SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA-
KERJA AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI
Wan Fadhilah Bin Wan Hitam
wanfadhilahwanhitam@yahoo.com
Kolej Komuniti Selandar
Mohammad Hairy Bin Kharauddin
Airis1482@yahoo.com
Kolej Komuniti Masjid Tanah
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan keselamatan dan sejauh manakah ia
diaplikasikan dalam kerja-kerja amali dalam bidang landskap dan binaan di Kolej Komuniti.
Terdapat lima aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, pematuhan, pelaksanaan tentang amalan
keselamatan dan aspek keselamatan yang dilaksanakan serta keperihatinan pihak institusi
terhadap keselamatan pelajar. Sampel kajian adalah seramai 52 orang yang mana merupakan
pelajar yang mengikuti modul pembinaan dan projek landskap daripada Kolej Komuniti
Selandar dan Masjid Tanah, Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak. Data yang
dikumpul melalui borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa
aplikasi amalan keselamatan dalam kerja-kerja amali binaan dan landskap pada kadar 55%.
Oleh yang demikian, dicadangkan satu kursus dengan modul yang lengkap berkaitan dengan
amalan keselamatan dan kesihatan pekerja serta aplikasinya di dalam bidang landskap dan
binaan dibangunkan.
Kata kunci: Amalan Keselamatan, pelajar, landskap dan binaan.
2
1.0 PENGENALAN
NIOSH (2000) mendefinasikan keselamatan dari segi pekerjaan adalah suasana pekerjaan
yang bebas daripada bahaya kemalangan bukan hanya untuk orang yang bekerja tetapi juga
kepada orang awam yang menjejaskan aktiviti pekerjaan yang dijalankan. Menurut Hapriza
(2007), Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan satu isu penting dan ianya
berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang
berada persekitaran. Holt (2005) memberikan takrifan mengenai keselamatan sebagai
ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang membantu mewujudkan suasana bahaya serta
sebagai satu tahap perlindungan dan keadaan yang tiada berisiko. Landskap pula merupakan
rekabentuk bumi di mana ia melibatkan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan struktur
binaan. Elemen ini disusunatur dalam satu rekabentuk yang sesuai dan menarik (Kamus
Dewan, 1989). Dalam kajian ini, landskap terbahagi kepada 2 iaitu landskap lembut dan
landskap kejur. Landskap lembut adalah merujuk kepada tanaman dan penyelenggaraan
kepada tanaman tersebut dan landskap kejur merujuk kepada sturktur binaan yang dibuat di
tapak binaan landskap seperti wakaf, pergola, laluan pejalan kaki dan sebagainya.
Kesedaran mengutamakan keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja perlu dilaksanakan
pada peringkat akar umbi agar dapat memupuk sikap pekerja yang sentiasa peka tentang
aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja terutamanya pelajar dari aliran kemahiran
(Mior, M.S. 2003). Kesedaran terhadap keselamatan perlulah ditanam kepada setiap pelajar
supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja amali di
bengkel dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Abd. Hamid, A.L.
2012). Ali et al. (2009) menyatakan mengenai keselamatan dan kesihatan turut menjadi agenda
yang utama sesebuah organisasi kerana disedari bahawa persekitaran yang selamat dan tidak
mendatangkan risiko adalah hal yang penting kepada semua pekerja. Selain itu, keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja juga perlu diambil serius dalam memastikan tiada risiko yang
mengakibatkan kemalangan dan memberi kesan kepada pekerja syarikat dan kawasan
persekitaran (Syariha, 2013).
Dilley dan kleiner (1996 dalam kajian Nur Fazreen, 2013) mendapati bahawa hampir 85%
hingga 98% kecederaan yang berlaku di bengkel berpunca dari kelakuan tidak selamat yang
dilakukan oleh sebahagian individu yang tidak peka akan bahaya risiko kecederaan.
Pengabaian aspek keselamatan akan mengakibatkan kecelakaan, kehilangan nyawa dan
kerosakkan harta benda (Abd. Rashid, S.2001). Kebiasaannya kemalangan yang berlaku
mempunyai kaitan yang tertentu antaranya disebabkan oleh kecuaian manusia, kurang
pengetahuan tentang sesuatu kerja yang dilakukan dan kerosakkan atau kegagalan sama ada
bahan, peralatan dan mesin yang digunakan (Mustapha, H. 2000). Kemalangan mungkin
berlaku semasa aktiviti penyediaan bahan-bahan mentah seperti logam, keluli, ketika
mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih, penggunaan alat–alat memotong
dan alatan tangan yang tajam (Muniandi, E.L. 2008)
3
2.0 KAJIAN LITERATUR
Kajian ini adalah berkaitan dengan masalah keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam
bidang landskap di Malaysia terutamanya pada sektor-sektor pembinaan kerja landskap di
lapangan. Di dalam kepesatan dan pembangunan negara kini, industri pembinaan mencatatkan
rekod kemalangan yang paling tinggi. Menurut Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan,
statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor sehingga April 2017 menunjukkan sebanyak 58
kes kemalangan di sektor pembinaan telah dilaporkan. Sebanyak 15 kes kemalangan maut, 42
kes tanpa hilang upaya kekal dan 1 kes hilang upaya kekal yang di berlaku pada tahun 2017.
Rajah 1 menunjukkan statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor.
(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia)
Kemalangan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada individu sendiri (Bahari, I. 2006).
Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa hamper 91% kemalangan berlaku disebabkan oleh
kecuaian pekerja, 32% oleh peralatan dan 30% oleh keadaan di tempat kerja (Khan, J.K.M.
2003). Berdasarkan pada laporan daripada News Straits Time Press (2010), Datuk Dr Johari
Basri selaku Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
menyatakan sikap sambil lewa majikan dan pekerja mengenai aspek keselamatan menjadi
punca utama kemalangan maut di tempat kerja apabila prosidur keselamatan serta kesihatan
tidak dipatuhi. Penyaatan ini disokong hasil kajian Md. Noor, M.S. 2002, yang mendapati
kecuaian dan pandangan remeh pihak majikan dalam soal keselamatan dan kesihatan di tapak
bina boleh menyebabkan kemalangan berlaku sekaligus boleh merugikan mereka sendiri. Oleh
yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
usaha untuk mengurangkan serta mengelakkan lagi kemalangan di samping mengenal pasti
akan faktor-faktor yang mendorong ke arah masalah ini.
4
3.0 PENYATAAN MASALAH
Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan bertarikh 25 Julai 2013, sebanyak 49,883
kemalangan di tempat kerja dilaporkan sepanjang tempoh dari tahun 2012 sehingga Mac 2013
dengan mencatatkan 664 kemalangan maut. Bagi kemalangan di tapak binaan, jumlah kes
yang dilaporkan dalam tempoh dari 2009 sehingga 2013 adalah 15,419 kes yang mana 14,946
