Dokumen tersebut memberikan ringkasan 14 kaedah pembelajaran koperatif yang dapat digunakan oleh guru, termasuk kaedah share n turn, think pair share, gallery walk, rally robin, menyoal dan bimbing, idea rush, fan n pick, pembentangan hasil sendiri, hot seat, three stray one stay, peta i-think, role play, deklamasi, dan round table.
1. PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. KAEDAH SHARE N TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir
antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semula yang
mengandungi 4 isi atau idea
2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang
difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)
3. KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam
kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa
maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil
maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik
setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.
4. KAEDAH RALLAY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanyapelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnyakepadarakan sebelah kemudian rakan
di hadapan seterusnyaatau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli
kumpulan.
5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
1. Memintapelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.
6. KAEDAH IDEA RUSH
1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh
rakan
4. Kumpulsemua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik
7. KAEDAH FAN N PICK
1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut
8. PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI
1. Murid membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil
dapatan kepada keseluruhan kelas.
2. Boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara dan bahan.
3. Menggunakan ICT/bukan ICT.
9. HOT SEAT
1. Aktivitisusulan selepas murid membuat bacaan dan kajian
(individu@kumpulan).
2. Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi
‘pakar’@”watak”.
3. ‘Pakar” @ ‘watak” akan menjawab segala soalan yang dilontar oleh
murid lain.
10. THREE STRAY ONE STAY
1. Kaedah lain pembentangan kumpulan.
2. Hasil kerja ditampal.
3. Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk member
penerangan.
4. Ahli lain boleh bergerak untuk melihat/menyoal kumpulan lain.
11. PETA I-THINK
1. Menggunakan petapemikiran sebagi alat untuk membuat
kajian/carian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.
12. ROLE PLAY
1. Murid diberi tanggungjawab untuk memegang peranan dan watak.
2. Perlu masa untuk membuat persediaan.
3. Membuat persembahan dan memainkan watak.
13. DEKLAMASI SAJAK/MELAFAZKAN
PANTUN/NYANYIAN
1. Murid dibenarkan membuat persediaan dalam kumpulan.
2. Tajuk diberikan.
3. Murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
4. Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
14. ROUND TABLE
1. Murid duduk dalam kumpulan.
2. Guru mengemukakan satu topic.
3. Secara bergilir,murid mencatat satu idea.
4. Murid menggunakan pen dan kertas yang sama.
5. Hasil dapatan dirujuk/bentang.