SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
• Berwuduk merupakan salah satu ibadat dalam
  Islam. Setiap mukmin semestinya setiap hari
  akan berwuduk sebelum solat. Kerana
  tanpanya solat akan jadi sia-sia.

• Pengertian wuduk pada syarak adalah
  membasuh atau menyapu anggota tertentu
  yang dimulakan dengan niat.
DALIL-DALIL BERWUDUK
q

    Wahai orang-orang yang beriman, apabila •
      kamu hendak mengerjakan sembahyang
         (padahal kamu berhadas kecil), maka
(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan
   kedua belah tangan kamu meliputi siku dan
     sapulah sebahagian dari kepala kamu dan
     basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi
           buku lali. “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)
•

                     Hadis Abu Hurairah r.a: •
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak akan
     diterima sembahyang seseorang yang
       berhadas sehinggalah dia berwuduk
•




•   Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:
    Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka
    beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan
    membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam
    bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta
    memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.
    Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali.
    Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga
    ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam
    keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan
    menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh
    kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara
•




                                                  Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:   •
         Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah
   meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua
              tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan
mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan
 membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau
    membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian
 menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga
   kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.
Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk
seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa
           yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan
 sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka
                              Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu
• Sabda Rasullullah SAW:
• "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia
  berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa
  syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa
  rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni
  minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa
  tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-
  Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah
  hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan
  orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari
  kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka
  untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia
  memasukinya dari mana dia suka.
• (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55)
  dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
•




    •
•   Hadis Abu Hurairah r.a:
    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu bersabda:
                    Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya:
    Tidakkah kami semua saudara-saudara kamu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Kamu
    semua adalah sahabatku, saudara-saudara kita ialah mereka yang belum wujud lagi. Sahabat bertanya lagi:
    Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum lagi wujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah?
    Baginda menjawab dengan bersabda: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda
    yang berbulu putih di dahi serta di kakinya dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam
    legam. Adakah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda
    bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana kesan wuduk. Aku
    mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalang dari datang ke telagaku seolah-olah
    menghalau unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Kemarilah kamu semua. Maka diberitahu bahawasanya
    mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat. Maka aku bersabda: Pergilah jauh-jauh dari sini
•




• Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
  Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang
  yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari
  Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk
  dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang
  mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan
  dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian
•




• Hadis Abu Hurairah r.a:
  Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak
  membasuh kedua tumitnya ketika mengambil
  wuduk. Maka baginda pun bersabda:
  Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail
  bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu
  berwuduk dengan seksaan api Neraka
•
•




• Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
  Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w
  dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami
  tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok
  manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana
  waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami
  dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka
  Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak
  basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk
  kamu dengan baik
•
•




• Hadis Abu Hurairah r.a:
  Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang
  dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah
  dia memasukkan air ke dalam hidung dan
  menghembusnya keluar sebanyak tiga kali
  kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam
  rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur
KELEBIHAN BERWUDUK
Berwuduk mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah
               dosa-dosa dihapuskan.

• Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam bersabda :




     “Barangsiapa berwuduk dan membaguskan
 wuduknya, maka kesalahan-kesalahannya keluar
   dari tubuhnya hingga keluar dari bawah kuku-
                      kukunya” ( Imam Muslim)
• Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w
  bersabda: Apabila seseorang muslim
  berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya
  dari pendengarannya (telinganya), matanya,
  tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia
  duduk menanti solat, ia duduk dalam
  keampunan (diampunkan) dosa-dosanya.
  Hadis Imam Ahmad.
• 3-Dengan wuduk seseorang dapat memasuki
  syurga dari pintu-pintu yang disukainya
  sebagaimana sabda Nabi s.a.w Tiada seorangpun
  dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan
  atau meratakan wuduknya, kemudian dia
  mengucapkan: Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna
  Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluhu, melainkan
  dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia
  boleh memasuki dari pintu manapun yang dia
  kehendaki.(Hadis riwayat muslim , irwa2ul ghalil
  no 96)
• Dari Umar r.a berkata: Sesungguhnya
  Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
  bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan
  sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-
  dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar
  dari celah-celah kukunya. Hadis Imam
  Muslim.
• 4-Menurut abu hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda
  Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk
  lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang
  dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan
  air .Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya
  keluarlah dosa yang dilakukan menggunkan kedua-dua
  tangannya bersama air atau titisan air .Apabila dia
  membasuh kedua-dua kakinya , keluarlah dosa berjalan
  yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau
  titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari
  segala dosa-hadis riwayat Muslim , kitab Al-Toharah , bab
  :khuruj al-khotoya Maal wuduk.
HUKUM BERWUDUK
• Wajib
  - Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu
   seperti solat fardu, solat sunat, membaca al-
   quran.

