SlideShare a Scribd company logo
KOMSAS
CIKGU
SUGUZ
Probably
Malaysia’s
mostcreative
BMcoach!
morethan750,000viewson
youtube.com/cikgusuguz
LastMinuteInput
BMSPM2016
TINGKATAN
4
3
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
1
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Kisah raja negeri Kembayat yang dapat
dijadikan teladan.
Rangkap 2
Sultannya tangkas dan bijak, cemerlang serta
adil. Pedagang dan ilmuwan agama suka
mengunjungi negeri Kembayat.
Rangkap 3
Rakyat berasa hairan kerana raja tidak pernah
ditimpa kesusahan.
Rangkap 4
Setelah berkahwin, raja semakin berseri kerana
permaisuri baginda telah hamil.
Rangkap 5
Suatu hari, negeri Kembayat telah dilanda
musibah.
Rangkap 6
Burung geroda telah menyerang negeri
Kembayat sehingga membawa kemusnahan.
Rangkap 7
Bunyi gegak-gempita burung geroda telah
menyebabkan rakyat huru-hara.
Puisi Tradisional
Syair Bidasari
Rangkap 8
Raja yang berada di istana menjadi murka
apabila mendengar keriuhan dan bertanyakan
punca kejadian.
Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja
sewaktu mentadbirkan negara.
Persoalan
a.	 Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
b.	Tanggungjawab seorang pemimpin.
c.	 Kasih sayang terhadap ahli keluarga.
d.	Keadilan dan kesaksamaan.
e.	 Jangka hayat dan soal kematian di tangan
Tuhan.
f.	 Musibah yang tidak boleh diramal.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata atau diksi yang indah dan
ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
Contoh: Dengarkan tuan suatu riwayat.
b.	Repetisi atau perulangan. Contoh: Beberapa
bulan beberapa hari.
c.	 Metafora. Contoh: takhta kerajaan.
d.	Hiperbola. Contoh: Datangnya menyambar
suaranya bahana.
e.	 Simile. Contoh: Mendengar gempar seperti
perang.
f.	 Inversi. Contoh: Dengarkan tuan suatu
riwayat. (sepatutnya: Tuan dengarkan suatu
riwayat).
g.	Asonansi. Contoh: Baginda duduk bersuka-
sukaan (perulangan bunyi vokal u).
h.	Aliterasi. Contoh: Beberapa bulan beberapa
hari (perulangan bunyi konsonan b).
Nilai
a.	 Tanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri
Kembayat yang pertama bertanggungjawab
mentadbir urus negerinya dengan sempurna.
b.	Ketaatan. Contohnya, seluruh rakyat Negeri
Kembayat taat dan setia terhadap Raja
Negeri Kembayat.
c.	 Kebijaksanaan. Contohnya, Raja Negeri
Kembayat yang pertama bijak dan cekap
memimpin rakyat.
d.	Keadilan. Contohnya, Raja Negeri
Kembayat yang pertama memberikan
layanan yang adil dan saksama kepada
rakyat termasuklah kepada dagang senteri.
Pengajaran
a.	 Sebagai pemimpin, kita hendaklah
menjalankan tanggungjawab yang diberikan
oleh rakyat dengan amanah.
b.	Kita mestilah taat dan patuh akan perintah
ketua atau pemimpin demi keharmonian
organisasi.
c.	 Kita perlulah bijaksana dalam merangka,
menyusun,danmembuatsegalaperancangan
tugas supaya tugasan itu terhasil dengan
baik dan sempurna.
d.	Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani
setiap orang dengan adil dan saksama tanpa
membeza-bezakan darjat atau kedudukan
seseorang.
e.	 Kita haruslah bersedia setiap masa bagi
menghadapi sebarang ancaman musuh atau
malapetaka yang tidak dijangka.
f.	 Kita haruslah memupuk sifat kasih yang
mendalam terhadap ahli keluarga demi
melahirkan sebuah keluarga yang bahagia
dan harmoni diamanahkan.
4
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Mata dijaga agar tidak timbul keinginan yang
menyimpang.
Rangkap 2
Telinga dijaga agar tidak mendengar hasutan.
Rangkap 3
Lidah yang dijaga akan menentukan pertuturan
agar beroleh kebaikan.
Rangkap 4
Tangan dijaga supaya tidak mengambil hak
orang.
Rangkap 5
Jika nafsu tidak dikawal, perkara tidak elok
akan berlaku.
Rangkap 6
Sentiasa bersemangat menempuhi kehidupan.
Rangkap 7
Setiap langkah mesti diawasi agar tidak berlaku
kerugian.
Tema
Nasihat kepada murid agar memelihara anggota
diri dan berbudi pekerti mulia.
Persoalan
a.	 Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu
penglihatan, pendengaran, dan pertuturan
dalam kehidupan sehari-hari.
b.	Kepentingan menjaga nafsu makan dan
nafsu syahwat.
c.	 Kepentingan mengawal anggota badan
terutama tangan dan kaki.
d.	Kepentingan menjadi individu yang berbudi
pekerti mulia.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata yang indah dan ayat atau
baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh:
Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-
cita.
b.	Bahasa kiasan. Contoh: Apabila perut sudah
penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Puisi Tradisional
Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
c.	 Metafora. Contoh: takhta kerajaan.
d.	Inversi. Contoh:
i.	 Nescaya dapat daripadanya faedah
(sepatutnya: Nescaya dapat faedah
daripadanya).
ii.	Khabar yang jahat tiadalah damping
(sepatutnya: Tiadalah damping dengan
khabar yang jahat).
c.	 Asonansi. Contoh:
i.	 Daripada segala berat dan ringan
(perulangan bunyi vokal a).
ii.	Apabila perut terlalu penuh. (perulangan
bunyi vokal u).
iii.	Keluarlah fiil yang tiada senonoh
(perulangan bunyi vokal o).
iv.	Di situlah banyak orang yang hilang
semangat. (perulangan bunyi vokal i).
e.	 Aliterasi. Contoh: Nescaya dapat
daripadanya faedah. (perulangan bunyi
konsonan d).
f.	 Jeda. (pemberhentian suara sekejap di
tengah baris). Contoh: Apabila perut / sudah
penuh, Keluarlah fiil / yang tiada senonoh.
Nilai
a.	 Kesopanan. Contohnya, kita dinasihati agar
sopan mengawal pancaindera agar tidak
membawa kepada kerosakan.
b.	Rasional. Contohnya, kita dinasihati agar
tidak menurut kehendak nafsu makan dan
nafsu syahwat.
c.	 Kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasibati
agar bijak mengawal anggota tangan dan kaki.
d.	Kegigihan. Contohnya, kita dinasihati agar
sentiasa berusaha menjadi seorang yang
berakhlak terpuji dan memiliki budi pekerti
yang mulia.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah mengawal anggota
pancaindera kerana banyak keburukan yang
akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal
pancaindera dengan baik.
b.	Kita tidak boleh terlalu menurut
kehendak nafsu kerana tindakan itu akan
menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.
c.	 Kita hendaklah bijak mengawal anggota
tubuh badan supaya kehidupan menjadi
lebih sejahtera.
d.	Kita hendaklah berusaha menjadi seseorang
yang memiliki akhlak dan budi pekerti yang
mulia.
e.	 Kita perlulah sentiasa bermuhasabah diri
sekiranya ingin menjadi lebih baik.
5
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana dia melampar
muslihat aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Lelaki yang gagah sedang melibas cambuk
kerana menghalau kuda-kudanya.
Rangkap 2
Kuda yang kelaparan telah diberi habuan
rumput dan jerami. Setelah kenyang akan terus
menjadi tunggangan.
Rangkap 3
Suara sang gembala kuda amat lantang sambil
menunggang kuda dan melibasnya dengan
cambuk. Pelbagai kesukaran ditempuhi di
hutan.
Rangkap 4
Sanggembalakudahanyainginkanyangterbaik
daripada kuda-kudanya tanpa menghiraukan
keletihan dan kesakitan yang dialami haiwan
tersebut. Kuda terus ditungganginya.
Tema
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan
tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap
kuda-kuda tunggangannya.
Persoalan
a.	 Kekuasaan mempengaruhi gaya
kepemimpinan.
b.	Ketegasan dalam memimpin.
c.	 Penganiayaan terhadap haiwan.
d.	Kepatuhan menurut perintah.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata yang indah dan ayat atau
baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh:
rembat angkuhnya memacu takut.
Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)
b.	 Epifora. Contoh:
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
c.	 Repetisi atau perulangan. Contoh:
ditunggangi dan ditunggangi!
d.	Metafora. Contoh:
i.	 Rimba perburua
ii.	paya penindasan
iii.	cemeti durjana.
e.	 Personifikasi. Contoh: rembat angkuhnya
memacu takut.
f.	 Penggunaan hiperbola. Contoh: dimamah
rakus kala lapar.
g.	Sinkope. Contoh: tak peduli nasib diri
setelah kenyang.
h.	Inversi. Contoh: dan kuda-kuda itu
ditunggangi (sepatutnya: kuda-kuda itu
ditunggangi dan).
i.	 Asonansi. Contoh: sesekali suaranya lebih
gempita (perulangan bunyi vokal i).
j.	 Aliterasi. Contoh: ditunggangi dan
ditunggangi! (perulangan bunyi konsonan d)
Nilai
a.	 Tanggungjawab. Contohnya, penjaga
kuda bertanggungjawab menjaga kuda
tunggangannya dengan mengurus makan
dan minum dengan baik.
b.	Keberanian.Contohnya,penjagakudaberani
menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewak tu menjaga kuda-kuda itu
c.	 Kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda
bijak mengawal kuda tunggangannya ketika
dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke
kandang.
d.	Kegigihan. Contohnya, penjaga kuda
gigih melaksanakan tugasnya menjaga
kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa
menggunakan kekerasan terhadap kuda-
kuda itu.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang telah diberikan
oleh ketua.
b.	Kita mestilah berani menghadapi berbagai-
bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
c.	 Kita perlulah gigih berusaha dalam
melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan
dapat dikecapi akhirnya.
d.	Kita sewajarnya patuh akan arahan dan
suru han ketua demi keharmonian sesebuah
organisasi.
Puisi Moden
6
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Aku mendongak langit
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak merenung langit dan menilai
keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
Rangkap 2
Penyajak mengamati persekitaran seperti
kejadian alam, tumbuhan dan mergastua yang
mencorakkan kehidupan manusia.
Rangkap 3
Penyajak merenung langit dan
mentafsirkannya. Masalah pohon-pohon kayu
rapuh, dahan dan ranting reput serta daun-
daun berguguran di negara yang makmur jelas
sekali. (perbandingan untuk bahasa).
Rangkap 4
Penyajak mentafsir lagi. Kelihatan bulan dan
bintang sedang berduka kerana malang yang
menimpa bangsa.
Rangkap 5
Penyajak kembali merenung langit. Penyajak
dapat rasakan bahawa langit bersedih kerana
nasib bahasa Melayu yang semakin terpinggir.
Tema
Nasib bahasa Melayu yang semakin
dipinggirkan oleh anak bangsa.
Persoalan
a.	 Bahasa sebagai maruah bangsa.
b.	Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa
c.	 Jati diri anak bangsa yang kian terancam.
d.	Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan.
Aku Membaca Lagi (Razati Mohd. Yussof)
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Penggunaan unsur perlambangan. Contoh:
langit, pohon-pohon kayan, dahan, ranting,
daun-daun.
b.	Pemilihan kata yang indah dan ayat atau
baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh.
Contoh: desiran ombak dan wajah pelangi.
c.	 Repetisi atau perulangan. Contoh: helai
demi helai.
d.	Metafora. Contoh:
i.	 wajah pelangi
ii.	lantai tanah airku.
a.	 Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting
terkulai.
b.	Inversi. Contoh:
i.	 kicauan burung (perulangan bunyi vokal u).
ii.	Desiran ombak dan wajah pelangi.
(perulangan bunyi vokal a).
iii.	Menitis airmata langit. (perulangan
bunyi vokal i).
d.	Aliterasi. Contoh: Di dalamnya pohon-
pohon kayan rapuh. (perulangan bunyi
konsonan d).
Nilai
a.	 Tanggungjawab. Contohnya, penyajak
bertanggungjawab untuk menyeru anak
bangsa agar mengangkat kembali martabat
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang telah dipinggirkan oleh mereka.
b.	Keinsafan. Contohnya, penyajak menyeru
anak bangsa yang semakin hilang jati diri
agar segera sedar dan insaf untuk mengenal
diri.
c.	 Kegigihan. Contohnya, penyajak menyeru
anak bangsa agar gigih mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu.
d.	Patriotisme. Contohnya, penyajak
menyeru anak bangsa agar mencintai dan
mendaulatkan bahasa Melayu dengan
sepenuh hati.
Pengajaran
a.	 Sebagai anak bangsa, kita hendaklah
memikul tanggungjawab untuk mengangkat
martabat bahasa Melayu yang semakin
dilupakan.
