SlideShare a Scribd company logo
malaysian-ghost -research.org
http://www.malaysian-ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-geografi/jenis-jenis-hakisan-tanah-akibat-tindakan-
air-mengalir-kesan-terhadap-alam-sekitar-dan-eknonomi-negara.html
Jenis-jenis hakisan tanah akibat tindakan air mengalir, kesan
terhadap alam sekitar dan eknonomi negara.
Pengenalan.
Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan.
Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga keadaan bentuk
muka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa bumi ini bergantung pada
agen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier dan air merupakan agen utama yang
sentiasa mengubah muka bumi ini. Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, tindakan angin sangat
berkesan, di kawasan kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasil
kegiatan pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka bumi. Apa
yang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks negara kita agen air
merupakan agen yang paling berkesan. Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yang
kembali pada kitarannya akan mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermula
dengan pembentukan wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentuk
awan akibat bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yang
jatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut untuk kitaran
yang seterusnya. Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudah
bermula terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil yang
ditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia atau sebaliknya.
Definisi hakisan.
Hakisan dif ahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telah
termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didef inisikan sebagai erosi atau hakisan air (Ibrahim Komoo, 1987 :
33). Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan pemusnahan dan pengangkutan sama ada
oleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktiviti hakisan air bawah tanah. Menurut Cummings(1978),
perkataan Erosi (Erosion ) berasal daripada bahasa latin eridore; sentiasa bertindak (to gnaw) melonggar
dan mengeluarkan bahan -bahan permukaan tanah. Lantaran itu, hakisan boleh dif ahami sebagai proses
pemusnahan dan pembentukan bentuk muka bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan air
mengalir yang bermula dari air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan air
mengalir di atas permukaan bumi termasuk aliran sungai. Proses hakisan tanah oleh air mengalir.
Menurut Cummings(1998) tarikan graviti membantu dalam sistem hakisan melalui daya tarikan ke atas air
hujan atau air mengalir melonggarkan butiran tanah dan membawa ke tempat lain. Hujan umpamanya, pada
kebiasaan mempunyai diameter 2 hingga 5 mm apabila jatuh ke permukaan bumi yang terdedah akan
menyebabkan permukaan bumi akan mengalami hakisan melalui kesan air hujan yang menimpa tadi.
Rajah 1 : Titisan air hujan yang menimpa permukaan bumi yang terdedah. Dalam rajah 1 di atas
menunjukkan air hujan yang jatuh menimpa permukaan bumi dalam kelajuan yang tinggi. Semakin besar
butiran air hujan, semakin laju ia jatuh. Semakin besar luas permukaan yang ditimpa. Sebagai contoh, jika
hujan rebut boleh menghasilkan butiran hujan bersaiz 5mm menimpa 50mm permukaan bumi maka setiap
meter persegi permukaan bumi akan ditimpa sebanyak 10,000.5g setiap butiran hujan pada kelajuan 30 km
perjam. Apabila air hujan menimpa tanah yang terdedah, tenaga tadi akan dipindahkan terus pada tanah.
Tenaga ini akan memecahkan butiran tanah yang longgar dan tercerai sehingga 150mm dari titik hentaman.
Ini dapat diterangkan dengan rajah yang ditunjukkan di bawah.
Rajah 2: Titisan hujan menimpa permukaan tanah yang terdedah. Ilustrasi yang ditunjukkan di atas
mengandaikan bahawa titisan hujan menimpa terus permukaan tanah yang terdedah. Jika permukaan tanah
tadi diliputi oleh tumbuhan tenaga daripada air hujan yang jatuh akan dikurangkan dan diserap sebelum
sampai ke atas permukaan seterusnya menyebabkan hakisan seperti dalam Rajah 2. Proses hakisan tadi
tidak akan berhenti begitu sahaja. Sekiranya hujan yang turun di sesuatu kawasan dalam jangka masa yang
lama dan kebetulan kawasan berkenaan merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan maka
kejadian banjir kilat atau air larian permukaan akan terjadi. Kejadian seumpama ini berlaku apabila permukaan
bumi tidak mempunyai kemampuan untuk menyerap air yakni permukaan bumi telah menjadi tepu
meenyebabkan air bertakung di atas permukaan yang akan menyebabkan permulaan aliran air permukaan
atau banjir kilat. Kejadian banjir kilat juga disebabkan oleh kesan timpaan air hujan yang menanggalkan
butiran tanah yang longgar dan menutup rekahan – rekahan permukaan bumi. Sekiranya permukaan bumi