cedera manakala 473 kemalangan maut. Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, kesedaran
terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu kesedaran
yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar dapat melahirkan
pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan. Menyentuh aspek
untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan,
timbul persoalan apakah tahap pengetahuan pelajar tentang semua aspek keselamatan yang
dipelajari ketika di sekolah mencukupi untuk diaplikasikan di tempat kerja mereka nanti.
Bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja seperti ini berlaku, pengetahuan tentang
penggunaan peralatan bengkel dan peraturan ketika berada di bengkel perlu diberi perhatian
kepada pelajar. Selain itu, Kesedaran terhadap keselamatan perlu dipupuk dan dijadikan
sebagai budaya kepada pelajar agar mereka terbiasa dengan peraturan dan amalan
keselamatan semasa berada di bengkel atau tempat kerja. Pada dasarnya, punca utama
berlakunya kemalangan adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri. Setiap individu tidak
memahami tanggungjawab dan pranan masing-masing yang menyebabkan sesuatu
kemalangan berlaku (Rahim, S. 2012). Selain daripada itu, aspek keselamatan selalu diabaikan
oleh pelajar. Aspek keselamatan akan diberi perhatian penuh apabila berlakunya sesuatu
kemalangan (Abu Bakar, N. 2012).
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti amalan keselamatan di bengkel
dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti semasa mereka menggunakan bengkel dan melakukan
kerja-kerja amali. Kajian ini juga akan difokuskan kepada beberapa aspek iaitu pengetahuan
amalan keselamatan, kesedaran amalan keselamatan dan juga penerimaan pelajar terhadap
amalan keselamatan ini. Pengkaji juga ingin melihat melihat sejauh manakah aspek
keselamatan dititikberatkan oleh semua pihak yang menggunakan bengkel.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan dan sejauh
manakah ia diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan. Manakala objektif
khusus kajian ini adalah untuk mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti seperti di
bawah:
i. Mengenalpasti samada pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan dan kesihatan
pekerja di tapak binaan dan landskap.
ii. Mengenalpasti samada pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak binaan dan
landskap.
iii. Mengenalpasti samada amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dalam
kalangan pelajar di tapak binaan dan landskap.
5
iv. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej
komuniti untuk memupuk tingkah laku pelajar selamat di tapak binaan dan landskap.
v. Mengenalpasti keperihatinan institusi terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di
tapak binaan dan landskap.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.
Antaranya adalah:
i. Adakah pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap?
ii. Adakah pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak binaan dan landskap?
iii. Adakah amalan keselamatan dilaksanakan dalam kalangan pelajar di tapak binaan dan
landskap?
iv. Apakah aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej komuniti
untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tapak binaan dan landskap?
v. Adakah pihak pengurusan kolej komuniti memberi keperihatinan terhadap keselamatan
dan kesihatan pelajar di tapak binaan dan landskap?
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk kepentingan beberapa pihak berikut:
i. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak jpkk dalam
memantau dan menambah baik amalan keselamatan di bengkelatau tapak binaan
landskap. Dengan kajian ini juga pihak jpkk dapat mengetahui sejauhmana peraturan
keselamatan bengkel dan tapak bina diamalkan oleh para pelajar semasa melakukan
kerja amali dan kepentingan mengamalkannya bagi menghadapi cabaran dunia kerja
yang kian mencabar pada masa kini. Panduan bagi pensyarah mengubal silibus modul,
sukatan kurikulum dan garispanduan di dalam menentukan amalan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi program landskap dan binaan berdasarkan masalah dan isu
persekitaran yang terkini.
ii. Kolej Komuniti
Memberi panduan kepada pihak KK di dalam memperbaiki atau menyelaraskan peraturan
amalan keselamatan ditapak binaan landskap bagi mengelakkan kemalangan atau
kejadian yang tidak diingini berlaku di tapak bina. Di samping itu pengkaji mengharapkan
agar kajian ini mendapat perhatian pihak KK untuk dipertimbangkan dapatannya dan
dijadikan panduan yang berguna kepada pihak Kolej dalam merancang dan memastikan
pelajar peka dan faham tentang amalan keselamatan semasa di bengkel atau ditapak
binaan dan landskap.
iii. Pensyarah
Kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran pihak tenaga pensyarah tentang
amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap sama ada dari pengetahuan,
pemahaman dan aplikasi dari aspek kelengkapan, pengurusan dan juga persekitaran
yang terdapat sedia ada. Keselamatan perlu diutamakan oleh tenaga pensyarah kerana
6
sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan tapak binaan adalah di bawah
tanggungjawab pihak tenaga pensyarah dan juga pengurusan kolej.
iv. Pelajar
Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menyemai sikap, sifat dan rasa
tanggungjawab pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan semasa dan selepas
menjalani amali binaan dan landskap. Bukan itu sahaja amalan keselamatan ini kelak
diharap dapat dibawa sehingga ke alam pekerjaan.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
Data-data yang digunakan di dalam kaji selidik ini adalah melalui kaedah borang soal selidik.
Dalam kajian ini, penggunaan borang kaedah soal selidik adalah digunapakai bagi menentukan
keberkesanan amalan tersebut.
Pengumpulan Data
Data yang dikumpul di dalam kajian ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu sumber primer dan
sumber sekunder. Sumber primer adalah sumber yang terkini yang digunapakai oleh penyelidik.
Sumber primer ini lebih berbentuk objektif dan memenuhi matlamat dan kriteria penyelidik dan
berkait terus dengan keadaan sebenar di tapak binaan. Dalam membuat analisis, rumusan dan
cadangan, data primer adalah lebih sesuai digunakan. Kaedah pemerhatian tidak digunakan di
dalam kajian ini kerana ia memerlukan penyelidik untuk berada di tapak binaan dan memerhati
sendiri situasi yang berlaku di tapak bina. Manakala sumber sekunder pula adalah data yang
diperolehi daripada kajian literatur yang lepas-lepas samada dari sektor awam, swasta
mahupun keratan akhbar. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat
terkini dapat diperolehi.
Penyediaan Borang Soal Selidik
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Oleh itu, satu set lengkap borang soal selidik untuk setiap
