SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
Download to read offline
0
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
1
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA M/SURAT
RINGKASAN EKSEKUTIF
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 LATARBELAKANG KOPERASI 4
3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS 5
4.0 OBJEKTIF PROGRAM 6
5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN 7
6.0 PENGKHUSUSAN BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN 10
7.0 METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN 24
8.0 TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT 25
9.0 NILAI TAMBAH DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED) 25
10.0 FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA 25-26
11.0 PENUTUP/KESIMPULAN 26
12.0 LAMPIRAN KOS PROGRAM
2
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
RINGKASAN EKSEKUTIF
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan
sepenuhnya bagi dikemukakan kepada semua pihak yang berkenaan untuk memberi
penerangan, penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan
Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)
dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan
program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan
Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan
pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang
berkaitan. Antaranya kursus yang dikendalikan adalah Kursus Jahitan, Kursus
Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit, Kursus Kecantikan dan
Aromatheraphy serta Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan. Kursus ini terbuka
kepada belia-beliawanis yang ingin meningkatkan pencapaian diri mereka dalam pelbagai
bidang yang diminati. Kursus ini juga mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil
akademik, tamat pesekolahan atau kepada yang telah bekerja dalam industri yang
berkaitan.
Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:
a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
mengikut tahap.
b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.
c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran
tinggi lagi inovatif.
d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus dapat
mencapai matlamat kerajaan.”
Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di
kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan
diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan
yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar
pembentangan melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan.
Pengerusi
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
3
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PERMOHONAN BANTUAN DANA
PROGRAM PERSIJILAN KEUSAHAWANAN
DAN PROGRAM LATIHAN JANGKA PENDEK
1.0 PENDAHULUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan
yang mana hasil bantuan yang dihulurkan mampu menaja suatu program yang
dikenali sebagai Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka
Pendek (dalam bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan dan Penyediaan Makanan
serta Kecantikan). Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta
program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang
berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran
seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun
swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan masakini. Secara
umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam
industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia
yang tidak berkemampuan atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir
program ini belia-belia ini berpeluang menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing
dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang
dirancang.
Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan
pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa
hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang
tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia selari dengan
hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”
KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan
sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan
telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan
KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan (Teksi)
dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran. KOWANIS
sebelum ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah
4
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA
Training and Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW). Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan
Kerjaya (PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA
Training and Consultancy (FTC).
KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya
memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum ini
KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK), Kursus
Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus Perkhidmatan
Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita) secara Program
Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia, Program Latihan
Kemahiran 1 Malaysia, dan Program Latihan Kemahiran (NBOS).
KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya Institut
Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK), yang akan dinaik - taraf sebagai Penyedia Latihan
bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi- Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit
yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat Latihan SLDN bagi kursus
Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia .
Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat
menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan
mengwujudkan mengeratkan hubungan dua hala antara KOWANIS dan penyumbang
DANA bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat
Malaysia khasnya.
Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan impian
para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang dirancangkan oleh
pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS).
5
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
2.0 LATARBELAKANG KOPERASI
2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI
Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD
(KOWANIS).
Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
Tarikh Daftar : 14 Januari 2005
Nombor Pendaftaran : P-5-0272
Jumlah Anggota : 100
Jumlah Modal Syer : RM10,000.00
Fungsi Utama : Perkhidmatan
Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka
Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/
Juruperunding (Consultancy) Perkhidmatan
No. Akaun Bank : 557157802011
Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor
345-H, Bangunan Kelab Gelugor
Jalan Sultan Azlan
11700 Gelugor
PULAU PINANG
6
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)
PENGERUSI/ PENASIHAT
PN. FAUZIAH-HANI BT YACOB PJK,PJM
CEO/ PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
EN. MAIZAL AFFENDEY B. JALALUDIN
UNIT PENTADBIRAN & KURIKULUM
CIK NASIBAH BT. AZIZ
TENAGA PENGAJAR
EN. MOHD AZLI B. RAMLI
(MOBILE REPAIRING)
CIK NASIBAH BT. AZIZ
(SISTEM KOMPUTER)
PN. GRACE CHEONG
(JURUKECANTIKAN)
PN. SALBIAH BT. YUSUF
(AROMATHERAPY)
PN. AFIDA BT. JALALUDIN
(JAHITAN)
EN. MOHD NUR AFIFI B. IBRAHIM
(MASAKAN)
KAKITANGAN
CIK ZIRWATUNNATASYA BT.
ZAHRI
SUMBER MANUSIA
CIK AFEERA RAHAYU BT.
AHMAD RADZI
UNIT PROGRAM & LATIHAN
KEMAHIRAN
EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR
PENGURUS OPERASI LATIHAN
EN. MOHD AZLI B. RAMLI@SULONG
UNIT LATIHAN
JANGKA PANJANG/ JANGKA PENDEK