•   Sunat
•   Ketika hendak mandi wajib
•   Hendak mengulang kaji pelajaran
•   Ketika hendak tidur
•   Ketika marah
•   Perkara yang sunat untuk berwuduk.
•   1. Sehabis keluar darah dari hidung.
•   2. Sesudah mengantuk.
•   3. Hendak berjalan jauh.
•   4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
•   5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
•   6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau
    mengeluarkan kata-kata kotor.
•   7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
•   8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
•   9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
•   10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
•   11. Ziarah ke kubur.
•   12. Memegang atau memikul mayat.
•   13. Jika dalam keadaan marah.
•   Syarat-syarat Wuduk
•   Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
•   1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
•   2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang
    buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
•   3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
•   4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
•   5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya,
    sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin,
    getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir,
    eyeshadow dsb.
•   6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan
    sunat.
Rukun-rukun Wuduk

• 1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk
  mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula
  hendak membasuh muka:-

• ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil
  kerana Allah Ta'ala".
• 2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta
  meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu,
  dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut
  hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga
  kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
• . Ketika membasuh muka selain dari niat wuduk
  bacalah doa yang bermaksud:
  揌ai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan
  cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka
  wali-wali Kamu dan janganlah kamu
  menggelapkan mukaku dengan kegelapan
  Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-
  musuh Kamu.�
NIAT & BASUH SELURUH MUKA   DARI TELINGA KIRI-KANAN
• 3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU,
  dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan
  dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan
  sebanyak - 3 Kali.
• Ketika membasuh tangan dan siku hendaklah membaca
  doa; bagi tangan kanan membaca doa yang bermaksud:
  揌ai Tuhan, serahkanlah buku catatan amalanku melalui
  tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah.�
   Dan bagi tangan kiri hendaklah membaca yang bermaksud:
  揌ai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau
  dari Engkau serahkan buku catatan amalanku melalui
  tangan kiriku atau dari belakang.�
HUJUNG JARI HINGGA SIKU   MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
• 4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala
  dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan
  yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
• . Ketika menyapu kepala hendaklah membaca doa:

  揌ai Tuhan, litupilah aku dengan rahmat Engkau,
  turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah
  aku di bawah bayang Arasy Engkau pada hari yang
  tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan
  bayangan Engkau, hai Tuhan, peliharalah rambutku
  dan kulitku daripada Api Neraka.�
MENYAPU AIR KE KEPALA
• 5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua
  kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki,
  mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
• . Ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang
  bermaksud:
   揌ai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Sirat al-Mustaqin
   bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hamba-Mu yang salih.�
   12. Dan ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca yang
   bermaksud:
   揌ai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau
   dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam Neraka pada
   hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik.�
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI   MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
• 6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang
  dahulu didahulukan dan yang kemudian
  dikemudiankan.
• Sunat-sunat Wuduk
• Perkara-perkara yang disunatkan ketika
  berwuduk:-
• 1. Menghadap ke arah Kiblat.
• 2. Menbaca "Auuzubillah
  himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah
  hirrahman nirrahim".
• 2.sntiasa mengingati Allah di kala membasuh.
• 3. merasakan kehebatan allah.
• 4. bertaubat terhadap dosa2 yg telah
  dilakukan.
• 10. menggunting misai , mencabut bulu
  ketiak , mencukur bulu ari2, mengerat kuku
  dan berkhatan ( bagi yg belum)
• . Membasuh kedua telapak tangan hingga
  kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
• . Ketika membasuh dua tangan hendaklah
  membaca doa yang bermaksud:

 揌ai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari
 Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku
 minta perlindungan dengan Engkau dari
 kecelakaan dan kebinasaan.�
BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH
• 4. Berkumur atau bersugi.
• . Ketika berkumur hendaklah membaca doa yang bermaksud:
  揌ai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir
  kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di
  dunia dan di akhirat.

