SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL




                DTT5212

       ( TEKNOLOGI DAN INOVASI )

       SEMESTER II SESI 2012/2013




           TUGASAN INDIVIDU

                   1
NORLINAH BINTI ASANJI

                                PT122328CT




Assignment 1


Modal RM 1 juta
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?


Sekiranya saya mempunyai modal RM 1 juta, saya ingin membuka stesen
minyak. Kenapa saya memilih jenis perniagaan ini kerana di sepanjang jalan
UMS hanya satu stesen minyak sahaja yang terdapat di situ iaitu Shell. Namun
ia terletak berhampiran round about, jadi menyukarkan para pengguna untuk
pergi jauh lagi. Stesen minyak yang akan saya buka adalah berdekatan dengan
UMS, ini adalah kerana memudahkan para pengguna seperti pensyarah, pelajar
dan orang awam untuk mengisi minyak. Para pengguna tidak perlu lagi pusing




                                      2
jauh kerana terdapat stesen yang berhampiran. Contohnya para pelajar yang
tinggal d UA, IP dan sebagainya bolehlah singgah ke stesen minyak saya.


Untuk memastikan perniagaan untung ialah:
   1) Menyediakan kemudahan pengguna dari segi perkhidmatan seperti
      tandas, bilik solat, penyediaan makanan dan minuman dan servis kereta.
      Dengan adanya kemudahan ini, para pelanggan dapat membeli makanan
      dan minuman, bersolat dan menggunakan bilik air, secara tidak langsung
      dapat menarik hati pelanggan untuk mengisi minyak di stesen minyak
      tersebut.
   2) Pekerja yang berkualiti iaitu cekap, amanah dan berintegriti. Dengan
      adanya sikap ini, para pelanggan akan berpuas hati dengan layanan para
      pekerja yang mesra, cepat dan menepati kehendak pengguna.
   3) Mengetahui harga pasaran iaitu naik turun harga minyak bagi memastikan
      stok minyak sentiasa mencukupi.
   4) Dari aspek keselamatan pula ialah selamat daripada bencana alam iaitu
      membina stesen minyak pada ketinggian melebihi aras laut. Kedua sistem
      perparitan yang betul supaya mengelakkan banjir berlaku di kawasan
      premis.




Assignment 2


Multimodality


Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan
multi modality instruction?


Teori multi modaliti bermaksud para guru haruslah menggunakan pelbagai
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. ini kerana pelajar mempunyai
pelbagai kecerdasan yang pelbagai menurut Howard Gardner. Ini bermakna


                                        3
sebahagian pelajar lebih suka memahami apabila mendengar, sebahagian
pelajar yang lain lebih suka memahami apabila melihat manakala yang lainnya
lebih suka memahami apabila melihat dan mendengar. Oleh sebab itu, software
pendidikan perlu memuatkan kombinasi teks, grafik, suara, animasi dan video
dengan lebih bijak. Perkembangan ini yang disebut dalam media pendidikan
dengan istilah multimedia.




Multi modality instruction pula ialah penyediaan maklumat penting dan
tugasan dalam bentuk dua format lisan dan visual supaya pelajar dapat akses
kepada proses p&p.




Assignment 3


Sila respon untuk isu ini pula:


   i)        Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
   ii)       Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
   iii)      Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS
          (higher order thinking skills)
   iv)       Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar
   v)        Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran


   i)        Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
             -Penggunaan Multimedia seperti video dapat membantu pelajar lebih
             mengingat sesuatu fakta atau memudahkan proses pembelajaran. Ini
             kerana penggunaaan video dalam p&p mengabungkan elemen-
             elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh



                                           4
dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu
       VARK- visual, auditori, read & kinestetik.