7
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (Institut Latihan Teknikal
KOWANIS) amat berharap di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai
matlamat seperti berikut :
1. Melahirkan masyarakat dan belia dan beliawanis khasnya yang berkemahiran dan
berkualiti.
2. Melahirkan belia yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran.
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan kehadapan
setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan.
4. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis.
5. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya
meminati dan menceburi bidang kemahiran.
6. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang yang
disertai (Bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan, Jurukecantikan serta
Aromatheraphy).
7. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi yang
berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui
masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di
dalam dunia perniagaan.
8. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin
pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.
9. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang
sedia ada di pasaran.
10. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-
anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.
11. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan
pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.
5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN
OLEH
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS
LALUAN LATIHAN & KERJAYA
( TRAINING & CARRIER PATHWAY )
Pemilihan
Bidang Kursus
Yang Diminati atau
Mengikut Keperluan
Pekerjaan
Mengikuti
Kursus Jangka Panjang
Mengikut Bidang
PROSES 1
PROSES 2
Tamat Kursus
SIJIL PENYERTAAN
PROSES 3
Tamat Kursus
SIJIL
PENYERTAAN
PROSES 4
TAMAT
Peserta Boleh Memilih Untuk :
- Usahawan
- Menyambung Pengajian
- Bekerja
BERKEMAHIRAN
10
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
6.1. Kursus Tekstil & Pakaian
(Pembuat Pakaian Wanita)
Melatih, membangun dan menawarkan peluang
tenaga terlatih, di bidang Tekstil & Pakaian (Pembuat
Pakaian Wanita) untuk memenuhi asas sebenar
amalan di sesebuah kedai Jahit. Kemahiran-
kemahiran asas yang MESTI ada pada setiap tenaga
terlatih di bidang ini akan diterap dan dilatih kepada
peserta. Ia termasuk amalan sebenar (Actual
practice) di Kedai Jahit apabila berhadapan dengan
pelanggan sebenar turut didedahkan kepada peserta.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training)
TempohLatihan: 2 minggu
Apparentis Pekerjaan (Apprentice)
Tempoh Latihan : 2 minggu
11
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012
(KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA)
12
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
Anjuran MARA Negeri Perak
(KURSUS JAHITAN TUDUNG BERFESYEN 2012)
13
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012
(Kursus Jahitan Tudung Berfesyen)
14
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012
(Kursus Sulaman Dan Manik)
15
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
6.2. Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit
(Juruteknik Telefon Bimbit)
Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga
terlatih, di bidang Penyenggaraan dan Membaiki Telefon
Bimbit yang akan mendalami kemahiran-kemahiran
sebagai Juruteknik (Phone Cellular Technician) supaya
berkemampuan mengendalikan sebarang masalah meliputi
Hardware dan Sofware sebarang jenama telefon bimbit
yang berteknologi tinggi di mana-mana pusat servis.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 2 bulan 2 minggu
LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training)
TempohLatihan: 2minggu
Latihan Sebenar (Actual Practice)
Tempoh Latihan : 1 minggu
16
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
KURSUS JANGKA PENDEK
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
17
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
18
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2
19
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA
BELIA DAN BELIAWANIS FELDA
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
20
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
6.3. Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy
Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga
terlatih, di bidang Kecantikan dan Aromatherapy
(Jurukecantikan & Urutan) untuk memenuhi asas sebenar
amalan di Pusat Kecantikan atau SPA. Kemahiran-
kemahiran asas dan teknik yang diguna pakai, akan diterap
dan dilatih kepada peserta. Amalan sebenar (Actual
practice) di Pusat Kecantikan (Beauty Centre) apabila
berhadapan dengan pelanggan (Walk in Customer), dan
pelanggan dalaman (Internal Customer) akan didedahkan
kepada peserta.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Penyesuaian (Familiarization)
Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training)
TempohLatihan: 2minggu
Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
Practice)
Tempoh Latihan : 1 minggu
21
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012
(KURSUS JURUKECANTIKAN & AROMATHERAPHY)
22
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
6.4. Kursus Penyediaan Makanan Ala-dan Ala- Thai
KURSUS JANGKA PENDEK
(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)
Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga
terlatih, di Bidang Penyediaan Makanan Ala- Barat dan Ala-
Thai. Peserta yang berminat akan mendalami ilmu
kemahiran spesifik sebagai seorang Tukang Masak supaya
berkemampuan menyediakan menu-menu makanan yang
akan diperlukan oleh pelanggan atau perniagaan yang
diwujudkan. Peserta juga akan dilatih mengendalikan dapur
dan perniagaan di sesebuah Kedai/Gerai Makan Ala- Barat
atau Ala-Thai. Peserta turut di latih dengan amalan sebenar
pekerjaan.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Penyesuaian (Familiarization)
Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training)
TempohLatihan: 2minggu
Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
Practice)
Tempoh Latihan : 1 minggu
23
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA /BELIAWANIS DAN IBU TUNGGAL
(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)
24
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
7.0. METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN
a. Pembelajaran akan dilaksanakan secara penerangan melibatkan latihan amali,
perbincangan, serta latih-tubi. Pembelajaran akan disampaikan oleh tenaga pengajar
yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini serta akan disampaikan
berdasarkan modul yang telah disediakan.
b. Pelaksanaan kursus lazimnya akan melibatkan 70% aspek amali dan 20% adalah
dalam bentuk teori dan 10% selebihnya menjurus ke arah bimbingan sebagai
usahawan (Apprentice). Para peserta akan dibekalkan dengan nota pembelajaran
dan peralatan serta bahan-bahan yang di perlukan (bahan mentah dan lain-lain
bahan).
c. Peserta kursus akan diperkenalkan dengan pelbagai peralatan yang berkaitan secara
terus. Para peserta akan turut dibekalkan nota penting untuk dijadikan bahan
rujukan setelah tamat kursus. Sesi soal jawab akan di adakan bagi memastikan
setiap peserta memahami pembelajaran yang disampaikan.
d. Para peserta akan mendalami segala ilmu berkaitan tentang kursus yang disertai
melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan pada setiap hari dimana peserta
akan dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak.
Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang betul bagi menghasilkan
produk yang berkualiti serta mampu menarik minat para pelangan nanti.
