SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
Garis Panduan KWAPM 1
GARIS PANDUAN
BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
1. TUJUAN
1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai
tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM).
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah
bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak
meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian
seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan
bantuan latihan dan bimbingan.
2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007
seperti Jadual berikut:
2.3 Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama
kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am
dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB).
Jenis Bantuan
TAHUN
2006 (RM) 2007 (RM)
Bantuan
Persekolahan
200 200
Bantuan Am
Sek. Rendah = 300
Sek. Menengah = 400
Sek. Rendah = 500
Sek. Menengah = 600
Garis Panduan KWAPM 2
3. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH
3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan
Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi
menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)
yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih
bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah
(KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).
3.2 Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa
KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah
memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak
menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang
berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin
atau Miskin Tegar sahaja.
3.3 ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan
UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat
Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010
bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua
Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan
data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/
projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
4. TAFSIRAN
4.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi
rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab
atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah
tempat kediaman tersebut.
Garis Panduan KWAPM 3
4.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai
penghuni biasa di tempat kediaman.
4.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk
pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumber-
sumber berikut:
4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan,
nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen;
4.3.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau pihak
swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat
Pungutan Zakat;
4.3.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan
4.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian
atau pendapatan daripada perniagaan.
4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan
dengan bilangan Isi Rumah.
5. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM
A. Murid
5.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di
Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan
Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi
daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang
Asli/Penan, dokumen permohonan pengesahan taraf
kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA) boleh diguna pakai.
Garis Panduan KWAPM 4
5.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
5.3 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai
kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan
(PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna
pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti
berikut:
Kategori
(Lokasi/Murid)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita *
Miskin Miskin Tegar
Semenanjung
Malaysia
RM720 bulanan/RM180
perkapita
RM430 bulanan/RM100
perkapita
Sarawak
RM830 bulanan/RM190
perkapita
RM520 bulanan/RM115
perkapita
Sabah dan
Wilayah
Persekutuan
Labuan
RM960 bulanan/RM200
perkapita
RM540 bulanan/RM110
perkapita
Nota:
* Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
5.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan
(BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah
Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/
swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk
kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan
KWAPM.
5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak
dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU
oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
Garis Panduan KWAPM 5
5.7 Murid yang bertukar ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) adalah tidak layak menerima bantuan KWAPM
kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.
5.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH, pihak
sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem
tersebut.
B. Perkiraan Perkapita
5.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut:
MURID LAYAK
Kriteria Semenanjung
Sabah &
WP Labuan
Sarawak
Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00
Pendapatan Bulanan
Isi Rumah
RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00
Bilangan Isi Rumah 12 10 12
Pengiraan Perkapita
= RM1,251 / 12
= RM104.25
= RM1,251 / 10
= RM125.10
= RM1,251 / 12
= RM104.25
MURID TIDAK LAYAK
Kriteria Semenanjung
Sabah &
WP Labuan
Sarawak
Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00
Pendapatan Bulanan
Isi Rumah
RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00
Bilangan Tanggungan 6 5 6
Pengiraan Perkapita
= RM1,251 / 6
= RM208.50
= RM1,251 / 5
= RM250.20
= RM1,251 / 6
= RM208.50
Garis Panduan KWAPM 6
6. JENIS DAN KADAR BANTUAN
6.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut:
6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh
Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut:
Bil. Kelayakan Murid Jenis Bantuan Kadar Bantuan
1. Miskin
BAP
dan
BB
Sekolah Rendah:
RM 200.00 setahun
dan
*BB = RM250.00 setahun
(RM25.00 sebulan x 10 bulan)
Sekolah Menengah:
RM 300.00 setahun
dan
*BB = RM300.00 setahun
(RM30.00 sebulan x 10 bulan)
2. Miskin Tegar
BAP
dan
BB
Sekolah Rendah:
BAP = RM 200.00 setahun
dan
*BB = RM500.00 setahun
(RM50.00 sebulan x 10 bulan)
Sekolah Menengah:
BAP = RM 300.00 setahun
dan
*BB = RM600.00 setahun
(RM60.00 sebulan x 10 bulan)
* Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan
kewangan Tabung KWAPM.
Bil Jenis Bantuan Cara Agihan
1. Bantuan Am Persekolahan
(Pakaian seragam sekolah,
peralatan sekolah dan lain-lain
keperluan persekolahan murid)
a) Masuk ke akaun murid; atau
b) Barangan; atau
c) Tunai
Garis Panduan KWAPM 7
6.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke
sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan
yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan
kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran
terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama
tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan
yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah
berdaftar dengan eKASIH. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan
dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua
murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan
segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga
murid berkenaan.
7. TATACARA PERMOHONAN
7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan
disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan
bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan
permohonan.
7.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka
boleh membuat permohonan melalui laman web
http://www.ekasih.gov.my. Pembayaran bantuan KWAPM hanya
boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit
Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin
Tegar (MT).
2. * Bantuan Bulanan
(Wang saku dan lain-lain
perbelanjaan harian murid)
a) Masuk ke akaun murid; atau
b) Tunai
* Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus
Garis Panduan KWAPM 8
7.3 Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil
daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem
eKASIH.
7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak
sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang
Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan
dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid
Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid
Tahun 1 dan Tingkatan 1).
8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH
8.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa
Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat
sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini
hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan
keahlian seperti berikut:
i. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM;
ii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah);
dan
iii. Ketua Kampung (sekiranya berkaitan).
8.2 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan
Peringkat Sekolah adalah seperti berikut:
8.2.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang
tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid;
Garis Panduan KWAPM 9
8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas;
8.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima
bantuan berdasarkan senarai penerima; dan
8.2.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada
status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam
eKASIH.
8.3 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah
bertanggungjawab mematuhi kriteria dan peraturan yang
ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
8.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur
penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam
sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana
pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan
undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah).
9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN
9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau
ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak
mempunyai akaun bank.
9.2 Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN
untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank
sekolah/PPD. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank
sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat
makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM.
Garis Panduan KWAPM 10
9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat
(RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan
telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah
dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan
di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM.
9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38
hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah
dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah
dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan
di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM.
9.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke
atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh
25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - “Tiada
caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”.
9.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak
dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan
diterima oleh pihak sekolah.
9.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah
adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank
murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan
secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak
sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan
kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah
pengeluaran wang tunai seperti berikut :
Garis Panduan KWAPM 11
9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2,000.00 boleh dibuat
oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau
9.7.2 Pengeluaran wang dari RM2,001.00 hingga RM10,000.00
oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang
guru; atau
9.7.3 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137)
iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam
Perjalanan.
9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah
berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 – Bayaran-
bayaran Tambahan Persekolahan : -
9.8.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi;
9.8.1.1 Kokurikulum;
9.8.1.2 Kertas Ujian Dalaman;
9.8.1.3 Sukan Tahunan Sekolah;
9.8.1.4 Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan
Moral;
9.8.1.5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan
9.8.1.6 Insurans Takaful.
9.8.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Garis Panduan KWAPM 12
10. MURID PINDAH SEKOLAH
10.1 Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi:
Bil
Sekolah Asal Sekolah Baru
Tindakan
Ada
KWK
Tiada
KWK
Ada
KWK
Tiada
KWK
1. √ - √ -
- Sekolah asal pindah peruntukan ke
akaun sekolah baru.
2. √ - - √
- Sekolah asal pindah peruntukan ke
akaun Khas PPD yang baru.
- PPD baru uruskan pembayaran
kepada sekolah baru murid.
3. - √ √ -
- Sekolah asal maklumkan kepada
PPD asal.
- PPD asal pindah peruntukan ke
akaun sekolah baru.
4. - √ - √
- Sekolah asal maklumkan kepada
PPD asal.
- PPD asal pindahkan peruntukan
ke akaun PPD baru.
- PPD baru akan uruskan
pembayaran kepada sekolah baru
murid.
Nota:
- Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi
setiap tindakan yang dilaksanakan.
- Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan
peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama
Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober
tahun semasa.
Garis Panduan KWAPM 13
11. LEBIHAN PERUNTUKAN
11.1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi
sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah
yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan
lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek
atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia”
sebelum 31 Oktober tahun semasa.
11.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut:
11.2.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang
RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan
kepada 2 orang pegawai; manakala
11.2.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10,000.00
kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3
orang pegawai.
11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia
dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117).
12. KES-KES KECEMASAN
12.1 Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak
sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang
berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu
membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan
beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan
perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam
tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian
mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).
Garis Panduan KWAPM 14
12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis:
i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan
(Contoh: KIR meninggal/sakit tenat yang tidak berupaya
menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang ditinggalkan,
tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam);
ii) KIR tidak hilang punca pendapatan
(Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak
menyebabkan hilang punca pendapatan).
12.3 Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan
yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk
seperti jadual berikut:-
12.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes
kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum
dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen
sokongan seperti berikut:
Bil. Jenis Bencana
Had Kelayakan
Pendapatan
Bantuan Am
Persekolahan
Bantuan
Bulanan **
1.
Hilang Punca
Pendapatan
< RM1,500 * √ √
2.
Tidak Hilang
Punca
Pendapatan
Mengikut kadar
Paras Garis
Kemiskinan (PGK)
Nasional
√ X
Nota:
* RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem
eKASIH
** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan
semasa Tabung KWAPM
Garis Panduan KWAPM 15
a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/
PPD;
b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD;
c) Laporan Polis;
d) Laporan perubatan (jika berkaitan);
e) Sijil Kematian (jika berkaitan); dan
f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).
13. KELULUSAN KHAS
13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini
hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk
pertimbangan dan kelulusan khas.
14. PENUTUP
14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM
hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan
Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Sekolah.
14.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan
bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.
Garis Panduan KWAPM 16
14.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan
bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian
Kewangan, KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis
ke alamat berikut:-
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Kewangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E12, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Cawangan Bantuan)

