SlideShare a Scribd company logo
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
1
Pendahuluan
Modul ini dibangunkan setelah mendapat maklumbalas peserta Bengkel Teknik
KASiM+M yang diadakan di Balai Ilmu IPGKTHO pada 3 Julai 2014. Melalui modul
pembelajaran kendiri ini, penulis berharap para peserta dan pembaca dapat mengikuti
langkah demi langkah bermula daripada Pengenalan Teknik KASiM Versi 2014 dan
Perisian Rujukan Mendeley sehingga peringkat aplikasi dalam penulisan tinjauan
literatur.
Isi Kandungan ms. 1
Bahagian A – Nota Penerangan
1. Teknik KASiM ms. 2
2. Proses & Langkah Teknik KASiM
3. Contoh Pengisian Templat Teknik KASiM ms. 3
4. Penulisan Literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi
(a) Bentuk tema ms. 4
(b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian
(c) Bentuk kronologi ms. 5
5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley
6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley ms. 6
Bahagian B – Aplikasi Teknik KASiM+M ms. 7
1. „Install‟ Perisian Mendeley dan Pendaftaran Diri (Sign-up) ms. 8
2. „Install‟ Plug-in MS-Word ms.10
3. „Install‟ Web Importer ms.11
4. Membina “Mendeley Library” ms.12
5. Mengelola “Mendeley Library” ms.14
6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley ms.20
a. Carian sumber menggunakan kata kunci ms.21
b. Menambah sumber/artikel dalam Library
c. Cite While You Write
d. The magic of “Sync”
Bibliografi ms.28
Lampiran
1. Templat Teknik KASiM Versi 2.0
2. CD Modul Teknik KASiM+M
3. Senarai Bahan Bacaan Tambahan
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
2
BAHAGIAN A
1. Teknik KASiM
• Satu inovasi yang diperkenalkan pada tahun 2013 kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah dalam penulisan tinjauan literatur.
• Teknik ini mengandungi empat proses iaitu K=Kumpul, A=Analisis, Si=Sintesis dan
M=Murni.
• Kaedah yang sistematik untuk menstruktur dan mengorganisasikan penulisan
tinjauan literatur pelajar.
2. Proses dan Langkah Teknik KASiM
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
3
3. Contoh pengisian templat Teknik KASiM versi 2.0
Senarai Rujukan bagi Kata Kunci/Subtopik Kualiti Peribadi Guru Cemerlang
* Untuk contoh yang lengkap boleh diperolehi dalam CD Modul Teknik KASiM+M
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
4
4. Penulisan literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi
(a) Bentuk tema
(b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
5
(c) Bentuk kronologi
Sumber rujukan : Mohd Salleh Lebar - Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini:
Perkembangan Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti, Kolej Universiti Sains
dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu (Lebar, 2000).
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
6
5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley
Mendeley adalah satu perisian percuma dalam mengurus sumber rujukan dan
jaringan sosial akademik yang dapat membantu pengguna mengorganisasi penyelidikan,
berkolaborasi secara online antara penyelidik dan membantu penemuan kajian terkini.
Versi terkini adalah 1.11 (Mendeley Desktop).
6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley
Untuk modul ini, fokus lebih mengutamakan fungsi dan ciri-ciri berikut:
1. Pengurus Rujukan – menjana petikan dan bibliografi dalam Ms Word.
2. Menambah dan mengorganisasi – mengimpot dan mengorganisasi fail format
pdf dalam komputer.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
7
Modul Bahagian B ini ditulis berdasarkan aktiviti-aktiviti „hands-on‟ yang
dibuat semasa Bengkel Teknik KASiM+M. Penulisan ini diolah dalam
bentuk langkah demi langkah agar pembaca/pengguna dapat
mengaplikasikannya secara kendiri.
Bagi aktiviti-aktiviti tertentu, terdapat Nota pada bahagian akhir untuk
menjelaskan langkah-langkah yang dinyatakan dan juga penerangan
tambahan.
BAHAGIAN B
Aplikasi Teknik KASiM+M
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
8
1. Install Perisian Mendeley Desktop dan Pendaftaran
Sebelum membuat installation, pastikan server penyedia internet boleh mengakses dan
memuat-turun perisian Mendeley.
1. Layari Laman Mendeley http://www.mendeley.com
2. Klik .Skrin berikut dipaparkan dan lengkapkan maklumat diri
seperti dikehendakki. Seterusnya klik “Create a free account”.
3. Arahan “Download Mendeley” dipaparkan dan klik “Download Mendeley”. Paparan
berikut diperolehi, seterusnya klik Save File.
4. Double Klik Mendeley-Desktop file dalam Folder Downloads dan klik Run.
5. Buka Mendeley Desktop dan sign-in dengan email dan password anda.
Nota:
1. Pemasangan Mendeley Desktop membantu pengguna membangun Mendeley
Library dalam PC. Data Mendeley ini juga disimpan dalam akaun di website
Mendeley.com dengan memberi arahan “Sync”.
2. Team Mendeley akan menghantar e-mel kepada pendaftaran baru untuk verifikasi.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
9
3. Ringkasan Langkah dalam bentuk Rajah:
Senarai Semak:
Ya (√) Tidak(X)
Saya telah memahami Teknik KASiM
Saya tahu fungsi dan ciri-ciri Mendeley
Saya telah berjaya membuat installation Mendeley Desktop
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
10
2. Langkah untuk Install MSWord Plugin
1. Buka Mendeley Desktop
2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install MS Word Plugin
3. Klik OK dan buka MS Word. Plugin untuk MS Word boleh didapati pada
References Tab.
Nota:
1. Plug-in Mendeley Cite-O Matic membenarkan proses membuat petikan dari
Mendeley Library semasa menulis menggunakan MS-Word.
2. Pautan ke “Mendeley Support”: http://support.mendeley.com/customer
/portal/articles/168756-installing-and-using-the-word-plugin-in-windows
Plugin Mendeley telah
disenaraikan di menu
References Tab MS Word
Tools
Install MS
Word Plugin
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
11
3. Langkah untuk Install Web Importer
1. Buka Mendeley Desktop
2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install Web Importer
3. Paparan berikut diperolehi (Rajah di bawah). Anda diberi panduan “How its works”.
Sila ikut langkah-langkah yang diterangkan terutama Langkah 1.
4. Tarik butang ke Bookmarks Toolbar (Jika browser anda tiada
Bookmarks Toolbar, klik “View” pada Toolbars dan pilih Bookmarks Toolbar).
Gambar 1 menunjukkan butang tersebut ditarik (anak panah) dan diletakkan
pada Bookmarks Toolbar. Gambar 2 memaparkan lokasi “Save to Mendeley”.
Gambar 1 Gambar 2
Nota:
1. Web importer berfungsi jika maklumat @ sumber rujukan yang diperolehi daripada
sesuatu laman ingin disimpan dalam Mendeley Library.
2. Pautan mengenai web importer boleh didapati di http://www.mendeley.com
/import/.
Tools
Install Web
Importer
Save to Mendeley
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
12
4. Membina “Mendeley Library”
1. Buka Mendeley Desktop
2. Klik File
2.1. Klik Add Files
2.2. Klik Add Folder
• Menambah file pdf
• Menambah folder pdf
• Menambah file pdf melalui “watch folder”
• Menambah rujukan secara manual
Nota:
1. Langkah ini membantu kita memilih
fail format pdf yang telah sedia
tersimpan dalam komputer untuk
dibuka dan dimasukkan ke dalam
Library Mendeley.
Nota:
1. Langkah ini membantu kita memilih
folder yang mengandungi fail rujukan
dalam komputer anda untuk dibuka
dan dimasukkan ke dalam Library
Mendeley.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
13
2.3 Klik Watch Folder
2.4 Add Entry Manually
2.5 Drag and Drop – Teknik ini boleh digunakan bagi mereka yang mahir atau