adalah datar maka air akan mengalir perlahan dan melonggarkan butiran tanah atau melontarkannya ke atas
akibat daripada timpaan tadi. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan bentuk muka bumi di kawasan
berkenaan adalah curam, tarikan graviti akan menyebabkan air mengalir dengan laju menuruni bukit. Air tadi
akan mengalir melalui alur kecil dan permukaan tanah yang rendah yang akhirnya membentuk alur yang lebih
besar di permukaan bumi. Kelajuan air yang tinggi akan meningkatkan daya potensi air mengalir tadi
menghakis permukaan bumi melalui proses cakaran dan ragutan permukaan. Semakin banyak alur maka
semakin tinggilah kelajuan air mengalir dan semakin curam tebing bukit maka semakin laju air mengalir.
Proses ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.
Rajah 3 : Aliran air membawa kesan ke atas permukaan tanah.
Sumber : my.opera.com
Dalam proses aliran air permukaan tadi bermula dari titisan air hujan yang menimpa permukaan bumi
sehinggalah air mengalir ke sungai proses hakisan melalui ragutan akan berlaku. Air yang mengalir melalui
permukaan bumi mempunyai potensi menghakis bahan – bahan yang terdapat pada permukaan. Semakin laju
air maka potensi menghakis adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, potensi aktiviti hakisan adalah
berbeza mengikut jenis permukaan tanah. Tanah liat lebih mudah terhakis oleh pergerakan air sekitar 800mm
per saat atau lebih manakala pasir halus akan terhakis bermula dari 400mm/saat. Walau bagaimanapun,
peningkatan kelajuan akan meningkatkan potensi hakisan sebanyak 16 kali. Sehubungan dengan itu, aliran
air akan mengangkut butiran tanah yang longgar dan semakin halus butiran lebih mudah diangkut dan
proses pengangkutan ini akan meningkat dengan 32 kali. Dalam proses hakisan akan berlaku proses
pengangkutan hasil daripada hakisan yang telah dinyatakan di atas tetapi dalam masa yang sama proses
pengangkutan akan berlaku dengan membawa butiran tanah yang longgar dari kawasan yang asal ke
kawasan lain yang lebih rendah. Gambaran berkenaan dapat dilihat dalam Rajah 4 di bawah.
Rajah 4 : Hakisan di kawasan bukit. Dalam rajah ini, hakisan terjadi di kawasan permukaan bumi yang
terdedah kepada air hujan dan dan sebahagian daripada butiran tanah akan terhakis. Butiran ini pula akan
dipindahkan ke kawasan lain oleh tindakan air mengalir melalui proses pengangkutan. Dalam rajah di atas,
pembahagian tindakan ragutan dan pengangkutan adalah dalam zon yang sama manakala kawasan
permukaan bumi yang datar dan lebih rendah lebih kepada ruang zon pemendapan. Hakisan yang
dibincangkan di atas akan menghasilkan pelbagai rupa bumi di permukaan yang terdedah kepada air hujan
dan air mengalir.
Jenis-jenis hakisan tanah.
Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan
kehilangan bahan f izikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur untuk
kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga menyebabkan
pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan buruk yang tidak
menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan menyebabkan dasar sungai
menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti jalan raya, pelabuhan dan juga
empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti yang
berikut:-
Hakisan hujan.
Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau tumbuhan
asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air hujan. Walau
bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh rimbunan tumbuhan.
Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah diusahakan untuk tujuan tertentu
sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya telah menyebabkan permukaan bumi
terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan
menjadi gondol. Menurut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hujan lebat boleh menyebabkan hakisan
hujan tadi memindahkan tanah sehingga mencapai 100 tan untuk setiap ekar (Ibrahim Komoo,1987 : 36)
Rajah 5 : Hakisan hujan boleh membentuk mikro alur dan alur pada cerun.
Sumber : kjpermaculture.blogspot.com
Bahan yang berbutir halus yang berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan oleh
air hujan ke kawasan yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuh
akan membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruh
permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi mengalir ke
kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan menghakis alur
berkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan f enomena baru hasil daripada f enomena hakisan
air mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan sebuah payung sementara.
Hakisan sungai.
Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah tinggi yang
kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis serta mengangkut bahan
yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar seterusnya membentuk aliran sungai.
