SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Soalan 1
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula
mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang
anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja
sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar
penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur.
      Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya.
Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat
pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu,
Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap
berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.
      Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan
penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya. Bayaran
tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan
juga baik. Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya
pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya.

Cadangan jawapan

-Bertanggungjawab - menghantar anak ke sekolah sebelum pergi bekerja
-Penyabar - sentiasa bersikap tenang biarpun jalan raya sesak.
-Tidak mementingkan diri sendiri - sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan
bertimbang rasa di jalan raya.
-Beretika - berpakaian kemas dan mesra dengan para penumpang
-Jujur - bayaran yang dikenakan kepada penumpang tepat menurut bacaan
meter
-Menghormati orang lain - pergaulannya dengan rakan-rakannya baik
-Mementingkan keluarga - meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak
-Mementingkan pendidikan - menyemak kerja-kerja sekolah anaknya
Soalan 2
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

       Melisa selalu mendapat pujian guru-gurunya kerana dia sentiasa
mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Melisa seorang murid yang
rajin belajar. Di dalam kelas, dia menumpukan sepenuh perhatian semasa guru
mengajar. Melisa rajin bertanya soalan kepada guru jika dia kurang faham
tentang pelajarannya.
       Melisa juga bergaul mesra dengan rakan-rakannya. Dia selalu bermain
dan belajar bersama-sama mereka. Melisa sering mendorong rakan-rakannya
supaya belajar bersungguh-sungguh. Melisa juga aktif dalam kegiatan
kokurikulum. Dia mewakili rumah sukannya dalam acara lompat tinggi,
menyertai persatuan pengakap, kelab komputer, dan tae-kwan-do.
       Di rumah, Melisa akan belajar secara sistematik mengikut jadual waktu
yang telah disediakannya. Pada hujung minggu, Melisa akan membantu ibunya
mengemas rumah. Melisa juga selalu membasuh kasut sekolahnya sendiri. Dia
tidak suka membebankan ibunya dengan kerja-kerja yang boleh dilakukannya
sendiri.

Cadangan jawapan

-Mementingkan pendidikan - Menumpukan sepenuh perhatian semasa guru
mengajar
-Bersikap positif untuk memajukan diri - rajin bertanya bertanya kepada
guru jika kurang faham tentang pelajaran
-Baik hati dan peramah - bergaul mesra dan belajar dengan rakan-rakan yang
lain
-Suka membantu orang lain - mendorong rakan-rakan agar belajar
bersungguh-sungguh
-Seimbang dalam pelajaran - menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum
-Berdisiplin - belajar secara sistematik berdasarkan jadual waktu belajar
yang telah disediakan
-Tidak mementingkan diri - menolong ibu melakukan kerja rumah pada hujung
minggu dan membasuh kasut sekolah sendiri
Soalan 3
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

       Shahira terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan
perbahasan. Pertandingan itu akan bermula kira-kira dua minggu lagi. Setiap
hari pada pukul 4.00 petang, Shahira akan turun ke sekolah untuk berbincang
dengan tiga orang rakannya dan guru pembimbing mereka. Mereka berbincang
tentang persiapan, bahan-bahan rujukan, dan membuat latihan intensif.
       Setiap petang, Shahira bersiap awal untuk pergi ke sekolah. Dia tidak
mahu tiba lewat dan membuat rakan-rakannya tertunggu-tunggu. Sebelum
pergi, dia akan memberitahu ibunya. Shahira melakukan latihan perbahasan
dengan bersungguh-sungguh. Dia memberikan kerjasama yang sepenuhnya
kepada rakan-rakan dan guru pembimbingnya. Shahira berazam untuk
memenangi pertandingan itu dan mengharumkan nama sekolahnya.
       Shahira selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang
diperlukan agar dapat dibentangkan dalam perbincangan dengan rakan-
rakannya. Dia sentiasa memberi cadangan agar mutu perbahasan mereka
dapat dipertingkatkan. Rakan-rakan Shahira sangat menghormati sikap
Shahira yang berdedikasi dan rajin itu.