telah biasa menggunakan persekitaran Windows 8 dalam memilih dan
mengumpulkan dokumen artikel rujukan untuk dimasuk ke direktori/folder
yang dikehendaki.
Nota:
1. Langkah ini membantu kita
menanda folder-folder yang
mengandungi fail rujukan dalam
komputer untuk dibuka dalam
Library Mendeley.
Nota:
1. Langkah ini merupakan proses memasukkan
sumber maklumat mengenai rujukan secara
manual. Kaedah banyak membantu bagi
perolehan sumber rujukan tempatan.
2. Data yang dimasukkan secara manual ke dalam
pengkalan data Library Mendeley ini boleh
digunakan seperti fail-fail yang diperolehi secara
online.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
14
5. Mengelola “Mendeley Library”
1. Buka Mendeley Desktop
Fungsi/Ciri paparan Mendeley Library
 Di bawah My Library terdapat 7 kategori direktori : All Documents; Recently Added;
Favorites; Needs Review; My Publications dan Unsorted. Jika anda memilih All
Documents, semua sumber rujukan yang ada dalam Library anda dipaparkan pada
lajur sebelah kanan. Recently Added - direktori senarai dokumen baru ditambah
dalam library; Favorites - direktori dokumen rujukan yang anda gemari; Needs Review
- direktori senarai artikel rujukan yang memerlukan semakan/bacaan lanjut; My
Publications - memaparkan hasil penulisan anda sendiri yang telah diterbitkan dan
Unsorted - menyenaraikan dokumen rujukan yang belum diklasifikasikan lagi.
 Paparan All Documents menunjukkan setting pilihan Format Sistem APA. Untuk
menukar kepada sistem format lain, klik View pada menu bar, diikuti Citation Styles
dan pilih format yang dikehendaki.
 Tanda bulatan hijau menunjukkan dokumen/artikel tersebut telah anda baca. Jika
dokumen tersebut belum dibuka/baca, warna bulatan menjadi kelabu (bukan hijau).
 Simbol ini menunjukkan artikel/dokumen dalam library anda mengandungi fail format
pdf dan boleh dibuka terus menggunakan Mendeley Desktop.
 Angka ini menunjukkan jumlah dokumen dalam library. Jika anda memilih satu
dokumen, dokumen tersebut akan di‟highlight‟ dan bilangan tersebut akan dipaparkan
pada bahagian bawah.
 Jika anda klik mana-mana dokumen dalam lajur ini, maklumat lengkap tentang
dokumen ini akan dipaparkan di sebelahnya (Rujuk No. 3 dalam tajuk ini).
 Susunan dokumen diatur mengikut tarikh kemasukan dokumen dalam library,
dokumen paling atas dalam senarai menunjukan dokumen paling terkini. Susunan ini
boleh diubah mengikut aturan dokumen terawal dengan klik simbol ∆ .
1
o
o
l
s
4
o
o
l
s
5
o
o
l
s
7
o
o
l
s
2
o
o
l
s
6
o
o
l
s
3
o
o
l
s
1
o
o
l
s
2
o
o
l
s
4
o
o
l
s
3
o
o
l
s5
o
o
l
s
6
o
o
l
s
7
o
o
l
s
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
15
2. Membuat folder/direktori baru
Terdapat dua cara untuk bina folder:
1. Klik Create Folder. Paparan Untitled Folder akan ditunjukkan seperti berikut.
Anda boleh terus menaip nama folder pilihan anda.
2. Klik Edit pada menu bar, pilih New Folder
Selain daripada membina folder baru anda juga boleh menukar nama folder dengan
arahan Rename Folder.
Nota:
Pembinaan Folder amat penting dalam mengelola semua bahan rujukan atau
dokumen. Cara ini memudahkan kita mengesan dokumen yang tersimpan dalam
library Mendeley.
1
o
o
l
s
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
16
3. Menyunting Rujukan bagi ruang Journal, Year, Volume, Issue dan Pages.
Tidak semua dokumen yang diperolehi mempunyai maklumat yang lengkap. Direktori
Needs Review membantu mengumpulkan semua dokumen yang tidak lengkap
seperti contoh berikut:
Pada lajur kanan, dokumen penulis G. Bowen tidak ada maklumat tentang judul jurnal
(G. A. Bowen, 2005). Untuk menambah maklumat ini, anda boleh menggunakan 2
kaedah:
(1) secara online klik pada View research catalog entry for this paper.
(2) secara manual klik simbol fail pdf untuk membuka fail tersebut. Anda boleh lihat
pada bahagian atas artikel tertera maklumat jurnal The Qualitative Report. Seterusnya
anda boleh menaip maklumat ini pada bahagian yang belum lengkap dan klik Details
are Correct.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
17
Pencarian secara online boleh menghasilkan dapatan yang terbaharu. Misalnya
setelah anda klik View research catalog entry for this paper anda akan perolehi
dokumen yang terkini telah diterbitkan oleh pengarang yang sama (G. Bowen, 2010).
Berikut dipaparkan info tersebut.
4. Menyorot dokumen rujukan
Pilih satu dokumen rujukan dan klik fail pdf menggunakan butang kanan tetikus:
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
18
5. Menyunting rujukan bagi Pengarang.
Cara penulisan rujukan bagi pengarang sebelah Asia berbeza dengan pengarang
bangsa Inggeris terutama penggunaan nama akhir/keluarga. Sebagai contoh artikel
kajian yang ditulis oleh Zamidi Ismail dan rakan-rakan bertajuk Masalah Penulisan
Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus
dibentang dalam Seminar Penyelidikan Zon Selatan di IPGK Raja Melewar pada 3 – 5
September 2013 (Zamidi, Jamia‟aton Sofia, & Muhammad Kasim, 2013). Secara
manual, maklumat artikel ini boleh disunting/ditaip seperti berikut:
.
Contoh artikel kedua yang diperolehi secara online oleh pengarang berbangsa
Melayu (I Zamidi et al., 2012) tetapi kedudukan nama bapa disusun dahulu diikuti
nama pertama. Berikut adalah paparan artikel tersebut:
• Sorot salah satu dokumen rujukan
• Klik „Open File‟
• Klik „Mark As‟ sebagai tanda:
• Telah dibaca
• Belum dibaca
• Favorite
• Not Favorite
• Perlu direview
• Sudah direview
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
19
Paparan dalam Mendeley Web:
6. Membaca rujukan dan membuat catatan
Untuk mendapat fungsi ini, pilih dan buka satu dokumen rujukan dari My Library.
Anda boleh membaca terus teks tersebut, membuat highlight dan juga membuat
catatan pada ruang Notes & Annotations.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
20
6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley
(a) Carian sumber menggunakan kata kunci.
Dalam perisian Mendeley, penggunaan kata kunci atau subtopik amat membantu
pencarian sumber dokumen rujukan. Pelajar digalakkan menggunakan Templat
Teknik KASiM versi 2.0 yang menggunakan kata kunci bagi tujuan ini seperti contoh
berikut:
Langkah berikut boleh digunakan:
a) Buka Laman Web Mendeley dan login menggunakan akaun pendaftaran
b) Klik tab Papers dan taip kata kekunci pada Search papers. Klik
c) Contoh : Taip Literature review. Hasil berikut akan diperolehi
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
21
d) Jika anda mencari artikel dari sumber akses terbuka, klik kotak Open Access
articles only. Cara ini memudahkan anda mendapatkan artikel dalam format pdf
melalui akses terbuka dan menghasilkan keputusan carian dengan bilangan yang
lebih kecil.
e) Langkah seterusnya simpan artikel rujukan pilihan ke dalam Library Mendeley
dengan klik Save reference to library atau Save PDF to library. Jika anda ingin
membaca maklumat lanjut, klik tajuk artikel seperti Tajuk Literature Review
Organizer dan anda akan dapat paparan seperti di bawah:
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
22
f) TIP : Save reference to library membenarkan anda menyimpan maklumat
berkaitan dengan rujukan manakala Save PDF to library membolehkan anda
menyimpan teks penuh artikel rujukan bersama maklumat lengkap di dalam
Library Mendeley. Selain dapat menyimpan artikel yang anda inginkan, Mendeley
juga memaparkan artikel lain yang berkaitan disebut sebagai Related Full-Text