                                                                    •



• Hadis Abu Hurairah r.a:
  Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya
  arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada
  Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan
  mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan
  sembahyang
• �
• 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk
  membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
• Ketika memasukkan air ke dalam hidung hendaklah
  membaca doa yang bermaksud:

  揌ai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan Syurga dan
  Engkau redha kepadaku.�
• . Dan ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah
  membaca doa yang bermaksud:

  揌ai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan
  Engkau dari bauan Neraka dan keseksaan Neraka.�
• BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
• . Menyapu air ke kepala.
• Menyapu air pada kedua telinga.
• Ketika menyapu dua telinga hendaklah membaca doa
  yang bermaksud:
  揌ai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang
  mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya,
  hai Tuhan, perdengarkanlah aku Malaikat yang
  menyeru ke Syurga, di Syurga bersama-sama orang
  yang baik-baik.�
MENCUCI KEDUA TELINGA
• 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
• 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air
  sehingga rata.
• 9
• . Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
• 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan
  daripada yang kiri.
• 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
• 12
• . Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong
  menuangkan air sewaktu berwuduk.
• 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota
  wuduk dengan kain atau sebagainya.
• 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula
  ke bekas atau ketimba.
• 7. x bercakap2 selepas bersuci shingga bersembahyang
• 8. selalu memperbaharui wudhuk.
• 10 . menjaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.
• 15. Berjimat ketika menggunakan air.
• 16. Jangan berkata-kata atau bersembang
  ketika mengerjakan wuduk.
• 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah
  selesai berwuduk.
• Maksudnya:Aku menyaksikan bahawa tiada
  Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang
  menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa
  Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya
  Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang
  soleh. Maha Suci Allah dengan sifat
  kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan
  melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan
  taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta
  sejahterakanlah junjungan kami Muhammad,
  keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau
dubur)seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau
mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika
sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan,
pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak
tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan
tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh
dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek,
cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
وضؤ

More Related Content

What's hot (17)

12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
 
Etika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hariEtika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hari
 
Imtaq
ImtaqImtaq
Imtaq
 
Slide wudhu P&P
Slide wudhu P&PSlide wudhu P&P
Slide wudhu P&P
 
Hadits keselamatan
Hadits keselamatanHadits keselamatan
Hadits keselamatan
 
Sehat ala rasulullah
Sehat ala rasulullahSehat ala rasulullah
Sehat ala rasulullah
 
Thoharoh & pembahasannya
Thoharoh & pembahasannyaThoharoh & pembahasannya
Thoharoh & pembahasannya
 
Kitab mandi
Kitab mandiKitab mandi
Kitab mandi
 
01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu
 
Tatacara Shalat
Tatacara ShalatTatacara Shalat
Tatacara Shalat
 
Sifat mulia - Al hilm
Sifat mulia - Al hilmSifat mulia - Al hilm
Sifat mulia - Al hilm
 
Al hilm
Al hilmAl hilm
Al hilm
 
Sifat shalat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
Sifat shalat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallamSifat shalat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
Sifat shalat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
 
Sifat wudhu nabi
Sifat wudhu nabiSifat wudhu nabi
Sifat wudhu nabi
 
Tayamum dan Mandi Wajib
Tayamum dan Mandi WajibTayamum dan Mandi Wajib
Tayamum dan Mandi Wajib
 
Bab ii wudhu
Bab ii wudhuBab ii wudhu
Bab ii wudhu
 
Presentasi Adab Bepergian
Presentasi Adab BepergianPresentasi Adab Bepergian
Presentasi Adab Bepergian
 

Viewers also liked (6)

Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Proceso DIC 2012
Proceso DIC 2012Proceso DIC 2012
Proceso DIC 2012
 
Tw Merchandise Items 01
Tw Merchandise Items 01Tw Merchandise Items 01
Tw Merchandise Items 01
 
Betoi jadi 3......heheheehheehheheehee
Betoi jadi 3......heheheehheehheheeheeBetoi jadi 3......heheheehheehheheehee
Betoi jadi 3......heheheehheehheheehee
 
Betoi jadi 3......heheheehheehheheehee
Betoi jadi 3......heheheehheehheheeheeBetoi jadi 3......heheheehheehheheehee
Betoi jadi 3......heheheehheehheheehee
 
