MANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAAN
PELAN PRAPELAN PRAPELAN PRAPELAN PRA HITUNGANHITUNGANHITUNGANHITUNGAN
OLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAH
D e w a n B AD e w a n B AD e w a n B AD e w a n B A n d a r a y an d a r a y an d a r a y an d a r a y a
KKKK u a l au a l au a l au a l a LLLLu m p u ru m p u ru m p u ru m p u r
J a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N G
B A N D A RB A N D A RB A N D A RB A N D A R
1.0 PENGENALAN
Penyediaan Pelan Pra Hitungan (PH) diperlukan untuk membolehkan pihak
jurukur bertauliah mengambil tindakan selanjutnya terhadap cadangan
pembangunan yang telah diluluskan oleh pihak DBKL bagi tujuan
mendapatkan:-
i. Kelulusan Pentadbir Tanah (PTG).
ii. Penyediaan hakmilik oleh Pentadbir Tanah (PTG).
iii. Untuk kelulusan Pelan Akui oleh Pengarah Ukur.
Bahagian 29, Pengukuran Bab 1, Sek. 396 Akta Kanun Tanah Negara
mentafsirkan sebidang tanah tidak boleh dikatakan telah diukur sehingga perkara
dibawah dipatuhi:-
i. Sempadan-sempadannya telah ditentukan dengan garisan-garisan tepat.
ii. Sempadan-sempadannya sebagaimana ditentukan telah ditandakan
pada permukaan tanah dengan tanda-tanda sempadan pada garisan
sebenar.
iii. Luas kawasan yang dilingkungi oleh sempadan-sempadan yang telah
ditandakan telah dihitung.
iv. Suatu nombor lot telah diberikan oleh Pengarah Ukur.
v. Suatu pelan yang telah disahkan menunjukkan kedudukan tanah,
kedudukan sempadan yang ditentukan dan tanda-tanda sempadan yang
diletakkan dan luas kawasan dan nombornya telah diluluskan oleh
Pengarah Ukur.
2.0 JENIS PERMOHONAN YANG MEMERLUKAN PENYEDIAAN PELAN PRA
HITUNGAN (PH)
i. Permohonan untuk mengenakan jenis penggunaan tanah/syarat nyata,
mengubah/meminda jenis penggunaan tanah/syarat nyata dan
membatalkan serta mengenakan syarat nyata baru dan sekatan
kepentingan tanah di Bawah Seksyen 124, Kanun Tanah Negara (KTN).
ii. Permohonan untuk mengubah syarat sekatan dan kategori berkenaan
dengan bahagian-bahagian tumpukan pecahan sempadan tanah yang
dicadangkan di Bawah Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara (KTN).
iii. Permohonan untuk memecah sempadan tanah di Bawah Seksyen 137,
Kanun Tanah Negara (KTN).
iv. Permohonan untuk memecah bahagian tanah di Bawah Seksyen 142,
Kanun Tanah Negara(KTN).
v. Permohonan untuk menyatukan tanah di Bawah Seksyen 148, Kanun
Tanah Negara (KTN).
vi. Permohonan untuk menyerah balik kesemua bahagian tanah di Bawah
Seksyen 197, Kanun Tanah Negara (KTN).
vii. Permohonan untuk menyerah balik sebahagian tanah di Bawah Seksyen
200, Kanun Tanah Negara (KTN).
viii. Permohonan untuk menyerah balik kesemua bahagian dan berimilik
semula tanah di Bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara (KTN).
3.0 TATACARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PELAN PRA HITUNGAN
i. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh Jurukur Bertauliah bagi pihak
pemilik tanah.
ii. Pelan Pra Hitungan hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah
berdaftar seperti dalam geran dan pemohon.
iii. Pelan Pra Hitungan hendaklah mendapat ulasan pematuhan dari Jabatan
Kerja Awam (JKA).
iv. Pelan Pra Hitungan hendaklah mengikut format yang lengkap mengikut
spesifikasi yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar (JPRB).
4.0 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i. Surat ulasan daripada JKA dan 1 salinan pelan yang disahkan oleh
Jabatan berkenaan.
ii. Penyediaan 35 salinan pelan PH dan 1 salinan pelan linen yang
ditandatangani oleh pemilik berdaftar untuk pengesahan.
iii. Pembahagian pelan adalah seperti berikut :-
a. 29 salinan pelan akan dikembalikan kepada pemohon.
b. 1 salinan untuk JKA, JPPH dan JB.
c. 2 salinan untuk fail dan salinan linen untuk rekod jabatan.
d. 1 salinan ‘Tracing’ dengan saiz 2 rantai
e. 1 keping CD yang menunjukkan Pelan Pra Hitungan.