Papers seperti dalam Rajah di atas. Ini membantu anda mendapatkan artikel-
artikel lain yang mempunyai pertalian yang rapat dengan artikel yang anda temui
lebih awal. Dengan lain perkataan anda jumpa satu artikel, anda juga boleh
mendapatkan pelbagai artikel lain yang berkaitan. Teknik ini ada yang
mengatakan Teknik Snowball atau dalam sains biasa disebut Tindakbalas
Berantai. Lebih menarik lagi anda mungkin mendapat artikel yang paling terkini!!
Wow…menarik ni dan pastikan anda mencuba tip ini.
g) Bagi artikel yang disenaraikan oleh Mendeley (melalui carian kata kunci) tetapi
tiada fail pdf, anda masih boleh mencarinya dengan klik pada Find this paper at.
Antara pilihan yang dicadangkan adalah Google Scholar. Anda boleh klik Google
Scholar untuk mendapatkan artikel sama ada dalam format fail pdf atau lain-lain
format.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
23
Hasil carian Google Scholar yang anda perolehi adalah seperti berikut:
Keputusan carian Google Scholar terdapat 196,000 rujukan boleh diperolehi dan
sudah tentu anda inginkan dokumen yang mengandungi teks penuh. Seperti yang
anda lihat dalam Rajah di atas, terdapat beberapa rujukan yang ada fail pdf.
Tugas anda selepas ini adalah download atau klik pdf yang betul-betul sepadan
dengan hajat anda terutama pengarang dan tahun diterbitkan adalah sama.
(b) Menambah sumber/artikel dalam Library
Sila rujuk Tajuk Membina Library Mendeley (pada m/surat sebelum). Anda mungkin
telah menyimpan dan mengumpul beberapa dokumen atau artikel yang diperolehi
dengan pelbagai cara dan bentuk (softcopy atau hardcopy) sebagai koleksi rujukan
penyelidikan anda. Langkah seterusnya adalah anda cuba masukkan semua rujukan
dalam softcopy format pdf ke dalam Library Mendeley. Anda boleh gunakan Add file
atau Add folders. Pastikan artikel yang dimasukkan ke dalam Library menepati kata
kunci penyelidikan tindakan anda.
Tip : Berdasarkan pengalaman penulis, terdapat cara yang mudah atau “shortcut”
bagi fail-fail pdf yang tidak diperolehi menggunakan carian Mendeley. Buka lokasi
simpanan fail pdf tersebut. Dengan menggunakan butang kanan tetikus klik fail pdf
dan paparan berikut boleh diperolehi.
pdf
Klik Mendeley
Desktop untuk
membuka fail
pdf.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
24
Fail pdf tersebut dipaparkan lengkap dengan maklumat terperinci sebaik sahaja
Mendeley Desktop dibuka pada komputer anda. Jika anda tidak dapat mencari lokasi
fail pdf (disebabkan anda telah memilikki banyak dokumen), anda boleh klik direktori
Recently Added.
Seterusnya, penulis mencadangkan anda bina satu folder baru dengan memberi
arahan Create Folder. Contoh dalam rajah berikut, satu folder bernama Mat
Education telah dijana. Anda perlu highlight artikel bertajuk Solving Subtraction
Problems by Means of Indirect Addition (Torbeyns, De Smedt, Stassens, Ghesquière,
& Verschaffel, 2009) dan tarik (drag) artikel berkenaan ke dalam folder Mat Education
(rujuk anak panah). Cara ini meningkatkan kekemasan Library Mendeley anda dan
organisasi dokumen rujukan menjadi lebih sistematik.
Aktiviti Lanjutan (Latihan Kendiri):
Rujuk CD Bengkel. Cuba anda masukkan beberapa artikel yang telah disediakan
dalam folder mengikut opsyen/mata pelajaran anda mengikut langkah-langkah yang
diterangkan seperti di atas.
(c) Cite While You Write
Satu kelebihan yang ada pada Mendeley adalah sokongan aktiviti “Cite While You
Write”. Bagi tujuan ini, anda perlu memasang Plugin Ms Word seperti yang
diterangkan sebelum ini (rujuk ms. 10-11).
Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
25
1. Buka Templat Teknik KASiM versi 2 yang mengandungi ringkasan tentang artikel
rujukan mengikut kata kunci yang ditetapkan. Tujuan templat ini dibuka adalah
untuk memberi idea kepada anda tentang isi-isi yang saling berkaitan agar dapat
ditulis mengikut olahan gaya dan bahasa anda sendiri. Dengan kata lain, proses
MURNI dilakukan semasa anda meneliti dan membuat semakan artikel yang telah
dikumpulkan. Jika anda rasa sukar mengikut cara ini (membaca dan meneliti
menggunakan komputer secara terus), anda boleh mencetak templat ini dan boleh
melakukan pembacaan dan penelitian secara normal.
2. Buka satu dokumen Ms Word yang baru atau jika anda ingin menggunakan
templat pelaporan artikel/disertasi ada disertakan dalam CD Modul – Folder
Templat. Anda boleh memulakan proses penulisan berdasarkan susunan isi
penyelidikan anda di samping membuat petikan daripada senarai artikel rujukan.
Untuk membuat petikan (citation) berikut adalah panduan melaksanakannya:
(a) Letakkan kursor pada akhir sesuatu ayat.
(b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley, pilih Style mengikut format
yang dikehendaki; biasanya APA.
(c) Klik Insert Citation. Masukkan nama pengarang artikel yang ingin dipetik
pada SSeeaarrcchh bbyy aauutthhoorr,, ttiittllee oorr yyeeaarr iinn MMyy LLiibbrraarryy; dan klik OK. Jika anda tidak
pasti nama pengarang, anda boleh klik Go To Mendeley.
3. Pada bahagian akhir sesuatu penulisan, anda ingin membuat senarai rujukan atau
bibliografi. Untuk tujuan ini;
(a) Letakkan kursor di muka surat akhir
(b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley klik Insert Bibliography.
Aktiviti Lanjutan (Kendiri):
Buka folder Templat dalam CD Modul. Buka fail dokumen Ms Word Templat Draf
Laporan. Lengkapkan penulisan Tinjauan Literatur penyelidikan dengan
mengaplikasikan “Cite While You Write” bersama gabungan pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi dalam Teknik KASiM+M.
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
26
(d) “Magic of Sync”
Fungsi Sync membolehkan proses sikronisasi antara rujukan di dalam Mendeley
Desktop dan Mendeley Web. Segala rujukan yang anda kumpul boleh disimpan
dalam 2 tempat berbeza iaitu dalam komputer anda (Mendeley Desktop) dan di
Laman Web Mendeley dengan hanya memberi arahan Sync. Magic bukan!! Anda
tidak perlu membawa PC anda. Malah anda juga boleh memasang perisian Mendeley
di dalam smartphone atau I-Pad kerana segalanya telah tersimpan dalam akaun anda
dalam Mendeley Web.
Langkah berikut boleh dijadikan panduan.
a) Buka Mendeley Desktop
b) Klik simbol Sync
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014
27
Bibliografi
Bowen, G. (2010). From Qualitative Dissertation to Quality Articles: Seven Lessons
Learned. Qualitative Report, 15(4), 864–879. Retrieved from
http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ896175.pdf
Bowen, G. A. (2005). Preparing a Qualitative Research-Based Dissertation : Lessons
Learned. The Qualitative Report, 10(2), 208–222.
Lebar, M. S. (2000). Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini: Perkembangan
Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti (pp. 1–10).
Torbeyns, J., De Smedt, B., Stassens, N., Ghesquière, P., & Verschaffel, L. (2009).
Solving Subtraction Problems by Means of Indirect Addition. Mathematical Thinking
and Learning, 11(1-2), 79–91. doi:10.1080/10986060802583998
Zamidi, I., Jamia‟aton Soffiah, H., & Muhammad Kasim, B. (2013). Masalah Penulisan
Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus.
In Seminar Penyelidikan Zon Selatan 2013.
Zamidi, I., Samat, A., Zaidi, C. C., Mazlan, A. G., Alam, G. M., Al-Amin, A. Q., & Simon,
K. D. (2012). Fecundity and temporal reproductive cycle of four finger threadfin
(Eleutheronema tetradactylum) in Malaysian coastal water. Asian Journal of Animal
and Veterinary Advances, 7(11), 1100–1109.

