SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
BAHAGIAN KEWANGAN,

                     KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

                                               2011




                                      GARIS PANDUAN

                     BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

                                  RM100 KEPADA MURID



                                          TAHUN 2012




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid   1
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100
                             KEPADA MURID TAHUN 2012


1.     PENDAHULUAN


       Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
       Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun
       2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan
       peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas
       Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5
       bagi sesi persekolahan tahun 2012.


2.     OBJEKTIF


       Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal
       tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana
       pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan
       untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada
       bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.


3.     KRITERIA KELAYAKAN


       3.1     Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5
               sesi persekolahan 2012.




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid         2
3.2     Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
               Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
               Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.



4.     TEMPOH PELAKSANAAN


       Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.


5.     KADAR


       Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.


6.     TANGGUNGJAWAB JABATAN


       6.1     Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


               6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang
                       Kerajaan        (KWK)       sekolah        melalui   Bank   Simpanan
                       Nasional (BSN).


               6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN
                       akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan
                       pembayaran.


               6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas
                       Awal Persekolahan.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                           3
6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
                       pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
                       kewangan yang ditetapkan.




       6.2     Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah
               (PPD)

               6.2.1 Memaklumkan               kepada        semua   sekolah   mengenai
                       pelaksanaan bantuan ini.

               6.2.2 Melaporkan            rumusan        Akuan   Penerimaan/Penolakan
                       Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1
                       berikut:


                                                       Jadual 1
                TARIKH SERAHAN
                     AKUAN
                  PENERIMAAN/
                                            TAHUN / TINGKATAN            TINDAKAN
                   PENOLAKAN
                    BAYARAN


               10 Disember 2011            Tahun 2 hingga        JPN kepada KPM
                                           tingkatan 5 sesi 2012


               10 Februari 2012            Tahun 1 sesi 2012         JPN kepada KPM




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                       4
6.2.3 Membuat           pemantauan           bagi      memastikan   pelaksanaan
                   pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
                   kewangan yang ditetapkan.


       6.3     Sekolah


               6.3.1 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan.

               6.3.2 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke
                       dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan
                       menyelenggara Akaun Subsidiari.

               6.3.3 Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh
                       sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke
                       akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas
                       nama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian
                       Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian
                       Kewangan KPM.

               6.3.4 Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan
                       secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid. Bantuan
                       hendaklah diserahkan kepada murid yang layak dalam
                       tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh
                       bantuan diterima oleh pihak sekolah.

               6.3.5 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN
                       akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan
                       pembayaran. Pihak sekolah perlu melantik 3 orang

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                          5
pegawai        kanan       yang      diberi   kuasa   untuk   tujuan
                       pengeluaran wang bantuan dari bank. Maklumat pegawai
                       berkenaan (nama, nombor kad pengenalan dan jawatan)
                       hendaklah dikemukakan kepada KPM untuk urusan
                       pembukaan akaun di BSN.

               6.3.6 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah
                       TIDAK dibenarkan.

               6.3.7 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani
                       senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan seperti di
                       Lampiran 1 yang disaksikan oleh 2 orang guru.

               6.3.8 Menghantar            rumusan        Akuan      Penerimaan/Penolakan
                       Bantuan kepada JPN seperti Jadual 2 berikut:


                                             Jadual 2
                TARIKH SERAHAN
             AKUAN PENERIMAAN/                       TAHUN /
                                                                          TINDAKAN
                   PENOLAKAN                      TINGKATAN
                     BAYARAN
             28 November 2011                Tahun 2 hingga            Sekolah kepada
                                             tingkatan 5 sesi          PPD/JPN
                                             2012
             1 Februari 2012                 Tahun 1 sesi 2012         Sekolah kepada
                                                                       PPD/JPN




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                           6
7.     TATACARA PENGELUARAN WANG


       Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah
       mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
       Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
       seperti berikut :


       7.1     Pengeluaran            wang        sehingga         RM10,000.00         oleh
               Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru;
               atau

       7.2     Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
               Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah
               keselamatan tambahan                 seperti mendapatkan perkhidmatan
               eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu
               mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.