5.0 SPESIFIKASI FORMAT PELAN:-
Diantara spesifikasi format pelan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah
seperti berikut :
i. Pelan disediakan oleh Jurukur Bertauliah.
ii. Pelan mesti mengandungi pelan lokasi, pelan tapak cadangan, petunjuk
arah dan skala.
iii. Pelan mesti menggunakan skala metrik yang tepat dan sesuai mengikut
saiz pelan cadangan.
iv. Lot dirujuk hendaklah ditunjukkan dengan tanda terang (tebal) serta
mematuhi kehendak piawaian perancangan dari segi penggunaan warna.
v.. Lot-lot bersebelahan, lebar rezab jalan, rezab sungai dan lain-lain
disekeliling tapak dirujuk hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
vi. Pra Hitungan (Pre-computation) lot-lot dengan butir-butir seperti dimensi,
bearing dan keluasan hendaklah ditunjukkan.
vii. Tajuk cadangan hendaklah bermula dengan perkataan “PELAN PRA
HITUNGAN” Contoh berikut :-
“PELAN PRA HITUNGAN BAGI PECAHAN DAN PENYERAHAN
SEBAHAGIAN LOT 50 DAN LOT 51, JALAN KUCHING, MUKIM BATU,
KUALA LUMPUR”
viii. Maklumat-maklumat seperti berikut hendaklah dinyatakan bersama
dengan tandatangan :-
a. Milik Individu :-
Tandatangan, nama, no. kad pengenalan dan alamat.
b. Milikan Syarikat :-
Tandatangan, nama jawatan, nama syarikat, alamat dan meterai
syarikat.
c. Pemegang Amanah :-
- Hendaklah ditandatangani oleh pemegang-pemegang
amanah yang didaftarkan dan disertakan dengan satu
salinan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed).
- Maklumat mengenai pemegang amanah yang perlu
dinyatakan sama seperti milik individu.
ix. Pertubuhan / Persatuan
a. Hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang dilantik mengikut
Akta Pertubuhan/Persatuan.
b. Maklumat mengenai pegawai berkenaan yang perlu dinyatakan
sama seperti milik syarikat.
x. Pemegang Power Of Attorney
a. Hendaklah disertakan dengan salinan Surat Kuasa Wakil yang
didaftarkan. Pastikan terdapat “clause” didalamnya menyatakan
yang pemilik memberi kuasa kepada wakil berkenaan untuk
menandatangani pelan bagi pihaknya.
b. Maklumat mengenai pemegang wakil yang perlu dinyatakan
sama seperti milik individu.
xi. Pemohon (Jurukur)
Tandatangan, nama, alamat dan cop meterai syarikat.
xii. Pelan-pelan hendaklah mengandungi ruangan seperti berikut :-
a. Ruangan pelan kunci, pelan lokasi dan ruangan pelan tatatur
tapak.
b. Ruangan Tajuk.
c. Ruangan teks JPRB (Panduan dan Peringatan).
d. Shit piawai nombor (oleh JPRB)
e. Ruangan skala, tarikh dan disemak (oleh JPRB).
f. Ruangan pengesahan Datuk Bandar.
g. Ruangan pengesahan Pengarah Perancang.
h. Ruangan penunjuk arah.
i. Ruangan parapi oleh pihak PTG.
j. Ruangan tandatangan pemilik.
k. Ruangan tandatangan Jurukur.
l. Ruangan skala, dilukis, tarikh, disemak dan no. rujukan (oleh
Jurukur).
xiii. Ruangan Petunjuk Dalam Pelan :-
a. Ruangan Petunjuk :-
Petunjuk terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
i. Tanah yang dikhaskan untuk dikeluarkan hakmilik:-
- Kediaman
- Perdagangan
- Industri
- Institusi
(Nota :- Selaras dengan kelulusan Perintah Pembangunan
yang dikeluarkan).
