Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sesi 03 2.3 definisi-definisi asas & al-khabar al-mutawatir
1. 2. SELAYANG PANDANG
2.3. DEFINISI-DEFINISI ASAS
1. Ilmu al-Mustalah ﻋ
ﻠ
ﻢ
ﺍ
ﻟ
ﻤ
ﺼ
ﻄ
ﻠ
ﺢ :
Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari segi
penerimaan dan penolakan.
2. Subjeknya:
Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.
3. Faedahnya: membezakan di antara hadith yang sahih daripada hadith yang bermasalah.
4. Al-Hadith ﺍ
ﻟ
ﺤ
ﺪ
ﻳ
ﺚ
Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith ﺃ
ﺣ
ﺎ
ﺩ
ﻳ
ﺚ merupakan kata jama’nya yang dibuat dengan tidak
mengikut kaedah qiyas.
Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk ucapan, perbuatan,
pengakuan atau sifat.
5. Al-Khabar ﺍ
ﻟ
ﺨ
َ
ﺒ
َ
ﺮ
Dari segi bahasa bermaksud berita, jama’nya akhbar ﺃ
ﺧ
ﺒ
ﺎ
ﺭ . Dari segi istilah ada tiga pendapat:
a. Ia adalah kata seerti dengan al-Hadith dari segi istilah.
b. Kata berlawanan dengan al-Hadith iaitu al-Hadith ialah perkara yang datang daripada Rasulullah
s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang lain.
c. Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca daripada Rasulullah s.a.w.
sedangkan al-Khabar berpunca daripada Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.
6. Al-Athar ﺍ
ﻷ
ﺛ
َ
ﺮ
Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.
Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:
a. Kata seerti bagi al-Hadith.
b. Kata berlawanan bagi al-Hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan
tabi’in sama ada ucapan atau perbuatan.
7. Al-Isnad ﺍ
ﻹ
ﺳ
ﻨ
ﺎ
ﺩ : Mempunyai dua pengertian iaitu,
a. Menyandarkan hadith kepada pengucapnya dengan secara bersanad.
b. Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.
Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/sesi-3-definisi-definisi-as...
1 of 3 24/10/2021, 11:34 am
2. 8. Al-Sanad ﺍ
ﻟ
ﺴ
ﻨ
ﺪ
Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadith itu disandarkan kepada al-
Sanad dan berpegang kepadanya.
Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai kepada matan [1].
9. Al-Matn ﺍ
ﻟ
ﻤ
ﺘ
ﻦ (Matan)
Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.
Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang berakhirnya sanad [2].
10. Al-Musnad ﺍ
ﻟ
ﻤ
ُ
ﺴ
ْ
ﻨ
َ
ﺪ
Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada al-shay’ilayh dengan erti menyandarkan dan
menisbahkan.
Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga ma’na:
a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua Sahabat secara berasingan.
b) Hadith marfu’ yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya bersambung.
c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-musnad masdar mimi (masdar yang
dimulakan dengan huruf mim).
11. Al-Musnid ﺍ
ﻟ
ﻤ
ُ
ﺴ
ْ
ﻨ
ِ
ﺪ
Seorang yang meriwayatkan hadith dengan bersanad sama ada dia memahaminya atau semata-mata
meriwayatkan.
12. Al-Muhaddith ﺍ
ﻟ
ﻤ
ُ
ﺤ
ﺪ
ّ
ﺙ
Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith, riwayah dan dirayah dan mengetahui kebanyakan
riwayat-riwayat hadith serta mengenali keadaan perawi-perawinya.
13. Al-Hafiz ﺍ
ﻟ
ﺤ
ﺎ
ﻓ
ﻆ
Ada dua pendapat
a) Semakna dengan al-Muhaddith. Ini mengikut kebanyakan ahli-ahli hadith.
b) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhaddith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat
dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya [3].
14. Al-Hakim ﺍ
ﻟ
ﺤ
ﺎ
ﻛ
ِ
ﻢ
Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadith sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali
beberapa hadith sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama’.
3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR
Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/sesi-3-definisi-definisi-as...
2 of 3 24/10/2021, 11:34 am
3. 3.1. FASAL PERTAMA: PEMBAHAGIAN “AL-KHABAR” BERDASARKAN KEPADA JALAN DAN
CARA SAMPAINYA KEPADA KITA
Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:
a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak terhitung bilangannya ia adalah Al-Mutawatir
b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan bilangannya ia adalah Al-Ahad.
Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan disentuh nanti,
Insha’Allah.
3.1.1. PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR ﺍ
ﻟ
ﺨ
ﺒ
ﺮ
ﺍ
ﻟ
ﻤ
ﺘ
ﻮ
ﺍ
ﺗ
ﺮ
Definisi
Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang berturut-turut
seperti contoh ﺗ
ﻮ
ﺍ
ﺗ
ﺮ
ﺍ
ﻟ
ﻤ
ﻄ
ﺮ tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.
Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada kebiasaannya
mustahil mereka berpakat untuk berdusta.
Huraian Definisi
Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi yang menurut
hukum ‘aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk mereka-reka khabar ini.
Syarat-syarat al-Mutawatir
Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada khabar melainkan dengan
adanya empat syarat iaitu:
1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had
minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang.
2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.
3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta.
4. Asas bagi khabar ini adalah pancaindera seperti kami mendengar, kami melihat, kami merasai dan
sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah ’aqal seperti pendapat tentang alam ini baru,
pada ketika itu khabar tidak boleh dinamakan dengan Al-Mutawatir.
Firefox https://onlinehadits.wordpress.com/2019/04/23/sesi-3-definisi-definisi-as...
3 of 3 24/10/2021, 11:34 am