e. Di akhir kursus ini para peserta akan didedahkan tentang pasaran perniagaan
sebenar serta akan dibimbing oleh usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang
berkaitan.
f. Para peserta akan dipantau dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak KOWANIS
dan Institut Latihan Teknikal KOWANIS serta perlu mengemukakan laporan
kemajuan perniagaan yang diwujudkan ataupun laporan terkini selepas tamat
kursus.
25
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
8.0. TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT
Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah
selama 3 sehingga 4 bulan (mengikut jenis kursus kemahiran yang disertai). Kursus
ini akan di jalankan di Institut Latihan Teknikal KOWANIS milik KOWANIS atau Pusat
Latihan yang dilantik. Jika tiada sebarang perubahan semua kursus akan dilaksanakan
beralamat seperti di bawah :
 INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)
No. 55, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang
pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Pelaksanaan
kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan
penganjur.
9.0. NILAI TAMBAH YANG DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED)
9.1 Para peserta akan diberi pendedahan asas serta digalakkan menguasai pengetahuan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai percakapan dalam mengendalikan
perniagaan. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
dalam bidang Bahasa Inggeris. Pengetahuan ini merupakan suatu kelebihan buat
para peserta.
9.2 Peserta turut dibimbing menguasai asas perakaunan yang dapat dimanfaatkan
apabila menamatkan pengajian dan terutama para peserta yang akan menjadi
seorang usahawan. Nilai tambah ini dapat memberikan bimbingan buat para peserta
menjalankan perniagaan dengan teratur serta menggunakan pengetahuan
tambahan ini bagi mengimbangi perniagaan yang dijalankan serta menyediakan
rekod perakuanan yang teratur
10.0. FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA
- SETELAH TAMAT KURSUS
10.1 Peluang melanjutkan pengajian program latihan kemahiran di pusat pengajian yang
diiktiraf kerajaan dan mendapat bantuan pembiayaan dari agensi-agensi kerajaan
yang terlibat.
10.2 Peluang pekerjaan dengan syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja
mahir rakyat tempatan mengikut kemahiran yang dimiliki atau bidang yang diminati
oleh para pelatih.
26
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
10.3 Berpeluang berkhidmat di bawah syarikat Institut Latihan Teknikal KOWANIS dan
rangkaian perniagaan KOWANIS serta rakan niaga yang bakal menyediakan peluang
pekerjaan melalui pengwujudan Pusat Servis dan Kedai-kedai yang menjalankan
perniagaan mengikut bidang yang dipelajari.
10.4 Pelatih yang mencapai tahap yang dikehendaki bakal ditawarkan bekerja di pusat-
pusat servis dan kedai-kedai yang menjalinkan kerjasama dengan pusat latihan atau
bakal ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang latihan bersama syarikat atau
pusat latihan yang memerlukan tenaga mahir.
10.5 Meningkatkan pengetahuan mengikut kemahiran serta mensijilkan kemahiran yang
diperolehi melalui pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui industri yang
disertai.
10.6 Pengetahuan tentang keperluan semasa pasaran pekerjaan yang melibatkan ilmu
kemahiran terbuka luas bagi para peserta yang terlibat, terutama sekali kepada
belia-belia menganggur, belia-belia di dalam dan di luar bandar.
10.7 Boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui ilmu kemahiran diri yang
diperolehi dan memulakan pemiagaan secara kecil-kecilan atau menjalankan
perniagaan dalam bentuk perkongsian.
11.0. KESIMPULAN
Secara ringkasnya, KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD
(KOWANIS) dan INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) akan
berusaha melaksanakan program ini sehabis baik agar dapat mencapai
objektif dan matlamat seperti mana yang diharapkan. Pihak institut juga
mengharapkan melalui program yang dijalankan nanti ia juga dapat
memberikan impak yang positif kepada para peserta bagi memperbaiki
taraf hidup mereka seterusnya keluar dari masalah kemiskinan atau
masalah lain yang menjadi penghalang kejayaan mereka. Semoga
penyertaan para belia dalam setiap program yang dilaksanakan ini mampu
melahirkan lebih ramai belia berkemahiran. Pelaksanaan program ini
diharapkan juga dapat membentuk jati diri generasi baru selain
membantu para belia atau peserta yang ketinggalan di dalam bidang
akademik mengharungi cabaran di masa depan seiring dengan kemajuan
negara dan Wawasan 2020 nanti.
27
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
28
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG
BAGI SETIAP PESERTA MENGIKUT DAN SESI YANG SERTAI
BIL KETERANGAN
BIL
PESERTA
KOS
SEPESERTA
JUMLAH (RM)
1.
Pentadbiran
- Pendaftaran Peserta
- Pengurusan Pentadbiran
- Persijilan
100 250.00
100.00
300.00
25,000.00
10,000.00
30,000.00
2.
Yuran Pengajian
Produk & Barangan Latihan
Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta
(PERINCIAN KOS MENGIKUT SESI TA/EE/MP,
SEPERTI KETERANGAN DI BAWAH)
100 8,330.00 833,000.00
3.
Kemudahan
- Insuran Berkelompok
- Penginapan & Asrama (120.00 x 4)
- Penginapan & Asrama (120.00 x 3)
- Uniform
- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai)
100
100.00
480.00
360.00
60.00
50.00
10,000.00
48,000.00
36,000.00
6,000.00
5,000.00
4. Elaun Sara Diri Peserta
- RM350 sebln X 6 Bln
100 1,750.00 175,000.00
JUMLAH BESAR 6,040.00 1,178,000.00
29
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
A. PERINCIAN KOS MENGIKUT PROGRAM BAGI SETIAP PESERTA SECARA
SEPENUH MASA
BIL KETERANGAN JUMLAH
1.
SESI TA
Kursus Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) – 4 BULAN
- Yuran Pengajian
- Produk & Bahan Latihan
- Peralatan Asas Khas Untuk Peserta
- Tool Box Lengkap Alatan Asas
- Set Pengukur
1,650.00
800.00
350.00
JUMLAH YURAN 2,550.00
2.
SESI EE
Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit
(Juruteknik Telefon Bimbit) – 3 BULAN
- Yuran Pengajian
- Produk/ Bahan Amali & Bahan Pakai Buang
- Peralatan Asas Membaiki
- Tools Set
- Blower
- Soldering Station
- Power Supply
1,600.00
750.00
480.00
JUMLAH YURAN 2,830.00
3.
SESI MP
Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy (Jurukecantikan)
– 4 BULAN
- Yuran Pengajian
- Produk & Bahan Latihan Amali
- Peralatan Asas
- Make-Up Box Lengkap
1,650.00
800.00
500.00
JUMLAH YURAN 2,950.00
30
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK
PEMBENTUKAN USAHAWAN MAKANAN ALA-BARAT
100 PESERTA SELAMA 5 HARI
`
C. JUMLAH KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS
(JANGKA PANJANG & JANGKA PENDEK)
BIL PERKARA KOS SEPESERTA
(RM)
JUMLAH
KESELURUHAN
(RM)
A
YURAN PENDAFTARAN
- Pendaftaran
- Yuran Profesional
- Uniform
- Persijilan
1,100.00 110,000.00
B YURAN UJIAN TEORI/PRAKTIKAL 27.00 2,700.00
C
YURAN PENYELIAAN
-Tenaga Pengajar
- Fasilitator (1org)
168.00
140.00
16,800.00
14,000.00
D YURAN BENGKEL/MAKMAL 160.00 16,000.00
E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/
KEPERLUAN AMALI/ TEORI
ii. Bahan Mentah Amali 350.00 35,000.00
iii. Keperluan Amali 300.00 30,000.00
iv. Peralatan Amali/Teori 185.00 18,500.00
F YURAN PENTADBIRAN 70.00 7,000.00
JUMLAH 2,500.00 250,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,500.00 250,000.00
BIL KETERANGAN JUMLAH
1. A. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG 1,178,000.00
2. B. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK 250,000.00
JUMLAH KESELURUHAN A+B 1,428,000.00
31
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