Umumnya, sungai mempunyai 2 f ungsi iaitu sebagai satu sistem pengairan dan kedua bertanggungjawab
terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai
yang mengalir. Proses hakisan sungai ini banyak bergantung pada kuantiti air, halaju dan bahan yang
diangkutnya. Dalam hal negara kita dan negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantiti air
sungai akan bertambah dengan bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermakna
pertambahan kuantiti air sungai akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir
akan mengangkut bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang
dihanyutkan atau diseret di dasar sungai. Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang
mempunyai f ungsi yang sangat besar sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana
puing tadi bertindak sebagai bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan.
Dalam proses hakisan sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu
pelarutan, pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan. Bahan bumi yang telah mengalami
hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai cara. Bahan
yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan dipindahkan secara
ampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan seretan dan kemampuan
memindahkan bahan ini bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam sungai. Semakin banyak kuantiti air
maka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis.
Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan sebahagian
daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau apabila tenaga mula
berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan akhirnya lumpur. Walau
bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah bersif at sementara kerana
apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan dipindahkan ke kawasan hilir sungai.
Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin kurang dan sungai mula berliku-liku. Di
samping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari lautan juga berupaya mengentalkan butiran
lempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang lebih besar. Butiran yang besar akan lebih mudah
termendap dan segera membantu pembentukan delta (Ibrahim Komoo,1987:43).
Hakisan air bawah tanah.
Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi juga berlaku di
dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama sekali di kawasan batu
kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan hakisan permukaan kerana
penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sif at ketelapan dan keporosan batu-batan termasuk
rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai atau kawasan kaki bukit sebagai mata air
dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuif er yang bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah.
Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut
khususnya di kawasan batu kapur. Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding
rekahan dan mengangkut hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk
gua dan sungai bawah tanah. Masalah dan kesan hakisan tanah oleh tindakan air terhadap alam
sekitar dan ekonomi. Tidak dapat dinaf ikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan
terhadap alam sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di
Amerika Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan,
pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak dapat
dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan hakisan dapat
disenaraikan seperti berikut:-
Kekurangan tanah subur.
Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah yang subur untuk
tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur untuk ditanam. Kesan yang
dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur dan kurang menghasilkan buah dan
kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran bekalan makanan negara dan dunia amnya.
Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawa
keluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan
merugikan petani kerana kesuburan tanah yang telah berkurangan di atas sawah seperti yang ditunjukkan di
dalam Gambar 1.
Gambar 1 : Tanah subur yang terhakis dari sawah merugikan petani (Sg. Lalang, Sungai Petani – Ogos 2002)
Gambar : Augustine Towonsing
Kejadian banjir kilat yang merugikan. Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan
tanah rendah terutama sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di
kawasan tanah lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran
dengan sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air
melimpah keluar. Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di
kawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang terdedah pada air hujan.
Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan aktiviti pertanian pindah. Banjir
kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang semakin cetek tetapi juga
dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan para petani kerana kehilangan
lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam pada itu, kejadian hakisan di kawasan
kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yang
bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan tetapi juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan
perhubungan yang terganggu. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting
Highlands dan Cameroon Highlands yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi
terjejas apabila berlaku kejadian tanah runtuh. Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan
memang banyak matangkan masalah seperti berikut:- Tanah runtuh yang membahayakan. Kawasan kaki
bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam
bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam
sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkan
pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada
aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan
menyebabkan kehilangan nyawa dan juga kepupusan hutan.
Gambar 2 : Kejadian tanah runtuh merugikan negara dari segi ekonomi.
Sumber :
cameron-highland-destination.blogspot.com Dalam Gambar 2 di atas, kejadian tanah runtuh seperti ini
sangat merugikan kerana kerosakan permukaan f izikal yang mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan
pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak semua kesan hakisan ini tidak memberi f aedah kepada ekonomi
negara kerana dalam hal tertentu khususnya di kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan
berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan ini
meninggalkan f ormasi istimewa seperti gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di Sabah dan
Gua Mulu di Sarawak. Pengurangan lapisan tanah subur. Proses hakisan bukan sekadar merosakkan
permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan
humus yang sangat berguna kepada aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan
ke kawasan yang lebih rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan
terus ke laut dan hilang yang secara langsung tidak memberikan f aedah kepada aktiviti pertanian. Dasar
sungai dan empangan menjadi cetek. Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama
bahan peroi yang dihakis di kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang
sungai. Sekiranya aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar
sungai dan empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan
kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering pada
musim panas dan banjir pada musim tengkujuh.
Kesimpulan.
Agen-agen hakisan seperti air, angin dan glasier sangat ef ektif mengukir dan mengubah lanskap sesuatu
kawasan. Dalam pada itu, air sangat berkesan dalam pembentukan bentuk muka bumi di kawasan tropika
yang bukan sekadar memberikan kebaikan dan juga keburukan kepada alam sekitar dan ekonomi tetapi
proses ini harus berterusan untuk mengimbangi keadaan alam sekitar yang “parah” hasil kegiatan manusia
yang sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan juga keuntungan ekonomi. Proses hakisan ini penting
kerana walaupun ia menyebabkan masalah tetapi proses ini perlu untuk menggantikan tanah yang
kehilangan nutrien khususnya di kawasan tanah rendah seperti dataran yang menjadi tumpuan utama aktiviti
pertanian. Kesedaran terhadap tindakan juga telah memberikan rumusan baru terhadap kesedaran dalam
pengawalan hakisan tindakan air mengalir. Di negara kita, apa yang kita lihat di kawasan tanah tinggi, kaki
bukit , tebing tinggi di sepanjang jalan raya dan lebuh raya telah diteres dan juga ditanam dengan rumput
semata-mata mengurangkan kadar hakisan. Pembinaan empangan telah berjaya menahan arus sungai
daripada menghakis tebing sungai, kawalan kerajaan terhadap aktiviti pembalakan dan kempen bumi hijau
telah berjaya mengurangkan kadar hakisan.
Sumber Rujukan
Cummings (1998). Soil Erosion By Water. Diperolehi dari
http://www.nre.vic.gov.au/web/root/insf series/inf sheet.nsf /789aa71841a
d93c4a256516002043d
Ibrahim Komoo (1987). Proses Eksogen
. DBP : Kuala Lumpur. Lihat M/S 32 – 53. Schneider, H. & Schneider, N. (1952). Rocks, Rivers And The
Changing Earth. New York. Lihat M/S 21 – 28. Purdue.(2002). Water Erosion. Diperolehi dari
http://soil.ecn.purdue.edu/~wepphtml/wepp/wepptut/jhtml/intro2.html Thinkquest.(2002). Impacts : Alteration
To Geographical Landscapes : Erosion. Diperolehi dari
http://library.thinkquest.org/C0111040/Text/impacts_altg_ero.ht
m?tqskip1=1&tqtime=0916
Suntingan terakhir: 07/02/2012
Respond dan komen:
Jika anda mempunyai pertanyaan atau sebarang komen mengenai kajian ini sila pos komen anda di bawah:
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons
Attribution-ShareAlike license:
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/.