ii)    Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous
       learning
       -p&p ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh.
       Pelajar tidak perlu berada di kelas, tetapi pelajar boleh belajar melalui
       online seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi
       komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar juga boleh
       berhubung dengan pensyarah, dengan bahan e-pembelajaran dan
       rakan pelajar serta interaksi antara pelajar dengan pelajar




iii)   Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher
       order thinking skills)
       -penggunaan video dapat menggalakkan perayauan dan eksplorasi
       dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran
       pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills). Ini kerana ia dapat )
       menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja
       terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan
       video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh
       pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman
       video, audio dan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian
       ke bahagian lain dan dari satu media kepada media yang lain melalui
       hiperlink dan hipermedia. Pengguna dapat mengawal maklumat dan
       berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya
       berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku.


iv)    cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial
       pelajar.


                                      5
-Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari
          segi kreativiti dapat menarik
          minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
          dengan lebih baik, tetapi juga
          membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan
          pendidik menyampaikan
          ilmu,motivasi,kepimpinan,danpembelajaran koperatif.


   v)     cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan
          kesedaran
          -pelajar mempunyai kesedaran diri dari segi pelbagai sudut
          terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam subjek sejarah
          dapat menerapkan semangat patriotik melalui penayangan video
          berkaitan dengan kemerdekaan Negara. Selain itu, penggunaan video
          banyak membantu menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar. Misalnya,
          video berkaitan dengan patriotisme (nyanyian atau drama). Pelajar
          dapat mempelajari nilai seperti cinta akan negara.




Assignment 4


Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?


Antara kekangan yang dihadapi sekiranya menggunakan video dalam kelas ialah
boleh dilihat dari sudut kekangan kepada guru, pelajar dan material atau bahan.
Pembelajaran dan pengajaran tidak akan berlaku sekiranya bekalan elektrik
terputus secara tiba-tiba. kedua, murid tidak akan fokus kerana tiada komunikasi
2 hala diantara guru dan pelajar. selain itu, pembelajaran tidak akan berkesan
kerana kerana tertumpu kepada pemusatan bahan BBM tanpa penerangan yang
sepenuhnya daripada guru.



                                           6
Assignment 5

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Terdapat 3 peringkat cara menggunakan video dalam kelas iaitu:


i) Sebelum- pastikan ada bekalan elektrik-ada LCD- ada projektor-pastikan juga
alat permain video berfungsi dengan baik dan cuba test dulu video tersebut
samada berfungsi dengan baik atau tidak.


ii) Semasa- pastikan ada back up bekalan elektrik sepanjang video dimainkan.


iii) Selepas- pastikan semua alat yang dipinjam daripada makmal komputer
dipulangkan balik dan pastikan semua suis di padamkan.




Assignment 6


Assignment manipulatives


Kemahiran manipulative ialah kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar
melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan bahan sains
dengan betul, menyimpan peralatan bahan sains dengan betul dan selamat. Ia
merupakan aktiviti pelajar d luar atau di dalam bilik darjah dan mereka belajar
menghasilkan sesuatu. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya
kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti yang
dijalankan. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap
positif dalam menghasilkan sesuatu. Ia juga dapat memperkembangkan
pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti soalan.




                                       7
Assignment 7

Video Dalam Pendidikan.

Jawab 5 soalan ini dengan ringkas sahaja.


1.Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?


-Literasi video menjurus kepada suatu keadah pengajaran yang secara tidak
langsung dapat memberi ilmu pengetahuan melalui penontonan video secara
berfaedah dan menghasilkan video.


2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
a) Penulis membina mesej.
b) Format untuk setiap mesej adalah unik.
c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.


3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi
video?
-menerusi penggunaan video,sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu boleh juga
meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat kerana video
mempunyai jalinan pelbagai media (audio, grafik dll ) yang mampu merangsang
pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat juga boleh
disampaikan secara realistic kerana video mampu mempersembahkan sesuatu
mesej dalam keadaan yang realistik ,bagi membolehkan pelajar merasakan
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.



