SlideShare a Scribd company logo
KOLEKSI STATUS FB KU 
PILIHANRAYA KITA KETINGGALAN ZAMAN 
Malaysia adalah negara asia yg begitu pantas menerima perubahan teknologi. Lihatlah, begitu byk jenama2 kereta import mewah dan henfon terkini yg cepat masuk ke negara kita. 
Apa saja gajet2 canggih yg rakyat Jepun, Korea atau negara barat dah gunakan, dengan cepat benda itu sampai ke negara kita. 
Begitulah juga dengan fenomena internet - kita telah pun dapat mengakses input2 dgn pantas setelah adanya Koridor Raya Multimedia. 
Tapi anehnya kenapa SISTEM PILIHANRAYA di negara ini masih mundur dan jauh ketinggalan ke belakang tidak seperti negara maju yg lain?? 
Ini yg jadi persoalan utk kita fikirkan bersama kerana sistem pilihanraya yg ada hari ini mewarisi sistem lama sejak tahun 50an dulu. 
Ini adalah beberapa alasan yg ingin saya utarakan antaranya : 
"Status di FB ku" memuatkan apa yg aku fikirkan ketika menulis. 
"Status di FB ku" mengajak kita berfikir di luar kotak pemikiran. 
Ia tulisan yg santai dan pendek. Ia bergantung kepada mood, sinis, bantahan dan harapan aku ketika itu. 
Ia tidak terikat dgn masa, isu atau trend tetapi apa yg terlintas di benak fikiran ku. 
Ia tidak dihadkan kepada topik2 tertentu malah meliputi semua perkara spt politik, agama dan sosial. 
"Status di FB ku" sengaja diringkaskan artikelnya bagi menjimatkan masa pembaca. 
"Status di FB ku" mengelakkan drpd mengkritik individu tertentu secara melampau. 
Adakalanya "Status di FB ku" boleh dijadikan bahan utk dikongsi bersama. Anda boleh menerima atau menolak pendapatku. 
https://www.facebook.com/Alfian Junior
1) Tarikh pilihanraya yg dirahsiakan - Tarikh pilihanraya di negara maju lain sudah diketahui berbulan2 lebih awal tapi p/raya di sini di rahsiakan sehinggalah menunggu ISU yg sesuai utk diletupkan akhirnya akan memberi kelebihan kpd parti dominan. 
2) Waktu berkempen amat singkat - Parti bertanding kekurangan masa utk mewar2kan menifesto mereka sedangkan di negara maju yg lain diberi masa yg panjang. 
3) Cara kempen yg kotor - Negara maju lain bila bertanding p/raya akan mempromosikan idea dan plan2 menarik utk memenangi hati pengundi. Sebaliknya yg berlaku di sini, kempen londeh- melondeh pihak lawan dgn menayangkan video seks dan gambar lucah utk menarik perhatian pengundi. 
4) Menakut2 dan mengugut pengundi - Parti2 di negara maju lain menawarkan pakej ekonomi atau pembangunan yg istimewa utk rakyat pilih sebaliknya di sini parti menakut2kan pengundi kononnya "Kalau kau tersalah pangkah, alamatnya kampung kau tak ada pembangunan" 
5) Menghina parti lawan - Jika di sini, parti yg bertanding akan merendah2kan kemampuan parti lawan sedangkan parti2 di negara maju lain masih tetap menghormati pihak lawan. Agenda mereka semata2 pekej terbaik utk rakyat. Ini samalah persaingan sihat antara iklan colgate dan iklan darlie. 
6) Perang Poster - Di sebalik kemeriahan poster2 yg mewarnai p/raya, hakikatnya berlaku pembaziran beratus juta ringgit wang rakyat digunakan sedangkan di negara maju yg lain jarang sekali kelihatan poster2 dijadikan bahan kempen. 
7) Ceramah Politik - Apabila negara sudah maju, sepatutnya dihentikan ceramah politik di kampung2 atau bandar kerana ia akan menyesakkan jalan. Bukankah kita ada TV perdana dan media rasmi? Di situlah sepatutnya calon dibenarkan berkempen utk rakyat buat penilaian. 
8) Media berat sebelah - Akibat tidak bertolak-ansur terhadap parti lain utk turut sama berkempen, seolah2 media itu menjadi hak milik satu2 parti saja sedangkan media itu milik rakyat yg ditampung oleh pembayar cukai. 
9) Janji tidak ditepati - Ini lagi tak berguna! Dulu bila berkempen, bukan main lagi dgn janji manismu :) ... Setelah menang, byk janji yg tidak ditunaikan. Cukai, tol dan harga barang semakin melambung. Batu asas yg dirasmikan dulu ditumbuhi semak lalang. Rupa2nya pengundi dah kena tipu tapi tak serik2 akan ditipu akan datang ! 
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yg matang utk mencapai hasrat wawasan 2020. Itu sebabnya wajah p/raya kita perlu "di Inovasikan" dgn wajah yg baru. 
Tapi masih adakakah wujud golongan bijak pandai yg akan menguruskan p/raya dgn amanah dan penuh integriti ini?? 
Sama2 kita tunggu nanti :)
ANTARA MASAK SENDIRI DAN BELI MAKANAN DI LUAR 
Bagi pasangan yg sudah berkahwin setelah bertemu di FB atau Twiter seelok2knya fikirkan apa menu yg sepatutnya dimasak. 
Apabila kita memasak makananan sendiri setidak2nya kita dapat merancang bahan2 yg kita hendak masak. 
Saya akan buat perbandingan antara masak sendiri dan membeli makanan di luar. 
1. Bisanya klu kita memasak sendiri, kita akan dapat mengehadkan penggunaan kuantiti minyak di dalam masakan berbanding dgn penjual makanan di luar yg meletakkan kuantiti minyak yg begitu banyak. 
2. Minyak yg kita gunakan biasanya minyak yg berkualiti yg dipacking dgn botol berbanding dgn minyak penjual makanan yg menggunakan minyak peket. 
3 Kebanyakan penjual pasar malam "mengguna-semula" minyak yg sama jika menjual makanan bergoreng. Kalau tak percaya perhatikan minyak di dalam kuali mereka. 
3. Kita dapat mengurangkan kuantiti perasa seperti garam, gula atau langsung tidak menggunakan ajinamoto utk menjaga kesihatan demi menjaga kualiti makanan kita. 
4. Memasak sendiri sekurang2nya dapat menepati selera yg kita mahukan contohnya kita tidak berapa suka rojak atau satey yg terlalu manis. 
5. Kita akan dapat memastikan bahan2 yg hendak dimasak itu dicuci sehingga bersih berbanding dgn penjual makanan yg membasuh bahan masakan dgn alah kadar saja. 
Berdasarkan point2 yg saya nyatakan di atas ternyatalah bahawa kita perlu menjaga diet makanan seharian kita. 
Maka tidak hairanlah kebanyakan dari kita terdedah dgn berbagai ancaman penyakit berpunca dari makanan kurang sempurna yg kita ambil. 
Saya teringat saranan seorang doktor pemakanan katanya, "Jika anda rasa pemakanan sihat itu terlalu mahal, maka belilah penyakit".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN - SIAPA YG MULAKAN DULU? 
Telah lama sejarah perjuangan kemerdekaan menjadi hak milik ekslusif United Malays National Organisation. 
Kita diberitahu di dalam buku teks bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dicapai dan diperjuangkan oleh UMNO semata2. 
Tapi ini bukan bermakna kita boleh menafikan perjuangan orang2 melayu terdahulu yg sanggup berkorban nyawa melawan penjajah. 
Kita bukan hendak mengolah sejarah dan membuat persepsi sendiri kerana ada beberapa bukti yg kita boleh kaitkan dari sejarah sebelumnya. 
Bulan Mei 1937, Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob telah ditubuhkan. Gerakan ini telah melaungkan slogan - MERDEKA. 
Umno ketika ini belum wujud lagi. Generasi muda hari ini wajib tahu tentang wujudnya parti nasionalis melayu lain yg lebih awal dari Umno antaranya Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya. 
Selainnya ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se- Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi (MATA) dan penubuhan Hizbul Muslimin. 
Dari latarbelakang inilah lahirnya UMNO hingga ke hari ini menggunakan nama Inggerisnya United Malays National Organisation pada tahun 1946. 
Dari nama inilah kita tahu bahawa ia adalah penggabungan badan2 dan kumpulan2 melayu yg akhirnya diiktiraf oleh British sbg parti politik. 
Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan negara kita bukan bermula ketika penubuhan Umno. Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman bukanlah pelopor perjuangan kemerdekaan. 
UMNO dan kedua tokohnya itu sebenarnya hanya menyambung perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh banyak tokoh2 lain sebelum mereka. 
KIta berharap akan dapat meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan yang telah diselewengkan oleh versi sejarah arus perdana.
ASAL SAJA MERDEKA, JEPUN DAN KOMUNIS DISEBUT MUSUH.... BRITISH BAGAIMANA? 
Bila menyambut hari kemerdekaan, penjajah digambarkan seolah2 hanya Jepun dan Komunis. Bila hari Merdeka ditayang filem Sarjan Hassan. Bos Sarjan Hassan pula bernama Kapten Holiday :) 
Itulah kesan halus penjajahan British. Jepun menjajah 2-3 tahun. Komunis mengamuk 2-3 bulan tapi British menjajah ratusan tahun. 
Ada yg mengatakan sbb british jajah tanpa pertumpahan darah dan mungkin ada perjanjian MOU kemerdekaan antara mereka. 
Siapa kata zaman british dulu tiada pertumpahan darah? Siapa bunuh Tok Gajah, Dato Maharajalela, Mat kilau, Tok janggut dan banyak lagi? Sejarah tidak boleh diubah. 
Dulu AMNO kata Tok Gajah, Mat Kilau dll sebagai penderhaka. Apabila para sejarawan dan rakyat mendesak istilah itu ditukar maka AMNO pun kecut, akhirnya ditukar. 
Hakikatnya Komunis, Jepun dan British sama2 berebutkan Tanah Melayu. Masih ingat tak filem Paloh? Dalam filem itu ada mengandungi dialog, "tak kisah lah Komunis ker atau Jepun ker atau British ker, semuanya adalah penjajah". 
Amno adalah bekas anak didikan British. British telah memilih golongan bangsawan melayu yang berpendidikan barat bagi rundingan kemerdekaan. 
Golongan sayap kiri melayu yang menentang british telah ditangkap dan dipenjarakan bagi memastikan kemerdekaan yang akan dicapai itu adalah berdasarkan acuan yang dikehendaki British. 
Maka sejarah yang ditulis Amno pasti tidak akan meletakkan British itu sebagai penjajah mahupun musuh kepada agama dan tanahair. 
Itu sebablah sejarah harus dikaji dan dinilai semula tanpa rasa prejudis kerana biasanya ia ditulis oleh orang yg menang. 
Kita mesti jujur menafsir semua fakta sejarah yg telah berlaku. Cakaplah benar walaupun ia pahit.
JENAMA WAHABI 
Wahabi ni satu firqah yg bagus kerana ia adalah gerakan yg memberi keluasan bermazhab dan melihat dalil dari pelbagai pihak. 
Dalam sejarah gerakan Wahabi, ia telah menjadi inspirasi kepada banyak gerakan lain di dunia Islam. 
Tujuan gerakan wahabi ialah untuk mentajdidkan kehidupan muslim dari dicemari dengan berbagai khilaf dan kekeliruan dalam agama. 
Malangnya ramai pengikut Wahabi yg menggunakan jenama „salafi‟ masih jumud dalam memahami nas2 agama. 
Mereka enggan memahami keluasan nas dgn bergantung kpd konteks yang tidak sepatutnya sehingga gagal memahami muamalat yg lebih luas. 
Maka Wahabi menjadi jenama kejumudan bukan lagi keluasan. Ia telah seiras dengan golongan konservatif agama pada zaman ortodoks dulu. 
Di samping sibuk dengan isu2 pinggiran seperti isbal, muzik, mentakfir dan menyesatkan mereka yang tidak sealiran, sebahagian besar dari mereka sibuk menjadi lidah yang membela para pemerintah yang munkar. 
Mereka mengumpulkan dalil untuk berhujah tentang kewajipan mentaati pemerintah dalam apa keadaan sekalipun, tapi mereka tidak mengumpulkan dalil tentang haramnya kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan. 
Mereka gagal melihat dalil dalam konteksnya. Mereka mengikut salaf dalam perkara yang mereka mahu dan meninggalkan salaf dalam perkara yang bertentangan dengan nafsu penguasa yang mereka patuhi. 
Maka jadilah jenama salafi ataupun „wahabi‟ itu makin disalahfahami dan mengelirukan masyarakat.
MENYINGKAP PERTELAGAHAN WAHABI, ASWJA DAN SUFI 
Ketika sekolah menengah dulu saya tak pernah mendengar pertelingkahan antara Aswj dgn wahabi begitu juga sufi. 
Jika ada sekalipun, hanya setakat di dalam kolum2 akhbar dan buku2 bagi menjawab perbahasan antara pihak yg bertelagah. 
Ketika itu kalau menonton di tv, kita tidak akan jumpa perbahasan mengenai soal mazhab kerana umat Islam di negara ini telah diselaraskan mazhab mereka kpd Syafie dan akidah Asya'irah saja. 
Apa yg saya dihidang ketika itu ialah berita permusuhan antara Umno dan Pas. Pas yg lahir sebagai parti yg bercita2 menegakkan model ketuanan Islam. 
Umno pula ialah parti sekular yg memperjuangkan ketuanan melayu walaupun saya tahu bhw perjuangan melayunya entah ke mana. 
Sejak zaman feudal melayu lagi, raja suka menyerahkan tanah kpd penjajah hinggalah zaman Tunku Abd Rahman, Singapura diserahkan kepada cina. 
Itu sebab bila lihat berita politik, saya susah hendak kena tipu. 
Berbalik soal perpecahan dalam mazhab ... Hari ini media sosial spt FB, Twiter dan Youtube jadi gelanggang bersabung ayam pelbagai lapisan penyokong firqah2 mazhab ini. 
Masing2 ada dalil2 dan hujah utk menegakkan kebenaran diri. Bagi yg dangkal ilmu utk berhujah maka senjata yg terakhir ialah fitnah dan makian. 
Mari kita singkap apa sebenarnya yg berlaku. 
Wahabi adalah satu firqah yg telah lama terpinggir dan agak asing di negara kita. 
Tapi sejak akhir2 ini apabila beberapa generasi baru lulusan agama Timur Tengah beraliran wahabi ini dapat jawatan penting dalam parti Umno dan segelintir merupakan public figure dalam masyarakat, mereka semakin dikenali. 
Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada agamawan sufi dan agamawan AswJ yg telah lama duduk di kerusi Jabatan2 dan Majlis Agama di negara kita ini. 
Perdebatan hangat dari soal feqah hingga persoalan akidah tidak pernah selesai dan tiada penghujungnya. Masing2 mempunyai followers tersendiri. Masing2 berperang di dalam forum internet. 
Lebih membahayakan lagi apabila lebel nama yg tidak sesuai diberikan kpd fahaman orang lain seperti gelaran khawarij, muzabzib, ajaran sesat dan kafir.
Itu sebablah kita kena kendurkan perbalahan ini. Tiada siapa yg akan menang dalam permainan ini. Yg kalah akan cari kelemahan dan fitnah terhadap pihak lawan. 
Apa kata kita leraikan kekusutan ini. Kita raikan perbezaan pemahaman dan pendapat masing2 agar orang2 Islam dapat bersatu kembali. 
Soalnya adakah Tuhan yg Empunya agama ini redha dan menghalalkan permusuhan ini. Sila fikir dgn akal yg waras. 
PUNCA SEBENAR PERBALAHAN SESAMA MANUSIA 
1) Dari segi ekonomi - Bila manusia terlalu lapar. Yang miskin bertambah miskin. Yg kaya bertambah kaya dan semakin tamak. Persaingan ekonomi dan perebutan wilayah. Rasuah bermaharajalela. Yg kuat menindas yg lemah. Pemerintah menaikkan harga dan cukai yg tinggi. Ini semuanya akan menzahirkan bantahan dan penentangan org yg tertindas terhadap pihak penindas. 
2) Dari segi politik - Parti pencadang membuat dasar yg merugikan rakyat demi kerana mengisi kantung projek mereka. Parti pembangkang pula tidak setuju dgn dasar itu. Maka berlakulah perang mulut di parlimen kemudian media. Saling hentam-menghentam . Kebebasan akhbar dan tv disekat menjuruskan kepada penentangan secara langsung atau tidak langsung. 
3) Dari segi Agama - Wujudnya berbagai firqah dalam agama contoh sunni vs syiah. Aswj vs wahabi vs sufi. Masing2 bertengkar mengatakan diri mereka yg betul. Yg tidak sehaluan dengan mereka dianggap sesat dan ahli neraka. Perdebatan berpanjangan di media sosial yg sarat dgn dgn caci-maki. Seandainya kedua2nya diberi senjata, mahu rasanya mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. 
Berdasrkan point2 yg dinyatakan di atas menunjukkan bahawa manusia tidak akan aman selagi ekonomi, politik dan agama tidak diurus dengan bijak.
DRAMA MELAYU KITA 
Memang sadis apabila sesekali menonton drama melayu "Rindu Awak 200%. 
Apa taknya! Mahu terduduk seorang isteri terjelepok di bawah katil jika bersuamikan Zul Ariffin yg pandai menggoda. 
Masalahnya isteri pulak yg ego tak nak berdamai dgn suami sedangkan suaminya bila2 masa boleh cari ppuan lain yg jauh lebih lawa dari isterinya. 
Inilah Zul Ariffin hero tampan apabila merayu minta maaf kpd isterinya tapi ditolak mentah2. 
Saya tak kaji alasannya kenapa, sbb jarang menonton waktu senja. 
Pukul 7.00 malam inilah kebanyakan semua kaum hawa berlonggok depan tv utk menyaksikan drama bersiri ini! 
Macam biasa skrip drama di Malaysia punyai plot cerita yg hampir sama sering diulang2 sejak dulu sampai sekarang namun ia tetap diminati kaum ini meskipun tua atau muda. 
Apa yg saya perasan ialah plotnya lebih kurang begini, .. Dulu si isteri ada calon lain tapi akhirnya bernikah dgn laki lain. 
Setelah bernikah, nak cari penyesuaian dgn calon baru inilah wujud konflik berpanjangan hingga episod drama bersambung2. 
Siapa dapat untung? Dah tentulah pihak penerbit, krew2, penaja produk dan syarikat tv bila siri drama berepisod-episod lamanya. 
Itu perkara biasa berlaku dalam seni drama di Malaysia namun jika dilihat ratingnya, maka drama semacam inilah mendapat tempat di hati kaum hawa. 
Inilah kepakaran syarikat iklan dan pihak penerbit yg pandai menjentik hati dan mainkan saikologi wanita apabila menonton drama penuh romantis ini 
Ketika drama ditayangkan, iklan2 produk kecantikan wanita turut diselit sama kerana di sinilah lubuk emasnya. 
Penerbit tersenyum dan syarikat pengiklan ketawa riang kerana produk semakin untung berganda2. 
Tapi tak apa ... Ini juga satu strategi yg baik untuk melariskan produk2 wanita. 
Apa yg penting ialah keuntungan. Hal yg lain tolak ke tepi.
KENAPA SAYA TERPAKSA UNFRIEND? 
Kadangkala saya terpaksa unfriend kan rakan baik saya demi memlihara hubungan yg baik. Pelik bukan? 
Almaklumlah kadangkala saya ini selalu post artikel di status yg bersifat critical thinking. 
Ini membuatkan segelintir rakan saya yg mempunyai pegangan tradisional, bila membaca post2 sebegini akan rasa tidak selesa atau tersinggung. 
Jadi untuk menyelamatkan keadaan, biar saya unfriendkan utk mengelakkan dia terbaca post saya. 
Mungkin tindakan ini agak melampau tapi masih ada kerasionalannya demi memelihara persahabatan. Bukan saya tak jumpa pun di alam realiti. 
Susah utk saya post di status berbentuk sembang kosong kerana apa yg saya pentingkan ialah budaya berfikir. 
SAYA KUAT BERANGAN 
Ketika memandu waktu malam pulang dari beraya rumah kawan, fikiranku menerawang tentang krisis umat Islam di Syria dan perjuangan rakyat Palestine. 
Sehinga aku tak sedar kereta aku dah sampai ke simpang nak masuk ke rumah. 
Agaknya siapakah yg mengontrol kakiku di pedal minyak/ brek dan tanganku di stering?? Aku pun rasa pelik. 
Sebenarnya aku kuat berangan ketika memandu tapi berangan yg positif lah :
JIHAD - SIAPA MUSUH SEBENAR KITA ? 
Jihad keutamaan ialah melawan Israel. Kalau negara2 arab dah musnah, bagaimana negara2 arab hendak kumpul kekuatan menentang Israel ?? 
Bila negara2 arab dah musnah secara total, barulah Amerika akan masuk hentam Isis melalui pesawat udara. 
US dah plan lama dah dgn cara membiarkan negara arab berperang sesama sendiri sampai hancur dulu barulah US masuk. 
Setakat yg saya tulis ini, berita terbaru mengatakan.amerika sedang serang markas ISIS di Iraq. 
Kenapa tak ambil pengajaran seperti mana yg berlaku ke atas Iraq dan Libya dulu?? 
ISIS bnyk membunuh rakyat syria yg tak berdosa. Mereka menembak dan menyembelih mujahidin sunni yg tak setuju cara khilafah yg ditegakkan secara zalim itu. 
Ramai mujahidin sudah keluar dari ISIS. Kebanyakkan para mujahidin yg berjihad ini telah bertelagah dgn komander mereka kerana memberi arahan yg bertentangan dgn agama. 
Islam susah nak bersatu apabila terlalu banyak wujud kelompok dan puak yg mempunyai agenda masing2. 
Kalau hal inilah yg terjadi maka sampai bila2 pun umat Islam susah nak capai kemenangan kecuali jihad mengikut anjuran Nabi.
SIAPA MUSUH DI SYRIA ? 
Zionis Amerika sudah lama bercita2 untuk menjajah Syria dan Iran. Menjajah Iran dan Syria bermakna sudah lengkaplah modus operandi kuasa besar utk menjadikan negara teluk dan Asia Barat berada di bawah telunjuk mereka. 
Berkuasa di Negara Teluk dan Asia Barat bermakna Amerika dan sekutunya Nato akan dapat menyaingi kekuatan zon strategik utk berdepan dgn Rusia dan China. 
Dulunya Iran dikenakan sekatan ekonomi tapi sampai sekarang masih lagi dapat bertahan. Sebelum mengambil Syria sepenuhnya, Amerika akan memastikan jentera sekutunya FSA, Isis dan Jabhat Nusra memusnahkan Syria sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. 
Negara Arab lain tidak perlu Amerika usik kerana negara pak arab ini menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat dan Zionis ini. 
Zionis Amerika sememangnya bercita2 utk merebut Syria dan jadikan kerajaan Syria sebuah kerajaan boneka yg berkiblat kepadanya. 
Bergelut dgn perbezaan mazhab antara sunni dan syiah merupakan satu taktik kotor yg digunakan oleh zionis utk memerangkap umat Islam dalam perbalahan.Ketengangan antara sunni dan syiah dicetuskan dlm bab akidah dan mazhab telah melengkapkan misi negara zionis utk mengkucar-kacirkan negara Islam. 
Ketika zaman Presiden Hafiz Al-Asad, 1982 menyaksikan insiden pengeboman di Bandar Hama, Syria adaah satu peristiwa pembunuhan rakyat yang menentang kediktatoran beliau. Legasi (keturunan) sunni yg masih hidup di Hama telah menjadi pelarian dan ada yg telah lari ke Amerika. Mereka ini telah direkrut oleh zionis Amerika utk menjadi pemberontak di Syria. 
Mereka inilah yg menubuhkan FSA (Free Syrian Army) yg mendapat dana dari Zionis Amerika utk melawan Basyar Al-Asad. Bahkan tidak hairanlah dikatakan bahawa jurufoto, juruvideo dan penyunting profesional agen zionis adalah orang yg sama ketika Arab Spring telah dibayar utk memburukkan nama Basyar. 
Amat sedih sekali apabila ulama2 dunia yg terkenal telah mengeluarkan fatwa menghalalkan jihad di Syria sedangkan jihad yg sebenar ialah melawan zionis Amerika. 
Penentangan FSA terhadap kerajaan Syria merupakan satu bonus bagi US dan sekutunya Israel utk menumbangkan kerajaan Basyar kerana Syria ada hasil minyak dan kebetulan pula Basyar anti dgn israel. 
Menguasai negara teluk merupakan kunci kekuatan kuasa2 besar. Tidak hairanlah negara2 sunni masih berkiblatkan Amerika . Cuma yg degilnya ialah Iran dan Syria. Zionis Amerika tidak perlu menghantar angkatan tenteranya tetapi sudah cukup utk melaga-laga umat Islam dan saling berbunuhan antara satu sama lain.
HATI2 DENGAN ZIONIS AMERIKA 
Malaysia berada di dalam keadaan serba salah kerana hubungan baik negara kita dgn Negeri China amat tidak digemari oleh Amerika. 
Amerika sentiasa memerhatikan gerak-geri negara kita sejauh mana kita jalinkan hubungan diplomatik dgn Negeri China dan negara seterunya. Buktinya setiap tahun Negeri China mengimport 3.9 juta tan metrik minyak sawit dari Malaysia manakala Malaysia pula banyak mengimport produk2 dari Negeri China. 
China juga adalah kuasa besar dunia selain Rusia dan Iran yg sangat ditakuti oleh Amerika dan sekutu2nya dari negara2 Eropah. Lihat Iran ! Sudah bertahun2 ekonomi Iran telah disekat oleh Amerika namun ia tidak pernah melemahkan semangat Iran. 