 Cadangan jawapan
-Menepati janji - berjumpa dengan rakan-rakan dan guru pembimbing di
sekolah
-Menepati masa - tiba lebih awal daripada yang dijanjikan
-Menghormati ibu bapa - memberitahu dan meminta izin ibu sebelum keluar
-Sepenuh hati - berlatih dengan bersungguh-sungguh
-Bekerja dalam satu pasukan - memberikan kerjasama kepada rakan-rakan
dan guru pembimbing
-Mempunyai matlamat - berazam untuk memenangi pertandingan tersebut dan
mengharumkan nama sekolah
-Berinisiatif - selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang
diperlukan
-Berpandangan jauh - sentiasa memberi cadangan untuk membaiki mutu
perbahasan
Soalan 4

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

       Doren dilahirkan pekak dan bisu. Ibu bapanya tidak pernah menganggap
dia beban, sebaliknya memberi dia peluang hidup berdikari seperti insan
normal. Ibu bapanya menghantar Doren ke sekolah pendidikan khas. Guru-
guru di sekolah juga melayan dia dengan baik. Doren belajar mengembangkan
minat, kemampuan, dan potensi yang ada.
       Doren sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang
lain. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan golongan normal dengan
menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, ibu bapanya telah mengambil inisiatif
untuk belajar bahasa isyarat.
       Doren melibatkan diri dengan aktiviti sukan di sekolah. Doren amat
meminati permainan bola jaring. Dia pernah mewakili sekolahnya dalam
pertandingan bola jaring peringkat daerah. Oleh sebab, golongan pekak dan
bisu tidak dapat mendengar bunyi tiupan wisel pengadil, mereka diberi
teguran dengan bendera. Doren berasa gembira kerana ada pihak yang
prihatin dengan golongan kurang upaya seperti dirinya. Doren tidak pernah
berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya berazam untuk berjaya
dalam pelajarannya.

Cadangan jawapan

-Bersyukur - memberi peluang kepada anak yang kurang upaya untuk
berdikari dan bukan dianggap sebagai beban
-Mementingkan pendidikan - menghantar anak ke sekolah pendidikan khas
-Berinisiatif - ibu bapa mengambil langkah untuk belajar bahasa isyarat
-Mengasah potensi dan bakat - mewakili sekolah dalam pertandingan bola
jaring
-Prihatin - pengadil menggunakan bendera semasa mengadili permainan bola
jaring yang melibatkan orang pekak dan bisu
-Berkeyakinan - tidak berasa rendah diri dengan kekurangan yang ada
-Bercita-cita tinggi - berazam untuk berjaya dalam pelajaran
Soalan 5

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Berhati-hati berjalan di lorong,
Takut nanti terpijak duri;
Jangan selalu bercakap bohong,
Takut nanti memakan diri.

Puasku cari ke sana ke mari,
Rupanya disimpan di dalam laci;
Janganlah suka meninggi diri,
Kelak membuat kawan-kawan benci.

Masak ranum buah keranji,
Mari disimpan di dalam peti;
Tua dan muda sama dihormati,
Itulah sikap amalan terpuji.

Jalan-jalan naik kereta,
Mari pergi ke pinggir desa;
Sopan-santun budaya kita,
Terserlah indah budi bahasa.

Cadangan Jawapan:
-Jangan suka bercakap bohong
-Orang yang suka bercakap bohong akhirnya akan mendapat kesusahan atau
malu apabila diketahui orang lain
-Jangan suka meninggikan diri
-Orang yang suka meninggikan diri akan dijauhi dan dibenci
-Semua orang harus dihormati tidak kira tua ataupun muda
-Sikap menghormati orang lain adalah amalan yang terpuji
-Sopan-santun mencerminkan budaya masyarakat kita
-Sikap sopan-santun akan menyerlahkan keindahan budi bahasa

More Related Content

Viewers also liked

Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknanashahrin
 
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teks
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teksKarangan tahun 6 berdasarkan buku teks
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teksArun Mohanaraj
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karanganAzlan Haron
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-maknaer3r
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknaTeoh Kwan
 
Formula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganFormula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganNordin Isa
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaAkaryu
 
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isi
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isiContoh pendahuluan karangan cara menghurai isi
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isimaisarah61
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatLim Moi
 

Viewers also liked (20)

Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Cara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cutiCara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cuti
 
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teks
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teksKarangan tahun 6 berdasarkan buku teks
Karangan tahun 6 berdasarkan buku teks
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Kosa kata
Kosa kataKosa kata
Kosa kata
 
Tanda baca
Tanda bacaTanda baca
Tanda baca
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karangan
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Kosa kata 2
Kosa kata 2Kosa kata 2
Kosa kata 2
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Formula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganFormula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karangan
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
 
Kata Ganda
Kata Ganda Kata Ganda
Kata Ganda
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isi
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isiContoh pendahuluan karangan cara menghurai isi
Contoh pendahuluan karangan cara menghurai isi
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 

Similar to OPTIMIZED_SEO_TITLE

Masalah anak yang berat, kompleks, dan
Masalah anak yang berat, kompleks, danMasalah anak yang berat, kompleks, dan
Masalah anak yang berat, kompleks, danElmin Khasanah
 
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaHubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaIka Lestari
 
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlangNadia Khalid
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betulPusat Kita
 