                                       8
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan
menyokong pembelajaran pelajar?
a) Dokumentasi (Documentary)
– Menceritakan cerita sebenar tentang situasi dan watak sebenar.
b) Dramatization
– Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan
perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama.
c) Video storytelling
– beri peluang kepada pelajar menjadi kreatif semasa menulis, literasi visual dan
kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya
menyuarakan idea melalui cerita.
d) Virtual field trips
– Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak berpeluang pergi,
contohnya hutan di Amazon


5) Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik
darjah adalah memilih video daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ini
kerana , jika video yang dipilih dengan teliti maka bahan tajaan dari video akan
menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selesai memilih
video, gunakan juga alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran.
Sebagai contonya borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan
yang mendorong pembelajaran pelajar. Oleh sebab itu , pemilihan video harus
menilai beberapa aspek penting seperti :
a) Mesej yang terkandung di dalam video
b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej
c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran.
d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran.



Assignment 8


                                        9
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual?

Ciri-ciri reka cipta visual:

Visual adalah alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang
lebihberkesan daripadapenggunaan lisan atau pernyataan bertulis.
Keberkesananpenggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada
visual tersebut. Ciri-cirivisual yang baik ialah mudah, jelas, dan difahami, mesej
dapat ditafsir denganberkesan, interaksi aktif di antara pelajar dan guru, serta
membantu memfokuskanperhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Proses-proses:


i) Analisis
        Proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari.
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis
persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat
pengajaran.Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses
analisis iaitu :-


Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?-


Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan-


Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?-


Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?-


Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?




                                          10
Terdapat jenis analisis yang diambil kira iaitu analisis tugas, analisis keperluan
dan analisis pengajaran.

ii) Pembangunan
       Proses mengarang dan menghasilkan bahan pembelajaran-Kerja- kerja
pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan
yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat
beroperasi dengan berkesan.


iii) Pelaksanaan
       Proses memasukkan bahan pengajaran dalam dunia yang sebenar.
Projek multimedia yang disiapkan akan digunakan akan diuji bagi mengenal pasti
kesilapan semasa proses pembangunan projek dilaksanakan. Sekiranya berlaku
kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna.


iv) Penilaian
       Proses mengenal pasti impak pengajaran. Fasa penilaian terbahagi dua
iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam
proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian
yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal
selidik penyeliaan dan pengujian.




                                       11
Assignment Kumpulan




CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21




1.0 DEFINISI KEGURUAN




Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain

dalam   masyarakat   dunia.   Sebagai    guru   yang   profesional,   guru   perlu

melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua

konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder

Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan



                                        12
pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan

bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum

sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai

disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam

masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk

dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri

Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran

Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan

Bertaraf   Dunia   Kearah   Pembestarian   Dalam   Proses   Pengajaran    dan

Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia

sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses

pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian

khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan

ilmu.




2.0 CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21


                                     13
2.1 Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad 21.

   2.11 Murid


   •   Hubungkan 'mata pelajaran' dengan kehidupan murid-murid,

   •   Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan

       berfikir secara kritis,

   •   Menjana      idea-idea    baru   dan    menarik   bagi   murid-murid   berfikir

       mengenainya,

   •   Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,

   •   Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa.


   2.22 Cara mengajar

   •   Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme

       seorang guru,

   •   Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,

   •   Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata

       pelajaran,

   •   Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea

       yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami

       dan menghargainya,

   •   Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap

       tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.


                                          14
2.23    Guru

•   Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya

    dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan

    seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,

•   Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,

•   Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.


2.24 Keperibadian

•   Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah

    dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang

    tinggi.

•   Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.


Dengan itu, ciri-ciri guru abad ke-21 haruslah:

1. Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum.

2. Mahir      dan    berketerampilan    dalam     pedagogi      (pengajaran   dan

    pembelajaran).

3. Memahami perkembangan pelajar-pelajar dan menyayangi mereka.

4. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology).

