SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
YAKJUJ & MAKJUJ API DI SEBALIK TEMBOK BESI 
Zack Zulkarnain 
www.yakjujdanmakjuj.com
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
ISI KANDUNGAN Pengenalan 4 Yakjuj & Makjuj Di Dalam Al-Quran 17 Siapakah Zulkarnain 47 Lokasi Tembok Yakjuj & Makjuj 63 Apakah Pengertian Sebenar Yakjuj & Makjuj 82 Kemusnahan Kaum Luth Oleh Yakjuj & Makjuj 102 Amaran Tuhan Tentang Bencana Gunung Berapi Raksasa 114 Kesimpulan 126 Update (10/2014) : Teori Alternatif Berpandukan Kiraan Kordinat 150
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
Yakjuj dan Makjuj – dua perkataan yang akan menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Biarpun seseorang itu tidak memahami langsung pengertian sebenar perkataan ‘Yakjuj’ dan ‘Makjuj’ di dalam bahasa Arab, beliau masih akan menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai satu entiti yang amat menakutkan. Hampir semua orang Islam percaya Yakjuj dan Makjuj ialah satu janji Tuhan kepada manusia menjelang akhir zaman. Begitu juga dengan penganut agama ahli kitab yang lain seperti Yahudi dan Nasrani, mereka juga turut beriman Gog and Magog ialah satu malapetaka yang bakal menimpa manusia sebelum Hari Kiamat. Di dalam Al-Quran, Yakjuj dan Makjuj hanya disebut sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi (18) dan juga surah Al-Anbiya’ (21). “Mereka berkata, ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?’” – [18 : 94] “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96] Daripada dua ayat di atas, kita boleh mendapat dua pengetahuan sahaja iaitu Yakjuj dan Makjuj menyebabkan banyak kemusnahan di atas permukaan Bumi dan yang kedua pula ialah Yakjuj dan Makjuj akan muncul semula seperti yang difirmankan oleh Tuhan kepada umat Islam. Ebook ini akan membicarakan apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana para pembaca yang dihormati sekalian boleh membuat persiapan untuk menyelamatkan diri dari malapetaka yang sangat dahsyat ini. 
Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang amat besar sehingga kekuatan tentera Zulkarnain tidak mampu menandinginya. Yang boleh dilakukan oleh Zulkarnain hanyalah dengan membina sebuah tembok gergasi untuk menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj daripada melakukan lebih banyak kerosakan di
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
atas Bumi. Zulkarnain hanya berjaya mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Zulkarnain tahu kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu memusnahkan Yakjuj dan Makjuj. 
1. Sesetengah pengkaji percaya bahawa Yakjuj adalah kaum Scynthia manakala Makjuj pula adalah kaum Parthia. Oleh itu mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan membina tembok besi bersadur tembaga adalah satu langkah yang lebih bijak bagi mengelak lebih banyak kerosakan yang akan berlaku akibat daripada aktiviti Yakjuj dan Makjuj. Objektif Zulkarnain bukanlah untuk memusnahkan terus Yakjuj dan Makjuj dari Bumi tetapi lebih kepada untuk menyekat pergerakan Yakjuj dan Makjuj. Zulkarnain tahu Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk dimusnahkan dengan kekuatan bala tenteranya. Hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa untuk memusnahkan Yakjuj dan Makjuj. Kebijaksanaan Zulkarnain ini disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : -
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
“Zulkarnain berkata : ‘Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku maka apabila janji Tuhanku telah datang Dia akan menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar’”. – [18 : 98] Zulkarnain adalah seorang hamba Tuhan yang telah diberikan kebijaksanaan untuk berfikir bahawa Yakjuj dan Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan sebarang senjata ciptaan manusia melainkan ianya hanya boleh disekat dan dikurung sementara waktu dengan membina sebuah tembok besar sebagai penghadang kemaraannya. Selain itu, dari kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya, Zulkarnain juga tahu tembok besar yang dibina tenteranya tidak akan mampu menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj buat selama-lamanya. Apabila kekuatan tembok tersebut tidak lagi mampu menampung kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang semakin bertambah dari zaman ke zaman, ianya akan pecah seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Zulkarnain. Detik tersebut akan berlaku tidak lama lagi dan kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Al-Quran harus bersedia untuk menyaksikan malapetaka dahsyat yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj. Kita juga harus sentiasa ingat bahawa Yakjuj dan Makjuj akan muncul ketika kebanyakan manusia di atas Bumi ini termasuk umat Islam sendiri berada dalam kelalaian yang nyata. “Dan telah hampir janji yang benar dan tiba-tiba, mata orang-orang yang tidak beriman melihat dengan tajam, "Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini. Tidak, kami adalah orang-orang zalim.” – [21 : 97] 
Menurut sepotong ayat Al-Quran di atas, Yakjuj dan Makjuj akan muncul ketika kebanyakan manusia berada dalam keadaan yang sangat melalaikan sehinga mereka akan terkejut terbeliak mata kerana tidak menyangka Yakjuj dan Makjuj akan muncul pada masa yang tidak diduga oleh mereka. Orang-orang Islam juga akan terkejut kerana tidak menyangka Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti yang mereka percaya berdasarkan dari pembelajaran ilmu-ilmu keagamaan dan buku-buku yang ditulis mengenainya. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj akan mengejutkan ramai manusia kerana Yakjuj dan Makjuj lebih
