1. Andaikan bahawa rakan anda telah berjaya menjadi juara dalam suatu pertandingan,
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
Joseph Lim,
18, Lorong Tiga,
11200 Taman Lee,
Kuala Lumpur.
29 Mac 2009.
Ke hadapan sahabatku Boon Leong di Kelantan, semoga berada dalam keadaan yang sihat
walafiat. Saya di sini baik-baik sahaja.
Saudara,
Tahniah atas kejayaan saudara menjadi juara pertandingan menulis esei peringkat kebangsaan.
Berita kecemerlangan saudara terpampang di dada akhbar Utusan Malaysia.
Sebenarnya, kemenangan saudara sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei saudara
dalam akhbar Utusan Malaysia. Esei yang dituliskan oleh saudara sungguh menarik dan bermutu.
Saya amat kagum akan saudara dapat mengalahkan peserta-peserta Melayu. Walaupun Bahasa
Malaysia bukan bahasa ibunda saudara, namun saudara mampu menguasai bahasa itu dengan balk.
Kejayaan saudara menjadi pendorong kepada saya dan murid-murid bukan Melayu yang lain untuk
mempelajari Bahasa Malaysia. Saya berharap agar saya akan dapat mencontohi sikap dan kejayaan
saudara itu.
Sebelum mengakhiri surat ini, sampaikanlah salam saya sekeluarga kepada saudara di sana.
Sekian.
Sahabatmu,
Joseph
pdfMachine
A pdf writer that produces quality PDF files with ease!
Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across
nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.
Get yours now!