SlideShare a Scribd company logo
PERTARUNGAN TUAH
DENGAN JEBAT
SINOPSIS
Laksamana Hang Tuah telah pergi ke istana
untuk menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka
kepada raja. Hang Tuah disertai oleh orang ramai
yang ingin menyaksikan pertarungan Hang Tuah
dengan Hang Jebat. Hang Tuah tiba di balai gendang
dan berhenti di situ. Hang Jebat pula sedang makan
minum dengan isi istana. Apabila tiba waktu yang
sesuai, Hang Tuah turun dari balai gendang menuju
ke halaman istana. Hang Jebat terkejut mendengar
seruan Hang Tuah mengajaknya berlawan. Hang
Jebat menyangka Hang Tuah sudah mati dibunuh
oleh Bendahara. Hang Tuah menjelaskan bahawa
dia baru pulang dari berguru di Hulu Melaka. Beliau
tidak dihukum mati tetapi disembunyikan oleh
Bendahara.
Hang Jebat menjelaskan bahawa dia
menderhaka kerana kematian Hang Tuah dan enggan
turun bertikam kerana menghormati Hang Tuah
sebagai Hulu Balang Besar dan saudara tuannya.
Hang Jebat amat marah lalu menutup pintu istana dan
menikam mati semua 700 perempuan yang ada di
dalamnya. Hang Tuah mendesak Hang Jebat
membuka pintu istana. Setelah Hang Tuah naik
berlaku pertarungan sengit. Hang Jebat terus
menerangkan sebab sebenar dia menderhaka. Hang
Jebat juga berpesan kepada Hang Tuah supaya
mengambil anaknya yang dikandung oleh Dang Baru .
Seandainya anak itu lelaki, jadikanlah pembantu Tun
Nadim. Seandainya perempuan, biarkan ibunya yang
menguruskannya. Akhirnya, Hang Tuah dapat
menyambar keris Hang Jebat lalu menikam dada Hang
Jebat. Selepas itu, Hang Tuah berjalan pulang ke
rumahnya.
TEMA
Penderhakaan terhadap raja sebagai
usaha menentang kezaliman raja yang
akhirnya mengorbankan pahlawan
Melayu.
PERSOALAN
Menuntut bela bagi memperjuangkan
kebenaran.
- Hal ini jelas terlihat melalui sikap Hang Jebat
yang cuba bangkit menentang raja kerana
telah menjatuhkan hukuman atas Hang Tuah
tanpa usul periksa. Hang Jebat mahu
membela kematian Hang Tuah agar raja tidak
sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman
atas rakyat biasa tanpa menyiasat
kebenarannya. Bagi Hang Jebat, kematian
Hang Tuah harus dibela dan kebenaran
dipertahankan. Justeru, penderhakaannya
kepada raja merupakan satu protes terhadap
sikap raja yang menolak kebenaran hanya
kerana dipengaruhi oleh orang tertentu.
Semangat setiakawan yang tiada
batasan.
- Walaupun Hang Jebat begitu arif bahawa
perbuatannya yang diaangap menderhaka
kepada raja mampu menggugat nyawanya
sendiri, namun atas semangat setiakawan,
Hang Jebat mengetepikan semua itu dan
meneruskan tindakannya.
WATAK DAN PERWATAKAN

-

Laksamana
Laksamana digambarkan memiliki kesetiaan
yang tinggi kepada raja. Dia rela menerima
hukuman atas kesalahan yang tidak
dilakukannya. Dia juga sanggup menerima
perintah untuk berlawan dengan sahabat
karibnya semata-mata untuk mempertahankan
kesetiaanya.
Menerusi cerita ini, HangTuah juga
diperlihatkan sebagai mempercayai kekuasaan
Allah mengatasi makhluk yang lain, walaupun
dirinya bergelar laksamana terbilang.
Hang Tuah juga bijak menggunakan helah
bagi mendapatkan keris Taming Sari miliknya
yang berada di tangan Hang Jebat.
 Hang Jebat
Hang Jebat dikatakan mempunyai beberapa
sikap negatif sehingga digelar sebagai
penderhaka dan petualang bangsa kerana
bertindak kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Hal ini terlibat apabila dia
sanggup membunuh dayang-dayang di istana
sebelum dia bertarung dengan Hang Tuah.
-