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
dahsyat dan lebih menggerunkan berbanding daripada apa yang mereka pernah bayangkan sebelum ini. Lebih menakutkan, kemunculan Yakjuj dan Makjuj akan merosakkan banyak harta benda serta meragut banyak nyawa manusia dalam masa yang singkat. Apabila ia keluar dari bawah tanah, tiada seorang pun yang berupaya melarikan diri apatah lagi menyelamatkan diri daripada serangan Yakjuj dan Makjuj. Pergerakan Yakjuj dan Makjuj amatlah pantas dan sukar diramal ke mana momentum arah pergerakannya. Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan apa sahaja yang berada dalam laluan pergerakannya. Tiada satu pun senjata manusia mampu menahan atau menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj apabila ia muncul nanti. 
2. Gambaran Gog and Magog oleh orang Barat.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
Apabila muncul untuk memusnahkan manusia di bandar-bandar yang berada dalam laluannya, Yakjuj dan Makjuj akan turun dari kawasan tinggi. Ketika itu para manusia yang mendiami sesebuah bandar itu akan terkejut melihat kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang datang tanpa memberi sebarang amaran. Selepas itu dalam masa yang amat singkat, Yakjuj dan Makjuj akan turun dengan pantas untuk memusnahkan segala-gala yang berada dalam sesuatu bandar itu. Baik bangunan, harta benda awam, kenderaan mahu pun manusia – semua ini akan menjadi mangsa kemusnahan Yakjuj dan Makjuj yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Tiada satu pun senjata manusia di atas Bumi ini mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj. Melemahkannya jauh sama sekali. Jika semua negara di dunia ini bergabung untuk membentuk satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan Yakjuj dan Makjuj, ianya masih tidak mampu membawa sedikit perbezaan pun kerana Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk ditewaskan. Kerana itulah kaum yang disebut dalam ayat 93, surah Al-Kahfi (18) sanggup menawarkan satu pembayaran agar Zulkarnain membina sebuah tembok atau dinding bersaiz besar untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di bahagian sisi mereka satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
3. Yakjuj & Makjuj dikatakan terletak di antara dua buah gunung. Kaum yang dimaksudkan bukanlah Yakjuj dan Makjuj, tetapi mereka adalah salah satu kaum yang berada dalam wilayah kekuasaan Zulkarnain. Kaum ini tidak mengerti sepenuhnya bahasa percakapan Zulkarnain. Kemungkinan ayat di atas iaitu ‘satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan’ bermaksud kaum tersebut tidak memahami bahasa percakapan Zulkarnain melainkan hanya mengerti sedikit sahaja. Walaupun begitu, kaum ini masih berupaya berkomunikasi dengan Zulkarnain bagi mengadukan masalah mereka yang sering diganggu oleh Yakjuj dan Makjuj. Dalam ayat yang seterusnya kaum ini menawarkan satu jenis pembiayaan supaya Zulkanain boleh menggunakan kekuatan dan kebijaksanaannya untuk membina sebuah tembok besi bercampur tembaga bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj. 
Sebagai umat Islam, kisah Zulkarnain membina tembok besar ini untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj haruslah diyakini oleh kita kerana ianya tertulis di dalam Al-Quran. Ebook ini akan cuba memecahkan segala persoalan yang menyelubungi umat Islam hari ini tentang apakah yang dimaksudkan dengan
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini. Mengapa Zulkarnain yang mempunyai kekuatan tentera yang besar masih tidak mampu mengalahkan Yakjuj dan Makjuj? Jika Zulkarnain dan bala tenteranya yang kuat tidak mampu mengalahkan Yakjuj dan Makjuj, kita boleh bayangkan betapa besar dan kuatnya Yakjuj dan Makjuj. Kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang hampir mustahil ditandingi oleh tentera Zulkarnain menjadikannya sebagai satu entiti yang amat menakutkan manusia zaman moden hari ini. Semasa Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj di sebalik tembok besi yang besar, kekuatannya amat mustahil untuk ditewaskan. Apatah lagi selepas ribuan tahun dikurung, Yakjuj dan Makjuj telah dan sedang bertambah menjadi lebih banyak dan ini sekaligus meningkatkan lagi kekuatannya menjadi berlipat kali ganda berbanding pada zaman Zulkarnain dahulu. 
4. Gambaran Yakjuj & Makjuj sebagai sejenis kaum perosak Bumi.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
Walaupun kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu menandingi Yakjuj dan Makjuj, Zulkarnain telah mengambil satu langkah bijak dengan membina sejenis sistem pertahanan yang sangat efektif iaitu sebuah tembok besi bersadur tembaga kuning untuk mengekang pergerakan Yakjuj dan Makjuj daripada membuat kerosakan terhadap satu kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain. Kekuatan Yakjuj dan Makjuj tidak boleh ditewaskan oleh Zulkarnain tetapi dengan menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan kepadaNya, Zulkarnain menggunakan kekuatan tenteranya untuk membina sebuah tembok besi yang besar dan tinggi dalam masa yang singkat. Kekuatan yang ada pada tenteranya digunakan sebaik mungkin untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj dalam masa yang pantas dengan membina sebuah struktur binaan yang panjang dan tinggi berupa tembok atau pendinding bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj daripada bergerak lebih jauh untuk memusnahkan lebih banyak harta benda dan mengorbankan jiwa. Dengan bantuan dari kaum tersebut, Zulkarnain telah mendapat bantuan bekalan jongkong-jongkong besi dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat bagi tujuan pembinaan tembok besi tersebut. Selain dari jongkong besi, Zulkarnain juga telah meminta agar kaum tersebut menyediakan tembaga supaya beliau boleh meleburkannya dengan api. Apabila tembaga tersebut telah lebur, Zulkarnain mencurahkan tembaga lebur tersebut di atas jongkong-jongkong besi yang telah disusun membentuk sebuah tembok yang besar dan tinggi. “Berilah aku jongkong-jongkong besi." Sehingga, apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, "Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya." – [18 : 96]
