SlideShare a Scribd company logo
PENDAPAT PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA
Bola sepak merupakan sukan yag paling terkenal di dunia pada masa kini. Walau demikian,
perkembangan pesat permainan ini hanya bermula pada abad ke 19. Persatuan Bola Sepak Malaysia atau
FAM ( Football Association Malaya) yang ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola sepak yang
mengawal perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan-persatuan bola
sepak di peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia, dan Liga Semi Pro adalah
antara beberapa pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM di negara ini.
Perjalanan bola sepak di Malaysia masih memerlukan perjalanan yang jauh. Perspektif kita
mengenai bola sepak mestilah berubah sejajar dengan perkembangan antarabangsa. Hari ini, bola sepak
menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi, dan elemen nasionalisme. Di negara-negara terkenal
dengan bola sepak seperti Brazil, Argentina, Jerman, England, dan Perancis, bola sepak ialah segala-
galanya. Di negara-negara baru dalam dunia bola sepak seperti Korea Selatan, Jepun, serta beberapa
negara Afrika, sukan bola sepak sentiasa berada di hati rakyatnya. Pemain-pemain bola sepak di Negara
ini tidak takut bermain di Negara Barat dan Amerika Selatan untuk mencari skil, pengalaman, ketahanan
diri serta mental. Jelas sekali, sokongan kerajaan dan swasta semata-mata tidak cukup untuk menjadikan
seseorang itu sebagai pemain bola sepak yang baik. Pemain bola sepak mesti ada kemahuan untuk berjaya
dan berani mencuba di luar negara masing-masing.
Di Malaysia, kita akui bahawa terdapat banyak usaha dilakukan kerajaan, seperti Kementerian
Belia dan Sukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persatuan bola sepak negeri serta kelab untuk
menjayakan matlamat bagi meningkatkan mutu bola sepak negara. Malah sejarah bola sepak negara juga
membuktikan bagaimana Malaysia pernah memberikan saingan hebat kepada pasukan terkuat dunia sama
ada dalam perlawanan rasmi mahupun persahabatan.
Malaysia juga pernah melahirkan ramai pemain bola sepak yang terkenal dan digeruni lawan
seperti Abdul Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, dan yang terbaru,
Safee Sali.Liga bola sepak Malaysia juga pernah menyaksikan kelibat pemain import untuk beberapa
tahun sementara tarafnya juga dinaikkan daripada 'liga semi-profesional' kepada 'liga profesional'
sebagaimana yang ada pada hari ini. Setakat setahun dua ini, Liga Malaysia (M-League) boleh dikatakan
agak setanding dengan liga bola sepak di negara lain di sekitar rantau Asia Tenggara.
Ia banyak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh dipanggil untuk mewakili negara di
peringkat antarabangsa. Antara sedikit bukti kejayaan Liga Malaysia ialah pembentukan pasukan bola
sepak kebangsaan dan olimpik yang ada pada hari ini. Pasukan kebangsaan di bawah pimpinan Datuk K.
Rajagobal berjaya menjuarai Piala AFC-Suzuki baru-baru ini menewaskan Indonesia. Pun begitu, semua
ini masih tidak cukup untuk membantu negara menewaskan Singapura dalam perlawanan pra-kelayakan
Piala Dunia, apatah lagi untuk mengangkat martabat sukan bola sepak di Malaysia.
Persoalannya di sini, apakah masih ada 'sinar' kepada pasukan bola sepak Malaysia ? Jawapannya
ialah masih ada 'sinar' menanti pasukan bolasepak negara. Dan 'sinar' yang dimaksudkan ialah 'keinginan'
yang tinggi, sama ada bagi pihak yang berkenaan mengurus bola sepak negara, iaitu FAM, persatuan bola
sepak negeri dan kelab, jurulatih, serta pemain bola sepak itu sendiri. Saya merasakan bahawa sokongan
dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan bola sepak sangatlah banyak tetapi
kurang dimanfaatkan. Persatuan bola sepak negeri yang dikatakan mempunyai program pembangunan
bola sepak mereka sendiri sebenarnya 'gagal' dalam usaha untuk melahirkan ramai pemain muda yang
berkaliber.
Konflik sering berlaku antara FAM dan persatuan bola sepak negeri mengenai pelepasan