respondan disediakan untuk tujuan pengumpulan data-data. Soalan-soalan yang disediakan
adalah berdasarkan kepada amalan-amalan keselamatan pelajar semasa melakukan kerja-
kerja amali di tapak binaan dan landskap. Jenis-jenis soalan yang dikemukakan di dalam
borang soal selidik adalah secara umum dan terdiri daripada soalan- soalan objektif yang
berkaitan dengan amalan sebenar tentang keselamatan di tapak binaan dan landskap. Soalan
yang disediakan dipecahkan kepada 6 bahagian iaitu Bahagian A hingga Bahagian F.
i. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang respondan.
ii. Bahagian B adalah berkenaan dengan pengetahuan pekerja tentang amalan
keselamatan di tapak binaan dan landskap.
iii. Bahagian C adalah berkenaan dengan pematuhan peraturan keselamatan di tapak
binaan dan landskap oleh pelajar.
iv. Bahagian D adalah berkenaan dengan amalan keselamatan dilaksanakan dalam
kalangan pensyarah di tapak binaan dan landskap.
v. Bahagian E adalah berkenaan dengan aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh
pihak pengurusan institusi untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tapak binaan
dan landskap.
7
vi. Bahagian F adalah berkenaan dengan keperihatinan pihak pengurusan terhadap
keselamatan di tapak binaan dan landskap.
Kaji Selidik
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (survey research) yang memerlukan pelbagai
kaedah kajian dilakukan agar hasil yang diperolehi adalah mengikuti objektif kajian yang ingin
dicapai. Di dalam kajian ini, kaedah empirikal adalah digunakan. Melalui kaedah empirikal, ia
dijalankan secara soal selidik. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data atau maklumat
yang terkini dapat diperolehi. Kelebihan yang diperolehi daripada kaedah ini adalah data yang
diperolehi boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik, masa menjawab yang
singkat dan memudahkan respondan memberi jawapan. Ini kerana kesemua jawapan yang
dikehendaki terdapat di dalam borang soal selidik dan respondan hanya perlu menanda sahaja
jawapan yang difikirkan sesuai. Kaedah ini paling sesuai bagi tujuan pengumpulan data
memandangkan respondan yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang mengikuti program
landskap.
Pengagihan Borang Soal Selidik
Dalam kajian ini, kaedah penyerahan borang soal selidik akan digunakan. Kaedah yang
digunakan adalah melalui serahan tangan oleh penyelidik sendiri kepada para pelajar.
Walaupun terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk mengagihkan borang soal
selidik tersebut, kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah paling sesuai untuk memenuhi
objektif kajian. Memandangkan faktor masa yang terhad, sememangnya kaedah tersebut amat
sesuai digunakan.
Kaedah Pengagihan Melalui Serahan Tangan
Dalam kaedah ini pula, pemilihan respondan adalah secara rawak dengan mengenalpasti
respondan yang mengikuti program di bidang landskap dan binaan di kolej komuniti Selandar
dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak. Pemilihan respondan
terdiri daripada para pelajar dan bekas pelajar yang telah mengikuti program landskap sahaja.
Bagi mengelakkan respondan menerima borang soal selidik yang sama, penyelidik akan
memastikan respondan yang menerima borang soal selidik di setiap kolej adalah berbeza
secara serahan tangan. Untuk kaedah ini, penyerahan dilakukan dengan menyerahkan borang
soal selidik tersebut kepada respondan yang terbabit di dalam kelas amali di tapak binaan dan
landskap dan pengumpulan balik borang dibuat sejurus selepas borang lengkap diisi oleh
respondan. Ini bermakna, respondan akan diminta untuk mengisi dan menyerahkan borang soal
selidik tersebut pada masa itu juga.
9.0 ANALISIS DATA
Kesemua data yang dikumpul daripada dua kaedah tersebut di analisis mengikut susunan yang
berasingan. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik di analisis dengan mengunakan
aplikasi perisian Statistical Package For Social Science (SPSS 17.0 for Windows). Perisian ini
menganalisis data yang dikumpul secara statistik. Data ini juga dapat membentang hasil
analisis dalam kekerapan yang lebih mudah difahami. Dalam kajian ini, data yang di analisis
8
menggunakan kaedah kekerapan (frequency) sahaja. Analisis statistik kekerapan menunjukkan
peratusan setiap pembolehubah kepada kajian ini.
Latar belakang respondan
Sebanyak 3 buah kolej komuniti yang terlibat dalam landskap dan binaan di negeri Melaka dan
Sarawak yang terlibat di dalam kajian ini. Seramai 52 orang respondan telah menjawab borang
soalselidik yang telah diedarkan seperti di jadual di bawah:-
Industri
Jantina
Jumlah
Lelaki perempuan
Kolej Komuniti Selandar 15 6 21
Kolej Komuniti Masjid Tanah 7 9 16
Kolej Komuniti Mas Gading 10 5 15
Jumlah 52
Jadual 1: Bilangan respondan
10. DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan mengenai dapatan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah
digariskan iaitu:-
Bil Elemen Kajian
Maklumbalas Respondan
Ya Tidak Tidak pasti
1 Tahap pengetahuan pelajar tentang amalan keselamatan di
tapak binaan dan landskap
155 40 13
2 Tahap pematuhan pelajar terhadap peraturan keselamatan dan
kesihatan di tapak binaan dan landskap
94 30 32
3 Tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di amali 145 74 41
4 Aspek keselamatan yang dilaksanakan di tempat amali 123 44 41
5 keprihatinan pihak institusi terhadap amalan keselamatan di
tapak bina / amali
132 98 82
Jadual 2: Dapatan hasil kajian
11.0 PERBINCANGAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan dan sejauh
manakah diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan. Kajian ini juga
menyentuh tentang peraturan, pelaksanaan dan keperihatinan pihak institusi terhadap amalan
tersebut.
Berdasarkan analisis diskriptif iaitu analisa kekerapan respondan pada objektif pertama iaitu
tahap pengetahuan, menunjukkan majoriti respondan mengetahui amalan tersebut di tapak
binaan dan landskap. Walaubagaimanapun ada juga respondan yang menjawab ‘Tidak’ (40
respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (13 respondan) terutamanya berkenaan dengan iklan dan memo
tentang amalan keselamatan dan kesihatan tersebut. Menurut kajian Mior Ismail (2003) setiap
9
pelajar yang terlibat dalam aktiviti makmal mesti melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang selamat.
Analisis objektif kedua pula berkaitan dengan tahap pematuhan pelajar terhadap
keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan landskap. Dapatan ini menunjukkan hanya
sedikit perbezaan respondan yang menjawab ‘Tidak’ (30 respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (32
respondan). Seharusnya pihak institusi perlu menguatkuasakan pematuhan amalan tersebut
dan juga memaklumkan kepada pelajar tentang bahayanya sekiranya pematuhan tidak