- Pencawang Elektrik
(Nota :- Tertakluk kepada perjanjian diantara pemilik tanah
dan pengusaha/syarikat)
ii. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada
Ketua Setiausaha Negara:-
Gerai, Pusat Penjaja, Dewan Orang Ramai, Dewan
Serbaguna, Pusat Rukun Tetangga, Kawasan Lapang,
Zon Penampan, Kawasan Hijau, Kawasan Taman
Permainan, Balai Raya, Rumah Kelab, Dewan Komuniti
dan yang berkaitan.
(Nota :- Perkara-perkara di atas akan diselenggara dan
diurus tadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
iii. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan:-
Rezab Tangki Air, Kolam Oksidasi, Kolam Takungan,
Tangki Sedut, Rumah Pam, Rezab Agama Lain, Rezab
Parit, Rezab Saliran, Indah Water, LPG, Rezab Bawah
Talian Elektrik, menara telekomunikasi/telekom, Sekolah,
Tadika, Balai Bomba dan Balai Polis.
(Nota :- Perkara-perkara di atas akan diselenggara dan
diurus tadbir oleh Jabatan berkenaan).
iv. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan:-
- Masjid
- Surau
- Madrasah
v. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan untuk:-
- Jalan
- Lorong
- Koridor / Laluan (servis)
xiv. Ruangan Teks Peringatan:
Panduan mengisi maklumat perancangan yang perlu dinyatakan adalah
seperti di dalam kelulusan yang dikeluarkan oleh JKPB. (Nota :- Pilih
maklumat perancangan yang berkaitan sahaja).
NOTA :-
Pelan draf Pra Hitungan yang dikemukakan kepada JKA dan JPRB hendaklah
menggunakan format pelan sepertimana dalam manual ini dan dilengkapkan
dengan spesifikasi, panduan dan teks peringatan.
Pelan Pra Hitungan yang terlibat dengan pembetulan hendaklah dicetak semula.
Pembetulan secara tampal, guris, palang atau tambahan ayat baru adalah tidak
dibenarkan.
PelanTataturTapakDenganSkala
PelanKunci
Dengan
Skala
PelanLokasi
Dengan
Skala
TAJUKPELANPRAHITUNGAN
Panduan:
Peringatan:
ArahUtara
Parapioleh
PTG
T/Tangan
Pemilik
T/Tangan
Jurukur
T/Tangan
DatukBandar,
DBKL
T/Tangan
Pengarah,JPRB
SyitPiawaiNo.
Skala:
Tarikh&disemak:
No.Rujukan:
Skala:
Dilukis:
Disemak:
Tarikh:
FORMATPELANPRA-HITUNGAN
NOTA:SaizpelanyangdigunapakaiiaituA1atauA0denganmenunjukkanskalayangjelas.

Plan pra hitungan

  • 1.
    MANUAL GARIS PANDUANPENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAANMANUAL GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PELAN PRAPELAN PRAPELAN PRAPELAN PRA HITUNGANHITUNGANHITUNGANHITUNGAN OLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAHOLEH JURUKUR BERTAULIAH D e w a n B AD e w a n B AD e w a n B AD e w a n B A n d a r a y an d a r a y an d a r a y an d a r a y a KKKK u a l au a l au a l au a l a LLLLu m p u ru m p u ru m p u ru m p u r J a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N GJ a b a t a n P E R A N C A N G B A N D A RB A N D A RB A N D A RB A N D A R
  • 2.