More Related Content

What's hot

Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMimiey Rahman
 
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologiKonsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3ellycweety Azuma
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
Hilmi Ahmad
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Shizuka Jijie (SBP)
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Naznur Farahani Md Yusof
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
haralhaj
 
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
khaihay
 
SUNGAI II (SOALAN)
SUNGAI II (SOALAN)SUNGAI II (SOALAN)
SUNGAI II (SOALAN)
Meera Zaheed
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
Asmawi Abdullah
 
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
zaidi Emas Public Gold
 
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGILARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
jumal murray
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Batrisyiaa Syiaa
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGI
Asmawi Abdullah
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Asmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
 
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologiKonsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
 
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3
Konsep rantaian dan siratan makanan PENGGAL 3
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
 
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
Geografi kemanusiaan ( sektor primer )
 
;B
;B;B
;B
 
SUNGAI II (SOALAN)
SUNGAI II (SOALAN)SUNGAI II (SOALAN)
SUNGAI II (SOALAN)
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
 
Penduduk optimum
Penduduk optimumPenduduk optimum
Penduduk optimum
 
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGILARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGI
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 

Similar to Hakisan

Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
Bata Tungga
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerunHoKuokHow
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerunHoKuokHow
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerunHoKuokHow
 
Bahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
Bahagian A Tema 4 Sistem HidrologiBahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
Bahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
Asmawi Abdullah
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Asmawi Abdullah
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemKasmah De' Davinci
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawanazri15
 
Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7
Asmawi Abdullah
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Asmawi Abdullah
 
Fenomena banjir
Fenomena banjirFenomena banjir
Fenomena banjir
kasmiah otin
 
Perubahan iklim
Perubahan iklimPerubahan iklim
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan ManusiaKaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Model Latih Tubi 3
Model Latih Tubi 3Model Latih Tubi 3
Model Latih Tubi 3
Asmawi Abdullah
 
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptxBT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
syazwanicheseman1
 

Similar to Hakisan (20)

Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerun
 
Kegagalan cerun1
Kegagalan cerun1Kegagalan cerun1
Kegagalan cerun1
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerun
 
Kegagalan cerun
Kegagalan cerunKegagalan cerun
Kegagalan cerun
 
Bahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
Bahagian A Tema 4 Sistem HidrologiBahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
Bahagian A Tema 4 Sistem Hidrologi
 
Tanah runtuh
Tanah runtuhTanah runtuh
Tanah runtuh
 
Tanah runtuh
Tanah runtuhTanah runtuh
Tanah runtuh
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
 
Fenomena banjir
Fenomena banjirFenomena banjir
Fenomena banjir
 
Perubahan iklim
Perubahan iklimPerubahan iklim
Perubahan iklim
 
Power point geo
Power point geoPower point geo
Power point geo
 
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan ManusiaKaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
 
Model Latih Tubi 3
Model Latih Tubi 3Model Latih Tubi 3
Model Latih Tubi 3
 
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptxBT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
BT F1 BAB 9 zila khalid =).pptx
 