8.     MURID BERPINDAH SEKOLAH


       Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini
       kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH
       BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang                                    perpindahan
       sekolah       murid      berkenaan.        Ini    bagi     mengelakkan    berlakunya
       pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                           7
9.     KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN


       9.1     Kekurangan Peruntukan


               Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah
               hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada
               Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan
               Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN
               kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi
               murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi
               murid tahun 1).


       9.2     Lebihan Peruntukan


               Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar
               hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
               Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,
               Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada
               31 Mac 2012.




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid           8
10.    PENUTUP


       10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan
               dan Perakaunan Sekolah.


       10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan
               Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi
               tujuan pemantauan dan pengauditan.


       10.3 Sekiranya             terdapat        sebarang         pertanyaan   berhubung
               pelaksanaan            bantuan          ini,       JPN/PPD/Sekolah    boleh
               menghubungi             Bahagian         Kewangan,        KPM    di   talian
               03-8884 7642/ 7643.




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                           9
LAMPIRAN 1



                           FORMAT SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00

NAMA SEKOLAH : ………………………………………………………..
KOD SEKOLAH     : ………………..
ALAMAT SEKOLAH: …………………………………………………………………………………………..
NO. TELEFON/FAX : ……………….              PERUNTUKAN DITERIMA : RM……………..
SEKOLAH                                PERUNTUKAN DIAGIH   : RM……………..
                                       LEBIHAN/ KURANGAN   : RM …………….

                                    MENERIMA
                                                                             NO. KAD
                                    /MENOLAK                                                              TANDATANGAN
BIL        NAMA MURID                                    NAMA PENERIMA     PENGENALAN        TARIKH
                                    TAWARAN
                                                                            PENERIMA
                                     BANTUAN




Tandatangan Guru Pembayar                       Tandatangan Saksi (Guru)         Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar

       ………………………………                                   …………………………………                     …………………………………..
Nama : ………………………………                            Nama : …………………………………              Nama : …………………………………
No. K/P : ………………………………                         No. K/P : …………………………………           No. K/P : …………………………………
Cop Sekolah: ………………………..                       Cop Sekolah: ……………………………          Cop Sekolah: ……………………………
Tarikh: ………………………………                           Tarikh: ………………………………….            Tarikh: …………………………………

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid                   10

More Related Content

Similar to Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100

Tatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuanTatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuansitiyahya5
 
Pekeliling kwapm
Pekeliling kwapmPekeliling kwapm
Pekeliling kwapmifa_cs
 
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolah
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolahPelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolah
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolahAishah Othman
 
Slide bkap 1 m rm100 2014
Slide bkap 1 m rm100 2014Slide bkap 1 m rm100 2014
Slide bkap 1 m rm100 2014hizan2304
 
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Jimmy Siow
 
Info on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveInfo on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveCikgu Syahidon
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012wan_mazri
 
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old pk koko smkwm2
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxzulkanean
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUAnnis Salwa Tajudin
 
Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Saidah Bahrin
 
Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Panji Hitam
 
Tatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkTatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkShareshares
 
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfBuku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfTANLEECHINGMoe1
 

Similar to Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100 (20)

Tatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuanTatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuan
 
Pekeliling kwapm
Pekeliling kwapmPekeliling kwapm
Pekeliling kwapm
 
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolah
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolahPelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolah
Pelaksanaan bantuan awal persekolahan 2013 utk sekolah
 
Slide bkap 1 m rm100 2014
Slide bkap 1 m rm100 2014Slide bkap 1 m rm100 2014
Slide bkap 1 m rm100 2014
 
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
 
Pcg utk MPV
Pcg utk MPVPcg utk MPV
Pcg utk MPV
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Info on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveInfo on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentive
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012
 
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
 
1317951503
13179515031317951503
1317951503
 
Bab 8 Kewangan
Bab 8 KewanganBab 8 Kewangan
Bab 8 Kewangan
 
Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6
 
Student financereport
Student financereportStudent financereport
Student financereport
 
Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012
 
Tatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkTatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpk
 
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfBuku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
 

More from Ermie Dharlya

Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)
Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)
Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)Ermie Dharlya
 