pemainnya untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan. Manakala ramai pemain yang cemerlang ketika
beraksi dengan pasukan negeri sebaliknya menjadi 'primadona' di padang ketika mewakili pasukan
kebangsaan di peringkat antarabangsa. Pemain bola sepak negeri semacam tidak begitu bangga untuk
bermain dengan pasukan kebangsaan, dan ramai daripada mereka hanyalah 'jaguh kampung' semata-mata.
Apalah agaknya yang terlintas di fikiran pemain muda negara yang diberi tanggungjawab untuk
mengawal penyerang hebat Chelsea seperti Didier Drogba ataupun Dirk Kuyt dari Liverpool. Adakah
masih terpesona kerana kelibat pemain hebat ini sedang berada di depan mata?
Kalau diteliti mengenai perkembangan pasukan bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini, ternyata
pasukan negara memerlukan pemain bertaraf jenderal di bahagian gol, pertahanan, tengah, dan serangan.
Sekarang ini kita hanya ada Khairul Fahmi di pintu gol, Safiq Rahim di bahagian tengah dan Safee Sali di
bahagian serangan. Sekiranya semua pemain ini tidak dapat diturunkan, pastinya pasukan negara akan
menerima 'musibah'. Kepada semua pemain bola sepak di Malaysia, sama ada yang sedang mewakili
pasukan kebangsaan, olimpik, ataupun pasukan negeri dan kelab, anda mesti mempunyai 'keinginan' yang
tinggi dan 'berani' sekiranya ingin berjaya. Kejayaan mewakili pasukan kebangsaan ataupun olimpik,
ataupun pernah dipanggil untuk menjalani latihan dengan kelab ternama di Barat ataupun namanya
pernah disebut oleh jurulatih bola sepak Barat tidak seharusnya dijadikan sumber inspirasi yang tinggi
ataupun satu pencapaian yang terhebat. Sebaliknya, sumbangan kita sebagai seorang pemain bola sepak
ialah membawa pasukan bola sepak kebangsaan berjaya dalam peringkat yang paling tinggi dan 'elit'.Apa
yang boleh dilakukan oleh FAM ialah mengenalpasti pemain-pemain bola sepak yang berpotensi untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka ini boleh dihantar untuk berlatih dan mewakili
kelab-kelab di luar negara. Tidak semestinya kelab di Eropah. FAM juga boleh mencuba menghantar
pemain ke kelab-kelab di Jepun, Korea Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan yang 'kosnya'
agak lebih murah. Usaha untuk menghantar pemain hanya sekadar berlatih dengan kelab-kelab di EPL
akan merugikan FAM. Terdapat banyak kes yang pemain Malaysia gagal bersaing dan menempatkan diri
dalam kelab itu walaupun pasukan simpanan. Dalam hal ini, FAM dan persatuan bola sepak negeri serta
kelab tempatan boleh mewujudkan satu 'perkongsian pintar' membekalkan pemain bola sepak berkualiti
dan berkaliber ke luar negara.
Akhir sekali, 'politik' dalaman persatuan bola sepak negeri serta dalam FAM sendiri perlu
dikurangkan. Apa yang penting bukannya kejayaan individu yang memimpin persatuan tetapi kejayaan
sukan bola sepak negara. Selaku peminat bola sepak dan pasukan 'Harimau Malaya' saya sangat
menyanjung tinggi sikap penyerang kebangsaan Safee Sali yang sanggup berkelana ke Indonesia bermain
dengan kelab Pelita Jaya FC yang mungkin namanya tidaklah sehebat kelab-kelab di EPL dan Eropah
tetapi impak yang kita dapat lihat kepada beliau ialah sebagaimana yang dipamerkan dalam perlawanan
antara Malaysia dengan Singapura, tiga gol dalam dua perlawanan. Sungguh hebat.
Malaysia juga boleh 'belajar' daripada bekas pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya
sebagai jurulatih di luar negara seperti Lim Teong Kim yang kini melatih pasukan remaja Bayern Munich
di Jerman. Untuk berjaya dalam sukan bola sepak, semua pihak di Malaysia termasuk pemain mesti
mengubah sikap dan mentaliti mereka. Tidak guna berangan untuk bermain dengan pasukan hebat di
Eropah kalau standard pasukan dan diri sendiri sebenarnya 'jaguh kampung' sahaja.
Akhir sekali, ada satu ungkapan kata-kata yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh pemain bola
sepak negara untuk masa depan iaitu, "attack every problem with enthusiasm, as if your survival
depended on it". Cuba fikirkan sejenak kerana untuk melihat kecemerlangan bola sepak Malaysia masih
belum terlewat.