b.	Kita mestilah berani menghadapi berbagai-
bagai cabaran untuk mempertahankan
maruah bahasa Melayu daripada tercemar
c.	 Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan atas
ciptaan berbagai-bagai kejadian alam yang
melengkapi kehidupan manusia.
d.	Sebagai anak bangsa, kita perlulah
menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam
diri masing-masing agar boleh menangkis
segala bentuk ancaman yang berunsur
negatif.
Puisi Moden
7
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan di persada Tuhan.
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak bercita-cita untuk membebaskan
dirinya daripada kepayahan hidup.
Rangkap 2
Penyajak sering berfikir dan membicarakan
kebaikan serta keburukan kebebasan berfikir
untuk mengelakkan dirinya dipermainkan.
Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa cabaran telah
menggugat ketenangan jiwanya kerana
menguji keimanan.
Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa dalam
keteguhan peribadinya, adakala tertipu juga.
Namun demikian, sempat sedar dan sentiasa
berwaspada.
Rangkap 5
Penyajak menyatakan bahawa dia berusaha
mengatasi halangan dan menelusuri rentak
kehidupan yang belum pastinya cabarannya.
Rangkap 6
Penyajak menyatakan bahawa dia tidak lagi
lemah dengan kata-kata berunsur hasutan dan
kritikan yang melampau.
Rangkap 7
Penyajak berpendapat bahawa kehadiran
Internet menyebabkannya membuat pelbagai
pertimbangan dan tidak mudah terpengaruh
oleh maklumat yang dilayari.
www.sibermerdeka.com.my
(Abdul Ghaffar Ibrahim)
Rangkap 8
Penyajak memutuskan bahawa dirinya perlu
menghadapi realiti kehidupan melalui paparan
di Internet. Elakkan terpedaya oleh unsur
negatif dan sentiasa mendekatkan dirinya
dengan Tuhan.
Tema
Nasib bahasa Melayu yang semakin
dipinggirkan oleh anak bangsa.
Persoalan
a.	 Perlunya perancangan dan persediaan untuk
mengharungi cabaran hidup.
b.	Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat
dan pancaroba.
c.	 Keinginan untuk tidak mengulangi
kesilapan.
d.	Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa
kehidupan.
e.	 Kekuatan diri dalam melawan musuh.
f.	 Keyakinan untuk menghadapi masa depan
apabila memiliki pendirian yang teguh.
g.	Keinginan untuk mendekatkan diri kepada
Tuhan.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata yang indah dan ayat atau
baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh:
bagai siang memanggil malam.
b.	Anafora. Contoh:
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan.
c.	 Metafora. Contoh:
i.	 kebun diriku iv) pangkalan usia
ii.	parlimen diriku v) warga fikirku
iii.	arus ingatan
d.	Sinkope. Contoh: yang tak diduga
klimaksnya.
a.	 Personifikasi. Contoh: ombak gelora
menampar pantai aman.
b.	Asonansi. Contoh:
i.	 Aku tanam saujana rancangan (perulangan
bunyi vokal a).
ii.	Menghayati skrip demi skrip (perulangan
bunyi vokal i).
iii.	Menitis airmata langit. (perulangan
bunyi vokal i).
d.	Aliterasi. Contoh: Peristiwa datang peristiwa
pergi (perulangan bunyi konsonan p).
Nilai
a.	 Rasional. Contohnya, penyajak mempunyai
perancangan agar hidupnya tidak susah lagi.
b.	Kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu
kehidupannya dipennain-mainkan orang.
c.	 Kebijaksanaan. Contohnya, penyajak akan
berhujah dengan dirinya sebelum membuat
sesuatu keputusan.
d.	Keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan
sebelum ini.
e.	 Tanggungjawab. Contohnya, penyajak
sedar akan tipu daya dan akan lebih
bertanggungjawab dengan berwaspada pada
masa akan datang.
f.	 Kesyukuran. Contohnya, penyajak berasa
bersyukur dan tidak mahu hidup ini dipersia-
siakan.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah rasional dalam mengambil
sesuatu tindakan.
b.	Kita perlulah berfikir semasak-masaknya
sebelum membuat sesuatu keputusan.
c.	 Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang
telah kita lakukan sebelum ini.
d.	Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat
pihak lawan.
e.	 Kita hendaklah menghargai umur yang
diberikan oleh Tuhan.
f.	 Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.
Puisi Moden
8
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk
moyang lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan
kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang
terbina dari keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman
makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap
sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari
anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan
pelbagai keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang
menangkis tomahan
demi mempertahankan maruah gelanggang
keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang
memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari
menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan
diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan
ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung
amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati
diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni
dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Malaysia yang dibina melalui kerjasama kaum
ialah warisan nenek moyang yang berjuang
memerdekakannya sejak lebih 50 tahun lalu.
Rangkap 2
Kita ialah pemilik negara yang dibina atas
nama pengorbanan. Kita kecapi keamanan,
kemakmuran dan kerjasama erat antara kaum.
kedaulatannya dipelihara daripada sebarang
anasir.
Rangkap 3
Generasi kini mesti sanggup berkorban
menentang anasir negatif tanpa toleransi
demi pusaka moyang yang tercinta. Elakkan
memperjudikan maruah negara kerana akan
mengundang kemusnahan.
Rangkap 4
Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan
silaturahim dan mengelakkan persengketaan.
Rangkap 5
Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu
melaksanakan amanah agar dapat memajukan
dan mengharumkan negara pada peringkat
antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat.
Puisi Moden
Gelanggang (Onn Malini)
Tema
Kepentingan mempertahankan kedaulatan
tanah air kita yang tercinta.
Persoalan
a.	 Perlunya generasi kini menghargai usaha
yang dilakukan oleh nenek moyang
terdahulu membangunkan negara.
b.	Perpaduan dalam kalangan rakyat amat
penting dalam sesebuah negara agar dapat
mewujudkan negara yang berdaulat.
c.	 Pertelingkahan dan permusuhan akan
menghancurkan negara.
d.	Semua rakyat di negara ini wajib
mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih
sayang terhadap negara.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata yang indah dan ayat atau
baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh:
Hari ini pewaris gelanggang yang terbina
dari keringat.
b.	Anafora. Contoh: Kita pelihara, kita
mempertahankan
c.	 Metafora. Contoh: gelanggang keramat.
d.	Perlambangan atau imejan. Contoh: pewaris
gelanggang.
“Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam
sajak ini, “pewaris gelanggang” membawa
maksud rakyat di negara ini.
e.	 Asonansi. Contoh:
i.	 jangan sesekali bermain api kelak
membinasakan diri sendiri (perulangan
bunyi vokal i)
ii.	agar kecemerlangan tercerna di persada
arena (perulangan bunyi vokal a).
c.	 Aliterasi. Contoh: elakkan pertelingkahan
sesama sendiri. (perulangan bunyi konsonan s).
Nilai
a.	 Cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta
akan negara perlulah dipupuk dalam diri
setiap warganegara.
b.	Mengenang jasa. Contohnya, jasa nenek
moyang kita memerdekakan negara ini
perlu dihargai.
c.	 Bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan
yang dikecap adalah hasil perpaduan antara
kaum di negara ini.
d.	Ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada
negara tanpa berbelah bagi merupakan cara
untuk menunjukkan kesetiaan.
e.	 Tanggungjawab. Contohnya, semua rakyat
di negara ini bertanggungjawab menjaga
kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah memiliki perasaan cinta
akan negara tanpa berbelah bagi.
b.	Kita hendaklah menghargai jasa yang
dicurahkan oleh nenek moyang kita yang
berusaha memerdekakan negara ini.
c.	 Untuk menjamin keharmonian negara
dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah
bersatu padu.
d.	Kita perlulah bersedia untuk berkorban
demi negara.
e.	 Setiap warganegara bertanggungjawab
menjaga kedaulatan negara daripada
ancaman anasir luar.
9
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Sinopsis
Pembunuhan penjurit tujuh bersaudara dari
Majapahit di Bukit Cina telah rnenimbulkan
dendam. Hasrat rnenewaskan Melaka, gagal.
Salah seorang anak penjurit telah dihantar
ke Melaka. Kertala Sari yang buruk tingkah
lakunya terkenal kerana rnemiliki ilmu
penyarnaran yang rnernukau pandangan
orang. Huru-hara berlaku akibat kecurian clan
pencabulan isteri saudagar-saudagar di Melaka
oleh Kertala Sari. Kawalan ketat oleh rakyat
dan pembesar gagal rnengesan Kertala Sari.
Akhimya, Kertala Sari dibunuh dengan ilrnu
yang pernah dipelajari oleh Laksarnana.
Tema
Kepahlawanan seorang Laksamana yang
mempertahankan negara daripada ancaman
musuh dan anasir luar.
Persoalan
a.	 Kegagahan dan kehebatan pahlawan
Melayu.
b.	Kebijaksanaan menggunakan strategi dan
akal fikiran untuk menewaskan musuh.
c.	 Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
terhadap pemerintah.
d.	Menuntut bela atas kematian orang
tersayang.
e.	 Amanah dalam melaksanakan tugas
Watak dan Perwatakan
Laksamana
a.	 Beliau merupakan salah seorang hulubalang
Melaka.
b.	Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari
dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala
Bumi.
c.	 Seorang yang bijaksana.
d.	Seorang yang berani dan gagah.
e.	 Seorang yang digeruni oleh pihak lawan.
f.	 Seorang yang baik hati.
Kertala Sari
a.	 Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.
b.	Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh
Laksamana.
c.	 Seorang yang berani bertindak.
d.	Seorang yang kejam dan ganas.
e.	 Seorang yang memiliki ilmu kesaktian.
Raja/Ratu Melaka
a.	 Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah
Alam.
b.	Seorang yang adil dan saksama.
c.	 Seorang yang mementingkan keharmonian
negara.
d.	Seorang yang mengenang jasa hulubalang.
Latar
Latar Tempat
Majapahit, rumah Petala Bumi, Bukit Cina,
Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka, tengah
pasar, dan Melaka.
Prosa Tradisional
Kepimpinan Melalui Teladan
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman
pemerintahan feudal yang taat dan patuh
akan perintah raja.
b.	Golongan istana yang terdiri daripada
pemerintah, menteri-menteri, dan
hulubalang.
c.	 Masyarakat yang ingin menuntut bela atas
kematian orang tersayang.
d.	Masyarakat yang bijak menggunakan tipu
muslihat untuk menjerat musuh.
Nilai
a.	 Kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat
menyayangi bapanya, Petala Bumi yang
telah mati dibunuh oleh Laksamana.
b.	Kegigihan. Contohnya, Laksamana gigih
menjejaki penjurit atau pencuri yang
telah mencuri harta benda serta membuat
kekacauan di Melaka.
c.	 Ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat
dan patuh menjunjung titah Seri Betara
yang mengarahkannya ke Melaka untuk
membunuh Raja Melaka dan Laksamana
d.	Semangat bermasyarakat. Contohnya,
rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu
hati mengawal kawasan kampung masing-
masing daripada diceroboh oleh pencuri.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah cekap menyusun strategi
bagi menumpaskan pihak musuh.
b.	Kita mestilah bijak menggunakan tipu
muslihat untuk menjerat musuh.
c.	 Kita mestilah berani menghadapi ancaman
musuh.
d.	Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan
setia terhadap pemerintah tanpa berbelah
bahagi.
e.	 Kita hendaklah menghindarkan diri daripada
menyimpan perasaan dendam terhadap
orang lain.
10
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Sinopsis
	 Kaduk jatuh miskin kerana kalah
menyabung ayam dengan raja. Hidupnya
merempat. Kaduk mempunyai cucu yang