Hakisan

  • 1. malaysian-ghost -research.org http://www.malaysian-ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-geografi/jenis-jenis-hakisan-tanah-akibat-tindakan- air-mengalir-kesan-terhadap-alam-sekitar-dan-eknonomi-negara.html Jenis-jenis hakisan tanah akibat tindakan air mengalir, kesan terhadap alam sekitar dan eknonomi negara. Pengenalan. Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan. Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga keadaan bentuk muka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa bumi ini bergantung pada agen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier dan air merupakan agen utama yang sentiasa mengubah muka bumi ini. Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, tindakan angin sangat berkesan, di kawasan kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasil kegiatan pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka bumi. Apa yang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks negara kita agen air merupakan agen yang paling berkesan. Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yang kembali pada kitarannya akan mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermula dengan pembentukan wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentuk awan akibat bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yang jatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut untuk kitaran yang seterusnya. Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudah bermula terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil yang ditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia atau sebaliknya. Definisi hakisan. Hakisan dif ahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telah termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didef inisikan sebagai erosi atau hakisan air (Ibrahim Komoo, 1987 : 33). Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan pemusnahan dan pengangkutan sama ada oleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktiviti hakisan air bawah tanah. Menurut Cummings(1978), perkataan Erosi (Erosion ) berasal daripada bahasa latin eridore; sentiasa bertindak (to gnaw) melonggar dan mengeluarkan bahan -bahan permukaan tanah. Lantaran itu, hakisan boleh dif ahami sebagai proses pemusnahan dan pembentukan bentuk muka bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan air mengalir yang bermula dari air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan air mengalir di atas permukaan bumi termasuk aliran sungai. Proses hakisan tanah oleh air mengalir. Menurut Cummings(1998) tarikan graviti membantu dalam sistem hakisan melalui daya tarikan ke atas air hujan atau air mengalir melonggarkan butiran tanah dan membawa ke tempat lain. Hujan umpamanya, pada kebiasaan mempunyai diameter 2 hingga 5 mm apabila jatuh ke permukaan bumi yang terdedah akan menyebabkan permukaan bumi akan mengalami hakisan melalui kesan air hujan yang menimpa tadi.
  • 2. Rajah 1 : Titisan air hujan yang menimpa permukaan bumi yang terdedah. Dalam rajah 1 di atas menunjukkan air hujan yang jatuh menimpa permukaan bumi dalam kelajuan yang tinggi. Semakin besar butiran air hujan, semakin laju ia jatuh. Semakin besar luas permukaan yang ditimpa. Sebagai contoh, jika hujan rebut boleh menghasilkan butiran hujan bersaiz 5mm menimpa 50mm permukaan bumi maka setiap meter persegi permukaan bumi akan ditimpa sebanyak 10,000.5g setiap butiran hujan pada kelajuan 30 km perjam. Apabila air hujan menimpa tanah yang terdedah, tenaga tadi akan dipindahkan terus pada tanah. Tenaga ini akan memecahkan butiran tanah yang longgar dan tercerai sehingga 150mm dari titik hentaman. Ini dapat diterangkan dengan rajah yang ditunjukkan di bawah.
  • 3. Rajah 2: Titisan hujan menimpa permukaan tanah yang terdedah. Ilustrasi yang ditunjukkan di atas mengandaikan bahawa titisan hujan menimpa terus permukaan tanah yang terdedah. Jika permukaan tanah tadi diliputi oleh tumbuhan tenaga daripada air hujan yang jatuh akan dikurangkan dan diserap sebelum sampai ke atas permukaan seterusnya menyebabkan hakisan seperti dalam Rajah 2. Proses hakisan tadi tidak akan berhenti begitu sahaja. Sekiranya hujan yang turun di sesuatu kawasan dalam jangka masa yang lama dan kebetulan kawasan berkenaan merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan maka kejadian banjir kilat atau air larian permukaan akan terjadi. Kejadian seumpama ini berlaku apabila permukaan bumi tidak mempunyai kemampuan untuk menyerap air yakni permukaan bumi telah menjadi tepu meenyebabkan air bertakung di atas permukaan yang akan menyebabkan permulaan aliran air permukaan atau banjir kilat. Kejadian banjir kilat juga disebabkan oleh kesan timpaan air hujan yang menanggalkan butiran tanah yang longgar dan menutup rekahan – rekahan permukaan bumi. Sekiranya permukaan bumi adalah datar maka air akan mengalir perlahan dan melonggarkan butiran tanah atau melontarkannya ke atas akibat daripada timpaan tadi. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan bentuk muka bumi di kawasan berkenaan adalah curam, tarikan graviti akan menyebabkan air mengalir dengan laju menuruni bukit. Air tadi akan mengalir melalui alur kecil dan permukaan tanah yang rendah yang akhirnya membentuk alur yang lebih besar di permukaan bumi. Kelajuan air yang tinggi akan meningkatkan daya potensi air mengalir tadi menghakis permukaan bumi melalui proses cakaran dan ragutan permukaan. Semakin banyak alur maka semakin tinggilah kelajuan air mengalir dan semakin curam tebing bukit maka semakin laju air mengalir. Proses ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah. Rajah 3 : Aliran air membawa kesan ke atas permukaan tanah. Sumber : my.opera.com Dalam proses aliran air permukaan tadi bermula dari titisan air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah air mengalir ke sungai proses hakisan melalui ragutan akan berlaku. Air yang mengalir melalui permukaan bumi mempunyai potensi menghakis bahan – bahan yang terdapat pada permukaan. Semakin laju air maka potensi menghakis adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, potensi aktiviti hakisan adalah berbeza mengikut jenis permukaan tanah. Tanah liat lebih mudah terhakis oleh pergerakan air sekitar 800mm per saat atau lebih manakala pasir halus akan terhakis bermula dari 400mm/saat. Walau bagaimanapun, peningkatan kelajuan akan meningkatkan potensi hakisan sebanyak 16 kali. Sehubungan dengan itu, aliran air akan mengangkut butiran tanah yang longgar dan semakin halus butiran lebih mudah diangkut dan proses pengangkutan ini akan meningkat dengan 32 kali. Dalam proses hakisan akan berlaku proses pengangkutan hasil daripada hakisan yang telah dinyatakan di atas tetapi dalam masa yang sama proses