5. Memiliki kemahiran kaunseling.

6. Menggunakan Teknologi terkini




                                       15
3.0 Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:




   3.1 Tanggungjawab pendidik




        3.11) Membina budaya ilmu




      i) Teknologi dan perkomputeran

      Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang

      untuk   melengkapkan      diri   berketrampilan   sebagai   pemimpin   ilmu

      berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan

      penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi

      mekanisme urusan harian.




      ii) Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

      Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda

      untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan

      mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran

      berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan

      jauh dan luar biasa.




      iii) Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas


                                         16
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan

mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina

pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar

pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful

learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan

perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan

semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4

Pillars of Learning iaitu:

Belajar untuk menguasai ilmu

Belajar untuk menguasai kemahiran

Belajar untuk menjadi insan berguna

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama




iv) Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila

insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini

sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat

mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.




v) Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri




                                17
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar

 pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada

 melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh

 yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan

 perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan

 hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan

 progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.




3.2 Membentuk Masyarakat Madani

 Pendidik    yang    professional     dapat    menangani    pengajaran       dan

 pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan

 akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh

 mempengaruhi       gaya    hidup    dan   akhlak    masyarakat    kita.   Usaha

 mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi

 maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan

 ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat

 madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia.

 Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu

 menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan

 masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang

 berpegang    kepada       teras    keimanan   dan    ketuhanan,    mempunyai


                                     18
ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang

dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi,

berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

      Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen

terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam

mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang

berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai

penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,

mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan

pendidikan,   dan    mengamalkan        kemahiran    profesional   mampu

meyediakan     generasi    muda       untuk   menghadapi    kemungkinan-

kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,

kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat

sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua

Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh

menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-

21.




                                 19

More Related Content

What's hot

Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneMohd Kasman
 
Peranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaranPeranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaran
Amy Syahida
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo030212
 
Pembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaPembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaiwayanredhana
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah barat
ravelptik
 
Materi kd1.3 1.4 rsbi
Materi kd1.3   1.4 rsbiMateri kd1.3   1.4 rsbi
Materi kd1.3 1.4 rsbi
Wawan Hidayat
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Muhammad Akbar
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenry Saiparudin
 
Tugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoTugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoDancy Jimmy
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
Mustapa Alba
 
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyah
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh KhamdiyahMakalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyah
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyahkhamdiyah
 
Pembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia PresentasiPembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia Presentasi
Muhammadded
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 

What's hot (18)

5650
56505650
5650
 
7. Adrian
7. Adrian7. Adrian
7. Adrian
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonne
 
Peranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaranPeranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaran
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikan
 
Latihan edmodo
Latihan edmodoLatihan edmodo
Latihan edmodo
 
Pembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaPembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhana
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah barat
 
Materi kd1.3 1.4 rsbi
Materi kd1.3   1.4 rsbiMateri kd1.3   1.4 rsbi
Materi kd1.3 1.4 rsbi
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Tugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodoTugasan individu edmodo
Tugasan individu edmodo
 
Ict
IctIct
Ict
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyah
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh KhamdiyahMakalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyah
Makalah Pemanfaatan TIK melalui Pembelajaran Jarak Jauh Khamdiyah
 
Pembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia PresentasiPembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia Presentasi
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 

Similar to Tugasan individu tekno

Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
PPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptxPPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptx
MTsALFALAH8
 
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
sitiulpa
 
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranAplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranZyfa Syafara
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
Raihando
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153  pevote100 (jurnal)5215127153  pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)Raihando
 
KPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
KPS 3014 – Pengurusan PembelajaranKPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
KPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
afeeq11
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)Raihando
 
Tik melinda tri ananda 2 b
Tik melinda tri ananda 2 bTik melinda tri ananda 2 b
Tik melinda tri ananda 2 b
MelindaTriA
 
Asirah
AsirahAsirah
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Nurfanida Hikmalia
 