bernama Hakim. Hakim telah memperjuangkan
hak arwah datuknya. Hakim berusaha
mendapatkan kembali tanah yang dirampas
oleh raja dengan bantuan sahabatnya seorang
peguam yang bernama Azam. Tuntutan
terhadap tanah empat ekar akhirnya berjaya.
Hakim yang terpelajar telah melibatkan diri
dalam penternakan ayam secara moden.
Tujuannya adalah untuk menyahut seruan
menteri agar mengusahakan tanah terbiar bagi
pengeluaran makanan. Hakim mengusahakan
penternakan ayam secara moden dengan
mengeluarkan simpanannya dan membuat
pinjaman bank melalui cagaran tanah. Genap
setahun sebagai penternak ayam, Hakim
bertemu dengan sahabatnya, Azam dan
menceritakan masalah yang menimpanya.
Hakim dibebani hutang kerana kos penternakan
yang tinggi. Hakim berazam akan meneruskan
pekerjaan sebagai penternak ayam walaupun
menyamakan nasibnya seperti arwah datuknya
yang mengalami penindasan.
Tema
Kesungguhan seorang anak muda menceburi
bidang pertanian dan keusahawaan.
Persoalan
a.	 Kegigihan seorang anak muda untuk
mengusahakan penternakan ayam secara
moden.
b.	Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia
perniagaan.
c.	 Usaha mengembalikan hak yang telah
diambil oleh orang lain.
d.	Kesusahan masyarakat yang mengusahakan
bidang pertanian.
Watak dan Perwatakan
Hakim
a.	 Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah
Hassan bernama Kaduk.
b.	Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah
universiti.
c.	 Dia ingin mendapatkan kembali haknya,
iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas
oleh raja suatu ketika dahulu.
d.	Hakim menggunakan saluran yang betul
dalam menuntut tanah milik datuknya.
e.	 Seorang yang bercita-cita tinggi.
Azam
a.	 Azam ialah sahabat baik Hakim.
b.	Dia merupakan lulusan jurusan undang-
undang.
c.	 Seorang yang bijak dan petah berhujah.
d.	Seorang yang baik hati kerana banyak
memberikan nasihat kepada Hakim.
e.	 Seorang yang bersimpati terhadap masalah
hutang yang menghimpit Hakim.
Cerpen
Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Chicken Global/Rangkaian JasaAgrikultur/
RAJA
a.	 Sebuah syarikat besar yang menandatangani
kontrak dengan Hakim.
b.	RAJA menyediakan keperluan
membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ub
atan, serta keperluan yang lain.
c.	 RAJA mengambil peluang mengaut keuntun
gan yang maksimum dengan mengenakan
pelbagai caj kepada petani kecil.
Latar
Latar Tempat
Sebuah kampung, tanah kosong di tepi belukar
yang tidak diusahakan, sebuah kawasan
penternakan ayam, dan mahkamah.
Latar Tempat
a.	 Pada zaman silam.
b.	 Pada zaman moden.
c.	 Pada waktu kerajaan memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat rakyat jelata pada suatu ke tika
dahulu yang menj adi mangsa penipuan raja.
b.	Masyarak at generasi kini yang s edar akan
hak-hak mereka.
c.	 Masyarakat generasi muda yang terpelajar.
d.	Masyarakat yang ingin membersihkan nama
dan maruah keluarga.
Nilai
a.	 Kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang
anak muda lepasan universiti untuk
mengusahakan penternakan ayam secara
moden.
b.	Rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak
datuknya melalui saluran yang betul, iaitu
melalui proses mahkamah.
c.	 Ketabahan. Contohnya, Hakim tabah
untuk meneruskan usaha mentemak ayam
walaupun dia terpaksa menanggung beban
hutang dan menempuh pelbagai rintangan
yang lain.
d.	Tanggungjawab. Contohnya, Hakim
berusaha untuk membersihkan nama dan
maruah datuknya yang tercalar.
Pengajaran
a.	 Kita tidak seharusnya cepat berputus asa,
sebaliknya mengusahakan sesuatu dengan
bersungguh-sungguh.
b.	Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan
bantuan orang lain, seba liknya kita
hendaklah berdikari.
c.	 Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga
dan membersihkan nama serta maruah
keturunan kita.
d.	Kita hendaklah menolong orang yang
memerlukan bantuan kita.
11
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Sinopsis
	 Mel bercita-cita untuk menetap di
kota. Namun demikian, bondanya melarang
selagi ilmu agamanya masih cetek dan
penguasaan bahasa ibundanya masih lemah.
Bonda sering mengingatkan Mel tentang gejala
sosial yang menular di bandar, permasalahan
bahasa dan agama. Selain itu, bonda turut
bercerita kepada Mel tentang rusuhan kaum
yang pernah melanda negara pada 13 Mei
1969. Mel nekad untuk mendalami bahasa
ibunda. Pesanan bonda kepada Mel ialah agama
merupakan baju peribadi bangsa, manakala
bahasa ibunda ialah warisan kita. Akhirnya,
Mel menjejakkan kaki di kota. Mel bertemu
dengan Munsyi yang menerima pesanan
kitab-kitab lama daripada bonda Mel yang
memaklumkan bahawa hanya Munsyi yang
layak menerima khazanah nenek moyangnya.
Di kota, Mel menyaksikan kepincangan
akhlak dan penggunaan bahasa ibunda yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing dan
loghat daerah. Setelah sekian lama di kota,
Mel mendapat khabar tentang perkampungan
Melayu di pinggir bandar yang juga merupakan
tempat tinggal Munsyi akan diroboh untuk
pembangunan mewah oleh saudagar-saudagar
asing. Mel telah menyaksikan rumah Munsyi
diroboh. Buku-bukunya turut musnah. Munsyi
gagal dikesan selepas peristiwa tersebut.
Tema
Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa,
dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warganegara.
Persoalan
a.	 Usaha menghidupkan roh patriotisme dan
jati diri dalam jiwa anak-anak muda.
b.	Harapan warga tua agar agama, bahasa,
budaya, dan adat resam turun-temurun
dipertahankan.
c.	 Kecenderungan anak-anak muda melupakan
dan memperlekeh bahasa dan budaya
sendiri.
d.	Kesan penjajahan kepada penduduk
peribumi.
e.	 Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai
cabaran.
Watak dan Perwatakan
Mel
a.	 Anak lelaki kepada bonda.
b.	Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanya
c.	 Seorang yang rasional apabila bersetuju
dengan pandangan bondanya bahawa di
kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia
yang kehilangan identiti dan jati diri.
d.	Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu
yang banyak berjasa kepada agama, bangsa,
dan negara.
Bonda
a.	 Ibu kepada Mel.
b.	Seorang insan yang kuat mempertahankan
agama, bahasa, budaya, dan adat resam
turun-temurun.
Cerpen
Munsyi (Husna Nazri)
c.	 Seorang yang banyak memberikan kata-kata
nasihat kepada anaknya.
d.	Seorang yang berpengetahuan tentang
selok-belok sejarah tanah air.
e.	 Beliau bnyak menyimpan khazanah lama
khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi.
Munsyi
a.	 Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota.
b.	Munsyi berusia emas dan mempunyai
janggut yang menutupi sebahagian mukanya
yang putih bersih.
c.	 Orang yang layak menyimpan khazanah
lama.
d.	Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang
berkuasa untuk dibangunkan dengan
bangunan mewah.
e.	 Seorang pejuang bahasa.
Latar
Latar Tempat
Kampung, kota, dan sebuah perkampungan
tradisi di pinggir kota.
Latar Masa
a.	 Lima ratus tahun yang lampau.
b.	Bulan Mei.
c.	 Minggu pertama berada di kota.
d.	Beberapa pumama.
e.	 Seminggu yang lepas.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang amat mencintai agama,
bahasa, budaya, dan adat resam turun-
temurun.
b.	Masyarakat yang amat mempertahankan
maruah dan harga diri.
c.	 Masyarakat yang berjuang meningkatkan
martabat bahasa ibunda.
d.	Masyarakat kota yang hilang maruah dan
jati diri.
Nilai
a.	 Cinta akan agama, bahasa, budaya, dan
adat resam turun-temurun. Contohnya, nilai
kecintaan ini terdapat pada diri bonda.
b.	Mengenang Jasa. Contohnya, bonda mahu
Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh
nenek moyang terdahulu yang berusaha
memerdekakan negara.
c.	 Ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda,
Mel akhirnya membatalkan keinginan
meruap-ruap untuk mencari pengalaman
baharu di kota.
d.	Tanggungjawab. Contohnya, bonda
bertanggungjawab menjaga khazanah
dan buku-buku lama yang tidak temilai
harganya.
e.	 Hormat-menghormati. Contohnya, Mel
amat menghormati Munsyi sebagai seorang
pejuang bahasa.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah mencintai agama, bahasa,
budaya, dan adat resam turun-temurun.
b.	Kita tidak seharusnya menggadai maruah
dan harga diri dek mengejar keduniaan.
c.	 Kita hendaklah berjuang menegakkan jati
diri dan identiti diri.
d.	Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda
dengan baik.
e.	 Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang
tua yang lebih berpengalaman.
12
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Sinopsis
	 Mas telah melancong ke Turki dengan
bajet yang terhad, iaitu sebanyak USD400.
Pembelian cenderamata telah dirancangnya
lebih awal. Persiapan rapi telah dibuat. Mas
dan peserta rombongan telah melawati tempat-
tempat bersejarah, Grand Bazaar dan Egyptian
Market. Di Grand Bazaar, Mas dan rakan-
rakannya memasuki kedai jaket kulit. Layanan
mesra pekedai bertukar menjadi bengis kerana
Mas tidak jadi membeli jaket dengan harga
yang ditawarkannya. Di Egyptian Market, Mas
melihat wanita tua yang menjual makanan
burung dan remaja kurus yang ditendang
oleh polis kerana menjual barangan pasaran
gelap. Sewaktu menaiki feri pula, Shahmeem
telah membeli jaket kulit pasaran gelap yang
berwarna hitam. Malangnya, jaket tersebut
tidak sesuai lalu dijual kepada Mas dengan
harga USDl00. Setibanya di Malaysia, Mas
bercadang untuk menjual jaket kulit kijang
tersebut kepada pekedai menjual pakaian
terpakai. Tujuannya agar pekedai dan pembeli
kelak berasa gembira. Mas berharap agar bakal
pembeli kelak tidak berasa bongkak kerana
jaket kulit tersebut merupakan sisa orang lain.
Tema
Pengalaman seorang pelancong yang suka
melancong.
Persoalan
a.	 Kemewahan dan gaya hidup moden yang
mengancam kehidupan haiwan liar.
b.	Sikap peniaga yang ti dak bertanggungjawab
kerana gagal mematuhi etika perniagaan.
c.	 Aktiviti pelancongan banyak memberikan
pengalaman dan pengetahuan.
d.	Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar
dicontohi.
Watak dan Perwatakan
Penulis (Mas)
a.	 Mas ialah seorang daripada peserta pakej
pelancongan ke Istanbul, Turki.
b.	Seorang yang bersopan santun.
c.	 Seorang yang baik hati kerana membeli
cenderamata untuk keluarga dan sahabat
handainya.
d.	Seorang yang berhemat ketika berbelanja.
e.	 Mas suka membaca terutama hasil karya
penulis tersohor.
f.	 Seorang yang sensitif dan perasa.
g.	Seorang yang mencintai hidupan liar.
Lelaki Turki
a.	 Lelaki ini bemiaga di Grand Bazaar, Istanbul.
b.	Seorang yang berpura-pura untuk
memenangi hati pelanggan.
c.	 Seorang yang tidak beretika ketika berniaga.
Cerpen
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
(Maskiah Haji Masrom
Shahmeem
a.	 Rakan Mas yang turut serta dalam
pelancongan ke Istanbul.
b.	Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya
semula kerana jaket itu tidak sepadan
dengannya.
c.	 Seorang yangbaik hati apabila menjual harga
jaket kepada Mas lebih murah daripada
harga asal yang dibelinya.
Latar
Latar Tempat
Istanbul, Turki, Grand Bazaar, sebuah kedai di
Grand Bazaar, dan bas.
Latar Masa
a.	 Hari kelima lawatan ke Turki.
b.	Hari keenam lawatan ke Turki.
c.	 Malam terakhir di Istanbul.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang suka melancong.
b.	Masyarakat yang baik hati.
c.	 Masyarakat peniaga yang tidak beretika.
d.	Masyarakat yang suka membaca.
e.	 Masyarakat yang mencintai hidupan liar.
f.	 Masyarakat yang pandai berpura-pura.
Nilai
a.	 Baik hati. Contohnya, penulis telah
merancang membeli cenderamata untuk
keluarga dan sahabat handainya di tanah air.
b.	Kebijaksanaan. Contohnya, penulis bijak
membuat perancangan lebih awal bagi
mengawal perbelanjaannya.
c.	 Kesabaran. Contohnya, penulis masih
dapat bersabar terhadap tindakan peniaga
yang menghamburkan kata-kata kesat dan
memaksanya membeli jaket.
d.	Cinta akan hidupan liar. Contohnya, penulis
sanggup mendermakan basil jualan jaket
kepada zoo yang ada kandang kijang kerana