Negeri China pula saya perhatikan satu watak yg baik. Sejak zaman dinasti dulu iaitu 5000 tahun yg lampau sampai kini tiada sejarah yg merekodkan bahawa China pernah menakluk negara orang lain. 
Amerika yg saya lihat ialah satu watak jahat yg pernah membunuh ribuan pribumi red indian dan menjajah negara2 teluk serta mengebom orang awam seperti di Irak dan menjajah Afghanistan.Ditambah lagi hubungan baik kita dengan Hamas Palestin sudah cukup tidak digemari oleh Amerika dan zionis. 
Isyarat pertama telah kita terima pukulannya pada 8 Mac 2014 dgn kehilangan pesawat MH370 yg kebanyakannya membawa penumpang dari China. Namun itu tidak pernah melunturkan hubungan ekonomi China dgn negara kita. 
Presiden Amerika, Obama berasa tidak senang duduk lalu mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 26 April 2014 utk bertemu dgn pemimpin kita. Kenapa mengambil masa 4 hari utk berunding dgn PM kita dan apakah butir2 perundingan itu saya tidak pasti. Namun apa yg saya rasa ialah PM kita telah "dinasihatkan" spy mengehadkan hubungan dengan China atau mudah kata jgn berbaik2 sangat dgn China. 
Setelah Obama pulang ke Amerika, Presiden China, Xi Jinping pula datang ke Malaysia meneruskan kerjasama ekonomi dgn Malaysia padahal Obama dah bagi "HInt" ttg nahas pesawat kita MH370. 
Selepas itu negara kita dikejutkan sekali lagi dgn terhempasnya MH17 pada 17 Julai 2014 di Ukraine. Ini memberi tamparan hebat kepada negara kita yg tidak sampai setahun nahas MH370 berlaku. 
Ia seolah2 kuasa besar ini memberi amaran kepada negara kita supaya jgn menjalinkan hubunan dengan Rusia dan China akhirnya negara kita yg menjadi mangsanya. Dalam poltik antarabangsa ini kita mesti perlu siapa musuh sebenar..Jangan pula nanti kita jadi mainan zionis.
MELAYU DAN PELABURAN 
Kenapa orang melayu tidak begitu berminat untuk menabung atau melabur?? 
Kalaulah orang cina dapat peluang ini, sudah tentu mereka takkan menolak peluang keemasan ini. 
Katakanlah seorang bapa sudah bersara lalu mendapat ganjaran bersara atau EPF sebanyak RM200K. 
Bapa tersebut mempunyai 3 orang anak yg sudah berusia lebih dari 19 tahun ke atas memang cukup layak utk membuat pinjaman ASB. 
Kita ambil Kadar pinjaman PNB selama 25 tahun utk pelaburan 100K ialah sebanyak RM582 sebulan. Jika didarabkan dgn 12 bulan = RM6,984. 
RM6,984 didarabkan dgn 3 orang anak = RM21,000. Bayar saja utk tahun pertama sebanyak RM21,000 utk lengkapkan bayaran 12 bulan 
Si bapa hanya perlu berkorban jumlah yg sedikit saja tapi ia tidak merugikan malah akan mendapat dividen tahunan. 
Katakanlah dividen tahun tu sebanyak 8% didarab dengan RM300,000 (3 anak) akan dapat = RM24,000. 
Hasil dividen RM24,000 itu dibayar pula utk tahun ke-2 utk lengkapkan bayaran setahun sebanyak RM21,000 yg saya katakan tadi. 
Baki untung dividen RM24,000 - RM21,000 = RM3,000 dah dapat untung tahun pertama. Tahun ke-2 dan seterusnya tidak perlu mengeluarkan modal apa2. Untung dividen pun dah dapat. 
Sehingga 24 tahun tidak perlu mengeluarkan apa2 modal dan apabila sudah tamat tempoh, anak2 akan dapat RM100K setiap orang. Mudah bukan? 
Saya percaya ramai orang melayu yg tidak punyai insuran, maka setidak2nya jadikan amalan menyimpan di institusi yg dipercayai sebagai budaya utk menjamin masa depan.
PERGADUHAN DALAM AGAMA 
Tiada gunanya Sunni dan Syiah bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. 
Musuh yg nyata ada di depan mata iaitu zionis israel laknat yg sedang menyembelih & meratah rakyat Palestine sekarang. 
Persengkataan sunni dan syiah tidak akan sampai ke penghujung selagi kedua2 pihak menunjukkan ego yg tinggi. 
Ketahuilah, sesungguhnya perpecahan sunni dan syiah adalah racun angkara dari zionis yg berniat memecahbelahkan umat Islam. 
Mereka menggunakan wang dan media untuk mengontrol pemikiran orang sunni dan syiah agar kedua2 pihak saling berprasangka buruk. 
Untuk pengetahuan kamu, jurufoto dan juruvideo peperangan di dalam negara Islam yg berkrisis itu adalah agen zionis yg dibayar dgn gaji yg lumayan. 
Mereka sebenarnya telah berkompromi dgn zionis utk memaparkan kezaliman syiah. Maka dari itu wujudlah kebencian sunni terhadap syiah lantaran kedua2 belah pihak akan saling berbunuhan. 
Kebencian antara mazhab semakin bertambah runcing apabila ulama2 besar memberi fatwa merestui perang jihad melawan saudara seagama. 
Kita tidak menafikan bahawa ulama2 besar ini termakan finah media massa dikontrol oleh zionis israel. 
Itu sebab di dalam Al-Quran ada mengingatkan "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" (Hujurat Ayat 6)
ISTERI DAN HARI RAYA 
Isteri wajib mentaati suami. Hari-raya ini menuntut satu lagi pengorbanan para isteri sejauh mana mereka taat kepada suami ketika menyambut hari lebaran. 
Masihkah ingatkah para isteri tentang janji2 terhadap suami ketika mula2 kawin dulu untuk bergilir2 menyambut raya di rumah ibubapa masing2? 
Kadangkala betapa sedih melihat di kalangan isteri yg melarang suaminya duduk di rumah ibunya utk sehari dua menyambut hari-raya. 
Para isteri kena ingat bahawa suami sekali-sekala ingin berjumpa dengan ibu, adik beradik dan anak saudaranya. 
Berilah si suami kesempatan utk tinggal sehari dua dan bermalam di rumah ibunya kerana ibunyalah yg telah melahirkan dan membesarkan dia. 
Berikan juga ruang dan waktu kepada anak-anak utk berjumpa neneknya dan mengenali sepupunya lebih dekat. 
Kasihan melihat si ibu apabila anaknya balik hanya singgah sebentar utk bertanya khabar kemuadian teruskan perjalanan utk beraya ke rumah keluarga si isteri. 
Si isteri patutnya mempunyai sifat timbang-rasa dan adil kerana kasih seorang ibu pada anaknya bukanlah diukur dgn juadah dan duit raya tapi nilai kasih-sayang. 
Amat malanglah jika suami mempunyai isteri yg nusyuz yg sanggup membebankan dosa suaminya demi semata-mata melebih2kan isterinya berbanding ibu sendiri. 
Peristiwa Al-Qamah yg akan dihukum bakar hidup2 kerana melebihkan isteri dari ibunya sendiri boleh dijadikan pengajaran untuk umat renungkan. 
Si isteri kena ingat! Roda kehidupan sentiasa berpusing. Banyak pengalaman kita lihat, bila sampai masanya kita dah tua, anak2 akan buat kepada kita semula sebagaimana yg telah kita lakukan dulu. 
Ini sekadar nasihat dan tiada kaitan dgn yg hidup atau yg mati. Selamat hari-raya maaf zahir batin :)
SYARAT MAHU JADI SAHABAT BAIK AMERIKA 
Syarat nak jadi rakan baik Amerika ialah sesebuah negara itu perlu jalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan dgn Amerika. 
Itu sebab negara yg menjadi rakan atau sekutu Amerika punyai restoran francais di negara mereka spt KFC, Mcdog, Starbuck dan berbagai produk dari Amerika. 
Dan syarat wajib lain ialah mesti ada Citibank dan kad American Express di negara masing2. 
Kalau tidak percaya, sila pergi ke Arab Saudi. Dari bank, hotel, francais dan byk produk2 dari US semua ada di sana. Saya tidak percaya yg mengatakan Amerika bermusuh dgn Islam. Kalau Amerika bermusuh dgn Islam sudah tentu mereka akan tutup sekolah2 Islam dan stesen tv Islam di negara mereka. 
Bahkan selepas tragedi 9/11, ramai rakyat negara mereka yg masuk agama Islam, tidak pernah pun diambil tindakan. 
Kalaulah Amerika anti Islam sudah tentu mereka akan mengebom Arab Saudi yg tiada kekuatan apa2 pun. Apa yg penting, negara Arab mesti berurusan minyak dengan Amerika. Tidak boleh berurusan minyak dgn blok eropah yg lain spt Rusia dan China.. 
Inilah bentuk penjajahan ekonomi Amerika terhadap negara lain. Jika terima syarat itu, negara mereka pasti takkan dikacau oleh Amerika. 
Senarai produk dan bank yg saya sebut di atas itu tiada di negara2 yg bergolak atau di blok2 komunis. 
Sebabnya apa? Sebabnya ialah mereka enggan jalinkan hubungan ekonomi dengan Amerika. Itu sebab Amerika akan buat apa saja utk menjahanamkan negara tersebut seperti sekatan ekonomi dan merencanakan peperangan. 
Syria salah satunya contoh negara yg terlibat dlm kancah perang akibat keengganan mereka menjual minyak kpd US sebaliknya memilih China dan Rusia. 
Cara Amerika nak lingkupkan Syria ialah melalui jalan perang. Mereka menjalankan propaganda berupa hasutan supaya timbul persengketaan mazhab antara sunni dan syiah. Youtube, CNN dan media Massa merupakan alat utuk menimbulkan curiga dan permusuhan sesama umat Islam. 
Hari ini Zionis Amerika tidak perlu berdepan dgn banyak musuh sebab modus operandi mereka berjaya memecahbelahkan sunni dgn syiah yg berbunuh sama sendiri iaitu dengan memecahkan wilayah2 mereka. 
Zionis sebenarnya merekrut "kambing hitam" ini supaya membuat keganasan agar kesalahan itu dihalakan antara satu sama lain. Akhirnya siapa yg rugi?
KARENAH ULAMA MUDA 
Kita lihat Ulama muda Umno dan pentaksubnya begitu lantang menghukum orang lain yg tidak sependapat dengan mereka. 
Hampir semua orang dinilai sebagai sesat olehnya. Seakan-akan mereka ini adalah salafi maksum yg tidak ada buat silap dan dosa. 
Mereka menggelar orang lain sebagai anjing neraka, pelacur, barbarian bahkan menganggap rakyat Palestin mati katak jika tidak meninggalkan tanahair mereka. 
Mereka hanya mencepot satu dua ayat yg dijadikan dalil utk mengharamkan pendapat orang lain sedangkan ada dalil dan ijtihad lain yg mewajarkan Fiqh Al-Waqi' mengikut zaman. 
Mujur ada sebilangan agamawan salaf yg berfikiran matang dalam menguruskan hukum baik dari segi Syariah dan Siyasah. 
Akhir2 ini saya lihat Dr Maza adalah jaguh ulama yg sentiasa ke depan memperjuangkan isu kebajikan rakyat dan sentiasa bercakap mengenai isu kepentingan rakyat Palestin. 
Pengaruh dan populariti dr maza sudah bertambah hebat sekarang sbb saya lihat beliau lebih mendekati rakyat berbanding ulama muda Umno yg lebih bias menjaga kepentingan golongan sekular. 
Bagi saya, kita tidak perlu jadi agamawan selagi kita masih lagi menggunakan dalil utk menyokong kezaliman dan menggunakan dalil terpilih utk menindas orang lain. 
Islam adalah sinonim dengan keadilan. Orang Islam yg besekongkol dengan kezaliman adalah orang yg berdusta terhadap agama. 
SAF SOLAT 
Saya masih lagi bersangka baik mengatakan pemimpin ini tidak harus dipersalahkan lantaran kekurangan ilmunya memahami tuntutan merapatkan saf solat. 
Yg saya salahkan ialah pihak agamawan atau ajk masjid yg masih lagi menyediakan zon ekslusif solat utk pihak kenamaan. 
Solat saf yg rapat menandakan kebersamaan darjat di sisi Tuhan tanpa ada jurang pemisah antara orang biasa dgn orang kenamaan. 
Dalam Islam tiada kasta. 
Nampaknya orang kita masih gagal menghayati falsafah kemurnian Islam yg syumul.
PALESTIN PERLU BERPINDAH KELUAR? 
Inilah bentuk salah faham salafi maksum. Ketika rakyat Palestin bergolok-gadai nyawa mempertahankan maruah dan agama, mereka menuduh umat Islam Gaza mendapat bantuan senjata dari syiah. 
Habis tu nak harapkan negara arab sunni yg lain ker?? Sedangkan mereka masih lagi tidur dan ikut telunjuk amerika supaya jgn memberi bantuan kepada rakyat Palestin. 
Kemudian mereka suruh rakyat Palestin keluar dari bumi Palestin supaya cari tempat lain sebab tiada kekuatan. 
Memang benarpun syiahlah yg menghulurkan bantuan kepada tentera Gaza. Nak harapkan siapa lagi?? 
Sejak tahun 2001 hingga kini, Syria telah menjadi tempat latihan ketenteraan bagi tentera Hamas. 
Briged Izzuddin Al-Qassam dan Syria juga telah menerima ratusan bekalan roket daripada Hizbullah. 
Jadi apa masalahnya?? Berdosakah org Palestin menerima bantuan senjata dari Syiah?? 
Selama ini Arab Saudi sebuah negara bertunjangkan salafi, Apa mereka dah lakukan utk selamatkan rakyat Palestin?? 
Arab Saudi sendiri pun menjadi sekutu dan proksi kepada US. 
Kesemua mereka telah dianggap sebagai musuh utama kaum Muslimin, sedangkan yang kita anggap musuh itulah yang sedang banyak membantu dan membela nasib umat manusia yang tertindas dek kerja jahat tangan US-Israel.
LAGI-LAGI SALAFY JUMUD 
Saya rasa terpanggil utk menjawab statement sebahagian salaf yg jumud mengatakan "Taat pada pemerintah islam termasuk perkara aqidah. 
Kata mereka lagi "keluar dari ketaatan lalu mati didalamnya adalah mati jahiliyyah". 
Tegas mereka, prinsip aqidah ahlus sunnah yang menetapkan tidak ada parti pembangkang dalam Negara islam 
Saya pula jawab, kalau tak ada pembangkang, isytiharkan saja negara kita jadi negara komunis sbb negara komunis tak ada pembangkang dan berparti. 
Kalau tiada pembangkang maka tiadalah parti. Maka tiadalah mana2 parti di dalam negara akan wujud baik parti pembangkang atau parti pencadang. 
Parti Umno jadi pembangkang di Dun Selangor pun tak wujud. Kalau tidak ada parti, lebih baik Fathul bari dan rakan2 jangan masuk seketeriat Umno sbb masuk parti adalah haram. 
KENAPA RAKYAT PALESTIN PERLU BERPINDAH? 
Memang bodoh pun sesiapa yang menyatakan tiada jihad di Palestin. Rakyat Palestin perlu berjihad utk mempertahankan agama & tanahair mereka drpd diceroboh sepenuhnya oleh tentera israel laknatullah. 
Berapa kerat tanah yg tinggal utk rakyat Palestin? 
Kalau ada segelintir agamawan yg suruh rakyat Palestine berpindah, negara mana yg akan memberi kerakyatan kepada penduduk Palestin? Siapa yg akan memberi tempat tinggal pada mereka? 
Kalaulah rakyat Palestin berhijrah beramai2 maka bersenang-lenang lah israel merampas dgn selesa tanpa apa2 gangguan. Nak ambil balik wilayah yg dah kena rampas bukannya senang. Israel akan mengisytiharkan tanah yg dirampas itu milik mereka dan menjadikannya sempadan negara mereka. 
Nak rampas semula macamana. Nasi dah jadi bubur. Pada masa itu Palestin kena patuhi deklarasi PBB agar tidak boleh mengambil semula wilayah yg Israel duduki.
ULAMA DAN RAKYAT MARHEIN 
Kasihan makcik ini. Rumah dirobohkan oleh DBKL. Mana perginya pejuang melayu yg sanggup berpiket?? Mana perginya ularmak-ularmak? Masih menyorok lagikah dalam semak? 
Ingat ya ! Semua manusia termasuk ularmak juga akan ditanya Allah sejauh mana kamu kat dunia ini berasa terpanggil dan sensitif terhadap kezaliman manusia kepada golongan tertindas. Jangan fiKir Allah tak tanya. Semua benda ALlah akan tanya. 
Ketika golongan kaya mengaut kekayaan dgn cara tidak betul sedangkan rakyat merintih penderitaan dan kemiskinan, di mana kamu wahai ularmak? 
Ketika orang istana dan pembesar nyenyak tidur di istana dalam masa yg sama rakyat tidur di bangsal selepas rumah mereka dirobohkan, di mana suara pembelaan dari kamu wahai ularmak. 
Setakat apa yg telah aku tulis ini tidak ada seorang pun ularmak yg bersuara dan melontarkan kritikan walaupun hanya tulisan membantah perobohan rumah penduduk melayu di Kg Chubadak. 
Apakah ularmak ini hanya pandai bermafhum dan berdalil saja? 
MENGENALI ATITUD PEREMPUAN DI FB 
Minggu ini saya nak menulis pasal perempuan. Selalunya saya update tulisan berunsur politik atau agama. 
Saya sangat berhemah dengan perempuan. Tak kira sesiapapun yg add request, saya akan approved kan. 
Setiap kali buka news feed, saya dapati ada segelintir perempuan yg update status di FB tak menggambarkan peribadi dia seorang perempuan. 
Gaya bahasanya agak keras dan kasar tak sesuai penampilannya sebagai seorang ppuan. 
Biasanya klu ppuan yg benar2 ppuan, gaya lenggang-lenggok bahasanya itu kita boleh kenal walaupun dgn nada yg marah, tapi nada itu adalah seorang ppuan. Critical thinking tu bagus tapi biarlah bernada tulisan dari seorang perempuan. 
Itu sebab kebanyakan orang lelaki boleh menggambarkan peribadi seseorang perempuan berdasarkan tulisannya. Atitud seorang perempuan itu perlu dijaga walaupun sekeras2 pendiriannya mengeluarkan pendapat tapi dalam masa yg sama sifat feminin perempuan itu haruslah dijaga.
DAKWAH ADALAH PROMOSI BUKAN EMOSI 
Berdakwah dengan cara menyindir manhaj lain atau menyindir agama lain dan menyerang peribadi tokoh2 yg tertentu bukanlah satu kaedah yg sesuai. 
Berdakwah tidak boleh secara terburu2 sama ada untuk menarik golongan yg masih jahil ataupun golongan penentang. 
Ini samalah seperti kita mempromosi atau mengiklan sesuatu barang tapi dlm masa yg sama kita elakkan daripada meremehkan produk orang lain. 
Syaratnya kita mestilah mempromosikannya dengan bersungguh2. Pendakwah salaf harus menggunakan pendekatan yg berhikmah ini. 
Katakan saja barang kita itu asli tanpa bercampuraduk dgn bahan kimia atau perasa yg lain. 
Dalam berdakwah mesti ada akhlak dan etika yg baik. Jangan cepat menghukum org lain yg tidak sependapat dengan kita. 
FACEBOOK JUGA YANG DIPERSALAHKAN! 
Ramai juga Pak Ustaz yg menghentam facebok kononnya facebook ini adalah agenda orang yahudi utk memecahbelahkan umat Islam. 
Sebenarnya facebook ini digunapakai oleh jutaan manusia tak kira bangsa dan agama. 
Jadi saya tak fikir bahawa Marc Zuckerberg mempunyai niat nak hancurkan Islam. Malah di barat FB digunakan sebagai satu social networking juga. 
Facebook tidak bersalah. Yg bersalah ialah org yang menyalahgunakan Facebook itu. Yg bersalah ialah org yang duduk di depan laptop itu. 
Facebook boleh diguna utk kebaikan. Mengupdate status ilmu agama dan iklan ceramah juga boleh dilakukan melalui facebook. 
Serupa juga dgn pisau. Pisau boleh dimanfaatkan utk kebaikan dan boleh juga digunakan utk membunuh. 
Memaksa org awam dengan kepercayaan yg salah ttg facebook adalah merupakan satu mitos agamawan utk memonopoli kebenaran.
BERDOSAKAH BERHIMPUN SECARA AMAN? 
Berhimpun secara aman utk menuntut keadilan bukanlah satu unsur yg dikatakan menentang kerajaan. 
Yang dikatakan menentang kerajaan ialah apabila membawa senjata dan membuat huru-hara yg boleh menjejaskan keamanan negara. 
Demo yg aman boleh bertukar menjadi ganas apabila ada pihak yg membuat provakasi untuk mencalarkan nama baik peserta demo yg berdemo secara aman. 
Ditambah lagi dengan sikap polis yg membantai peserta demo dgn membuta-tuli menyebabkan keadaan tidak dapat dikawal. 
Atas alasan itulah ada segolongan salafi mengharamkan demo kononnya demo itu adalah menentang kerajaan. 
Sebenarnya demo aman tidak menentang kerajaan. Demo secara aman itu adalah perlu sebagai satu tuntutan rakyat terhadap haknya yg telah diabaikan. 
Dasar pemerintah yg merugikan rakyat dgn pembaziran wang negara, kenaikan harga barang dan mengkayakan sekelompok pemimpin yg tertentu mencetuskan reaksi spontan utk rakyat berdemo secara aman supaya suaranya didengari. 
Malahan suara rakyat terus disekat utk bercakap di media rasmi kerajaan utk menegur dasar pemerintah. Atas alasan itu jalan yg terbaik ialah mengadakan perhimpunan aman. 
Islam itu agama yg adil. Mustahil Islam itu hanya menyebelahi orang yg zalim tapi membiarkan golongan yg tertindas yg tidak boleh bersuara untuk menyatakan kebenaran. 
Firman Allah bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil". - Surah al-Nisa ayat 58
GURU DAN POLITIK 
Hasrat BN membenarkan guru utk berkecimpung dalam politik dilihat sebagai satu usaha meningkatkan sokongan terhadap BN, kata seorang Menteri. 
Menteri ini menyarankan supaya guru2 dibenarkan berpolitik supaya melibatkan diri menjadi Ketua Cawangan atau Bahagian utk membantu jentera Umno. 
Sebenarnya guru tidak perlu melibatkan diri dalam politik. Baru2 ini Tun Madey pun sudah beri amaran, jika kaum guru dibenarkan berpolitik nescaya majoriti mereka akan menyokong parti pembangkang. 
Bagi saya kalaulah dibenarkan, ia akan mewujudkan keadaan yg tidak sihat jika isu politik dibawa ke sekolah. 
Ia menyebabkan hubungan sesama guru akan menjadi tidak baik lantaran ada kalangan mereka yg berbeza dari segi fahaman politik. 
Jika guru dibenarkan berpolitik, dikhuatiri ada sebahagian guru akan membawa sentimen politik kepuakan di sekolah. 
Bukankah kita tahu bahawa Amno selalu memainkan isu perkauman. Jika isu perkauman ini meleret hingga ke sekolah, hubungan baik antara guru dari pelbagai kaum akan terjejas. 
Itu sebab saya menasihatkan diri sendiri dan rakan2 guru agar sentiasa fokus kepada tugas di sekolah dan melaksanakan dasar kerajaan. 
Kita boleh berpolitik tetapi setelah kita balik ke rumah masing2. 
Setiap warganegara Malaysia ada hak utk menyatakan pendirian politiknya asalkan menggunakan kebebasan itu pada waktu dan tempat yg sesuai.
HUKUM SEBENAR KENAJISAN BABI 
Sebenarnya hukum kenajisan sentuhan pada babi itu adalah melalui kaedah qias imam syafie terhadap kenajisan air liur anjing. 
Di dalam alquran atau hadis tidak ada satupun dalil kenajisan babi cuma diharamkan makan daging babi saja. 
Hukum kenajisan babi ini cuma pendapat minoriti dlm mazhab syafie yg dipegang oleh umat islam Malaysia sedang majoriti mazhab yg lain tidak begitu 
Tidak semestinya yg haram dimakan itu najis contohnya arak. Arak itu haram diminum kerana memabukkan tp tak najis bila tersentuh malah jika arak disimpan lama2 akan jadi cuka. 
Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah NAJIS (Rijsun) dari amalan syaitan maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.” - (Al-Maidah: 90) 
Ayat di atas, 'Rijsun' bukan bermaksud najis yg perlu dicuci dengan air tapi kotor dari segi perbuatan minum arak, judi, berhala dan tenung nasib. 
Berbalik kpd masalah babi tadi, jika tersentuh tidak perlu dicuci dengan air tanah. Apa yg haram ialah memakan dagingnya. 
Berus cat yg diperbuat daripada bulu babi atau kasut dari kulit babi masih boleh digunakan kerana tiada satupun tegahan drpd sebarang dalil alquran mahupun hadis. Wallahu a'lam.
LAGI KISAH SALAFI JADIAN 
Di antara kelemahan sebahagian 'salafi jadian' di Malaysia ini ialah mereka hanya mengutamakan kitab2 akidah yang terhad kepada beberapa tokoh yg mereka taqlid seperti Syaikh al-Albani. 
Mereka kurang berinteraksi dengan ilmu alat seperti Usul Feqah dan Maqasid Shariah untuk mengeluarkan fatwa dan hukum. 
Rentetan dari kejumudan mereka, natijahnya ramai dari kalangan mereka apabila tiba musim demonstrasi mulalah mengeluarkan fatwa 'mee segera' . 
Anehnya mereka tidak pula bersuara dan menegur apabila pemuda Amno menceroboh Dun Pulau Pinang dan merusuh di depan bangunan Dap. 
Inilah sikap double standard yg mereka amalkan menyebabkan tiada lagi hak keadilan sejagat yg dipertahankan. 
Bila mereka berjumpa dengan hadis2 yang zahirnya suruh kita mentaati pemerintah, mereka seakan lupa menginstinbatkan apa yang digariskan oleh para ahli feqah. 
Hasilnya fatwa 'mee segera' mereka itu bersifat kontang dari roh maqasid syariah serta menzahirkan mesej islam yang zalim . 
