SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
SULIT
SULIT
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN
PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 2/2009
KERTAS I
PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN
UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
TARIKH 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA 9.00 – 11.30 PAGI (2 ½ JAM)
TEMPAT DEWAN SULTAN ISKANDAR
UTM, SKUDAI /
UTM INTERNATIONAL CAMPUS
Buku Soalan Ini Mengandungi LAPAN (8) Muka Surat Bercetak
JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN
SULIT
SULIT 2
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL.
2/2009
KERTAS I
PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM
DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon hanya dikehendaki mencatat nombor kad pengenalan dan nombor soalan sahaja
pada setiap kertas jawapan.
2. Jawab lima (5) soalan sahaja, sekurang-kurangnya dua (2) soalan dari setiap
bahagian.
3. Calon tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan.
SELAMAT MAJU JAYA
SULIT
SULIT 3
BAHAGIAN A – PENGURUSAN UNIVERSITI
1. Puan A adalah Pensyarah di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia.
Keluarga beliau telah melantik beliau sebagai Pengarah Urusan bagi Syarikat Bersatu
Sdn. Bhd. yang dimiliki secara turun temurun. Menerusi pelantikan tesebut, Puan A
ingin memohon untuk menjalankan pekerjaan luar, beliau menerima sebarang gaji
ataupun elaun bagi jawatan tersebut. Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 7/2006,
jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh staf seperti yang digariskan
dalam Pekeliling Pentadbiran tersebut.
(20 markah)
2. Sifat-sifat peribadi terutamanya keutuhan pegawai merupakan salah satu daripada
kriteria yang perlu diambil sebelum pegawai dipertimbangkan untuk kenaikan
pangkat. Walau bagaimanapun, seseorang staf yang mempunyai rekod tindakan
tatatertib boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Bincangkan situasi-situasi
di bawah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009:
a) Encik L telah dikenakan tindakan tatatertib pada 1 Jun 2009 kerana kesalahan
di bawah Peraturan 3 (2)(f) iaitu tidak jujur atau tidak amanah kerana telah
membuat tuntutan palsu untuk penginapan dan dihukum di bawah 40(a)
amaran dan 40(e) turun gaji selama setahun berkuatkuasa 8 Jun 2009.
(4 markah)
b) Puan J didapati bersalah di bawah Peraturan 3 (2)(d) iaitu berkelakuan dengan
sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan
berkanun kerana pecah amanah dan dihukum di bawah 40(f) turun pangkat
iaitu daripada DS54 kepada DS45 berkuatkuasa 1 Ogos 2009.
( 4 markah)
c) Encik Y bersalah di bawah Peraturan (3)(2)(a) iaitu membelakangkan
kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya kerana
telah meluluskan projek membina Gelanggang Sukan tanpa melalui prosedur
setelah menerima imbuhan sebanyak RM1,000 daripada syarikat kontraktor
SULIT
SULIT 4
dan dikenakan hukuman di bawah 40(d) tangguh pergerakan gaji selama 24
bulan berkuatkuasa 20 Julai 2009.
(4 markah)
d) Encik Z bersalah di bawah Peraturan 3(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab
kerana mengemukakan sijil cuti sakit dan dikenakan hukuman di bawah 40(a)
amaran dan denda sepertimana di bawah 40(b) berkuatkuasa 23 November
2009.
( 4 markah)
e) Cik T bersalah di bawah Peraturan 3(2)(e) iaitu kurang cekap atau kurang
berusaha kerana sentiasa ingkar arahan Ketua Jabatan dan memberi alasan
yang tidak munasabah ketika khidmatnya diperlukan dan dikenakan hukuman
amaran di bawah 40(a) berkuatkuasa 9 Mei 2009 dan pada 1 Ogos 2009 beliau
dikenakan hukuman turun gaji 40(e) kerana cuai dalam melaksanakan tugas-
tugasnya.
( 4 markah)
3. Encik M merupakan pegawai Kewangan W48, telah mengarahkan dan mengeluarkan
surat setuju terima kepada Syarikat Menanti Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan
Dewan Jamuan dan Gelanggang Terbuka di Fakulti Sukan & Rekreasi yang bermula
Januari 2009 dan disiapkan pada Disember 2009 yang mana nilai projek adalah