perasaan sayangnya terhadap hidupan liar
e.	 Hemah tinggi. Contohnya, penulis tetap
menunjukkan sikap sopannya walaupun
menerima layanan buruk daripada pekedai
f.	 Kerajinan. Contohnya, penulis minat dan
rajin membaca terutama hasil karya penulis
tersohor.
Pengajaran
a.	 Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah
menambahkanpengetahuandanpengalaman
dengan melancong ke luar negara.
b.	Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan
c.	 Para peniaga sewajamya mematuhi
etika pemiagaan dan tidak mengugut
atau menggunakan kekerasan terhadap
pelanggan.
d.	Kita perlulah beiwaspada terhadap muslihat
para peniaga yang cuba menjerat pelanggan
e.	 Kita perlulah berusaha menyelamatkan
hidupan liar yang semakin mengalami
kepupusan.
f.	 Kita hendaklah memiliki perasaan simpati
terhadap golongan miskin.
13
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Sinopsis
	 Kisah seorang remaja yang bemama
Aiman, kehidupannya dilimpahi kemewahan
dan kesenangan sehingga menyebabkannya
terlalu dimanjakan dan malas. Aiman juga
kurang berbudi bahasa, bercakap kasar dengan
orang gaji di rumah dan rakan-rakan sebayanya
di sekolah. Aiman enggan menyertai Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas beberapa
alasan yang menimbulkan rasa kurang senang
dalam kalangan sahabatnya walaupun Cikgu
Dahari telah memperincikan manfaatnya.
	 Aiman telah memujuk ayahnya agar
memohon pengecualian untuknya menyertai
PLKN. Namun demikian, ayahnya enggan
berbuat demikian. Akhimya, Aiman sedar
dan ingin menyertai PLKN setelah melayari
Internet dan melihat sendiri perubahan
yang berlaku pada diri rakan-rakannya yang
telahmenyertai PLKN.
Tema
Kesedaran generasi muda dalam memupuk
semangat cinta akan negara yang diperoleh
melalui penglibatan mereka dalam Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Persoalan
a.	 Kesediaan generasi muda mengikuti dasar
kerajaan.
b.	Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan
keberkesanan dasar kerajaan.
c.	 Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
d.	Kesedaran tentang kepentingan menyertai
program kerajaan.
e.	 PLKN membentuk sikap berdikari dan jati
diri dalam diri generasi muda.
Watak dan Perwatakan
Aiman
a.	 Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin
Khir Ghazali.
b.	Dia merupakan anak bongsu daripada dua
orang adik-beradik.
c.	 Dia berumur 17 tahun.
d.	Seorang yang bersifat agresif.
e.	 Seorang yang suka tidur.
f.	 Seorang yang bersikap biadap dan kurang
sopan.
g.	Seorang yang sedar akan kesilapan dan
ingin berubah.
Khir Ghazali
a.	 Bapa kepada Aiman dan Dapnia.
b.	Suami kepada Masnah.
c.	 Beliau berpangkat Datuk.
d.	Seorang yang gigih bekerja.
e.	 Seorang yang berpengaruh dalam kalangan
masyarakat.
f.	 Seorang yang berpendirian tegas.
Drama
Berkhidmat untuk Negara
(Affix Zulkarnaen Adam)
Masnah
a.	 Ibu kepada Dapnia dan Aiman.
b.	Beliau bergelar datin.
c.	 Seorang yang penyayang.
d.	Seorang yang sibuk dengan bebagai-bagai
urusan.
e.	 Seorang yang mudah mengakui kesilapan
diri.
Latar
Latar Tempat
Rumah Khir Ghazali, sekolah, dan bilikAiman.
Latar Masyarakat
a.	 Pada cuti hujung minggu.
b.	Pada waktu tengah hari.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang mementingkan semangat
patriotik/cinta akan negara.
b.	Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.
c.	 Masyarakat yang berintegriti dan amanah
dalam memikul tanggungjawab.
d.	Masyarakat yang berpandangan jauh.
e.	 Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan
kedudukan dalam kalangan masyarakat.
Nilai
a.	 Kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir
Ghazali amat menyayangi Aiman dan
keluarganya. Beliau memutuskan agar
Aiman menyertai PLKN untuk membentuk
peribadi anaknya itu menjadi seorang insan
yang berguna kepada nusa dan bangsa.
b.	Baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah
menyerahkan surat tawaran PLKN kepada
Aiman sambil menasihatinya agar menerima
tawaran tersebut.
c.	 Tanggungjawab. Contohnya, Cikgu
Dahari melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai seorang guru dengan baik apabila
turut menyentuh tentang pelaksanaan dan
keberkesanan PLKN untuk membentuk
generasi muda yang berjiwa patriotik.
d.	Cinta akan negara. Contohnya, kawan-
kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada
Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani
sangat teruja dan berbangga apabila nama
mereka terpilih untuk menyertai Program
Latihan Khidmat Negara.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah memupuk semangat
patriotik/cinta akan negara dalam kalangan
generasi muda.
b.	Kita perlulah menjadi seorang insan yang
berintegriti dan amanah dalam memikul
tanggungjawab.
c.	 Kita mestilah rajin membaca bagi
melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu
dan berpengetahuan luas dalam satu-satu
perkara.
d.	Kita hendaklah bersabar menghadapi
kerenah manusia yang biadap.
14
TINGKATAN
5
15
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com
019 6626 057 Cikgu Suguz
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
Silang selisih jangan dicari.
Jika tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan,
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
Maksud Rangkap
Fikir dan Kata
Seseorang yang kurang berfikir dan kurang teliti
mudah melakukan kesilapan.
Sebelum berkata hendaklah berfikir dahulu bagi
mengelakkan salah faham.
Lontaran kata yang kesat akan mengundang bahaya.
Mulut yang celopar akan mengundang kebinasaan.
Silang Sengketa
Seseorang yang suka berselisih faham akan mudah
kecewa.
Elakkan selisih faham tetapi hadapilah jika terjadi.
Ilmu
Ilmu pengetahuan yang kurang mencukupi akan
mengurangkan manfaatnya.
Ilmu pengetahuan boleh dicari asalkan rajin.
Dunia pergaulan
Kita hendaklah memilih antara sahabat dengan
kawan di dunia ini.
Budi baik seseorang dapat kita lihat melalui kawan
pilihannya.
Kumpulan yang sama akan sama hala tujunya.
Sifat-sifat yang Baik
Puisi Tradisional
Beberapa Petua Hidup (Za’ba)
Orang yang budiman dipandang elok dan dihormati.
Sifat dermawan mampu menambat hati sesiapa pun.
Sifat pemurah membawa hubungan baik sesama
manusia.
Perbuatan yang Baik
Orang berjasa namanya selalu menjadi sebutan.Kita
hendaklah membantu diri sendiri sebelum membantu
orang lain.
Sifat-sifat yang Jahat
Manusia hipokrit sentiasa berprasangka.Sesiapa yang
melakukan penganiayaan akan dilaknati Tuhan.
Tema
Nilai-nilai mumi yang dapat dijadikan pegangan
dalam kehidupan manusia sehari-hari.
Persoalan
a.	 Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai
murni dalam kehidupan harian manusia.
b.	 Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai
murni.
c.	 Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
d.	 Ketekunan dalam menuntut ilmu.
e.	 Sanjungan masyarakat terhadap orang yang
berjasa dan berhati mulia.
f.	 Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama
manusia.
g.	 Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk
manusia.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas.
b.	 Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat,
laknat.
c.	 Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang
fikir, kurang siasat.
d.	 Peribahasa.Contohnya:Telunjukluruskelengkeng
berkait.
e.	 Simile. Contoh: Ibarat beringin, racun dan upas.
f.	 Metafora. Contoh: mulut tajam dan kasar, taman
pergaulan.
g.	 Inversi. Contoh: Tentu dirimu kelak tersesat
(sepatutnya: Kelak tersesat tentu dirimu).
h.	 Asonansi. Contoh: Perkataan tajam jika dilepas
(perulangan bunyi vokal a) (sepatutnya: Kelak
tersesat tentu dirimu)
i.	 Aliterasi. Contoh: Supaya terelak silang sengketa
(perulangan bunyi konsonan s).
Nilai
a.	 Kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak
dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang
diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
b.	 Rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar
berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa
sesama manusia.
c.	 Kesopanan.Contohnya,kitadituntutagarmenjaga
tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
d.	 Kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin
belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
e.	 Baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa
berbudi sesama manusia.
Pengajaran
a.	 Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat
dengan amanah.
b.	 Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua
atau pemimpin demi keharmonian organisasi.
c.	 Kita perlulah bijaksana dalam merangka,
menyusun, dan membuat segala perancangan
tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan
sempurna.
d.	 Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani
setiap orang dengan adil dan saksama tanpa
membeza-bezakan darjat atau kedudukan
seseorang.
e.	 Kita haruslah bersedia setiap masa bagi
menghadapi sebarang ancaman musuh atau
malapetaka yang tidak dijangka.
f.	 Kitaharuslahmemupuksifatkasihyangmendalam
terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah
keluargayangbahagiadanharmonidiamanahkan.
16
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Sultan menitahkan pembesar berempat
membina mahligai istana yang mempunyai
benteng. Pawang Raja telah dipanggil lalu
mengerahkan 44 orang tukang bekerja siang
dan malam tanpa henti.
Rangkap 2
Setelah genap tujuh bulan penuh, istana
berjaya disiapkan dengan alatannya. Istana
yang tersergam terdiri daripada sembilan
ruang, sepuluh kayu palang, sebelas kain yang
disusun serong dengan hujungnya tergantung
dan 12 anjung yang tinggi.
Rangkap 3
Terdapat tiga sudut untuk menteri berlapan,
tiang panjang maharaja lela, tiang tengah,
galang-galang berbentuk ular berang, kasau
kecil berbentuk puteri menyembah dan kasau
lentik berbentuk helang terbang.
Rangkap 4
Ukiran yang dibuat adalah unik, indah dan
halus. Istana tersebut diwarnakan dengan
warna yang menyerupai ular sawa berbaring.
Tiang untuk tingkap pula dibina daripada
batu kawi dan diukir dengan motif tumbuh-
umbuhan.
Rangkap 5
Semua tukang telah meninggal dunia setelah
istana siap dibina. Tiada sesiapa dapat meniru
hasil kerja para tukang tersebut. Istana
telah dipersembahkan kepada baginda dan
permaisuri.
Tema
Ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada
pemerintah.
Puisi Tradisional
Berbuat Istana Zaman Dahulu (Za’ba)
Persoalan
a.	 Kegigihan dalam melakukan tugas.
b.	Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi
kepada pemerintah.
c.	 Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni
bina.
d.	Tanggungjawab seorang pemerintah
terhadap rakyat.
e.	 Ketelitian dalam reka bentuk istana.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: utas,
berbega, bersedelinggam.
b.	Perulangan atau repetisi. Contohnya: Empat
puluh empat tukang dan utas, Tujuh bulan
tujuh purnama.
c.	 Responsi. Contohnya: Sepuluh dengan
rembat guntung, Sebelas dengan pancung
serong, Dua belas dengan anjung tinggi.
d.	Anafora. Contohnya: Tiang panjang
maharaja lela, Tiang tengah syukur
menanti.
e.	 Personifikasi. Contohnya: Tiang tengah
syukur menanti.
i.	 Daripada segala berat dan ringan
(perulangan bunyi vokal a).
ii.	Apabila perut terlalu penuh. (perulangan
bunyi vokal u).
iii.	Keluarlah fiil yang tiada senonoh
(perulangan bunyi vokal o).
iv.	Di situlah banyak orang yang hilang
semangat. (perulangan bunyi vokal i).
e.	 Metafora. Contohnya: tiang tengah, anjung
tinggi.).
f.	 Inversi. Garam sebuku sisa jeragan
(sepatutnya: Sisa jeragan garam sebuku).
g.	Asonansi. Contohnya: Galang-galangnya
ular berang (perulangan bunyi vokal a).
h.	Aliterasi. Contohnya: kasau kecil puteri
menyembah (perulangan bunyi vokal k).
Nilai
a.	 Ketaatan. Contohnya, orang besar berempat
menjunjung titah raja untuk membina dan
menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi
parit dan tembok.
b.	Kebijaksanaan. Contohnya, raja menitahkan
orang besar berempat untuk membina dan
menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi
parit dan tembok untuk tujuan keselamatan.
c.	 Tanggungjawab. Contohnya, empat puluh
empat tukang yang mahir bertanggungjawab
untuk menyiapkan istana.
d.	Kerajinan. Contohnya, empat puluh empat
tukang yang mahir begitu rajin untuk
menyiapkan istana raja dengan sanggup
bekerja siang dan malam.
e.	 Kasih sayang. Contohnya, raja membina
sebuah istana yang dikelilingi parit dan
tembok untuk melindungi permaisuri
daripada musuh.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah setia kepada pemerintah
yang berkuasa.
b.	Kita mestilah taat dan patuh akan perintah
ketua atau pemimpin demi keharmonian
sesebuah negara.
c.	 Kita mestilah menjalankan tanggungjawab
yang telah diamanahkan dengan penuh
integriti.
d.	Kita mestilah rajin bekerja dengan
sungguh-sungguh untuk memastikan
segala perancangan yang dibuat be1jaya
membuahkan hasil.
e.	 Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama
dan bantu-membantu dalam melakukan
sesuatu pekerjaan.
f.	 Kita hendaklah gigih berusaha tanpa
mengenal erti penat dan lelah.
17
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak membaca ayat-ayat suci yang
menyentuh jiwa dan membangkitkan keinsafan
kerana terkenangkan dosa yang lalu.
Rangkap 2
Penyajak memohon umur yang panjang dan
keampunan sebelum ajal tiba.
Rangkap 3
Pada waktu yang hening, air mata penyajak
yang berlinangan membuktikan keikhlasannya
dalam bertaubat dengan mengerjakan solat.
Rangkap 4
Penyajak berdoa dan memohon keampunan
daripada Allah SWT dengan penuh
kesungguhan di sejadah yang lusuh.
Rangkap 4
Penyajak berdoa agar dikurniakan ketaatan
dalam melaksanakan perintah Allah SWT
sebagai peringatan kepada diri bahawa dunia
hanyalah sementara.
Tema
Ketuhanan dan ketaatan kepada agama.
Persoalan
a.	 Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang
menghantui hidup.
b.	Pengharapan terhadap pengampunan
daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
Sejadah Rindu (Mohd. Haikal Aminuddin)
c.	 Keikhlasan dalam memohon keampunan
daripada Pencipta.
d.	Taubat yang dilakukan dengan sungguh-
sungguh sehingga menitiskan air mata.
e.	 Keampunan yang diharapkan hanyalah
daripada Pencipta.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan
oleh pengarang begitu indah dan berkesan.
Contohnya: bait bicara tersentuh kalbu.
b.	Inversi. Contohnya: terkedu aku.
(sepatutnya: aku terkedu)
c.	 Personifikasi. Contoh: Air mata menjadi
saksi.
d.	Metafora. Contoh:
i.	 sejadah rindu;
ii.	nafas kehidupan.
e.	 Penggunaan bahasa Arab. Contoh:
i.	 kalimah;
ii.	Ilahi;
iii.	taubat.
f.	 Asonansi. Contoh: bait bicara tersentuh
kalbu (perulangan bunyi vokal a).
g.	Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas
kehidupan (perulangan bunyi konsonan k)
Nilai
a.	 Keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi
segala dosa-dosan ya yang lalu.
b.	Kegigihan. Contohnya, penyajak
bersungguhsungguh dan gigih untuk
mendapatkan keampunan sebelum
meninggal dunia.
c.	 Keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat
dengan penuh keikhlasan sehingga
menitiskan air mata.
d.	Ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada
Pencipta dan hanya berharap kepada
pengampunan daripada Pencipta.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah segara insaf akan dosa dan
kesalahan yang lalu supaya kita tidak
menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.
b.	Kita hamslah berusaha dengan gigih dan
tidak berputus asa untuk memperoleh
keampunan agar kita memiliki hati yang
bersih.
c.	 Kita hendaklah memohon keampunan
dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa
yang lalu dia.mpunkan oleh Tuhan dan tidak
berulang lagi.
d.	Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya
kita sentiasa sedar diri dan mengejar
pengampunan daripada Pencipta.
e.	 Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya
sementara supaya kita tidak melakukan
perbuatan yang salah.
Puisi Moden
18
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak menghantar anaknya ke tempat
menimba ilmu yang baharu. Suasana di kampus
berbeza dengan kehidupannya di kampung.
Rangkap 2
Penyajak memberi ruang dan peluang kepada
anaknya untuk mengharungi kehidupan yang
rencam dengan kewarasan fikiran.
Rangkap 3
Suasana kehidupan di kampus penuh dengan
dugaan yang mampu menguji minda terutama
kepadamerekayangmasihbaharu.Adakalanya,
akan terbit keegoan yang menjejaskan pekerti
seseorang.
Rangkap 4
Penyajak menasihati anaknya agar pandai
membawa diri dan tidak pulang ke kampung
halaman dengan kegagalan.
Tema
Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang
akan melanjutkan pelajaran di Institusi
Pengajian Tinggi.
Persoalan
a.	 Perbezaan antara kehidupan di desa dengan
kehidupan di kampus.
b.	Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat
menikmati peluang untuk menimba ilmu di
menara gading.
c.	 Keberanian seorang bapa yang melepaskan
anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di
menara gading.
d.	Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.
Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus
(Sazalee Yacob)
e.	 Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran
dan dugaan dalam kehidupan di kampus.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan
oleh pengarang begitu indah dan berkesan.
Contohnya:
i.	 memesrai azimat dan tangkal;
ii.	menongkah awan perak dan kabut dingin
b.	Personifikasi. Contoh:
i.	 hadir sihir angin bernafas api;
ii.	tumbuh gunung ego menghalau pekerti
c.	 Unsur alam. Contohnya:
i.	 angin
ii.	burung putih
d.	Penggunaan bahasa klasik. Contohnya:
i.	 bumantara
ii.	sunti
e.	 Asonansi. Contohnya: bumantara asing
dari yang sering kau mesrai (perulangan
bunyi vokal a).
f.	 Aliterasi. Contoh: Kuhantar kau mengecapi
angin baru (perulangan bunyi konsonan k)
Nilai
a.	 Keberanian. Contohnya, keberanian
penyajak sebagai seorang bapa yang
melepaskan anak gadis suntinya untuk
menuntut ilmu.
b.	Kasih sayang. Contohnya, penyajak sebagai
seorang bapa amat sayang akan anak gadis
suntinya.
c.	 Baik hati. Contohnya, penyajak sebagai
bapa bersikap baik hati dengan memberikan
nasihat kepada anak gadis suntinya yang
berada jauh di kampus.
d.	Kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti
dinasihatkan oleh bapanya agar cekal
menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah bersikap berani untuk
melepaskan anak-anak demi kebaikan masa
hadapan mereka.
b.	Kita hendaklah memberikan kasih sayang
yang sepenuhnya kepada anak-anak agar
mereka sentiasa diberi perhatian yang
sewajamya.
c.	 Kita mestilah bersikap baik hati supaya
orang di sekeliling kita mendapat manfaat
apabila mereka berada di sisi kita.
d.	Kita haruslah cekal berhadapan dengan
segala cabaran agar matlamat yang
ditetapkan tercapai.
Puisi Moden
19
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak sentiasa berasa sunyi pada waktu
malam. Penyajak turut mengeluh tentang
kehadiran anak-anaknya yang tidak pernah
berlaku pada keesokannya.
Rangkap 2
Penyajak menghabiskan sisa-sisa usia tanpa
ditemani anak-anaknya. Keceriaan hidup
hanya igauan. Anak-anak lupa penderitaan
yang dilaluinya untuk melahirkan mereka.
Rangkap 3
Bagi penyajak, dirinya tidak bererti pada
pandangan anak-anaknya. Namun demikian,
penyajak tetap mendoakan agar mereka
sentiasa insaf sebagai penawar hatinya yang
lara serta menerima hakikat bahawa yang kekal
hanyalah Tuhan.
Rangkap 4
Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan
silaturahim dan mengelakkan persengketaan.
Rangkap 5
Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu
melaksanakan amanah agar dapat memajukan
dan mengharumkan negara pada peringkat
antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat.
Tema
Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan
warga tua.
Persoalan
a.	 Kesunyian bidup yang dirasai oleh seorang
tua.
Puisi Moden
Erti Hidup Bererti (Teo Wei Sing)
b.	Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk
dan tidak dipedulikan oleh anak -anak.
c.	 Kasih dan sayang orang tua yang tidak
dihargai oleh anak-anak.
d.	Kegembiraan seorang ibu atau bapa pada
masa lalu hanya tinggal kenangan.
e.	 Harapan orang tua yang tetap sayang akan
anak-anaknya.
f.	 Harapan orang tua agar anak-anaknya diberi
keinsafan.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan
oleh pengarang begitu indah dan berkesan.
Contoh: dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
b.	Simile. Contohnya: bagai kalung.
c.	 Metafora. Contoh: benih keinsafan.
d.	Hiperbola. Contohnya:
i.	 cinta dalam rahim dilupai;
ii.	embun cinta atasi angin dingin.
c.	 Anafora. Contohnya:
i.	 dari sulung ditendang ke bongsu
ii.	dari angah ditendang ke sulung balik;
c.	 Unsur alam. Contohnya:
i.	 malam
ii.	tasik
iii.	angin
d.	Asonansi. Contohnya: semoga disirami
benih keinsafan (perulangan bunyi vokal i)
e.	 Aliterasi. Contoh: menderita mengerang sakit.
(perulangan bunyi konsonan m).
Nilai
a.	 Keinsafan. Contohnya, penyajak sedar
bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
b.	Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang
seorang tua terhadap anaknya tetap utuh
walaupun anaknya itu setia atau derhaka.
c.	 Ketabahan. Contohnya, ketabahan dalam
mengbarungi kehidupan seorang diri dan
kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak
d.	Bertanggungjawab. Contohnya, sikap
tanggungjawab ibu bapa terhadap
anakanaknya dengan mendoakan mereka
agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah berasa insaf dan sedar
bahawa kehidupan di dunia ini hanya
sementara dan Tuhan sahaja yang kekal
b.	Sebagai ibu bapa, kita mestilah bersikap
penyayang terbadap anak-anak supaya
kehidupan anak-anak itu mendapat berkat
c.	 Kita haruslah tabah menghadapi dugaan
hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.
d.	Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa
bertanggungjawab terhadap anak-anak
supaya mereka memperoleh keredaan ibu
bapa menerusi doa dan restu.
20
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman - sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara - perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat - nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat Iara kita menjahit semula
perca-perca bahagia - seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa seorang
panglima perang yang zalim selalunya
berdendam. Selain itu, masyarakat perlulah
bersyukur kerana masih ada orang yang
membebaskan tahanan yang berjasa. Dalam hal
ini, penyajak telah mempersoalkan, siapakah
pahlawan sebenar yang dimaksudkan.
Rangkap 2
Penyajak menegaskan bahawa masyarakat
sememangnya tidak dapat mempersoalkan
peristiwa perang atau pertumpahan darah yang
pernah berlaku. Dalam hal ini, masyarakat
yang keliru, ingin tahu tentang individu yang
bertanggungjawab menghukum pembelot.
Rangkap 3
Watak Tuah bukanlah sebagai pendekar paling
gagah kerana kesetiaannya hanya di istana
yang sering menjadi sasaran pemfitnah.
Puisi Moden
Kudup Perang (Tuah Sujana)
Rangkap 4
Watak Jebat bukanlah sebagai pengkhianat
kerana diadili secara tidak adil, sedangkan
masyarakat menganggapnya keramat.
Rangkap 5
Peperangan yang melanda telah ditafsirkan
dalam pelbagai maksud. Peperangan telah
membawa perubahan yang drastik. Ada yang
baik, ada yang buruk. Yang pasti, kita bangkit
semula untuk mencipta kebahagiaan.
Rangkap 5
Sehingga kini, kita masih mempertikaikan
pahlawan yang sebenarnya.
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokoban
pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Persoalan
a.	 Peperangan akan mewujudkan perasaan
dendam.
b.	Usaha untuk mencari kebenaran tentang
pahlawan dan pengkbianat yang sebenarnya
c.	 Kekeliruan dalam mengenal pasti orang
sebenar yang telab membunuh pendusta.
d.	Sikap tidak mahu memuji dan berpihak
antara Tuah yang setia dengan Jebat yang
menuntut keadilan.
e.	 Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat
oleh pendustaan.
