at the 6th ACM Symposium on Access Control Models and
Technologies; proceedings. In ACM (OUM Digital Collection).
AKTIVITI 7.3
Senaraikan perbezaan antara buku bercetak dengan buku elektronik.
Rujuk kepada Jadual 7.1.
(b) Mengenal Pasti Pangkalan Data
Di dalam Perpustakaan Digital TSDAS, sumber maklumat yang sebenarnya
datang dari pangkalan data yang mengandungi petikan bibliografi. Sumber
maklumat adalah dalam bentuk buku atau teks artikel jurnal yang penuh.
Pangkalan data dapat dibangunkan di dalam OPAC atau bersifat komersial
untuk dilanggan. Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pangkalan data
seperti berikut:
(i) Pangkalan Data Tempatan
Berikut adalah pangkalan data yang dibangunkan:
OPAC
(ii) Pangkalan Data Elektronik Komersial
Berikut adalah pangkalan data elektronik komersial. Ia dibahagikan
kepada e-buku dan e-jurnal. Pangkalan data ini kerap dikemaskinikan.
Contoh pangkalan data e-buku ialah Ebrary, Books24x7 dan X referplus
(merujuk kepada Jadual 7.2). Pangkalan data ini juga kerap
dikemaskinikan. Manakala Jadual 7.3 dan Jadual 7.4 menjelaskan
pangkalan data elektronik untuk jurnal serta bahan-bahan lain.
11. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
177
Jadual 7.2: Pangkalan Data Elektronik Komersial untuk Buku
Pangkalan Data Liputan
Books24x7 Perniagaan, kewangan, teknologi maklumat dan teknikal.
Credo Reference Bahan rujukan seperti kamus umum, ensaiklopedia dan sebagainya.
Ebrary Pelbagai disiplin seperti bahasa dan teknologi.
Gale Virtual
Reference Library
Ensaiklopedia dan rujukan pakar seperti perubatan, sains dan
budaya.
InfoSci-Books Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi.
InfoSecurityNetBase Kawalan maklumat.
ITKnowledgeBase E-Perdagangan, komputer, aplikasi, dan sebagainya.
MosbyÊs Nursing
Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan.
SpringerLink Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi.
Jadual 7.3: Pangkalan Data Elektronik untuk Jurnal
Pangkalan Data Liputan
ACM Digital Library Sains komputer, matematik dan kejuruteraan.
CINAHL Database Kejururawatan dan kesihatan terapan.
EBSCO
Perniagaan, pengurusan, kewangan, akaun,
Academic Source Premier
ekonomi antarabangsa dan sebagainya.
Business Source Premier
Business Source Complete
Regional Business News
EBSCO
Communication and Mass
Media
Kemasyarakatan dan sains sosial.
EBSCO
ERIC
Pendidikan.
EdITLib Teknologi pendidikan dan E-Pembelajaran.
Emerald Pemasaran, sumber manusia, pengurusan
maklumat dan perpustakaan.
InformaWorld Pembelajaran jarak jauh.
12. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
178
InfoTrac OneFile Pelbagai disiplin.
OBHE (The Observatory on
Borderless Higher Education)
Pendidikan tinggi.
ProQuest
Education Journals
ERIC
Pendidikan.
MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita
kejururawatan.
SpringerLink Pelbagai disiplin.
Jadual 7.4: Pangkalan Data Elektronik untuk Bahan-bahan Lain
Pangkalan Data Liputan
ProQuest Digital Dissertation Tesis dan disertasi bagi semua kursus.
NSTP E-Media Akses daripada penerbitan akhbar New Straits Times.
MediaBanc Akhbar dan majalah tempatan terpilih.
BLIS Pangkalan data Bernama yang khusus untuk pasaran,
ekonomi dan perindustrian.
LawNet Teks autoritatif tentang undang-undang Malaysia.
7.4.3 Strategi untuk Capaian Maklumat
Sekarang, anda telah dapat mengenal pasti sumber dan pangkalan data anda.
