1. PENDETA Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad tidak pernah mengenal
erti berputus asa dan pernah berjuang untuk meninggikan martabat Bahasa Melayu
suatu masa dahulu.
Bidang yang diceburi: Kesusasteraan
• Artikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling”
diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya.
• Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan tulisan semula karangan
rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932.
• Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947,
Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan
Pelita Bahasa Melayu III (1958).
Sumbangan Kepada Negara
• Tokoh bahasa,pendidik dan sasterawan
• Orang Melayu pertama yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge Examination
• Gemar membaca buku
• Menerima gelaran Pendeta pada tahun 1956
• Dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya
dan Universiti Kebangsaan Malaysia