Oleh itu pelajarilah ilmu alat sebelum kita bermudah2 mengeluarkan hukum orang itu khawarij orang ini bughah yang halal darahnya !
ADAKAH AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT ITU BID'AH KERANA BERALASAN ZAMAN SAIYIDINA UTHMAN PERNAH DILAUNGKAN AZAN DUA KALI? 
Apa yg kebanyakan umat Islam lakukan sekarang ini tidak menepati keperluan azan dua kali. Kita lihat hari ini azan kali kedua dilaungkan itu setelah IMAM DUDUK DI ATAS MIMBAR. 
Ini bermakna apa yang diamalkan sekarang bukan sahaja tidak mengikut Sunnah Nabi bahkan juga tidak mengikut cara „Uthman yang sebenar. 
Sedangkan Zaman Saiyidina Uthman, di Madinah rumah2 kediaman terlalu banyak sehingga jauh dari masjid maka azan pertama dilaungkan di pekan2 supaya umat Islam ketika itu boeh bersiap2 pergi ke masjid 
Jika diandaikan masih ada kewajaran untuk dilaungkan azan dua kali pada hari ini, maka biarlah cara pelaksanaannya itu benar-benar menepati cara yang dilakukan pada zaman Saiyidina Uthman iaitu: 
1. Hendaklah azan pertama dilaungkan di luar masjid, iaitu di kawasan pasar, penempatan atau perindustrian yang jauh daripada masjid. 
2. Hendaklah azan pertama dilaungkan lebih awal, iaitu lebih kurang satu atau setengah jam sebelum masuknya waktu solat Jumaat yang sebenar. 
APA ITU TAHALUF SIYASI? 
Tahaluf Siyasi ialah Kerjasama politik pelbagai parti walaupun berbeza ideologi tapi punyai hasrat sama seperti membasmi rasuah, menentang kezaliman dan menolak penindasan. 
Jika terdapat perkara yang tidak disepakati, maka ia urusan perjuangan dan tindakan parti masing2. 
Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali2 melibatkan dasar dan prinsip perjuangan parti. 
Masing2 parti yg menjadi kompenan tahaaluf siyasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti2 kompenan yang lain. 
Tahaluf Siyasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama ibadah dan aqidah. 
Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing2 namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.
JANGAN MEMBAWA AGAMA DI DALAM POLITIK? 
Demikianlah pendapat sesetengah orang di negara kita. 
Kebanyakan orang yg tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK tidak ambil kisah pun PENYUAPAN WANG (MONEY POLITICS). Mereka anggap perkara biasa. 
Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka PENIPUAN dan DUSTA dalam politik adalah tidak BERDOSA. 
Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka ĶÒRUPSI di negara kita MERAJALELA. 
Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka yang menjadi KORBAN adalah RAKYAT JELATA. 
Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka RAHMAT dan KEBERKATAN TUHAN entah kemana. 
TAAT KEPADA PEMERINTAH YG DISALAH ERTI 
Ada segolongan anak muda yang mengaku salafi mengatakan bahawa wajib mentaati pemerintah Islam walaupun pemerintah itu jahat mcm firaun. Menurut mereka siapa yg mengkriktik pemerintah Islam, walaupun dia jahat mcm firaun, dia adalah termasuk dlm golongan khawarij. 
Inilah konsep demokrasi yg gagal difahami anak muda ini. Kita melantik kerajaan melalui pilihanraya. Ketika pilihanraya, tiada konsep pembangkang dan kerajaan, masing2 dikenali sebagai CALON. 
Apabila calon menang, ia akan membentuk kerajaan dan yg kalah akan membentuk barisan pembangkang. Pembangkang kerja dia membangkang, apa yg pihak pencadang buat walaupun bagus, dia mmg patut membangkang untuk memastikan setiap plan yg dicadangkan bertambah mantap. 
Kerajaan persekutuan adalah BN dan pembangkang adalah PR tetapi di penang, selangor dan terengganu, kerajaannya adalah PR dan pembangkang adalah BN. Jika anak muda ini mengatakan pembangkang adalah khawarij, BN juga adalah pembangkang di negeri2 yg mereka kalah. 
Tolong memahami konsep demokrasi - jgn nak memandai menuuduh org khawarij. Golongn muda yg faham konsep demokrasi sepatutnya mengundi bkn mngikut parti tetapi bergantung pada idea2 yg CALON itu kemukakan. 
Pemimpin yg mempunyai idea yg mantap itulah yg dipilih.
MASIH INGATKAH TRAGEDI BERDARAH DI MEMALI? 
Saya rasa generasi muda hari ini tidak berapa tahu sejarah tragis pembunuhan beramai2 orang melayu di Memali. 
Tapi Saya masih ingat insiden ini kerana ketika itu AJ sudahpun bersekolah menengah. 
Ramai yg tidak tahu kisah sebenar kejadian itu - Maklumat diperolehi cuma dari media kerajaan saja. Maklumlah ketika itu mana ada internet. 
Tahun 1985, Kg Memali yang terletak di Baling, Kedah telah diserang kereta kebal, fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. 
Almarhum Ustaz Ibrahim Libya telah difitnah menyebarkan ajaran sesat kepada penduduk kampungnya. 
Apa yang sebenarnya berlaku ialah konspirasi PM ketika itu untuk menjatuhkan Parti PAS, sebuah pertubuhan parti pembangkang. 
Tun M telah mengarahkan polis menangkap beberapa pemimpin Pas dan penceramah yang popular ketika itu termasuk Ustaz Ibrahim Libya. 
Waran tangkap telah di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tapi beliau enggan menyerah diri, 
Beliau telah disorokkan olen rakan2nya tapi meneruskan kerja dakwah pada penduduk kampung. 
Kesempatan ini diambil oleh mereka dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat yang akhirnya membawa kepada tragedi hitam. 
Orang kampung yg tidak bersalah dan tidak bersenjata turut menjadi mangsa kerana mempertahankan ustaz Ibrahim Lbya drpd serangan polis. 
Selepas kejadian itu Saya telah mula hilang kepercayaan terhadap kewarasan pihak berkuasa ketika itu. 
Sejak dari itulah juga Saya menjauhkan diri drpd Parti Melayu kerana secara tidak langsung telah memberi sokongan ke atas pembunuhan nyawa org kampung yg tidak berdosa. 
Peristiwa di atas cukup perit utk Saya ingati semula. Cukuplah Saya harapkan generasi akan datang mengambil pengiktibaran drpd sejarah yg hitam itu.
DOSA DI MEMALI 
Hari ini kedua2 mantan PM dan TPM tahun 1985 ini sudah pening kepala bila generasi muda hari bangkit mempertikaikan kes Memali. 
Masing2 menuding jari menyalahkan antara satu sama lain mendakwa mereka tidak terlibat pada hari kejadian. 
Sumber yg didakwa authentic sesebelum ini mengatakan Tun Madey berada di Negeri China ketika kejadian. Orang yang menguruskan kes Memali ialah Tun Musa selaku Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. 
Pada hari ini Tun Musa mendakwa sebaliknya iaitu sewaktu kejadian, Tun Madey sebenarnya berada di Kuala Lumpur. 
30 tahun lamanya kes ini terperap dalam lipatan sejarah yang menyayat hati apatah lagi yg terbunuh ialah orang2 kampung yg tidak berdosa. 
Apa yg pasti sama ada pemimpin itu Nombor Satu atau Nombor Dua, masing2 terpalit dengan dosa yg tidak boleh dimaafkan itu. 
Tambahan pula ia disokong dan direstui oleh pemimpin dan penyokong United Malay National Organisation. 
Pada saya kalaulah benar Ustaz Ibrahim Libya ada merancang gerakan subversif sepatutnya pihak polis boleh menangkap beliau secara aman. 
Tidak perlu memuntahkan peluru hidup terhadap orang kampung yg tiada senjata api. Cukuplah melontarkan bom asap utk memudahkan beliau ditangkap. 
Apapun bagi saya rasa inilah adalah tindakan yg sangat terburu2 dan salah dari pihak berkuasa. 
Kita doakan semoga ruh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk kampung yg mati terbunuh di tempatkan di sisi orang yg beriman. 
Amin.
ADAKAH PESAWAT UDARA TIDAK SELAMAT? 
Jangan pula selepas ini anda tidak mahu menaiki kapalterbang selepas mendengar berita tragedi MH370. 
Mengikut statistik, kemalangan pesawat penumpang di dunia ini berlaku agak kecil nisbahnya iaitu satu kali nahas daripada 10,000 kali penerbangan. 
Berbanding pula dgn risiko kemalangan di jalan darat mengikut statiknya nisbahnya ialah 60 kemalangan di dalam satu hari. 
Itu di dalam Negara Malaysia. Bagaimana pula dgn negara lain. Cuba ukur statik kemalangan di jalan darat untuk seluruh dunia pula?? 
Jadi maknanya risiko kemalangan di jalan darat adalah lebih tinggi berbanding risiko pengangkutan di udara. 
Jadi tidak perlu ditakutkan menaiki pesawat udara. Fobia ini datang cuma sementara saja. 
Tapi bagi saya menggeletar jugak kepala lutut jika saat ini disuruh menaiki kapalterbang :)
DOSA SI PEMBUAT STATUS FACEBOOK 
Kadang2 saya terfikir, tidak berdosakah sipembuat status mengeluarkan status berbentuk provokasi & sensasi menyebabkan para pengkomen di bawah berkelahi? 
Saya pun terfikir jugak adakah Allah meredhai perbuatan sipembuat status walaupun tujuannya adalah utk mengkritik atau berdakwah? 
Kadangkala isi dakwah pun banyak menyindir dan menghina kumpulan lain yg tidak sefahaman dgn kita. 
Perbahasan kadangkala berkisar dlm isu yg kecil dan furuk akhirnya menjadi perbalahan yg besar dan tidak menguntungkan umat Islam. 
Barangkali si pembuat status akan berasa senang hati apabila rating status sentiasa berada di atas untuk sipembaca terpanggil memberi komen. 
Komen2 bawahan pula sarat dgn caci-maki dan pertelingkahan disebabkan berbeza ideologi, pemikiran dan pemahaman. 
Sebenarnya saya sudah tingalkan sikit demi-sedikit status berunsur provokasi dan kritikan kerana dosa yg ada ini pun tidak tertanggung, inikan pula membiarkan saudara seagama kita bergaduh sesama sendiri dalam wall. 
Mungkin selepas ini saya akan banyak berkongsi info dan ilmu utk dikongsi bersama. 
Biarlah wall saya tidak ada tukang respondan dan tukang like tapi saya yakin masih ada silent reader yg akan membaca dan memanfaatkan ilmu. 
Satu kritikan yg saya tidak boleh tinggalkan ialah jika ia meibatkan soal kemanusiaan krn ia adalah soal keadilan sesama manusia. 
Jika ia meragut keadilan manusia, maka manusia sendiri perlu urusi hal kemanusiaan. Selebihnya kita kena serahkan kepada Allah swt.
PERLUKAH UMAT ISLAM BERSATU ? YANG MANA PERLU DIKORBANKAN ? 
Lama sudah saya berfikir, kenapa umat Islam gagal bersatu. Puncanya disebabkan masing2 mendakwa kumpulan merekalah yg benar sementara kumpulan lain adalah sesat, bid'ah atau kafir. 
Yang mana harus kita korbankan - Antara nilai ukhuwwah ataupun perbezaan fahaman? 
Nilai ukhuwwah lebih penting berbanding perseteruan dgn alasan nilai ukhuwwah untungnya lebih berbanding perseteruan membawa kerosakan yg lebih besar. 
Apa yg saya nampak pergaduhan & permusuhan ini melahirkan 
> Kau sesat aku tidak sesat 
> Kau ahli neraka aku ahli syurga 
> Kau kena ikut jalan aku ke syurga 
> Allah hanya redho dgn kumpulan aku - Allah benci kumpulan kamu 
Klu kita berdebat dan bergaduh pun akan berakhir dgn keputusan seri 0-0 yg tiada kesudahan. 
Kalau yahudi mengebom negara orang Islam, bom itu tidak kenal kau salafi, sufi, asyairah atau syiah. 
Atas nama Tuhan mereka bergaduh & bermusuh. Adakah Tuan Empunya Agama ini redho ?? 
Teruskanlah saja pemahaman dan amalan agama masing2. Soal siapa benar atau salah, biarlah Pemilik Agama ini yang tentukan di hari perhitungan. 
Yg layak menghukum ialah Tuhan Rabbul Jalil. Dialah sebaik2 hakim dan pemutus di atas amalan masing2. 
Pada saya perlu juga ada satu pihak yg boleh mendamaikan permusuhan antara sesama umat Islam. 
Klu ada yg mengatakan saya sesat sbb dah beralih arah, sesatkah saya mengajak umat Islam bersatu ?? 
Kesimpulannya, pulangkanlah semua hak itu kepada Allah. Biarlah kita urusi diri kita sendiri kerana di luar sana banyak ketidakadilan berlaku sesama umat manusia. 
Di kala si miskin merintih kepayahan dgn beban hidup, bagaimana pula tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka ini ???
CCTV DALAM PESAWAT. KENAPA TIDAK PASANG? 
Maafkan aku jika suka fikir benda yg pelik2. Tapi aku rasa benda ni tak pelik pun 
Kenapa kapalterbang yg canggih pada zaman ini tidak diletakkan Kamera CCTV supaya org yg berada di bumi boleh pantau setiap pergerakan anak kapal atau penumpang ?? 
Maknanya sebaik saja pesawat itu berlepas, kamera cctv akan merakam secara terus menerus sama ada dibahagian kokpit pemandu atau bahagian penumpang. 
Bukan susah pun sedangkan video Skype pun masih berfungsi utk di share bersama ketika pilot berada dalam penerbangan atau dalam kapal selam. 
Aku bukan berbohong !!! Dalam channel astro aku pernah tengok mereka yg di atas bumi dapat berhubung dgn orang yg berada di kapal selam. Memang jelas paparan videonya. 
Kalau premis kedai makanan pun dah ada CCTV kenapa pesawat yg secangih ini mereka tidak pasang ??? 
Skype yg aku beritau ini adalah digunakan khas utk orang awam melalui kaedah internet tapi tak taulah pula klu pesawat ini gunakan sistem radar yg paling cangih. 
Aku berharap lepas ni pihak MAS tolonglah pasangkan CCTV supaya senang org kat bumi ni nak monitor sebarang aktiviti di dalam pesawat.
APA GUNA KITA BERKELAHI 
Malas nak berdebat dgn syiah. kalau berdebat pun akhirnya berkeputusan seri 0-0. 
Kalau kita pakai hujah Hadis riwayat Imam Bukhari, syiah pulak pakai Hadis riwayat Imam Kulaini (Imam Syiah). 
Syiah kata semasa Imam Syafie masih kecil, beliau bermazhab apa sedangkan Imam syiah menerima sanad dari Nabi tidak putus2. 
Susah jugak aku nak bahaskan melainkan kena buat homework pasal sanad matan tu. 
Jadi kesimpulannya biarkan ajalah syiah tu. Jgn ajak berdebat lagi. Biarlah dia dgn agama dia (syiah) dan kita dgn agama kita (Islam) 
Yg penting kita hidup bersatu padu aman dan harmoni dlm sebuah negara berbilang agama dan bangsa. 
Kita sebelum ini pun boleh hidup aman dgn rakan yg berlainan agama spt kristian, budha dan hindu - tak ada masalah apa2 pun 
Klu Syiah menghina sahabat Nabi pun kita bukannya boleh menutup mulut mereka dan kita dilarang sama sekali membunuh mereka. 
Sbb apa tidak boleh bunuh mereka? Klu boleh bunuh, dah lama kita bunuh org kristian sbb menghina Tuhan dgn mengatakan Tuhan ada anak. 
Allah kan ada ... biarlah di akhir nanti Allah jadi penentunya. 
Itu sebab berulang kali aku beritau ikuti ajaran Islam yg asal. Perkara bid'ah ini byk diimport dari fahaman syiah contohnya berzanji, kenduri arwah, maulid dan mcm2 lagi. 
Syiah Rafidhoh juga beriktiqad "Allah wujud tiada bertempat" ... mereka juga tidak tahu sampai sekarang di mana Allah sedangkan di dalam al-quran sendiri sudah dikhabarkan keberadaan Allah. 
Klu kita berdebat dgn mereka dgn caci-maki dan kesat pun, usah harap kita boleh menang. Mereka akan hina agama kita balik. 
Lakum dinukum waliyadin. Bagi syiah agama syiah. Bagi Islam agama Islam. Usah dipanjang2kan lagi 
Klu syiah sangup ambil risiko kafirkan sahabat, biar dia jawab depan Allah nanti ... habis cerita .. buat apa nak bergaduh2 sampai nak bertumbuk.
KESAN KENAIKAN HARGA BARANG 
Punca salah satu kenaikan harga barang ialah kerana sikap boros dan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara. 
Tun Daim sendiri membidas kerajaan yang boros dan tidak bijak menguruskan negara menjadi punca berlakunya kenaikan harga barang 
Pemborong, orang tengah dan peniaga terpaksa menaikkan harga sebab kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik ... semua tu memberi kesan kepada harga barang. 
Sebab itulah puncanya orang tengah mainkan harga barang. 
Sepatutnya kerajaan bagi subsidi kepada rakyat seperti subsidi minyak dan gula supaya pemborong, orang tengah dan peniaga boleh menjual barang2 dengan harga biasa. 
Kalau kerajaan boleh umumkan tak ada kenaikan tol tahun ini, kenapa tidak boleh umum kembalikan subsidi minyak dan gula? 
Itu pasal nak mentadbir negara ni perlu kepada pemimpin yang bijak dan berhemah bukannya pemimpin yg suka buat pembaziran. 
LIhat bagaimana kerajaan Selangor mengurus ekonomi di mana RM 2.6 billion yang menjadi rizab kerajaan Negeri Selangor hasil berjimat cermat Menteri Besar Selangor. 
Aadakah pendapatan negeri lain sebanyak itu? Atau nak dibandingkan pada zaman Khir Toyo mentadbir Selangor dulu?
DEBAT ANTI HADIS YG DINANTI-NANTI ! 
Walaupun Pak Kassim Ahmad, penulis buku anti hadis ni dah berumur 80 tahun, anda jgn pandang rendah kemampuan dia utk berdebat. 
Pak Kassim dah bersedia nak berdepan dgn sesiapapun sbb bahasa Pak Kassim hebat. Penyampaian dan tulisannya tidak menggambarkan dia seorang yang bodoh 
Jika tak kena cara, jika tak kena gaya, jika tak kena orang, lawan debat dia pun boleh kelu lidah. Jangan buat main, aku dah baca dah tulisan dia. 
Ulama yang sanggup berdepan dengan Pak Kassim mesti hebat ilmu mantik. Ulama ni mesti hebat ilmu berhujah. Ulama tu mesti fakih. 
Jika setakat ulama yang hafal petikan atau kata2 yang dikutip dari para ulama terdahulu, baik lupakan saja. 
Pak Kassim takkan kalah dengan hujahan sebegitu kerana dia akan berkata, "Enta ni ulama burung kakak tua. Enta ni hanya mengulangi kata2 ulama dulu tanpa faham maksudnya. Di mana akal enta ??? 
Barangkali itu semua akan terpancul dari mulut Pak Kassim bila nak jerat pihak lawan. 
Petikan kata2 atau rumusan dari ulama terdahulu takkan digunapakai oleh Pak Kassim sebagai hujah sbb dia dr awal dah lebelkan para ulama mcm Paderi. 
Alhamdulillah akhirnya Dr Asri yg korang selalu tuduh wahabi tulah yg dicalonkan utk menyahut cabaran Pak Kassim utk berdebat. 
Aku yakin kekuatan antara dua tokoh ni seimbang sbb Dr Asri pakar juga ilmu Asbabun Nuzul (Sebab2 penurunan Al-Quran). Aku rasa hujah ni yg banyak digunakan oleh beliau. 
Apa yg aku nak rumuskan ialah, se"wahabi" nya Dr Asri, orang mcm dia jugaklah khidmatnya nak dipakai bila terdesak. 
Mana pergi pak mufti 13 negeri? Takkan baling batu dari jarak jauh jer kat Pak Kassim? Mana ada kelas.
ANTI HADIS MEMBERI TEKANAN HEBAT KEPADA AMNO. 
Sejak isu Anti Hadis meletup, pelbagai pihak memberi respon yg negatif terhadap Pak Kassim. 
Pak mufti, ahli fatwa, ahli Jakim, profesor, ilmuan agama juga tidak ketinggalan mengecam keras aliran ini yg cuba dihidupkan kembali. 
Orang melayu melepaskan geram dan marah terhadap Pak Kassim terutama di media sosial spt di Facebook dan Twitter. 
Kebetulan pula Pak Kassim adalah ahli Umno tegar yg pernah memegang jawatan penting dlm Umno suatu ketika dulu. 
Tun Madey pula merupakan penyokong kuat Pak Kassim yg sering mempertahankan penulisan beliau. Akibatnya Tun Madey terpalit menerima tohmahan dan cercaan drpd org melayu. 
Kena ingat !! Isu agama adalah perkara yg amat sensitif kpd umat melayu. Bagi mereka melayu adalah Islam dan Islam adalah melayu. Mempertikaikan hadis bererti mempertikaikan agama mereka. 
Tidak mustahil sokongan orang melayu terhadap Umno semakin merosot. Pemimpin2 & Ulama Umno pula hanya mendiamkan diri. Mereka tidak berani mengkritik sbb Pak Kassim dianggap sebagai ulama dlm Umno. 
Pak Kassim menjadi liabiliti kepada Umno. Jika tak ditangani dgn betul, silap-silap sokongan org melayu kepada Umno semakin meruncing. 
Ulama2 Pas pula tidak henti2 membidas Pak Kassim. Ini secara tidak langsung menarik sokongan orang melayu utk berjinak dgn Pas sbb Pas menurut mereka membela Islam.
AGAMA INI UNTUK APA SEBENARNYA? 
Aku ni bukanlah insan yg sempurna tapi aku nak melihat setidak2nya setiap manusia mesti berlaku adil kepada manusia yg lain. 
Dari sudut kekeluargaan, setiap mak ayah kena berlaku adil terhadap anak2nya. 
Dari sudut perniagaan, peniaga tidak boleh mengaut keuntungan berlipat-kali ganda menyebabkan pembeli tersepit dgn beban hutang. 
Dari sudut politik, biar kita serahkan org yg bijak dan amanah utk berkuasa bukannya pemimpin kaki songlap yg pandai cari duit poket. 
Dari sudut ekonomi, semua rakyat menikmati harga barang & minyak yg murah. Bila kuasa membeli hebat, perniagaan jadi jadi rancak. Tapi yg berlaku sekarang si miskin bertambah miskin dan si kaya bertambah kaya. 
Dari sudut agama, golongan agama mesti dekat dgn rakyat tapi sebaliknya yg berlaku bila krisis barang keperluan jadi mahal, si ulamak menekan org miskin disuruhnya berjimat tapi golongan kaya yg membazir tak berani ditegurnya. 
Dari sudut media massa, laporan tv dan akhbar mesti adil tapi aku lihat pihak pembangkang tidak diberi liputan yg adil dan berat sebelah. Semua berita banyak memihak kpd pihak pemerintah. 
Point2 yg aku beri di atas sudah cukup menceritakan ketidakadilan manusia terhadap sesama manusia yg lain. 
Agama ini diturunkan utk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penindasan. 
Jadi apa gunanya agama jika kau biarkan manusia bergelut dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan sedangkan kau tutup mata lihat kezaliman terus berleluasa?
MEMBACA POLA FIKIR GERAKAN ANTI HADIS 
Aku baru baca bab 1 hingga 4 tulisan Kassim Ahmad, Hadis : Satu Penilaian Semula. 
Beliau menyatakan bhw menolak Hadis/Sunnah sebagai sumber perundangan tidak bermakna kita merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad. 
Katanya lagi, kita tidak boleh meletakkan kata2 dan perbuatan Nabi (hadis) sebagai wahyu yg setaraf dengan Quran. 
Cukuplah berpeganglah hanya kpd Al-Quran kerana Al-Quran itu sudah lengkap. 
Mustahil hadis boleh jadi pelengkap Al-Quran kerana Al-Quran sudah benar2 lengkap jadi buat apa hadis jadi pelengkap Al-Quran ?? 
BANTAHAN 
Al-Quran mempunyai nilai bahasa kesusasteraan yg tinggi. Ada sebahagian ayatNya boleh difahami secara zahir dan adakalanya difahami secara simbolik. 
Dalam memahami sebahagian makna Al-Quran itu memerlukan manusia yg pakar tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad. 
Dalam Al-Quran ada perintah tunaikan solat tapi cara mempraktik solat kena guna hadis. Hadis ialah perkataan dan perbuatan Nabi. 
Tanpa hadis macamana kita nak tahu pergerakan solat yg teratur bermula takbiratul ihram sampai beri salam? 
Bahasa Al-Quran juga bisa difahami oleh para sahabat sbb mereka tahu sebab2 penurunan ayat Al-Quran lalu mereka hubungkaitkan dgn hadis Nabi sebagai penerang. 
Tanpa hadis, Al-Quran boleh bergerak sendiri tapi soalnya mampu ker manusia berinteraksi dengan Al-Quran sbg pedoman jika tanpa wujud hadis sebagai panduan?
ADAKAH UMNO SEKARANG UMNO YG TULEN? 
Mengikut sejarahnya Tun Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussien Onn adalah datang dari Parti Umno yang asal. 
Ketika era Tun Madey menerajui kerajaan pada tahun 80an dulu berlaku tsunami politik pertembungan pengaruh antara Tun Madey dan Tengku Razali pada tahun 1987 menyebabkan pengharaman Parti Umno. 
Sebab apa pulak parti Umno diharamkan 1987? Sebabnya mahkamah tinggi menolak pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO 1987 dan memutuskannya tidak sah. 
Puncanya 11 orang ahli UMNO membantah calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti. 
Didapati 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung. Ini kerana keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. 