Barab
BarabBarab
Barab
 

Similar to وضؤ

Presentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point ThaharahPresentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point Thaharahjannahere
 
Thaharah des2011
Thaharah des2011Thaharah des2011
Thaharah des2011CG Muhammad
 
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWCara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWAnang Febrianto
 
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronji
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronjiKemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronji
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronjiHelmon Chan
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaJae Aya
 
Berhasilkah latihan kita
Berhasilkah latihan kitaBerhasilkah latihan kita
Berhasilkah latihan kitaAl Frilantika
 
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxdokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxKRISTIONOSMPN4DEMAK1
 
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxPresentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxAnisaManumpa
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Ringkasan zaadul maad
Ringkasan zaadul maadRingkasan zaadul maad
Ringkasan zaadul maadopi akbar
 
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptx
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptxPpt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptx
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptxGWDPUBLIC
 

Similar to وضؤ (20)

Kitab bersuci
Kitab bersuciKitab bersuci
Kitab bersuci
 
Wudhu
WudhuWudhu
Wudhu
 
Tata cara-wudlu-al-kautsar
Tata cara-wudlu-al-kautsarTata cara-wudlu-al-kautsar
Tata cara-wudlu-al-kautsar
 
Presentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point ThaharahPresentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point Thaharah
 
Mandi wajib
Mandi wajib Mandi wajib
Mandi wajib
 
Thaharah des2011
Thaharah des2011Thaharah des2011
Thaharah des2011
 
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWCara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
 
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronji
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronjiKemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronji
Kemudahan sifatwudhunabi ustadzabu‘abdilmuhsinas-soronji
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
 
Berhasilkah latihan kita
Berhasilkah latihan kitaBerhasilkah latihan kita
Berhasilkah latihan kita
 
sifat-wudu-nabi-prt2.pdf
sifat-wudu-nabi-prt2.pdfsifat-wudu-nabi-prt2.pdf
sifat-wudu-nabi-prt2.pdf
 
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxdokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
 
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxPresentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Cara berwudu dgan benar
Cara berwudu dgan benarCara berwudu dgan benar
Cara berwudu dgan benar
 
Kitab mandi
Kitab mandiKitab mandi
Kitab mandi
 
Panduan solat
Panduan solatPanduan solat
Panduan solat
 
Ringkasan zaadul maad
Ringkasan zaadul maadRingkasan zaadul maad
Ringkasan zaadul maad
 
Fikih Praktis dan Praktik.pptx
Fikih Praktis dan Praktik.pptxFikih Praktis dan Praktik.pptx
Fikih Praktis dan Praktik.pptx
 
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptx
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptxPpt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptx
Ppt Kaifiyatul Thaharah AIK 2022.pptx
 

