SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
SUHAIMI BIN JUNOH, INSTITUT PERGURUAN SULTAN
MIZAN, BESUT, TERENGGANU.
Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah
pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh
politik dalam usaha untuk melatih generasi muda
serta terbuka kepada semua golongan masyarakat
tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya.
PENGENALAN
Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip, dan
kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya, Lord
Baden-Powell.
Untuk menggalakkan perkembangan sikap
dan peribadi yang cemerlang ke arah
pencapaian tahap fizikal dan mental yang
maksimum selain daripada untuk menanam
semangat individu yang rajin berusaha untuk
memberikan sumbangan yang positif kepada
agama, keluarga, masyarakat, dan negara,
khususnya serta kepada dunia secara amnya.
Matlamat
Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden-Powell
(of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat
Leftenan Jeneral.
Pengasas Pengakap
Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan
pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London.
Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang
pensyarah di Universiti Oxford, London.
Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana
British yang bernama W.T. Smyth.
Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.
Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam
terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi.
Beliau pernah mengembara, berkhemah, dan berperahu di
beberapa buah tempat di England bersama tiga orang
abangnya.
Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman
dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP,
khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi
perintah (ketua).
Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti
pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih
tentera sebagai kerjaya tetapnya.
Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah
ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke
merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan
Afghanistan pada tahun 1876.
Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua
Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti,
Ghana.
Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi
Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya
yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh
semasa dalam peperangan.
Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai
Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan
Dragon Guard ke-5.
Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana
SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar-
askarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa
dalam ketenteraan.
Permulaan Pengakap
Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan
sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan
Pengakap) pada tahun 1907.
Buku Aids to Scouting telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.
Hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau
terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa
menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita
menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya
dikepung musuh.
BP telah mencipta pakaian seragam – baju kemeja, seluar
pendek, skaf, topi bulat bersisi dan kasut.
Sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku
terbitannya telah mendorong BP menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada tahun
1907.
Seramai 12 orang pengakap kanak-kanak telah
menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau
empat patrol.
Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah
dianjurkan di dunia.
Mereka diajar cara-cara mendirikan khemah, memasak,
mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa,
cara-cara untuk mengesan jejak dan berunggun api pada
sebelah malamnya.
Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku lagi
bertajuk Scouting for Boys (Pengakap untuk Kanak-Kanak)
yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa
bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama
pengakap di Pulau Brownsea.
Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-
kanak kepada pengakap.
Sehubungan dengan itu, BP telah menubuhkan Unit
Pengakap Kanak-Kanak kerana sebelum ini hanya belia
yang berumur sebelas tahun ke atas sahaja dibenarkan
menyertai Pasukan Pengakap.
Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan
di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya
berkembang ke seluruh dunia.
Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak
perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai
Gillwell Park di London.
Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang
pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park,
Richwood, London.
BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh
dunia semasa Jambori tersebut.
1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya
(Afrika) bersama isterinya Lady Baden Powell.
BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden Powell of
Gillwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat
French Legion of Honour.
BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941.
Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang
kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap
Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu
England.
Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah
Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank C. Sands, seorang
pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di
Institut Victoria (Victoria Institution) Singapura pada tahun
1910.
Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan
tersebut.
Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang
paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di
Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti
Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada
tahun 1912 oleh G.M. Laidlow;
Sabah 1913;
Pulau Pinang oleh H.R. Cheesman di Penang Free School
pada 1915;
Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala
Kangsar;
Kedah dan Perlis 1922;
Sarawak juga pada 1915;
Melaka dan Negeri Sembilan 1925 oleh Brunstone;
Selangor pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar;
Kelantan 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong; dan
Johor 1928 di Maktab Abu Bakar.
Terengganu juga pada tahun 1926 oleh A.J. Gracle;
Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu
telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten
N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
Dipercayai, jumlah keseluruhan anggota pergerakan
pengakap sehingga 1928 ialah seramai 85,000 orang.
Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura
disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya
dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Great Britain.
Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Kawasan Malaya telah menjadi satu badan
bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf
menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan
Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi
anggota Kawasan Asia Pasifik.
Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah
Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan
Budak-Budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, dan Sarawak.
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang
dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis
Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972)
tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968,
Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan
Pengakap Malaysia Tahun 1974.
Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-Budak yang
terdapat pada nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
“…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia 1974.
2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang
diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian
daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini
berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap
Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana
undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah
ditaksirkan sewajarnya…”
Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 -
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 .
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DALAM
KERJA-KERJAMU.
BERPENGAKAP SATU PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK,
TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEPADA
ORANG DEWASA.......
( kata-kata BP )
Sesi1 sejarah pengakap. by schiend oppa

More Related Content

What's hot

CH6F3
CH6F3CH6F3
CH6F3cgsha
 
Sejarah tingkatan3 bab6.1
Sejarah tingkatan3 bab6.1Sejarah tingkatan3 bab6.1
Sejarah tingkatan3 bab6.1Shane Addyson
 
Sejarah tingkatan 3 bab6.2
Sejarah tingkatan 3 bab6.2Sejarah tingkatan 3 bab6.2
Sejarah tingkatan 3 bab6.2Shane Addyson
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6far84
 
vii) PI Nbd
vii) PI Nbdvii) PI Nbd
vii) PI Nbddr2200s
 
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)Fadlan Fadzy
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Brenda Rachel Marie
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5fcgsha
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 

What's hot (13)

Sejarah Tingkatan 3: Bab 6
Sejarah Tingkatan 3: Bab 6Sejarah Tingkatan 3: Bab 6
Sejarah Tingkatan 3: Bab 6
 