Akibatnya Parti Umno telah diharamkan tapi Tun Madey ni cerdik ... Dia mendaftarkan semula pertubuhan baru atas nama Umno Baru atau dikenali sebagai Umno (B). 
Ketika itu mahkamah melarang menggunakan nama pertubuhan seperti Umno yg asal kerana Parti Umno yg teras telah diharamkan. Entah bagaimana perkataan "Baru" telah berjaya dipadamkan. 
Mahkamah tidak boleh buat apa-apa ketika itu. Jadilah ia seperti Parti Umno tetapi bukan yang asal dan yang tulen. 
Jadi bila ada orang kata Umno yg ada ini asalnya Umno 1946, itu semua adalah cerita rekaan dan bid'ah yg tiada asas sama sekali. 
Kesimpulannya Umno yg ada sekarang bukanlah Umno tulen spt yg diasaskan oleh Tun Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussien Onn.
BENARKAH SISTEM MONARKI MENGHALANG KEMAJUAN MANUSIA? 
Sejak 5000 tahun dulu Negara China adalah negara monarki (pemerintahan keturunan beraja). 
Mereka telah membina istana dan tembok besar. Itu juga merupakan teknologi dari segi pembinaan tapi anehnya sepanjang tempoh 5000 tahun tu, manusia belum berupaya lagi mencipta mentol, elektrik, enjin & kenderaan bermotor. 
Tapi selepas abad ke-17, barulah manusia pandai mencipta berbagai peralatan teknologi yg aku katakan itu. Sebab apa? Sebabnya manusia telah membebaskan diri daripada sistem monarki 
Inilah yg mematangkan manusia. Itulah mukjizat terbesar al-quran di mana selepas 1400 tahun selepas itu manusia sudah menjadi lebih cerdik apabila manusia menolak sistem monarki sikit demi sedikit. 
Sistem monarki sendiri membelnggu fikiran manusia. Sistem monarki sendiri menghalang kemajuan sains. Tidak hairanlah apa raja cakap didakap. Apa raja titah disembah. Apa raja seru itu wahyu. Manusia tidak bebas mengeluarkan pendapat. Cuba ceritakan kpd aku, negara monarki mana yg hebat sains dan teknologinya? 
Negara pencetus teknologi ialah Amerika. Bermula dari Amerikalah terciptanya keretapi, mentol, enjin, elektrik dsb. Adakah ketika itu Amerika negara monarki? 
Aku pelik kenapa dlm tempoh 5000 tahun ke belakang manusia tidak pandai buat keretapi, mentol, enjin, elektrik dsb. Seperti yg aku jawab tadi kerana sistem monarki membelnggu fikiran manusia. Setelah adanya al-quran, barulah manusia jadi lebih cerdik. 
Aku tak nafikan bahawa Jepun dan Britain juga punyai sistem beraja monarki tapi teknologi yg mereka dapat tu agak lewat. Itupun bila bermulanya perang dunia ke-2. Tapi soalan aku negara mana pencetusnya? 
Aku bukan pentaksub Amerika tapi apa yg aku dapat rumuskan di sini ialah apabila manusia dah mengenal demokrasi, fikiran manusia jadi bebas dan tidak lagi menjadi jumud. 
Kamu tau tak apa kelemahan sistem monarki beraja nih? Klu kamu hidup pada zaman monarki dulu, kesetiaan kamu kpd raja diukur apabila kamu menjadi pembodek raja yg hebat tapi bukan kerana diukur keintelektualan & kepakaran kamu mencipta sesuatu. Jika ada yg nampak hebat intelekknya maka akan ada saja org yg cemburu dan fitnah kamu ... last sekali mereka akan buat konspirasi menjatuhkan kamu .. sejarah ini akan sentiasa berulang
BENARKAH HANTU WUJUD? 
Aku ni kekadang suka jugak melihat misteri paranormal pasal hantu nih di youtube atau gambar di internet bukan saja di asia malah di luar negeri pun ada bukti video mereka pernah nampak hantu. 
Susah aku nak percaya cerita pasal hantu sbb aku x pernah jumpa hantu. Cuma dengar cerita dari org yg pernah nampak hantu atau tengok video paranormal di internet. 
Yang menyebabkan org jadi yakin dlm viddeo tu hantu sbb ia dirakam oleh orang awam atau rakaman Cctv. Mcm biasalah mutu video dia tak berapa jelas atau kabur utk mengesahkan entiti tu benar2 hantu. 
Lainlah klu gambar hantu tu dirakam dengan menggunakan Hd atau video berkapasiti tingi. Lagipun video/gambar hantu boleh diedit dan dimanipulasikan pastu diuploadkan dlm internet. 
Kalau aku x percaya kewujudan hantu pun x boleh jugak sbb kepercayaan wujudnya benda2 ghaib sudah termaktub dalam agama. Kita kena yakin bhw Allah jadikan jin dan iblis tugasnya adalah utk meyesatkan manusia. 
Teori sains menyatakan hantu ni cuma wujud dlm halusinasi dan otak manusia yg tak seimbang dan konflik. 
Mereka kata kalaupun dlm imej video tu nampak seolah2 ada bebola api, itupun disebabkan lens yg berhabuk kena cahaya, Itu pasal lah imej tu terbentuk spt hantu. 
Menurut mereka lagi klu nampak Orb (cahaya asap), ini disebabkan oleh asap carbon monoksida yg terkena pantulan cahaya. Aku tak dapat pastikan bukti sains tu satu realiti atau tidak. 
Apapun aku boleh buat alasan bhw hantu tu benar2 wujud berdasarkan bukti org di kampung aku gempar nampak hantu secara live !! 
Masa tu ada kenduri arwah di rumah jiran aku. Sementara menanti org masjid datang buat tahlil, makcik2 sibuk menyediakan lauk-pauk di dapur pada malam tu. 
Tak semena-mena hantu berbulu lebat berlari dari atas rumah menuju ke dapur melangkah2 makcik2 yg tengah susun lauk dlm dulang. Apa tak kecohnya malam tu !!! Terjerit org ppuan kat dapur. 
Jadi susah pulak aku nak nafikan kewujudan hantu klu banyak saksi dan mata kepala yg menyaksikan insiden malam tu. 
Kesimpulannya sama ada hantu benar2 wujud atau tidak, itu bergantung pada anggapan atau pengalaman masing-masing.
MENGULAS DRAMA KOREA 
Kamu fikir ingat aku ni fanatik drama Korea ker :) Aku follow drama Korea ni pun dah last minit ... ni dah nak hampir episod ke-100. 
Drama "Your Lady" channel 393 pukul 10.15 mlm dah nak sampai kemuncak. Syarikat Man- Bok tengah terumbang-ambing sekarang sbb Min Dong Yu (anak angkat Tuan Kang) dah sabotaj syarikat. 
Ada ker patut dia buat buat money loundry sbb nak pindahkan duit haram dgn cara jualbeli lukisan secara haram. Satu lagi dia ni nak lingkupkan syarikat Man-Bok sbb nak tubuhkan syarikat baru. 
Yang jadi mangsa ialah Kang Jung Hoon, Pengerusi Syarikat Man-Bok. Sebetulnya Min Dong Yu dah lama dendam dgn Kang Jung Hoon & ayahnya. Kang Jung Hooon sekarang kena siasat sbb jenayah bisnes ayah dia yg lampau. Nampaknya Kang Jung Hoonlah terpaksa yg jadi galang- gantinya. 
Lee Yon Soo (bekas makwe Kang Jung Hoon) pulak dapat tahu bahawa Tuan Kang pernah merancang kemalangan 6 tahun dulu .. tak tahulah sama ada Lee Yoon Soo nak maafkan bakal mentua dia ker tak ... haha 
Min Sean Yoong (adik Min Dong Yoon) watak ppuan jahat dlm cerita nih dah lama berdendam dgn Lee Yoon Soon dan keluarga Kang. Mcm2 cara dia buat nak lingkupkan Lee Yoon Soo tapi tak berjaya. Yang terbaru dia cuba menutup rahsia agar mak Lee Yoon Soo (Cikgu Lee) tak kenal identiti anak dia. 
Kalau Cikgu Lee tau Lee Yoon Soo ni anak dia maka episod ini kan berakhir sbb proksi utama pemegang saham syarikat terbesar Man-Bok ialah suami Cikgu Lee atau ayah Lee Yoon Soo ... Keadaan makin tertekan ! 
Aku yakin yg jahat akan kalah ... mana boleh yg jahat akan menang last minit tapi minggu ni yg jahat nampaknya tengah conquer keadaan. 
Apapun drama korea memang terbaiklah. Memang dorang kreatif creat cerita. Drama melayu boleh buat ker mcm nih ?
DILEMMA TOKEY MELAYU 
Punca kenapa orang melayu tak nak pergi ke kedai melayu kerana tokey melayu tak faham ilmu psikologi nak berniaga. 
Kekadang bila kita masuk ke kedai dia, dia buat tak tau jer seolah2 kita ni org asing yg tak diundang. Itulah kelemahan yg aku tengok peniaga melayu nih. Sekurang2nya bertanyalah "yer encik nak cari apa encik" 
Lihat kawan aku seorang peniaga runcit, belumpun aku sampai ke pintu kedai lagi dia dah teriak "cikgu, mana pergi ...lama dah tak nampak" 
Satu lagi perangai peniaga melayu kita ialah yg suka berkira2. Kalau anak kita ambil 10 sen - 20 sen gula2 pun nak berkira jugak. Kamu tau tak klu kamu hadiahkan anak pelanggan setakat 20 sen gula2 itu kamu dah berjaya memancing pelanggan tu utk datang ke kedai kamu di lain masa. 
Lagi satu ialah barang yg kita nak biasanya tak ada atau dah abis stok. Itu jugak satu kelemahan peniaga melayu kita. Kita terpaksa pulak cari kedai lain ... lama2 asik tak ada, orang dah malas nak datang. 
Itu pasal lah peniaga melayu kena ubah mentaliti. Nak bersaing dgn orang cina kenalah ubah atitud berniaga secara lebih positif. Bila melayu gagal berniaga, mulalah nak salahkan pelanggan melayu sbb beli kat tokey cina. 
MINDA TEPU 
Asal masuk dlm kantin sekolah jer, tak ada crita lain .. asik2 crita hal mancing .. hal mancing ... pastu crita hal yg remeh-temeh dan lawak bodoh yg membuatkan fikiranku jadi semakin tepu. 
Bila dah masuk usia mcm ini, otak aku tak boleh menerima lagi dah perkara yg remeh-temeh. Aku ingin sesuatu yg ada percambahan ilmu atau dlm bahasa mudah ada wacana ilmu dan isu terkini. 
Bawalah apa saja cerita tentang politik, sosial, agama atau isu pendidikan, InsyaAllah aku boleh layan sebab apa yg aku baca tidak boleh disimpan dan dipendam lama2. Ianya harus dikongsikan bersama. 
Sepatutnya bila kau dah jadi seorang guru, kau mesti menjadi manusia yg sensitif dan peka dengan isu semasa. Kenapa engkau biarkan otak kau menjadi tepu dengan crita yg tidak mendatangkan manfaat? 
Tidak salah kau nak raikan kegembiraan kau dalam hidup melalui cerita2 yg remeh itu tapi tak ada ruangkah sesekali kau nak berwacana ilmiah dengan kekawan tentang isu semasa lain?
MINDSET ORANG MELAYU 
Orang melayu bila nampak seseorang pakai jubah serban maka dialah ulama, ustaz dan alim dalam agama. 
Bagaimana pula dengan Dr Zakir Naik, Dr Faizal Rahman, Sheikh Ahmed Deedat, Dr Khalid Yassin, Yusuf Estes dan Dr Bilal Phillips. Mereka hanya memakai kot, tuxedo dan seluar saja. 
Kita lihat dengan ilmu mereka yg ada telah berjaya mengislamkan puluhan ribu non muslim. Jika yg berjubah & berserban banyak melaung-laungkan cinta nabi ttpi non muslim masih juga x faham ISLAM tapi kadangkala yg berjubah & berserban yg byk membuatkan islam itu jadi susah. 
Mudah bukan? Memakai jubah dan serban sahaja dianggap ULAMA oleh masyarakat kita. 
'Mindset' orang2 melayu juga bila tengok orang pakai jubah & serban orang ini tidak mungkin akan berbohong dan menipu.Maka mulalah apa saja yg diberitahukan oleh yg berjubah dan berserban ini mereka telan semuanya dan menanggap itu adalah AGAMA ISLAM. 
Apabila ada yg mengkiritik yg berjubah & berserban seolah2 bagi mereka telahpun pun mengkrtik agama islam itu sendiri. 
Bagi mreka kalau setakat pakai baju melayu dan kopiah sahaja maka kata2 orang itu tidak boleh dipakai kerana mereka bukan ULAMA. 
Maka diimportlah tokoh2 dari luar negara datang ke Malaysia walaupun disebabkan di negara mereka tokoh ini bukanlah dikenali sbg ulama pun dtg ke malaysia terus dikira ULAMA.
ADAKAH BULU KHINZIR ITU NAJIS? 
Tidak ditemui satu dalil pun WAJIB SAMAK apabila SENTUH khinzir (kulit atau bulunya). Padahal sesuatu pengharaman itu wajib disertakan dalil pengharamannya. Jika tidak ada, ia kembali kepada hukum asal yakni mubah / harus. 
Larangan Allah berkenaan KHINZIR adalah apabila MEMAKAN DAGINGNYA terdapat dlm surah Al-An'am, ayat 145 dan Surah Al Maidah, Ayat 3. 
Adapun perintah SAMAK apabila MENYENTUHNYA tidak pernah ditemui setakat ini. 
Perhatikan maksud firman Allah ini : "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah". (Surah Al Maidah, Ayat 3) 
Berdasrkan ayat di atas larangan memakan babi diletakkan sebaris dengan ayat memakan bangkai dan darah. adakah semua bangkai dan darah wajib juga samak? 
Berbeza halnya dengan ANJING kerana telah sahih hadis yang memerintahkan SAMAK. Itu pun terhad kepada BEKAS / BEJANA yang biasa kita gunakan lalu ia DIJILAT oleh anjing. - Lihat Shahih Al-Bukhari, no. 172. 
Beberapa persoalan lain muncul jika dikatakan WAJIB samak apabila menyentuh khinzir: 
1- Bukankah kebanyakan benda yang kita gunakan juga disentuh oleh non Muslim yang menyentuh khinzir? Jam tangan, handphone dan pelbagai yang kita beli dari kedai-kedai non Muslim. 
2- Bukankah pinggan mangkuk yang digunakan di restoran juga disentuh dan digunakan oleh non Muslim yang memakan dan menyentuh khinzir? Adakah kita menyamak pinggang mangkuk tersebut setiap kali makan di restoran? 
3- Bukankah kita juga bersentuhan / berjabat tangan dengan tangan non Muslim yang menyentuh khinzir ketika memakannya? Adakah kita menyamak tangan? 
Tidak semua yg diharamkan untuk dimakan itu najis, seperti halnya dengan keldai jinak yg dijadikan tunggangan, haram dimakan dagingnya tetapi ia tidaklah najis. 
Sebagaimana yg dijelaskan oleh al imam syaukani, kalau seandainya kita katakan najis, maka dalil mencuci dgn tujuh kali itu hanya dikhususkan kepada jilatan anjing tetapi sentuhan babi tidak lah najis. 
Sebenarnya perintah samak itu hanya terhad kepada JILATAN anjing sahaja. Itu pun pada BEJANA atau BEKAS yang kita gunakan. Lihat Sahih Muslim. Begitu mudahnya Islam.
SESATKAH WAHABI? 
Wahabi dilabel untuk memberi gambaran buruk kepada golongan yg mengikut manhaj salaf para sahabat. 
Jika di malaysia anda akan dituduh wahabi jika tidak berdoa qunut subuh walhal dalam mazhab selain syafie seperti hanafi tidak melakukan doa qunut. 
Anda akan dilabel wahabi jika tidak membaca yaasin pada malam jumaat walhal yang dituntut sebaliknya ialah membaca surah al-kahfi setiap hari Jumaat. 
Jadi apa amalan yang pelik pada pandangan umum masyarakat melayu maka akan dilabel wahabi. 
Wahabi juga dituduh tidak mengikuti mana2 mazhab fiqh yang empat. 
Sebenarnya wahabi masih mengikuti mazhab di tempat masing2. 
Orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab Syafie. 
Orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi. 
Jika anda mengkaji agama bersandarkan dalil/bukti anda akan dilabel wahabi. 
Tapi jika anda mengikuti agama secara taqlid, anda tidak dilabel sebagai wahabi. 
Jadi wahabi hanyalah labeling dari satu golongan kepada golongan yang lain untuk menutup kesalahan.
WAHABI TIDAK ADA MAZHAB? 
Ramai yang salah faham tentang wahabi. Wahabi tidak ada mazhab. 
Wahabi bukanlah mazhab seperti mazhab syafie, maliki, hambali, hanafi, auzai'ie, thauri, zahiri, syiah dan beberapa mazhab. 
Wahabi tidak ada kitab. Tidak pernah diistilahkan dalam fiqh bahawa wahabi mempunyai kitab. 
Wahabi ini satu istilah kontemporari yg dinisbahkan kepada tokoh Muhammad bin Abd Wahab, lahir pada 1115 hijrah - Amat jauh dengan zaman 4 mazhab! 
Siapa yg memberi jolokan wahabi ini? 
Kebanyakan ulama berpendapat gelaran wahabi ini datangnya dari golongan orientalis yg sengaja memecahbelahkan umat Islam. 
Jadi amat sukar kita nak definasikan wahabi itu apa. 
Kalau dalam mazhab syafie ada sumber rujukan kitab seperti kitab al-muhadzdzab, al-umm, raudhatul tolibin, al-fiqh Al-manhaji dan banyak lagi. 
Sedangkan wahabi tidak ada kitab. Jadi apa definasi wahabi? 
Muhammad bin Abd Wahab pun mengikuti mazhab hambali. 
Dalam sesetengah keadaan, beliau tidak berapa setuju beberapa pandangan hambali tapi beliau tidak pernah buat mazhab sendiri. 
Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali. Beliau adalah kelompok terbawah dalam mazhab syafie. Kadangkala pandangannya tidak sama dengan ulama syafie tapi beliau tidak buat mazhab baru. 
Kebanyakan umat Islam nusantara menggunapakai mazhab shafie-ghazali bukannya syafie yg asal. 
Itu sebablah kebanyakan umat Islam di Malaysia dan Indonesia berpegang kepada kitab ihya ulumiddin tulisan Imam Ghazali.
DILEMMA TV MELAYU 
TV melayu asik mainkan drama watak2 org melayu yang berkerjaya tinggi. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu2 emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. 
Malahan dalam politk melayu, ada org melayu pernah berarak membawa kepala lembu konon nak bangkitkan sentimen melayu. Lihat bagaimana Tv melayu memprogramkan minda kelas bawahan melayu. 
Itu sebab orang melayu kuat berangan, lalai dan mundur kerana jiwanya sering dipermainkan. Akibat terlalu leka, mereka lupa isu kenaikan harga barang. 
Sebenarnya tv boleh meningkatkan kesedaran dan halatuju bangsa. 
Tapi kenapa tv melayu tidak boleh buat? 
Puncanya adalah kerana nak meraih keuntungan. Yang menentukan format rancangan ialah syarikat iklan. Tv melayu terpaksa akur dengan syarikat iklan kerana jika rating penonton meningkat, iklan bertambah laris. 
Bila produk iklan banyak masuk, syarikat Tv akan meraih keuntungan yg tinggi. Nampak tak modus operandi dia? Zaman ini material lebih dipandang tinggi dari segala2nya. 
Soal nak memprogramkan minda melayu supaya maju tidak diambil kira. Yang penting untung ... untung .. untung
PERBEZAAN DRAMA MELAYU DENGAN DRAMA ORANG AMERIKA 
Biasanya org ppuan berlonggok depan tv start pukul 7 malam. Orang ppuan suka cerita mcm ini. Bila rating drama naik, produk diiklan semakin laku. Sejauh mana drama melayu boleh memartabatkan pemikiran melayu? 
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci) 
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera) 
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba) 
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah) 
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali) 
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera) 
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera) 
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan) 
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa) 
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa) 
Sementara itu drama TV Amerika pula: 
House MD (perubatan/socratic method) 
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah) 
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological) 
Under the Dome (sains fiksyen) 
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning) 
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden) 
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis) 
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan) 
Suits (legal/case management strategy) 
The Mentalist (penyiasatan/social engineering) 
Skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi. Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi pendidikan dan kerjaya
DOKTRINASI ZIONIS 
Kadangkala kita tidak sedar bahawa selama ini kita telah ditipu oleh zionist. 
Jika berita2 zionis ini disiarkan berulang-kali, lama kelamaan kita akan percaya berita itu 100%. 
Sama ada melalui akhbar, televisyen atau internet sumber2 maklumat palsu kebanyakannya datang dari zionist. 
Mereka menguasai ekonomi, media cetak serta media elektronik untuk propaganda memburukkan golongan yg dikatakan teroris Islam. 
Ketika anggota teroris dibicarakan dan dihukum atas letupan bom, pemilik hotel yahudi JW Marriott sekarang ini sedang bersenang-lenang menikmati wang insuran berbillion2 dollar. 
Siri letupan hotel JW Marriot juga berlaku di Negara Pakistan. Dikatakan bahawa pemilik hotel ini adalah orang yg sama. 
Siapakah sebenarnya yg meletupkan hotel itu? Itulah yg paling mesteri kerana ia seakan-akan telah dirancang. Baru2 ini sebuah pasaraya di Nairobi telah diletupkan pun dari pemilik yg sama. 
Siapa yg untung dalam permainan zionis ini? Sudah tentulah ahli korporat Amerika yg membina kekayaan hasil kepercayaan yg diberikan oleh media kita yg telah didoktrinisasikan itu. 
SATU PAGI DI WARUNG KOPI 
Umno A : Dengar citer minyak nak naik lagi. Parah la kita ! Hai nasib la badan. Kalau tau macam ni lagi baik aku undi PR. Dapat jugak harga minyak rm1.50 seliter. 
Umno B : Kau dengar la temberang si Nuar tu. Takkan ada nyer mau turun rm1.50. PR memang kaki pembelit. Diorang mana ada akujanji ditepati. BN tetap terbaik ! 
Umno A : Abis tu, kenapa sebelum p/raya BN dah janji minyak tak akan naik jika diorang menang dlm PRU-13. Tapi sekarang kenapa naik? Akujanji ker Tipujanji? 
Umno B : (Muka merah padam - no komen)
PLAGIAT ASSAIMEN 
Inilah yang biasa pensyarah lakukan untuk mengesan mahasiswa mereka sama ada mereka "memplagiat" atau tidak kerja kursus terutama sekali berkaitan kerja kursus secara online. 
Sama ada plagiat daripada yahoo, google doc, pdf, scribd atau dari mana sekalipun, software yang digunakan itu tetap dapat mengesan. 
Pensyarah selalu berpesan, plagiat adalah satu bentuk jenayah akdemik. 
Aku pun tak tahu macamana nak buat trick agar kerja kursus kita tidak mudah dikesan oleh pensyarah. 
Tapi bagi aku khazanah ilmu banyak terdapat di internet. Nak "Copaste" memang boleh tapi beragak2lah sikit jgn copaste satu blog ... melampau. 
Apa yg penting pandai2lah kita mengolah ayat dan perkataan dgn menghubungkan isikandungan pada bahan internet yg lain. Pensyarah pun ada perasaan jugak.
KANAK2 DI MASJID 
Kebanyakan masjid2 dan surau di negara kita melarang kanak-kanak solat di saf orang dewasa. 
Dakwa mereka kulup kanak2 tu bernajis jadi tak layak solat sebelah orang dewasa. 
Mereka dakwa lagi, akan hilang pahala kesempurnaan solat jika solat di sebelah kanak2 sebab kanak2 menanggung najis 
Tapi ... Andaikata yg solat di sebelah kita itu orang dewasa yg bernanah di kulitnya adakah sempurna solat kita? 
Andaikata yg solat di sebelah kita itu orang tua yang berbau hancing. adakah sempurna solat kita? 
Lagipun masa solat tu, kita tidak terkena najis sebab orang sebelah saja yg ada najis. 
Sebenarnya tidak pernah ada dalil yang membahaskan masalah boleh atau tidak kanak-kanak solat dengan orang dewasa. 
Kebanyakan orang melayu suka sangat menyukarkan keadaan. Feqah yang luas disempitkan. 
Alangkah eloknya kanak2 solat dgn orang dewasa sebagai tanda kita menghargai keberadaannya solat di sisi orang dewasa.
YAHUDI, KRISTIAN DAN SYIAH 
Apabila ditanya kepada orang YAHUDI, Siapa orang yang paling baik dalam agama kamu? Orang yahudi jawab orang yg paling baik dalam agama kami ialah SAHABAT NABI MUSA 
Apabila ditanya kepada orang KRISTIAN, Siapa orang yang paling baik dalam agama kamu? Orang kristian jawab orang yg paling baik dalam agama kami ialah SAHABAT2 NABI ISA iaitu HAWARIYYUN 
Apabila ditanya kepada orang SYIAH siapa orang yang paling dibenci dalam agama kamu? Orang syiah jawab orang yg paling dibenci dalam agama kami ialah SAHABAT2 NABI 
SINOPSIS DRAMA PENDEK DARI AKU 
Seorang menteri naik helikopter utk melawat kampung. Ketika di udara, helikopter tak stabil dan berpusing2. Keadaan jadi gawat krn helikopter hendak terjunam. 
Pilot mengarahkan menteri terjun dengan memakai beg payung terjun yg ada di bahagian tempat duduk belakang. 
Setelah menteri terjun tiba giliran pilot pula utk terjun. Sebelum terjun, pilot terkejut apabila mendapati beg sandang sekolah anaknya telah tiada!
Status FB ku
Status FB ku
Status FB ku
Status FB ku
Status FB ku