More Related Content

What's hot

Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
UNie ONie
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
asiyah97
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Tanusia Nantha
 
Acara 4 x 400 m
Acara 4 x 400 mAcara 4 x 400 m
Acara 4 x 400 mfiro HAR
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daun
HanifDanial
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
Salasiah Hassan Bahari
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
Sharifah Balqis
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Tora 뇌성
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
muhammad
 
Format laporan 1
Format laporan 1Format laporan 1
Format laporan 1
Erni Othman
 
Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2
Wan Suhaimi Wan Setapa
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
anafarzana30
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
Fariszuddin
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
cyberns_
 
Nota transpirasi sains tingkatan 3
Nota transpirasi sains tingkatan 3 Nota transpirasi sains tingkatan 3
Nota transpirasi sains tingkatan 3
tchernajaadie
 
Kajian kes sejarah tingkatan 2
Kajian kes sejarah    tingkatan 2Kajian kes sejarah    tingkatan 2
Kajian kes sejarah tingkatan 2
Jai Mat
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

What's hot (20)

Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Acara 4 x 400 m
Acara 4 x 400 mAcara 4 x 400 m
Acara 4 x 400 m
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daun
 
Kawad kaki
Kawad kakiKawad kaki
Kawad kaki
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Format laporan 1
Format laporan 1Format laporan 1
Format laporan 1
 
Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
 
Nota transpirasi sains tingkatan 3
Nota transpirasi sains tingkatan 3 Nota transpirasi sains tingkatan 3
Nota transpirasi sains tingkatan 3
 
Kajian kes sejarah tingkatan 2
Kajian kes sejarah    tingkatan 2Kajian kes sejarah    tingkatan 2
Kajian kes sejarah tingkatan 2
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