    1.0 PENGENALAN Penyediaan PelanPra Hitungan (PH) diperlukan untuk membolehkan pihak jurukur bertauliah mengambil tindakan selanjutnya terhadap cadangan pembangunan yang telah diluluskan oleh pihak DBKL bagi tujuan mendapatkan:- i. Kelulusan Pentadbir Tanah (PTG). ii. Penyediaan hakmilik oleh Pentadbir Tanah (PTG). iii. Untuk kelulusan Pelan Akui oleh Pengarah Ukur. Bahagian 29, Pengukuran Bab 1, Sek. 396 Akta Kanun Tanah Negara mentafsirkan sebidang tanah tidak boleh dikatakan telah diukur sehingga perkara dibawah dipatuhi:- i. Sempadan-sempadannya telah ditentukan dengan garisan-garisan tepat. ii. Sempadan-sempadannya sebagaimana ditentukan telah ditandakan pada permukaan tanah dengan tanda-tanda sempadan pada garisan sebenar. iii. Luas kawasan yang dilingkungi oleh sempadan-sempadan yang telah ditandakan telah dihitung. iv. Suatu nombor lot telah diberikan oleh Pengarah Ukur. v. Suatu pelan yang telah disahkan menunjukkan kedudukan tanah, kedudukan sempadan yang ditentukan dan tanda-tanda sempadan yang diletakkan dan luas kawasan dan nombornya telah diluluskan oleh Pengarah Ukur. 2.0 JENIS PERMOHONAN YANG MEMERLUKAN PENYEDIAAN PELAN PRA HITUNGAN (PH) i. Permohonan untuk mengenakan jenis penggunaan tanah/syarat nyata, mengubah/meminda jenis penggunaan tanah/syarat nyata dan membatalkan serta mengenakan syarat nyata baru dan sekatan kepentingan tanah di Bawah Seksyen 124, Kanun Tanah Negara (KTN). ii. Permohonan untuk mengubah syarat sekatan dan kategori berkenaan dengan bahagian-bahagian tumpukan pecahan sempadan tanah yang dicadangkan di Bawah Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara (KTN). iii. Permohonan untuk memecah sempadan tanah di Bawah Seksyen 137, Kanun Tanah Negara (KTN). iv. Permohonan untuk memecah bahagian tanah di Bawah Seksyen 142, Kanun Tanah Negara(KTN). v. Permohonan untuk menyatukan tanah di Bawah Seksyen 148, Kanun Tanah Negara (KTN). vi. Permohonan untuk menyerah balik kesemua bahagian tanah di Bawah Seksyen 197, Kanun Tanah Negara (KTN).
  • 3.
    vii. Permohonan untukmenyerah balik sebahagian tanah di Bawah Seksyen 200, Kanun Tanah Negara (KTN). viii. Permohonan untuk menyerah balik kesemua bahagian dan berimilik semula tanah di Bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara (KTN). 3.0 TATACARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PELAN PRA HITUNGAN i. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh Jurukur Bertauliah bagi pihak pemilik tanah. ii. Pelan Pra Hitungan hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah berdaftar seperti dalam geran dan pemohon. iii. Pelan Pra Hitungan hendaklah mendapat ulasan pematuhan dari Jabatan Kerja Awam (JKA). iv. Pelan Pra Hitungan hendaklah mengikut format yang lengkap mengikut spesifikasi yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar (JPRB). 4.0 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN i. Surat ulasan daripada JKA dan 1 salinan pelan yang disahkan oleh Jabatan berkenaan. ii. Penyediaan 35 salinan pelan PH dan 1 salinan pelan linen yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar untuk pengesahan. iii. Pembahagian pelan adalah seperti berikut :- a. 29 salinan pelan akan dikembalikan kepada pemohon. b. 1 salinan untuk JKA, JPPH dan JB. c. 2 salinan untuk fail dan salinan linen untuk rekod jabatan. d. 1 salinan ‘Tracing’ dengan saiz 2 rantai e. 1 keping CD yang menunjukkan Pelan Pra Hitungan. 5.0 SPESIFIKASI FORMAT PELAN:- Diantara spesifikasi format pelan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut : i. Pelan disediakan oleh Jurukur Bertauliah. ii. Pelan mesti mengandungi pelan lokasi, pelan tapak cadangan, petunjuk arah dan skala. iii. Pelan mesti menggunakan skala metrik yang tepat dan sesuai mengikut saiz pelan cadangan. iv. Lot dirujuk hendaklah ditunjukkan dengan tanda terang (tebal) serta mematuhi kehendak piawaian perancangan dari segi penggunaan warna. v.. Lot-lot bersebelahan, lebar rezab jalan, rezab sungai dan lain-lain disekeliling tapak dirujuk hendaklah ditunjukkan dengan jelas. vi. Pra Hitungan (Pre-computation) lot-lot dengan butir-butir seperti dimensi, bearing dan keluasan hendaklah ditunjukkan.