More Related Content

Similar to Status FB ku

Pend pancasila imam
Pend pancasila imamPend pancasila imam
Pend pancasila imam
fazabih kurniansyah
 
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafah
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafahPengusaha di antara negara korporasi dan khilafah
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafahRizky Faisal
 
04.02 tryout ke 9 pembahasan
04.02 tryout ke 9 pembahasan04.02 tryout ke 9 pembahasan
04.02 tryout ke 9 pembahasansyahrifa
 
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan Kapitalisme
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan KapitalismePerbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan Kapitalisme
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan KapitalismeRajabul Gufron
 
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi KemerdekaanPerjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
Lidya Mely
 
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptxPPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
YantoHolo
 
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptxBedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
MuhammadGymnastiar3
 
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
Firman Pratama
 
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014musniumar
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
dinifitriaaa1529
 
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
dinifitriaaa1529
 
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
dinifitriaaa1529
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahfaizah12
 
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Guslaeni Hafid
 
IMPLEMENTASI EMPAT PILAR KEBANGSAAN
IMPLEMENTASI  EMPAT PILAR KEBANGSAANIMPLEMENTASI  EMPAT PILAR KEBANGSAAN
IMPLEMENTASI EMPAT PILAR KEBANGSAAN
IWAN SUKMA NURICHT
 
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptxFirmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
FirmanshaRP
 
Pidato bahasa indonesia dengan tema
Pidato bahasa indonesia dengan temaPidato bahasa indonesia dengan tema
Pidato bahasa indonesia dengan tema
Operator Warnet Vast Raha
 

Similar to Status FB ku (20)

Pend pancasila imam
Pend pancasila imamPend pancasila imam
Pend pancasila imam
 
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafah
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafahPengusaha di antara negara korporasi dan khilafah
Pengusaha di antara negara korporasi dan khilafah
 
04.02 tryout ke 9 pembahasan
04.02 tryout ke 9 pembahasan04.02 tryout ke 9 pembahasan
04.02 tryout ke 9 pembahasan
 
Sumpa pemuda
Sumpa pemudaSumpa pemuda
Sumpa pemuda
 
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan Kapitalisme
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan KapitalismePerbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan Kapitalisme
Perbedaan Ideologi Pancasila, Liberalisme, Komunisme, dan Kapitalisme
 
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi KemerdekaanPerjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
Perjuangan Bangsa Indonesia dalam Mengisi Kemerdekaan
 
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptxPPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
PPT LEMAHNYA JIWA PATRIOTISME.pptx
 
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptxBedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
 
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Agustus 2016
 
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014
Menggugat ketidakadilan ekonomi bagi kaum pribumi dan harapan tahun 2014
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-SMT01-WPS Office.pdf
 
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-smt01-WPS Office.pdf
 
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdfUTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
UTS KEWARGANEGARAAN-semester1-WPS Office.pdf
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
 
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
 
pemilih cerdas
pemilih cerdaspemilih cerdas
pemilih cerdas
 
IMPLEMENTASI EMPAT PILAR KEBANGSAAN
IMPLEMENTASI  EMPAT PILAR KEBANGSAANIMPLEMENTASI  EMPAT PILAR KEBANGSAAN
IMPLEMENTASI EMPAT PILAR KEBANGSAAN
 
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptxFirmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
Firmansha R.P. - usulan dasar negara .pptx
 
Pidato bahasa indonesia dengan tema
Pidato bahasa indonesia dengan temaPidato bahasa indonesia dengan tema
Pidato bahasa indonesia dengan tema
 