PENDAPAT PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

  • 1. PENDAPAT PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA Bola sepak merupakan sukan yag paling terkenal di dunia pada masa kini. Walau demikian, perkembangan pesat permainan ini hanya bermula pada abad ke 19. Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM ( Football Association Malaya) yang ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola sepak yang mengawal perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan-persatuan bola sepak di peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia, dan Liga Semi Pro adalah antara beberapa pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM di negara ini. Perjalanan bola sepak di Malaysia masih memerlukan perjalanan yang jauh. Perspektif kita mengenai bola sepak mestilah berubah sejajar dengan perkembangan antarabangsa. Hari ini, bola sepak menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi, dan elemen nasionalisme. Di negara-negara terkenal dengan bola sepak seperti Brazil, Argentina, Jerman, England, dan Perancis, bola sepak ialah segala- galanya. Di negara-negara baru dalam dunia bola sepak seperti Korea Selatan, Jepun, serta beberapa negara Afrika, sukan bola sepak sentiasa berada di hati rakyatnya. Pemain-pemain bola sepak di Negara ini tidak takut bermain di Negara Barat dan Amerika Selatan untuk mencari skil, pengalaman, ketahanan diri serta mental. Jelas sekali, sokongan kerajaan dan swasta semata-mata tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai pemain bola sepak yang baik. Pemain bola sepak mesti ada kemahuan untuk berjaya dan berani mencuba di luar negara masing-masing. Di Malaysia, kita akui bahawa terdapat banyak usaha dilakukan kerajaan, seperti Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persatuan bola sepak negeri serta kelab untuk menjayakan matlamat bagi meningkatkan mutu bola sepak negara. Malah sejarah bola sepak negara juga membuktikan bagaimana Malaysia pernah memberikan saingan hebat kepada pasukan terkuat dunia sama ada dalam perlawanan rasmi mahupun persahabatan.
  • 2. Malaysia juga pernah melahirkan ramai pemain bola sepak yang terkenal dan digeruni lawan seperti Abdul Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, dan yang terbaru, Safee Sali.Liga bola sepak Malaysia juga pernah menyaksikan kelibat pemain import untuk beberapa tahun sementara tarafnya juga dinaikkan daripada 'liga semi-profesional' kepada 'liga profesional' sebagaimana yang ada pada hari ini. Setakat setahun dua ini, Liga Malaysia (M-League) boleh dikatakan agak setanding dengan liga bola sepak di negara lain di sekitar rantau Asia Tenggara. Ia banyak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh dipanggil untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Antara sedikit bukti kejayaan Liga Malaysia ialah pembentukan pasukan bola sepak kebangsaan dan olimpik yang ada pada hari ini. Pasukan kebangsaan di bawah pimpinan Datuk K. Rajagobal berjaya menjuarai Piala AFC-Suzuki baru-baru ini menewaskan Indonesia. Pun begitu, semua ini masih tidak cukup untuk membantu negara menewaskan Singapura dalam perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia, apatah lagi untuk mengangkat martabat sukan bola sepak di Malaysia. Persoalannya di sini, apakah masih ada 'sinar' kepada pasukan bola sepak Malaysia ? Jawapannya ialah masih ada 'sinar' menanti pasukan bolasepak negara. Dan 'sinar' yang dimaksudkan ialah 'keinginan' yang tinggi, sama ada bagi pihak yang berkenaan mengurus bola sepak negara, iaitu FAM, persatuan bola sepak negeri dan kelab, jurulatih, serta pemain bola sepak itu sendiri. Saya merasakan bahawa sokongan dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan bola sepak sangatlah banyak tetapi kurang dimanfaatkan. Persatuan bola sepak negeri yang dikatakan mempunyai program pembangunan bola sepak mereka sendiri sebenarnya 'gagal' dalam usaha untuk melahirkan ramai pemain muda yang berkaliber. Konflik sering berlaku antara FAM dan persatuan bola sepak negeri mengenai pelepasan pemainnya untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan. Manakala ramai pemain yang cemerlang ketika beraksi dengan pasukan negeri sebaliknya menjadi 'primadona' di padang ketika mewakili pasukan
  • 3. kebangsaan di peringkat antarabangsa. Pemain bola sepak negeri semacam tidak begitu bangga untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, dan ramai daripada mereka hanyalah 'jaguh kampung' semata-mata. Apalah agaknya yang terlintas di fikiran pemain muda negara yang diberi tanggungjawab untuk mengawal penyerang hebat Chelsea seperti Didier Drogba ataupun Dirk Kuyt dari Liverpool. Adakah masih terpesona kerana kelibat pemain hebat ini sedang berada di depan mata? Kalau diteliti mengenai perkembangan pasukan bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini, ternyata pasukan negara memerlukan pemain bertaraf jenderal di bahagian gol, pertahanan, tengah, dan serangan. Sekarang ini kita hanya ada Khairul Fahmi di pintu gol, Safiq Rahim di bahagian tengah dan Safee Sali di bahagian serangan. Sekiranya semua pemain ini tidak dapat diturunkan, pastinya pasukan negara akan menerima 'musibah'. Kepada semua pemain bola sepak di Malaysia, sama ada yang sedang mewakili pasukan kebangsaan, olimpik, ataupun pasukan negeri dan kelab, anda mesti mempunyai 'keinginan' yang tinggi dan 'berani' sekiranya ingin berjaya. Kejayaan mewakili pasukan kebangsaan ataupun olimpik, ataupun pernah dipanggil untuk menjalani latihan dengan kelab ternama di Barat ataupun namanya pernah disebut oleh jurulatih bola sepak Barat tidak seharusnya dijadikan sumber inspirasi yang tinggi ataupun satu pencapaian yang terhebat. Sebaliknya, sumbangan kita sebagai seorang pemain bola sepak ialah membawa pasukan bola sepak kebangsaan berjaya dalam peringkat yang paling tinggi dan 'elit'.Apa yang boleh dilakukan oleh FAM ialah mengenalpasti pemain-pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka ini boleh dihantar untuk berlatih dan mewakili kelab-kelab di luar negara. Tidak semestinya kelab di Eropah. FAM juga boleh mencuba menghantar pemain ke kelab-kelab di Jepun, Korea Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan yang 'kosnya' agak lebih murah. Usaha untuk menghantar pemain hanya sekadar berlatih dengan kelab-kelab di EPL akan merugikan FAM. Terdapat banyak kes yang pemain Malaysia gagal bersaing dan menempatkan diri dalam kelab itu walaupun pasukan simpanan. Dalam hal ini, FAM dan persatuan bola sepak negeri serta kelab tempatan boleh mewujudkan satu 'perkongsian pintar' membekalkan pemain bola sepak berkualiti dan berkaliber ke luar negara.
  • 4. Akhir sekali, 'politik' dalaman persatuan bola sepak negeri serta dalam FAM sendiri perlu dikurangkan. Apa yang penting bukannya kejayaan individu yang memimpin persatuan tetapi kejayaan sukan bola sepak negara. Selaku peminat bola sepak dan pasukan 'Harimau Malaya' saya sangat menyanjung tinggi sikap penyerang kebangsaan Safee Sali yang sanggup berkelana ke Indonesia bermain dengan kelab Pelita Jaya FC yang mungkin namanya tidaklah sehebat kelab-kelab di EPL dan Eropah tetapi impak yang kita dapat lihat kepada beliau ialah sebagaimana yang dipamerkan dalam perlawanan antara Malaysia dengan Singapura, tiga gol dalam dua perlawanan. Sungguh hebat. Malaysia juga boleh 'belajar' daripada bekas pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya sebagai jurulatih di luar negara seperti Lim Teong Kim yang kini melatih pasukan remaja Bayern Munich di Jerman. Untuk berjaya dalam sukan bola sepak, semua pihak di Malaysia termasuk pemain mesti mengubah sikap dan mentaliti mereka. Tidak guna berangan untuk bermain dengan pasukan hebat di Eropah kalau standard pasukan dan diri sendiri sebenarnya 'jaguh kampung' sahaja. Akhir sekali, ada satu ungkapan kata-kata yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh pemain bola sepak negara untuk masa depan iaitu, "attack every problem with enthusiasm, as if your survival depended on it". Cuba fikirkan sejenak kerana untuk melihat kecemerlangan bola sepak Malaysia masih belum terlewat.