Namun begitu, Hang Jebat memiliki
semangat setiakawan yang tinggi. Atas
semangat itulah dia bangun menentang raja
demi membela nasib sahabatnya, Hang Tuah
yang pada sangkaanya telah dihukum bunuh
oleh raja atas fitnah orang.
LATAR TEMPAT
• Pekarangan dan di dalam istana
-tempat pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat
-istana:Hang Jebat melakukan
kekejamannya apabila membunuh 700
orang dayang sebelum bertarung dengan
Hang Tuah.
LATAR MASA
• Abad ke-15:zaman Kesultanan Melayu
Melaka .
• Tengah hari:Hang Jebat sedang tidur
dan kedengaran namanya dipanggil
oleh Hang Tuah.
LATAR
MASYARAKAT
• Masyarakat yang taat kepada raja.
-Hang Tuah menjunjung perintah raja supaya membunuh
sahabat yang mahu membela dirinya yang telah dijatuhi
hukuman bunuh secara terburu-buru oleh Sultan.
• Masyarakat yang memiliki sikap setiakawan yang tinggi.
-Hang Jebat melawan sultan dan sanggup digelar
penderhaka semata-mata kerana hendak menuntut bela
atas kematian sahabatnya.
• Masyarakat yang memandang hina kepada penderhaka.
-Tindakan Hang Jebat yang melawan Sultan dianggap
menderhaka dan oleh sebab itu beliau mesti dibunuh.
NILAI








Taat setia
- Hang Tuah taat kepada Sultan Melaka. Dia sanggup
membunuh sahabatnya sendiri kerana menurut arahan
Sultan.
Kasih sayang
- Hang Jebat sayang akan Hang Tuah. Dia sanggup
menderhaka kepada raja demi perasaan sayangnya
kepada Hang Tuah yang disangkanya telah dihukum
bunuh.
Bijaksana
- Hang Tuah bijak bermain senjata dan bijak
mencari peluang untuk merampas keris Taming Sari.
Simpati dan belas kasihan
- Hang Tuah simpati terhadap nasib Hang Jebat yang
menderhaka dan terpaksa dijatuhi hukuman bunuh.
PENGAJARAN


Setiap pemimpin tidak harus terburu-buru menjatuhkan
hukuman sebelum menyiasat setiap tuduhan dengan teliti.
-Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah.



Pahlawan tidak harus melakukan kekejaman terhadap wanita.
-Hang Jebat membunuh 700 orang wanita istana kerana
bertindak mengikut perasaan marahnya.



Rakyat hendaklah taat kepada pemerintah atau Sultan.
-Hang Tuah sangat taat kepada Sultan sehingga sanggup
menerima apa-apa juga perintah Sultan.



Rakyat tidak harus menderhaka kepada Sultan kerana
akibatnya sangat buruk.
-Hang Jebat menderhaka kepada Sultan.Akhirnya, dia dijatuhi
hukuman bunuh.
SOALAN
• Apakah tema “Pertarungan Tuah dan Jebat”
Jawapan :Penderhakaan terhadap raja sebagai usaha
menentang kezaliman raja yang akhirnya mengorbankan
pahlawan Melayu.
• Berikan 2 watak yang terdapat dlm prosa ini
Jawapan :Hang Tuah dan Hang Jebat
• Nyatakan 2 nilai yang terdapat dalam prosa ini?
Jawapan :Kasih sayang dan taat setia
TAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
-NORATIQAH
-NOR ANISI DAYU
-WAN NOOR HANANI

More Related Content

What's hot

Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
HerRmah SYoyozz
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPMKesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Mr Pickle
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
naddy sulaiman
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
Cikgu Ain Marwan
 
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
hasfazera hassan
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
Miss Jia
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
DANIELSONTAJAK1
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
Noha Fiq
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
Syazwani Idris
 