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
5. Bijih besi yang wujud secara semulajadi dalam Bumi. Dengan mengunakan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan, Zulkarnain telah menggunakan kekuatan besi untuk mengekang kekuatan Yakjuj dan Makjuj. Walaupun Yakjuj dan Makjuj sangatlah kuat dan besar serta hampir mustahil untuk ditewaskan oleh angkatan tenteranya, Zulkarnain memilih besi sebagai senjata utama untuk menewaskan Yakjuj dan Makjuj. Senjata seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya tidak mampu menandingi Yakjuj dan Makjuj yang mempunyai kekuatan yang amat besar. Tetapi dengan membina sebuah tembok diperbuat dari besi bersadur tembaga, Zulkarnain dapat menyelamatkan kaum tersebut dari kerosakan yang dibuat oleh Yakjuj dan Makjuj. 
Caranya ialah dengan menggunakan kekuatan besi bagi menghalang pergerakan Yakjuj dan Makjuj. Membina tembok besi yang besar dan tinggi merupakan satu langkah terbaik bagi menyelamatkan diri dari serangan Yakjuj dan Makjuj. Besi mempunyai kekuatan yang lebih besar berbanding Yakjuj dan
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
Makjuj jika besi disusun menjadi sebuah tembok penghadang bersaiz besar. Kerana kepantasan tentera Zulkarnain membina sebuah tembok besi bersadur tembaga dalam masa yang singkat dengan bantuan dari satu kaum yang membantunya – Yakjuj dan Makjuj berjaya dikurung di sebalik sebuah tembok besar dan tinggi. Oleh yang demikian, Yakjuj dan Makjuj telah berjaya dikurung dan misi Zulkarnain pun tercapai. “Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.” – [18 : 97] Kejayaan Zulkarnain membina tembok besi untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin tentera yang sangat pintar untuk berhadapan dengan apa sahaja bentuk ancaman dan musuh di hadapannya. Selain dari kepintarannya, Zulkarnain juga menunjukkan kebolehannya menguruskan dan melaksanakan sesuatu projek atau misi dengan teratur dan menggunakan masa yang lebih pantas untuk menyiapkannya agar kejayaan boleh dicapai. Dengan kata lain,kebijaksanaan menguruskan masa dan mengatur gerak kerja merupakan strategi kejayaan Zulkarnain mencapai kemenangan dalam banyak perperangan. Walaupun situasi yang dihadapinya berbeza ketika berhadapan dengan Yakjuj dan Makjuj berbanding ketika berhadapan dengan tentera musuh dalam banyak perperangan sebelumnya, Zulkarnain masih berupaya mengadaptasikan strategi perperangannya untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj yang lebih kuat daripada bala tenteranya. Tembok besi bersadur tembaga yang dibina hanyalah bersifat jangka pendek sahaja kerana Zulkarnain tahu, kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang beliau kurung itu akan bertambah dari zaman ke zaman. Dan apabila sampai ke satu titik kemuncak di mana tembok besi tersebut tidak mampu lagi menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj, ianya akan pecah dan hancur.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
“Berkata, "Ini adalah satu pengasihan daripada Tuhanku. Tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98] Detik terpecahnya tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain pasti akan berlaku. Ianya sedang menunggu masa sahaja untuk musnah dan apabila tibanya detik tersebut, Yakjuj dan Makjuj akan meluru keluar dengan pantas untuk memusnahkan segala-gala yang berada dalam laluanya. Inilah adalah satu janji Tuhan kepada manusia menjelang Hari Kiamat. Kemusnahan yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj amatlah dahsyat dan melangkaui imaginasi kita untuk menggambarkan bagaimana rupa bentuk Yakjuj dan Makjuj dan bagaimanakah teruk kesannya kepada manusia di seluruh dunia. Ebook ini diterbitkan bagi membawa para pembaca mengikuti dan mengetahui pembongkaran terhadap misteri sebenar Yakjuj dan Makjuj yang tidak diketahui oleh umat Muhammad selama hampir 1400 tahun selepas Al-Quran diturunkan di Tanah Arab. Penulis akan menerangkan perspektif baru tentang Yakjuj dan Makjuj yang sangat bertentangan dengan pemahaman umat Islam selama ini. Pembongkaran penulis akan memberi cabaran baru terhadap pegangan lama umat Islam dan penganut agama ahli kitab yang lain tentang apakah pengertian sebenar Yakjuj dan Makjuj yang amat digeruni oleh generasi terdahulu sehingga ke generasi sekarang. Hanya dengan menjadi Al-Quran sebagai rujukan utama ditambah dengan pengetahun moden manusia dalam pelbagai bidang disiplin ilmu, penulis berharap agar para pembaca dapat menerima perspektif baru mengenai Yakjuj dan Makjuj ini yang sangat bertentangan dengan pegangan tradisional yang difahami dan disebarkan oleh guru-guru agama pada zaman dahulu. Penulis akan cuba menyakinkan para pembaca bahawa Yakjuj dan Makjuj lebih menggerunkan dan lebih kuat daripada apa yang kita semua gambarkan. Dan untuk menambahkan ketakutan, pembaca akan mengetahui apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 
TAMAT EDISI PREVIEW! 
Untuk mendapatkan kandungan penuh ebook ini, anda boleh dapatkan ia di www.yakjujdanmakjuj.com/order.html 
Sekian! Terima kasih