More Related Content

What's hot

Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanbba5011
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docMuhammadIzuan6
 
Minit mesyuarat hem bil 1 2021
Minit mesyuarat hem bil 1 2021Minit mesyuarat hem bil 1 2021
Minit mesyuarat hem bil 1 2021Uzie Midin
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Surat mohon sumbangan hari anugerah
Surat mohon sumbangan hari anugerahSurat mohon sumbangan hari anugerah
Surat mohon sumbangan hari anugerahSapiah Khalid
 
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfFail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfKeehockng
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014NORAINI1010
 
Kertas cadangan projek 3 k sekolah
Kertas cadangan projek 3 k sekolahKertas cadangan projek 3 k sekolah
Kertas cadangan projek 3 k sekolahJurimi Kasran
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxjamil puteh
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringancikguaton
 
Garis panduan pibg
Garis panduan pibgGaris panduan pibg
Garis panduan pibgWAN ROZITA
 
Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapSaidah Bahrin
 

What's hot (20)

Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Borang dg44
Borang dg44Borang dg44
Borang dg44
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Penilaian pertandingan keceriaan kelas
Penilaian pertandingan keceriaan kelasPenilaian pertandingan keceriaan kelas
Penilaian pertandingan keceriaan kelas
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
Minit mesyuarat hem bil 1 2021
Minit mesyuarat hem bil 1 2021Minit mesyuarat hem bil 1 2021
Minit mesyuarat hem bil 1 2021
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Surat mohon sumbangan hari anugerah
Surat mohon sumbangan hari anugerahSurat mohon sumbangan hari anugerah
Surat mohon sumbangan hari anugerah
 
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfFail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014
 
MINIT MESYUARAT AJK PIBG
MINIT MESYUARAT AJK PIBGMINIT MESYUARAT AJK PIBG
MINIT MESYUARAT AJK PIBG
 
Kertas cadangan projek 3 k sekolah
Kertas cadangan projek 3 k sekolahKertas cadangan projek 3 k sekolah
Kertas cadangan projek 3 k sekolah
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringan
 
Garis panduan pibg
Garis panduan pibgGaris panduan pibg
Garis panduan pibg
 
Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrap
 

Similar to Pekeliling kwapm

Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Jimmy Siow
 
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018kumutha yaha
 
Bsh kpd yg cuti belajar
Bsh kpd yg cuti belajarBsh kpd yg cuti belajar
Bsh kpd yg cuti belajarpidutpidahkaya
 
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013Taklimat bantuan sekolah rm100 2013
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013rohanabiriska
 
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmal
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmalMaklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmal
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmalAnonymous9zmbA88yf
 
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100Ermie Dharlya
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfWan Suhaimi Wan Setapa
 