Pengiraan gaji ssm ke sbpa
Pengiraan gaji ssm ke sbpaPengiraan gaji ssm ke sbpa
Pengiraan gaji ssm ke sbpaErmie Dharlya
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 

More from Ermie Dharlya (6)

Agile
AgileAgile
Agile
 
Minggu media sosial
Minggu media sosialMinggu media sosial
Minggu media sosial
 
Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)
Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)
Pengetahuan pedagogi kandungan (pck)
 
Pengiraan gaji ssm ke sbpa
Pengiraan gaji ssm ke sbpaPengiraan gaji ssm ke sbpa
Pengiraan gaji ssm ke sbpa
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 

Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100

  • 1. BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011 GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012 Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 1
  • 2. GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012 1. PENDAHULUAN Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012. 2. OBJEKTIF Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka. 3. KRITERIA KELAYAKAN 3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2
  • 3. 3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan. 4. TEMPOH PELAKSANAAN Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja. 5. KADAR Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. TANGGUNGJAWAB JABATAN 6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). 6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran. 6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 3
  • 4. 6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan. 6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini. 6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1 berikut: Jadual 1 TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ TAHUN / TINGKATAN TINDAKAN PENOLAKAN BAYARAN 10 Disember 2011 Tahun 2 hingga JPN kepada KPM tingkatan 5 sesi 2012 10 Februari 2012 Tahun 1 sesi 2012 JPN kepada KPM Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 4
  • 5. 6.2.3 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan. 6.3 Sekolah 6.3.1 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan. 6.3.2 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan menyelenggara Akaun Subsidiari. 6.3.3 Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM. 6.3.4 Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid. Bantuan hendaklah diserahkan kepada murid yang layak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima oleh pihak sekolah. 6.3.5 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran. Pihak sekolah perlu melantik 3 orang Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 5
  • 6. pegawai kanan yang diberi kuasa untuk tujuan pengeluaran wang bantuan dari bank. Maklumat pegawai berkenaan (nama, nombor kad pengenalan dan jawatan) hendaklah dikemukakan kepada KPM untuk urusan pembukaan akaun di BSN. 6.3.6 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah TIDAK dibenarkan. 6.3.7 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan seperti di Lampiran 1 yang disaksikan oleh 2 orang guru. 6.3.8 Menghantar rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada JPN seperti Jadual 2 berikut: Jadual 2 TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ TAHUN / TINDAKAN PENOLAKAN TINGKATAN BAYARAN 28 November 2011 Tahun 2 hingga Sekolah kepada tingkatan 5 sesi PPD/JPN 2012 1 Februari 2012 Tahun 1 sesi 2012 Sekolah kepada PPD/JPN Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 6
  • 7. 7. TATACARA PENGELUARAN WANG Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut : 7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau 7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 8. MURID BERPINDAH SEKOLAH Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 7
  • 8. 9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN 9.1 Kekurangan Peruntukan Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi murid tahun 1). 9.2 Lebihan Peruntukan Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 8
  • 9. 10. PENUTUP 10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah. 10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03-8884 7642/ 7643. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 9
  • 10. LAMPIRAN 1 FORMAT SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00 NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………….. KOD SEKOLAH : ……………….. ALAMAT SEKOLAH: ………………………………………………………………………………………….. NO. TELEFON/FAX : ………………. PERUNTUKAN DITERIMA : RM…………….. SEKOLAH PERUNTUKAN DIAGIH : RM…………….. LEBIHAN/ KURANGAN : RM ……………. MENERIMA NO. KAD /MENOLAK TANDATANGAN BIL NAMA MURID NAMA PENERIMA PENGENALAN TARIKH TAWARAN PENERIMA BANTUAN Tandatangan Guru Pembayar Tandatangan Saksi (Guru) Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar ……………………………… ………………………………… ………………………………….. Nama : ……………………………… Nama : ………………………………… Nama : ………………………………… No. K/P : ……………………………… No. K/P : ………………………………… No. K/P : ………………………………… Cop Sekolah: ……………………….. Cop Sekolah: …………………………… Cop Sekolah: …………………………… Tarikh: ……………………………… Tarikh: …………………………………. Tarikh: ………………………………… Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 10