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
saadiah alidrus
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerharalhaj
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
JANGAN TENGOK
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
hasfazera hassan
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
NURFITRAH ZAINAL
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Muhamad Saifullah
 
Ekonomi tradisional STPM SEM 3
Ekonomi tradisional STPM SEM 3Ekonomi tradisional STPM SEM 3
Ekonomi tradisional STPM SEM 3
Pra-Univeristy SMK Tun Abdul Razak Selekoh
 
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPMSistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPMCatherine Inggai
 
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdfTEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

What's hot (20)

Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPMKesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
 
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Ekonomi tradisional STPM SEM 3
Ekonomi tradisional STPM SEM 3Ekonomi tradisional STPM SEM 3
Ekonomi tradisional STPM SEM 3
 
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPMSistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
 
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdfTEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
 

Pertarungan tuah dengan jebat

  • 2. SINOPSIS Laksamana Hang Tuah telah pergi ke istana untuk menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka kepada raja. Hang Tuah disertai oleh orang ramai yang ingin menyaksikan pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat. Hang Tuah tiba di balai gendang dan berhenti di situ. Hang Jebat pula sedang makan minum dengan isi istana. Apabila tiba waktu yang sesuai, Hang Tuah turun dari balai gendang menuju ke halaman istana. Hang Jebat terkejut mendengar seruan Hang Tuah mengajaknya berlawan. Hang Jebat menyangka Hang Tuah sudah mati dibunuh oleh Bendahara. Hang Tuah menjelaskan bahawa dia baru pulang dari berguru di Hulu Melaka. Beliau tidak dihukum mati tetapi disembunyikan oleh Bendahara.
  • 3. Hang Jebat menjelaskan bahawa dia menderhaka kerana kematian Hang Tuah dan enggan turun bertikam kerana menghormati Hang Tuah sebagai Hulu Balang Besar dan saudara tuannya. Hang Jebat amat marah lalu menutup pintu istana dan menikam mati semua 700 perempuan yang ada di dalamnya. Hang Tuah mendesak Hang Jebat membuka pintu istana. Setelah Hang Tuah naik berlaku pertarungan sengit. Hang Jebat terus menerangkan sebab sebenar dia menderhaka. Hang Jebat juga berpesan kepada Hang Tuah supaya mengambil anaknya yang dikandung oleh Dang Baru . Seandainya anak itu lelaki, jadikanlah pembantu Tun Nadim. Seandainya perempuan, biarkan ibunya yang menguruskannya. Akhirnya, Hang Tuah dapat menyambar keris Hang Jebat lalu menikam dada Hang Jebat. Selepas itu, Hang Tuah berjalan pulang ke rumahnya.
  • 4. TEMA Penderhakaan terhadap raja sebagai usaha menentang kezaliman raja yang akhirnya mengorbankan pahlawan Melayu.
  • 5. PERSOALAN Menuntut bela bagi memperjuangkan kebenaran. - Hal ini jelas terlihat melalui sikap Hang Jebat yang cuba bangkit menentang raja kerana telah menjatuhkan hukuman atas Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Jebat mahu membela kematian Hang Tuah agar raja tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman atas rakyat biasa tanpa menyiasat kebenarannya. Bagi Hang Jebat, kematian Hang Tuah harus dibela dan kebenaran dipertahankan. Justeru, penderhakaannya kepada raja merupakan satu protes terhadap sikap raja yang menolak kebenaran hanya kerana dipengaruhi oleh orang tertentu.