Bagaimanakah anda mencari sumber maklumat tertentu daripada pangkalan data?
Langkah pertama untuk mencari maklumat adalah dengan menentukan sama
ada maklumat dicari di OPAC atau mana-mana pangkalan data e-buku atau e-jurnal.
Untuk melakukannya, anda perlu tahu tentang strategi carian.
(a) Apakah Strategi Carian?
Strategi carian adalah „pelan tindakan‰ untuk mendapatkan semula
maklumat. Strategi carian yang betul akan dapat menjimatkan masa dan
membolehkan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber diambil
daripada pelbagai pangkalan data.
13. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
179
Strategi carian adalah kritikal untuk mencari maklumat kerana ia:
(i) Memerlukan anda menganalisa topik;
(ii) Membantu anda mengenal pasti maklumat yang diperlukan; dan
(iii) Membantu anda mencari maklumat yang paling relevan.
(b) Jenis Strategi Carian
Pada dasarnya terdapat empat jenis strategi carian (lihat Rajah 7.3):
(i) Carian pengarang;
(ii) Carian tajuk;
(iii) Carian subjek; dan
(iv) Carian kata kunci.
Anda akan menggunakan empat jenis strategi carian untuk mencari
maklumat dalam pangkalan data, iaitu, OPAC, e-buku atau pangkalan data
e-jurnal.
Rajah 7.3: Empat jenis strategi carian
(i) Carian Berdasarkan Pengarang
Jika anda tahu nama pengarang, cari nama pengarang itu dengan
menggunakan panduan berikut. Ia boleh digunakan untuk pengarang
peribadi dan korporat.
14. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
180
Panduan 1: Pengarang Peribadi
Carian untuk
Nama Barat Roland S. Barth BARTH, Roland S.
Nama Cina Khoo Boo Teik KHOO, Boo Teik
Francis Loh Kok Wah LOH, Kok Wah Francis
Nama Melayu Ahmad Ibrahim AHMAD Ibrahim
Nik Rahimah NIK Rahimah
Nik Yaacob Nik Yaacob
Tan Sri Abdullah ABDULLAH Sanusi
Sanusi Ahmad Ahmad Tan Sri
Nama India Ramon V. Navaratnam NAVARATNAM,
Ramon
P. Sellapan SELLAPAN, P.
Nama Sikh Abtar Kaur ABTAR Kaur
Harjeet Singh HARJEET Singh
Devindar Kaur Chall CHALL, Devindar
Kaur
Panduan 2: Pengarang Korporat
Carian untuk
Jabatan Perangkaan Malaysia MALAYSIA. Jabatan
Perangkaan
Universiti Malaya UNIVERSITI Malaya
Bank Negara Malaysia BANK Negara Malaysia
Institut Pengurusan Malaysia MALAYSIAN. Institut
Pengurusan Malaysia
Institut Strategik dan INSTITUT Strategik dan
Pengajian Antarabangsa Malaysia Pengajian Antarabangsa
(Malaysia)
(ii) Carian Berdasarkan Tajuk
Carian berdasarkan tajuk digunakan jika anda tahu tajuk buku
atau jurnal.
(iii) Carian Berdasarkan Subjek
Carian berdasarkan subjek dijalankan apabila anda tidak
mempunyai maklumat mengenai pengarang atau tajuk tetapi
anda hanya tahu subjek.
15. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
181
(iv) Carian Berdasarkan Kata Kunci
Carian berdasarkan kata kunci adalah strategi carian yang
paling berkesan apabila anda tidak mencari perkara tertentu.
Strategi ini adalah sangat berguna untuk mencari pangkalan
data elektronik dan maklumat Internet, iaitu mencari maklumat
untuk tugasan anda. Sila rujuk Contoh 7.1 yang menunjukkan
cara menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat.
Contoh 7.1: Langkah-langkah dalam Merangka Strategi Carian Kata Kunci
1. Memahami Topik Tugasan
Memahami topik tugasan anda dan fokus topik.
