Dokumen tersebut membahas pentingnya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam komunikasi lisan dan tulisan, menjelaskan kesalahan-kesalahan umum dalam penggunaannya, dan saranan untuk mengatasi masalah lemah berbahasa.
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayu
1. TATABAHASA
dalam KOMUNIKASI
(LISAN DAN PENULISAN)
Perkongsian pintar dengan warga KPM
2. Mengapakah kita menggunakan bahasa
Melayu?
Bahasa kebangsaan negara
Bahasa rasmi negara kita
Bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan
Bahasa ibunda (bahasa pertama)
Bahasa perpaduan kaum
Bahasa ilmu
3. Mengapakah berlaku kesalahan umum
penggunaan bahasa?
Mengambil mudah
Tidak kisah (asal faham)
Tidak mahu belajar bahasa
Malas merujuk sumber
Berbahasa salah tidak mendatangkan
kesan apa-apa kepada diri
Beranggapan bahasa tidak perlu dipelajari
kerana tidak menjejaskan potensi diri
4. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa
Melayu - Lisan
Mencampuradukkan bahasa Melayu
dengan bahasa asing (bahasa Inggeris)
Contoh:
You dah makan? Kalau belum, I nak belanja.
“Dahlah Fendi. Past is past. Just forget it ok?
This is my card. Kita cerita panjang. Keep in
touch!” (novel KC, ms 299)
5. Kesalahan Umum - Lisan
Mengabaikan peraturan bahasa / ejaan
Contoh:
Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan…
Hari ini adalah hari yang paling
menggembirakan saya yang mana pada hari
ini saya menyambut hari jadi saya…
Urusetia kursus terdiri dari…
Ayah ke XYZ Klinik…
6. Kesalahan Umum - Lisan
Mengabaikan makna kata
Contoh:
Kerajaan menggalakkan kita melancung…
Saya ingin menjemput saudara semua ke
rumah saya pada hari Ahad ini.
Para-para hadirin diminta mengambil tempat
duduk…
7. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa
Melayu - Penulisan
Mencampuradukkan bahasa Melayu
dengan bahasa asing (bahasa Inggeris)
Contoh: (sama seperti slaid 4)
Mengabaikan peraturan bahasa / ejaan
Contoh: (sama seperti slaid 5)
Mengabaikan makna kata
Contoh: (sama seperti slaid 6)
8. Kesalahan Umum- Penulisan
Mengabaikan binaan ayat
Contoh:
Saya ada seorang kawan Rashid namanya.
Saya ada seorang kawan, Rashid namanya.
Kawan saya bernama Rashid.
Rashid ialah kawan saya.
9. Di manakah kesalahannya?
Di dalam situasi… Di dalam persoalan
Di dalam pelbagai itu…
bidang Di dalam
Di dalam kegawatan memperkatakan…
ekonomi Di dalam perkara
Di dalam bahasa kita itu…
10. Di manakah kesalahan?
Ketua Menteri-Ketua Jemaah menteri-
Menteri menteri
Duta Besar-Duta Senarai nama-nama
Besar peserta
Pertemuan penulis-
Guru Besar-Guru
penulis remaja
Besar
Para-para petugas
Pengurus Besar- Rakyat-rakyat negara
Pengurus Besar kita…
Ketua Setiausaha-
Ketua Setiausaha
11. Di manakah kesalahan?
siaraya olah raga
keretapi kaki tangan
ibubapa jawatan kuasa
kenalpasti warga negara
aturcara
tanggung jawab
terimakasih
beri tahu
12. Bagaimanakah mengatasi masalah lemah
berbahasa?
Belajar berterusan (membaca, menulis,
bercakap dengan betul)
Amalan merujuk (kamus, daftar ejaan,
buku atau majalah yang bermutu)
Berkomunikasi (berbual, berbincang,
menyampaikan mesej, menelefon) secara
santun
Bersikap positif (menanggapi apa-apa
bahasa dengan betul, persis, dan tepat)
13. Rumusannya…
Bahasa Melayu bahasa yang mudah
dituturkan dan ditulis.
Apa-apa bahasa menitikberatkan
peraturan (tatabahasa).
Bahasa yang digunakan dengan betul,
tepat dan berkesan menimbulkan rasa
hormat orang kepada kita.
Kita perlu memiliki rasa megah berbahasa
kebangsaan sebagaimana kita bangga
menonjolkan pakaian kebangsaan…
14. Akhirnya…
Minuman selasih jadi penyegar,
Selasih dicampur daun pandan;
Terima kasih kerana mendengar,
Bahasa yang luhur buat panduan.
- Bahasa Jiwa Bangsa -