  • 6. Semangat setiakawan yang tiada batasan. - Walaupun Hang Jebat begitu arif bahawa perbuatannya yang diaangap menderhaka kepada raja mampu menggugat nyawanya sendiri, namun atas semangat setiakawan, Hang Jebat mengetepikan semua itu dan meneruskan tindakannya.
  • 7. WATAK DAN PERWATAKAN  - Laksamana Laksamana digambarkan memiliki kesetiaan yang tinggi kepada raja. Dia rela menerima hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia juga sanggup menerima perintah untuk berlawan dengan sahabat karibnya semata-mata untuk mempertahankan kesetiaanya. Menerusi cerita ini, HangTuah juga diperlihatkan sebagai mempercayai kekuasaan Allah mengatasi makhluk yang lain, walaupun dirinya bergelar laksamana terbilang. Hang Tuah juga bijak menggunakan helah bagi mendapatkan keris Taming Sari miliknya yang berada di tangan Hang Jebat.
  • 8.  Hang Jebat Hang Jebat dikatakan mempunyai beberapa sikap negatif sehingga digelar sebagai penderhaka dan petualang bangsa kerana bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hal ini terlibat apabila dia sanggup membunuh dayang-dayang di istana sebelum dia bertarung dengan Hang Tuah. - Namun begitu, Hang Jebat memiliki semangat setiakawan yang tinggi. Atas semangat itulah dia bangun menentang raja demi membela nasib sahabatnya, Hang Tuah yang pada sangkaanya telah dihukum bunuh oleh raja atas fitnah orang.
  • 9. LATAR TEMPAT • Pekarangan dan di dalam istana -tempat pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat -istana:Hang Jebat melakukan kekejamannya apabila membunuh 700 orang dayang sebelum bertarung dengan Hang Tuah.
  • 10. LATAR MASA • Abad ke-15:zaman Kesultanan Melayu Melaka . • Tengah hari:Hang Jebat sedang tidur dan kedengaran namanya dipanggil oleh Hang Tuah.
  • 11. LATAR MASYARAKAT • Masyarakat yang taat kepada raja. -Hang Tuah menjunjung perintah raja supaya membunuh sahabat yang mahu membela dirinya yang telah dijatuhi hukuman bunuh secara terburu-buru oleh Sultan. • Masyarakat yang memiliki sikap setiakawan yang tinggi. -Hang Jebat melawan sultan dan sanggup digelar penderhaka semata-mata kerana hendak menuntut bela atas kematian sahabatnya. • Masyarakat yang memandang hina kepada penderhaka. -Tindakan Hang Jebat yang melawan Sultan dianggap menderhaka dan oleh sebab itu beliau mesti dibunuh.
  • 12. NILAI     Taat setia - Hang Tuah taat kepada Sultan Melaka. Dia sanggup membunuh sahabatnya sendiri kerana menurut arahan Sultan. Kasih sayang - Hang Jebat sayang akan Hang Tuah. Dia sanggup menderhaka kepada raja demi perasaan sayangnya kepada Hang Tuah yang disangkanya telah dihukum bunuh. Bijaksana - Hang Tuah bijak bermain senjata dan bijak mencari peluang untuk merampas keris Taming Sari. Simpati dan belas kasihan - Hang Tuah simpati terhadap nasib Hang Jebat yang menderhaka dan terpaksa dijatuhi hukuman bunuh.
  • 13. PENGAJARAN  Setiap pemimpin tidak harus terburu-buru menjatuhkan hukuman sebelum menyiasat setiap tuduhan dengan teliti. -Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah.  Pahlawan tidak harus melakukan kekejaman terhadap wanita. -Hang Jebat membunuh 700 orang wanita istana kerana bertindak mengikut perasaan marahnya.  Rakyat hendaklah taat kepada pemerintah atau Sultan. -Hang Tuah sangat taat kepada Sultan sehingga sanggup menerima apa-apa juga perintah Sultan.  Rakyat tidak harus menderhaka kepada Sultan kerana akibatnya sangat buruk. -Hang Jebat menderhaka kepada Sultan.Akhirnya, dia dijatuhi hukuman bunuh.
  • 14. SOALAN • Apakah tema “Pertarungan Tuah dan Jebat” Jawapan :Penderhakaan terhadap raja sebagai usaha menentang kezaliman raja yang akhirnya mengorbankan pahlawan Melayu. • Berikan 2 watak yang terdapat dlm prosa ini Jawapan :Hang Tuah dan Hang Jebat • Nyatakan 2 nilai yang terdapat dalam prosa ini? Jawapan :Kasih sayang dan taat setia