1. CATATAN LAWATAN KE PAMERAN BUKU
KUMPULAN 4
1.SITI NUREEN ATIQAH
2.SITI AINA SOFEA
3.NURUL AIN
4.NURUL NADIA
5.SYASYA YUSRINA
6.FATIN NUR NATASHA
2. 12 April 2011
Pada cuti penggal yang lalu,kami berpeluang menyertai
lawatan ke pameran buku yang bertempat di kompleks PKNS,Shah
Alam. Lawatan ini anjuran Persatuan Bahasa Malaysia, Sk.Sungai
Rawang. Lawatan ini melibatkan 30 orang murid dan 5 orang guru
pengiring. Setiap orang pelajar dihendaki membayar wang sebanyak
RM50.
7.30 pagi
Kami berhimpun di tapak perhimpunan sekolah untuk mendengar
taklimat daripada guru pengiring tentang peraturan sewaktu lawatan
tersebut dijalankan.Sebelum bertolak,kami bersarapan di kantin
sekolah sebagai alas perut semasa perjalanan supaya tidak berasa
kelaparan.
8.00 pagi
Bas tiba tepat pada waktunya. Sebelum menaiki bas kami
beratur untuk mengelakkan kemalangan. Sepanjang perjalanan, kami
terpegun melihat keindahan bandar Shah Alam yang dikenali dengan
jolokan ‘Bandar Anggerik’, tetapi apabila tiba di pusat bandar,kami tidak
berapa selesa dengan kesibukan lalu lintas di situ.Mujurlah kami
tinggal di kampung ,suasananya aman dan permai tidak seperti di
bandar.
3. 11.00 pagi
Rombongan kami tiba di Dataran Kompleks PKNS.Shah Alam.Kami
melihat orang ramai berpusu –pusu untuk masuk ke pameran buku tersebut.Kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya tidak terpisah.Setiap kumpulan
mempunyai seorang guru pengiring.
1.30 tengah hari
Kami terdengar laungan azan dan guru pengiring memanggil
kami untuk bersolat Zohor secara berjemaah bagi peserta yang beragama islam di
masjid yang berhampiran .Selepas bersolat, kami berkumpul semula dan pergi
makan tengah hari di restoran dengan menggunakan duit yang kami bayar untuk
lawatan tersebut.
2.30 petang
Kami kembali ke pameran buku tersebut dan melihat terdapat banyak
buku yang dipamerkan antaranya,buku cerita,novel,surat khabar dan
sebagainya.Kami berpeluang membeli buku latihan UPSR kerana pada tahun ini
kami akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Tidak ketinggalan
juga, kami menyertai beberapa pertandingan antaranya
bercerita,mendeklamasikan sajak,pidato dan banyak lagi.
4. 3.30 petang
Kami tidak menyangka bahawa kami diumumukan sebagai
pemenang dalam semua pertandingan.Kami berasa sangat gembira.Setelah
selesai menyertai pertandingan dan memilih buku,kami dipanggil untuk
berkumpul di Dataran Kompleks PKNS untuk bertolak pulang .
5.00 petang
Setibanya kami di sekolah,ramai ibu bapa yang menunggu di luar
pagar untuk mengambil anak-anak mereka.Kami berharap agar dapat pergi ke
lawatan pameran buku untuk yang kali keduanya.