More Related Content

What's hot

Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianNORANEEZ ISMAIL
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadarfarahmohammat
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikatfarahmohammat
 
1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhidwk_aiman
 
~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~syahidolly
 
Nota Tajwid al-Quran Lengkap
Nota Tajwid al-Quran LengkapNota Tajwid al-Quran Lengkap
Nota Tajwid al-Quran LengkapNurul Ashwad
 
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdf
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdfNOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdf
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdfFulanahBintFulan
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.jimoh370
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 

What's hot (20)

Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Kiamat.
Kiamat.Kiamat.
Kiamat.
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Al-Sunnah
Al-SunnahAl-Sunnah
Al-Sunnah
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
 
1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid
 
~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~
 
Nota Tajwid al-Quran Lengkap
Nota Tajwid al-Quran LengkapNota Tajwid al-Quran Lengkap
Nota Tajwid al-Quran Lengkap
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
 
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdf
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdfNOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdf
NOTA LENGKAP PQS T4 KSSM.pdf
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Keagungan Dan Kekuasaan Allah
Keagungan Dan Kekuasaan AllahKeagungan Dan Kekuasaan Allah
Keagungan Dan Kekuasaan Allah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 

Viewers also liked

Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'an
Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'anUsia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'an
Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'anRamadhani Sardiman
 
Matematika al qur'an fahmi basya
Matematika al qur'an fahmi basyaMatematika al qur'an fahmi basya
Matematika al qur'an fahmi basyachilmansyarif
 
Kehancuran bumi tahun 2053
Kehancuran bumi tahun 2053Kehancuran bumi tahun 2053
Kehancuran bumi tahun 2053Yunus Abdan
 
10 game yang menghina islam
10 game yang menghina islam10 game yang menghina islam
10 game yang menghina islamSally Sety
 
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)Razali Eko Dinoto
 
Keajaiban angka dalam al qur’an
Keajaiban angka dalam al qur’anKeajaiban angka dalam al qur’an
Keajaiban angka dalam al qur’anRyan Dwi
 