Kenal pasti perkataan-perkataan dan ungkapan yang sukar. Guna kamus dan
ensaiklopedia untuk menerangkan dan memahami topik.
2. Menggubal/Bina Pernyataan Penyelidikan
Ringkaskan topik dalam satu kenyataan pendek mengenai masalah anda dengan
memberikan tumpuan kepada konsep utama sahaja.
Topik Tugasan
Pemasaran atas talian akan membantu untuk menjadikan syarikat itu lebih kompetitif
daripada pemasaran tradisional. Bincangkan topik dalam konteks globalisasi
perniagaan.
Pernyataan masalah: Daya saing pemasaran dalam talian
3. Analisis untuk Mengenal Pasti Idea Utama
(a) Pecahkan soalan kepada konsep utama. Topik utama boleh dibahagikan kepada
beberapa subtopik. Contoh, penyataan masalah boleh dibahagikan kepada dua
subtopik seperti digariskan berikut:
Daya saing pemasaran atas talian
(b) Mengenal pasti kata kunci untuk setiap konsep/subtopik:
(i) Membangunkan satu senarai istilah carian dan perkataan yang berkaitan
dengan subtopik.
(ii) Menggunakan ensaiklopedia atau tesaurus untuk mendapatkan terma
yang berkaitan dan sinonim untuk digunakan dalam carian.
(iii) Menggunakan terma yang lebih luas atau istilah-istilah sains untuk
mencapai keputusan yang lebih baik.
16. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
182
Pemasaran Internet Daya Saing
Pemasaran atas talian
Pemasaran jaringan
e-pemasaran
e-dagang-pengiklanan
e-perniagaan
Penghantaran surat
Kelebihan
Daya saing
Kelebihan
Strategi Perniagaan
Faedah
Keuntungan
Konsep-konsep utama biasanya kata nama dan bukannya kata adjektif
4. Pilih dan Hubungkan Kata Kunci dengan Penyambung Boolean
Penyambung Boolean membantu untuk mengecilkan atau meluaskan carian anda
dan memberikan carian yang lebih tepat dengan menggabungkan kata kunci, frasa
atau terma. Penyambung Boolean yang paling biasa ialah DAN, ATAU dan BUKAN.
Penyambung Boolean DAN, ATAU dan BUKAN digunakan untuk menggabungkan
istilah carian bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan semua penyambung Boolean dalam
satu carian kenyataan. Anda hanya perlu menggunakan penyambung yang terbaik
untuk setiap carian.
(a) Penghubung Boolean DAN
Penyambung Boolean „DAN‰ digunakan untuk menggabungkan lebih daripada
satu kata kunci. Sebagai contoh, jika anda mahu maklumat mengenai pemasaran
dan internet, anda akan menggunakan „DAN‰. Menggunakan Boolean „DAN‰
akan menghapuskan semua maklumat am mengenai pemasaran dan akan
mengecilkan carian anda untuk memilih maklumat mengenai pemasaran internet.
Rajah 7.4 memberikan anda gambaran yang lebih jelas.
Rajah 7.4: Penggunaan penyambung Boolean „DAN‰
17. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
183
(b) Penghubung Boolean ATAU
Jika keputusan carian anda adalah terlalu sedikit atau anda mahu artikel atau
buku tambahan, gunakan penyambung Boolean ATAU untuk menyambung
sinonim kata kunci. Ini akan meluaskan carian anda dan meningkatkan jumlah
maklumat anda. Penyambung Boolean ATAU membolehkan carian dalam
konsep yang sama dengan kata-kata yang berbeza. Gunakan kurungan apabila
menggunakan penyambung Boolean ATAU dalam satu carian.
Sebagai contoh, anda mahu mencari e-perniagaan dan juga e-dagang. Gunakan
„ATAU‰ untuk meningkatkan keputusan carian (rujuk Rajah 7.5).