Media Pembelajaran.docx
Media Pembelajaran.docxMedia Pembelajaran.docx
Media Pembelajaran.docx
Zukét Printing
 
Media Pembelajaran.pdf
Media Pembelajaran.pdfMedia Pembelajaran.pdf
Media Pembelajaran.pdf
Zukét Printing
 
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfTahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
combi07
 
Seminar Fisika 2012
Seminar Fisika 2012Seminar Fisika 2012
Seminar Fisika 2012FKIP UHO
 
5215127153 pevote100 (jurnal) raihando
5215127153 pevote100 (jurnal) raihando5215127153 pevote100 (jurnal) raihando
5215127153 pevote100 (jurnal) raihandoRaihando
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
IndraAgustian7
 
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
Riyandi11
 

Similar to Tugasan individu tekno (20)

Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
PPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptxPPT ICT YANTI.pptx
PPT ICT YANTI.pptx
 
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptxMemanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
Memanfaatkan Multi Media untuk Meningkatkan Kualitas Pembelajaran.pptx
 
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranAplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153  pevote100 (jurnal)5215127153  pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
KPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
KPS 3014 – Pengurusan PembelajaranKPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
KPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran
 
Bmp3093(1)
Bmp3093(1)Bmp3093(1)
Bmp3093(1)
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
Tik melinda tri ananda 2 b
Tik melinda tri ananda 2 bTik melinda tri ananda 2 b
Tik melinda tri ananda 2 b
 
Asirah
AsirahAsirah
Asirah
 
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
 
Media Pembelajaran.docx
Media Pembelajaran.docxMedia Pembelajaran.docx
Media Pembelajaran.docx
 
Media Pembelajaran.pdf
Media Pembelajaran.pdfMedia Pembelajaran.pdf
Media Pembelajaran.pdf
 
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfTahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
 
Seminar Fisika 2012
Seminar Fisika 2012Seminar Fisika 2012
Seminar Fisika 2012
 
5215127153 pevote100 (jurnal) raihando
5215127153 pevote100 (jurnal) raihando5215127153 pevote100 (jurnal) raihando
5215127153 pevote100 (jurnal) raihando
 
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
33. PENERAPAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
 
Document1
Document1Document1
Document1
 
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
PEMANFAATAN VIDEO SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITAS DAN ...
 