RM150,000.00 dengan tanpa mempelawa sebutharga sepertimana prosedur yang
ditetapkan di bawah Pekeliling Bendahari Bil 1/2009. Perbuatan beliau telah
diketahui oleh Ketua Jabatan dan pihak Ketua Jabatan ingin mengambil tindakan
tatatertib ke atas Encik M. Bincangkan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua
Jabatan dibawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 dan
cadangkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau.
(20 markah)
SULIT
SULIT 5
4. Puan K tidak mematuhi waktu bekerja pejabat iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 5
petang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perenggan 5, Pekeliling
Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2005.
Perbuatan Puan K tersebut yang dikatakan datang lewat ke pejabat, keluar tanpa
kebenaran Ketua Jabatan dan balik awal tanpa mengemukakan alasan yang
munasabah telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5,
Perintah Am Bab G yang antara lain menyatakan bahawa pegawai perlu mematuhi
waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan serta mendapatkan
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan jika hendak meninggalkan pejabat
dalam waktu bekerja.
Kekerapan Puan K tidak mematuhi waktu bekerja telah menyebabkan beliau gagal
memberi keutamaan kepada tugas-tugasnya. Berdasarkan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, cadangkan tindakan yang boleh diambil ke
atas Puan K.
(20 markah)
SULIT
SULIT 6
BAHAGIAN B - PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
5. Perlembagaan Universiti memperuntukan dua puluh tiga (23) kuasa Universiti.
Berdasarkan seksyen 6(1) Perlembagaan Universiti Teknologi, Huraikan LIMA (5)
kuasa Universiti dan berikan contoh jika ada.
(20 markah)
6. Seksyen 15(5) Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) (AUKU)
telah memperuntukkan seperti berikut:-
“ Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan
atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau
mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa
jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan
sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-
a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi
undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
subseksyen (6)
“Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh
dihalang daripada-
(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang
berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam
pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan
(a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang
tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada
di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
SULIT
SULIT 7
atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan
(1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
Dengan merujuk Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan
Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, adakah kedua-duanya
bertentangan. Bincangkan seksyen di atas.
(20 markah)
7. Di dalam menjayakan transformasi untuk menuju kegemilangan, Universiti bercadang
menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan INTELEK untuk menguruskan dan
bertanggungjawab terhadap segala urusan berkenaan dengan harta, projek atau
perusahaan yang memberi manfaat dan faedah kepada Universiti, dan dalam masa
yang sama juga cadangan untuk menubuhkan anak syarikat yang dinamakan
GEMILANG SDN BHD bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh
Universiti.
Komen senario di atas dengan merujuk Seksyen 7, penubuhan perniagaan di dalam
Perlembagaan Universiti.
(20 markah)
8. Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti
atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut,
Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja,
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan
oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.
Huraikan fungsi dan kuasa Lembaga Pengarah dan Senat Universiti
SULIT
SULIT 8
Hak Cipta Terpelihara
@ Hak Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Modal Insan

