SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Nama Institut telah digunakan bagi
menggantikan nama Maktab selaras dengan dasar Kerajaan yang menaikkan taraf maktab-
maktab perguruan di Malaysia menjadi Institut mulai bulan April 2006.
Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaannya ialah RM 38 juta. Kampus institut
ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi
kakitangan dan guru pelatih.
Sejarah institut
Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan
hari bersejarah dan ia telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti TYT Gabenor Pulau Pinang, YAB
Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu.
Antara kemudahan yang dimiliki oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang
boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek
larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan
rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3
blok akademik dan bengkel.
Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 Disember 1992.
Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian
Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan
kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis institut ini.
Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab
ini pada Julai 1993.
Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian
Matematik, Pengajian Muzik dan kursus baru iaitu Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil.
Pada bulan Disember 1993 seramai 229 guru pelatih baru telah melaporkan diri. Bagi sesi ini
satu lagi kursus baru telah diperkenalkan di institut ini iaitu Pengajian Sains. Bilangan pelatih
yang berdaftar semasa institut ini dirasmikan adalah seramai 1063 orang, sementara tenaga
pengajar pula berjumlah 73 orang. Selain itu, bilangan staf sokongan adalah 38 orang.
Seramai 540 guru pelatih baru untuk sesi 1994/1997 dalam 18 unit telah mendaftarkan diri pada
Julai 1994. Mulai sesi ini kumpulan pertama guru pelatih untuk Kursus perguruan Sekolah
Menengah Kemahiran Hidup tambahan (PSM-(KMT)), Kemahiran hidup Ekonomi
Rumahtangga (KH-(ERT)) dan Kemahiran Hidup Pertanian (KH-(P)) telah memulakan
pengajiannya. Pada tahun 1996 berakhirlah kursus KPA dan pengambilan pertama Kursus
Diploma Perguruan Malaysia.
Kumpulan ini sekarang ialah perintis kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan
kumpulan kedua DPM telah mendaftar diri pada bulan Julai 1997 diikuti kumpulan ketiga DPM
pada bulan Julai 1998. Sejak diasaskan, institut ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai
bidang khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Kejayaan ini telah dicapai sejak
Pengetua yang pertama lagi iaitu En. Adnan bin Abd. Rahman. Ini diikuti pula oleh En. Ariffin
bin Yahaya yang memulakan tugas pada 1994.

More Related Content

What's hot

Esei sejarah azam
Esei sejarah azamEsei sejarah azam
Esei sejarah azamazam_hazel
 
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...Chon Seong Hoo
 
2001 panduan pakaian guru
2001 panduan pakaian guru2001 panduan pakaian guru
2001 panduan pakaian guruJimmy Siow
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola balingLaki Oyin
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaJessyca Ungat
 
Peraturan pakaian guru
Peraturan pakaian guruPeraturan pakaian guru
Peraturan pakaian gurusiti fairul
 
Slaid kkgamb perak
Slaid kkgamb perakSlaid kkgamb perak
Slaid kkgamb perakAbdul Razak
 
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyatSurat sumbangan dan tajaan bank rakyat
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyatHayati Yusof
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILPBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILMiza Farisah
 

What's hot (15)

Esei sejarah azam
Esei sejarah azamEsei sejarah azam
Esei sejarah azam
 
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
 
2001 panduan pakaian guru
2001 panduan pakaian guru2001 panduan pakaian guru
2001 panduan pakaian guru
 
Proposal
Proposal Proposal
Proposal
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola baling
 
Refleksi big
Refleksi big Refleksi big
Refleksi big
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysia
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Peraturan pakaian guru
Peraturan pakaian guruPeraturan pakaian guru
Peraturan pakaian guru
 
Kkgamb
KkgambKkgamb
Kkgamb
 
Slaid kkgamb perak
Slaid kkgamb perakSlaid kkgamb perak
Slaid kkgamb perak
 
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyatSurat sumbangan dan tajaan bank rakyat
Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILPBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
 