More Related Content

What's hot

kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumber
kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumberkERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumber
kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumberbakri siti idayu
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Taufik Bujang
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraeshamh
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridSHAHIBOL
 
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)Mohd Yassin
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Kertas kerja program
Kertas kerja programKertas kerja program
Kertas kerja programBajuri Asruri
 
Kertas kerja kedai gunting rambut
Kertas kerja  kedai gunting rambutKertas kerja  kedai gunting rambut
Kertas kerja kedai gunting rambutRosedi Ibrahim
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranShamsul De Bagio
 
Kertas kerja bengkel latihan gunting rambut
Kertas kerja  bengkel latihan gunting rambutKertas kerja  bengkel latihan gunting rambut
Kertas kerja bengkel latihan gunting rambutRosedi Ibrahim
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkNor Kamaruddin
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedAzliza Mohamed
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangansuria yahaya
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 

What's hot (20)

kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumber
kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumberkERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumber
kERTAS kERJA pERMOHONAN LANDSKAP Belakang pusat sumber
 
Frozenfood
FrozenfoodFrozenfood
Frozenfood
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Contoh Kertas kerja (badminton)
Contoh Kertas kerja (badminton)Contoh Kertas kerja (badminton)
Contoh Kertas kerja (badminton)
 
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
 
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)
Kertas kerja-gotong-royong-kubur (2)
 
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Kertas kerja program
Kertas kerja programKertas kerja program
Kertas kerja program
 
Kertas kerja kedai gunting rambut
Kertas kerja  kedai gunting rambutKertas kerja  kedai gunting rambut
Kertas kerja kedai gunting rambut
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
 
Kertas kerja bengkel latihan gunting rambut
Kertas kerja  bengkel latihan gunting rambutKertas kerja  bengkel latihan gunting rambut
Kertas kerja bengkel latihan gunting rambut
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperwork
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 

Similar to Proposal Bantuan Dana

pkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfpkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfFajar Baskoro
 
Kertas kerja kursus asas tani
Kertas kerja  kursus asas taniKertas kerja  kursus asas tani
Kertas kerja kursus asas taniRosedi Ibrahim
 
Juknis pkku&pkwu 2016
Juknis pkku&pkwu 2016Juknis pkku&pkwu 2016
Juknis pkku&pkwu 2016Hadi Sofian
 
Juknis pkk 2016-2
Juknis pkk 2016-2Juknis pkk 2016-2
Juknis pkk 2016-2Hadi Sofian
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...Mohamed Nazul Ismail
 
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publik
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publikProposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publik
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publiknovarizalpratama
 
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifa
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifaPanduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifa
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifaAkadusyifa .
 