27.12 (1).2018 garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)
27.12 (1).2018   garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)27.12 (1).2018   garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)
27.12 (1).2018 garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)zakitamsir
 
Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Saidah Bahrin
 
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old pk koko smkwm2
 
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docx
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docxBORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docx
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docxkayelvilikayel1
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxzulkanean
 
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.ppt
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.pptPengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.ppt
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.pptiedayaacob1
 
Tatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuanTatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuansitiyahya5
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Joyce Robert
 

Similar to Pekeliling kwapm (20)

Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
Surat pekeliling kewangan bilangan 8 tahun 2010
 
Pcg utk MPV
Pcg utk MPVPcg utk MPV
Pcg utk MPV
 
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018
Garis panduan bantuan awal persekolahan 2018
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Bsh kpd yg cuti belajar
Bsh kpd yg cuti belajarBsh kpd yg cuti belajar
Bsh kpd yg cuti belajar
 
Spk 8 2012
Spk 8 2012Spk 8 2012
Spk 8 2012
 
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013Taklimat bantuan sekolah rm100 2013
Taklimat bantuan sekolah rm100 2013
 
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmal
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmalMaklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmal
Maklumat Umum Bantuan Sekolah maiwp baitulmal
 
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100
Garis panduan bantuan khas awal persekolah rm100
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
 
27.12 (1).2018 garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)
27.12 (1).2018   garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)27.12 (1).2018   garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)
27.12 (1).2018 garis panduan bap kepada murid sk sbk (1)
 
Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6Huraian sukatan modul_bab_6
Huraian sukatan modul_bab_6
 
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old Powerpoint  - pengurusan kewangan koku - old
Powerpoint - pengurusan kewangan koku - old
 
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docx
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docxBORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docx
BORANG SEKOLAH CEMERLANG 2022 (015 - 020) (1).docx
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
 
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.ppt
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.pptPengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.ppt
Pengurusan-Kokurikulum-Masa-Dan-Kewangan.ppt
 
1317951503
13179515031317951503
1317951503
 
Tatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuanTatacara agihan bantuan
Tatacara agihan bantuan
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
 

