Dokumen tersebut membahas dua model penilaian, yaitu model penilaian iluminatif dan model penilaian responsif stake. Model penilaian iluminatif berfokus pada aspek naturalistik dan melibatkan pengumpulan data kualitatif, sedangkan model penilaian responsif stake melibatkan pihak-pihak terkait sejak awal dan fleksibel menangani kepentingan mereka. Kedua model memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pelaksanaan penil
2. Pengenalan Pendekatan Penilaian
Berorientasikan Naturalistik dan Peserta
• Bertujuan mendapatkan maklumat dan bukti kualitatif tentang program yang
dinilai
• Melalui fasa-fasa yang tersendiri melibatkan keadaan semula jadi dan maklum
balas peserta program
3. Model Penilaian Iluminatif
• Dilaporkan penggunaannya pada tahun 1969 oleh Hanley
• Menjadi terkenal kerana penulisan Malcom Parlett dan Hamilton
“Evaluation as illumination: a new approach to study of innovatory programs” (1972)
• Tokoh yang paling menonjol dalam model ini ialah Malcom Parlett
• Model pertama yang menggunakan kaedah kualitatif
4. Model Penilaian Iluminatif
• Menumpukan kepada aspek naturalistik seperti faedah, kebaikan dan
keutamaan yang diperoleh daripada sesuatu program
• Dikaitkan dengan bidang antropologi dan diperkembangkan di negara barat
• Terdapat 2 konsep utama iaitu sistem pendidikan dan persekitaran
pembelajaran
5. Model Penilaian Iluminatif
Sistem Pendidikan
• Bahan rasmi seperti katalog
pendidikan, proforma, laporan,
sukatan pelajaran, pedagogi, teknik
dan ciri-ciri perancangan
pengajaran serta kelengkapan yang
terperinci
Persekitaran Pembelajaran
• Keadaan fizikal atau persekitaran
sosial PdPc dijalankan
• Jaringan kebudayaan, sosial dan
psikologi
6. Model Penilaian Iluminatif
• Penilai illuminative berperanan untuk mempelajari, menerangkan dan
melaporkan perkembangan seharian terhadap subjek yang dikaji
• Memfokuskan kepada bagaimana implementasi sesuatu sistem itu
dipengaruhi oleh suasana sekolah iaitu tempat berkembangnya sesuatu sistem
itu
• Model ini juga melihat kepada kekuatan, kelemahan serta pengaruh sistem
terhadap pelajar
7. Model Penilaian Iluminatif
• Hasil yang diperolehi lebih menekankan deskripsi serta interpretasi, berbeza
dengan model-model lain yang lebih menekankan pengukuran dan anggaran
• Fokuskan kepada proses pengumpulan maklumat berbanding membuat
keputusan
• Tugas utama penilai adalah untuk menyediakan satu pemahaman yang
komprehensif terhadap realiti yang kompleks pada persekitaran sesuatu
projek dijalankan
9. 1. Pemerhatian
• Penilai melawat sekolah yang sedang menjalankan program
• Penilai melihat serta mengumpul data melalui komponen mata pelajaran, bahan pengajaran, strategi dan
kaedah PdPc serta sumber pengajaran.
2. Pertanyaan
• Penilai fokuskan kesan program terhadap individu
• Proses program ditumpukan kepada pelaksanaannya (memakan masa)
• Data dikumpul melalui temu bual, soal selidik (guru, pelajar, pentadbir dan ibu bapa)
• Data juga dapat diperoleh melalui pemeriksaan dokumen sekolah, portfolio pelajar dan hasil kerja pelajar
3. Penjelasan
• Penilai meneliti sebab dan akibat daripada persoalan yang timbul
• Mencari punca terhadap faktor-faktor yang menimbulkan persoalan
• Interpretasi data
• Data yang diperoleh akan digunakan untuk dijadikan rujukan bagi memudahkan proses pembuat keputusan
dilakukan
10. Contoh Jurnal
Model Penilaian Iluminatif
Kajian ini menilai bagaimana perancangan,
pelaksanaan, masalah program pembelajaran
sejarah tempatan di Indonesia dan usaha
yang dilakukan untuk meningkatkan
pembelajaran berlaku.