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & HadistRamadhani Sardiman
 
7 keajaiban-dunia-menurut-islam
7 keajaiban-dunia-menurut-islam7 keajaiban-dunia-menurut-islam
7 keajaiban-dunia-menurut-islamaswarmubarak
 

Viewers also liked (10)

Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'an
Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'anUsia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'an
Usia Dunia Tertulis Dalam Al Qur'an
 
Matematika al qur'an fahmi basya
Matematika al qur'an fahmi basyaMatematika al qur'an fahmi basya
Matematika al qur'an fahmi basya
 
Kehancuran bumi tahun 2053
Kehancuran bumi tahun 2053Kehancuran bumi tahun 2053
Kehancuran bumi tahun 2053
 
10 game yang menghina islam
10 game yang menghina islam10 game yang menghina islam
10 game yang menghina islam
 
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)
Isra mi'raj & akibat kec dasyat (Flying Book by KH.Fahmi Basya)
 
Keajaiban angka dalam al qur’an
Keajaiban angka dalam al qur’anKeajaiban angka dalam al qur’an
Keajaiban angka dalam al qur’an
 
Matematika Islam 2
Matematika Islam 2Matematika Islam 2
Matematika Islam 2
 
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist
7 Keajaiban Dunia Berdasarkan Al Qur'an & Hadist
 
7 keajaiban-dunia-menurut-islam
7 keajaiban-dunia-menurut-islam7 keajaiban-dunia-menurut-islam
7 keajaiban-dunia-menurut-islam
 
Matematika Islam 1
Matematika Islam 1Matematika Islam 1
Matematika Islam 1
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 

Yakjuj & Makjuj - Api Di Sebalik Tembok Besi (SAMPLE)