  • 4.
    vii. Tajuk cadanganhendaklah bermula dengan perkataan “PELAN PRA HITUNGAN” Contoh berikut :- “PELAN PRA HITUNGAN BAGI PECAHAN DAN PENYERAHAN SEBAHAGIAN LOT 50 DAN LOT 51, JALAN KUCHING, MUKIM BATU, KUALA LUMPUR” viii. Maklumat-maklumat seperti berikut hendaklah dinyatakan bersama dengan tandatangan :- a. Milik Individu :- Tandatangan, nama, no. kad pengenalan dan alamat. b. Milikan Syarikat :- Tandatangan, nama jawatan, nama syarikat, alamat dan meterai syarikat. c. Pemegang Amanah :- - Hendaklah ditandatangani oleh pemegang-pemegang amanah yang didaftarkan dan disertakan dengan satu salinan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed). - Maklumat mengenai pemegang amanah yang perlu dinyatakan sama seperti milik individu. ix. Pertubuhan / Persatuan a. Hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang dilantik mengikut Akta Pertubuhan/Persatuan. b. Maklumat mengenai pegawai berkenaan yang perlu dinyatakan sama seperti milik syarikat. x. Pemegang Power Of Attorney a. Hendaklah disertakan dengan salinan Surat Kuasa Wakil yang didaftarkan. Pastikan terdapat “clause” didalamnya menyatakan yang pemilik memberi kuasa kepada wakil berkenaan untuk menandatangani pelan bagi pihaknya. b. Maklumat mengenai pemegang wakil yang perlu dinyatakan sama seperti milik individu. xi. Pemohon (Jurukur) Tandatangan, nama, alamat dan cop meterai syarikat. xii. Pelan-pelan hendaklah mengandungi ruangan seperti berikut :- a. Ruangan pelan kunci, pelan lokasi dan ruangan pelan tatatur tapak.
  • 5.
    b. Ruangan Tajuk. c.Ruangan teks JPRB (Panduan dan Peringatan). d. Shit piawai nombor (oleh JPRB) e. Ruangan skala, tarikh dan disemak (oleh JPRB). f. Ruangan pengesahan Datuk Bandar. g. Ruangan pengesahan Pengarah Perancang. h. Ruangan penunjuk arah. i. Ruangan parapi oleh pihak PTG. j. Ruangan tandatangan pemilik. k. Ruangan tandatangan Jurukur. l. Ruangan skala, dilukis, tarikh, disemak dan no. rujukan (oleh Jurukur). xiii. Ruangan Petunjuk Dalam Pelan :- a. Ruangan Petunjuk :- Petunjuk terbahagi kepada 4 kategori iaitu; i. Tanah yang dikhaskan untuk dikeluarkan hakmilik:- - Kediaman - Perdagangan - Industri - Institusi (Nota :- Selaras dengan kelulusan Perintah Pembangunan yang dikeluarkan). - Pencawang Elektrik (Nota :- Tertakluk kepada perjanjian diantara pemilik tanah dan pengusaha/syarikat) ii. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara:- Gerai, Pusat Penjaja, Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Pusat Rukun Tetangga, Kawasan Lapang, Zon Penampan, Kawasan Hijau, Kawasan Taman Permainan, Balai Raya, Rumah Kelab, Dewan Komuniti dan yang berkaitan. (Nota :- Perkara-perkara di atas akan diselenggara dan diurus tadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). iii. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan:- Rezab Tangki Air, Kolam Oksidasi, Kolam Takungan, Tangki Sedut, Rumah Pam, Rezab Agama Lain, Rezab
  • 6.
    Parit, Rezab Saliran,Indah Water, LPG, Rezab Bawah Talian Elektrik, menara telekomunikasi/telekom, Sekolah, Tadika, Balai Bomba dan Balai Polis. (Nota :- Perkara-perkara di atas akan diselenggara dan diurus tadbir oleh Jabatan berkenaan). iv. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan:- - Masjid - Surau - Madrasah v. Tanah yang dikehendaki diukur dan diserahkan untuk:- - Jalan - Lorong - Koridor / Laluan (servis) xiv. Ruangan Teks Peringatan: Panduan mengisi maklumat perancangan yang perlu dinyatakan adalah seperti di dalam kelulusan yang dikeluarkan oleh JKPB. (Nota :- Pilih maklumat perancangan yang berkaitan sahaja). NOTA :- Pelan draf Pra Hitungan yang dikemukakan kepada JKA dan JPRB hendaklah menggunakan format pelan sepertimana dalam manual ini dan dilengkapkan dengan spesifikasi, panduan dan teks peringatan. Pelan Pra Hitungan yang terlibat dengan pembetulan hendaklah dicetak semula. Pembetulan secara tampal, guris, palang atau tambahan ayat baru adalah tidak dibenarkan.
  • 7.