dilakukan. Hal ini untuk memastikan semua pihak boleh mengikut dan faham dengan peraturan
yang telah ditetapkan (Thye, 2015).
Data analisis objektif ketiga menunjukkan respondan juga mengetahui aspek
pelaksanaan amalan keselamatan di tempat amali menunjukkan dapatan yang tidak ketara
antara jumlah “Ya” dan jumlah “Tidak” dan “Tidak Pasti”. Seharusnya pihak institusi perlulah
mengadakan kursus atau latihan yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan mewujudkan
jawatankuasa pelaksana seterusnya diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan
binaan. Raymond C. Sinclair et. al (2003) menyatakan bahawa latihan keselamatan akan
meningkatkan pengetahuan dan mengurangkan kecederaan di tempat kerja.
Hasil analisis data pada objektif keempat menunjukkan respondan mengetahui aspek
keselamatan di tapak bina yang mana keseluruhannya respondan memilih ‘Ya’. Dilihat pada
aspek polisi keselamatan agak rendah iaitu hanya 22 respondan sahaja daripada 52 respondan
dinilai yang menjawab ‘Ya’ dan selebihnya menjawab ‘Tidak’ dan ‘Tidak Pasti’. Dapatan ini
mewujudkan persoalan adakah pihak institusi tidak menguatkuasakan polisi keselamatan dan
kesihatan di tempat amali ini. Keselamatan pembinaan adalah menjadi keutamaan bagi semua
pihak (Mohmad & Sultan,2014).
Hasil analisis data pada objektif kelima menunjukkan pihak institusi prihatin terhadap
amalan keselamatan di tapak amali tersebut. Dapatan menunjukkan jawapan “Tidak” atau
“Tidak Pasti” lebih tinggi daripada “Ya”. Ini menunjukkan kebanyakkan respondan tidak tahu
atau tidak pasti tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak institusi. Pensyarah haruslah
memaklumkan kepada pelajar tentang kemudahan yang disediakan bagi memastikan pelajar
dapat bertindak. Kemalangan yang berlaku di kawasan pembinaan memberikan kesan yang
negatif kepada semua pihak dan tidak boleh dianggap remeh (Mohd Saidin et al.,2012).
12.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa perkara perlu diambil perhatian terutamanya
oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam menjaga keselamatan pelajar khususnya yang
berada dalam industri landskap, institusi yang melahirkan graduan landskap serta pekerja atau
pelajar yang menceburi bidang landskap. Daripada hasil kajian, dapat dicadangan untuk
membangunkan satu kursus berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja
serta aplikasinya di dalam bidang landskap dan binaan. Dengan adanya kursus dengan modul
yang lengkap tersebut, dapat digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanaan amalan
10
tersebut. Modul tersebut juga boleh membantu di dalam mengaplikasi amalan tersebut
terutamanya pada:-
i. Pelajar / pensyarah
Membantu pelajar atau pensyarah dalam meningkatkan pengetahuan dan kaedah selamat
penggunaan peralatan serta pemakaian yang sesuai ketika menjalankan sesuatu aktiviti
amali atau pekerjaan.
ii. Institusi / kolej
Menjadi panduan kepada pihak institusi atau kolej mengamalkan amalan keselamatan
dengan menjalankan aktiviti pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan
landskap dengan lebih cekap dan efisien mengikut modul yang telah dibangunkan.
iii. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Panduan bagi pensyarah mengubal silibus kursus / modul, sukatan kurikulum yang
berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi program landskap dan
binaan. Jabatan atau instisusi yang melahirkan pelajar di bidang landskap dan binaan yang
mempunyai amalan keselamatan dan kesihatan pekerja yang tinggi.
12.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanyalah terhad kepada pelajar yang terlibat di dalam kerja-kerja amali binaan dan
landskap sahaja. Terdapat kekangan untuk mendapatkan jumlah pelajar yang ramai terlibat di
dalam binaan dan landskap untuk menjadi respondan kerana di institusi kajian tidak ramai
pelajar yang mengikuti kursus bidang landskap dan binaan. Kajian ini juga turut menghadkan
kepada pelajar yang mengikuti modul pembinaan dan projek landskap sahaja di Kolej Komuniti
Selandar dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak.
13.0 KESIMPULAN
Melalui kajian ini, senario amalan keselamatan di dalam kerja-kerja amali binaan dan landskap
dapat diketahui. Beberapa pemasalahan juga dapat dikenalpasti. Oleh yang demikian,
kerjasama yang padu antara pelajar, pensyarah, pihak institusi dan juga jabatan amat
diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan pelajar terjamin di tempat amali. Keselamatan
pelajar adalah strategi penting dan terpelihara bahkan juga menyumbang kepada peningkatan
produktiviti, motivasi kerja, kepuasan kerja dan secara keseluruhannya dapat meningkatkan
kualiti di dalam sistem penyampaian dan pendidikan negara terutamanya di sektor teknikal.
11
RUJUKAN
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2017). Dicapai pada 7 Jun 2017 daripada
http://www.dosh.gov.my
Abd Salim, Fatin Nazira (2011). Kajian Keselamatan Dan Kesihatan Di Tapak Bina Sekitar
Kawasan Bahagian Pantai Barat Sabah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
Ashari, Hapriza (2005). Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab Siapa? Jurnal
Kemanusiaan, 3, pp. 73-83.
Bernama (2012, April 29). Nahas di tempat kerja meningkat-MTUC. Utusan Malaysia.
Bernama (2013, Julai 7). Tangani segera peningkatan kemalangan di tempat kerja. Utusan
Malaysia.
DOSH (2013). Garis Panduan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514).
Dicapai pada 3 Julai 2013, daripada http://dosh.mohr.gov.my.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1998). Dicapai pada 3 Julai 2013 daripada
http://www.dosh.gov.my
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2013). Statistik Kemalangan Pekerjaan
Mengikut Sektor pada tahun 2010. Dicapai pada 3 Julai 2013 daripda
http://www.dosh.gov.my.
JKKP (2010). Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA 1994). Dicapai pada 3 Julai
2013 daripda http://www.jkkp.gov.my.
Kamil, Maslih (2013, Julai 25). 49,883 kes kemalangan tempat kerja. Utusan Malaysia.
Malaysia. Parlimen. 1994. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994. Kuala Lumpur:
MDC Publishers and Printers Sdn. Bhd.
Md Piah, Mohd Fauzi (2003). Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Di Tapak
Bina Bagi Kontraktor Binaan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Rafiin@Shafien, Mohd Asrul (2005). Keselamatan Dan Kesihatan Di Malaysia, Kajian
Pematuhan Peraturan Di Syarikat Terpilih. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
Mohd Khairul Azhar (2014). Amalan Keselamatan Bengkel dalam Kalangan Pelajar Kolej
Vokasional Temerloh. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Abu Bakar, Nor Hafsah (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di
Sekolah Menengah Zon Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