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdf
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdfPROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdf
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdfPutriWulandari481542
 
7. pelan halatuju (1).pptx
7. pelan halatuju (1).pptx7. pelan halatuju (1).pptx
7. pelan halatuju (1).pptxAhmadSyafeeq
 
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalPusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalMohamed Nazul Ismail
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...Mohamed Nazul Ismail
 

Similar to Proposal Bantuan Dana (20)

pkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfpkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdf
 
Pkw 2016
Pkw 2016Pkw 2016
Pkw 2016
 
Juknis pkw 2016
Juknis pkw 2016Juknis pkw 2016
Juknis pkw 2016
 
Kertas kerja kursus asas tani
Kertas kerja  kursus asas taniKertas kerja  kursus asas tani
Kertas kerja kursus asas tani
 
Juknis pkku&pkwu 2016
Juknis pkku&pkwu 2016Juknis pkku&pkwu 2016
Juknis pkku&pkwu 2016
 
Company profile 2014
Company profile 2014Company profile 2014
Company profile 2014
 
Pkk 2016
Pkk 2016Pkk 2016
Pkk 2016
 
Juknis pkk 2016-2
Juknis pkk 2016-2Juknis pkk 2016-2
Juknis pkk 2016-2
 
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
Takwim IPN 2023.pdf
Takwim IPN 2023.pdfTakwim IPN 2023.pdf
Takwim IPN 2023.pdf
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
 
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publik
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publikProposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publik
Proposal inovasi penyelenggaraan pelayananan publik
 
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifa
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifaPanduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifa
Panduan wirausaha-pengusaha-mahasiswa-akadusyifa
 
Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i
 
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdf
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdfPROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdf
PROPOSAL PKL KELOMPOK DINDA, SYAVIRA, VIKA (4).pdf
 
Peran Pembinaan Pelatihan dan Produktivitas Dalam Pembangunan Ketenagakerjaan
Peran Pembinaan Pelatihan dan Produktivitas Dalam Pembangunan KetenagakerjaanPeran Pembinaan Pelatihan dan Produktivitas Dalam Pembangunan Ketenagakerjaan
Peran Pembinaan Pelatihan dan Produktivitas Dalam Pembangunan Ketenagakerjaan
 
7. pelan halatuju (1).pptx
7. pelan halatuju (1).pptx7. pelan halatuju (1).pptx
7. pelan halatuju (1).pptx
 
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & VokasionalPusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
Pusat Kecemerlangan Teknik & Vokasional
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
 