f.	 Perbalahan boleh menjadikan perkara yang
tidak benar sebagai benar.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
a.	 Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan
oleh pengarang begitu indah dan berkesan.
Contohnya: mengudupkan putik dendam.
b.	Simile. Contohnya: seperti perawan.
c.	 Metafora. Contoh: peta keadilan.
d.	Inversi. Contohnya: sesekali turut
direntakan daki pendusta (sepatutnya: daki
pendusta sesekali tuntt direntakan).
e.	 Personifikasi. Contohnya: takhta setia;
putik dendam
f.	 Hiperbola. Contohnya: jari-jemari takdir;
daerah angkara.
g.	Unsur alam. Contohnya: putik; fajar
h.	Penggunaan bahasa klasik. Contohnya:
kesumat; keramat
i.	 Asonansi. Contoh: mewarnakan keindahan
pada hodohnya (perulangan bunyi vokal a).
j.	 Aliterasi. Contoh: pedang pusaka. (perulangan
bunyi konsonan p).
Nilai
a.	 Keberanian. Contohnya, penyajak berani
mencari jawapan dan kepastian antara
pahlawan dengan pengkhianat.
b.	Keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat
hendaklah diadili dengan saksama.
c.	 Keinsafan. Contohnya, penyajak berasa
insaf bahawa peperangan dan perbalahan
akan menggugat kedamaian hidup.
d.	Kerajinan. Contohnya, usaha yang gigih
dan bersungguh-sungguh untuk membina
kebahagiaan hidup semula selepas
peperangan perlu dilakukan.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah bersikap berani untuk mencari
jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap
membuat keputusan.
b.	Kita haruslah bersikap adil dan saksama
supaya tidak melakukan kezaliman.
c.	 Kita hendaklah insaf bahawa peperangan
tidak akan mendatangkan kebaikan.
d.	Kita mestilah gigih berusaha untuk membina
kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna.
21
Sinopsis
	 Paduka Bubunnya, iaitu Raja Benua
Siam menitahkan Sultan Muzaffar Syah
menghantar surat sembah ke Siam. Malangnya,
baginda enggan berbuat demikian. Panglima
Awi Cakri dititahkan menyerang Melaka. Sultan
Melaka telah mengumpulkan rakyat Melaka.
Tun Perak pula telah membawa orang Kelang
yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
ke Melaka. Perbuatan Tun Perak itu telah
dipersoalkan oleh Seri Amerta sebanyak tiga
kali. Tun Perak memaklumkan bahawa pihak
lelaki akan berperang bersungguh-sungguh
apabila ahli keluarga dibawa bersama. Seri
Amerta telah menyampaikan jawapanTun Perak
kepada Sultan Melaka yang menimbulkan rasa
sukacita baginda. Baginda telah menitahkan
Tun Perak agar tinggal di Melaka. Sementara
itu, Siam kalah dalam peperangan.
	 Suatu hari, Seri Amerta telah
menyiasat aduan orang Kelang tentang Tun
Perak. Persoalan diajukan kepada Tun Perak
sebanyak tiga kali. Jawapan Tun Perak telah
dipersembahkan kepada Sultan Melaka yang
berkenan dengan kebijaksanaannya. Tun
Perak telah dilantik sebagai Perdana Menteri
dan duduk setara dengan Seri Nara Diraja.
Kedua-duanya tiada muafakat dalam pelbagai
perkara sehingga Sultan Muzaffar Syah
berasa dukacita. Baginda telah menceraikan
permaisurinya, Tun Kudu, iaitu kakak Paduka
Raja lalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja
yang telah tua atas alasan untuk mendamaikan
kedua-dua pihak yang tidak sehaluan. Seri Nara
Diraja telah bersetuju melepaskan jawatannya
sebagai bendahara kepada Paduka Raja.
	 Siam telah merancang untuk
menyerang Melaka yang diketuai oleh
Panglima Awi Dicu. Serangan dibatalkan
apabila taktik yang digunakan oleh Bendahara
Paduka Raja menimbulkan kegerunan pihak
Siam lalu berpatah balik ke Siam. Tiba di
Siam, anakanda Paduka Bubunnya, iaitu
Cau Pandan, bercadang menyerang Melaka.
Namun demikian, niat Cau Pandan tidak
kesampaian kerana dipercayai terkena panahan
keramat Tuan Sidi Arab yang melakukannya
di hadapan Sultan Muzaffar Syah. Sultan telah
mengurniakannya hadiah. Sultan Muzaffar
Syah mangkat setelah memerintah Melaka
selama 42 tahun. Anakanda baginda, iaitu Raja
Abdullah, telah menaiki takhta dengan gelaran
Sultan Mansur Syah. Baginda berkahwin
dengan Tun Putih Nur Pualam, iaitu anak Seri
Nara Diraja.
Tema
Kebijaksanaan seorang raja dalam
menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam
kalangan pembesar negeri.
Persoalan
a.	 Kebijaksanaan menggunakan strategi dan
akal fikiran untuk menyelesaikan masalah.
b.	Perpecahan dalam kalangan pembesar
akan membahayakan kedaulatan dan
keharmonian negara.
c.	 Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
d.	Keberanian dalam menghadapi cabaran.
e.	 Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin
kesejahteraan dan keharmonian negara
Prosa Tradisional
Burung Terbang Dipipiskan Lada
Watak dan Perwatakan
Tun Perak
a.	 Tun Perak merupakan pembesar Melaka
yang menjaga daerah Kelang.
b.	Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka
Raja oleh Sultan Muzaffar Syah.
c.	 Beliau seorang yang bijaksana.
d.	Beliau seorang yang baik hati.
e.	 Beliau seorang yang berani.
Sultan Muzaffar Syah
a.	 Baginda amat mementingkan keharmonian
Melaka.
b.	 Baginda seorang yang prihatin.
c.	 Baginda seorang yang bijaksana.
d.	 Baginda seorang yang tidak terburu-buru.
e.	 Baginda seorang raja yang menghargai rakyat.
Seri Nara Diraja
a.	 Beliau merupakan Bendahara Melaka.
b.	Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan
bulu matanya telah bercantum.
c.	 Beliau telah berkahwin dengan Tun Kutlu,
iaitu bekas isteri Sultan Melaka.
d.	 Beliaumempunyaianakdaripadahubungannya
dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.
Sultan Mansur Syah
a.	 Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak
kepada Sultan Muzaffar Syah.
b.	Baginda telah menaiki takhta Melaka
selepas ayahanda baginda mangkat.
c.	 Sultan Mansur Syah seorang yang kacak,
adil, dan pemurah.
d.	Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam.
Latar
Latar Tempat
Melaka, Muar, Batu Pahat, Hulu Muar, Kelang,
Siam, Istana Siam, dan Seri balai.
Latar Masyarakat
a.	 Golongan istana yang terdiri daripada
pemerintah, menteri, dan hulubalang.
b.	Masyarakat gundik.
c.	 Masyarakat yang tidak bersatu.
d.	Masyarakat yang takut akan isteri.
e.	 Masyarakat yang bijaksana.
Nilai
a.	 Kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak
bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam
ke atas negeri Melaka.
b.	Baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah
bersikap baik hati dengan menganugerahkan
persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya
selepas mereka berjaya mengusir tentera
Siam.
c.	 Keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja
dengan ikhlas hati menyokong pelantikan
Paduka Raja sebagai Bendal1ara Melaka.
d.	Keberanian. Contohnya, Tun Perak dan
tentera Melaka berani menentang tentera
Siam.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah berani menghadapi ancaman
musuh negara.
b.	Kita haruslah bijak menggunakan strategi
untuk menyelesaikan masalah.
c.	 Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan
sesuatu tindakan.
d.	Kita mestilah sanggup berkorban untuk
memperoleh kebaikan.
22
Sinopsis
	 Seorang pemuda yatim piatu yang
bernama Ahmad Mutawakkil peka tentang
perkembangan tanah air. Pelbagai cabaran
terpaksa dilalui untuk memperjuangkan
kemerdekaan. Ahmad pernah bekerja membaca
dan menjawab surat-surat rahsia daripada
Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.	
	 Pada usia 17 tahun,Ahmad Mutawakkil
sangat berpengaruh dan disegani lalu terpilih
sebagai orang kuat sayap parti PEKEMBAR
di daerahnya. Pidatonya melalui ceramah
kemerdekaan mampu membangkitkan jiwa
merdeka dalam kalangan pendengar. Walaupun
berjuang menentang Inggeris, namun Ahmad
Mutawakkil tetap akrab dan mesra dengan
keluarga Tuan Booth yang berbudi terhadapnya
serta penduduk kampung. Tambahan pula, anak
gadis Tuan Booth yang bernama Sandra pernah
mengajar Ahmad Mutawakkil menulis dan
berbahasa Inggeris dengan baik. Kerjasama tetap
terjalin dalam pelbagai perkara.
	 Pada usia 24 tahun, Ahmad Mutawakkil
terpilih untuk menduduki kerusi pemimpin
nombor dua dalam parti di peringkat daerah.
Ahmad Mutawakkil juga terlibat dalam dunia
kewartawanan. Penulisannya telah merangsang
orang Melayu agar sedia mengisi kemerdekaan.
Ahmad Mutawakkil sering mengingatkan bangsa
agar berjuang mengubah sikap dan pandangan
sempit yang melingkari kehidupan. Akhirnya,
Ahmad Mutawakkil gugur sebagai bunga bangsa
sebelum sempat mendengar laungan kemerdekaan.
Tema
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda
yang menghadapi pelbagai cabaran dan
tentangan dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan.
Persoalan
a.	 Kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan
sesama anggota keluarga.
b.	Ketabahan dalam mengharungi pelbagai
kesulitan semasa zaman perang.
c.	 Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri
pejuang.
d.	Kerjasama yang erat dalam kalangan
masyarakat dapat mengeratkan perpaduan
dan keselamatan penduduk.
e.	 Kekejaman dan kezaliman pihak pengganas
terhadap masyarakat.
Watak dan Perwatakan
Ahmad Mutawakkil
a.	 Ahmad Mutawakkil berusia 25 tahun ketika
dia meninggal dunia.
b.	Beliau merupakan anak yatim piatu.
c.	 Beliau boleh membaca dan menulis bahasa
Inggeris dengan baik.
d.	Beliau bekerja sebagai wartawan.
e.	 Beliau petah berpidato.
f.	 Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban
nyawa demi kemerdekaan tanah air.
Tuan Booth
a.	 Tuan Booth merupakan pengurus ladang
getah di estetnya.
b.	Dia berbangsa Inggeris.
c.	 Dia mempunyai seorang isteri dan seorang
anak perempuan.
Cerpen
Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid
Ahmad)
d.	Dia seorang yang baik hati.
e.	 Dia seorang yang peramah.
Sandra
a.	 Sandra ialah anak gadis tunggal Tuan Booth.
b.	Dia seorang gadis yang bermata biru lembut
dan berambut perang.
c.	 Dia fasih berbahasa Melayu.
d.	Dia seorang yang baik hati. Dia menyimpan
perasaan cinta terhadapAhmad Mutawakkil.
Imam Ngah Deraman
a.	 Imam Ngah Deraman ialah seorang imam
surau di kampung penulis.
b.	Dia seorang yang taat terhadap ajaran agama
Islam.
c.	 Dia seorang yang bertanggungjawab.
d.	Dia seorang yang penyayang.
Latar
Latar Tempat
Surau kampung penulis, banglo estet Tuan
Booth, Estet Ephill, Estet Sungai Siput,
kampung penulis, Estet Tuan Booth, kawasan
kebun getah, sawah, dan England.
Latar Masa
a.	 Pertengahan tahun 30-an.
b.	 Seminggu sebelum Jepun mendarat di
Tanah Melayu.
c.	 Malam Jumaat, bulan Ogos tahun 1953.
d.	 31 Ogos 1957.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi.
b.	Masyarakatyangmenjadimangsakeganasan
daripada pihak pengganas.
c.	 Masyarakat yang sanggup menjadi pembelot
terhadap negara.
d.	Masyarakat penjajah asing yang mengaut
keuntungan ekonomi tanah air.
Nilai
a.	 Patriotisme.Contohnya,AhmadMutawakkil
berjuang meniupkan api semangat patriotik
melalui penulisan dan ceramah.
b.	Keberanian. Contohnya, Ahmad
Mutawakkil berani bersuara dengan lantang
untuk membidas perjuangan pihak komunis.
c.	 Ketabahan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil
tabah berdepan dengan pelbagai cabaran
dalam perjuangannya.
d.	Kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan
pencari bekerjasama untuk mencari jejak
Ahmad Mutawakkil yang hilang.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah berani dalam melakukan
sebarang tindakan.
b.	Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara.
c.	 Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai
keperitan hidup pada zaman perang.
d.	Kita mestilah mengenang budi seseorang
yang banyak berjasa kepada agama, bangsa,
dan tanah air.
23
Sinopsis
	 Aiman merupakan remaja yang
bijak sejak zaman kanak-kanaknya. Aiman
cenderungdalam bidang sains sehingga mampu
membayangkan sesuatu yang di luar jangkauan
akal orang lain. Aiman suka mewujudkan suasana
halusinasi futuristik. Kepintaran Aiman dapat
dilihatsewaktugurunyamengajukantopiktertentu.
Jawapannya akan menyebabkan rakan-rakan
sekelasnya terdiam dan terpegun. Adakalanya,
jawapanAiman mengandungi unsur humor.
	 Aiman membayangkan dirinya