More Related Content

What's hot

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514Muhammad Nasrullah
 
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan PekerjaAkta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan PekerjaAhmad Nazib
 
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)Norrazman Zaiha Zainol
 
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganmaksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganHerney Aqilah Kay
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatanshrim shaharin
 
Unit 3: Pencegahan Kebakaran
Unit 3: Pencegahan KebakaranUnit 3: Pencegahan Kebakaran
Unit 3: Pencegahan Kebakaranmokhtar
 
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanKeselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanHukaida Hamzah
 
My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)DoLce MiEra
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisianwazi musa
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR diddy98
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaNur Aisyah Khor
 

What's hot (20)

PENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARATPENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARAT
 
Jkk di tempat kerja
Jkk di tempat kerjaJkk di tempat kerja
Jkk di tempat kerja
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
 
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan PekerjaAkta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
 
OSHA
OSHAOSHA
OSHA
 
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)
Asas keselamatan dalam kejuruteraan (elektrik, mekanikal dan kimpalan)
 
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalanganmaksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Unit 3: Pencegahan Kebakaran
Unit 3: Pencegahan KebakaranUnit 3: Pencegahan Kebakaran
Unit 3: Pencegahan Kebakaran
 
Topik 2 hazard dan risiko
Topik 2 hazard dan risikoTopik 2 hazard dan risiko
Topik 2 hazard dan risiko
 
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanKeselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 

Similar to KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI

Tugas makalah k3
Tugas makalah k3Tugas makalah k3
Tugas makalah k3RiniNew
 
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptx
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptxTUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptx
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptxPedomangizi
 
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdfnagaganas1
 
Makalah k3
Makalah k3Makalah k3
Makalah k3melbon21
 
Makalah keselamatan kerja 1
Makalah keselamatan kerja 1Makalah keselamatan kerja 1
Makalah keselamatan kerja 1lindayunanda
 
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...Reski Aprilia
 
safety climate
safety climatesafety climate
safety climateEni Es
 
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Fadhly Perform
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Bedjo Tjahmrican
 
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1tulusyudi88
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganBedjo Tjahmrican
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganBedjo Tjahmrican
 
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerja
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerjaM3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerja
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerjaYayan Yanuar Rahman
 

Similar to KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI (20)

Tugas makalah k3
Tugas makalah k3Tugas makalah k3
Tugas makalah k3
 
Artikel ilmiah
Artikel ilmiahArtikel ilmiah
Artikel ilmiah
 
Jurnal Kreesna BBS K3 2012 C
Jurnal Kreesna BBS K3 2012 CJurnal Kreesna BBS K3 2012 C
Jurnal Kreesna BBS K3 2012 C
 
Safety Culture
Safety CultureSafety Culture
Safety Culture
 
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptx
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptxTUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptx
TUGAS K3_PPT Perusahaan Kontruksi.pptx
 
Makalah k3
Makalah k3Makalah k3
Makalah k3
 
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf
2968-Article Text-7795-1-10-20191111.pdf
 
pencegahan k3
pencegahan k3pencegahan k3
pencegahan k3
 
Makalah k3
Makalah k3Makalah k3
Makalah k3
 
Makalah keselamatan kerja 1
Makalah keselamatan kerja 1Makalah keselamatan kerja 1
Makalah keselamatan kerja 1
 
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...
SISTEM DAN MEKANISME PENGELOLAAN KESELAMATAN DAN KESEHATAN KERJA PADA PELAKSA...
 
safety climate
safety climatesafety climate
safety climate
 
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
 
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
 
Zzzz
ZzzzZzzz
Zzzz
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
 
Program pelatihan ak3 umun
Program pelatihan ak3 umunProgram pelatihan ak3 umun
Program pelatihan ak3 umun
 
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerja
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerjaM3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerja
M3 kb4 keamanan, kesehatan dan keselamatan kerja
 