  • 4. pengangkutan akan berlaku dengan membawa butiran tanah yang longgar dari kawasan yang asal ke kawasan lain yang lebih rendah. Gambaran berkenaan dapat dilihat dalam Rajah 4 di bawah. Rajah 4 : Hakisan di kawasan bukit. Dalam rajah ini, hakisan terjadi di kawasan permukaan bumi yang terdedah kepada air hujan dan dan sebahagian daripada butiran tanah akan terhakis. Butiran ini pula akan dipindahkan ke kawasan lain oleh tindakan air mengalir melalui proses pengangkutan. Dalam rajah di atas, pembahagian tindakan ragutan dan pengangkutan adalah dalam zon yang sama manakala kawasan permukaan bumi yang datar dan lebih rendah lebih kepada ruang zon pemendapan. Hakisan yang dibincangkan di atas akan menghasilkan pelbagai rupa bumi di permukaan yang terdedah kepada air hujan dan air mengalir. Jenis-jenis hakisan tanah. Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan kehilangan bahan f izikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur untuk kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga menyebabkan pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan buruk yang tidak menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti jalan raya, pelabuhan dan juga empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti yang berikut:- Hakisan hujan. Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau tumbuhan asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air hujan. Walau bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh rimbunan tumbuhan. Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah diusahakan untuk tujuan tertentu sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya telah menyebabkan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan menjadi gondol. Menurut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hujan lebat boleh menyebabkan hakisan
  • 5. hujan tadi memindahkan tanah sehingga mencapai 100 tan untuk setiap ekar (Ibrahim Komoo,1987 : 36) Rajah 5 : Hakisan hujan boleh membentuk mikro alur dan alur pada cerun. Sumber : kjpermaculture.blogspot.com Bahan yang berbutir halus yang berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan oleh air hujan ke kawasan yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuh akan membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruh permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi mengalir ke
  • 6. kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan menghakis alur berkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan f enomena baru hasil daripada f enomena hakisan air mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan sebuah payung sementara. Hakisan sungai. Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah tinggi yang kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis serta mengangkut bahan yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar seterusnya membentuk aliran sungai. Umumnya, sungai mempunyai 2 f ungsi iaitu sebagai satu sistem pengairan dan kedua bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan sungai ini banyak bergantung pada kuantiti air, halaju dan bahan yang diangkutnya. Dalam hal negara kita dan negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantiti air sungai akan bertambah dengan bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermakna pertambahan kuantiti air sungai akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir akan mengangkut bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang dihanyutkan atau diseret di dasar sungai. Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang mempunyai f ungsi yang sangat besar sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana puing tadi bertindak sebagai bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan. Dalam proses hakisan sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu pelarutan, pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan. Bahan bumi yang telah mengalami hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai cara. Bahan yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan dipindahkan secara ampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan seretan dan kemampuan memindahkan bahan ini bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam sungai. Semakin banyak kuantiti air maka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis. Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan sebahagian daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau apabila tenaga mula berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan akhirnya lumpur. Walau bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah bersif at sementara kerana apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan dipindahkan ke kawasan hilir sungai. Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin kurang dan sungai mula berliku-liku. Di samping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari lautan juga berupaya mengentalkan butiran lempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang lebih besar. Butiran yang besar akan lebih mudah termendap dan segera membantu pembentukan delta (Ibrahim Komoo,1987:43). Hakisan air bawah tanah. Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi juga berlaku di dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama sekali di kawasan batu kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan hakisan permukaan kerana penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sif at ketelapan dan keporosan batu-batan termasuk rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai atau kawasan kaki bukit sebagai mata air dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuif er yang bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah. Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut khususnya di kawasan batu kapur. Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding rekahan dan mengangkut hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk gua dan sungai bawah tanah. Masalah dan kesan hakisan tanah oleh tindakan air terhadap alam sekitar dan ekonomi. Tidak dapat dinaf ikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan terhadap alam sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak dapat dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:-