berkelulusan bidang aeroangkasa. Tanpa rasa
takut, Aiman berhalusinasi ke angkasa dengan
menganjakkan usianya. Aiman memanjat
pokok kelapa dara di penjuru banglonya
hingga pucuk. Aiman telah menerokai
keunikan angkasa lepas. Pelbagai penemuan
berlaku dan pelbagai teori bermain di
mindanya yang sememangnya meminati sains
angkasa. Aiman terasa sunyi dan amat asing
dalam pengembaraannya sehingga terdengar
suara halus yang menginsafkan dirinya dan
mengundang rasa sayu kerana berada di tempat
yang luar biasa. Aiman berasa terpenjara agak
lama dan ingin pulang segera ke planet bumi.
	 Aiman juga mempersoalkan dirinya
yang dikatakan gagap berkemungkinan berpunca
daripada ibu bapanya. Akhirnya, Aiman teringat
akan suara ghaib yang berpesan kepadanya agar
mendekati Tuhan dan memelihara habitat semula
jadi di planet bumi. Bagi Aiman, itulah terapi
yang terbaik buat dirinya.
Tema
Keinginanyangtinggidalambidangsainsangkasa.
Persoalan
a.	 Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya.
b.	Kebijaksanaan dalam menyelesaikan
sesuatu perkara.
c.	 Rasional dalam membuat sebarang
keputusan atau tindakan.
d.	Pengorbanan seorang guru terhadap anak
murid.
e.	 Impian dan angan-angan yang tidak
kesampaian.
Watak dan Perwatakan
Aiman Aqil
a.	 Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.
b.	Dia merupakan anak sulung dan mempunyai
dua orang adik perempuan.
c.	 Aiman seorang yang gagap.
d.	Dia seorang murid yang pintar.
e.	 Aiman bercita-cita tinggi untuk menjadi
angkasawan yang berjaya.
f.	 Dia seorang yang suka memberontak.
g.	Aiman seorang yang insaf.
Bapa Aiman
a.	 Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak,
iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah
Atiqah.
b.	Dia bertugas sebagai seorang jurutera
mekanikal.
c.	 Dia seorang yang bertanggungjawab.
d.	Dia seorang yang bengis dan garang.
e.	 Dia seorang yang penyayang.
Cerpen
Hipertensi (lllias Zaidi)
Ibu Aiman
a.	 Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman
Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.
b.	Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis
dalam bidang geologi.
c.	 Dia seorang yang penyayang.
d.	Dia seorang isteri yang taat akan suami.
Cikgu Faridah
a.	 Cikgu Faridah ialah seorang guru Sains di
sekolah Aiman.
b.	Dia seorang yang dedikasi.
c.	 Dia seorang yang cepat marah.
d.	Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat
potensi muridnya.
Latar
Latar Tempat
Sekolah, rumah bangloAiman, StesenAngkasa
Antarabangsa, ruang udarakasa bulan, dan
pohon kelapa dara di penjuru banglo.
Latar Masa
a.	 Waktu siang.
b.	 Waktu pagi.
c.	 Zaman sekolah rendah.
d.	 Zaman remaja.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk
menjadi seseorang yang diidamkannya.
b.	Masyarakat yang bijak dan pintar dalam
pelajaran.
c.	 Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik.
d.	Masyarakat yang penyayang terhadap ahli
keluarga.
e.	 Masyarakat yang bertanggungj awab
terhadap penyakit anaknya.
Nilai
a.	 Kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat
menyayangi anak-anaknya.
b.	Kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh
menyelesaikan latihan Matematik murid
tingkatan lima walhal umurnya ketika itu
baru lapan tahun.
c.	 Dedikasi. Contohnya, Cikgu Faridah
menerangkan ilmu Teori Graviti dengan
bersungguh -sungguh.
d.	Keinsafan. Contohnya, Aiman sedar akan
kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah menyayangi ahli keluarga
kita.
b.	Kita hendaklah bijaksana dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
c.	 Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam
melaksanakan tugas yang diberikan.
d.	Kita perlulah bertanggungjawab terhadap
aspek kesihatan ahli keluarga.
24
Sinopsis
	 Profesor Doktor Juaidi yang merawat
Tuan Besar Musa bertindak tidak adil. Tuan
Besar Musa seorang korporat yang banyak
menyumbang dana kepada kelab elit hospital.
Tabiat Tuan Besar Musa yang suka minum
minuman keras telah memudaratkan dirinya
sendiri sehingga terlantar di wad Unit Rawatan
Rapi. Penggunaan pek darah yang banyak
hanya untuk Tuan Besar Musa menyebabkan
simpanan bank darah di hospital agak kritikal.
Pesakit-pesakit yang tenat tidak mampu
dirawat dengan sempurna sedangkan setiap
pesakit tersebut bukannya mencipta masalah
yang memudaratkan diri.
	 Nusia yang bertugas di hospital
tersebut telah menunjukkan ketegasan dengan
mengkritik dan menyelar secara berhemah
sikap Doktor Murni dan Profesor Doktor
Juaidi. Nusia tidak sanggup melihat nilai
kemanusiaan yang semakin gersang hanya
untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa
yang koma dan sememangnya tidak boleh
diselamatkan. Nusia mempertahankan hak
pesakit-pesakit lain untuk mendapatkan pek
darah atas alasan yang munasabah.
	 Akhirnya, Tuan Besar Musa
meninggal dunia sebelum acara jamuan
tahunan berlangsung dan menyebabkan kelab
elit kehilangan dana RMl00 ribu. Pada masa
yang sama, Doktor Murni pula bertindak tegas
dengan menyerahkan surat perletakan jawatan
kepada Professor Doktor Juandi.
Tema
Kepentingan ganjaran material membatasi nilai
kemanusiaan dalam proses rawatan kepada
pesakit.
Persoalan
a.	 Perasaan kasih sayang sesama manusia.
b.	Pengabaian nilai kemanusiaan akibat
ganjaran material.
c.	 Ketabahan pesakit melawan penyakit yang
dihadapi.
d.	Kebijaksanaan dalam menyelesaikan
masalah.
e.	 Tanggungjawab dan amanah dalam
melaksanakan tugas.
Watak dan Perwatakan
Nusia
a.	 Nusia ialah seorang jururawat.
b.	Dia merupakan seorang yang akur akan
perintah ketua.
c.	 Nusia seorang yang penyayang.
d.	Nusia seorang yang bertanggungjawab.
e.	 Dia seorang yang berhati mulia.
Doktor Murni
a.	 Doktor Murni merupakan pegawai
perubatan muda di sebuah hospital.
b.	Doktor Murni mementingkan aspek
kemanusiaan pesakit.
c.	 Dia seorang yang prihatin dan
bertanggungjawab.
d.	Doktor Murni rasional dalam membuat
tindakan.
Cerpen
Gerhana Manusia (Aminah Mohktar)
Profesor Doktor Juaidi
a.	 Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai
perubatan senior di sebuah hospital.
b.	Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor
Murni dan Nusia.
c.	 Profesor Doktor Juaidi sudah berumur,
bermata bulat, dan berkening lebat.
d.	Dia amat mementingkan ganjaran material
daripada nilai kemanusiaan.
Tuan Besar Musa
a.	 Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli
korporat dan teknokrat yang memiliki
gedung perniagaan yang besar.
b.	Dia merupakan seorang dermawan.
c.	 Dia mengambil minuman keras selama
bertahun-tahun.
d.	Dia merupakan penyumbang utama dana
kepada kelab elit hospital.
Latar
Latar Tempat
Wad Unit Rawatan Rapi, bank darah, dan
hospital.
Latar Masa
Peristiwa dalam cerpen ini berlaku sepanjang
dua hari, iaitu hari ini dan semalam.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang bersimpati atau prihatin
terhadap pesakit.
b.	Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
c.	 Masyarakat yang hanya mementingkan
ganjaran material semata-mata.
d.	Masyarakat yang akur akan perintah ketua.
e.	 Masyarakat yang bertugas di hospital.
Nilai
a.	 Kasih sayang. Contohnya, Nusia amat
menyayangi dan mengambil berat terhadap
kesihatan pesakit-pesakitnya.
b.	Belas kasihan. Contohnya, Nusia menitiskan
air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah.
c.	 Tanggungjawab. Contohnya, Nusia
bertanggungjawab merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau
pangkat seseorang.
d.	Baik hati. Contohnya, Doktor Murni
bersedia mendermakan darahnya untuk
bekalan darah yang kehabisan di bank
darah, hospital.
Pengajaran
a.	 Kita mestilah bersifat penyayang sesarna
insan tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.
b.	Kita hendaklah bersimpati terhadap orang
yang bernasib malang.
c.	 Kita perlulah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberi.
d.	Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
25
Sinopsis
	 Azmir merupakan seorang pemuda
yang bijak dan petah berkata. Namun demikian,
dia telah dihantar ke wad pesakit jiwa kerana
menunjukkan perlakuan yang ganjil. Semua
orang menganggapnya gila kerana suka
menghantuk-hantukkan kepala dan menarik-
narik rambutnya. Azmir sering merpersoalkan
kebenaran apabila berbual-bual dan membuat
penilaian yang pelbagai tentang sikap manusia
di sekelilingnya.
	 Keanehan sikap Azmir akhirnya
dapat dikesan oleh Arif dan para pelakon
drama “Sasau” kerana secara tiba-tiba Azmir
menyertai mereka. Sikap Azmir menimbulkan
minat mereka untuk menjejakinya walaupun
telah dibawa pulang ke wad pesakit jiwa oleh
doktor dan petugas hospital. Kesungguhan
mereka untuk merungkai masalah yang tersirat
tidak kesampaian walaupun berjaya berjumpa
dengan ibu bapa Azmir. Azmir yang sering
berhalusinasi berjumpa dengan kekasihnya
Ani, didapati meninggal dunia sendirian di wad
pesakit jiwa.
	 Khabar duka yang tersiar di akhbar
telah menyebabkan Ani berasa bersalah dan
menyesal kerana meninggalkan Azmir yang
disangkanya tidak siuman.
Tema
Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa
melawan penyakit barah otak bersendirian.
Persoalan
a.	 Ketabahan seorang pesakit barah otak
melawan penyakitnya seorang diri.
b.	Penghargaan seorang anak terhadap ibu dan
bapanya.
c.	 Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.
d.	Sikap tidak ambil peduli masyarakat
terhadap kesusahan orang lain.
e.	 Kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit
dalam kata-kata.
Watak dan Perwatakan
Azmir
a.	 Azmir menghidap penyakit barah otak.
b.	Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa.
c.	 Dia bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.
d.	Dia bercinta dengan Ani tetapi Ani telah
meninggalkannya sewaktu dia berhadapan
dengan penyakit barah otak.
e.	 Azmir boleh bercakap loghat Indonesia.
Arif
a.	 Arif merupakan pengarah drama Sasau.
b.	Dia prihatin terhadap keadaan Azmir.
c.	 Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan
dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
d.	Dia seorang yang berjiwa besar.
Doktor Razi
a.	 Beliau merawat Azmir yang dikatakan
menghidap sakit jiwa.
Drama
Bukan Gila (Sharif Shaary)
b.	Doktor Razi tidak memahami penyakit yang
dialami oleh Azmir.
c.	 Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir
kerana telah membenarkanAzmir bersiarsiar
di luar.
Ibu Azmir
a.	 Beliau tidak mampu mengurus Azmir.
b.	Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir
sejak anaknya itu di tingkatan enam.
c.	 Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana
Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
d.	Ibu yang berasa malu dengan sikap anaknya
yang gila-gila.
Latar
Latar Tempat
Wad pesakit jiwa, Hospital Besar, pentas,
rumah ibu dan bapa Azmir, rumah Ani.
Latar Masa
a.	 Waktu siang.
b.	Waktu latihan.
c.	 Zaman tingkatan enam.
d.	Zaman belajar di universiti.
Latar Masyarakat
a.	 Masyarakat yang p1ihatin terhadap keadaan
sebenar yang dihadapi oleh orang lain.
b.	Masyarakat yang tidak setia.
c.	 Masyarakat yang tidak ambil peduli akan
orang lain.
d.	Masyarakat ibu dan bapa yang tidak
membelikan kasih sayang yang cukup
kepada anak mereka.
Nilai
a.	 Keprihatinan. Contohnya, Arif prihatin akan
penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.
b.	Kesetiaan. Contohnya, Azmir setia dengan
cintanya terhadap Ani walaupun Ani telah
meninggalkannya.
c.	 Baik hati. Contohnya, doktor bersikap
baik hati terhadap Azmir dan dia telah
membenarkan Azmir untuk bersiar-siar.
d.	Tanggungjawab. Contohnya, doktor
bertanggungjawab dalam menjalankan
tugasnya dengan mencari dan membawa
Azmir ke wad pesakit jiwa semula.
Pengajaran
a.	 Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap
nasib orang lain supaya kita dapat membantu
mereka.
b.	Kita hendaklah setia kepada pasangan
supaya kita tidak melakukan perbuatan
khianat.
c.	 Kita mestilah bersikap baik hati kepada
orang lain.
d.	Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan
untuk memahami kebenaran dan kepalsuan.