Recently uploaded

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 

KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI

  • 1. 1 KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA- KERJA AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI Wan Fadhilah Bin Wan Hitam wanfadhilahwanhitam@yahoo.com Kolej Komuniti Selandar Mohammad Hairy Bin Kharauddin Airis1482@yahoo.com Kolej Komuniti Masjid Tanah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan keselamatan dan sejauh manakah ia diaplikasikan dalam kerja-kerja amali dalam bidang landskap dan binaan di Kolej Komuniti. Terdapat lima aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, pematuhan, pelaksanaan tentang amalan keselamatan dan aspek keselamatan yang dilaksanakan serta keperihatinan pihak institusi terhadap keselamatan pelajar. Sampel kajian adalah seramai 52 orang yang mana merupakan pelajar yang mengikuti modul pembinaan dan projek landskap daripada Kolej Komuniti Selandar dan Masjid Tanah, Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak. Data yang dikumpul melalui borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi amalan keselamatan dalam kerja-kerja amali binaan dan landskap pada kadar 55%. Oleh yang demikian, dicadangkan satu kursus dengan modul yang lengkap berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja serta aplikasinya di dalam bidang landskap dan binaan dibangunkan. Kata kunci: Amalan Keselamatan, pelajar, landskap dan binaan.
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN NIOSH (2000) mendefinasikan keselamatan dari segi pekerjaan adalah suasana pekerjaan yang bebas daripada bahaya kemalangan bukan hanya untuk orang yang bekerja tetapi juga kepada orang awam yang menjejaskan aktiviti pekerjaan yang dijalankan. Menurut Hapriza (2007), Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan satu isu penting dan ianya berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang berada persekitaran. Holt (2005) memberikan takrifan mengenai keselamatan sebagai ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang membantu mewujudkan suasana bahaya serta sebagai satu tahap perlindungan dan keadaan yang tiada berisiko. Landskap pula merupakan rekabentuk bumi di mana ia melibatkan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan struktur binaan. Elemen ini disusunatur dalam satu rekabentuk yang sesuai dan menarik (Kamus Dewan, 1989). Dalam kajian ini, landskap terbahagi kepada 2 iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut adalah merujuk kepada tanaman dan penyelenggaraan kepada tanaman tersebut dan landskap kejur merujuk kepada sturktur binaan yang dibuat di tapak binaan landskap seperti wakaf, pergola, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Kesedaran mengutamakan keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja perlu dilaksanakan pada peringkat akar umbi agar dapat memupuk sikap pekerja yang sentiasa peka tentang aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja terutamanya pelajar dari aliran kemahiran (Mior, M.S. 2003). Kesedaran terhadap keselamatan perlulah ditanam kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja amali di bengkel dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Abd. Hamid, A.L. 2012). Ali et al. (2009) menyatakan mengenai keselamatan dan kesihatan turut menjadi agenda yang utama sesebuah organisasi kerana disedari bahawa persekitaran yang selamat dan tidak mendatangkan risiko adalah hal yang penting kepada semua pekerja. Selain itu, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja juga perlu diambil serius dalam memastikan tiada risiko yang mengakibatkan kemalangan dan memberi kesan kepada pekerja syarikat dan kawasan persekitaran (Syariha, 2013). Dilley dan kleiner (1996 dalam kajian Nur Fazreen, 2013) mendapati bahawa hampir 85% hingga 98% kecederaan yang berlaku di bengkel berpunca dari kelakuan tidak selamat yang dilakukan oleh sebahagian individu yang tidak peka akan bahaya risiko kecederaan. Pengabaian aspek keselamatan akan mengakibatkan kecelakaan, kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda (Abd. Rashid, S.2001). Kebiasaannya kemalangan yang berlaku mempunyai kaitan yang tertentu antaranya disebabkan oleh kecuaian manusia, kurang pengetahuan tentang sesuatu kerja yang dilakukan dan kerosakkan atau kegagalan sama ada bahan, peralatan dan mesin yang digunakan (Mustapha, H. 2000). Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyediaan bahan-bahan mentah seperti logam, keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih, penggunaan alat–alat memotong dan alatan tangan yang tajam (Muniandi, E.L. 2008)
  • 3. 3 2.0 KAJIAN LITERATUR Kajian ini adalah berkaitan dengan masalah keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam bidang landskap di Malaysia terutamanya pada sektor-sektor pembinaan kerja landskap di lapangan. Di dalam kepesatan dan pembangunan negara kini, industri pembinaan mencatatkan rekod kemalangan yang paling tinggi. Menurut Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor sehingga April 2017 menunjukkan sebanyak 58 kes kemalangan di sektor pembinaan telah dilaporkan. Sebanyak 15 kes kemalangan maut, 42 kes tanpa hilang upaya kekal dan 1 kes hilang upaya kekal yang di berlaku pada tahun 2017. Rajah 1 menunjukkan statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor. (Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia) Kemalangan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada individu sendiri (Bahari, I. 2006). Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa hamper 91% kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja, 32% oleh peralatan dan 30% oleh keadaan di tempat kerja (Khan, J.K.M. 2003). Berdasarkan pada laporan daripada News Straits Time Press (2010), Datuk Dr Johari Basri selaku Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia menyatakan sikap sambil lewa majikan dan pekerja mengenai aspek keselamatan menjadi punca utama kemalangan maut di tempat kerja apabila prosidur keselamatan serta kesihatan tidak dipatuhi. Penyaatan ini disokong hasil kajian Md. Noor, M.S. 2002, yang mendapati kecuaian dan pandangan remeh pihak majikan dalam soal keselamatan dan kesihatan di tapak bina boleh menyebabkan kemalangan berlaku sekaligus boleh merugikan mereka sendiri. Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha untuk mengurangkan serta mengelakkan lagi kemalangan di samping mengenal pasti akan faktor-faktor yang mendorong ke arah masalah ini.
  • 4. 4 3.0 PENYATAAN MASALAH Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan bertarikh 25 Julai 2013, sebanyak 49,883 kemalangan di tempat kerja dilaporkan sepanjang tempoh dari tahun 2012 sehingga Mac 2013 dengan mencatatkan 664 kemalangan maut. Bagi kemalangan di tapak binaan, jumlah kes yang dilaporkan dalam tempoh dari 2009 sehingga 2013 adalah 15,419 kes yang mana 14,946 cedera manakala 473 kemalangan maut. Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, kesedaran terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu kesedaran yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan. Menyentuh aspek untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan, timbul persoalan apakah tahap pengetahuan pelajar tentang semua aspek keselamatan yang dipelajari ketika di sekolah mencukupi untuk diaplikasikan di tempat kerja mereka nanti. Bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja seperti ini berlaku, pengetahuan tentang penggunaan peralatan bengkel dan peraturan ketika berada di bengkel perlu diberi perhatian kepada pelajar. Selain itu, Kesedaran terhadap keselamatan perlu dipupuk dan dijadikan sebagai budaya kepada pelajar agar mereka terbiasa dengan peraturan dan amalan keselamatan semasa berada di bengkel atau tempat kerja. Pada dasarnya, punca utama berlakunya kemalangan adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri. Setiap individu tidak memahami tanggungjawab dan pranan masing-masing yang menyebabkan sesuatu kemalangan berlaku (Rahim, S. 2012). Selain daripada itu, aspek keselamatan selalu diabaikan oleh pelajar. Aspek keselamatan akan diberi perhatian penuh apabila berlakunya sesuatu kemalangan (Abu Bakar, N. 2012). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti amalan keselamatan di bengkel dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti semasa mereka menggunakan bengkel dan melakukan kerja-kerja amali. Kajian ini juga akan difokuskan kepada beberapa aspek iaitu pengetahuan amalan keselamatan, kesedaran amalan keselamatan dan juga penerimaan pelajar terhadap amalan keselamatan ini. Pengkaji juga ingin melihat melihat sejauh manakah aspek keselamatan dititikberatkan oleh semua pihak yang menggunakan bengkel. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan dan sejauh manakah ia diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan. Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti seperti di bawah: i. Mengenalpasti samada pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan dan landskap. ii. Mengenalpasti samada pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak binaan dan landskap. iii. Mengenalpasti samada amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dalam kalangan pelajar di tapak binaan dan landskap.