More Related Content

Similar to Modul teknik kasim_mendeley2

Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsxTutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
andiyan arch
 
Mendeley.pptx
Mendeley.pptxMendeley.pptx
Mendeley.pptx
AidilRamadhan7
 
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptxprosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
RatnaWulandari52
 
Slide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
Slide-INS106-INS106-Slide-01.pptSlide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
Slide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
joko p
 
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
M Nur Hidayat
 
Presentation1.pptx
Presentation1.pptxPresentation1.pptx
Presentation1.pptx
iqbalmuhammad284244
 
Mendeley
MendeleyMendeley
Mendeley
Andhika Perceka
 
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft WordJenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
Rahmawatimomot
 
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikumMembangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
Aceh Planet
 
Backup bab1
Backup bab1Backup bab1
Backup bab1navoi
 
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIKModul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
Aryadi Gunawan
 
Manajemen referensi menggunakan zotero
Manajemen referensi menggunakan zoteroManajemen referensi menggunakan zotero
Manajemen referensi menggunakan zotero
Dwi Fajar Saputra
 
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
Fitritasari
 
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuanMateri 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
ahdisusanto1
 
Jobsheet 3 word
Jobsheet 3 wordJobsheet 3 word
Jobsheet 3 word
abdul rohman
 
Panduan moodle
Panduan moodlePanduan moodle
Panduan moodle
Agung Sulistyanto
 
pengenalan microsoft word.pptx
pengenalan microsoft word.pptxpengenalan microsoft word.pptx
pengenalan microsoft word.pptx
Tiara Arianti
 
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
DaryGunawan
 
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptxpresentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
umbpitinformatika
 

Similar to Modul teknik kasim_mendeley2 (20)

Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsxTutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
Tutorial Mendeley -Andiyan.ppsx
 
Mendeley.pptx
Mendeley.pptxMendeley.pptx
Mendeley.pptx
 
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptxprosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
prosedur penggunaan mendeley1234059.pptx
 
Slide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
Slide-INS106-INS106-Slide-01.pptSlide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
Slide-INS106-INS106-Slide-01.ppt
 