Proposal Bantuan Dana

  • 1. 0 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
  • 2. 1 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) ISI KANDUNGAN NO. PERKARA M/SURAT RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 LATARBELAKANG KOPERASI 4 3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS 5 4.0 OBJEKTIF PROGRAM 6 5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN 7 6.0 PENGKHUSUSAN BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN 10 7.0 METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN 24 8.0 TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT 25 9.0 NILAI TAMBAH DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED) 25 10.0 FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA 25-26 11.0 PENUTUP/KESIMPULAN 26 12.0 LAMPIRAN KOS PROGRAM
  • 3. 2 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) RINGKASAN EKSEKUTIF Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan sepenuhnya bagi dikemukakan kepada semua pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan, penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor & Outdoor) dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang berkaitan. Antaranya kursus yang dikendalikan adalah Kursus Jahitan, Kursus Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit, Kursus Kecantikan dan Aromatheraphy serta Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan. Kursus ini terbuka kepada belia-beliawanis yang ingin meningkatkan pencapaian diri mereka dalam pelbagai bidang yang diminati. Kursus ini juga mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil akademik, tamat pesekolahan atau kepada yang telah bekerja dalam industri yang berkaitan. Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat: a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap. b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan. c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi inovatif. d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan.” Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar pembentangan melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan. Pengerusi Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
  • 4. 3 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PERMOHONAN BANTUAN DANA PROGRAM PERSIJILAN KEUSAHAWANAN DAN PROGRAM LATIHAN JANGKA PENDEK 1.0 PENDAHULUAN Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan yang mana hasil bantuan yang dihulurkan mampu menaja suatu program yang dikenali sebagai Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka Pendek (dalam bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan dan Penyediaan Makanan serta Kecantikan). Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang. Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan” KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan (Teksi) dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran. KOWANIS sebelum ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah
  • 5. 4 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA Training and Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan Kerjaya (PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA Training and Consultancy (FTC). KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum ini KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK), Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus Perkhidmatan Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita) secara Program Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia, Program Latihan Kemahiran 1 Malaysia, dan Program Latihan Kemahiran (NBOS). KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya Institut Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK), yang akan dinaik - taraf sebagai Penyedia Latihan bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi- Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat Latihan SLDN bagi kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia . Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan mengwujudkan mengeratkan hubungan dua hala antara KOWANIS dan penyumbang DANA bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat Malaysia khasnya. Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan impian para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang dirancangkan oleh pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS).
  • 6. 5 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 2.0 LATARBELAKANG KOPERASI 2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS). Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG Tarikh Daftar : 14 Januari 2005 Nombor Pendaftaran : P-5-0272 Jumlah Anggota : 100 Jumlah Modal Syer : RM10,000.00 Fungsi Utama : Perkhidmatan Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/ Juruperunding (Consultancy) Perkhidmatan No. Akaun Bank : 557157802011 Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor 345-H, Bangunan Kelab Gelugor Jalan Sultan Azlan 11700 Gelugor PULAU PINANG
  • 7. 6 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) PENGERUSI/ PENASIHAT PN. FAUZIAH-HANI BT YACOB PJK,PJM CEO/ PENGURUS PUSAT BERTAULIAH EN. MAIZAL AFFENDEY B. JALALUDIN UNIT PENTADBIRAN & KURIKULUM CIK NASIBAH BT. AZIZ TENAGA PENGAJAR EN. MOHD AZLI B. RAMLI (MOBILE REPAIRING) CIK NASIBAH BT. AZIZ (SISTEM KOMPUTER) PN. GRACE CHEONG (JURUKECANTIKAN) PN. SALBIAH BT. YUSUF (AROMATHERAPY) PN. AFIDA BT. JALALUDIN (JAHITAN) EN. MOHD NUR AFIFI B. IBRAHIM (MASAKAN) KAKITANGAN CIK ZIRWATUNNATASYA BT. ZAHRI SUMBER MANUSIA CIK AFEERA RAHAYU BT. AHMAD RADZI UNIT PROGRAM & LATIHAN KEMAHIRAN EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR PENGURUS OPERASI LATIHAN EN. MOHD AZLI B. RAMLI@SULONG UNIT LATIHAN JANGKA PANJANG/ JANGKA PENDEK
  • 8. 7 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 4.0 OBJEKTIF PROGRAM KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (Institut Latihan Teknikal KOWANIS) amat berharap di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut : 1. Melahirkan masyarakat dan belia dan beliawanis khasnya yang berkemahiran dan berkualiti. 2. Melahirkan belia yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran. 3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan. 4. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis. 5. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran. 6. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang yang disertai (Bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan, Jurukecantikan serta Aromatheraphy). 7. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan. 8. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka. 9. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang sedia ada di pasaran. 10. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir- anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya. 11. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.
