Majlis perbandaran bercadang untuk menaiktaraf stesen keretapi dan menghubungkannya dengan stesen bas, tetapi menghadapi masalah dana. Untuk menjalankan projek, mereka mencadangkan untuk menswastakan tanah 20 ekar kepada pemaju dengan menawarkan harga yang istimewa dan kerjasama dalam pembinaan. Projek ini termasuk pembangunan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti stesen keretapi, stesen bas, surau, dan kedai.