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
Rpp mengoperasikan softwarebasisdata sem 4
 
Tugas komputer
Tugas komputerTugas komputer
Tugas komputer
 
Presentation1.pptx
Presentation1.pptxPresentation1.pptx
Presentation1.pptx
 
Mendeley
MendeleyMendeley
Mendeley
 
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft WordJenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
Jenis-Jenis Template Pada Microsoft Word
 
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikumMembangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
Membangun aplikasi windows dengan visual basic.net 2015 teori dan praktikum
 
Backup bab1
Backup bab1Backup bab1
Backup bab1
 
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIKModul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
Modul Pembuatan Bahan Ajar Berbasis TIK
 
Manajemen referensi menggunakan zotero
Manajemen referensi menggunakan zoteroManajemen referensi menggunakan zotero
Manajemen referensi menggunakan zotero
 
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
Pertemuan ke 4 – Mendeley and Word Processor(April 2018)
 
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuanMateri 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
Materi 1 kelas x integrasi office all 3 pertemuan
 
Jobsheet 3 word
Jobsheet 3 wordJobsheet 3 word
Jobsheet 3 word
 
Panduan moodle
Panduan moodlePanduan moodle
Panduan moodle
 
pengenalan microsoft word.pptx
pengenalan microsoft word.pptxpengenalan microsoft word.pptx
pengenalan microsoft word.pptx
 
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
5. Cara Menggunakan Mendeley.pptx
 
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptxpresentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
presentasi pemrograman berorientasi objekPBO.pptx
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Kanaidi ken
 
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMPPerencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
TriSutrisno48
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
SriKuntjoro1
 
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdfPERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
MunirLuvNaAin
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
juliafnita47
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptxLembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
opkcibungbulang
 
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
tsuroyya38
 
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdfPanduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
NurHasyim22
 
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
StevanusOkiRudySusan
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
MsElisazmar
 
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
HengkiRisman
 
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan PemerintahanFilsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
FetraHerman2
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
pristayulianabila
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
power point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohonpower point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohon
NoegPutra1
 
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdfRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
OswaldusDiwaDoka
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
 
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMPPerencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
 
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdfPERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
PERSENTASI PENINGKATAN KUALITAS PRAKTIK PEMBELAJARAN.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
 
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptxLembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
 
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
 
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdfPanduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
Panduan Survei Kendala Aktivasi Rekening SimPel PIP 2023 -7 Juni.pdf
 
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
 
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
 
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan PemerintahanFilsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
power point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohonpower point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohon
 
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdfRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
 