CH6F3
CH6F3CH6F3
CH6F3
 
Sejarah tingkatan3 bab6.1
Sejarah tingkatan3 bab6.1Sejarah tingkatan3 bab6.1
Sejarah tingkatan3 bab6.1
 
Sejarah tingkatan 3 bab6.2
Sejarah tingkatan 3 bab6.2Sejarah tingkatan 3 bab6.2
Sejarah tingkatan 3 bab6.2
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6
 
vii) PI Nbd
vii) PI Nbdvii) PI Nbd
vii) PI Nbd
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part ii. (KSSM)
 
Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3
 
pemisahan singapura
pemisahan singapurapemisahan singapura
pemisahan singapura
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 

Similar to Sesi1 sejarah pengakap. by schiend oppa

SEJARAH PENGAKAP.pdf
SEJARAH PENGAKAP.pdfSEJARAH PENGAKAP.pdf
SEJARAH PENGAKAP.pdfJesseRose9
 
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & Sarawak
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & SarawakBab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & Sarawak
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & SarawakMohd Sofian
 
Bulan sabit merah
Bulan sabit merahBulan sabit merah
Bulan sabit merahsiaw ong
 
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaSejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysialatif123456
 
Apakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycApakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycTSIVANESAN1
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysiaisharsmiaa
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunanazieEizara
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSiti Zulaikha
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 6
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 6Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 6
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 6hamdan che hassan
 
Jawapan bab6-t3
Jawapan bab6-t3Jawapan bab6-t3
Jawapan bab6-t3Cg Man
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834Huang Qi Shen
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Steve Simon
 
pemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentpemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentMuhammad Haniff
 
Pembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxPembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxjiayi59
 

Similar to Sesi1 sejarah pengakap. by schiend oppa (20)

SEJARAH PENGAKAP.pdf
SEJARAH PENGAKAP.pdfSEJARAH PENGAKAP.pdf
SEJARAH PENGAKAP.pdf
 
Bab 6 ting 3
Bab 6 ting 3Bab 6 ting 3
Bab 6 ting 3
 
Sejarah pbsm
Sejarah pbsmSejarah pbsm
Sejarah pbsm
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmm Sejarah bsmm
Sejarah bsmm
 
Sejarahbsmm
SejarahbsmmSejarahbsmm
Sejarahbsmm
 
Gerko beruniform
Gerko beruniformGerko beruniform
Gerko beruniform
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & Sarawak
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & SarawakBab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & Sarawak
Bab 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah & Sarawak
 
Bulan sabit merah
Bulan sabit merahBulan sabit merah
Bulan sabit merah
 
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaSejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
 
Apakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycApakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran mayc
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunan
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merah
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 6
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 6Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 6
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 6
 
Jawapan bab6-t3
Jawapan bab6-t3Jawapan bab6-t3
Jawapan bab6-t3
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
pemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentpemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignment
 
Pembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptxPembentukan Malaysia.pptx
Pembentukan Malaysia.pptx
 

Sesi1 sejarah pengakap. by schiend oppa

  • 1. SUHAIMI BIN JUNOH, INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.
  • 2. Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. PENGENALAN Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip, dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya, Lord Baden-Powell.
  • 3. Untuk menggalakkan perkembangan sikap dan peribadi yang cemerlang ke arah pencapaian tahap fizikal dan mental yang maksimum selain daripada untuk menanam semangat individu yang rajin berusaha untuk memberikan sumbangan yang positif kepada agama, keluarga, masyarakat, dan negara, khususnya serta kepada dunia secara amnya. Matlamat
  • 4. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral. Pengasas Pengakap
  • 5. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi.
  • 6. Beliau pernah mengembara, berkhemah, dan berperahu di beberapa buah tempat di England bersama tiga orang abangnya. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua). Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya.
  • 7. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan.
  • 8. Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar- askarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan. Permulaan Pengakap
  • 9. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1907. Buku Aids to Scouting telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya di kalangan kanak-kanak. Hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh. BP telah mencipta pakaian seragam – baju kemeja, seluar pendek, skaf, topi bulat bersisi dan kasut.
  • 10. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku terbitannya telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. Seramai 12 orang pengakap kanak-kanak telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau empat patrol. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Mereka diajar cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak dan berunggun api pada sebelah malamnya.
  • 11. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku lagi bertajuk Scouting for Boys (Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak- kanak kepada pengakap. Sehubungan dengan itu, BP telah menubuhkan Unit Pengakap Kanak-Kanak kerana sebelum ini hanya belia yang berumur sebelas tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai Pasukan Pengakap.
  • 12. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gillwell Park di London. Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London. BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut.
  • 13. 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya Lady Baden Powell. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden Powell of Gillwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England.
  • 14.
  • 15. Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank C. Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution) Singapura pada tahun 1910. Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
  • 16. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M. Laidlow; Sabah 1913; Pulau Pinang oleh H.R. Cheesman di Penang Free School pada 1915; Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar; Kedah dan Perlis 1922; Sarawak juga pada 1915;
  • 17. Melaka dan Negeri Sembilan 1925 oleh Brunstone; Selangor pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar; Kelantan 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong; dan Johor 1928 di Maktab Abu Bakar. Terengganu juga pada tahun 1926 oleh A.J. Gracle; Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
  • 18. Dipercayai, jumlah keseluruhan anggota pergerakan pengakap sehingga 1928 ialah seramai 85,000 orang. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
  • 19. Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-Budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.
  • 20. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974. Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-Budak yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
  • 21. “…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut : 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. 2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan sewajarnya…” Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 .
  • 22. TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DALAM KERJA-KERJAMU. BERPENGAKAP SATU PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK, TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG DEWASA....... ( kata-kata BP )