Tugasan individu tekno

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 ( TEKNOLOGI DAN INOVASI ) SEMESTER II SESI 2012/2013 TUGASAN INDIVIDU 1
  • 2. NORLINAH BINTI ASANJI PT122328CT Assignment 1 Modal RM 1 juta Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG? Sekiranya saya mempunyai modal RM 1 juta, saya ingin membuka stesen minyak. Kenapa saya memilih jenis perniagaan ini kerana di sepanjang jalan UMS hanya satu stesen minyak sahaja yang terdapat di situ iaitu Shell. Namun ia terletak berhampiran round about, jadi menyukarkan para pengguna untuk pergi jauh lagi. Stesen minyak yang akan saya buka adalah berdekatan dengan UMS, ini adalah kerana memudahkan para pengguna seperti pensyarah, pelajar dan orang awam untuk mengisi minyak. Para pengguna tidak perlu lagi pusing 2
  • 3. jauh kerana terdapat stesen yang berhampiran. Contohnya para pelajar yang tinggal d UA, IP dan sebagainya bolehlah singgah ke stesen minyak saya. Untuk memastikan perniagaan untung ialah: 1) Menyediakan kemudahan pengguna dari segi perkhidmatan seperti tandas, bilik solat, penyediaan makanan dan minuman dan servis kereta. Dengan adanya kemudahan ini, para pelanggan dapat membeli makanan dan minuman, bersolat dan menggunakan bilik air, secara tidak langsung dapat menarik hati pelanggan untuk mengisi minyak di stesen minyak tersebut. 2) Pekerja yang berkualiti iaitu cekap, amanah dan berintegriti. Dengan adanya sikap ini, para pelanggan akan berpuas hati dengan layanan para pekerja yang mesra, cepat dan menepati kehendak pengguna. 3) Mengetahui harga pasaran iaitu naik turun harga minyak bagi memastikan stok minyak sentiasa mencukupi. 4) Dari aspek keselamatan pula ialah selamat daripada bencana alam iaitu membina stesen minyak pada ketinggian melebihi aras laut. Kedua sistem perparitan yang betul supaya mengelakkan banjir berlaku di kawasan premis. Assignment 2 Multimodality Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction? Teori multi modaliti bermaksud para guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. ini kerana pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yang pelbagai menurut Howard Gardner. Ini bermakna 3
  • 4. sebahagian pelajar lebih suka memahami apabila mendengar, sebahagian pelajar yang lain lebih suka memahami apabila melihat manakala yang lainnya lebih suka memahami apabila melihat dan mendengar. Oleh sebab itu, software pendidikan perlu memuatkan kombinasi teks, grafik, suara, animasi dan video dengan lebih bijak. Perkembangan ini yang disebut dalam media pendidikan dengan istilah multimedia. Multi modality instruction pula ialah penyediaan maklumat penting dan tugasan dalam bentuk dua format lisan dan visual supaya pelajar dapat akses kepada proses p&p. Assignment 3 Sila respon untuk isu ini pula: i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran -Penggunaan Multimedia seperti video dapat membantu pelajar lebih mengingat sesuatu fakta atau memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana penggunaaan video dalam p&p mengabungkan elemen- elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh 4
  • 5. dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik. ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning -p&p ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. Pelajar tidak perlu berada di kelas, tetapi pelajar boleh belajar melalui online seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah, dengan bahan e-pembelajaran dan rakan pelajar serta interaksi antara pelajar dengan pelajar iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) -penggunaan video dapat menggalakkan perayauan dan eksplorasi dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills). Ini kerana ia dapat ) menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audio dan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dan dari satu media kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku. iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. 5
  • 6. -Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari segi kreativiti dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu,motivasi,kepimpinan,danpembelajaran koperatif. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran -pelajar mempunyai kesedaran diri dari segi pelbagai sudut terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam subjek sejarah dapat menerapkan semangat patriotik melalui penayangan video berkaitan dengan kemerdekaan Negara. Selain itu, penggunaan video banyak membantu menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar. Misalnya, video berkaitan dengan patriotisme (nyanyian atau drama). Pelajar dapat mempelajari nilai seperti cinta akan negara. Assignment 4 Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? Antara kekangan yang dihadapi sekiranya menggunakan video dalam kelas ialah boleh dilihat dari sudut kekangan kepada guru, pelajar dan material atau bahan. Pembelajaran dan pengajaran tidak akan berlaku sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. kedua, murid tidak akan fokus kerana tiada komunikasi 2 hala diantara guru dan pelajar. selain itu, pembelajaran tidak akan berkesan kerana kerana tertumpu kepada pemusatan bahan BBM tanpa penerangan yang sepenuhnya daripada guru. 6
  • 7. Assignment 5 Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas Terdapat 3 peringkat cara menggunakan video dalam kelas iaitu: i) Sebelum- pastikan ada bekalan elektrik-ada LCD- ada projektor-pastikan juga alat permain video berfungsi dengan baik dan cuba test dulu video tersebut samada berfungsi dengan baik atau tidak. ii) Semasa- pastikan ada back up bekalan elektrik sepanjang video dimainkan. iii) Selepas- pastikan semua alat yang dipinjam daripada makmal komputer dipulangkan balik dan pastikan semua suis di padamkan. Assignment 6 Assignment manipulatives Kemahiran manipulative ialah kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan bahan sains dengan betul dan selamat. Ia merupakan aktiviti pelajar d luar atau di dalam bilik darjah dan mereka belajar menghasilkan sesuatu. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti soalan. 7