Rajah 7.5: Penggunaan penyambung Boolean „ATAU‰
Ini menunjukkan bahawa maklumat mengenai kedua-dua istilah akan
diperolehi. Ini akan meningkatkan keputusan carian.
(c) Penyambung Boolean BUKAN
Penyambung Boolean BUKAN juga mengecilkan carian. Ia digunakan untuk
mengecualikan aspek-aspek tertentu daripada hasil carian apabila kata kunci
tertentu tidak dikehendaki. Gunakan kurungan untuk mengumpulkan
perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Penyambung Boolean BUKAN
akan mencari rekod dengan kata kunci yang pertama dan menghapuskan rekod
yang mengandungi kata kunci kedua. Sebagai contoh, anda hanya berminat
dalam pencarian yang berkaitan dengan pemasaran. Ini akan mendapatkan
maklumat mengenai pemasaran di laman sesawang dan tidak termasuk butiran
mengenai aspek peruncitan (lihat hasil akhir carian dalam Rajah 7.6).
18. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
184
Rajah 7.6: Penggunaan penyambung Boolean „BUKAN‰
Secara ringkasnya, penyambung Boolean melaksanakan fungsi-fungsi berikut
seperti dalam Jadual 7.5:
Jadual 7.5: Fungsi-fungsi Penyambung Boolean
Carian Keputusan
Pemasaran DAN internet Memerlukan SEMUA perkataan yang hadir dalam
carian. Gunakan DAN untuk konsep yang berbeza.
E-perniagaan ATAU e-dagang APA-APA perkataan ini boleh hadir dalam
keputusan. Gunakan ATAU untuk sinonim.
Pemasaran BUKAN peruncitan MENGECUALIKAN dokumen-dokumen dengan
„peruncitan‰ daripada carian.
Berikut adalah contoh penyata carian yang menggabungkan penyambung
Boolean yang berbeza:
(i) Pemasaran DAN (e-perniagaan ATAU e-dagang); dan
(ii) Internet DAN (pemasaran BUKAN peruncitan).
Topik 8 akan menerangkan kepada anda cara untuk menggunakan strategi
carian yang telah dibincangkan dalam topik ini, untuk in-house (iaitu OPAC)
dan pangkalan data komersial (iaitu e-buku dan e-jurnal) di Perpustakaan Digital
TSDAS, mahupun di Internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Bagaimana anda tahu bahawa maklumat yang anda telah perolehi adalah
relevan? Teruskan bacaan dalam Topik 9.
Akhir sekali, cara untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan telah
dibincangkan dalam Topik 5. Rujuk kepada topik tersebut untuk mengingat
kembali mengenai penyampaian maklumat.
19. TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT
185
Jika anda ingin demonstrasikan bagaimana penyambung Boolean digunakan
dalam pencarian maklumat, lawati:
http://www.waikato.ac.nz/library/learning/wise/Module2/index10.shtml.
Anda perlukan maklumat dalam pembelajaran untuk melakukan tugasan anda.
Di OUM, anda mempunyai Perpustakaan Digital TSDAS yang mempunyai
sumber maklumat yang terbaik yang dapat membantu anda mengumpul dan
mencari maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi carian.
Langkah 3, 4 dan 5 di Aliran Maklumat dibincangkan secara terperinci dalam
Topik 5, 8 dan 9.
Aliran Maklumat membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat
mengenai topik tugasan.
Maklumat sumber termasuk buku, jurnal, kertas persidangan dan laman web.
Maklumat adalah pangkalan data dengan petikan bibliografik.
Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan pangkalan data elektronik yang
mengandungi e-buku, jurnal dalam talian, tesis dan sebagainya untuk pelajar.
Terdapat empat jenis strategi carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci.
E-buku
E-jurnal
Online Public Access Catalogue
(OPAC)
Pangkalan data elektronik
Penyambung Boolean
Perpustakaan digital
Strategi carian
Sumber maklumat