Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Yang berusaha Cikgu Rohana bt Hussein, PK
Ting 6, Yang dihormati guru-guru, Tuan-tuan dan puan-puan
para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5
Tanjung yang dikasihi sekalian
Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita mulakan majlis
dengan umul kitab, Al-fatihah…Amin..amin..ya rabalalamin.
Bersyukurkita ke hadratIlahi kerana denganizin-Nya dapat
kita berkumpul secara maya di dalam googlemeet pada
pagi yang penuh barakahini, untuk sama sama menjayakan
satu agenda sekolah iaitu MAJLIS E-SARANA : DIALOG
PRESTASI MURID TING. 5 BERSAMA WARIS ataupun di
kenali sebagai "PROGRAM CHANGE MY COLOUR" bagi
pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Saya cikgu Halimaton selaku moderator bagi majlis pada
pagi ini, bersama-sama cikgu Rohana sebagai pembentang
pada hr ini, Ustazah Mariani guru kelas 5 Tanjung dan cikgu
Zuraihan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada seluruh hadirin warga maya kerana telah sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis
yang kita rencanakan pada hari ini.
Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis
ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma
dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu
pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik.Seperti
yang kita sedia maklum calon –calon SPM tahun ini
merupakan batch yang sangat terkesan dengan pandemic
covid 19. Tambahan pula,meraka ini juga merupakan batch
pertama yang akan menduduki peperiksaan SPM format
baru di bawah KSSM.
Tuan-tuan dan puan-puan, besarlah harapan kami warga
pendidik jika kita dapat bersama-sama mencari solusi dan
intervensi untuk peningkatan akademik anak-anak pelajar
walaupun terkesan dengan masalah dan cabaran era
pendemik ini…insyaAllah.
Sebelum kita memulakan sesi dialog, ingin saya
sampaikan beberapa perkara.
1. Mohon warga maya menutup audio semasa sesi
pembentangan sedang berlangsung.
2. Sekiranya mempunyai soalan, tuan-tuan dan puan2
boleh menggunakan icon raise your hand atau
menulis di ruang call in messages.
3. Mengisi kehadiran di dalam link yg diberikan di ruang
chat.
4. Seperti yang pelajar2 sedia maklum. Hadiah Topup
akan diberikan kpd pelajar yg mendaftar awal dan
kekal aktif sehingga habis program. Pengumuman
pemenang hanya untuk pelajar yang ada semasa
nama diumumkan sbgi pemenang topup.
Warga maya yang dimuliakan,
Tanpa melengahkan masa lagi. Tibalah masa untuk kita
mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Cikgu
Rohana bt Hussein PK Ting 6 SMK Bandar Sungai Petani.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan cikgu
Rohana.
Habis pembentangan
Begitulah taklimat yang begitu padat berinformasi
buat renungan dan panduan semua warga maya. Jutaan
terima kasih diucapkankepadaCikgu Rohana atas taklimat
sebentar tadi.
Para hadirin sekalian warga maya sekalian,
Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu
bapa dan penjaga bersama para guru. Sebarang cadangan
dan pandangan para waris penjaga amatdialu-alukan untuk
kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan
bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak
menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....
Sila, waris dan pelajar jika ada pandangan untuk
dikemukanan.
Jika tiada, untuk pengetahuan semua kami guru sentiasa
terbuka menerima sebar
Umum pemenang
Saya akan umumkan nama-nama penerima saguhati pada
hari ini. Saya berharap nama yang disebutkanmasih berada
di dalam majlis ini.
Sebelum tamatnya majlis, Saya selaku wakil pihak majlis
dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar
sepanjang saya mengendalikan pengacaraan pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah
S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri
saya sendiri.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Ucapan dialog prestasi

  • 1.
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhdan salam sejahtera. Yang berusaha Cikgu Rohana bt Hussein, PK Ting 6, Yang dihormati guru-guru, Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5 Tanjung yang dikasihi sekalian Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita mulakan majlis dengan umul kitab, Al-fatihah…Amin..amin..ya rabalalamin. Bersyukurkita ke hadratIlahi kerana denganizin-Nya dapat kita berkumpul secara maya di dalam googlemeet pada pagi yang penuh barakahini, untuk sama sama menjayakan satu agenda sekolah iaitu MAJLIS E-SARANA : DIALOG PRESTASI MURID TING. 5 BERSAMA WARIS ataupun di kenali sebagai "PROGRAM CHANGE MY COLOUR" bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Saya cikgu Halimaton selaku moderator bagi majlis pada pagi ini, bersama-sama cikgu Rohana sebagai pembentang pada hr ini, Ustazah Mariani guru kelas 5 Tanjung dan cikgu Zuraihan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga maya kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik.Seperti yang kita sedia maklum calon –calon SPM tahun ini merupakan batch yang sangat terkesan dengan pandemic covid 19. Tambahan pula,meraka ini juga merupakan batch
  • 2.
    pertama yang akanmenduduki peperiksaan SPM format baru di bawah KSSM. Tuan-tuan dan puan-puan, besarlah harapan kami warga pendidik jika kita dapat bersama-sama mencari solusi dan intervensi untuk peningkatan akademik anak-anak pelajar walaupun terkesan dengan masalah dan cabaran era pendemik ini…insyaAllah. Sebelum kita memulakan sesi dialog, ingin saya sampaikan beberapa perkara. 1. Mohon warga maya menutup audio semasa sesi pembentangan sedang berlangsung. 2. Sekiranya mempunyai soalan, tuan-tuan dan puan2 boleh menggunakan icon raise your hand atau menulis di ruang call in messages. 3. Mengisi kehadiran di dalam link yg diberikan di ruang chat. 4. Seperti yang pelajar2 sedia maklum. Hadiah Topup akan diberikan kpd pelajar yg mendaftar awal dan kekal aktif sehingga habis program. Pengumuman pemenang hanya untuk pelajar yang ada semasa nama diumumkan sbgi pemenang topup. Warga maya yang dimuliakan, Tanpa melengahkan masa lagi. Tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Cikgu Rohana bt Hussein PK Ting 6 SMK Bandar Sungai Petani. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan cikgu Rohana.
  • 3.
    Habis pembentangan Begitulah taklimatyang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga maya. Jutaan terima kasih diucapkankepadaCikgu Rohana atas taklimat sebentar tadi. Para hadirin sekalian warga maya sekalian, Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amatdialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah.... Sila, waris dan pelajar jika ada pandangan untuk dikemukanan. Jika tiada, untuk pengetahuan semua kami guru sentiasa terbuka menerima sebar Umum pemenang Saya akan umumkan nama-nama penerima saguhati pada hari ini. Saya berharap nama yang disebutkanmasih berada di dalam majlis ini. Sebelum tamatnya majlis, Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan pengacaraan pada hari ini.
  • 4.
    Sesungguhnya yang baikitu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Buah selasih buah kelubi Di dalam dulang hidangan pagi Terima kasih daun keladi Bila diundang datanglah lagi. Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.