Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kursus PKPA
1. soalan 2
Si J meruoakan Pembantu Tadbir di Kemeterian KL telah tertangkap di dalam
serbuan yang dibuat oleh pihak polis di salah sebuah Pusat Hiburan di Ibu Kota.
Ketika ditangkap didapati Si J berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Setelah
ujian urine dijalankan, didapati si J telah menyalah gunakan dadah berbahaya. Pada
13.4.2009 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Memutuskan si J dilepaskan dengan
syarat berkelakuan baik dengan jaminan RM 3,000.00
Tugasan
(i) Berdasarkan kes di atas, nyatakan tindaklan kumpulan selaku Ketua Jabatan
kepada Si J.
Selaku Ketua Jabatan. Dikehendaki untuk mendapatkan laporan tangkapan daripada
pihak polis serta ujian urine yang telah dijalankan oleh Lembaga Perubatan Kerajaan.
Didapati si J telah bersalah menyalah gunakan dadah berdasarkan ujian urine
Lembaga Perubatan Kerajaan, oleh yang demikian KJ seterusnya membuat laporan
kepada Lembaga Tatatertib (LTT) Kumpulan Sokongan (KS) No. 1.
(ii) Apakah peraturan serta prosedur yang berkaitan dalam mengendalikan kes Si J.
(iii) Nyatakan bukti-bukti yang diperlukan dalam menguruskan kes tatatertib pegawai.
2. Cik W merupakan pegawai gred 48 yang berkhidmat sebagai Pengarah di
Jabatan VW. Pada Jun 2009 telah manawarkan kerja – kerja membekalkan alat
tulis kepada Jabatan VW. Sebagai penghargaan syarikat berkenaan
menghadiahkan satu set home theatre yang yang diletakkan di ruang rehat
pejabat dan set DVD Player berserta LCD Monitor yang dipasang di dalam
kenderaan jabatan. Penerimaan hadiah tersebut tidak dilaporkan kepada Ketua
Jabatannya.