  • 1. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com YAKJUJ & MAKJUJ API DI SEBALIK TEMBOK BESI Zack Zulkarnain www.yakjujdanmakjuj.com
  • 2. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com ISI KANDUNGAN Pengenalan 4 Yakjuj & Makjuj Di Dalam Al-Quran 17 Siapakah Zulkarnain 47 Lokasi Tembok Yakjuj & Makjuj 63 Apakah Pengertian Sebenar Yakjuj & Makjuj 82 Kemusnahan Kaum Luth Oleh Yakjuj & Makjuj 102 Amaran Tuhan Tentang Bencana Gunung Berapi Raksasa 114 Kesimpulan 126 Update (10/2014) : Teori Alternatif Berpandukan Kiraan Kordinat 150
  • 3. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com Yakjuj dan Makjuj – dua perkataan yang akan menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Biarpun seseorang itu tidak memahami langsung pengertian sebenar perkataan ‘Yakjuj’ dan ‘Makjuj’ di dalam bahasa Arab, beliau masih akan menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai satu entiti yang amat menakutkan. Hampir semua orang Islam percaya Yakjuj dan Makjuj ialah satu janji Tuhan kepada manusia menjelang akhir zaman. Begitu juga dengan penganut agama ahli kitab yang lain seperti Yahudi dan Nasrani, mereka juga turut beriman Gog and Magog ialah satu malapetaka yang bakal menimpa manusia sebelum Hari Kiamat. Di dalam Al-Quran, Yakjuj dan Makjuj hanya disebut sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi (18) dan juga surah Al-Anbiya’ (21). “Mereka berkata, ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?’” – [18 : 94] “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96] Daripada dua ayat di atas, kita boleh mendapat dua pengetahuan sahaja iaitu Yakjuj dan Makjuj menyebabkan banyak kemusnahan di atas permukaan Bumi dan yang kedua pula ialah Yakjuj dan Makjuj akan muncul semula seperti yang difirmankan oleh Tuhan kepada umat Islam. Ebook ini akan membicarakan apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana para pembaca yang dihormati sekalian boleh membuat persiapan untuk menyelamatkan diri dari malapetaka yang sangat dahsyat ini. Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang amat besar sehingga kekuatan tentera Zulkarnain tidak mampu menandinginya. Yang boleh dilakukan oleh Zulkarnain hanyalah dengan membina sebuah tembok gergasi untuk menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj daripada melakukan lebih banyak kerosakan di
  • 4. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com atas Bumi. Zulkarnain hanya berjaya mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Zulkarnain tahu kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu memusnahkan Yakjuj dan Makjuj. 1. Sesetengah pengkaji percaya bahawa Yakjuj adalah kaum Scynthia manakala Makjuj pula adalah kaum Parthia. Oleh itu mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan membina tembok besi bersadur tembaga adalah satu langkah yang lebih bijak bagi mengelak lebih banyak kerosakan yang akan berlaku akibat daripada aktiviti Yakjuj dan Makjuj. Objektif Zulkarnain bukanlah untuk memusnahkan terus Yakjuj dan Makjuj dari Bumi tetapi lebih kepada untuk menyekat pergerakan Yakjuj dan Makjuj. Zulkarnain tahu Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk dimusnahkan dengan kekuatan bala tenteranya. Hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa untuk memusnahkan Yakjuj dan Makjuj. Kebijaksanaan Zulkarnain ini disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : -
  • 5. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com “Zulkarnain berkata : ‘Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku maka apabila janji Tuhanku telah datang Dia akan menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar’”. – [18 : 98] Zulkarnain adalah seorang hamba Tuhan yang telah diberikan kebijaksanaan untuk berfikir bahawa Yakjuj dan Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan sebarang senjata ciptaan manusia melainkan ianya hanya boleh disekat dan dikurung sementara waktu dengan membina sebuah tembok besar sebagai penghadang kemaraannya. Selain itu, dari kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya, Zulkarnain juga tahu tembok besar yang dibina tenteranya tidak akan mampu menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj buat selama-lamanya. Apabila kekuatan tembok tersebut tidak lagi mampu menampung kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang semakin bertambah dari zaman ke zaman, ianya akan pecah seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Zulkarnain. Detik tersebut akan berlaku tidak lama lagi dan kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Al-Quran harus bersedia untuk menyaksikan malapetaka dahsyat yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj. Kita juga harus sentiasa ingat bahawa Yakjuj dan Makjuj akan muncul ketika kebanyakan manusia di atas Bumi ini termasuk umat Islam sendiri berada dalam kelalaian yang nyata. “Dan telah hampir janji yang benar dan tiba-tiba, mata orang-orang yang tidak beriman melihat dengan tajam, "Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini. Tidak, kami adalah orang-orang zalim.” – [21 : 97] Menurut sepotong ayat Al-Quran di atas, Yakjuj dan Makjuj akan muncul ketika kebanyakan manusia berada dalam keadaan yang sangat melalaikan sehinga mereka akan terkejut terbeliak mata kerana tidak menyangka Yakjuj dan Makjuj akan muncul pada masa yang tidak diduga oleh mereka. Orang-orang Islam juga akan terkejut kerana tidak menyangka Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti yang mereka percaya berdasarkan dari pembelajaran ilmu-ilmu keagamaan dan buku-buku yang ditulis mengenainya. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj akan mengejutkan ramai manusia kerana Yakjuj dan Makjuj lebih
