Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
[Topik 9] Perbincangan Dinar dan Dirham Dalam Fiqh Zakat (Dr Luqman Abdullah)
1. The contents herein do not represent the
Organizers’ or Kelab Penyokong Dinar’s official
position and solely reflects the Author’s personal
opinion.
You may reuse the contents provided proper credit
is attributed to the Author.
The Author reserves all rights to the presentation
slides save for usage for educational purposes only.
1
2. Minisiri Dinar Emas 1
Bilik Redang, Aras 3, PWTC, Kuala Lumpur, Rabu, 22 Disember 2010
“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”
Dr. Luqman Haji Abdullah
Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya
Anjuran Bersama: Persatuan Ulama’ Malaysia & Al-Qafilah International
2
3. Semasa kebangkitan nabi Muhammad nuqud
yang telah diterimapakai di kalangan orang
Arab ialah Dinar dan Dirham
Orang Arab jahiliyyah di Mekah
menggunapakai dinar dan dirham dengan
kiraan timbangan bukannya bilangan
Penggunaan kemudiannya diiktiraf oleh
Rasulullah dengan sabdanya:
ﺍﻟﻤﻴﺰﺍﻥ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﺃﻫﻞ ﻣﻜﺔ ﻭﺍﻟﻤﻜﻴﺎﻝ ﻣﻜﻴﺎﻝ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻤﺪﻳﻨﺔ
3
5. Nisab dirham/perak ialah lima awaq berdasar
kepada hadis:
ﻟﻴﺲ ﻓﻴﻤﺎ ﺩﻭﻥ ﺧﻤﺲ ﺃﻭﺍﻕ ﺻﺪﻗﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﺭﻕ ﺻﺪﻗﺔ – ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ
1awqiyah = 40 dirham, jadi nisab zakat dirham
ialah 200 dirham
Nuqud yang paling banyak dalam edaran semasa
zaman rasulullah ialah dirham
Banyak hadis yang sahih dan masyhur yang
menjelaskan kadar zakat dan nisab dirham
berbanding dinar.
Tidak ada khilaf ulama dalam isu nisab dan kadar
zakat dirham
5
6. Mengenai nisab dinar hadis-hadis yang ada tidak sekuat
dan semasyhur hadis-hadis mengenai dirham
Walaubagaimanapun jumhur fuqaha menetapkan nisab
zakat dinar ialah 20 dinar
Antara hadis yang digunapakai ialah hadis Aisyah yang
meriwayatkan bahawa :
ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ )ًﺹ( ﻳﺄﺧﺬ ﻣﻦ ﻛﻞ ﻋﺸﺮﻳﻦ ﺩﻳﻨﺎﺭﺍ ﻧﺼﻒ ﺩﻳﻨﺎﺭ
Terdapat juga riwayat yang menetapkan nisabnya 40 dinar.
Ada juga riwayat yang menetapkan nisabnya bersamaan
dengan nilai 200 dirham
6
7. Dua aliran pemikiran
(1) Berdasarkan perak atas asas kekuatan nas
dan ijma’
(2) berdasarkan emas atas asas kestabilan nilai
yang tidak jatuh berbanding perak
Pandangan yang kedua lebih diterima oleh
fuqaha semasa seperti Abu Zahrah, Abdul
Wahhab Khallaf, Hasan Abdul Rahman dan
Yusuf al Qaradhawi.
7
8. Terdapat perbincangan fuqaha mengenai
penentuan nisab apabila berlaku kejatuhan kuasa
beli yang teruk dan tidak munasabah.
Ada ijtihad agar penentuan ketika itu berdasar
nisab unta atau kambing iaitu dengan mengambil
kira nilai 5 ekor unta atau 40 ekor kambing di
zaman Rasulullah.
Ada pertunjuk dari hadis dalam Bukhari yang
menyamakan 40 ekor kambing = 400 dirham. Ini
bererti 20 ekor kambing = 200 dirham. Oleh itu ia
boleh dijadikan asas dalam penentuan nisab iaitu
separuh dari nisab unta atau kambing.
8