  • 5. 5 iv. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej komuniti untuk memupuk tingkah laku pelajar selamat di tapak binaan dan landskap. v. Mengenalpasti keperihatinan institusi terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan dan landskap. 5.0 PERSOALAN KAJIAN Penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini. Antaranya adalah: i. Adakah pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap? ii. Adakah pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak binaan dan landskap? iii. Adakah amalan keselamatan dilaksanakan dalam kalangan pelajar di tapak binaan dan landskap? iv. Apakah aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej komuniti untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tapak binaan dan landskap? v. Adakah pihak pengurusan kolej komuniti memberi keperihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar di tapak binaan dan landskap? 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dilakukan untuk kepentingan beberapa pihak berikut: i. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak jpkk dalam memantau dan menambah baik amalan keselamatan di bengkelatau tapak binaan landskap. Dengan kajian ini juga pihak jpkk dapat mengetahui sejauhmana peraturan keselamatan bengkel dan tapak bina diamalkan oleh para pelajar semasa melakukan kerja amali dan kepentingan mengamalkannya bagi menghadapi cabaran dunia kerja yang kian mencabar pada masa kini. Panduan bagi pensyarah mengubal silibus modul, sukatan kurikulum dan garispanduan di dalam menentukan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi program landskap dan binaan berdasarkan masalah dan isu persekitaran yang terkini. ii. Kolej Komuniti Memberi panduan kepada pihak KK di dalam memperbaiki atau menyelaraskan peraturan amalan keselamatan ditapak binaan landskap bagi mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di tapak bina. Di samping itu pengkaji mengharapkan agar kajian ini mendapat perhatian pihak KK untuk dipertimbangkan dapatannya dan dijadikan panduan yang berguna kepada pihak Kolej dalam merancang dan memastikan pelajar peka dan faham tentang amalan keselamatan semasa di bengkel atau ditapak binaan dan landskap. iii. Pensyarah Kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran pihak tenaga pensyarah tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap sama ada dari pengetahuan, pemahaman dan aplikasi dari aspek kelengkapan, pengurusan dan juga persekitaran yang terdapat sedia ada. Keselamatan perlu diutamakan oleh tenaga pensyarah kerana
  • 6. 6 sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan tapak binaan adalah di bawah tanggungjawab pihak tenaga pensyarah dan juga pengurusan kolej. iv. Pelajar Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menyemai sikap, sifat dan rasa tanggungjawab pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan semasa dan selepas menjalani amali binaan dan landskap. Bukan itu sahaja amalan keselamatan ini kelak diharap dapat dibawa sehingga ke alam pekerjaan. 8.0 METODOLOGI KAJIAN Data-data yang digunakan di dalam kaji selidik ini adalah melalui kaedah borang soal selidik. Dalam kajian ini, penggunaan borang kaedah soal selidik adalah digunapakai bagi menentukan keberkesanan amalan tersebut. Pengumpulan Data Data yang dikumpul di dalam kajian ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah sumber yang terkini yang digunapakai oleh penyelidik. Sumber primer ini lebih berbentuk objektif dan memenuhi matlamat dan kriteria penyelidik dan berkait terus dengan keadaan sebenar di tapak binaan. Dalam membuat analisis, rumusan dan cadangan, data primer adalah lebih sesuai digunakan. Kaedah pemerhatian tidak digunakan di dalam kajian ini kerana ia memerlukan penyelidik untuk berada di tapak binaan dan memerhati sendiri situasi yang berlaku di tapak bina. Manakala sumber sekunder pula adalah data yang diperolehi daripada kajian literatur yang lepas-lepas samada dari sektor awam, swasta mahupun keratan akhbar. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Penyediaan Borang Soal Selidik Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Oleh itu, satu set lengkap borang soal selidik untuk setiap respondan disediakan untuk tujuan pengumpulan data-data. Soalan-soalan yang disediakan adalah berdasarkan kepada amalan-amalan keselamatan pelajar semasa melakukan kerja- kerja amali di tapak binaan dan landskap. Jenis-jenis soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik adalah secara umum dan terdiri daripada soalan- soalan objektif yang berkaitan dengan amalan sebenar tentang keselamatan di tapak binaan dan landskap. Soalan yang disediakan dipecahkan kepada 6 bahagian iaitu Bahagian A hingga Bahagian F. i. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang respondan. ii. Bahagian B adalah berkenaan dengan pengetahuan pekerja tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap. iii. Bahagian C adalah berkenaan dengan pematuhan peraturan keselamatan di tapak binaan dan landskap oleh pelajar. iv. Bahagian D adalah berkenaan dengan amalan keselamatan dilaksanakan dalam kalangan pensyarah di tapak binaan dan landskap. v. Bahagian E adalah berkenaan dengan aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan institusi untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tapak binaan dan landskap.
  • 7. 7 vi. Bahagian F adalah berkenaan dengan keperihatinan pihak pengurusan terhadap keselamatan di tapak binaan dan landskap. Kaji Selidik Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (survey research) yang memerlukan pelbagai kaedah kajian dilakukan agar hasil yang diperolehi adalah mengikuti objektif kajian yang ingin dicapai. Di dalam kajian ini, kaedah empirikal adalah digunakan. Melalui kaedah empirikal, ia dijalankan secara soal selidik. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data atau maklumat yang terkini dapat diperolehi. Kelebihan yang diperolehi daripada kaedah ini adalah data yang diperolehi boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan respondan memberi jawapan. Ini kerana kesemua jawapan yang dikehendaki terdapat di dalam borang soal selidik dan respondan hanya perlu menanda sahaja jawapan yang difikirkan sesuai. Kaedah ini paling sesuai bagi tujuan pengumpulan data memandangkan respondan yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang mengikuti program landskap. Pengagihan Borang Soal Selidik Dalam kajian ini, kaedah penyerahan borang soal selidik akan digunakan. Kaedah yang digunakan adalah melalui serahan tangan oleh penyelidik sendiri kepada para pelajar. Walaupun terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk mengagihkan borang soal selidik tersebut, kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah paling sesuai untuk memenuhi objektif kajian. Memandangkan faktor masa yang terhad, sememangnya kaedah tersebut amat sesuai digunakan. Kaedah Pengagihan Melalui Serahan Tangan Dalam kaedah ini pula, pemilihan respondan adalah secara rawak dengan mengenalpasti respondan yang mengikuti program di bidang landskap dan binaan di kolej komuniti Selandar dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak. Pemilihan respondan terdiri daripada para pelajar dan bekas pelajar yang telah mengikuti program landskap sahaja. Bagi mengelakkan respondan menerima borang soal selidik yang sama, penyelidik akan memastikan respondan yang menerima borang soal selidik di setiap kolej adalah berbeza secara serahan tangan. Untuk kaedah ini, penyerahan dilakukan dengan menyerahkan borang soal selidik tersebut kepada respondan yang terbabit di dalam kelas amali di tapak binaan dan landskap dan pengumpulan balik borang dibuat sejurus selepas borang lengkap diisi oleh respondan. Ini bermakna, respondan akan diminta untuk mengisi dan menyerahkan borang soal selidik tersebut pada masa itu juga. 9.0 ANALISIS DATA Kesemua data yang dikumpul daripada dua kaedah tersebut di analisis mengikut susunan yang berasingan. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik di analisis dengan mengunakan aplikasi perisian Statistical Package For Social Science (SPSS 17.0 for Windows). Perisian ini menganalisis data yang dikumpul secara statistik. Data ini juga dapat membentang hasil analisis dalam kekerapan yang lebih mudah difahami. Dalam kajian ini, data yang di analisis