  • 9. 5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS LALUAN LATIHAN & KERJAYA ( TRAINING & CARRIER PATHWAY ) Pemilihan Bidang Kursus Yang Diminati atau Mengikut Keperluan Pekerjaan Mengikuti Kursus Jangka Panjang Mengikut Bidang PROSES 1 PROSES 2 Tamat Kursus SIJIL PENYERTAAN PROSES 3 Tamat Kursus SIJIL PENYERTAAN PROSES 4 TAMAT Peserta Boleh Memilih Untuk : - Usahawan - Menyambung Pengajian - Bekerja BERKEMAHIRAN
  • 10.
  • 11. 10 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 6.1. Kursus Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) Melatih, membangun dan menawarkan peluang tenaga terlatih, di bidang Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) untuk memenuhi asas sebenar amalan di sesebuah kedai Jahit. Kemahiran- kemahiran asas yang MESTI ada pada setiap tenaga terlatih di bidang ini akan diterap dan dilatih kepada peserta. Ia termasuk amalan sebenar (Actual practice) di Kedai Jahit apabila berhadapan dengan pelanggan sebenar turut didedahkan kepada peserta. JANGKAMASA LATIHAN Latihan Teori & Amali (Familiarization) Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training) TempohLatihan: 2 minggu Apparentis Pekerjaan (Apprentice) Tempoh Latihan : 2 minggu
  • 12. 11 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012 (KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA)
  • 13. 12 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) Anjuran MARA Negeri Perak (KURSUS JAHITAN TUDUNG BERFESYEN 2012)
  • 14. 13 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012 (Kursus Jahitan Tudung Berfesyen)
  • 15. 14 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012 (Kursus Sulaman Dan Manik)
  • 16. 15 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 6.2. Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (Juruteknik Telefon Bimbit) Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga terlatih, di bidang Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit yang akan mendalami kemahiran-kemahiran sebagai Juruteknik (Phone Cellular Technician) supaya berkemampuan mengendalikan sebarang masalah meliputi Hardware dan Sofware sebarang jenama telefon bimbit yang berteknologi tinggi di mana-mana pusat servis. JANGKAMASA LATIHAN Latihan Teori & Amali (Familiarization) Tempoh Latihan : 2 bulan 2 minggu LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training) TempohLatihan: 2minggu Latihan Sebenar (Actual Practice) Tempoh Latihan : 1 minggu
  • 17. 16 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) KURSUS JANGKA PENDEK (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
  • 18. 17 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
  • 19. 18 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2
  • 20. 19 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA BELIA DAN BELIAWANIS FELDA (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
  • 21. 20 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 6.3. Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga terlatih, di bidang Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan & Urutan) untuk memenuhi asas sebenar amalan di Pusat Kecantikan atau SPA. Kemahiran- kemahiran asas dan teknik yang diguna pakai, akan diterap dan dilatih kepada peserta. Amalan sebenar (Actual practice) di Pusat Kecantikan (Beauty Centre) apabila berhadapan dengan pelanggan (Walk in Customer), dan pelanggan dalaman (Internal Customer) akan didedahkan kepada peserta. JANGKAMASA LATIHAN Latihan Penyesuaian (Familiarization) Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training) TempohLatihan: 2minggu Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual Practice) Tempoh Latihan : 1 minggu
  • 22. 21 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012 (KURSUS JURUKECANTIKAN & AROMATHERAPHY)
  • 23. 22 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 6.4. Kursus Penyediaan Makanan Ala-dan Ala- Thai KURSUS JANGKA PENDEK (Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat) Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga terlatih, di Bidang Penyediaan Makanan Ala- Barat dan Ala- Thai. Peserta yang berminat akan mendalami ilmu kemahiran spesifik sebagai seorang Tukang Masak supaya berkemampuan menyediakan menu-menu makanan yang akan diperlukan oleh pelanggan atau perniagaan yang diwujudkan. Peserta juga akan dilatih mengendalikan dapur dan perniagaan di sesebuah Kedai/Gerai Makan Ala- Barat atau Ala-Thai. Peserta turut di latih dengan amalan sebenar pekerjaan. JANGKAMASA LATIHAN Latihan Penyesuaian (Familiarization) Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu LatihanTempat Kerja( Onthe Job Training) TempohLatihan: 2minggu Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual Practice) Tempoh Latihan : 1 minggu
  • 24. 23 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA /BELIAWANIS DAN IBU TUNGGAL (Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)
  • 25. 24 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 7.0. METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN a. Pembelajaran akan dilaksanakan secara penerangan melibatkan latihan amali, perbincangan, serta latih-tubi. Pembelajaran akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini serta akan disampaikan berdasarkan modul yang telah disediakan. b. Pelaksanaan kursus lazimnya akan melibatkan 70% aspek amali dan 20% adalah dalam bentuk teori dan 10% selebihnya menjurus ke arah bimbingan sebagai usahawan (Apprentice). Para peserta akan dibekalkan dengan nota pembelajaran dan peralatan serta bahan-bahan yang di perlukan (bahan mentah dan lain-lain bahan). c. Peserta kursus akan diperkenalkan dengan pelbagai peralatan yang berkaitan secara terus. Para peserta akan turut dibekalkan nota penting untuk dijadikan bahan rujukan setelah tamat kursus. Sesi soal jawab akan di adakan bagi memastikan setiap peserta memahami pembelajaran yang disampaikan. d. Para peserta akan mendalami segala ilmu berkaitan tentang kursus yang disertai melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak. Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang betul bagi menghasilkan produk yang berkualiti serta mampu menarik minat para pelangan nanti. e. Di akhir kursus ini para peserta akan didedahkan tentang pasaran perniagaan sebenar serta akan dibimbing oleh usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang berkaitan. f. Para peserta akan dipantau dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak KOWANIS dan Institut Latihan Teknikal KOWANIS serta perlu mengemukakan laporan kemajuan perniagaan yang diwujudkan ataupun laporan terkini selepas tamat kursus.