  • 7. Kekurangan tanah subur. Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah yang subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur untuk ditanam. Kesan yang dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur dan kurang menghasilkan buah dan kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran bekalan makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan merugikan petani kerana kesuburan tanah yang telah berkurangan di atas sawah seperti yang ditunjukkan di dalam Gambar 1. Gambar 1 : Tanah subur yang terhakis dari sawah merugikan petani (Sg. Lalang, Sungai Petani – Ogos 2002) Gambar : Augustine Towonsing Kejadian banjir kilat yang merugikan. Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah terutama sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di kawasan tanah lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran dengan sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air melimpah keluar. Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di kawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang terdedah pada air hujan. Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan aktiviti pertanian pindah. Banjir kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang semakin cetek tetapi juga dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan para petani kerana kehilangan lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam pada itu, kejadian hakisan di kawasan kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yang bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan tetapi juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan perhubungan yang terganggu. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting Highlands dan Cameroon Highlands yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi terjejas apabila berlaku kejadian tanah runtuh. Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan memang banyak matangkan masalah seperti berikut:- Tanah runtuh yang membahayakan. Kawasan kaki bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam
  • 8. bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkan pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan menyebabkan kehilangan nyawa dan juga kepupusan hutan. Gambar 2 : Kejadian tanah runtuh merugikan negara dari segi ekonomi. Sumber : cameron-highland-destination.blogspot.com Dalam Gambar 2 di atas, kejadian tanah runtuh seperti ini sangat merugikan kerana kerosakan permukaan f izikal yang mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak semua kesan hakisan ini tidak memberi f aedah kepada ekonomi negara kerana dalam hal tertentu khususnya di kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan ini meninggalkan f ormasi istimewa seperti gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di Sabah dan Gua Mulu di Sarawak. Pengurangan lapisan tanah subur. Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan terus ke laut dan hilang yang secara langsung tidak memberikan f aedah kepada aktiviti pertanian. Dasar sungai dan empangan menjadi cetek. Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan peroi yang dihakis di kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering pada musim panas dan banjir pada musim tengkujuh. Kesimpulan. Agen-agen hakisan seperti air, angin dan glasier sangat ef ektif mengukir dan mengubah lanskap sesuatu kawasan. Dalam pada itu, air sangat berkesan dalam pembentukan bentuk muka bumi di kawasan tropika yang bukan sekadar memberikan kebaikan dan juga keburukan kepada alam sekitar dan ekonomi tetapi proses ini harus berterusan untuk mengimbangi keadaan alam sekitar yang “parah” hasil kegiatan manusia
  • 9. yang sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan juga keuntungan ekonomi. Proses hakisan ini penting kerana walaupun ia menyebabkan masalah tetapi proses ini perlu untuk menggantikan tanah yang kehilangan nutrien khususnya di kawasan tanah rendah seperti dataran yang menjadi tumpuan utama aktiviti pertanian. Kesedaran terhadap tindakan juga telah memberikan rumusan baru terhadap kesedaran dalam pengawalan hakisan tindakan air mengalir. Di negara kita, apa yang kita lihat di kawasan tanah tinggi, kaki bukit , tebing tinggi di sepanjang jalan raya dan lebuh raya telah diteres dan juga ditanam dengan rumput semata-mata mengurangkan kadar hakisan. Pembinaan empangan telah berjaya menahan arus sungai daripada menghakis tebing sungai, kawalan kerajaan terhadap aktiviti pembalakan dan kempen bumi hijau telah berjaya mengurangkan kadar hakisan. Sumber Rujukan Cummings (1998). Soil Erosion By Water. Diperolehi dari http://www.nre.vic.gov.au/web/root/insf series/inf sheet.nsf /789aa71841a d93c4a256516002043d Ibrahim Komoo (1987). Proses Eksogen . DBP : Kuala Lumpur. Lihat M/S 32 – 53. Schneider, H. & Schneider, N. (1952). Rocks, Rivers And The Changing Earth. New York. Lihat M/S 21 – 28. Purdue.(2002). Water Erosion. Diperolehi dari http://soil.ecn.purdue.edu/~wepphtml/wepp/wepptut/jhtml/intro2.html Thinkquest.(2002). Impacts : Alteration To Geographical Landscapes : Erosion. Diperolehi dari http://library.thinkquest.org/C0111040/Text/impacts_altg_ero.ht m?tqskip1=1&tqtime=0916 Suntingan terakhir: 07/02/2012 Respond dan komen: Jika anda mempunyai pertanyaan atau sebarang komen mengenai kajian ini sila pos komen anda di bawah: Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike license: http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/.