Recently uploaded

LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 

Status FB ku

  • 1. KOLEKSI STATUS FB KU PILIHANRAYA KITA KETINGGALAN ZAMAN Malaysia adalah negara asia yg begitu pantas menerima perubahan teknologi. Lihatlah, begitu byk jenama2 kereta import mewah dan henfon terkini yg cepat masuk ke negara kita. Apa saja gajet2 canggih yg rakyat Jepun, Korea atau negara barat dah gunakan, dengan cepat benda itu sampai ke negara kita. Begitulah juga dengan fenomena internet - kita telah pun dapat mengakses input2 dgn pantas setelah adanya Koridor Raya Multimedia. Tapi anehnya kenapa SISTEM PILIHANRAYA di negara ini masih mundur dan jauh ketinggalan ke belakang tidak seperti negara maju yg lain?? Ini yg jadi persoalan utk kita fikirkan bersama kerana sistem pilihanraya yg ada hari ini mewarisi sistem lama sejak tahun 50an dulu. Ini adalah beberapa alasan yg ingin saya utarakan antaranya : "Status di FB ku" memuatkan apa yg aku fikirkan ketika menulis. "Status di FB ku" mengajak kita berfikir di luar kotak pemikiran. Ia tulisan yg santai dan pendek. Ia bergantung kepada mood, sinis, bantahan dan harapan aku ketika itu. Ia tidak terikat dgn masa, isu atau trend tetapi apa yg terlintas di benak fikiran ku. Ia tidak dihadkan kepada topik2 tertentu malah meliputi semua perkara spt politik, agama dan sosial. "Status di FB ku" sengaja diringkaskan artikelnya bagi menjimatkan masa pembaca. "Status di FB ku" mengelakkan drpd mengkritik individu tertentu secara melampau. Adakalanya "Status di FB ku" boleh dijadikan bahan utk dikongsi bersama. Anda boleh menerima atau menolak pendapatku. https://www.facebook.com/Alfian Junior
  • 2. 1) Tarikh pilihanraya yg dirahsiakan - Tarikh pilihanraya di negara maju lain sudah diketahui berbulan2 lebih awal tapi p/raya di sini di rahsiakan sehinggalah menunggu ISU yg sesuai utk diletupkan akhirnya akan memberi kelebihan kpd parti dominan. 2) Waktu berkempen amat singkat - Parti bertanding kekurangan masa utk mewar2kan menifesto mereka sedangkan di negara maju yg lain diberi masa yg panjang. 3) Cara kempen yg kotor - Negara maju lain bila bertanding p/raya akan mempromosikan idea dan plan2 menarik utk memenangi hati pengundi. Sebaliknya yg berlaku di sini, kempen londeh- melondeh pihak lawan dgn menayangkan video seks dan gambar lucah utk menarik perhatian pengundi. 4) Menakut2 dan mengugut pengundi - Parti2 di negara maju lain menawarkan pakej ekonomi atau pembangunan yg istimewa utk rakyat pilih sebaliknya di sini parti menakut2kan pengundi kononnya "Kalau kau tersalah pangkah, alamatnya kampung kau tak ada pembangunan" 5) Menghina parti lawan - Jika di sini, parti yg bertanding akan merendah2kan kemampuan parti lawan sedangkan parti2 di negara maju lain masih tetap menghormati pihak lawan. Agenda mereka semata2 pekej terbaik utk rakyat. Ini samalah persaingan sihat antara iklan colgate dan iklan darlie. 6) Perang Poster - Di sebalik kemeriahan poster2 yg mewarnai p/raya, hakikatnya berlaku pembaziran beratus juta ringgit wang rakyat digunakan sedangkan di negara maju yg lain jarang sekali kelihatan poster2 dijadikan bahan kempen. 7) Ceramah Politik - Apabila negara sudah maju, sepatutnya dihentikan ceramah politik di kampung2 atau bandar kerana ia akan menyesakkan jalan. Bukankah kita ada TV perdana dan media rasmi? Di situlah sepatutnya calon dibenarkan berkempen utk rakyat buat penilaian. 8) Media berat sebelah - Akibat tidak bertolak-ansur terhadap parti lain utk turut sama berkempen, seolah2 media itu menjadi hak milik satu2 parti saja sedangkan media itu milik rakyat yg ditampung oleh pembayar cukai. 9) Janji tidak ditepati - Ini lagi tak berguna! Dulu bila berkempen, bukan main lagi dgn janji manismu :) ... Setelah menang, byk janji yg tidak ditunaikan. Cukai, tol dan harga barang semakin melambung. Batu asas yg dirasmikan dulu ditumbuhi semak lalang. Rupa2nya pengundi dah kena tipu tapi tak serik2 akan ditipu akan datang ! Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yg matang utk mencapai hasrat wawasan 2020. Itu sebabnya wajah p/raya kita perlu "di Inovasikan" dgn wajah yg baru. Tapi masih adakakah wujud golongan bijak pandai yg akan menguruskan p/raya dgn amanah dan penuh integriti ini?? Sama2 kita tunggu nanti :)
  • 3. ANTARA MASAK SENDIRI DAN BELI MAKANAN DI LUAR Bagi pasangan yg sudah berkahwin setelah bertemu di FB atau Twiter seelok2knya fikirkan apa menu yg sepatutnya dimasak. Apabila kita memasak makananan sendiri setidak2nya kita dapat merancang bahan2 yg kita hendak masak. Saya akan buat perbandingan antara masak sendiri dan membeli makanan di luar. 1. Bisanya klu kita memasak sendiri, kita akan dapat mengehadkan penggunaan kuantiti minyak di dalam masakan berbanding dgn penjual makanan di luar yg meletakkan kuantiti minyak yg begitu banyak. 2. Minyak yg kita gunakan biasanya minyak yg berkualiti yg dipacking dgn botol berbanding dgn minyak penjual makanan yg menggunakan minyak peket. 3 Kebanyakan penjual pasar malam "mengguna-semula" minyak yg sama jika menjual makanan bergoreng. Kalau tak percaya perhatikan minyak di dalam kuali mereka. 3. Kita dapat mengurangkan kuantiti perasa seperti garam, gula atau langsung tidak menggunakan ajinamoto utk menjaga kesihatan demi menjaga kualiti makanan kita. 4. Memasak sendiri sekurang2nya dapat menepati selera yg kita mahukan contohnya kita tidak berapa suka rojak atau satey yg terlalu manis. 5. Kita akan dapat memastikan bahan2 yg hendak dimasak itu dicuci sehingga bersih berbanding dgn penjual makanan yg membasuh bahan masakan dgn alah kadar saja. Berdasarkan point2 yg saya nyatakan di atas ternyatalah bahawa kita perlu menjaga diet makanan seharian kita. Maka tidak hairanlah kebanyakan dari kita terdedah dgn berbagai ancaman penyakit berpunca dari makanan kurang sempurna yg kita ambil. Saya teringat saranan seorang doktor pemakanan katanya, "Jika anda rasa pemakanan sihat itu terlalu mahal, maka belilah penyakit".
  • 4. PERJUANGAN KEMERDEKAAN - SIAPA YG MULAKAN DULU? Telah lama sejarah perjuangan kemerdekaan menjadi hak milik ekslusif United Malays National Organisation. Kita diberitahu di dalam buku teks bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dicapai dan diperjuangkan oleh UMNO semata2. Tapi ini bukan bermakna kita boleh menafikan perjuangan orang2 melayu terdahulu yg sanggup berkorban nyawa melawan penjajah. Kita bukan hendak mengolah sejarah dan membuat persepsi sendiri kerana ada beberapa bukti yg kita boleh kaitkan dari sejarah sebelumnya. Bulan Mei 1937, Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob telah ditubuhkan. Gerakan ini telah melaungkan slogan - MERDEKA. Umno ketika ini belum wujud lagi. Generasi muda hari ini wajib tahu tentang wujudnya parti nasionalis melayu lain yg lebih awal dari Umno antaranya Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya. Selainnya ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se- Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi (MATA) dan penubuhan Hizbul Muslimin. Dari latarbelakang inilah lahirnya UMNO hingga ke hari ini menggunakan nama Inggerisnya United Malays National Organisation pada tahun 1946. Dari nama inilah kita tahu bahawa ia adalah penggabungan badan2 dan kumpulan2 melayu yg akhirnya diiktiraf oleh British sbg parti politik. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan negara kita bukan bermula ketika penubuhan Umno. Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman bukanlah pelopor perjuangan kemerdekaan. UMNO dan kedua tokohnya itu sebenarnya hanya menyambung perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh banyak tokoh2 lain sebelum mereka. KIta berharap akan dapat meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan yang telah diselewengkan oleh versi sejarah arus perdana.
  • 5. ASAL SAJA MERDEKA, JEPUN DAN KOMUNIS DISEBUT MUSUH.... BRITISH BAGAIMANA? Bila menyambut hari kemerdekaan, penjajah digambarkan seolah2 hanya Jepun dan Komunis. Bila hari Merdeka ditayang filem Sarjan Hassan. Bos Sarjan Hassan pula bernama Kapten Holiday :) Itulah kesan halus penjajahan British. Jepun menjajah 2-3 tahun. Komunis mengamuk 2-3 bulan tapi British menjajah ratusan tahun. Ada yg mengatakan sbb british jajah tanpa pertumpahan darah dan mungkin ada perjanjian MOU kemerdekaan antara mereka. Siapa kata zaman british dulu tiada pertumpahan darah? Siapa bunuh Tok Gajah, Dato Maharajalela, Mat kilau, Tok janggut dan banyak lagi? Sejarah tidak boleh diubah. Dulu AMNO kata Tok Gajah, Mat Kilau dll sebagai penderhaka. Apabila para sejarawan dan rakyat mendesak istilah itu ditukar maka AMNO pun kecut, akhirnya ditukar. Hakikatnya Komunis, Jepun dan British sama2 berebutkan Tanah Melayu. Masih ingat tak filem Paloh? Dalam filem itu ada mengandungi dialog, "tak kisah lah Komunis ker atau Jepun ker atau British ker, semuanya adalah penjajah". Amno adalah bekas anak didikan British. British telah memilih golongan bangsawan melayu yang berpendidikan barat bagi rundingan kemerdekaan. Golongan sayap kiri melayu yang menentang british telah ditangkap dan dipenjarakan bagi memastikan kemerdekaan yang akan dicapai itu adalah berdasarkan acuan yang dikehendaki British. Maka sejarah yang ditulis Amno pasti tidak akan meletakkan British itu sebagai penjajah mahupun musuh kepada agama dan tanahair. Itu sebablah sejarah harus dikaji dan dinilai semula tanpa rasa prejudis kerana biasanya ia ditulis oleh orang yg menang. Kita mesti jujur menafsir semua fakta sejarah yg telah berlaku. Cakaplah benar walaupun ia pahit.
  • 6. JENAMA WAHABI Wahabi ni satu firqah yg bagus kerana ia adalah gerakan yg memberi keluasan bermazhab dan melihat dalil dari pelbagai pihak. Dalam sejarah gerakan Wahabi, ia telah menjadi inspirasi kepada banyak gerakan lain di dunia Islam. Tujuan gerakan wahabi ialah untuk mentajdidkan kehidupan muslim dari dicemari dengan berbagai khilaf dan kekeliruan dalam agama. Malangnya ramai pengikut Wahabi yg menggunakan jenama „salafi‟ masih jumud dalam memahami nas2 agama. Mereka enggan memahami keluasan nas dgn bergantung kpd konteks yang tidak sepatutnya sehingga gagal memahami muamalat yg lebih luas. Maka Wahabi menjadi jenama kejumudan bukan lagi keluasan. Ia telah seiras dengan golongan konservatif agama pada zaman ortodoks dulu. Di samping sibuk dengan isu2 pinggiran seperti isbal, muzik, mentakfir dan menyesatkan mereka yang tidak sealiran, sebahagian besar dari mereka sibuk menjadi lidah yang membela para pemerintah yang munkar. Mereka mengumpulkan dalil untuk berhujah tentang kewajipan mentaati pemerintah dalam apa keadaan sekalipun, tapi mereka tidak mengumpulkan dalil tentang haramnya kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan. Mereka gagal melihat dalil dalam konteksnya. Mereka mengikut salaf dalam perkara yang mereka mahu dan meninggalkan salaf dalam perkara yang bertentangan dengan nafsu penguasa yang mereka patuhi. Maka jadilah jenama salafi ataupun „wahabi‟ itu makin disalahfahami dan mengelirukan masyarakat.
  • 7. MENYINGKAP PERTELAGAHAN WAHABI, ASWJA DAN SUFI Ketika sekolah menengah dulu saya tak pernah mendengar pertelingkahan antara Aswj dgn wahabi begitu juga sufi. Jika ada sekalipun, hanya setakat di dalam kolum2 akhbar dan buku2 bagi menjawab perbahasan antara pihak yg bertelagah. Ketika itu kalau menonton di tv, kita tidak akan jumpa perbahasan mengenai soal mazhab kerana umat Islam di negara ini telah diselaraskan mazhab mereka kpd Syafie dan akidah Asya'irah saja. Apa yg saya dihidang ketika itu ialah berita permusuhan antara Umno dan Pas. Pas yg lahir sebagai parti yg bercita2 menegakkan model ketuanan Islam. Umno pula ialah parti sekular yg memperjuangkan ketuanan melayu walaupun saya tahu bhw perjuangan melayunya entah ke mana. Sejak zaman feudal melayu lagi, raja suka menyerahkan tanah kpd penjajah hinggalah zaman Tunku Abd Rahman, Singapura diserahkan kepada cina. Itu sebab bila lihat berita politik, saya susah hendak kena tipu. Berbalik soal perpecahan dalam mazhab ... Hari ini media sosial spt FB, Twiter dan Youtube jadi gelanggang bersabung ayam pelbagai lapisan penyokong firqah2 mazhab ini. Masing2 ada dalil2 dan hujah utk menegakkan kebenaran diri. Bagi yg dangkal ilmu utk berhujah maka senjata yg terakhir ialah fitnah dan makian. Mari kita singkap apa sebenarnya yg berlaku. Wahabi adalah satu firqah yg telah lama terpinggir dan agak asing di negara kita. Tapi sejak akhir2 ini apabila beberapa generasi baru lulusan agama Timur Tengah beraliran wahabi ini dapat jawatan penting dalam parti Umno dan segelintir merupakan public figure dalam masyarakat, mereka semakin dikenali. Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada agamawan sufi dan agamawan AswJ yg telah lama duduk di kerusi Jabatan2 dan Majlis Agama di negara kita ini. Perdebatan hangat dari soal feqah hingga persoalan akidah tidak pernah selesai dan tiada penghujungnya. Masing2 mempunyai followers tersendiri. Masing2 berperang di dalam forum internet. Lebih membahayakan lagi apabila lebel nama yg tidak sesuai diberikan kpd fahaman orang lain seperti gelaran khawarij, muzabzib, ajaran sesat dan kafir.
  • 8. Itu sebablah kita kena kendurkan perbalahan ini. Tiada siapa yg akan menang dalam permainan ini. Yg kalah akan cari kelemahan dan fitnah terhadap pihak lawan. Apa kata kita leraikan kekusutan ini. Kita raikan perbezaan pemahaman dan pendapat masing2 agar orang2 Islam dapat bersatu kembali. Soalnya adakah Tuhan yg Empunya agama ini redha dan menghalalkan permusuhan ini. Sila fikir dgn akal yg waras. PUNCA SEBENAR PERBALAHAN SESAMA MANUSIA 1) Dari segi ekonomi - Bila manusia terlalu lapar. Yang miskin bertambah miskin. Yg kaya bertambah kaya dan semakin tamak. Persaingan ekonomi dan perebutan wilayah. Rasuah bermaharajalela. Yg kuat menindas yg lemah. Pemerintah menaikkan harga dan cukai yg tinggi. Ini semuanya akan menzahirkan bantahan dan penentangan org yg tertindas terhadap pihak penindas. 2) Dari segi politik - Parti pencadang membuat dasar yg merugikan rakyat demi kerana mengisi kantung projek mereka. Parti pembangkang pula tidak setuju dgn dasar itu. Maka berlakulah perang mulut di parlimen kemudian media. Saling hentam-menghentam . Kebebasan akhbar dan tv disekat menjuruskan kepada penentangan secara langsung atau tidak langsung. 3) Dari segi Agama - Wujudnya berbagai firqah dalam agama contoh sunni vs syiah. Aswj vs wahabi vs sufi. Masing2 bertengkar mengatakan diri mereka yg betul. Yg tidak sehaluan dengan mereka dianggap sesat dan ahli neraka. Perdebatan berpanjangan di media sosial yg sarat dgn dgn caci-maki. Seandainya kedua2nya diberi senjata, mahu rasanya mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Berdasrkan point2 yg dinyatakan di atas menunjukkan bahawa manusia tidak akan aman selagi ekonomi, politik dan agama tidak diurus dengan bijak.
  • 9. DRAMA MELAYU KITA Memang sadis apabila sesekali menonton drama melayu "Rindu Awak 200%. Apa taknya! Mahu terduduk seorang isteri terjelepok di bawah katil jika bersuamikan Zul Ariffin yg pandai menggoda. Masalahnya isteri pulak yg ego tak nak berdamai dgn suami sedangkan suaminya bila2 masa boleh cari ppuan lain yg jauh lebih lawa dari isterinya. Inilah Zul Ariffin hero tampan apabila merayu minta maaf kpd isterinya tapi ditolak mentah2. Saya tak kaji alasannya kenapa, sbb jarang menonton waktu senja. Pukul 7.00 malam inilah kebanyakan semua kaum hawa berlonggok depan tv utk menyaksikan drama bersiri ini! Macam biasa skrip drama di Malaysia punyai plot cerita yg hampir sama sering diulang2 sejak dulu sampai sekarang namun ia tetap diminati kaum ini meskipun tua atau muda. Apa yg saya perasan ialah plotnya lebih kurang begini, .. Dulu si isteri ada calon lain tapi akhirnya bernikah dgn laki lain. Setelah bernikah, nak cari penyesuaian dgn calon baru inilah wujud konflik berpanjangan hingga episod drama bersambung2. Siapa dapat untung? Dah tentulah pihak penerbit, krew2, penaja produk dan syarikat tv bila siri drama berepisod-episod lamanya. Itu perkara biasa berlaku dalam seni drama di Malaysia namun jika dilihat ratingnya, maka drama semacam inilah mendapat tempat di hati kaum hawa. Inilah kepakaran syarikat iklan dan pihak penerbit yg pandai menjentik hati dan mainkan saikologi wanita apabila menonton drama penuh romantis ini Ketika drama ditayangkan, iklan2 produk kecantikan wanita turut diselit sama kerana di sinilah lubuk emasnya. Penerbit tersenyum dan syarikat pengiklan ketawa riang kerana produk semakin untung berganda2. Tapi tak apa ... Ini juga satu strategi yg baik untuk melariskan produk2 wanita. Apa yg penting ialah keuntungan. Hal yg lain tolak ke tepi.
  • 10. KENAPA SAYA TERPAKSA UNFRIEND? Kadangkala saya terpaksa unfriend kan rakan baik saya demi memlihara hubungan yg baik. Pelik bukan? Almaklumlah kadangkala saya ini selalu post artikel di status yg bersifat critical thinking. Ini membuatkan segelintir rakan saya yg mempunyai pegangan tradisional, bila membaca post2 sebegini akan rasa tidak selesa atau tersinggung. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, biar saya unfriendkan utk mengelakkan dia terbaca post saya. Mungkin tindakan ini agak melampau tapi masih ada kerasionalannya demi memelihara persahabatan. Bukan saya tak jumpa pun di alam realiti. Susah utk saya post di status berbentuk sembang kosong kerana apa yg saya pentingkan ialah budaya berfikir. SAYA KUAT BERANGAN Ketika memandu waktu malam pulang dari beraya rumah kawan, fikiranku menerawang tentang krisis umat Islam di Syria dan perjuangan rakyat Palestine. Sehinga aku tak sedar kereta aku dah sampai ke simpang nak masuk ke rumah. Agaknya siapakah yg mengontrol kakiku di pedal minyak/ brek dan tanganku di stering?? Aku pun rasa pelik. Sebenarnya aku kuat berangan ketika memandu tapi berangan yg positif lah :
  • 11. JIHAD - SIAPA MUSUH SEBENAR KITA ? Jihad keutamaan ialah melawan Israel. Kalau negara2 arab dah musnah, bagaimana negara2 arab hendak kumpul kekuatan menentang Israel ?? Bila negara2 arab dah musnah secara total, barulah Amerika akan masuk hentam Isis melalui pesawat udara. US dah plan lama dah dgn cara membiarkan negara arab berperang sesama sendiri sampai hancur dulu barulah US masuk. Setakat yg saya tulis ini, berita terbaru mengatakan.amerika sedang serang markas ISIS di Iraq. Kenapa tak ambil pengajaran seperti mana yg berlaku ke atas Iraq dan Libya dulu?? ISIS bnyk membunuh rakyat syria yg tak berdosa. Mereka menembak dan menyembelih mujahidin sunni yg tak setuju cara khilafah yg ditegakkan secara zalim itu. Ramai mujahidin sudah keluar dari ISIS. Kebanyakkan para mujahidin yg berjihad ini telah bertelagah dgn komander mereka kerana memberi arahan yg bertentangan dgn agama. Islam susah nak bersatu apabila terlalu banyak wujud kelompok dan puak yg mempunyai agenda masing2. Kalau hal inilah yg terjadi maka sampai bila2 pun umat Islam susah nak capai kemenangan kecuali jihad mengikut anjuran Nabi.
  • 12. SIAPA MUSUH DI SYRIA ? Zionis Amerika sudah lama bercita2 untuk menjajah Syria dan Iran. Menjajah Iran dan Syria bermakna sudah lengkaplah modus operandi kuasa besar utk menjadikan negara teluk dan Asia Barat berada di bawah telunjuk mereka. Berkuasa di Negara Teluk dan Asia Barat bermakna Amerika dan sekutunya Nato akan dapat menyaingi kekuatan zon strategik utk berdepan dgn Rusia dan China. Dulunya Iran dikenakan sekatan ekonomi tapi sampai sekarang masih lagi dapat bertahan. Sebelum mengambil Syria sepenuhnya, Amerika akan memastikan jentera sekutunya FSA, Isis dan Jabhat Nusra memusnahkan Syria sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Negara Arab lain tidak perlu Amerika usik kerana negara pak arab ini menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat dan Zionis ini. Zionis Amerika sememangnya bercita2 utk merebut Syria dan jadikan kerajaan Syria sebuah kerajaan boneka yg berkiblat kepadanya. Bergelut dgn perbezaan mazhab antara sunni dan syiah merupakan satu taktik kotor yg digunakan oleh zionis utk memerangkap umat Islam dalam perbalahan.Ketengangan antara sunni dan syiah dicetuskan dlm bab akidah dan mazhab telah melengkapkan misi negara zionis utk mengkucar-kacirkan negara Islam. Ketika zaman Presiden Hafiz Al-Asad, 1982 menyaksikan insiden pengeboman di Bandar Hama, Syria adaah satu peristiwa pembunuhan rakyat yang menentang kediktatoran beliau. Legasi (keturunan) sunni yg masih hidup di Hama telah menjadi pelarian dan ada yg telah lari ke Amerika. Mereka ini telah direkrut oleh zionis Amerika utk menjadi pemberontak di Syria. Mereka inilah yg menubuhkan FSA (Free Syrian Army) yg mendapat dana dari Zionis Amerika utk melawan Basyar Al-Asad. Bahkan tidak hairanlah dikatakan bahawa jurufoto, juruvideo dan penyunting profesional agen zionis adalah orang yg sama ketika Arab Spring telah dibayar utk memburukkan nama Basyar. Amat sedih sekali apabila ulama2 dunia yg terkenal telah mengeluarkan fatwa menghalalkan jihad di Syria sedangkan jihad yg sebenar ialah melawan zionis Amerika. Penentangan FSA terhadap kerajaan Syria merupakan satu bonus bagi US dan sekutunya Israel utk menumbangkan kerajaan Basyar kerana Syria ada hasil minyak dan kebetulan pula Basyar anti dgn israel. Menguasai negara teluk merupakan kunci kekuatan kuasa2 besar. Tidak hairanlah negara2 sunni masih berkiblatkan Amerika . Cuma yg degilnya ialah Iran dan Syria. Zionis Amerika tidak perlu menghantar angkatan tenteranya tetapi sudah cukup utk melaga-laga umat Islam dan saling berbunuhan antara satu sama lain.
  • 13. HATI2 DENGAN ZIONIS AMERIKA Malaysia berada di dalam keadaan serba salah kerana hubungan baik negara kita dgn Negeri China amat tidak digemari oleh Amerika. Amerika sentiasa memerhatikan gerak-geri negara kita sejauh mana kita jalinkan hubungan diplomatik dgn Negeri China dan negara seterunya. Buktinya setiap tahun Negeri China mengimport 3.9 juta tan metrik minyak sawit dari Malaysia manakala Malaysia pula banyak mengimport produk2 dari Negeri China. China juga adalah kuasa besar dunia selain Rusia dan Iran yg sangat ditakuti oleh Amerika dan sekutu2nya dari negara2 Eropah. Lihat Iran ! Sudah bertahun2 ekonomi Iran telah disekat oleh Amerika namun ia tidak pernah melemahkan semangat Iran. Negeri China pula saya perhatikan satu watak yg baik. Sejak zaman dinasti dulu iaitu 5000 tahun yg lampau sampai kini tiada sejarah yg merekodkan bahawa China pernah menakluk negara orang lain. Amerika yg saya lihat ialah satu watak jahat yg pernah membunuh ribuan pribumi red indian dan menjajah negara2 teluk serta mengebom orang awam seperti di Irak dan menjajah Afghanistan.Ditambah lagi hubungan baik kita dengan Hamas Palestin sudah cukup tidak digemari oleh Amerika dan zionis. Isyarat pertama telah kita terima pukulannya pada 8 Mac 2014 dgn kehilangan pesawat MH370 yg kebanyakannya membawa penumpang dari China. Namun itu tidak pernah melunturkan hubungan ekonomi China dgn negara kita. Presiden Amerika, Obama berasa tidak senang duduk lalu mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 26 April 2014 utk bertemu dgn pemimpin kita. Kenapa mengambil masa 4 hari utk berunding dgn PM kita dan apakah butir2 perundingan itu saya tidak pasti. Namun apa yg saya rasa ialah PM kita telah "dinasihatkan" spy mengehadkan hubungan dengan China atau mudah kata jgn berbaik2 sangat dgn China. Setelah Obama pulang ke Amerika, Presiden China, Xi Jinping pula datang ke Malaysia meneruskan kerjasama ekonomi dgn Malaysia padahal Obama dah bagi "HInt" ttg nahas pesawat kita MH370. Selepas itu negara kita dikejutkan sekali lagi dgn terhempasnya MH17 pada 17 Julai 2014 di Ukraine. Ini memberi tamparan hebat kepada negara kita yg tidak sampai setahun nahas MH370 berlaku. Ia seolah2 kuasa besar ini memberi amaran kepada negara kita supaya jgn menjalinkan hubunan dengan Rusia dan China akhirnya negara kita yg menjadi mangsanya. Dalam poltik antarabangsa ini kita mesti perlu siapa musuh sebenar..Jangan pula nanti kita jadi mainan zionis.
  • 14. MELAYU DAN PELABURAN Kenapa orang melayu tidak begitu berminat untuk menabung atau melabur?? Kalaulah orang cina dapat peluang ini, sudah tentu mereka takkan menolak peluang keemasan ini. Katakanlah seorang bapa sudah bersara lalu mendapat ganjaran bersara atau EPF sebanyak RM200K. Bapa tersebut mempunyai 3 orang anak yg sudah berusia lebih dari 19 tahun ke atas memang cukup layak utk membuat pinjaman ASB. Kita ambil Kadar pinjaman PNB selama 25 tahun utk pelaburan 100K ialah sebanyak RM582 sebulan. Jika didarabkan dgn 12 bulan = RM6,984. RM6,984 didarabkan dgn 3 orang anak = RM21,000. Bayar saja utk tahun pertama sebanyak RM21,000 utk lengkapkan bayaran 12 bulan Si bapa hanya perlu berkorban jumlah yg sedikit saja tapi ia tidak merugikan malah akan mendapat dividen tahunan. Katakanlah dividen tahun tu sebanyak 8% didarab dengan RM300,000 (3 anak) akan dapat = RM24,000. Hasil dividen RM24,000 itu dibayar pula utk tahun ke-2 utk lengkapkan bayaran setahun sebanyak RM21,000 yg saya katakan tadi. Baki untung dividen RM24,000 - RM21,000 = RM3,000 dah dapat untung tahun pertama. Tahun ke-2 dan seterusnya tidak perlu mengeluarkan modal apa2. Untung dividen pun dah dapat. Sehingga 24 tahun tidak perlu mengeluarkan apa2 modal dan apabila sudah tamat tempoh, anak2 akan dapat RM100K setiap orang. Mudah bukan? Saya percaya ramai orang melayu yg tidak punyai insuran, maka setidak2nya jadikan amalan menyimpan di institusi yg dipercayai sebagai budaya utk menjamin masa depan.
  • 15. PERGADUHAN DALAM AGAMA Tiada gunanya Sunni dan Syiah bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. Musuh yg nyata ada di depan mata iaitu zionis israel laknat yg sedang menyembelih & meratah rakyat Palestine sekarang. Persengkataan sunni dan syiah tidak akan sampai ke penghujung selagi kedua2 pihak menunjukkan ego yg tinggi. Ketahuilah, sesungguhnya perpecahan sunni dan syiah adalah racun angkara dari zionis yg berniat memecahbelahkan umat Islam. Mereka menggunakan wang dan media untuk mengontrol pemikiran orang sunni dan syiah agar kedua2 pihak saling berprasangka buruk. Untuk pengetahuan kamu, jurufoto dan juruvideo peperangan di dalam negara Islam yg berkrisis itu adalah agen zionis yg dibayar dgn gaji yg lumayan. Mereka sebenarnya telah berkompromi dgn zionis utk memaparkan kezaliman syiah. Maka dari itu wujudlah kebencian sunni terhadap syiah lantaran kedua2 belah pihak akan saling berbunuhan. Kebencian antara mazhab semakin bertambah runcing apabila ulama2 besar memberi fatwa merestui perang jihad melawan saudara seagama. Kita tidak menafikan bahawa ulama2 besar ini termakan finah media massa dikontrol oleh zionis israel. Itu sebab di dalam Al-Quran ada mengingatkan "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" (Hujurat Ayat 6)
  • 16. ISTERI DAN HARI RAYA Isteri wajib mentaati suami. Hari-raya ini menuntut satu lagi pengorbanan para isteri sejauh mana mereka taat kepada suami ketika menyambut hari lebaran. Masihkah ingatkah para isteri tentang janji2 terhadap suami ketika mula2 kawin dulu untuk bergilir2 menyambut raya di rumah ibubapa masing2? Kadangkala betapa sedih melihat di kalangan isteri yg melarang suaminya duduk di rumah ibunya utk sehari dua menyambut hari-raya. Para isteri kena ingat bahawa suami sekali-sekala ingin berjumpa dengan ibu, adik beradik dan anak saudaranya. Berilah si suami kesempatan utk tinggal sehari dua dan bermalam di rumah ibunya kerana ibunyalah yg telah melahirkan dan membesarkan dia. Berikan juga ruang dan waktu kepada anak-anak utk berjumpa neneknya dan mengenali sepupunya lebih dekat. Kasihan melihat si ibu apabila anaknya balik hanya singgah sebentar utk bertanya khabar kemuadian teruskan perjalanan utk beraya ke rumah keluarga si isteri. Si isteri patutnya mempunyai sifat timbang-rasa dan adil kerana kasih seorang ibu pada anaknya bukanlah diukur dgn juadah dan duit raya tapi nilai kasih-sayang. Amat malanglah jika suami mempunyai isteri yg nusyuz yg sanggup membebankan dosa suaminya demi semata-mata melebih2kan isterinya berbanding ibu sendiri. Peristiwa Al-Qamah yg akan dihukum bakar hidup2 kerana melebihkan isteri dari ibunya sendiri boleh dijadikan pengajaran untuk umat renungkan. Si isteri kena ingat! Roda kehidupan sentiasa berpusing. Banyak pengalaman kita lihat, bila sampai masanya kita dah tua, anak2 akan buat kepada kita semula sebagaimana yg telah kita lakukan dulu. Ini sekadar nasihat dan tiada kaitan dgn yg hidup atau yg mati. Selamat hari-raya maaf zahir batin :)