Modul teknik kasim_mendeley2

  • 1. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 1 Pendahuluan Modul ini dibangunkan setelah mendapat maklumbalas peserta Bengkel Teknik KASiM+M yang diadakan di Balai Ilmu IPGKTHO pada 3 Julai 2014. Melalui modul pembelajaran kendiri ini, penulis berharap para peserta dan pembaca dapat mengikuti langkah demi langkah bermula daripada Pengenalan Teknik KASiM Versi 2014 dan Perisian Rujukan Mendeley sehingga peringkat aplikasi dalam penulisan tinjauan literatur. Isi Kandungan ms. 1 Bahagian A – Nota Penerangan 1. Teknik KASiM ms. 2 2. Proses & Langkah Teknik KASiM 3. Contoh Pengisian Templat Teknik KASiM ms. 3 4. Penulisan Literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi (a) Bentuk tema ms. 4 (b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian (c) Bentuk kronologi ms. 5 5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley 6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley ms. 6 Bahagian B – Aplikasi Teknik KASiM+M ms. 7 1. „Install‟ Perisian Mendeley dan Pendaftaran Diri (Sign-up) ms. 8 2. „Install‟ Plug-in MS-Word ms.10 3. „Install‟ Web Importer ms.11 4. Membina “Mendeley Library” ms.12 5. Mengelola “Mendeley Library” ms.14 6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley ms.20 a. Carian sumber menggunakan kata kunci ms.21 b. Menambah sumber/artikel dalam Library c. Cite While You Write d. The magic of “Sync” Bibliografi ms.28 Lampiran 1. Templat Teknik KASiM Versi 2.0 2. CD Modul Teknik KASiM+M 3. Senarai Bahan Bacaan Tambahan
  • 2. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 2 BAHAGIAN A 1. Teknik KASiM • Satu inovasi yang diperkenalkan pada tahun 2013 kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam penulisan tinjauan literatur. • Teknik ini mengandungi empat proses iaitu K=Kumpul, A=Analisis, Si=Sintesis dan M=Murni. • Kaedah yang sistematik untuk menstruktur dan mengorganisasikan penulisan tinjauan literatur pelajar. 2. Proses dan Langkah Teknik KASiM
  • 3. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 3 3. Contoh pengisian templat Teknik KASiM versi 2.0 Senarai Rujukan bagi Kata Kunci/Subtopik Kualiti Peribadi Guru Cemerlang * Untuk contoh yang lengkap boleh diperolehi dalam CD Modul Teknik KASiM+M
  • 4. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 4 4. Penulisan literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi (a) Bentuk tema (b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian
  • 5. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 5 (c) Bentuk kronologi Sumber rujukan : Mohd Salleh Lebar - Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini: Perkembangan Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu (Lebar, 2000).
  • 6. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 6 5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley Mendeley adalah satu perisian percuma dalam mengurus sumber rujukan dan jaringan sosial akademik yang dapat membantu pengguna mengorganisasi penyelidikan, berkolaborasi secara online antara penyelidik dan membantu penemuan kajian terkini. Versi terkini adalah 1.11 (Mendeley Desktop). 6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley Untuk modul ini, fokus lebih mengutamakan fungsi dan ciri-ciri berikut: 1. Pengurus Rujukan – menjana petikan dan bibliografi dalam Ms Word. 2. Menambah dan mengorganisasi – mengimpot dan mengorganisasi fail format pdf dalam komputer.
  • 7. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 7 Modul Bahagian B ini ditulis berdasarkan aktiviti-aktiviti „hands-on‟ yang dibuat semasa Bengkel Teknik KASiM+M. Penulisan ini diolah dalam bentuk langkah demi langkah agar pembaca/pengguna dapat mengaplikasikannya secara kendiri. Bagi aktiviti-aktiviti tertentu, terdapat Nota pada bahagian akhir untuk menjelaskan langkah-langkah yang dinyatakan dan juga penerangan tambahan. BAHAGIAN B Aplikasi Teknik KASiM+M
  • 8. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 8 1. Install Perisian Mendeley Desktop dan Pendaftaran Sebelum membuat installation, pastikan server penyedia internet boleh mengakses dan memuat-turun perisian Mendeley. 1. Layari Laman Mendeley http://www.mendeley.com 2. Klik .Skrin berikut dipaparkan dan lengkapkan maklumat diri seperti dikehendakki. Seterusnya klik “Create a free account”. 3. Arahan “Download Mendeley” dipaparkan dan klik “Download Mendeley”. Paparan berikut diperolehi, seterusnya klik Save File. 4. Double Klik Mendeley-Desktop file dalam Folder Downloads dan klik Run. 5. Buka Mendeley Desktop dan sign-in dengan email dan password anda. Nota: 1. Pemasangan Mendeley Desktop membantu pengguna membangun Mendeley Library dalam PC. Data Mendeley ini juga disimpan dalam akaun di website Mendeley.com dengan memberi arahan “Sync”. 2. Team Mendeley akan menghantar e-mel kepada pendaftaran baru untuk verifikasi.
  • 9. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 9 3. Ringkasan Langkah dalam bentuk Rajah: Senarai Semak: Ya (√) Tidak(X) Saya telah memahami Teknik KASiM Saya tahu fungsi dan ciri-ciri Mendeley Saya telah berjaya membuat installation Mendeley Desktop
  • 10. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 10 2. Langkah untuk Install MSWord Plugin 1. Buka Mendeley Desktop 2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install MS Word Plugin 3. Klik OK dan buka MS Word. Plugin untuk MS Word boleh didapati pada References Tab. Nota: 1. Plug-in Mendeley Cite-O Matic membenarkan proses membuat petikan dari Mendeley Library semasa menulis menggunakan MS-Word. 2. Pautan ke “Mendeley Support”: http://support.mendeley.com/customer /portal/articles/168756-installing-and-using-the-word-plugin-in-windows Plugin Mendeley telah disenaraikan di menu References Tab MS Word Tools Install MS Word Plugin
  • 11. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 11 3. Langkah untuk Install Web Importer 1. Buka Mendeley Desktop 2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install Web Importer 3. Paparan berikut diperolehi (Rajah di bawah). Anda diberi panduan “How its works”. Sila ikut langkah-langkah yang diterangkan terutama Langkah 1. 4. Tarik butang ke Bookmarks Toolbar (Jika browser anda tiada Bookmarks Toolbar, klik “View” pada Toolbars dan pilih Bookmarks Toolbar). Gambar 1 menunjukkan butang tersebut ditarik (anak panah) dan diletakkan pada Bookmarks Toolbar. Gambar 2 memaparkan lokasi “Save to Mendeley”. Gambar 1 Gambar 2 Nota: 1. Web importer berfungsi jika maklumat @ sumber rujukan yang diperolehi daripada sesuatu laman ingin disimpan dalam Mendeley Library. 2. Pautan mengenai web importer boleh didapati di http://www.mendeley.com /import/. Tools Install Web Importer Save to Mendeley
  • 12. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 12 4. Membina “Mendeley Library” 1. Buka Mendeley Desktop 2. Klik File 2.1. Klik Add Files 2.2. Klik Add Folder • Menambah file pdf • Menambah folder pdf • Menambah file pdf melalui “watch folder” • Menambah rujukan secara manual Nota: 1. Langkah ini membantu kita memilih fail format pdf yang telah sedia tersimpan dalam komputer untuk dibuka dan dimasukkan ke dalam Library Mendeley. Nota: 1. Langkah ini membantu kita memilih folder yang mengandungi fail rujukan dalam komputer anda untuk dibuka dan dimasukkan ke dalam Library Mendeley.