  • 6. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com dahsyat dan lebih menggerunkan berbanding daripada apa yang mereka pernah bayangkan sebelum ini. Lebih menakutkan, kemunculan Yakjuj dan Makjuj akan merosakkan banyak harta benda serta meragut banyak nyawa manusia dalam masa yang singkat. Apabila ia keluar dari bawah tanah, tiada seorang pun yang berupaya melarikan diri apatah lagi menyelamatkan diri daripada serangan Yakjuj dan Makjuj. Pergerakan Yakjuj dan Makjuj amatlah pantas dan sukar diramal ke mana momentum arah pergerakannya. Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan apa sahaja yang berada dalam laluan pergerakannya. Tiada satu pun senjata manusia mampu menahan atau menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj apabila ia muncul nanti. 2. Gambaran Gog and Magog oleh orang Barat.
  • 7. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com Apabila muncul untuk memusnahkan manusia di bandar-bandar yang berada dalam laluannya, Yakjuj dan Makjuj akan turun dari kawasan tinggi. Ketika itu para manusia yang mendiami sesebuah bandar itu akan terkejut melihat kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang datang tanpa memberi sebarang amaran. Selepas itu dalam masa yang amat singkat, Yakjuj dan Makjuj akan turun dengan pantas untuk memusnahkan segala-gala yang berada dalam sesuatu bandar itu. Baik bangunan, harta benda awam, kenderaan mahu pun manusia – semua ini akan menjadi mangsa kemusnahan Yakjuj dan Makjuj yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Tiada satu pun senjata manusia di atas Bumi ini mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj. Melemahkannya jauh sama sekali. Jika semua negara di dunia ini bergabung untuk membentuk satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan Yakjuj dan Makjuj, ianya masih tidak mampu membawa sedikit perbezaan pun kerana Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk ditewaskan. Kerana itulah kaum yang disebut dalam ayat 93, surah Al-Kahfi (18) sanggup menawarkan satu pembayaran agar Zulkarnain membina sebuah tembok atau dinding bersaiz besar untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di bahagian sisi mereka satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]
  • 8. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 3. Yakjuj & Makjuj dikatakan terletak di antara dua buah gunung. Kaum yang dimaksudkan bukanlah Yakjuj dan Makjuj, tetapi mereka adalah salah satu kaum yang berada dalam wilayah kekuasaan Zulkarnain. Kaum ini tidak mengerti sepenuhnya bahasa percakapan Zulkarnain. Kemungkinan ayat di atas iaitu ‘satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan’ bermaksud kaum tersebut tidak memahami bahasa percakapan Zulkarnain melainkan hanya mengerti sedikit sahaja. Walaupun begitu, kaum ini masih berupaya berkomunikasi dengan Zulkarnain bagi mengadukan masalah mereka yang sering diganggu oleh Yakjuj dan Makjuj. Dalam ayat yang seterusnya kaum ini menawarkan satu jenis pembiayaan supaya Zulkanain boleh menggunakan kekuatan dan kebijaksanaannya untuk membina sebuah tembok besi bercampur tembaga bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj. Sebagai umat Islam, kisah Zulkarnain membina tembok besar ini untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj haruslah diyakini oleh kita kerana ianya tertulis di dalam Al-Quran. Ebook ini akan cuba memecahkan segala persoalan yang menyelubungi umat Islam hari ini tentang apakah yang dimaksudkan dengan
  • 9. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini. Mengapa Zulkarnain yang mempunyai kekuatan tentera yang besar masih tidak mampu mengalahkan Yakjuj dan Makjuj? Jika Zulkarnain dan bala tenteranya yang kuat tidak mampu mengalahkan Yakjuj dan Makjuj, kita boleh bayangkan betapa besar dan kuatnya Yakjuj dan Makjuj. Kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang hampir mustahil ditandingi oleh tentera Zulkarnain menjadikannya sebagai satu entiti yang amat menakutkan manusia zaman moden hari ini. Semasa Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj di sebalik tembok besi yang besar, kekuatannya amat mustahil untuk ditewaskan. Apatah lagi selepas ribuan tahun dikurung, Yakjuj dan Makjuj telah dan sedang bertambah menjadi lebih banyak dan ini sekaligus meningkatkan lagi kekuatannya menjadi berlipat kali ganda berbanding pada zaman Zulkarnain dahulu. 4. Gambaran Yakjuj & Makjuj sebagai sejenis kaum perosak Bumi.
  • 10. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com Walaupun kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu menandingi Yakjuj dan Makjuj, Zulkarnain telah mengambil satu langkah bijak dengan membina sejenis sistem pertahanan yang sangat efektif iaitu sebuah tembok besi bersadur tembaga kuning untuk mengekang pergerakan Yakjuj dan Makjuj daripada membuat kerosakan terhadap satu kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain. Kekuatan Yakjuj dan Makjuj tidak boleh ditewaskan oleh Zulkarnain tetapi dengan menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan kepadaNya, Zulkarnain menggunakan kekuatan tenteranya untuk membina sebuah tembok besi yang besar dan tinggi dalam masa yang singkat. Kekuatan yang ada pada tenteranya digunakan sebaik mungkin untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj dalam masa yang pantas dengan membina sebuah struktur binaan yang panjang dan tinggi berupa tembok atau pendinding bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj daripada bergerak lebih jauh untuk memusnahkan lebih banyak harta benda dan mengorbankan jiwa. Dengan bantuan dari kaum tersebut, Zulkarnain telah mendapat bantuan bekalan jongkong-jongkong besi dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat bagi tujuan pembinaan tembok besi tersebut. Selain dari jongkong besi, Zulkarnain juga telah meminta agar kaum tersebut menyediakan tembaga supaya beliau boleh meleburkannya dengan api. Apabila tembaga tersebut telah lebur, Zulkarnain mencurahkan tembaga lebur tersebut di atas jongkong-jongkong besi yang telah disusun membentuk sebuah tembok yang besar dan tinggi. “Berilah aku jongkong-jongkong besi." Sehingga, apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, "Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya." – [18 : 96]