  • 26. 25 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 8.0. TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah selama 3 sehingga 4 bulan (mengikut jenis kursus kemahiran yang disertai). Kursus ini akan di jalankan di Institut Latihan Teknikal KOWANIS milik KOWANIS atau Pusat Latihan yang dilantik. Jika tiada sebarang perubahan semua kursus akan dilaksanakan beralamat seperti di bawah :  INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) No. 55, Lorong Bertam Indah 1 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan penganjur. 9.0. NILAI TAMBAH YANG DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED) 9.1 Para peserta akan diberi pendedahan asas serta digalakkan menguasai pengetahuan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai percakapan dalam mengendalikan perniagaan. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang Bahasa Inggeris. Pengetahuan ini merupakan suatu kelebihan buat para peserta. 9.2 Peserta turut dibimbing menguasai asas perakaunan yang dapat dimanfaatkan apabila menamatkan pengajian dan terutama para peserta yang akan menjadi seorang usahawan. Nilai tambah ini dapat memberikan bimbingan buat para peserta menjalankan perniagaan dengan teratur serta menggunakan pengetahuan tambahan ini bagi mengimbangi perniagaan yang dijalankan serta menyediakan rekod perakuanan yang teratur 10.0. FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA - SETELAH TAMAT KURSUS 10.1 Peluang melanjutkan pengajian program latihan kemahiran di pusat pengajian yang diiktiraf kerajaan dan mendapat bantuan pembiayaan dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat. 10.2 Peluang pekerjaan dengan syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja mahir rakyat tempatan mengikut kemahiran yang dimiliki atau bidang yang diminati oleh para pelatih.
  • 27. 26 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) 10.3 Berpeluang berkhidmat di bawah syarikat Institut Latihan Teknikal KOWANIS dan rangkaian perniagaan KOWANIS serta rakan niaga yang bakal menyediakan peluang pekerjaan melalui pengwujudan Pusat Servis dan Kedai-kedai yang menjalankan perniagaan mengikut bidang yang dipelajari. 10.4 Pelatih yang mencapai tahap yang dikehendaki bakal ditawarkan bekerja di pusat- pusat servis dan kedai-kedai yang menjalinkan kerjasama dengan pusat latihan atau bakal ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang latihan bersama syarikat atau pusat latihan yang memerlukan tenaga mahir. 10.5 Meningkatkan pengetahuan mengikut kemahiran serta mensijilkan kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui industri yang disertai. 10.6 Pengetahuan tentang keperluan semasa pasaran pekerjaan yang melibatkan ilmu kemahiran terbuka luas bagi para peserta yang terlibat, terutama sekali kepada belia-belia menganggur, belia-belia di dalam dan di luar bandar. 10.7 Boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui ilmu kemahiran diri yang diperolehi dan memulakan pemiagaan secara kecil-kecilan atau menjalankan perniagaan dalam bentuk perkongsian. 11.0. KESIMPULAN Secara ringkasnya, KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS) dan INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) akan berusaha melaksanakan program ini sehabis baik agar dapat mencapai objektif dan matlamat seperti mana yang diharapkan. Pihak institut juga mengharapkan melalui program yang dijalankan nanti ia juga dapat memberikan impak yang positif kepada para peserta bagi memperbaiki taraf hidup mereka seterusnya keluar dari masalah kemiskinan atau masalah lain yang menjadi penghalang kejayaan mereka. Semoga penyertaan para belia dalam setiap program yang dilaksanakan ini mampu melahirkan lebih ramai belia berkemahiran. Pelaksanaan program ini diharapkan juga dapat membentuk jati diri generasi baru selain membantu para belia atau peserta yang ketinggalan di dalam bidang akademik mengharungi cabaran di masa depan seiring dengan kemajuan negara dan Wawasan 2020 nanti.
  • 28. 27 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
  • 29. 28 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG BAGI SETIAP PESERTA MENGIKUT DAN SESI YANG SERTAI BIL KETERANGAN BIL PESERTA KOS SEPESERTA JUMLAH (RM) 1. Pentadbiran - Pendaftaran Peserta - Pengurusan Pentadbiran - Persijilan 100 250.00 100.00 300.00 25,000.00 10,000.00 30,000.00 2. Yuran Pengajian Produk & Barangan Latihan Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta (PERINCIAN KOS MENGIKUT SESI TA/EE/MP, SEPERTI KETERANGAN DI BAWAH) 100 8,330.00 833,000.00 3. Kemudahan - Insuran Berkelompok - Penginapan & Asrama (120.00 x 4) - Penginapan & Asrama (120.00 x 3) - Uniform - T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai) 100 100.00 480.00 360.00 60.00 50.00 10,000.00 48,000.00 36,000.00 6,000.00 5,000.00 4. Elaun Sara Diri Peserta - RM350 sebln X 6 Bln 100 1,750.00 175,000.00 JUMLAH BESAR 6,040.00 1,178,000.00
  • 30. 29 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) A. PERINCIAN KOS MENGIKUT PROGRAM BAGI SETIAP PESERTA SECARA SEPENUH MASA BIL KETERANGAN JUMLAH 1. SESI TA Kursus Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) – 4 BULAN - Yuran Pengajian - Produk & Bahan Latihan - Peralatan Asas Khas Untuk Peserta - Tool Box Lengkap Alatan Asas - Set Pengukur 1,650.00 800.00 350.00 JUMLAH YURAN 2,550.00 2. SESI EE Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (Juruteknik Telefon Bimbit) – 3 BULAN - Yuran Pengajian - Produk/ Bahan Amali & Bahan Pakai Buang - Peralatan Asas Membaiki - Tools Set - Blower - Soldering Station - Power Supply 1,600.00 750.00 480.00 JUMLAH YURAN 2,830.00 3. SESI MP Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy (Jurukecantikan) – 4 BULAN - Yuran Pengajian - Produk & Bahan Latihan Amali - Peralatan Asas - Make-Up Box Lengkap 1,650.00 800.00 500.00 JUMLAH YURAN 2,950.00
  • 31. 30 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK PEMBENTUKAN USAHAWAN MAKANAN ALA-BARAT 100 PESERTA SELAMA 5 HARI ` C. JUMLAH KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS (JANGKA PANJANG & JANGKA PENDEK) BIL PERKARA KOS SEPESERTA (RM) JUMLAH KESELURUHAN (RM) A YURAN PENDAFTARAN - Pendaftaran - Yuran Profesional - Uniform - Persijilan 1,100.00 110,000.00 B YURAN UJIAN TEORI/PRAKTIKAL 27.00 2,700.00 C YURAN PENYELIAAN -Tenaga Pengajar - Fasilitator (1org) 168.00 140.00 16,800.00 14,000.00 D YURAN BENGKEL/MAKMAL 160.00 16,000.00 E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/ KEPERLUAN AMALI/ TEORI ii. Bahan Mentah Amali 350.00 35,000.00 iii. Keperluan Amali 300.00 30,000.00 iv. Peralatan Amali/Teori 185.00 18,500.00 F YURAN PENTADBIRAN 70.00 7,000.00 JUMLAH 2,500.00 250,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 2,500.00 250,000.00 BIL KETERANGAN JUMLAH 1. A. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG 1,178,000.00 2. B. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK 250,000.00 JUMLAH KESELURUHAN A+B 1,428,000.00
  • 32. 31 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)