SURAT JEMPUTAN PENCERAMAHN
SURAT JEMPUTAN PENCERAMAHNSURAT JEMPUTAN PENCERAMAHN
SURAT JEMPUTAN PENCERAMAHN
 

Viewers also liked (7)

Coração
CoraçãoCoração
Coração
 
Cloud telephony company in india
Cloud telephony company in indiaCloud telephony company in india
Cloud telephony company in india
 
Examen loto
Examen lotoExamen loto
Examen loto
 
DISCULPAME SI TE SIGO AMANDO
DISCULPAME SI TE SIGO AMANDODISCULPAME SI TE SIGO AMANDO
DISCULPAME SI TE SIGO AMANDO
 
Industrial Boiler Repair and Servces
Industrial Boiler Repair and ServcesIndustrial Boiler Repair and Servces
Industrial Boiler Repair and Servces
 
Executive Summary
Executive SummaryExecutive Summary
Executive Summary
 
H_11
H_11H_11
H_11
 

Similar to Pendidikan awal kanak kanak

Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBsyafiq hussin
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakanAdy Pixer
 
Sejarah Pendidikan Guru
Sejarah Pendidikan GuruSejarah Pendidikan Guru
Sejarah Pendidikan GuruAzizi Ahmad
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Najwa Norizam
 
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...Gayatri Devi Kerisnan
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Pieja Hanhae
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023RedhaSyahirah
 

Similar to Pendidikan awal kanak kanak (10)

Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Sejarah Pendidikan Guru
Sejarah Pendidikan GuruSejarah Pendidikan Guru
Sejarah Pendidikan Guru
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
Sukasuka
SukasukaSukasuka
Sukasuka
 
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...
Senarai pelantikan baru menteri dan timbalan menteri kementerian pelajaran da...
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
 
Unit PSH BPA JPKK 2014
Unit PSH BPA JPKK 2014Unit PSH BPA JPKK 2014
Unit PSH BPA JPKK 2014
 

Pendidikan awal kanak kanak

  • 1. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Nama Institut telah digunakan bagi menggantikan nama Maktab selaras dengan dasar Kerajaan yang menaikkan taraf maktab- maktab perguruan di Malaysia menjadi Institut mulai bulan April 2006. Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaannya ialah RM 38 juta. Kampus institut ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih. Sejarah institut Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan hari bersejarah dan ia telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti TYT Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu. Antara kemudahan yang dimiliki oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3 blok akademik dan bengkel. Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 Disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis institut ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993. Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik dan kursus baru iaitu Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil. Pada bulan Disember 1993 seramai 229 guru pelatih baru telah melaporkan diri. Bagi sesi ini satu lagi kursus baru telah diperkenalkan di institut ini iaitu Pengajian Sains. Bilangan pelatih yang berdaftar semasa institut ini dirasmikan adalah seramai 1063 orang, sementara tenaga pengajar pula berjumlah 73 orang. Selain itu, bilangan staf sokongan adalah 38 orang. Seramai 540 guru pelatih baru untuk sesi 1994/1997 dalam 18 unit telah mendaftarkan diri pada Julai 1994. Mulai sesi ini kumpulan pertama guru pelatih untuk Kursus perguruan Sekolah Menengah Kemahiran Hidup tambahan (PSM-(KMT)), Kemahiran hidup Ekonomi Rumahtangga (KH-(ERT)) dan Kemahiran Hidup Pertanian (KH-(P)) telah memulakan pengajiannya. Pada tahun 1996 berakhirlah kursus KPA dan pengambilan pertama Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Kumpulan ini sekarang ialah perintis kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan kumpulan kedua DPM telah mendaftar diri pada bulan Julai 1997 diikuti kumpulan ketiga DPM
  • 2. pada bulan Julai 1998. Sejak diasaskan, institut ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Kejayaan ini telah dicapai sejak Pengetua yang pertama lagi iaitu En. Adnan bin Abd. Rahman. Ini diikuti pula oleh En. Ariffin bin Yahaya yang memulakan tugas pada 1994.