  • 11. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com 5. Bijih besi yang wujud secara semulajadi dalam Bumi. Dengan mengunakan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan, Zulkarnain telah menggunakan kekuatan besi untuk mengekang kekuatan Yakjuj dan Makjuj. Walaupun Yakjuj dan Makjuj sangatlah kuat dan besar serta hampir mustahil untuk ditewaskan oleh angkatan tenteranya, Zulkarnain memilih besi sebagai senjata utama untuk menewaskan Yakjuj dan Makjuj. Senjata seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya tidak mampu menandingi Yakjuj dan Makjuj yang mempunyai kekuatan yang amat besar. Tetapi dengan membina sebuah tembok diperbuat dari besi bersadur tembaga, Zulkarnain dapat menyelamatkan kaum tersebut dari kerosakan yang dibuat oleh Yakjuj dan Makjuj. Caranya ialah dengan menggunakan kekuatan besi bagi menghalang pergerakan Yakjuj dan Makjuj. Membina tembok besi yang besar dan tinggi merupakan satu langkah terbaik bagi menyelamatkan diri dari serangan Yakjuj dan Makjuj. Besi mempunyai kekuatan yang lebih besar berbanding Yakjuj dan
  • 12. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com Makjuj jika besi disusun menjadi sebuah tembok penghadang bersaiz besar. Kerana kepantasan tentera Zulkarnain membina sebuah tembok besi bersadur tembaga dalam masa yang singkat dengan bantuan dari satu kaum yang membantunya – Yakjuj dan Makjuj berjaya dikurung di sebalik sebuah tembok besar dan tinggi. Oleh yang demikian, Yakjuj dan Makjuj telah berjaya dikurung dan misi Zulkarnain pun tercapai. “Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.” – [18 : 97] Kejayaan Zulkarnain membina tembok besi untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin tentera yang sangat pintar untuk berhadapan dengan apa sahaja bentuk ancaman dan musuh di hadapannya. Selain dari kepintarannya, Zulkarnain juga menunjukkan kebolehannya menguruskan dan melaksanakan sesuatu projek atau misi dengan teratur dan menggunakan masa yang lebih pantas untuk menyiapkannya agar kejayaan boleh dicapai. Dengan kata lain,kebijaksanaan menguruskan masa dan mengatur gerak kerja merupakan strategi kejayaan Zulkarnain mencapai kemenangan dalam banyak perperangan. Walaupun situasi yang dihadapinya berbeza ketika berhadapan dengan Yakjuj dan Makjuj berbanding ketika berhadapan dengan tentera musuh dalam banyak perperangan sebelumnya, Zulkarnain masih berupaya mengadaptasikan strategi perperangannya untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj yang lebih kuat daripada bala tenteranya. Tembok besi bersadur tembaga yang dibina hanyalah bersifat jangka pendek sahaja kerana Zulkarnain tahu, kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang beliau kurung itu akan bertambah dari zaman ke zaman. Dan apabila sampai ke satu titik kemuncak di mana tembok besi tersebut tidak mampu lagi menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj, ianya akan pecah dan hancur.
  • 13. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com “Berkata, "Ini adalah satu pengasihan daripada Tuhanku. Tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98] Detik terpecahnya tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain pasti akan berlaku. Ianya sedang menunggu masa sahaja untuk musnah dan apabila tibanya detik tersebut, Yakjuj dan Makjuj akan meluru keluar dengan pantas untuk memusnahkan segala-gala yang berada dalam laluanya. Inilah adalah satu janji Tuhan kepada manusia menjelang Hari Kiamat. Kemusnahan yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj amatlah dahsyat dan melangkaui imaginasi kita untuk menggambarkan bagaimana rupa bentuk Yakjuj dan Makjuj dan bagaimanakah teruk kesannya kepada manusia di seluruh dunia. Ebook ini diterbitkan bagi membawa para pembaca mengikuti dan mengetahui pembongkaran terhadap misteri sebenar Yakjuj dan Makjuj yang tidak diketahui oleh umat Muhammad selama hampir 1400 tahun selepas Al-Quran diturunkan di Tanah Arab. Penulis akan menerangkan perspektif baru tentang Yakjuj dan Makjuj yang sangat bertentangan dengan pemahaman umat Islam selama ini. Pembongkaran penulis akan memberi cabaran baru terhadap pegangan lama umat Islam dan penganut agama ahli kitab yang lain tentang apakah pengertian sebenar Yakjuj dan Makjuj yang amat digeruni oleh generasi terdahulu sehingga ke generasi sekarang. Hanya dengan menjadi Al-Quran sebagai rujukan utama ditambah dengan pengetahun moden manusia dalam pelbagai bidang disiplin ilmu, penulis berharap agar para pembaca dapat menerima perspektif baru mengenai Yakjuj dan Makjuj ini yang sangat bertentangan dengan pegangan tradisional yang difahami dan disebarkan oleh guru-guru agama pada zaman dahulu. Penulis akan cuba menyakinkan para pembaca bahawa Yakjuj dan Makjuj lebih menggerunkan dan lebih kuat daripada apa yang kita semua gambarkan. Dan untuk menambahkan ketakutan, pembaca akan mengetahui apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini.
  • 14. Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com TAMAT EDISI PREVIEW! Untuk mendapatkan kandungan penuh ebook ini, anda boleh dapatkan ia di www.yakjujdanmakjuj.com/order.html Sekian! Terima kasih