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2Ppt 10 sopan santun di sekolah 2
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2filipusnerisunarto
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasanaserimangsor
 
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesanNor Zairul Hisham
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangDennyson Juien
 
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxCabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxjamianmas
 
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxCabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxjamianmas
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Murugamah Muru
 

Similar to OPTIMIZED_SEO_TITLE (20)

Soalan 1 pen c
Soalan 1 pen cSoalan 1 pen c
Soalan 1 pen c
 
Masalah anak yang berat, kompleks, dan
Masalah anak yang berat, kompleks, danMasalah anak yang berat, kompleks, dan
Masalah anak yang berat, kompleks, dan
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaHubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
 
Analisis video
Analisis videoAnalisis video
Analisis video
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2Ppt 10 sopan santun di sekolah 2
Ppt 10 sopan santun di sekolah 2
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlang
 
Kasus pembelajaran bahasa indonesia sd
Kasus pembelajaran bahasa indonesia sdKasus pembelajaran bahasa indonesia sd
Kasus pembelajaran bahasa indonesia sd
 
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
 
Penulisan upsr 2013
Penulisan upsr 2013Penulisan upsr 2013
Penulisan upsr 2013
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
 
Lembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn cLembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn c
 
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxCabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
 
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptxCabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
Cabaran ibu bapa dan PDPR.pptx
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
 

More from nashahrin

Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksudnashahrin
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifnashahrin
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama dirinashahrin
 
Kata sendi nama
Kata sendi namaKata sendi nama
Kata sendi namanashahrin
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasaKesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasanashahrin
 
Memilih jawapan kepada soalan
Memilih jawapan kepada soalanMemilih jawapan kepada soalan
Memilih jawapan kepada soalannashahrin
 
Memilih soalan kepada jawapan
Memilih soalan kepada jawapanMemilih soalan kepada jawapan
Memilih soalan kepada jawapannashahrin
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatnashahrin
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangannashahrin
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasanashahrin
 

More from nashahrin (16)

Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Kata sendi nama
Kata sendi namaKata sendi nama
Kata sendi nama
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasaKesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Memilih jawapan kepada soalan
Memilih jawapan kepada soalanMemilih jawapan kepada soalan
Memilih jawapan kepada soalan
 
Memilih soalan kepada jawapan
Memilih soalan kepada jawapanMemilih soalan kepada jawapan
Memilih soalan kepada jawapan
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 