  • 17. SYARAT MAHU JADI SAHABAT BAIK AMERIKA Syarat nak jadi rakan baik Amerika ialah sesebuah negara itu perlu jalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan dgn Amerika. Itu sebab negara yg menjadi rakan atau sekutu Amerika punyai restoran francais di negara mereka spt KFC, Mcdog, Starbuck dan berbagai produk dari Amerika. Dan syarat wajib lain ialah mesti ada Citibank dan kad American Express di negara masing2. Kalau tidak percaya, sila pergi ke Arab Saudi. Dari bank, hotel, francais dan byk produk2 dari US semua ada di sana. Saya tidak percaya yg mengatakan Amerika bermusuh dgn Islam. Kalau Amerika bermusuh dgn Islam sudah tentu mereka akan tutup sekolah2 Islam dan stesen tv Islam di negara mereka. Bahkan selepas tragedi 9/11, ramai rakyat negara mereka yg masuk agama Islam, tidak pernah pun diambil tindakan. Kalaulah Amerika anti Islam sudah tentu mereka akan mengebom Arab Saudi yg tiada kekuatan apa2 pun. Apa yg penting, negara Arab mesti berurusan minyak dengan Amerika. Tidak boleh berurusan minyak dgn blok eropah yg lain spt Rusia dan China.. Inilah bentuk penjajahan ekonomi Amerika terhadap negara lain. Jika terima syarat itu, negara mereka pasti takkan dikacau oleh Amerika. Senarai produk dan bank yg saya sebut di atas itu tiada di negara2 yg bergolak atau di blok2 komunis. Sebabnya apa? Sebabnya ialah mereka enggan jalinkan hubungan ekonomi dengan Amerika. Itu sebab Amerika akan buat apa saja utk menjahanamkan negara tersebut seperti sekatan ekonomi dan merencanakan peperangan. Syria salah satunya contoh negara yg terlibat dlm kancah perang akibat keengganan mereka menjual minyak kpd US sebaliknya memilih China dan Rusia. Cara Amerika nak lingkupkan Syria ialah melalui jalan perang. Mereka menjalankan propaganda berupa hasutan supaya timbul persengketaan mazhab antara sunni dan syiah. Youtube, CNN dan media Massa merupakan alat utuk menimbulkan curiga dan permusuhan sesama umat Islam. Hari ini Zionis Amerika tidak perlu berdepan dgn banyak musuh sebab modus operandi mereka berjaya memecahbelahkan sunni dgn syiah yg berbunuh sama sendiri iaitu dengan memecahkan wilayah2 mereka. Zionis sebenarnya merekrut "kambing hitam" ini supaya membuat keganasan agar kesalahan itu dihalakan antara satu sama lain. Akhirnya siapa yg rugi?
  • 18. KARENAH ULAMA MUDA Kita lihat Ulama muda Umno dan pentaksubnya begitu lantang menghukum orang lain yg tidak sependapat dengan mereka. Hampir semua orang dinilai sebagai sesat olehnya. Seakan-akan mereka ini adalah salafi maksum yg tidak ada buat silap dan dosa. Mereka menggelar orang lain sebagai anjing neraka, pelacur, barbarian bahkan menganggap rakyat Palestin mati katak jika tidak meninggalkan tanahair mereka. Mereka hanya mencepot satu dua ayat yg dijadikan dalil utk mengharamkan pendapat orang lain sedangkan ada dalil dan ijtihad lain yg mewajarkan Fiqh Al-Waqi' mengikut zaman. Mujur ada sebilangan agamawan salaf yg berfikiran matang dalam menguruskan hukum baik dari segi Syariah dan Siyasah. Akhir2 ini saya lihat Dr Maza adalah jaguh ulama yg sentiasa ke depan memperjuangkan isu kebajikan rakyat dan sentiasa bercakap mengenai isu kepentingan rakyat Palestin. Pengaruh dan populariti dr maza sudah bertambah hebat sekarang sbb saya lihat beliau lebih mendekati rakyat berbanding ulama muda Umno yg lebih bias menjaga kepentingan golongan sekular. Bagi saya, kita tidak perlu jadi agamawan selagi kita masih lagi menggunakan dalil utk menyokong kezaliman dan menggunakan dalil terpilih utk menindas orang lain. Islam adalah sinonim dengan keadilan. Orang Islam yg besekongkol dengan kezaliman adalah orang yg berdusta terhadap agama. SAF SOLAT Saya masih lagi bersangka baik mengatakan pemimpin ini tidak harus dipersalahkan lantaran kekurangan ilmunya memahami tuntutan merapatkan saf solat. Yg saya salahkan ialah pihak agamawan atau ajk masjid yg masih lagi menyediakan zon ekslusif solat utk pihak kenamaan. Solat saf yg rapat menandakan kebersamaan darjat di sisi Tuhan tanpa ada jurang pemisah antara orang biasa dgn orang kenamaan. Dalam Islam tiada kasta. Nampaknya orang kita masih gagal menghayati falsafah kemurnian Islam yg syumul.
  • 19. PALESTIN PERLU BERPINDAH KELUAR? Inilah bentuk salah faham salafi maksum. Ketika rakyat Palestin bergolok-gadai nyawa mempertahankan maruah dan agama, mereka menuduh umat Islam Gaza mendapat bantuan senjata dari syiah. Habis tu nak harapkan negara arab sunni yg lain ker?? Sedangkan mereka masih lagi tidur dan ikut telunjuk amerika supaya jgn memberi bantuan kepada rakyat Palestin. Kemudian mereka suruh rakyat Palestin keluar dari bumi Palestin supaya cari tempat lain sebab tiada kekuatan. Memang benarpun syiahlah yg menghulurkan bantuan kepada tentera Gaza. Nak harapkan siapa lagi?? Sejak tahun 2001 hingga kini, Syria telah menjadi tempat latihan ketenteraan bagi tentera Hamas. Briged Izzuddin Al-Qassam dan Syria juga telah menerima ratusan bekalan roket daripada Hizbullah. Jadi apa masalahnya?? Berdosakah org Palestin menerima bantuan senjata dari Syiah?? Selama ini Arab Saudi sebuah negara bertunjangkan salafi, Apa mereka dah lakukan utk selamatkan rakyat Palestin?? Arab Saudi sendiri pun menjadi sekutu dan proksi kepada US. Kesemua mereka telah dianggap sebagai musuh utama kaum Muslimin, sedangkan yang kita anggap musuh itulah yang sedang banyak membantu dan membela nasib umat manusia yang tertindas dek kerja jahat tangan US-Israel.
  • 20. LAGI-LAGI SALAFY JUMUD Saya rasa terpanggil utk menjawab statement sebahagian salaf yg jumud mengatakan "Taat pada pemerintah islam termasuk perkara aqidah. Kata mereka lagi "keluar dari ketaatan lalu mati didalamnya adalah mati jahiliyyah". Tegas mereka, prinsip aqidah ahlus sunnah yang menetapkan tidak ada parti pembangkang dalam Negara islam Saya pula jawab, kalau tak ada pembangkang, isytiharkan saja negara kita jadi negara komunis sbb negara komunis tak ada pembangkang dan berparti. Kalau tiada pembangkang maka tiadalah parti. Maka tiadalah mana2 parti di dalam negara akan wujud baik parti pembangkang atau parti pencadang. Parti Umno jadi pembangkang di Dun Selangor pun tak wujud. Kalau tidak ada parti, lebih baik Fathul bari dan rakan2 jangan masuk seketeriat Umno sbb masuk parti adalah haram. KENAPA RAKYAT PALESTIN PERLU BERPINDAH? Memang bodoh pun sesiapa yang menyatakan tiada jihad di Palestin. Rakyat Palestin perlu berjihad utk mempertahankan agama & tanahair mereka drpd diceroboh sepenuhnya oleh tentera israel laknatullah. Berapa kerat tanah yg tinggal utk rakyat Palestin? Kalau ada segelintir agamawan yg suruh rakyat Palestine berpindah, negara mana yg akan memberi kerakyatan kepada penduduk Palestin? Siapa yg akan memberi tempat tinggal pada mereka? Kalaulah rakyat Palestin berhijrah beramai2 maka bersenang-lenang lah israel merampas dgn selesa tanpa apa2 gangguan. Nak ambil balik wilayah yg dah kena rampas bukannya senang. Israel akan mengisytiharkan tanah yg dirampas itu milik mereka dan menjadikannya sempadan negara mereka. Nak rampas semula macamana. Nasi dah jadi bubur. Pada masa itu Palestin kena patuhi deklarasi PBB agar tidak boleh mengambil semula wilayah yg Israel duduki.
  • 21. ULAMA DAN RAKYAT MARHEIN Kasihan makcik ini. Rumah dirobohkan oleh DBKL. Mana perginya pejuang melayu yg sanggup berpiket?? Mana perginya ularmak-ularmak? Masih menyorok lagikah dalam semak? Ingat ya ! Semua manusia termasuk ularmak juga akan ditanya Allah sejauh mana kamu kat dunia ini berasa terpanggil dan sensitif terhadap kezaliman manusia kepada golongan tertindas. Jangan fiKir Allah tak tanya. Semua benda ALlah akan tanya. Ketika golongan kaya mengaut kekayaan dgn cara tidak betul sedangkan rakyat merintih penderitaan dan kemiskinan, di mana kamu wahai ularmak? Ketika orang istana dan pembesar nyenyak tidur di istana dalam masa yg sama rakyat tidur di bangsal selepas rumah mereka dirobohkan, di mana suara pembelaan dari kamu wahai ularmak. Setakat apa yg telah aku tulis ini tidak ada seorang pun ularmak yg bersuara dan melontarkan kritikan walaupun hanya tulisan membantah perobohan rumah penduduk melayu di Kg Chubadak. Apakah ularmak ini hanya pandai bermafhum dan berdalil saja? MENGENALI ATITUD PEREMPUAN DI FB Minggu ini saya nak menulis pasal perempuan. Selalunya saya update tulisan berunsur politik atau agama. Saya sangat berhemah dengan perempuan. Tak kira sesiapapun yg add request, saya akan approved kan. Setiap kali buka news feed, saya dapati ada segelintir perempuan yg update status di FB tak menggambarkan peribadi dia seorang perempuan. Gaya bahasanya agak keras dan kasar tak sesuai penampilannya sebagai seorang ppuan. Biasanya klu ppuan yg benar2 ppuan, gaya lenggang-lenggok bahasanya itu kita boleh kenal walaupun dgn nada yg marah, tapi nada itu adalah seorang ppuan. Critical thinking tu bagus tapi biarlah bernada tulisan dari seorang perempuan. Itu sebab kebanyakan orang lelaki boleh menggambarkan peribadi seseorang perempuan berdasarkan tulisannya. Atitud seorang perempuan itu perlu dijaga walaupun sekeras2 pendiriannya mengeluarkan pendapat tapi dalam masa yg sama sifat feminin perempuan itu haruslah dijaga.
  • 22. DAKWAH ADALAH PROMOSI BUKAN EMOSI Berdakwah dengan cara menyindir manhaj lain atau menyindir agama lain dan menyerang peribadi tokoh2 yg tertentu bukanlah satu kaedah yg sesuai. Berdakwah tidak boleh secara terburu2 sama ada untuk menarik golongan yg masih jahil ataupun golongan penentang. Ini samalah seperti kita mempromosi atau mengiklan sesuatu barang tapi dlm masa yg sama kita elakkan daripada meremehkan produk orang lain. Syaratnya kita mestilah mempromosikannya dengan bersungguh2. Pendakwah salaf harus menggunakan pendekatan yg berhikmah ini. Katakan saja barang kita itu asli tanpa bercampuraduk dgn bahan kimia atau perasa yg lain. Dalam berdakwah mesti ada akhlak dan etika yg baik. Jangan cepat menghukum org lain yg tidak sependapat dengan kita. FACEBOOK JUGA YANG DIPERSALAHKAN! Ramai juga Pak Ustaz yg menghentam facebok kononnya facebook ini adalah agenda orang yahudi utk memecahbelahkan umat Islam. Sebenarnya facebook ini digunapakai oleh jutaan manusia tak kira bangsa dan agama. Jadi saya tak fikir bahawa Marc Zuckerberg mempunyai niat nak hancurkan Islam. Malah di barat FB digunakan sebagai satu social networking juga. Facebook tidak bersalah. Yg bersalah ialah org yang menyalahgunakan Facebook itu. Yg bersalah ialah org yang duduk di depan laptop itu. Facebook boleh diguna utk kebaikan. Mengupdate status ilmu agama dan iklan ceramah juga boleh dilakukan melalui facebook. Serupa juga dgn pisau. Pisau boleh dimanfaatkan utk kebaikan dan boleh juga digunakan utk membunuh. Memaksa org awam dengan kepercayaan yg salah ttg facebook adalah merupakan satu mitos agamawan utk memonopoli kebenaran.
  • 23. BERDOSAKAH BERHIMPUN SECARA AMAN? Berhimpun secara aman utk menuntut keadilan bukanlah satu unsur yg dikatakan menentang kerajaan. Yang dikatakan menentang kerajaan ialah apabila membawa senjata dan membuat huru-hara yg boleh menjejaskan keamanan negara. Demo yg aman boleh bertukar menjadi ganas apabila ada pihak yg membuat provakasi untuk mencalarkan nama baik peserta demo yg berdemo secara aman. Ditambah lagi dengan sikap polis yg membantai peserta demo dgn membuta-tuli menyebabkan keadaan tidak dapat dikawal. Atas alasan itulah ada segolongan salafi mengharamkan demo kononnya demo itu adalah menentang kerajaan. Sebenarnya demo aman tidak menentang kerajaan. Demo secara aman itu adalah perlu sebagai satu tuntutan rakyat terhadap haknya yg telah diabaikan. Dasar pemerintah yg merugikan rakyat dgn pembaziran wang negara, kenaikan harga barang dan mengkayakan sekelompok pemimpin yg tertentu mencetuskan reaksi spontan utk rakyat berdemo secara aman supaya suaranya didengari. Malahan suara rakyat terus disekat utk bercakap di media rasmi kerajaan utk menegur dasar pemerintah. Atas alasan itu jalan yg terbaik ialah mengadakan perhimpunan aman. Islam itu agama yg adil. Mustahil Islam itu hanya menyebelahi orang yg zalim tapi membiarkan golongan yg tertindas yg tidak boleh bersuara untuk menyatakan kebenaran. Firman Allah bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil". - Surah al-Nisa ayat 58
  • 24. GURU DAN POLITIK Hasrat BN membenarkan guru utk berkecimpung dalam politik dilihat sebagai satu usaha meningkatkan sokongan terhadap BN, kata seorang Menteri. Menteri ini menyarankan supaya guru2 dibenarkan berpolitik supaya melibatkan diri menjadi Ketua Cawangan atau Bahagian utk membantu jentera Umno. Sebenarnya guru tidak perlu melibatkan diri dalam politik. Baru2 ini Tun Madey pun sudah beri amaran, jika kaum guru dibenarkan berpolitik nescaya majoriti mereka akan menyokong parti pembangkang. Bagi saya kalaulah dibenarkan, ia akan mewujudkan keadaan yg tidak sihat jika isu politik dibawa ke sekolah. Ia menyebabkan hubungan sesama guru akan menjadi tidak baik lantaran ada kalangan mereka yg berbeza dari segi fahaman politik. Jika guru dibenarkan berpolitik, dikhuatiri ada sebahagian guru akan membawa sentimen politik kepuakan di sekolah. Bukankah kita tahu bahawa Amno selalu memainkan isu perkauman. Jika isu perkauman ini meleret hingga ke sekolah, hubungan baik antara guru dari pelbagai kaum akan terjejas. Itu sebab saya menasihatkan diri sendiri dan rakan2 guru agar sentiasa fokus kepada tugas di sekolah dan melaksanakan dasar kerajaan. Kita boleh berpolitik tetapi setelah kita balik ke rumah masing2. Setiap warganegara Malaysia ada hak utk menyatakan pendirian politiknya asalkan menggunakan kebebasan itu pada waktu dan tempat yg sesuai.
  • 25. HUKUM SEBENAR KENAJISAN BABI Sebenarnya hukum kenajisan sentuhan pada babi itu adalah melalui kaedah qias imam syafie terhadap kenajisan air liur anjing. Di dalam alquran atau hadis tidak ada satupun dalil kenajisan babi cuma diharamkan makan daging babi saja. Hukum kenajisan babi ini cuma pendapat minoriti dlm mazhab syafie yg dipegang oleh umat islam Malaysia sedang majoriti mazhab yg lain tidak begitu Tidak semestinya yg haram dimakan itu najis contohnya arak. Arak itu haram diminum kerana memabukkan tp tak najis bila tersentuh malah jika arak disimpan lama2 akan jadi cuka. Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah NAJIS (Rijsun) dari amalan syaitan maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.” - (Al-Maidah: 90) Ayat di atas, 'Rijsun' bukan bermaksud najis yg perlu dicuci dengan air tapi kotor dari segi perbuatan minum arak, judi, berhala dan tenung nasib. Berbalik kpd masalah babi tadi, jika tersentuh tidak perlu dicuci dengan air tanah. Apa yg haram ialah memakan dagingnya. Berus cat yg diperbuat daripada bulu babi atau kasut dari kulit babi masih boleh digunakan kerana tiada satupun tegahan drpd sebarang dalil alquran mahupun hadis. Wallahu a'lam.
  • 26. LAGI KISAH SALAFI JADIAN Di antara kelemahan sebahagian 'salafi jadian' di Malaysia ini ialah mereka hanya mengutamakan kitab2 akidah yang terhad kepada beberapa tokoh yg mereka taqlid seperti Syaikh al-Albani. Mereka kurang berinteraksi dengan ilmu alat seperti Usul Feqah dan Maqasid Shariah untuk mengeluarkan fatwa dan hukum. Rentetan dari kejumudan mereka, natijahnya ramai dari kalangan mereka apabila tiba musim demonstrasi mulalah mengeluarkan fatwa 'mee segera' . Anehnya mereka tidak pula bersuara dan menegur apabila pemuda Amno menceroboh Dun Pulau Pinang dan merusuh di depan bangunan Dap. Inilah sikap double standard yg mereka amalkan menyebabkan tiada lagi hak keadilan sejagat yg dipertahankan. Bila mereka berjumpa dengan hadis2 yang zahirnya suruh kita mentaati pemerintah, mereka seakan lupa menginstinbatkan apa yang digariskan oleh para ahli feqah. Hasilnya fatwa 'mee segera' mereka itu bersifat kontang dari roh maqasid syariah serta menzahirkan mesej islam yang zalim . Oleh itu pelajarilah ilmu alat sebelum kita bermudah2 mengeluarkan hukum orang itu khawarij orang ini bughah yang halal darahnya !
  • 27. ADAKAH AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT ITU BID'AH KERANA BERALASAN ZAMAN SAIYIDINA UTHMAN PERNAH DILAUNGKAN AZAN DUA KALI? Apa yg kebanyakan umat Islam lakukan sekarang ini tidak menepati keperluan azan dua kali. Kita lihat hari ini azan kali kedua dilaungkan itu setelah IMAM DUDUK DI ATAS MIMBAR. Ini bermakna apa yang diamalkan sekarang bukan sahaja tidak mengikut Sunnah Nabi bahkan juga tidak mengikut cara „Uthman yang sebenar. Sedangkan Zaman Saiyidina Uthman, di Madinah rumah2 kediaman terlalu banyak sehingga jauh dari masjid maka azan pertama dilaungkan di pekan2 supaya umat Islam ketika itu boeh bersiap2 pergi ke masjid Jika diandaikan masih ada kewajaran untuk dilaungkan azan dua kali pada hari ini, maka biarlah cara pelaksanaannya itu benar-benar menepati cara yang dilakukan pada zaman Saiyidina Uthman iaitu: 1. Hendaklah azan pertama dilaungkan di luar masjid, iaitu di kawasan pasar, penempatan atau perindustrian yang jauh daripada masjid. 2. Hendaklah azan pertama dilaungkan lebih awal, iaitu lebih kurang satu atau setengah jam sebelum masuknya waktu solat Jumaat yang sebenar. APA ITU TAHALUF SIYASI? Tahaluf Siyasi ialah Kerjasama politik pelbagai parti walaupun berbeza ideologi tapi punyai hasrat sama seperti membasmi rasuah, menentang kezaliman dan menolak penindasan. Jika terdapat perkara yang tidak disepakati, maka ia urusan perjuangan dan tindakan parti masing2. Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali2 melibatkan dasar dan prinsip perjuangan parti. Masing2 parti yg menjadi kompenan tahaaluf siyasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti2 kompenan yang lain. Tahaluf Siyasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama ibadah dan aqidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing2 namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.
  • 28. JANGAN MEMBAWA AGAMA DI DALAM POLITIK? Demikianlah pendapat sesetengah orang di negara kita. Kebanyakan orang yg tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK tidak ambil kisah pun PENYUAPAN WANG (MONEY POLITICS). Mereka anggap perkara biasa. Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka PENIPUAN dan DUSTA dalam politik adalah tidak BERDOSA. Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka ĶÒRUPSI di negara kita MERAJALELA. Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka yang menjadi KORBAN adalah RAKYAT JELATA. Anda dan kebanyakan orang tidak pernah membawa agama ke dalam POLITIK maka RAHMAT dan KEBERKATAN TUHAN entah kemana. TAAT KEPADA PEMERINTAH YG DISALAH ERTI Ada segolongan anak muda yang mengaku salafi mengatakan bahawa wajib mentaati pemerintah Islam walaupun pemerintah itu jahat mcm firaun. Menurut mereka siapa yg mengkriktik pemerintah Islam, walaupun dia jahat mcm firaun, dia adalah termasuk dlm golongan khawarij. Inilah konsep demokrasi yg gagal difahami anak muda ini. Kita melantik kerajaan melalui pilihanraya. Ketika pilihanraya, tiada konsep pembangkang dan kerajaan, masing2 dikenali sebagai CALON. Apabila calon menang, ia akan membentuk kerajaan dan yg kalah akan membentuk barisan pembangkang. Pembangkang kerja dia membangkang, apa yg pihak pencadang buat walaupun bagus, dia mmg patut membangkang untuk memastikan setiap plan yg dicadangkan bertambah mantap. Kerajaan persekutuan adalah BN dan pembangkang adalah PR tetapi di penang, selangor dan terengganu, kerajaannya adalah PR dan pembangkang adalah BN. Jika anak muda ini mengatakan pembangkang adalah khawarij, BN juga adalah pembangkang di negeri2 yg mereka kalah. Tolong memahami konsep demokrasi - jgn nak memandai menuuduh org khawarij. Golongn muda yg faham konsep demokrasi sepatutnya mengundi bkn mngikut parti tetapi bergantung pada idea2 yg CALON itu kemukakan. Pemimpin yg mempunyai idea yg mantap itulah yg dipilih.
  • 29. MASIH INGATKAH TRAGEDI BERDARAH DI MEMALI? Saya rasa generasi muda hari ini tidak berapa tahu sejarah tragis pembunuhan beramai2 orang melayu di Memali. Tapi Saya masih ingat insiden ini kerana ketika itu AJ sudahpun bersekolah menengah. Ramai yg tidak tahu kisah sebenar kejadian itu - Maklumat diperolehi cuma dari media kerajaan saja. Maklumlah ketika itu mana ada internet. Tahun 1985, Kg Memali yang terletak di Baling, Kedah telah diserang kereta kebal, fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Almarhum Ustaz Ibrahim Libya telah difitnah menyebarkan ajaran sesat kepada penduduk kampungnya. Apa yang sebenarnya berlaku ialah konspirasi PM ketika itu untuk menjatuhkan Parti PAS, sebuah pertubuhan parti pembangkang. Tun M telah mengarahkan polis menangkap beberapa pemimpin Pas dan penceramah yang popular ketika itu termasuk Ustaz Ibrahim Libya. Waran tangkap telah di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tapi beliau enggan menyerah diri, Beliau telah disorokkan olen rakan2nya tapi meneruskan kerja dakwah pada penduduk kampung. Kesempatan ini diambil oleh mereka dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat yang akhirnya membawa kepada tragedi hitam. Orang kampung yg tidak bersalah dan tidak bersenjata turut menjadi mangsa kerana mempertahankan ustaz Ibrahim Lbya drpd serangan polis. Selepas kejadian itu Saya telah mula hilang kepercayaan terhadap kewarasan pihak berkuasa ketika itu. Sejak dari itulah juga Saya menjauhkan diri drpd Parti Melayu kerana secara tidak langsung telah memberi sokongan ke atas pembunuhan nyawa org kampung yg tidak berdosa. Peristiwa di atas cukup perit utk Saya ingati semula. Cukuplah Saya harapkan generasi akan datang mengambil pengiktibaran drpd sejarah yg hitam itu.
  • 30. DOSA DI MEMALI Hari ini kedua2 mantan PM dan TPM tahun 1985 ini sudah pening kepala bila generasi muda hari bangkit mempertikaikan kes Memali. Masing2 menuding jari menyalahkan antara satu sama lain mendakwa mereka tidak terlibat pada hari kejadian. Sumber yg didakwa authentic sesebelum ini mengatakan Tun Madey berada di Negeri China ketika kejadian. Orang yang menguruskan kes Memali ialah Tun Musa selaku Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. Pada hari ini Tun Musa mendakwa sebaliknya iaitu sewaktu kejadian, Tun Madey sebenarnya berada di Kuala Lumpur. 30 tahun lamanya kes ini terperap dalam lipatan sejarah yang menyayat hati apatah lagi yg terbunuh ialah orang2 kampung yg tidak berdosa. Apa yg pasti sama ada pemimpin itu Nombor Satu atau Nombor Dua, masing2 terpalit dengan dosa yg tidak boleh dimaafkan itu. Tambahan pula ia disokong dan direstui oleh pemimpin dan penyokong United Malay National Organisation. Pada saya kalaulah benar Ustaz Ibrahim Libya ada merancang gerakan subversif sepatutnya pihak polis boleh menangkap beliau secara aman. Tidak perlu memuntahkan peluru hidup terhadap orang kampung yg tiada senjata api. Cukuplah melontarkan bom asap utk memudahkan beliau ditangkap. Apapun bagi saya rasa inilah adalah tindakan yg sangat terburu2 dan salah dari pihak berkuasa. Kita doakan semoga ruh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk kampung yg mati terbunuh di tempatkan di sisi orang yg beriman. Amin.
  • 31. ADAKAH PESAWAT UDARA TIDAK SELAMAT? Jangan pula selepas ini anda tidak mahu menaiki kapalterbang selepas mendengar berita tragedi MH370. Mengikut statistik, kemalangan pesawat penumpang di dunia ini berlaku agak kecil nisbahnya iaitu satu kali nahas daripada 10,000 kali penerbangan. Berbanding pula dgn risiko kemalangan di jalan darat mengikut statiknya nisbahnya ialah 60 kemalangan di dalam satu hari. Itu di dalam Negara Malaysia. Bagaimana pula dgn negara lain. Cuba ukur statik kemalangan di jalan darat untuk seluruh dunia pula?? Jadi maknanya risiko kemalangan di jalan darat adalah lebih tinggi berbanding risiko pengangkutan di udara. Jadi tidak perlu ditakutkan menaiki pesawat udara. Fobia ini datang cuma sementara saja. Tapi bagi saya menggeletar jugak kepala lutut jika saat ini disuruh menaiki kapalterbang :)
  • 32. DOSA SI PEMBUAT STATUS FACEBOOK Kadang2 saya terfikir, tidak berdosakah sipembuat status mengeluarkan status berbentuk provokasi & sensasi menyebabkan para pengkomen di bawah berkelahi? Saya pun terfikir jugak adakah Allah meredhai perbuatan sipembuat status walaupun tujuannya adalah utk mengkritik atau berdakwah? Kadangkala isi dakwah pun banyak menyindir dan menghina kumpulan lain yg tidak sefahaman dgn kita. Perbahasan kadangkala berkisar dlm isu yg kecil dan furuk akhirnya menjadi perbalahan yg besar dan tidak menguntungkan umat Islam. Barangkali si pembuat status akan berasa senang hati apabila rating status sentiasa berada di atas untuk sipembaca terpanggil memberi komen. Komen2 bawahan pula sarat dgn caci-maki dan pertelingkahan disebabkan berbeza ideologi, pemikiran dan pemahaman. Sebenarnya saya sudah tingalkan sikit demi-sedikit status berunsur provokasi dan kritikan kerana dosa yg ada ini pun tidak tertanggung, inikan pula membiarkan saudara seagama kita bergaduh sesama sendiri dalam wall. Mungkin selepas ini saya akan banyak berkongsi info dan ilmu utk dikongsi bersama. Biarlah wall saya tidak ada tukang respondan dan tukang like tapi saya yakin masih ada silent reader yg akan membaca dan memanfaatkan ilmu. Satu kritikan yg saya tidak boleh tinggalkan ialah jika ia meibatkan soal kemanusiaan krn ia adalah soal keadilan sesama manusia. Jika ia meragut keadilan manusia, maka manusia sendiri perlu urusi hal kemanusiaan. Selebihnya kita kena serahkan kepada Allah swt.
  • 33. PERLUKAH UMAT ISLAM BERSATU ? YANG MANA PERLU DIKORBANKAN ? Lama sudah saya berfikir, kenapa umat Islam gagal bersatu. Puncanya disebabkan masing2 mendakwa kumpulan merekalah yg benar sementara kumpulan lain adalah sesat, bid'ah atau kafir. Yang mana harus kita korbankan - Antara nilai ukhuwwah ataupun perbezaan fahaman? Nilai ukhuwwah lebih penting berbanding perseteruan dgn alasan nilai ukhuwwah untungnya lebih berbanding perseteruan membawa kerosakan yg lebih besar. Apa yg saya nampak pergaduhan & permusuhan ini melahirkan > Kau sesat aku tidak sesat > Kau ahli neraka aku ahli syurga > Kau kena ikut jalan aku ke syurga > Allah hanya redho dgn kumpulan aku - Allah benci kumpulan kamu Klu kita berdebat dan bergaduh pun akan berakhir dgn keputusan seri 0-0 yg tiada kesudahan. Kalau yahudi mengebom negara orang Islam, bom itu tidak kenal kau salafi, sufi, asyairah atau syiah. Atas nama Tuhan mereka bergaduh & bermusuh. Adakah Tuan Empunya Agama ini redho ?? Teruskanlah saja pemahaman dan amalan agama masing2. Soal siapa benar atau salah, biarlah Pemilik Agama ini yang tentukan di hari perhitungan. Yg layak menghukum ialah Tuhan Rabbul Jalil. Dialah sebaik2 hakim dan pemutus di atas amalan masing2. Pada saya perlu juga ada satu pihak yg boleh mendamaikan permusuhan antara sesama umat Islam. Klu ada yg mengatakan saya sesat sbb dah beralih arah, sesatkah saya mengajak umat Islam bersatu ?? Kesimpulannya, pulangkanlah semua hak itu kepada Allah. Biarlah kita urusi diri kita sendiri kerana di luar sana banyak ketidakadilan berlaku sesama umat manusia. Di kala si miskin merintih kepayahan dgn beban hidup, bagaimana pula tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka ini ???
  • 34. CCTV DALAM PESAWAT. KENAPA TIDAK PASANG? Maafkan aku jika suka fikir benda yg pelik2. Tapi aku rasa benda ni tak pelik pun Kenapa kapalterbang yg canggih pada zaman ini tidak diletakkan Kamera CCTV supaya org yg berada di bumi boleh pantau setiap pergerakan anak kapal atau penumpang ?? Maknanya sebaik saja pesawat itu berlepas, kamera cctv akan merakam secara terus menerus sama ada dibahagian kokpit pemandu atau bahagian penumpang. Bukan susah pun sedangkan video Skype pun masih berfungsi utk di share bersama ketika pilot berada dalam penerbangan atau dalam kapal selam. Aku bukan berbohong !!! Dalam channel astro aku pernah tengok mereka yg di atas bumi dapat berhubung dgn orang yg berada di kapal selam. Memang jelas paparan videonya. Kalau premis kedai makanan pun dah ada CCTV kenapa pesawat yg secangih ini mereka tidak pasang ??? Skype yg aku beritau ini adalah digunakan khas utk orang awam melalui kaedah internet tapi tak taulah pula klu pesawat ini gunakan sistem radar yg paling cangih. Aku berharap lepas ni pihak MAS tolonglah pasangkan CCTV supaya senang org kat bumi ni nak monitor sebarang aktiviti di dalam pesawat.
  • 35. APA GUNA KITA BERKELAHI Malas nak berdebat dgn syiah. kalau berdebat pun akhirnya berkeputusan seri 0-0. Kalau kita pakai hujah Hadis riwayat Imam Bukhari, syiah pulak pakai Hadis riwayat Imam Kulaini (Imam Syiah). Syiah kata semasa Imam Syafie masih kecil, beliau bermazhab apa sedangkan Imam syiah menerima sanad dari Nabi tidak putus2. Susah jugak aku nak bahaskan melainkan kena buat homework pasal sanad matan tu. Jadi kesimpulannya biarkan ajalah syiah tu. Jgn ajak berdebat lagi. Biarlah dia dgn agama dia (syiah) dan kita dgn agama kita (Islam) Yg penting kita hidup bersatu padu aman dan harmoni dlm sebuah negara berbilang agama dan bangsa. Kita sebelum ini pun boleh hidup aman dgn rakan yg berlainan agama spt kristian, budha dan hindu - tak ada masalah apa2 pun Klu Syiah menghina sahabat Nabi pun kita bukannya boleh menutup mulut mereka dan kita dilarang sama sekali membunuh mereka. Sbb apa tidak boleh bunuh mereka? Klu boleh bunuh, dah lama kita bunuh org kristian sbb menghina Tuhan dgn mengatakan Tuhan ada anak. Allah kan ada ... biarlah di akhir nanti Allah jadi penentunya. Itu sebab berulang kali aku beritau ikuti ajaran Islam yg asal. Perkara bid'ah ini byk diimport dari fahaman syiah contohnya berzanji, kenduri arwah, maulid dan mcm2 lagi. Syiah Rafidhoh juga beriktiqad "Allah wujud tiada bertempat" ... mereka juga tidak tahu sampai sekarang di mana Allah sedangkan di dalam al-quran sendiri sudah dikhabarkan keberadaan Allah. Klu kita berdebat dgn mereka dgn caci-maki dan kesat pun, usah harap kita boleh menang. Mereka akan hina agama kita balik. Lakum dinukum waliyadin. Bagi syiah agama syiah. Bagi Islam agama Islam. Usah dipanjang2kan lagi Klu syiah sangup ambil risiko kafirkan sahabat, biar dia jawab depan Allah nanti ... habis cerita .. buat apa nak bergaduh2 sampai nak bertumbuk.