11. Model Penilaian Iluminatif
Kekuatan
• Penilaian secara berterusan
• Manfaat kepada pihak yang dikaji
• Jangka masa singkat (proses
pengumpulan data dan laporan hasil
penilaian)
• Maklumat boleh digunakan dengan
segera
Kelemahan
• Aktiviti penilaian tidak didahului
dengan penggubalan kriteria secara
eksplisit
• Objektif penilaian boleh dipersoalkan
• Kegunaan instrumen penilaian yang
kurang spesifik atau berstruktur
12. Model Penilaian Responsif Stake
• Diperkenalkan oleh Robert E. Stake (1967) untuk Center for Instructional Research
and Curriculum Evaluation di University of Illinois dalam bidang pendidikan
• Menurut Stake (1975) penilaian responsif ialah pendekatan penilaian program yang
memberi tumpuan kepada meningkatkan kegunaan penemuan penilaian kepada
pihak berkepentingan melalui pengorbanan beberapa ketepatan dalam pengukuran
• Penilaian bermula dengan mempertimbangkan dapatan (cth: untuk apa penilaian itu
akan digunakan atau siapa yang akan menggunakan dapatan penilaian)
13. Model Penilaian Responsif Stake
• Melibatkan pihak berkepentingan (pelaksana dan penerima manfaat) sesuatu
program pada awal penilaian dan sentiasa menyesuaikan kriteria penilaian
semasa penilaian
• Kurang formal dan kurang tepat berbanding dengan pendekatan lain (pre-
ordinate approach) kerana kriteria penilaian yang terus berkembang dengan
memberi tumpuan kepada menangani kepentingan orang yang berbeza dalam
program
14. Model Penilaian Responsif Stake
• Memandangkan ia diperkenalkan untuk menilai program pendidikan, ia
menekankan kepentingan penilaian dilakukan dalam tetapan di mana
pembelajaran berlaku
• Lebih mementingkan aktiviti program berbanding dengan hasrat program
• Penilai menentukan tujuan dan skop penilaian berdasarkan mengapa
penilaian itu ditugaskan atau isu-isu yang timbul daripada pelaksanaan
program
15. Proses Model Penilaian
Responsif Stake
• Bercakap dengan pelanggan, kakitangan program dan
orang awam
• Mengenal pasti program/skop penilaian
• Gambaran keseluruhan aktiviti program
• Menemui tujuan dan kebimbangan (isu)
• Mengkonsepkan isu dan masalah
• Mengenal pasti keperluan data
• Memilih pemerhati dan instrumen penilaian
• Memerhati pelaksanaan dan hasil
• Membina tema
• Pengesahan atau percubaan untuk membatalkan
pengesahan
• Memeriksa dan memformatkan untuk kegunaan awam
• Mengumpul laporan rasmi (jika ada)
Terdapat 12 proses yang berulang dan tidak
mengikut mana-mana susunan tertentu
17. Contoh Jurnal
Model Penilaian
Responsif Stake
• Kajian ini dijalankan untuk menilai dasar
sekolah mesra kanak-kanak di Depok,
Indonesia.
• Dinilai dari segi antecedents, transactions
dan outcomes.
• Menggunakan pemerhatian, temu bual
dan dokumentasi
18. Model Penilaian Responsif Stake
Kekuatan
• menumpukan perhatian kepada keperluan mereka yang
membuat penilaian
• melihat program dari sudut pandangan yang berbeza
• fleksibel kepada keperluan unik peserta dan bergantung
pada pengetahuan orang dalam
• membenarkan pengkaji menilai untuk memberi tumpuan
secara responsif kepada isu yang menjadi keutamaan
• membawa kepada membuat keputusan yang baik kerana
ia memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan
oleh peserta
Kelemahan
• menekankan kerumitan
• Terdedah untuk dimanipulasikan oleh pelanggan
• Subjektif
• Kos
• Tidak sesuai untuk membuat generalisasi atau
mengembangkan teori