More Related Content

Featured

AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 

Featured (20)

AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 

Kertas i pengurusan u & lembaga m'sia bil 2 2009 (1)

  • 1. SULIT SULIT PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 2/2009 KERTAS I PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA TARIKH 17 NOVEMBER 2009 (SELASA) MASA 9.00 – 11.30 PAGI (2 ½ JAM) TEMPAT DEWAN SULTAN ISKANDAR UTM, SKUDAI / UTM INTERNATIONAL CAMPUS Buku Soalan Ini Mengandungi LAPAN (8) Muka Surat Bercetak JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN
  • 2. SULIT SULIT 2 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN 1 DAN YANG SETARAF BIL. 2/2009 KERTAS I PENGURUSAN UNIVERSITI, PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA ARAHAN KEPADA CALON 1. Calon hanya dikehendaki mencatat nombor kad pengenalan dan nombor soalan sahaja pada setiap kertas jawapan. 2. Jawab lima (5) soalan sahaja, sekurang-kurangnya dua (2) soalan dari setiap bahagian. 3. Calon tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan. SELAMAT MAJU JAYA
  • 3. SULIT SULIT 3 BAHAGIAN A – PENGURUSAN UNIVERSITI 1. Puan A adalah Pensyarah di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia. Keluarga beliau telah melantik beliau sebagai Pengarah Urusan bagi Syarikat Bersatu Sdn. Bhd. yang dimiliki secara turun temurun. Menerusi pelantikan tesebut, Puan A ingin memohon untuk menjalankan pekerjaan luar, beliau menerima sebarang gaji ataupun elaun bagi jawatan tersebut. Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 7/2006, jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh staf seperti yang digariskan dalam Pekeliling Pentadbiran tersebut. (20 markah) 2. Sifat-sifat peribadi terutamanya keutuhan pegawai merupakan salah satu daripada kriteria yang perlu diambil sebelum pegawai dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, seseorang staf yang mempunyai rekod tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Bincangkan situasi-situasi di bawah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009: a) Encik L telah dikenakan tindakan tatatertib pada 1 Jun 2009 kerana kesalahan di bawah Peraturan 3 (2)(f) iaitu tidak jujur atau tidak amanah kerana telah membuat tuntutan palsu untuk penginapan dan dihukum di bawah 40(a) amaran dan 40(e) turun gaji selama setahun berkuatkuasa 8 Jun 2009. (4 markah) b) Puan J didapati bersalah di bawah Peraturan 3 (2)(d) iaitu berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun kerana pecah amanah dan dihukum di bawah 40(f) turun pangkat iaitu daripada DS54 kepada DS45 berkuatkuasa 1 Ogos 2009. ( 4 markah) c) Encik Y bersalah di bawah Peraturan (3)(2)(a) iaitu membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya kerana telah meluluskan projek membina Gelanggang Sukan tanpa melalui prosedur setelah menerima imbuhan sebanyak RM1,000 daripada syarikat kontraktor
  • 4. SULIT SULIT 4 dan dikenakan hukuman di bawah 40(d) tangguh pergerakan gaji selama 24 bulan berkuatkuasa 20 Julai 2009. (4 markah) d) Encik Z bersalah di bawah Peraturan 3(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab kerana mengemukakan sijil cuti sakit dan dikenakan hukuman di bawah 40(a) amaran dan denda sepertimana di bawah 40(b) berkuatkuasa 23 November 2009. ( 4 markah) e) Cik T bersalah di bawah Peraturan 3(2)(e) iaitu kurang cekap atau kurang berusaha kerana sentiasa ingkar arahan Ketua Jabatan dan memberi alasan yang tidak munasabah ketika khidmatnya diperlukan dan dikenakan hukuman amaran di bawah 40(a) berkuatkuasa 9 Mei 2009 dan pada 1 Ogos 2009 beliau dikenakan hukuman turun gaji 40(e) kerana cuai dalam melaksanakan tugas- tugasnya. ( 4 markah) 3. Encik M merupakan pegawai Kewangan W48, telah mengarahkan dan mengeluarkan surat setuju terima kepada Syarikat Menanti Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan Dewan Jamuan dan Gelanggang Terbuka di Fakulti Sukan & Rekreasi yang bermula Januari 2009 dan disiapkan pada Disember 2009 yang mana nilai projek adalah RM150,000.00 dengan tanpa mempelawa sebutharga sepertimana prosedur yang ditetapkan di bawah Pekeliling Bendahari Bil 1/2009. Perbuatan beliau telah diketahui oleh Ketua Jabatan dan pihak Ketua Jabatan ingin mengambil tindakan tatatertib ke atas Encik M. Bincangkan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan dibawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 dan cadangkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau. (20 markah)
  • 5. SULIT SULIT 5 4. Puan K tidak mematuhi waktu bekerja pejabat iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 5 petang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2005. Perbuatan Puan K tersebut yang dikatakan datang lewat ke pejabat, keluar tanpa kebenaran Ketua Jabatan dan balik awal tanpa mengemukakan alasan yang munasabah telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5, Perintah Am Bab G yang antara lain menyatakan bahawa pegawai perlu mematuhi waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan serta mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan jika hendak meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja. Kekerapan Puan K tidak mematuhi waktu bekerja telah menyebabkan beliau gagal memberi keutamaan kepada tugas-tugasnya. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, cadangkan tindakan yang boleh diambil ke atas Puan K. (20 markah)
  • 6. SULIT SULIT 6 BAHAGIAN B - PERLEMBAGAAN UTM DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 5. Perlembagaan Universiti memperuntukan dua puluh tiga (23) kuasa Universiti. Berdasarkan seksyen 6(1) Perlembagaan Universiti Teknologi, Huraikan LIMA (5) kuasa Universiti dan berikan contoh jika ada. (20 markah) 6. Seksyen 15(5) Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) (AUKU) telah memperuntukkan seperti berikut:- “ Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap- a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu. subseksyen (6) “Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada- (a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau (b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
  • 7. SULIT SULIT 7 atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu. Dengan merujuk Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, adakah kedua-duanya bertentangan. Bincangkan seksyen di atas. (20 markah) 7. Di dalam menjayakan transformasi untuk menuju kegemilangan, Universiti bercadang menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan INTELEK untuk menguruskan dan bertanggungjawab terhadap segala urusan berkenaan dengan harta, projek atau perusahaan yang memberi manfaat dan faedah kepada Universiti, dan dalam masa yang sama juga cadangan untuk menubuhkan anak syarikat yang dinamakan GEMILANG SDN BHD bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh Universiti. Komen senario di atas dengan merujuk Seksyen 7, penubuhan perniagaan di dalam Perlembagaan Universiti. (20 markah) 8. Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti. Huraikan fungsi dan kuasa Lembaga Pengarah dan Senat Universiti
  • 8. SULIT SULIT 8 Hak Cipta Terpelihara @ Hak Pejabat Pendaftar Bahagian Pengurusan Modal Insan