• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Ramadhan  Datang  Lagi
 

Ramadhan Datang Lagi

on

  • 4,581 views

Tugasan seorang Muslim dalam bulan Ramadhan

Tugasan seorang Muslim dalam bulan Ramadhan

Statistics

Views

Total Views
4,581
Views on SlideShare
4,560
Embed Views
21

Actions

Likes
5
Downloads
231
Comments
0

3 Embeds 21

http://anilzamaziz.wordpress.com 19
http://aanuar80.blogspot.com 1
http://webcache.googleusercontent.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ramadhan  Datang  Lagi Ramadhan Datang Lagi Presentation Transcript

    •   bahang ramadhan kian terasa saat syaaban menampil diri dan tanpa sedar berlari meninggalkan kita merentas hari dan waktu tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan panjang kehidupan
    •   ramadhan bakal datang menjengah diri dalam rekahan nafsu insan yang bergelodak sepanjang musim dalam diam meriak kesedaran buat mukmin yang patuh pada yang maha khalik
    •   ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir...
    •   syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...
    • 4.00 a.m.
      • Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
      • “ Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
      • Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
      • Mandi dan membersihkan diri.
      • Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 4.20 a.m.
      • Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
        • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
        • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
        • Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
      •  
      • Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
        • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
        • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
        • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 4.20 a.m.
      • Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
        • Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
        • Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
        • Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
      •  
      • Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
      •  
      • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 5.00 a.m.
      • Makan sahur
      • Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 5.30 a.m.
      • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
      •  
      • Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 7.00 a.m.
      • Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. 
      • Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati. 
      • Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 10.00 a.m.
      • Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
      • Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
        •   Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 12.45
      • Bersiap untuk solat Zohor.
      • Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
      • Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 4.15 p.m.
      • Bersedia untuk solat Asar.
      • Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
      • Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 5.30 p.m.
      • Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 6.30 p.m.
      • Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
      • Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
      • “ Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
      • Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
      • Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
      • maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 8.00 p.m.
      • Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
      • Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan 
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    • 11.00 p.m.
      • Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
      • “ Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.  
      • Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
      • Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
      JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
    •