OPTIMIZED_SEO_TITLE

  • 1. Soalan 1 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur. Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu, Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya. Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik. Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya. Cadangan jawapan -Bertanggungjawab - menghantar anak ke sekolah sebelum pergi bekerja -Penyabar - sentiasa bersikap tenang biarpun jalan raya sesak. -Tidak mementingkan diri sendiri - sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. -Beretika - berpakaian kemas dan mesra dengan para penumpang -Jujur - bayaran yang dikenakan kepada penumpang tepat menurut bacaan meter -Menghormati orang lain - pergaulannya dengan rakan-rakannya baik -Mementingkan keluarga - meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak -Mementingkan pendidikan - menyemak kerja-kerja sekolah anaknya
  • 2. Soalan 2 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Melisa selalu mendapat pujian guru-gurunya kerana dia sentiasa mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Melisa seorang murid yang rajin belajar. Di dalam kelas, dia menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Melisa rajin bertanya soalan kepada guru jika dia kurang faham tentang pelajarannya. Melisa juga bergaul mesra dengan rakan-rakannya. Dia selalu bermain dan belajar bersama-sama mereka. Melisa sering mendorong rakan-rakannya supaya belajar bersungguh-sungguh. Melisa juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. Dia mewakili rumah sukannya dalam acara lompat tinggi, menyertai persatuan pengakap, kelab komputer, dan tae-kwan-do. Di rumah, Melisa akan belajar secara sistematik mengikut jadual waktu yang telah disediakannya. Pada hujung minggu, Melisa akan membantu ibunya mengemas rumah. Melisa juga selalu membasuh kasut sekolahnya sendiri. Dia tidak suka membebankan ibunya dengan kerja-kerja yang boleh dilakukannya sendiri. Cadangan jawapan -Mementingkan pendidikan - Menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar -Bersikap positif untuk memajukan diri - rajin bertanya bertanya kepada guru jika kurang faham tentang pelajaran -Baik hati dan peramah - bergaul mesra dan belajar dengan rakan-rakan yang lain -Suka membantu orang lain - mendorong rakan-rakan agar belajar bersungguh-sungguh -Seimbang dalam pelajaran - menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum -Berdisiplin - belajar secara sistematik berdasarkan jadual waktu belajar yang telah disediakan -Tidak mementingkan diri - menolong ibu melakukan kerja rumah pada hujung minggu dan membasuh kasut sekolah sendiri
  • 3. Soalan 3 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Shahira terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan perbahasan. Pertandingan itu akan bermula kira-kira dua minggu lagi. Setiap hari pada pukul 4.00 petang, Shahira akan turun ke sekolah untuk berbincang dengan tiga orang rakannya dan guru pembimbing mereka. Mereka berbincang tentang persiapan, bahan-bahan rujukan, dan membuat latihan intensif. Setiap petang, Shahira bersiap awal untuk pergi ke sekolah. Dia tidak mahu tiba lewat dan membuat rakan-rakannya tertunggu-tunggu. Sebelum pergi, dia akan memberitahu ibunya. Shahira melakukan latihan perbahasan dengan bersungguh-sungguh. Dia memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada rakan-rakan dan guru pembimbingnya. Shahira berazam untuk memenangi pertandingan itu dan mengharumkan nama sekolahnya. Shahira selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan agar dapat dibentangkan dalam perbincangan dengan rakan- rakannya. Dia sentiasa memberi cadangan agar mutu perbahasan mereka dapat dipertingkatkan. Rakan-rakan Shahira sangat menghormati sikap Shahira yang berdedikasi dan rajin itu. Cadangan jawapan -Menepati janji - berjumpa dengan rakan-rakan dan guru pembimbing di sekolah -Menepati masa - tiba lebih awal daripada yang dijanjikan -Menghormati ibu bapa - memberitahu dan meminta izin ibu sebelum keluar -Sepenuh hati - berlatih dengan bersungguh-sungguh -Bekerja dalam satu pasukan - memberikan kerjasama kepada rakan-rakan dan guru pembimbing -Mempunyai matlamat - berazam untuk memenangi pertandingan tersebut dan mengharumkan nama sekolah -Berinisiatif - selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan -Berpandangan jauh - sentiasa memberi cadangan untuk membaiki mutu perbahasan
  • 4. Soalan 4 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Doren dilahirkan pekak dan bisu. Ibu bapanya tidak pernah menganggap dia beban, sebaliknya memberi dia peluang hidup berdikari seperti insan normal. Ibu bapanya menghantar Doren ke sekolah pendidikan khas. Guru- guru di sekolah juga melayan dia dengan baik. Doren belajar mengembangkan minat, kemampuan, dan potensi yang ada. Doren sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan golongan normal dengan menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, ibu bapanya telah mengambil inisiatif untuk belajar bahasa isyarat. Doren melibatkan diri dengan aktiviti sukan di sekolah. Doren amat meminati permainan bola jaring. Dia pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah. Oleh sebab, golongan pekak dan bisu tidak dapat mendengar bunyi tiupan wisel pengadil, mereka diberi teguran dengan bendera. Doren berasa gembira kerana ada pihak yang prihatin dengan golongan kurang upaya seperti dirinya. Doren tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya berazam untuk berjaya dalam pelajarannya. Cadangan jawapan -Bersyukur - memberi peluang kepada anak yang kurang upaya untuk berdikari dan bukan dianggap sebagai beban -Mementingkan pendidikan - menghantar anak ke sekolah pendidikan khas -Berinisiatif - ibu bapa mengambil langkah untuk belajar bahasa isyarat -Mengasah potensi dan bakat - mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring -Prihatin - pengadil menggunakan bendera semasa mengadili permainan bola jaring yang melibatkan orang pekak dan bisu -Berkeyakinan - tidak berasa rendah diri dengan kekurangan yang ada -Bercita-cita tinggi - berazam untuk berjaya dalam pelajaran
  • 5. Soalan 5 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Berhati-hati berjalan di lorong, Takut nanti terpijak duri; Jangan selalu bercakap bohong, Takut nanti memakan diri. Puasku cari ke sana ke mari, Rupanya disimpan di dalam laci; Janganlah suka meninggi diri, Kelak membuat kawan-kawan benci. Masak ranum buah keranji, Mari disimpan di dalam peti; Tua dan muda sama dihormati, Itulah sikap amalan terpuji. Jalan-jalan naik kereta, Mari pergi ke pinggir desa; Sopan-santun budaya kita, Terserlah indah budi bahasa. Cadangan Jawapan: -Jangan suka bercakap bohong -Orang yang suka bercakap bohong akhirnya akan mendapat kesusahan atau malu apabila diketahui orang lain -Jangan suka meninggikan diri -Orang yang suka meninggikan diri akan dijauhi dan dibenci -Semua orang harus dihormati tidak kira tua ataupun muda -Sikap menghormati orang lain adalah amalan yang terpuji -Sopan-santun mencerminkan budaya masyarakat kita -Sikap sopan-santun akan menyerlahkan keindahan budi bahasa