  • 36. KESAN KENAIKAN HARGA BARANG Punca salah satu kenaikan harga barang ialah kerana sikap boros dan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara. Tun Daim sendiri membidas kerajaan yang boros dan tidak bijak menguruskan negara menjadi punca berlakunya kenaikan harga barang Pemborong, orang tengah dan peniaga terpaksa menaikkan harga sebab kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik ... semua tu memberi kesan kepada harga barang. Sebab itulah puncanya orang tengah mainkan harga barang. Sepatutnya kerajaan bagi subsidi kepada rakyat seperti subsidi minyak dan gula supaya pemborong, orang tengah dan peniaga boleh menjual barang2 dengan harga biasa. Kalau kerajaan boleh umumkan tak ada kenaikan tol tahun ini, kenapa tidak boleh umum kembalikan subsidi minyak dan gula? Itu pasal nak mentadbir negara ni perlu kepada pemimpin yang bijak dan berhemah bukannya pemimpin yg suka buat pembaziran. LIhat bagaimana kerajaan Selangor mengurus ekonomi di mana RM 2.6 billion yang menjadi rizab kerajaan Negeri Selangor hasil berjimat cermat Menteri Besar Selangor. Aadakah pendapatan negeri lain sebanyak itu? Atau nak dibandingkan pada zaman Khir Toyo mentadbir Selangor dulu?
  • 37. DEBAT ANTI HADIS YG DINANTI-NANTI ! Walaupun Pak Kassim Ahmad, penulis buku anti hadis ni dah berumur 80 tahun, anda jgn pandang rendah kemampuan dia utk berdebat. Pak Kassim dah bersedia nak berdepan dgn sesiapapun sbb bahasa Pak Kassim hebat. Penyampaian dan tulisannya tidak menggambarkan dia seorang yang bodoh Jika tak kena cara, jika tak kena gaya, jika tak kena orang, lawan debat dia pun boleh kelu lidah. Jangan buat main, aku dah baca dah tulisan dia. Ulama yang sanggup berdepan dengan Pak Kassim mesti hebat ilmu mantik. Ulama ni mesti hebat ilmu berhujah. Ulama tu mesti fakih. Jika setakat ulama yang hafal petikan atau kata2 yang dikutip dari para ulama terdahulu, baik lupakan saja. Pak Kassim takkan kalah dengan hujahan sebegitu kerana dia akan berkata, "Enta ni ulama burung kakak tua. Enta ni hanya mengulangi kata2 ulama dulu tanpa faham maksudnya. Di mana akal enta ??? Barangkali itu semua akan terpancul dari mulut Pak Kassim bila nak jerat pihak lawan. Petikan kata2 atau rumusan dari ulama terdahulu takkan digunapakai oleh Pak Kassim sebagai hujah sbb dia dr awal dah lebelkan para ulama mcm Paderi. Alhamdulillah akhirnya Dr Asri yg korang selalu tuduh wahabi tulah yg dicalonkan utk menyahut cabaran Pak Kassim utk berdebat. Aku yakin kekuatan antara dua tokoh ni seimbang sbb Dr Asri pakar juga ilmu Asbabun Nuzul (Sebab2 penurunan Al-Quran). Aku rasa hujah ni yg banyak digunakan oleh beliau. Apa yg aku nak rumuskan ialah, se"wahabi" nya Dr Asri, orang mcm dia jugaklah khidmatnya nak dipakai bila terdesak. Mana pergi pak mufti 13 negeri? Takkan baling batu dari jarak jauh jer kat Pak Kassim? Mana ada kelas.
  • 38. ANTI HADIS MEMBERI TEKANAN HEBAT KEPADA AMNO. Sejak isu Anti Hadis meletup, pelbagai pihak memberi respon yg negatif terhadap Pak Kassim. Pak mufti, ahli fatwa, ahli Jakim, profesor, ilmuan agama juga tidak ketinggalan mengecam keras aliran ini yg cuba dihidupkan kembali. Orang melayu melepaskan geram dan marah terhadap Pak Kassim terutama di media sosial spt di Facebook dan Twitter. Kebetulan pula Pak Kassim adalah ahli Umno tegar yg pernah memegang jawatan penting dlm Umno suatu ketika dulu. Tun Madey pula merupakan penyokong kuat Pak Kassim yg sering mempertahankan penulisan beliau. Akibatnya Tun Madey terpalit menerima tohmahan dan cercaan drpd org melayu. Kena ingat !! Isu agama adalah perkara yg amat sensitif kpd umat melayu. Bagi mereka melayu adalah Islam dan Islam adalah melayu. Mempertikaikan hadis bererti mempertikaikan agama mereka. Tidak mustahil sokongan orang melayu terhadap Umno semakin merosot. Pemimpin2 & Ulama Umno pula hanya mendiamkan diri. Mereka tidak berani mengkritik sbb Pak Kassim dianggap sebagai ulama dlm Umno. Pak Kassim menjadi liabiliti kepada Umno. Jika tak ditangani dgn betul, silap-silap sokongan org melayu kepada Umno semakin meruncing. Ulama2 Pas pula tidak henti2 membidas Pak Kassim. Ini secara tidak langsung menarik sokongan orang melayu utk berjinak dgn Pas sbb Pas menurut mereka membela Islam.
  • 39. AGAMA INI UNTUK APA SEBENARNYA? Aku ni bukanlah insan yg sempurna tapi aku nak melihat setidak2nya setiap manusia mesti berlaku adil kepada manusia yg lain. Dari sudut kekeluargaan, setiap mak ayah kena berlaku adil terhadap anak2nya. Dari sudut perniagaan, peniaga tidak boleh mengaut keuntungan berlipat-kali ganda menyebabkan pembeli tersepit dgn beban hutang. Dari sudut politik, biar kita serahkan org yg bijak dan amanah utk berkuasa bukannya pemimpin kaki songlap yg pandai cari duit poket. Dari sudut ekonomi, semua rakyat menikmati harga barang & minyak yg murah. Bila kuasa membeli hebat, perniagaan jadi jadi rancak. Tapi yg berlaku sekarang si miskin bertambah miskin dan si kaya bertambah kaya. Dari sudut agama, golongan agama mesti dekat dgn rakyat tapi sebaliknya yg berlaku bila krisis barang keperluan jadi mahal, si ulamak menekan org miskin disuruhnya berjimat tapi golongan kaya yg membazir tak berani ditegurnya. Dari sudut media massa, laporan tv dan akhbar mesti adil tapi aku lihat pihak pembangkang tidak diberi liputan yg adil dan berat sebelah. Semua berita banyak memihak kpd pihak pemerintah. Point2 yg aku beri di atas sudah cukup menceritakan ketidakadilan manusia terhadap sesama manusia yg lain. Agama ini diturunkan utk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penindasan. Jadi apa gunanya agama jika kau biarkan manusia bergelut dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan sedangkan kau tutup mata lihat kezaliman terus berleluasa?
  • 40. MEMBACA POLA FIKIR GERAKAN ANTI HADIS Aku baru baca bab 1 hingga 4 tulisan Kassim Ahmad, Hadis : Satu Penilaian Semula. Beliau menyatakan bhw menolak Hadis/Sunnah sebagai sumber perundangan tidak bermakna kita merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad. Katanya lagi, kita tidak boleh meletakkan kata2 dan perbuatan Nabi (hadis) sebagai wahyu yg setaraf dengan Quran. Cukuplah berpeganglah hanya kpd Al-Quran kerana Al-Quran itu sudah lengkap. Mustahil hadis boleh jadi pelengkap Al-Quran kerana Al-Quran sudah benar2 lengkap jadi buat apa hadis jadi pelengkap Al-Quran ?? BANTAHAN Al-Quran mempunyai nilai bahasa kesusasteraan yg tinggi. Ada sebahagian ayatNya boleh difahami secara zahir dan adakalanya difahami secara simbolik. Dalam memahami sebahagian makna Al-Quran itu memerlukan manusia yg pakar tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad. Dalam Al-Quran ada perintah tunaikan solat tapi cara mempraktik solat kena guna hadis. Hadis ialah perkataan dan perbuatan Nabi. Tanpa hadis macamana kita nak tahu pergerakan solat yg teratur bermula takbiratul ihram sampai beri salam? Bahasa Al-Quran juga bisa difahami oleh para sahabat sbb mereka tahu sebab2 penurunan ayat Al-Quran lalu mereka hubungkaitkan dgn hadis Nabi sebagai penerang. Tanpa hadis, Al-Quran boleh bergerak sendiri tapi soalnya mampu ker manusia berinteraksi dengan Al-Quran sbg pedoman jika tanpa wujud hadis sebagai panduan?
  • 41. ADAKAH UMNO SEKARANG UMNO YG TULEN? Mengikut sejarahnya Tun Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussien Onn adalah datang dari Parti Umno yang asal. Ketika era Tun Madey menerajui kerajaan pada tahun 80an dulu berlaku tsunami politik pertembungan pengaruh antara Tun Madey dan Tengku Razali pada tahun 1987 menyebabkan pengharaman Parti Umno. Sebab apa pulak parti Umno diharamkan 1987? Sebabnya mahkamah tinggi menolak pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO 1987 dan memutuskannya tidak sah. Puncanya 11 orang ahli UMNO membantah calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti. Didapati 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung. Ini kerana keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Akibatnya Parti Umno telah diharamkan tapi Tun Madey ni cerdik ... Dia mendaftarkan semula pertubuhan baru atas nama Umno Baru atau dikenali sebagai Umno (B). Ketika itu mahkamah melarang menggunakan nama pertubuhan seperti Umno yg asal kerana Parti Umno yg teras telah diharamkan. Entah bagaimana perkataan "Baru" telah berjaya dipadamkan. Mahkamah tidak boleh buat apa-apa ketika itu. Jadilah ia seperti Parti Umno tetapi bukan yang asal dan yang tulen. Jadi bila ada orang kata Umno yg ada ini asalnya Umno 1946, itu semua adalah cerita rekaan dan bid'ah yg tiada asas sama sekali. Kesimpulannya Umno yg ada sekarang bukanlah Umno tulen spt yg diasaskan oleh Tun Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussien Onn.
  • 42. BENARKAH SISTEM MONARKI MENGHALANG KEMAJUAN MANUSIA? Sejak 5000 tahun dulu Negara China adalah negara monarki (pemerintahan keturunan beraja). Mereka telah membina istana dan tembok besar. Itu juga merupakan teknologi dari segi pembinaan tapi anehnya sepanjang tempoh 5000 tahun tu, manusia belum berupaya lagi mencipta mentol, elektrik, enjin & kenderaan bermotor. Tapi selepas abad ke-17, barulah manusia pandai mencipta berbagai peralatan teknologi yg aku katakan itu. Sebab apa? Sebabnya manusia telah membebaskan diri daripada sistem monarki Inilah yg mematangkan manusia. Itulah mukjizat terbesar al-quran di mana selepas 1400 tahun selepas itu manusia sudah menjadi lebih cerdik apabila manusia menolak sistem monarki sikit demi sedikit. Sistem monarki sendiri membelnggu fikiran manusia. Sistem monarki sendiri menghalang kemajuan sains. Tidak hairanlah apa raja cakap didakap. Apa raja titah disembah. Apa raja seru itu wahyu. Manusia tidak bebas mengeluarkan pendapat. Cuba ceritakan kpd aku, negara monarki mana yg hebat sains dan teknologinya? Negara pencetus teknologi ialah Amerika. Bermula dari Amerikalah terciptanya keretapi, mentol, enjin, elektrik dsb. Adakah ketika itu Amerika negara monarki? Aku pelik kenapa dlm tempoh 5000 tahun ke belakang manusia tidak pandai buat keretapi, mentol, enjin, elektrik dsb. Seperti yg aku jawab tadi kerana sistem monarki membelnggu fikiran manusia. Setelah adanya al-quran, barulah manusia jadi lebih cerdik. Aku tak nafikan bahawa Jepun dan Britain juga punyai sistem beraja monarki tapi teknologi yg mereka dapat tu agak lewat. Itupun bila bermulanya perang dunia ke-2. Tapi soalan aku negara mana pencetusnya? Aku bukan pentaksub Amerika tapi apa yg aku dapat rumuskan di sini ialah apabila manusia dah mengenal demokrasi, fikiran manusia jadi bebas dan tidak lagi menjadi jumud. Kamu tau tak apa kelemahan sistem monarki beraja nih? Klu kamu hidup pada zaman monarki dulu, kesetiaan kamu kpd raja diukur apabila kamu menjadi pembodek raja yg hebat tapi bukan kerana diukur keintelektualan & kepakaran kamu mencipta sesuatu. Jika ada yg nampak hebat intelekknya maka akan ada saja org yg cemburu dan fitnah kamu ... last sekali mereka akan buat konspirasi menjatuhkan kamu .. sejarah ini akan sentiasa berulang
  • 43. BENARKAH HANTU WUJUD? Aku ni kekadang suka jugak melihat misteri paranormal pasal hantu nih di youtube atau gambar di internet bukan saja di asia malah di luar negeri pun ada bukti video mereka pernah nampak hantu. Susah aku nak percaya cerita pasal hantu sbb aku x pernah jumpa hantu. Cuma dengar cerita dari org yg pernah nampak hantu atau tengok video paranormal di internet. Yang menyebabkan org jadi yakin dlm viddeo tu hantu sbb ia dirakam oleh orang awam atau rakaman Cctv. Mcm biasalah mutu video dia tak berapa jelas atau kabur utk mengesahkan entiti tu benar2 hantu. Lainlah klu gambar hantu tu dirakam dengan menggunakan Hd atau video berkapasiti tingi. Lagipun video/gambar hantu boleh diedit dan dimanipulasikan pastu diuploadkan dlm internet. Kalau aku x percaya kewujudan hantu pun x boleh jugak sbb kepercayaan wujudnya benda2 ghaib sudah termaktub dalam agama. Kita kena yakin bhw Allah jadikan jin dan iblis tugasnya adalah utk meyesatkan manusia. Teori sains menyatakan hantu ni cuma wujud dlm halusinasi dan otak manusia yg tak seimbang dan konflik. Mereka kata kalaupun dlm imej video tu nampak seolah2 ada bebola api, itupun disebabkan lens yg berhabuk kena cahaya, Itu pasal lah imej tu terbentuk spt hantu. Menurut mereka lagi klu nampak Orb (cahaya asap), ini disebabkan oleh asap carbon monoksida yg terkena pantulan cahaya. Aku tak dapat pastikan bukti sains tu satu realiti atau tidak. Apapun aku boleh buat alasan bhw hantu tu benar2 wujud berdasarkan bukti org di kampung aku gempar nampak hantu secara live !! Masa tu ada kenduri arwah di rumah jiran aku. Sementara menanti org masjid datang buat tahlil, makcik2 sibuk menyediakan lauk-pauk di dapur pada malam tu. Tak semena-mena hantu berbulu lebat berlari dari atas rumah menuju ke dapur melangkah2 makcik2 yg tengah susun lauk dlm dulang. Apa tak kecohnya malam tu !!! Terjerit org ppuan kat dapur. Jadi susah pulak aku nak nafikan kewujudan hantu klu banyak saksi dan mata kepala yg menyaksikan insiden malam tu. Kesimpulannya sama ada hantu benar2 wujud atau tidak, itu bergantung pada anggapan atau pengalaman masing-masing.
  • 44. MENGULAS DRAMA KOREA Kamu fikir ingat aku ni fanatik drama Korea ker :) Aku follow drama Korea ni pun dah last minit ... ni dah nak hampir episod ke-100. Drama "Your Lady" channel 393 pukul 10.15 mlm dah nak sampai kemuncak. Syarikat Man- Bok tengah terumbang-ambing sekarang sbb Min Dong Yu (anak angkat Tuan Kang) dah sabotaj syarikat. Ada ker patut dia buat buat money loundry sbb nak pindahkan duit haram dgn cara jualbeli lukisan secara haram. Satu lagi dia ni nak lingkupkan syarikat Man-Bok sbb nak tubuhkan syarikat baru. Yang jadi mangsa ialah Kang Jung Hoon, Pengerusi Syarikat Man-Bok. Sebetulnya Min Dong Yu dah lama dendam dgn Kang Jung Hoon & ayahnya. Kang Jung Hooon sekarang kena siasat sbb jenayah bisnes ayah dia yg lampau. Nampaknya Kang Jung Hoonlah terpaksa yg jadi galang- gantinya. Lee Yon Soo (bekas makwe Kang Jung Hoon) pulak dapat tahu bahawa Tuan Kang pernah merancang kemalangan 6 tahun dulu .. tak tahulah sama ada Lee Yoon Soo nak maafkan bakal mentua dia ker tak ... haha Min Sean Yoong (adik Min Dong Yoon) watak ppuan jahat dlm cerita nih dah lama berdendam dgn Lee Yoon Soon dan keluarga Kang. Mcm2 cara dia buat nak lingkupkan Lee Yoon Soo tapi tak berjaya. Yang terbaru dia cuba menutup rahsia agar mak Lee Yoon Soo (Cikgu Lee) tak kenal identiti anak dia. Kalau Cikgu Lee tau Lee Yoon Soo ni anak dia maka episod ini kan berakhir sbb proksi utama pemegang saham syarikat terbesar Man-Bok ialah suami Cikgu Lee atau ayah Lee Yoon Soo ... Keadaan makin tertekan ! Aku yakin yg jahat akan kalah ... mana boleh yg jahat akan menang last minit tapi minggu ni yg jahat nampaknya tengah conquer keadaan. Apapun drama korea memang terbaiklah. Memang dorang kreatif creat cerita. Drama melayu boleh buat ker mcm nih ?
  • 45. DILEMMA TOKEY MELAYU Punca kenapa orang melayu tak nak pergi ke kedai melayu kerana tokey melayu tak faham ilmu psikologi nak berniaga. Kekadang bila kita masuk ke kedai dia, dia buat tak tau jer seolah2 kita ni org asing yg tak diundang. Itulah kelemahan yg aku tengok peniaga melayu nih. Sekurang2nya bertanyalah "yer encik nak cari apa encik" Lihat kawan aku seorang peniaga runcit, belumpun aku sampai ke pintu kedai lagi dia dah teriak "cikgu, mana pergi ...lama dah tak nampak" Satu lagi perangai peniaga melayu kita ialah yg suka berkira2. Kalau anak kita ambil 10 sen - 20 sen gula2 pun nak berkira jugak. Kamu tau tak klu kamu hadiahkan anak pelanggan setakat 20 sen gula2 itu kamu dah berjaya memancing pelanggan tu utk datang ke kedai kamu di lain masa. Lagi satu ialah barang yg kita nak biasanya tak ada atau dah abis stok. Itu jugak satu kelemahan peniaga melayu kita. Kita terpaksa pulak cari kedai lain ... lama2 asik tak ada, orang dah malas nak datang. Itu pasal lah peniaga melayu kena ubah mentaliti. Nak bersaing dgn orang cina kenalah ubah atitud berniaga secara lebih positif. Bila melayu gagal berniaga, mulalah nak salahkan pelanggan melayu sbb beli kat tokey cina. MINDA TEPU Asal masuk dlm kantin sekolah jer, tak ada crita lain .. asik2 crita hal mancing .. hal mancing ... pastu crita hal yg remeh-temeh dan lawak bodoh yg membuatkan fikiranku jadi semakin tepu. Bila dah masuk usia mcm ini, otak aku tak boleh menerima lagi dah perkara yg remeh-temeh. Aku ingin sesuatu yg ada percambahan ilmu atau dlm bahasa mudah ada wacana ilmu dan isu terkini. Bawalah apa saja cerita tentang politik, sosial, agama atau isu pendidikan, InsyaAllah aku boleh layan sebab apa yg aku baca tidak boleh disimpan dan dipendam lama2. Ianya harus dikongsikan bersama. Sepatutnya bila kau dah jadi seorang guru, kau mesti menjadi manusia yg sensitif dan peka dengan isu semasa. Kenapa engkau biarkan otak kau menjadi tepu dengan crita yg tidak mendatangkan manfaat? Tidak salah kau nak raikan kegembiraan kau dalam hidup melalui cerita2 yg remeh itu tapi tak ada ruangkah sesekali kau nak berwacana ilmiah dengan kekawan tentang isu semasa lain?
  • 46. MINDSET ORANG MELAYU Orang melayu bila nampak seseorang pakai jubah serban maka dialah ulama, ustaz dan alim dalam agama. Bagaimana pula dengan Dr Zakir Naik, Dr Faizal Rahman, Sheikh Ahmed Deedat, Dr Khalid Yassin, Yusuf Estes dan Dr Bilal Phillips. Mereka hanya memakai kot, tuxedo dan seluar saja. Kita lihat dengan ilmu mereka yg ada telah berjaya mengislamkan puluhan ribu non muslim. Jika yg berjubah & berserban banyak melaung-laungkan cinta nabi ttpi non muslim masih juga x faham ISLAM tapi kadangkala yg berjubah & berserban yg byk membuatkan islam itu jadi susah. Mudah bukan? Memakai jubah dan serban sahaja dianggap ULAMA oleh masyarakat kita. 'Mindset' orang2 melayu juga bila tengok orang pakai jubah & serban orang ini tidak mungkin akan berbohong dan menipu.Maka mulalah apa saja yg diberitahukan oleh yg berjubah dan berserban ini mereka telan semuanya dan menanggap itu adalah AGAMA ISLAM. Apabila ada yg mengkiritik yg berjubah & berserban seolah2 bagi mereka telahpun pun mengkrtik agama islam itu sendiri. Bagi mreka kalau setakat pakai baju melayu dan kopiah sahaja maka kata2 orang itu tidak boleh dipakai kerana mereka bukan ULAMA. Maka diimportlah tokoh2 dari luar negara datang ke Malaysia walaupun disebabkan di negara mereka tokoh ini bukanlah dikenali sbg ulama pun dtg ke malaysia terus dikira ULAMA.
  • 47. ADAKAH BULU KHINZIR ITU NAJIS? Tidak ditemui satu dalil pun WAJIB SAMAK apabila SENTUH khinzir (kulit atau bulunya). Padahal sesuatu pengharaman itu wajib disertakan dalil pengharamannya. Jika tidak ada, ia kembali kepada hukum asal yakni mubah / harus. Larangan Allah berkenaan KHINZIR adalah apabila MEMAKAN DAGINGNYA terdapat dlm surah Al-An'am, ayat 145 dan Surah Al Maidah, Ayat 3. Adapun perintah SAMAK apabila MENYENTUHNYA tidak pernah ditemui setakat ini. Perhatikan maksud firman Allah ini : "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah". (Surah Al Maidah, Ayat 3) Berdasrkan ayat di atas larangan memakan babi diletakkan sebaris dengan ayat memakan bangkai dan darah. adakah semua bangkai dan darah wajib juga samak? Berbeza halnya dengan ANJING kerana telah sahih hadis yang memerintahkan SAMAK. Itu pun terhad kepada BEKAS / BEJANA yang biasa kita gunakan lalu ia DIJILAT oleh anjing. - Lihat Shahih Al-Bukhari, no. 172. Beberapa persoalan lain muncul jika dikatakan WAJIB samak apabila menyentuh khinzir: 1- Bukankah kebanyakan benda yang kita gunakan juga disentuh oleh non Muslim yang menyentuh khinzir? Jam tangan, handphone dan pelbagai yang kita beli dari kedai-kedai non Muslim. 2- Bukankah pinggan mangkuk yang digunakan di restoran juga disentuh dan digunakan oleh non Muslim yang memakan dan menyentuh khinzir? Adakah kita menyamak pinggang mangkuk tersebut setiap kali makan di restoran? 3- Bukankah kita juga bersentuhan / berjabat tangan dengan tangan non Muslim yang menyentuh khinzir ketika memakannya? Adakah kita menyamak tangan? Tidak semua yg diharamkan untuk dimakan itu najis, seperti halnya dengan keldai jinak yg dijadikan tunggangan, haram dimakan dagingnya tetapi ia tidaklah najis. Sebagaimana yg dijelaskan oleh al imam syaukani, kalau seandainya kita katakan najis, maka dalil mencuci dgn tujuh kali itu hanya dikhususkan kepada jilatan anjing tetapi sentuhan babi tidak lah najis. Sebenarnya perintah samak itu hanya terhad kepada JILATAN anjing sahaja. Itu pun pada BEJANA atau BEKAS yang kita gunakan. Lihat Sahih Muslim. Begitu mudahnya Islam.
  • 48. SESATKAH WAHABI? Wahabi dilabel untuk memberi gambaran buruk kepada golongan yg mengikut manhaj salaf para sahabat. Jika di malaysia anda akan dituduh wahabi jika tidak berdoa qunut subuh walhal dalam mazhab selain syafie seperti hanafi tidak melakukan doa qunut. Anda akan dilabel wahabi jika tidak membaca yaasin pada malam jumaat walhal yang dituntut sebaliknya ialah membaca surah al-kahfi setiap hari Jumaat. Jadi apa amalan yang pelik pada pandangan umum masyarakat melayu maka akan dilabel wahabi. Wahabi juga dituduh tidak mengikuti mana2 mazhab fiqh yang empat. Sebenarnya wahabi masih mengikuti mazhab di tempat masing2. Orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab Syafie. Orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi. Jika anda mengkaji agama bersandarkan dalil/bukti anda akan dilabel wahabi. Tapi jika anda mengikuti agama secara taqlid, anda tidak dilabel sebagai wahabi. Jadi wahabi hanyalah labeling dari satu golongan kepada golongan yang lain untuk menutup kesalahan.
  • 49. WAHABI TIDAK ADA MAZHAB? Ramai yang salah faham tentang wahabi. Wahabi tidak ada mazhab. Wahabi bukanlah mazhab seperti mazhab syafie, maliki, hambali, hanafi, auzai'ie, thauri, zahiri, syiah dan beberapa mazhab. Wahabi tidak ada kitab. Tidak pernah diistilahkan dalam fiqh bahawa wahabi mempunyai kitab. Wahabi ini satu istilah kontemporari yg dinisbahkan kepada tokoh Muhammad bin Abd Wahab, lahir pada 1115 hijrah - Amat jauh dengan zaman 4 mazhab! Siapa yg memberi jolokan wahabi ini? Kebanyakan ulama berpendapat gelaran wahabi ini datangnya dari golongan orientalis yg sengaja memecahbelahkan umat Islam. Jadi amat sukar kita nak definasikan wahabi itu apa. Kalau dalam mazhab syafie ada sumber rujukan kitab seperti kitab al-muhadzdzab, al-umm, raudhatul tolibin, al-fiqh Al-manhaji dan banyak lagi. Sedangkan wahabi tidak ada kitab. Jadi apa definasi wahabi? Muhammad bin Abd Wahab pun mengikuti mazhab hambali. Dalam sesetengah keadaan, beliau tidak berapa setuju beberapa pandangan hambali tapi beliau tidak pernah buat mazhab sendiri. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali. Beliau adalah kelompok terbawah dalam mazhab syafie. Kadangkala pandangannya tidak sama dengan ulama syafie tapi beliau tidak buat mazhab baru. Kebanyakan umat Islam nusantara menggunapakai mazhab shafie-ghazali bukannya syafie yg asal. Itu sebablah kebanyakan umat Islam di Malaysia dan Indonesia berpegang kepada kitab ihya ulumiddin tulisan Imam Ghazali.
  • 50. DILEMMA TV MELAYU TV melayu asik mainkan drama watak2 org melayu yang berkerjaya tinggi. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu2 emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Malahan dalam politk melayu, ada org melayu pernah berarak membawa kepala lembu konon nak bangkitkan sentimen melayu. Lihat bagaimana Tv melayu memprogramkan minda kelas bawahan melayu. Itu sebab orang melayu kuat berangan, lalai dan mundur kerana jiwanya sering dipermainkan. Akibat terlalu leka, mereka lupa isu kenaikan harga barang. Sebenarnya tv boleh meningkatkan kesedaran dan halatuju bangsa. Tapi kenapa tv melayu tidak boleh buat? Puncanya adalah kerana nak meraih keuntungan. Yang menentukan format rancangan ialah syarikat iklan. Tv melayu terpaksa akur dengan syarikat iklan kerana jika rating penonton meningkat, iklan bertambah laris. Bila produk iklan banyak masuk, syarikat Tv akan meraih keuntungan yg tinggi. Nampak tak modus operandi dia? Zaman ini material lebih dipandang tinggi dari segala2nya. Soal nak memprogramkan minda melayu supaya maju tidak diambil kira. Yang penting untung ... untung .. untung
  • 51. PERBEZAAN DRAMA MELAYU DENGAN DRAMA ORANG AMERIKA Biasanya org ppuan berlonggok depan tv start pukul 7 malam. Orang ppuan suka cerita mcm ini. Bila rating drama naik, produk diiklan semakin laku. Sejauh mana drama melayu boleh memartabatkan pemikiran melayu? Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci) Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera) Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba) Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah) Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali) Cinta Jannah (cinta/kahwin segera) Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera) Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan) Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa) Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa) Sementara itu drama TV Amerika pula: House MD (perubatan/socratic method) Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah) Lie to Me (penyiasatan/applied psychological) Under the Dome (sains fiksyen) Elementary (penyiasatan/deductive reasoning) Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden) The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis) The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan) Suits (legal/case management strategy) The Mentalist (penyiasatan/social engineering) Skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi. Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi pendidikan dan kerjaya
  • 52. DOKTRINASI ZIONIS Kadangkala kita tidak sedar bahawa selama ini kita telah ditipu oleh zionist. Jika berita2 zionis ini disiarkan berulang-kali, lama kelamaan kita akan percaya berita itu 100%. Sama ada melalui akhbar, televisyen atau internet sumber2 maklumat palsu kebanyakannya datang dari zionist. Mereka menguasai ekonomi, media cetak serta media elektronik untuk propaganda memburukkan golongan yg dikatakan teroris Islam. Ketika anggota teroris dibicarakan dan dihukum atas letupan bom, pemilik hotel yahudi JW Marriott sekarang ini sedang bersenang-lenang menikmati wang insuran berbillion2 dollar. Siri letupan hotel JW Marriot juga berlaku di Negara Pakistan. Dikatakan bahawa pemilik hotel ini adalah orang yg sama. Siapakah sebenarnya yg meletupkan hotel itu? Itulah yg paling mesteri kerana ia seakan-akan telah dirancang. Baru2 ini sebuah pasaraya di Nairobi telah diletupkan pun dari pemilik yg sama. Siapa yg untung dalam permainan zionis ini? Sudah tentulah ahli korporat Amerika yg membina kekayaan hasil kepercayaan yg diberikan oleh media kita yg telah didoktrinisasikan itu. SATU PAGI DI WARUNG KOPI Umno A : Dengar citer minyak nak naik lagi. Parah la kita ! Hai nasib la badan. Kalau tau macam ni lagi baik aku undi PR. Dapat jugak harga minyak rm1.50 seliter. Umno B : Kau dengar la temberang si Nuar tu. Takkan ada nyer mau turun rm1.50. PR memang kaki pembelit. Diorang mana ada akujanji ditepati. BN tetap terbaik ! Umno A : Abis tu, kenapa sebelum p/raya BN dah janji minyak tak akan naik jika diorang menang dlm PRU-13. Tapi sekarang kenapa naik? Akujanji ker Tipujanji? Umno B : (Muka merah padam - no komen)
  • 53. PLAGIAT ASSAIMEN Inilah yang biasa pensyarah lakukan untuk mengesan mahasiswa mereka sama ada mereka "memplagiat" atau tidak kerja kursus terutama sekali berkaitan kerja kursus secara online. Sama ada plagiat daripada yahoo, google doc, pdf, scribd atau dari mana sekalipun, software yang digunakan itu tetap dapat mengesan. Pensyarah selalu berpesan, plagiat adalah satu bentuk jenayah akdemik. Aku pun tak tahu macamana nak buat trick agar kerja kursus kita tidak mudah dikesan oleh pensyarah. Tapi bagi aku khazanah ilmu banyak terdapat di internet. Nak "Copaste" memang boleh tapi beragak2lah sikit jgn copaste satu blog ... melampau. Apa yg penting pandai2lah kita mengolah ayat dan perkataan dgn menghubungkan isikandungan pada bahan internet yg lain. Pensyarah pun ada perasaan jugak.
  • 54. KANAK2 DI MASJID Kebanyakan masjid2 dan surau di negara kita melarang kanak-kanak solat di saf orang dewasa. Dakwa mereka kulup kanak2 tu bernajis jadi tak layak solat sebelah orang dewasa. Mereka dakwa lagi, akan hilang pahala kesempurnaan solat jika solat di sebelah kanak2 sebab kanak2 menanggung najis Tapi ... Andaikata yg solat di sebelah kita itu orang dewasa yg bernanah di kulitnya adakah sempurna solat kita? Andaikata yg solat di sebelah kita itu orang tua yang berbau hancing. adakah sempurna solat kita? Lagipun masa solat tu, kita tidak terkena najis sebab orang sebelah saja yg ada najis. Sebenarnya tidak pernah ada dalil yang membahaskan masalah boleh atau tidak kanak-kanak solat dengan orang dewasa. Kebanyakan orang melayu suka sangat menyukarkan keadaan. Feqah yang luas disempitkan. Alangkah eloknya kanak2 solat dgn orang dewasa sebagai tanda kita menghargai keberadaannya solat di sisi orang dewasa.
  • 55. YAHUDI, KRISTIAN DAN SYIAH Apabila ditanya kepada orang YAHUDI, Siapa orang yang paling baik dalam agama kamu? Orang yahudi jawab orang yg paling baik dalam agama kami ialah SAHABAT NABI MUSA Apabila ditanya kepada orang KRISTIAN, Siapa orang yang paling baik dalam agama kamu? Orang kristian jawab orang yg paling baik dalam agama kami ialah SAHABAT2 NABI ISA iaitu HAWARIYYUN Apabila ditanya kepada orang SYIAH siapa orang yang paling dibenci dalam agama kamu? Orang syiah jawab orang yg paling dibenci dalam agama kami ialah SAHABAT2 NABI SINOPSIS DRAMA PENDEK DARI AKU Seorang menteri naik helikopter utk melawat kampung. Ketika di udara, helikopter tak stabil dan berpusing2. Keadaan jadi gawat krn helikopter hendak terjunam. Pilot mengarahkan menteri terjun dengan memakai beg payung terjun yg ada di bahagian tempat duduk belakang. Setelah menteri terjun tiba giliran pilot pula utk terjun. Sebelum terjun, pilot terkejut apabila mendapati beg sandang sekolah anaknya telah tiada!