  • 8. Assignment 7 Video Dalam Pendidikan. Jawab 5 soalan ini dengan ringkas sahaja. 1.Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? -Literasi video menjurus kepada suatu keadah pengajaran yang secara tidak langsung dapat memberi ilmu pengetahuan melalui penontonan video secara berfaedah dan menghasilkan video. 2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah: a) Penulis membina mesej. b) Format untuk setiap mesej adalah unik. c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan. d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej. e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? -menerusi penggunaan video,sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu boleh juga meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat kerana video mempunyai jalinan pelbagai media (audio, grafik dll ) yang mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat juga boleh disampaikan secara realistic kerana video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik ,bagi membolehkan pelajar merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. 8
  • 9. 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? a) Dokumentasi (Documentary) – Menceritakan cerita sebenar tentang situasi dan watak sebenar. b) Dramatization – Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama. c) Video storytelling – beri peluang kepada pelajar menjadi kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita. d) Virtual field trips – Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak berpeluang pergi, contohnya hutan di Amazon 5) Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ini kerana , jika video yang dipilih dengan teliti maka bahan tajaan dari video akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selesai memilih video, gunakan juga alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Sebagai contonya borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar. Oleh sebab itu , pemilihan video harus menilai beberapa aspek penting seperti : a) Mesej yang terkandung di dalam video b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran. d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran. Assignment 8 9
  • 10. Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual? Ciri-ciri reka cipta visual: Visual adalah alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebihberkesan daripadapenggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Keberkesananpenggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. Ciri-cirivisual yang baik ialah mudah, jelas, dan difahami, mesej dapat ditafsir denganberkesan, interaksi aktif di antara pelajar dan guru, serta membantu memfokuskanperhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual Proses-proses: i) Analisis Proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari. Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :- Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?- Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan- Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?- Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?- Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut? 10
  • 11. Terdapat jenis analisis yang diambil kira iaitu analisis tugas, analisis keperluan dan analisis pengajaran. ii) Pembangunan Proses mengarang dan menghasilkan bahan pembelajaran-Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan. iii) Pelaksanaan Proses memasukkan bahan pengajaran dalam dunia yang sebenar. Projek multimedia yang disiapkan akan digunakan akan diuji bagi mengenal pasti kesilapan semasa proses pembangunan projek dilaksanakan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna. iv) Penilaian Proses mengenal pasti impak pengajaran. Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian. 11
  • 12. Assignment Kumpulan CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21 1.0 DEFINISI KEGURUAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan 12
  • 13. pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu. 2.0 CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21 13
  • 14. 2.1 Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad 21. 2.11 Murid • Hubungkan 'mata pelajaran' dengan kehidupan murid-murid, • Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis, • Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya, • Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran, • Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa. 2.22 Cara mengajar • Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru, • Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran, • Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran, • Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya, • Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran. 14
  • 15. 2.23 Guru • Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan, • Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya, • Bina dan mengekalkan perhubungan profesional. 2.24 Keperibadian • Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. • Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik. Dengan itu, ciri-ciri guru abad ke-21 haruslah: 1. Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum. 2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). 3. Memahami perkembangan pelajar-pelajar dan menyayangi mereka. 4. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology). 5. Memiliki kemahiran kaunseling. 6. Menggunakan Teknologi terkini 15
  • 16. 3.0 Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu: 3.1 Tanggungjawab pendidik 3.11) Membina budaya ilmu i) Teknologi dan perkomputeran Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. ii) Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. iii) Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas 16
  • 17. Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu: Belajar untuk menguasai ilmu Belajar untuk menguasai kemahiran Belajar untuk menjadi insan berguna Belajar untuk harmoni dan bekerjasama iv) Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. v) Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri 17
  • 18. Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan. 3.2 Membentuk Masyarakat Madani Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai 18
  • 19. ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang. Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan- kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke- 21. 19