Pekeliling kwapm

  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4.
  • 5.
  • 6. Garis Panduan KWAPM 1 GARIS PANDUAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1. TUJUAN 1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan bantuan latihan dan bimbingan. 2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti Jadual berikut: 2.3 Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB). Jenis Bantuan TAHUN 2006 (RM) 2007 (RM) Bantuan Persekolahan 200 200 Bantuan Am Sek. Rendah = 300 Sek. Menengah = 400 Sek. Rendah = 500 Sek. Menengah = 600
  • 7. Garis Panduan KWAPM 2 3. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR). 3.2 Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 3.3 ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/ projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. 4. TAFSIRAN 4.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut.
  • 8. Garis Panduan KWAPM 3 4.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. 4.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumber- sumber berikut: 4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan, nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen; 4.3.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau pihak swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pungutan Zakat; 4.3.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan 4.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. 4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan dengan bilangan Isi Rumah. 5. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM A. Murid 5.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang Asli/Penan, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) boleh diguna pakai.
  • 9. Garis Panduan KWAPM 4 5.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. 5.3 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti berikut: Kategori (Lokasi/Murid) Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita * Miskin Miskin Tegar Semenanjung Malaysia RM720 bulanan/RM180 perkapita RM430 bulanan/RM100 perkapita Sarawak RM830 bulanan/RM190 perkapita RM520 bulanan/RM115 perkapita Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM960 bulanan/RM200 perkapita RM540 bulanan/RM110 perkapita Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa. 5.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/ swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan KWAPM. 5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
  • 10. Garis Panduan KWAPM 5 5.7 Murid yang bertukar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah tidak layak menerima bantuan KWAPM kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM. 5.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH, pihak sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem tersebut. B. Perkiraan Perkapita 5.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut: MURID LAYAK Kriteria Semenanjung Sabah & WP Labuan Sarawak Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00 Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00 Bilangan Isi Rumah 12 10 12 Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 12 = RM104.25 = RM1,251 / 10 = RM125.10 = RM1,251 / 12 = RM104.25 MURID TIDAK LAYAK Kriteria Semenanjung Sabah & WP Labuan Sarawak Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00 Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00 Bilangan Tanggungan 6 5 6 Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 6 = RM208.50 = RM1,251 / 5 = RM250.20 = RM1,251 / 6 = RM208.50
  • 11. Garis Panduan KWAPM 6 6. JENIS DAN KADAR BANTUAN 6.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut: 6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut: Bil. Kelayakan Murid Jenis Bantuan Kadar Bantuan 1. Miskin BAP dan BB Sekolah Rendah: RM 200.00 setahun dan *BB = RM250.00 setahun (RM25.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM 300.00 setahun dan *BB = RM300.00 setahun (RM30.00 sebulan x 10 bulan) 2. Miskin Tegar BAP dan BB Sekolah Rendah: BAP = RM 200.00 setahun dan *BB = RM500.00 setahun (RM50.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM 300.00 setahun dan *BB = RM600.00 setahun (RM60.00 sebulan x 10 bulan) * Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. Bil Jenis Bantuan Cara Agihan 1. Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid) a) Masuk ke akaun murid; atau b) Barangan; atau c) Tunai
  • 12. Garis Panduan KWAPM 7 6.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah berdaftar dengan eKASIH. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga murid berkenaan. 7. TATACARA PERMOHONAN 7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. 7.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my. Pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT). 2. * Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid) a) Masuk ke akaun murid; atau b) Tunai * Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus
  • 13. Garis Panduan KWAPM 8 7.3 Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem eKASIH. 7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1). 8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH 8.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM; ii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah); dan iii. Ketua Kampung (sekiranya berkaitan). 8.2 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah adalah seperti berikut: 8.2.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid;
  • 14. Garis Panduan KWAPM 9 8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas; 8.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima bantuan berdasarkan senarai penerima; dan 8.2.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH. 8.3 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah bertanggungjawab mematuhi kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa. 8.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). 9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. 9.2 Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM.
  • 15. Garis Panduan KWAPM 10 9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM. 9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM. 9.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - “Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”. 9.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. 9.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut :
  • 16. Garis Panduan KWAPM 11 9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2,000.00 boleh dibuat oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau 9.7.2 Pengeluaran wang dari RM2,001.00 hingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau 9.7.3 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 – Bayaran- bayaran Tambahan Persekolahan : - 9.8.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi; 9.8.1.1 Kokurikulum; 9.8.1.2 Kertas Ujian Dalaman; 9.8.1.3 Sukan Tahunan Sekolah; 9.8.1.4 Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral; 9.8.1.5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan 9.8.1.6 Insurans Takaful. 9.8.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • 17. Garis Panduan KWAPM 12 10. MURID PINDAH SEKOLAH 10.1 Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi: Bil Sekolah Asal Sekolah Baru Tindakan Ada KWK Tiada KWK Ada KWK Tiada KWK 1. √ - √ - - Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. 2. √ - - √ - Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru. - PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. 3. - √ √ - - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. - PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. 4. - √ - √ - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. - PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru. - PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. Nota: - Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan. - Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa.
  • 18. Garis Panduan KWAPM 13 11. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa. 11.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: 11.2.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai; manakala 11.2.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai. 11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117). 12. KES-KES KECEMASAN 12.1 Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).
  • 19. Garis Panduan KWAPM 14 12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis: i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan (Contoh: KIR meninggal/sakit tenat yang tidak berupaya menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang ditinggalkan, tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam); ii) KIR tidak hilang punca pendapatan (Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak menyebabkan hilang punca pendapatan). 12.3 Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk seperti jadual berikut:- 12.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: Bil. Jenis Bencana Had Kelayakan Pendapatan Bantuan Am Persekolahan Bantuan Bulanan ** 1. Hilang Punca Pendapatan < RM1,500 * √ √ 2. Tidak Hilang Punca Pendapatan Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional √ X Nota: * RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem eKASIH ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM
  • 20. Garis Panduan KWAPM 15 a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/ PPD; b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD; c) Laporan Polis; d) Laporan perubatan (jika berkaitan); e) Sijil Kematian (jika berkaitan); dan f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan). 13. KELULUSAN KHAS 13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk pertimbangan dan kelulusan khas. 14. PENUTUP 14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah. 14.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.
  • 21. Garis Panduan KWAPM 16 14.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis ke alamat berikut:- Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6-7, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. (u.p: Cawangan Bantuan)