وضؤ

  • 1.
  • 2. • Berwuduk merupakan salah satu ibadat dalam Islam. Setiap mukmin semestinya setiap hari akan berwuduk sebelum solat. Kerana tanpanya solat akan jadi sia-sia. • Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
  • 4. q Wahai orang-orang yang beriman, apabila • kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)
  • 5. Hadis Abu Hurairah r.a: • Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak akan diterima sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwuduk
  • 6. • • Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a: Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara
  • 7. Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a: • Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu
  • 8. • Sabda Rasullullah SAW: • "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi- Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. • (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
  • 9. • • Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu bersabda: Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya: Tidakkah kami semua saudara-saudara kamu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, saudara-saudara kita ialah mereka yang belum wujud lagi. Sahabat bertanya lagi: Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum lagi wujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Adakah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana kesan wuduk. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalang dari datang ke telagaku seolah-olah menghalau unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Kemarilah kamu semua. Maka diberitahu bahawasanya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat. Maka aku bersabda: Pergilah jauh-jauh dari sini
  • 10. • • Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian
  • 11. • • Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api Neraka •
  • 12. • • Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik •
  • 13. • • Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur
  • 15. Berwuduk mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dosa-dosa dihapuskan. • Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam bersabda : “Barangsiapa berwuduk dan membaguskan wuduknya, maka kesalahan-kesalahannya keluar dari tubuhnya hingga keluar dari bawah kuku- kukunya” ( Imam Muslim)
  • 16. • Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya. Hadis Imam Ahmad.
  • 17. • 3-Dengan wuduk seseorang dapat memasuki syurga dari pintu-pintu yang disukainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w Tiada seorangpun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluhu, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu manapun yang dia kehendaki.(Hadis riwayat muslim , irwa2ul ghalil no 96)
  • 18. • Dari Umar r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa- dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya. Hadis Imam Muslim.
  • 19. • 4-Menurut abu hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air .Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya keluarlah dosa yang dilakukan menggunkan kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air .Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya , keluarlah dosa berjalan yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa-hadis riwayat Muslim , kitab Al-Toharah , bab :khuruj al-khotoya Maal wuduk.
  • 21. • Wajib - Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu seperti solat fardu, solat sunat, membaca al- quran. • Sunat • Ketika hendak mandi wajib • Hendak mengulang kaji pelajaran • Ketika hendak tidur • Ketika marah
  • 22. Perkara yang sunat untuk berwuduk. • 1. Sehabis keluar darah dari hidung. • 2. Sesudah mengantuk. • 3. Hendak berjalan jauh. • 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak. • 5. Ragu-ragu dalam berwuduk. • 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor. • 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam. • 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah. • 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid. • 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama. • 11. Ziarah ke kubur. • 12. Memegang atau memikul mayat. • 13. Jika dalam keadaan marah.
  • 23.
  • 24. Syarat-syarat Wuduk • Syarat sah Wuduk itu ada enam:- • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun. • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan). • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar. • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb. • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
  • 25.
  • 26. Rukun-rukun Wuduk • 1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:- • ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala".
  • 27. • 2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali. • . Ketika membasuh muka selain dari niat wuduk bacalah doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh- musuh Kamu.�
  • 28. NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN
  • 29. • 3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali. • Ketika membasuh tangan dan siku hendaklah membaca doa; bagi tangan kanan membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, serahkanlah buku catatan amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah.� Dan bagi tangan kiri hendaklah membaca yang bermaksud: 揌ai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku catatan amalanku melalui tangan kiriku atau dari belakang.�
  • 30. HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
  • 31. • 4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali. • . Ketika menyapu kepala hendaklah membaca doa: 揌ai Tuhan, litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku di bawah bayang Arasy Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau, hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada Api Neraka.�
  • 32. MENYAPU AIR KE KEPALA
  • 33. • 5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali. • . Ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Sirat al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hamba-Mu yang salih.� 12. Dan ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca yang bermaksud: 揌ai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam Neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik.�
  • 34. MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
  • 35. • 6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
  • 36.
  • 37. • Sunat-sunat Wuduk • Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:- • 1. Menghadap ke arah Kiblat. • 2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 38. • 2.sntiasa mengingati Allah di kala membasuh. • 3. merasakan kehebatan allah. • 4. bertaubat terhadap dosa2 yg telah dilakukan. • 10. menggunting misai , mencabut bulu ketiak , mencukur bulu ari2, mengerat kuku dan berkhatan ( bagi yg belum)
  • 39. • . Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk. • . Ketika membasuh dua tangan hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan.�
  • 41. • 4. Berkumur atau bersugi. • . Ketika berkumur hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat. • • Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang • �
  • 42. • 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali. • Ketika memasukkan air ke dalam hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan Syurga dan Engkau redha kepadaku.� • . Dan ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan Neraka dan keseksaan Neraka.�
  • 43. • BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
  • 44. • . Menyapu air ke kepala. • Menyapu air pada kedua telinga. • Ketika menyapu dua telinga hendaklah membaca doa yang bermaksud: 揌ai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, hai Tuhan, perdengarkanlah aku Malaikat yang menyeru ke Syurga, di Syurga bersama-sama orang yang baik-baik.�
  • 46. • 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. • 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata. • 9
  • 47. • . Menjelai jari-jari tangan dan kaki. • 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri. • 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. • 12
  • 48. • . Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk. • 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya. • 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba. • 7. x bercakap2 selepas bersuci shingga bersembahyang • 8. selalu memperbaharui wudhuk. • 10 . menjaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.
  • 49. • 15. Berjimat ketika menggunakan air. • 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk. • 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.
  • 50.
  • 51. • Maksudnya:Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
  • 52.
  • 53. Perkara yang membatalkan wuduk. Enam perkara membatalkan wuduk:- 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur)seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya. 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk. 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya. 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati. 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya). 6. Murtad.