  • 8. 8 menggunakan kaedah kekerapan (frequency) sahaja. Analisis statistik kekerapan menunjukkan peratusan setiap pembolehubah kepada kajian ini. Latar belakang respondan Sebanyak 3 buah kolej komuniti yang terlibat dalam landskap dan binaan di negeri Melaka dan Sarawak yang terlibat di dalam kajian ini. Seramai 52 orang respondan telah menjawab borang soalselidik yang telah diedarkan seperti di jadual di bawah:- Industri Jantina Jumlah Lelaki perempuan Kolej Komuniti Selandar 15 6 21 Kolej Komuniti Masjid Tanah 7 9 16 Kolej Komuniti Mas Gading 10 5 15 Jumlah 52 Jadual 1: Bilangan respondan 10. DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan mengenai dapatan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah digariskan iaitu:- Bil Elemen Kajian Maklumbalas Respondan Ya Tidak Tidak pasti 1 Tahap pengetahuan pelajar tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap 155 40 13 2 Tahap pematuhan pelajar terhadap peraturan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan landskap 94 30 32 3 Tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di amali 145 74 41 4 Aspek keselamatan yang dilaksanakan di tempat amali 123 44 41 5 keprihatinan pihak institusi terhadap amalan keselamatan di tapak bina / amali 132 98 82 Jadual 2: Dapatan hasil kajian 11.0 PERBINCANGAN Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan dan sejauh manakah diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan. Kajian ini juga menyentuh tentang peraturan, pelaksanaan dan keperihatinan pihak institusi terhadap amalan tersebut. Berdasarkan analisis diskriptif iaitu analisa kekerapan respondan pada objektif pertama iaitu tahap pengetahuan, menunjukkan majoriti respondan mengetahui amalan tersebut di tapak binaan dan landskap. Walaubagaimanapun ada juga respondan yang menjawab ‘Tidak’ (40 respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (13 respondan) terutamanya berkenaan dengan iklan dan memo tentang amalan keselamatan dan kesihatan tersebut. Menurut kajian Mior Ismail (2003) setiap
  • 9. 9 pelajar yang terlibat dalam aktiviti makmal mesti melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang selamat. Analisis objektif kedua pula berkaitan dengan tahap pematuhan pelajar terhadap keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan landskap. Dapatan ini menunjukkan hanya sedikit perbezaan respondan yang menjawab ‘Tidak’ (30 respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (32 respondan). Seharusnya pihak institusi perlu menguatkuasakan pematuhan amalan tersebut dan juga memaklumkan kepada pelajar tentang bahayanya sekiranya pematuhan tidak dilakukan. Hal ini untuk memastikan semua pihak boleh mengikut dan faham dengan peraturan yang telah ditetapkan (Thye, 2015). Data analisis objektif ketiga menunjukkan respondan juga mengetahui aspek pelaksanaan amalan keselamatan di tempat amali menunjukkan dapatan yang tidak ketara antara jumlah “Ya” dan jumlah “Tidak” dan “Tidak Pasti”. Seharusnya pihak institusi perlulah mengadakan kursus atau latihan yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan mewujudkan jawatankuasa pelaksana seterusnya diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan. Raymond C. Sinclair et. al (2003) menyatakan bahawa latihan keselamatan akan meningkatkan pengetahuan dan mengurangkan kecederaan di tempat kerja. Hasil analisis data pada objektif keempat menunjukkan respondan mengetahui aspek keselamatan di tapak bina yang mana keseluruhannya respondan memilih ‘Ya’. Dilihat pada aspek polisi keselamatan agak rendah iaitu hanya 22 respondan sahaja daripada 52 respondan dinilai yang menjawab ‘Ya’ dan selebihnya menjawab ‘Tidak’ dan ‘Tidak Pasti’. Dapatan ini mewujudkan persoalan adakah pihak institusi tidak menguatkuasakan polisi keselamatan dan kesihatan di tempat amali ini. Keselamatan pembinaan adalah menjadi keutamaan bagi semua pihak (Mohmad & Sultan,2014). Hasil analisis data pada objektif kelima menunjukkan pihak institusi prihatin terhadap amalan keselamatan di tapak amali tersebut. Dapatan menunjukkan jawapan “Tidak” atau “Tidak Pasti” lebih tinggi daripada “Ya”. Ini menunjukkan kebanyakkan respondan tidak tahu atau tidak pasti tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak institusi. Pensyarah haruslah memaklumkan kepada pelajar tentang kemudahan yang disediakan bagi memastikan pelajar dapat bertindak. Kemalangan yang berlaku di kawasan pembinaan memberikan kesan yang negatif kepada semua pihak dan tidak boleh dianggap remeh (Mohd Saidin et al.,2012). 12.0 CADANGAN Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa perkara perlu diambil perhatian terutamanya oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam menjaga keselamatan pelajar khususnya yang berada dalam industri landskap, institusi yang melahirkan graduan landskap serta pekerja atau pelajar yang menceburi bidang landskap. Daripada hasil kajian, dapat dicadangan untuk membangunkan satu kursus berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja serta aplikasinya di dalam bidang landskap dan binaan. Dengan adanya kursus dengan modul yang lengkap tersebut, dapat digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanaan amalan
  • 10. 10 tersebut. Modul tersebut juga boleh membantu di dalam mengaplikasi amalan tersebut terutamanya pada:- i. Pelajar / pensyarah Membantu pelajar atau pensyarah dalam meningkatkan pengetahuan dan kaedah selamat penggunaan peralatan serta pemakaian yang sesuai ketika menjalankan sesuatu aktiviti amali atau pekerjaan. ii. Institusi / kolej Menjadi panduan kepada pihak institusi atau kolej mengamalkan amalan keselamatan dengan menjalankan aktiviti pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan landskap dengan lebih cekap dan efisien mengikut modul yang telah dibangunkan. iii. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Panduan bagi pensyarah mengubal silibus kursus / modul, sukatan kurikulum yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi program landskap dan binaan. Jabatan atau instisusi yang melahirkan pelajar di bidang landskap dan binaan yang mempunyai amalan keselamatan dan kesihatan pekerja yang tinggi. 12.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanyalah terhad kepada pelajar yang terlibat di dalam kerja-kerja amali binaan dan landskap sahaja. Terdapat kekangan untuk mendapatkan jumlah pelajar yang ramai terlibat di dalam binaan dan landskap untuk menjadi respondan kerana di institusi kajian tidak ramai pelajar yang mengikuti kursus bidang landskap dan binaan. Kajian ini juga turut menghadkan kepada pelajar yang mengikuti modul pembinaan dan projek landskap sahaja di Kolej Komuniti Selandar dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak. 13.0 KESIMPULAN Melalui kajian ini, senario amalan keselamatan di dalam kerja-kerja amali binaan dan landskap dapat diketahui. Beberapa pemasalahan juga dapat dikenalpasti. Oleh yang demikian, kerjasama yang padu antara pelajar, pensyarah, pihak institusi dan juga jabatan amat diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan pelajar terjamin di tempat amali. Keselamatan pelajar adalah strategi penting dan terpelihara bahkan juga menyumbang kepada peningkatan produktiviti, motivasi kerja, kepuasan kerja dan secara keseluruhannya dapat meningkatkan kualiti di dalam sistem penyampaian dan pendidikan negara terutamanya di sektor teknikal.
  • 11. 11 RUJUKAN Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2017). Dicapai pada 7 Jun 2017 daripada http://www.dosh.gov.my Abd Salim, Fatin Nazira (2011). Kajian Keselamatan Dan Kesihatan Di Tapak Bina Sekitar Kawasan Bahagian Pantai Barat Sabah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ashari, Hapriza (2005). Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab Siapa? Jurnal Kemanusiaan, 3, pp. 73-83. Bernama (2012, April 29). Nahas di tempat kerja meningkat-MTUC. Utusan Malaysia. Bernama (2013, Julai 7). Tangani segera peningkatan kemalangan di tempat kerja. Utusan Malaysia. DOSH (2013). Garis Panduan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Dicapai pada 3 Julai 2013, daripada http://dosh.mohr.gov.my. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1998). Dicapai pada 3 Julai 2013 daripada http://www.dosh.gov.my Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2013). Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor pada tahun 2010. Dicapai pada 3 Julai 2013 daripda http://www.dosh.gov.my. JKKP (2010). Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA 1994). Dicapai pada 3 Julai 2013 daripda http://www.jkkp.gov.my. Kamil, Maslih (2013, Julai 25). 49,883 kes kemalangan tempat kerja. Utusan Malaysia. Malaysia. Parlimen. 1994. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994. Kuala Lumpur: MDC Publishers and Printers Sdn. Bhd. Md Piah, Mohd Fauzi (2003). Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Di Tapak Bina Bagi Kontraktor Binaan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana. Rafiin@Shafien, Mohd Asrul (2005). Keselamatan Dan Kesihatan Di Malaysia, Kajian Pematuhan Peraturan Di Syarikat Terpilih. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Mohd Khairul Azhar (2014). Amalan Keselamatan Bengkel dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana. Abu Bakar, Nor Hafsah (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Zon Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.