  • 13. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 13 2.3 Klik Watch Folder 2.4 Add Entry Manually 2.5 Drag and Drop – Teknik ini boleh digunakan bagi mereka yang mahir atau telah biasa menggunakan persekitaran Windows 8 dalam memilih dan mengumpulkan dokumen artikel rujukan untuk dimasuk ke direktori/folder yang dikehendaki. Nota: 1. Langkah ini membantu kita menanda folder-folder yang mengandungi fail rujukan dalam komputer untuk dibuka dalam Library Mendeley. Nota: 1. Langkah ini merupakan proses memasukkan sumber maklumat mengenai rujukan secara manual. Kaedah banyak membantu bagi perolehan sumber rujukan tempatan. 2. Data yang dimasukkan secara manual ke dalam pengkalan data Library Mendeley ini boleh digunakan seperti fail-fail yang diperolehi secara online.
  • 14. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 14 5. Mengelola “Mendeley Library” 1. Buka Mendeley Desktop Fungsi/Ciri paparan Mendeley Library  Di bawah My Library terdapat 7 kategori direktori : All Documents; Recently Added; Favorites; Needs Review; My Publications dan Unsorted. Jika anda memilih All Documents, semua sumber rujukan yang ada dalam Library anda dipaparkan pada lajur sebelah kanan. Recently Added - direktori senarai dokumen baru ditambah dalam library; Favorites - direktori dokumen rujukan yang anda gemari; Needs Review - direktori senarai artikel rujukan yang memerlukan semakan/bacaan lanjut; My Publications - memaparkan hasil penulisan anda sendiri yang telah diterbitkan dan Unsorted - menyenaraikan dokumen rujukan yang belum diklasifikasikan lagi.  Paparan All Documents menunjukkan setting pilihan Format Sistem APA. Untuk menukar kepada sistem format lain, klik View pada menu bar, diikuti Citation Styles dan pilih format yang dikehendaki.  Tanda bulatan hijau menunjukkan dokumen/artikel tersebut telah anda baca. Jika dokumen tersebut belum dibuka/baca, warna bulatan menjadi kelabu (bukan hijau).  Simbol ini menunjukkan artikel/dokumen dalam library anda mengandungi fail format pdf dan boleh dibuka terus menggunakan Mendeley Desktop.  Angka ini menunjukkan jumlah dokumen dalam library. Jika anda memilih satu dokumen, dokumen tersebut akan di‟highlight‟ dan bilangan tersebut akan dipaparkan pada bahagian bawah.  Jika anda klik mana-mana dokumen dalam lajur ini, maklumat lengkap tentang dokumen ini akan dipaparkan di sebelahnya (Rujuk No. 3 dalam tajuk ini).  Susunan dokumen diatur mengikut tarikh kemasukan dokumen dalam library, dokumen paling atas dalam senarai menunjukan dokumen paling terkini. Susunan ini boleh diubah mengikut aturan dokumen terawal dengan klik simbol ∆ . 1 o o l s 4 o o l s 5 o o l s 7 o o l s 2 o o l s 6 o o l s 3 o o l s 1 o o l s 2 o o l s 4 o o l s 3 o o l s5 o o l s 6 o o l s 7 o o l s
  • 15. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 15 2. Membuat folder/direktori baru Terdapat dua cara untuk bina folder: 1. Klik Create Folder. Paparan Untitled Folder akan ditunjukkan seperti berikut. Anda boleh terus menaip nama folder pilihan anda. 2. Klik Edit pada menu bar, pilih New Folder Selain daripada membina folder baru anda juga boleh menukar nama folder dengan arahan Rename Folder. Nota: Pembinaan Folder amat penting dalam mengelola semua bahan rujukan atau dokumen. Cara ini memudahkan kita mengesan dokumen yang tersimpan dalam library Mendeley. 1 o o l s
  • 16. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 16 3. Menyunting Rujukan bagi ruang Journal, Year, Volume, Issue dan Pages. Tidak semua dokumen yang diperolehi mempunyai maklumat yang lengkap. Direktori Needs Review membantu mengumpulkan semua dokumen yang tidak lengkap seperti contoh berikut: Pada lajur kanan, dokumen penulis G. Bowen tidak ada maklumat tentang judul jurnal (G. A. Bowen, 2005). Untuk menambah maklumat ini, anda boleh menggunakan 2 kaedah: (1) secara online klik pada View research catalog entry for this paper. (2) secara manual klik simbol fail pdf untuk membuka fail tersebut. Anda boleh lihat pada bahagian atas artikel tertera maklumat jurnal The Qualitative Report. Seterusnya anda boleh menaip maklumat ini pada bahagian yang belum lengkap dan klik Details are Correct.
  • 17. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 17 Pencarian secara online boleh menghasilkan dapatan yang terbaharu. Misalnya setelah anda klik View research catalog entry for this paper anda akan perolehi dokumen yang terkini telah diterbitkan oleh pengarang yang sama (G. Bowen, 2010). Berikut dipaparkan info tersebut. 4. Menyorot dokumen rujukan Pilih satu dokumen rujukan dan klik fail pdf menggunakan butang kanan tetikus:
  • 18. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 18 5. Menyunting rujukan bagi Pengarang. Cara penulisan rujukan bagi pengarang sebelah Asia berbeza dengan pengarang bangsa Inggeris terutama penggunaan nama akhir/keluarga. Sebagai contoh artikel kajian yang ditulis oleh Zamidi Ismail dan rakan-rakan bertajuk Masalah Penulisan Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus dibentang dalam Seminar Penyelidikan Zon Selatan di IPGK Raja Melewar pada 3 – 5 September 2013 (Zamidi, Jamia‟aton Sofia, & Muhammad Kasim, 2013). Secara manual, maklumat artikel ini boleh disunting/ditaip seperti berikut: . Contoh artikel kedua yang diperolehi secara online oleh pengarang berbangsa Melayu (I Zamidi et al., 2012) tetapi kedudukan nama bapa disusun dahulu diikuti nama pertama. Berikut adalah paparan artikel tersebut: • Sorot salah satu dokumen rujukan • Klik „Open File‟ • Klik „Mark As‟ sebagai tanda: • Telah dibaca • Belum dibaca • Favorite • Not Favorite • Perlu direview • Sudah direview
  • 19. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 19 Paparan dalam Mendeley Web: 6. Membaca rujukan dan membuat catatan Untuk mendapat fungsi ini, pilih dan buka satu dokumen rujukan dari My Library. Anda boleh membaca terus teks tersebut, membuat highlight dan juga membuat catatan pada ruang Notes & Annotations.
  • 20. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 20 6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley (a) Carian sumber menggunakan kata kunci. Dalam perisian Mendeley, penggunaan kata kunci atau subtopik amat membantu pencarian sumber dokumen rujukan. Pelajar digalakkan menggunakan Templat Teknik KASiM versi 2.0 yang menggunakan kata kunci bagi tujuan ini seperti contoh berikut: Langkah berikut boleh digunakan: a) Buka Laman Web Mendeley dan login menggunakan akaun pendaftaran b) Klik tab Papers dan taip kata kekunci pada Search papers. Klik c) Contoh : Taip Literature review. Hasil berikut akan diperolehi
  • 21. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 21 d) Jika anda mencari artikel dari sumber akses terbuka, klik kotak Open Access articles only. Cara ini memudahkan anda mendapatkan artikel dalam format pdf melalui akses terbuka dan menghasilkan keputusan carian dengan bilangan yang lebih kecil. e) Langkah seterusnya simpan artikel rujukan pilihan ke dalam Library Mendeley dengan klik Save reference to library atau Save PDF to library. Jika anda ingin membaca maklumat lanjut, klik tajuk artikel seperti Tajuk Literature Review Organizer dan anda akan dapat paparan seperti di bawah:
  • 22. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 22 f) TIP : Save reference to library membenarkan anda menyimpan maklumat berkaitan dengan rujukan manakala Save PDF to library membolehkan anda menyimpan teks penuh artikel rujukan bersama maklumat lengkap di dalam Library Mendeley. Selain dapat menyimpan artikel yang anda inginkan, Mendeley juga memaparkan artikel lain yang berkaitan disebut sebagai Related Full-Text Papers seperti dalam Rajah di atas. Ini membantu anda mendapatkan artikel- artikel lain yang mempunyai pertalian yang rapat dengan artikel yang anda temui lebih awal. Dengan lain perkataan anda jumpa satu artikel, anda juga boleh mendapatkan pelbagai artikel lain yang berkaitan. Teknik ini ada yang mengatakan Teknik Snowball atau dalam sains biasa disebut Tindakbalas Berantai. Lebih menarik lagi anda mungkin mendapat artikel yang paling terkini!! Wow…menarik ni dan pastikan anda mencuba tip ini. g) Bagi artikel yang disenaraikan oleh Mendeley (melalui carian kata kunci) tetapi tiada fail pdf, anda masih boleh mencarinya dengan klik pada Find this paper at. Antara pilihan yang dicadangkan adalah Google Scholar. Anda boleh klik Google Scholar untuk mendapatkan artikel sama ada dalam format fail pdf atau lain-lain format.
  • 23. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 23 Hasil carian Google Scholar yang anda perolehi adalah seperti berikut: Keputusan carian Google Scholar terdapat 196,000 rujukan boleh diperolehi dan sudah tentu anda inginkan dokumen yang mengandungi teks penuh. Seperti yang anda lihat dalam Rajah di atas, terdapat beberapa rujukan yang ada fail pdf. Tugas anda selepas ini adalah download atau klik pdf yang betul-betul sepadan dengan hajat anda terutama pengarang dan tahun diterbitkan adalah sama. (b) Menambah sumber/artikel dalam Library Sila rujuk Tajuk Membina Library Mendeley (pada m/surat sebelum). Anda mungkin telah menyimpan dan mengumpul beberapa dokumen atau artikel yang diperolehi dengan pelbagai cara dan bentuk (softcopy atau hardcopy) sebagai koleksi rujukan penyelidikan anda. Langkah seterusnya adalah anda cuba masukkan semua rujukan dalam softcopy format pdf ke dalam Library Mendeley. Anda boleh gunakan Add file atau Add folders. Pastikan artikel yang dimasukkan ke dalam Library menepati kata kunci penyelidikan tindakan anda. Tip : Berdasarkan pengalaman penulis, terdapat cara yang mudah atau “shortcut” bagi fail-fail pdf yang tidak diperolehi menggunakan carian Mendeley. Buka lokasi simpanan fail pdf tersebut. Dengan menggunakan butang kanan tetikus klik fail pdf dan paparan berikut boleh diperolehi. pdf Klik Mendeley Desktop untuk membuka fail pdf.
  • 24. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 24 Fail pdf tersebut dipaparkan lengkap dengan maklumat terperinci sebaik sahaja Mendeley Desktop dibuka pada komputer anda. Jika anda tidak dapat mencari lokasi fail pdf (disebabkan anda telah memilikki banyak dokumen), anda boleh klik direktori Recently Added. Seterusnya, penulis mencadangkan anda bina satu folder baru dengan memberi arahan Create Folder. Contoh dalam rajah berikut, satu folder bernama Mat Education telah dijana. Anda perlu highlight artikel bertajuk Solving Subtraction Problems by Means of Indirect Addition (Torbeyns, De Smedt, Stassens, Ghesquière, & Verschaffel, 2009) dan tarik (drag) artikel berkenaan ke dalam folder Mat Education (rujuk anak panah). Cara ini meningkatkan kekemasan Library Mendeley anda dan organisasi dokumen rujukan menjadi lebih sistematik. Aktiviti Lanjutan (Latihan Kendiri): Rujuk CD Bengkel. Cuba anda masukkan beberapa artikel yang telah disediakan dalam folder mengikut opsyen/mata pelajaran anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan seperti di atas. (c) Cite While You Write Satu kelebihan yang ada pada Mendeley adalah sokongan aktiviti “Cite While You Write”. Bagi tujuan ini, anda perlu memasang Plugin Ms Word seperti yang diterangkan sebelum ini (rujuk ms. 10-11). Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.
  • 25. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 25 1. Buka Templat Teknik KASiM versi 2 yang mengandungi ringkasan tentang artikel rujukan mengikut kata kunci yang ditetapkan. Tujuan templat ini dibuka adalah untuk memberi idea kepada anda tentang isi-isi yang saling berkaitan agar dapat ditulis mengikut olahan gaya dan bahasa anda sendiri. Dengan kata lain, proses MURNI dilakukan semasa anda meneliti dan membuat semakan artikel yang telah dikumpulkan. Jika anda rasa sukar mengikut cara ini (membaca dan meneliti menggunakan komputer secara terus), anda boleh mencetak templat ini dan boleh melakukan pembacaan dan penelitian secara normal. 2. Buka satu dokumen Ms Word yang baru atau jika anda ingin menggunakan templat pelaporan artikel/disertasi ada disertakan dalam CD Modul – Folder Templat. Anda boleh memulakan proses penulisan berdasarkan susunan isi penyelidikan anda di samping membuat petikan daripada senarai artikel rujukan. Untuk membuat petikan (citation) berikut adalah panduan melaksanakannya: (a) Letakkan kursor pada akhir sesuatu ayat. (b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley, pilih Style mengikut format yang dikehendaki; biasanya APA. (c) Klik Insert Citation. Masukkan nama pengarang artikel yang ingin dipetik pada SSeeaarrcchh bbyy aauutthhoorr,, ttiittllee oorr yyeeaarr iinn MMyy LLiibbrraarryy; dan klik OK. Jika anda tidak pasti nama pengarang, anda boleh klik Go To Mendeley. 3. Pada bahagian akhir sesuatu penulisan, anda ingin membuat senarai rujukan atau bibliografi. Untuk tujuan ini; (a) Letakkan kursor di muka surat akhir (b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley klik Insert Bibliography. Aktiviti Lanjutan (Kendiri): Buka folder Templat dalam CD Modul. Buka fail dokumen Ms Word Templat Draf Laporan. Lengkapkan penulisan Tinjauan Literatur penyelidikan dengan mengaplikasikan “Cite While You Write” bersama gabungan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam Teknik KASiM+M.
  • 26. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 26 (d) “Magic of Sync” Fungsi Sync membolehkan proses sikronisasi antara rujukan di dalam Mendeley Desktop dan Mendeley Web. Segala rujukan yang anda kumpul boleh disimpan dalam 2 tempat berbeza iaitu dalam komputer anda (Mendeley Desktop) dan di Laman Web Mendeley dengan hanya memberi arahan Sync. Magic bukan!! Anda tidak perlu membawa PC anda. Malah anda juga boleh memasang perisian Mendeley di dalam smartphone atau I-Pad kerana segalanya telah tersimpan dalam akaun anda dalam Mendeley Web. Langkah berikut boleh dijadikan panduan. a) Buka Mendeley Desktop b) Klik simbol Sync
  • 27. Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 27 Bibliografi Bowen, G. (2010). From Qualitative Dissertation to Quality Articles: Seven Lessons Learned. Qualitative Report, 15(4), 864–879. Retrieved from http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ896175.pdf Bowen, G. A. (2005). Preparing a Qualitative Research-Based Dissertation : Lessons Learned. The Qualitative Report, 10(2), 208–222. Lebar, M. S. (2000). Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini: Perkembangan Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti (pp. 1–10). Torbeyns, J., De Smedt, B., Stassens, N., Ghesquière, P., & Verschaffel, L. (2009). Solving Subtraction Problems by Means of Indirect Addition. Mathematical Thinking and Learning, 11(1-2), 79–91. doi:10.1080/10986060802583998 Zamidi, I., Jamia‟aton Soffiah, H., & Muhammad Kasim, B. (2013). Masalah Penulisan Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus. In Seminar Penyelidikan Zon Selatan 2013. Zamidi, I., Samat, A., Zaidi, C. C., Mazlan, A. G., Alam, G. M., Al-Amin, A. Q., & Simon, K. D. (2012). Fecundity and temporal reproductive cycle of four finger threadfin (Eleutheronema tetradactylum) in Malaysian coastal water. Asian Journal of Animal and Veterinary Advances, 7(11), 1100–1109.