1. NAMA : NUR SYAFIQAH BT MOHD SAMSUDDIN
: SITI NURASSILA BT ANANG
: NUR ZULIYANA IZZANI BT AINUDIN
: SITI FATIMAH JAMELPUTRI BT JAMALUDDIN
KELAS : 1 CERDAS
GURU GEOGRAFI : PN.ROSNAH BT SALLEH
2. • Pulau haba ialah keadaaan dimana suhu
di kawasan pusat bandar yang terhad
keluasannya adalah lebih tinggi
berbanding dengan suhu di kawasan luar
bandar atau pinggir bandar disebabkan
oleh aktivti manusia.
• Kawasan dalam bandar yang mempunyai
lebih banyak tepu bina,permukaan
bertar,simen dan tak telap air.Hal ini
meningkatkan kadar larian air
permukaaan dan mengurangkan proses
sejatan serta mengurangkan kelembapan
3. Pulau haba ini berlaku di sebabkan
oleh beberapa faktor yang boleh
terbentuknya kejadian pulau haba
terutamanya di bandar.Ia juga akan
memberi kesan yang negatif kepada
alam sekitar manusia dan fizikal.
Penggunaan kenderaan bermotor yang
banyak di kawasan pusat bandar akn
membebaskan haba dengan
banyak.Pembebasan haba yang banyak
di kawasan pusat bandar datangnya
dari pelepasan asap kenderaan yang
mengandungi karbon
monoksida.Kandungan karbon monoksida
4. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok-pokok peneduh
yang mampu bertindak menyederhanakan suhu. Perubahan
landskap yang ketara dari hutan semula jadi bertukar kepada
“hutan batu”.
Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan
menyimpan bahagian matahari sebagai haba pendam seperti
bangunan konkrit, tar, asap, bahan-bahan pencemar udara
dan sebagainya. Bahagian matahari yang tersimpan di waktu
siang akan dibebaskan di waktu malam.
Perlepasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida,
karbon monoksida dan hidrokarbon daripada kenderaan dan
industri yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.
Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari
sumber janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan
juga dari metabolisme badan manusia sendiri yang ramai
tinggal di bandar.
5. ALAM SEKITAR MANUSIA (WUJUD PENYAKIT)
Dampak terhadap alam sekitar manusia apabila pulau haba
berlaku adalah seperti timbulnya penyakit seperti sakit
kepala,sakit mata,kulit kering dan kehilangan air dalam
badan. Pulau haba di bandar akan menyebabkan
seseorang itu sakit kepala kerana manusia tidak akan
dapat menerima persekitaran yang terlalu panas.
Bahangan haba ini akan menyebabkan seseorang itu
menjadi pening. Seseorang itu juga boleh mengalami pitam
kerana menerima haba yang berlebihan di kawasan
bandar. Pulau haba juga menyebabkan seseorang itu
mengalami sakit mata.mata manusia akan mudah terjejas
apabila di sesuatu kawasan bandar itu menerima haba
yang berlebihan. Mata manusia tidak boleh menerima
cahaya yang berlebihan. Selain itu,kulit manusia juga akan
menjadi kering kerana berlaku peningkatan suhu di bandar
disebabkan pulau haba. Kelembapan udara rendah di
bandar menyebabkan suhu meningkat sehinggalah
terbentuknya pulau haba di bandar. Kulit manusia amat
sensitif untuk menerima bahangan haba yang berlebihan.
6. ALAM SEKITAR FIZIKAL(SUHU DI BANDAR
MENINGKAT/IKLIM MIKRO)
Pulau haba menyebabkan suhu di bandar
meningkat. Suhu di bandar meningkat
kerana di pengaruhi oleh konsep urbanisasi
pesat sesebuah bandar seperti pembinaan
bangunan,jalanraya dan kegiatan domestik
yang mempengaruhi unsur-unsur iklim.
Suhu di bandar lebih tinggi berbanding luar
bandar kerana morfologi bandar seperti
kepadatan bangunan,bahan
binaan(simen,bata) yang menyimpan haba.
Dengan ini,kejadian pulau haba akan
menyebabkan suhu di bandar meningkat.
Selain itu,pulau haba disebabkan oleh
aktiviti manusia yang membebaskan karbon
dioksida,karbon monoksida dan lain-lain
7. Meningkatkan kawasan hijau atau ‘zon penampan’ di kawasan bandar
dengan membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses
sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba
pendam oleh bahan-bahan binaan. Oleh demikian, keadaan persekitaran
bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi.
Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan Pulau
Haba boleh juga dikurangkan melalui peningkatan kawasan badan
air.Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar. Selain
itu, usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh
juga mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu
meningkatkan kadar kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan
suhu sekitaran dalam bandar.
8. Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau
yang mampu memantulkan bahangan pada kadar yang
tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan
boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran
bandar. Dengan itu, boleh meningkatkan kadar suhu
bandar sehingga membentuk pulau haba.
Konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung
bangunan yang rata atau konsep bumbung hijau. Dengan
cara ini, masalah banjir kilat di kawasan bandar boleh
dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu
bandar yang tinggi.
9. Pulau haba adalah fenomena yang sering berlaku di
kawasan bandar terutamanya di bandar-bandar
utama. Fenomena pulau haba ini akan menjadi
bertambah kritikal sekiranya tiada langkah
pencegahan yang di ambil oleh pihak yang berkuasa
kerana pulau haba ini akan menjejaskan kehidupan
alam sekitar manusia mahupun alam sekitar
fizikal.