More Related Content

Viewers also liked

KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Imtiyaz 99
 
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1 Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Yap Shi
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
hamdan che hassan
 
Nota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen MunsyiNota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen Munsyi
Siti Nur Aidah Ayob
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
Hana Roxstar
 
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 dRancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
Siti Nur Aidah Ayob
 
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.myKOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
Imtiyaz 99
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
Hana Roxstar
 
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
Fatin Nabielah
 
Sibermerdeka
SibermerdekaSibermerdeka
Sibermerdeka
haniszein24
 
Newsletter baru jadi
Newsletter baru jadiNewsletter baru jadi
Newsletter baru jadiMohd Sofian
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisAishah Rashid
 
MENYUNTING TEKS CERPEN
MENYUNTING TEKS CERPENMENYUNTING TEKS CERPEN
MENYUNTING TEKS CERPEN
Ricky Suadma
 
Tingkatan 1bm
Tingkatan 1bmTingkatan 1bm
Tingkatan 1bm
Uma Devi Verma
 
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAHPENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
Izatul Hanim
 
Bab 3 :
Bab 3 :Bab 3 :
Bab 3 :
Mohd Sofian
 
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
Zaim Nur
 
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan sahampen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
Azrie Aj
 

Viewers also liked (20)

KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
 
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1 Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
Sejarah Tingkatan 3: Bab 4
 
Nota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen MunsyiNota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen Munsyi
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 dRancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
Rancangan pengajaran tahunan bm tingkatan 3 2017 d
 
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.myKOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
KOMSAS : www.sibermerdeka.com.my
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
 
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4
 
Sibermerdeka
SibermerdekaSibermerdeka
Sibermerdeka
 
Newsletter baru jadi
Newsletter baru jadiNewsletter baru jadi
Newsletter baru jadi
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
 
MENYUNTING TEKS CERPEN
MENYUNTING TEKS CERPENMENYUNTING TEKS CERPEN
MENYUNTING TEKS CERPEN
 
LATIHAN Bab 5
LATIHAN Bab 5LATIHAN Bab 5
LATIHAN Bab 5
 
Tingkatan 1bm
Tingkatan 1bmTingkatan 1bm
Tingkatan 1bm
 
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAHPENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH
 
LATIHAN Bab 6
LATIHAN Bab 6LATIHAN Bab 6
LATIHAN Bab 6
 
Bab 3 :
Bab 3 :Bab 3 :
Bab 3 :
 
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
Sajak Kudup Perang Tingkatan 5
 
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan sahampen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
pen. islam tingkatan 4, Hutang, insurans dan saham
 

Recently uploaded

Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
JALANJALANKENYANG
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
DinaSetiawan2
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
abdinahyan
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
sitispd78
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
DrEngMahmudKoriEffen
 
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
sabir51
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
NiaTazmia2
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
margagurifma2023
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
GusniartiGusniarti5
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
PikeKusumaSantoso
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 

Recently uploaded (20)

Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
 
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
 

Komsas nota 2016

  • 3. 3 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz 1 Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. 2 Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. 3 Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. 4 Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. 5 Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. 6 Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. 7 Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. 8 Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.” Maksud Rangkap Rangkap 1 Kisah raja negeri Kembayat yang dapat dijadikan teladan. Rangkap 2 Sultannya tangkas dan bijak, cemerlang serta adil. Pedagang dan ilmuwan agama suka mengunjungi negeri Kembayat. Rangkap 3 Rakyat berasa hairan kerana raja tidak pernah ditimpa kesusahan. Rangkap 4 Setelah berkahwin, raja semakin berseri kerana permaisuri baginda telah hamil. Rangkap 5 Suatu hari, negeri Kembayat telah dilanda musibah. Rangkap 6 Burung geroda telah menyerang negeri Kembayat sehingga membawa kemusnahan. Rangkap 7 Bunyi gegak-gempita burung geroda telah menyebabkan rakyat huru-hara. Puisi Tradisional Syair Bidasari Rangkap 8 Raja yang berada di istana menjadi murka apabila mendengar keriuhan dan bertanyakan punca kejadian. Tema Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara. Persoalan a. Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan. b. Tanggungjawab seorang pemimpin. c. Kasih sayang terhadap ahli keluarga. d. Keadilan dan kesaksamaan. e. Jangka hayat dan soal kematian di tangan Tuhan. f. Musibah yang tidak boleh diramal. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Dengarkan tuan suatu riwayat. b. Repetisi atau perulangan. Contoh: Beberapa bulan beberapa hari. c. Metafora. Contoh: takhta kerajaan. d. Hiperbola. Contoh: Datangnya menyambar suaranya bahana. e. Simile. Contoh: Mendengar gempar seperti perang. f. Inversi. Contoh: Dengarkan tuan suatu riwayat. (sepatutnya: Tuan dengarkan suatu riwayat). g. Asonansi. Contoh: Baginda duduk bersuka- sukaan (perulangan bunyi vokal u). h. Aliterasi. Contoh: Beberapa bulan beberapa hari (perulangan bunyi konsonan b). Nilai a. Tanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan sempurna. b. Ketaatan. Contohnya, seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat. c. Kebijaksanaan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat. d. Keadilan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri. Pengajaran a. Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah. b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi. c. Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun,danmembuatsegalaperancangan tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna. d. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang. e. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka. f. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni diamanahkan.
  • 4. 4 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi Maksud Rangkap Rangkap 1 Mata dijaga agar tidak timbul keinginan yang menyimpang. Rangkap 2 Telinga dijaga agar tidak mendengar hasutan. Rangkap 3 Lidah yang dijaga akan menentukan pertuturan agar beroleh kebaikan. Rangkap 4 Tangan dijaga supaya tidak mengambil hak orang. Rangkap 5 Jika nafsu tidak dikawal, perkara tidak elok akan berlaku. Rangkap 6 Sentiasa bersemangat menempuhi kehidupan. Rangkap 7 Setiap langkah mesti diawasi agar tidak berlaku kerugian. Tema Nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia. Persoalan a. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan pertuturan dalam kehidupan sehari-hari. b. Kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat. c. Kepentingan mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki. d. Kepentingan menjadi individu yang berbudi pekerti mulia. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita- cita. b. Bahasa kiasan. Contoh: Apabila perut sudah penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh. Puisi Tradisional Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) c. Metafora. Contoh: takhta kerajaan. d. Inversi. Contoh: i. Nescaya dapat daripadanya faedah (sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya). ii. Khabar yang jahat tiadalah damping (sepatutnya: Tiadalah damping dengan khabar yang jahat). c. Asonansi. Contoh: i. Daripada segala berat dan ringan (perulangan bunyi vokal a). ii. Apabila perut terlalu penuh. (perulangan bunyi vokal u). iii. Keluarlah fiil yang tiada senonoh (perulangan bunyi vokal o). iv. Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (perulangan bunyi vokal i). e. Aliterasi. Contoh: Nescaya dapat daripadanya faedah. (perulangan bunyi konsonan d). f. Jeda. (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contoh: Apabila perut / sudah penuh, Keluarlah fiil / yang tiada senonoh. Nilai a. Kesopanan. Contohnya, kita dinasihati agar sopan mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan. b. Rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat. c. Kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasibati agar bijak mengawal anggota tangan dan kaki. d. Kegigihan. Contohnya, kita dinasihati agar sentiasa berusaha menjadi seorang yang berakhlak terpuji dan memiliki budi pekerti yang mulia. Pengajaran a. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik. b. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. c. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan menjadi lebih sejahtera. d. Kita hendaklah berusaha menjadi seseorang yang memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia. e. Kita perlulah sentiasa bermuhasabah diri sekiranya ingin menjadi lebih baik.
  • 5. 5 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Dia lelaki bergelar perkasa dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang. Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan. Dia lelaki punya kuasa sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacuannya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana dia melampar muslihat aku penyelamat maruah berjuang atas dasar kebenaran menentang semua kebobrokan. Dia lelaki sang gembala kuda hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! Maksud Rangkap Rangkap 1 Lelaki yang gagah sedang melibas cambuk kerana menghalau kuda-kudanya. Rangkap 2 Kuda yang kelaparan telah diberi habuan rumput dan jerami. Setelah kenyang akan terus menjadi tunggangan. Rangkap 3 Suara sang gembala kuda amat lantang sambil menunggang kuda dan melibasnya dengan cambuk. Pelbagai kesukaran ditempuhi di hutan. Rangkap 4 Sanggembalakudahanyainginkanyangterbaik daripada kuda-kudanya tanpa menghiraukan keletihan dan kesakitan yang dialami haiwan tersebut. Kuda terus ditungganginya. Tema Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Persoalan a. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan. b. Ketegasan dalam memimpin. c. Penganiayaan terhadap haiwan. d. Kepatuhan menurut perintah. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: rembat angkuhnya memacu takut. Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman) b. Epifora. Contoh: dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! c. Repetisi atau perulangan. Contoh: ditunggangi dan ditunggangi! d. Metafora. Contoh: i. Rimba perburua ii. paya penindasan iii. cemeti durjana. e. Personifikasi. Contoh: rembat angkuhnya memacu takut. f. Penggunaan hiperbola. Contoh: dimamah rakus kala lapar. g. Sinkope. Contoh: tak peduli nasib diri setelah kenyang. h. Inversi. Contoh: dan kuda-kuda itu ditunggangi (sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan). i. Asonansi. Contoh: sesekali suaranya lebih gempita (perulangan bunyi vokal i). j. Aliterasi. Contoh: ditunggangi dan ditunggangi! (perulangan bunyi konsonan d) Nilai a. Tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum dengan baik. b. Keberanian.Contohnya,penjagakudaberani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewak tu menjaga kuda-kuda itu c. Kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang. d. Kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda- kuda itu. Pengajaran a. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua. b. Kita mestilah berani menghadapi berbagai- bagai rintangan tanpa mudah berputus asa. c. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya. d. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suru han ketua demi keharmonian sesebuah organisasi. Puisi Moden
  • 6. 6 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak langit membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak merenung langit dan menilai keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Rangkap 2 Penyajak mengamati persekitaran seperti kejadian alam, tumbuhan dan mergastua yang mencorakkan kehidupan manusia. Rangkap 3 Penyajak merenung langit dan mentafsirkannya. Masalah pohon-pohon kayu rapuh, dahan dan ranting reput serta daun- daun berguguran di negara yang makmur jelas sekali. (perbandingan untuk bahasa). Rangkap 4 Penyajak mentafsir lagi. Kelihatan bulan dan bintang sedang berduka kerana malang yang menimpa bangsa. Rangkap 5 Penyajak kembali merenung langit. Penyajak dapat rasakan bahawa langit bersedih kerana nasib bahasa Melayu yang semakin terpinggir. Tema Nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa. Persoalan a. Bahasa sebagai maruah bangsa. b. Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa c. Jati diri anak bangsa yang kian terancam. d. Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan. Aku Membaca Lagi (Razati Mohd. Yussof) Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Penggunaan unsur perlambangan. Contoh: langit, pohon-pohon kayan, dahan, ranting, daun-daun. b. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh. Contoh: desiran ombak dan wajah pelangi. c. Repetisi atau perulangan. Contoh: helai demi helai. d. Metafora. Contoh: i. wajah pelangi ii. lantai tanah airku. a. Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting terkulai. b. Inversi. Contoh: i. kicauan burung (perulangan bunyi vokal u). ii. Desiran ombak dan wajah pelangi. (perulangan bunyi vokal a). iii. Menitis airmata langit. (perulangan bunyi vokal i). d. Aliterasi. Contoh: Di dalamnya pohon- pohon kayan rapuh. (perulangan bunyi konsonan d). Nilai a. Tanggungjawab. Contohnya, penyajak bertanggungjawab untuk menyeru anak bangsa agar mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah dipinggirkan oleh mereka. b. Keinsafan. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang jati diri agar segera sedar dan insaf untuk mengenal diri. c. Kegigihan. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa agar gigih mengangkat kembali martabat bahasa Melayu. d. Patriotisme. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa agar mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan sepenuh hati. Pengajaran a. Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan. b. Kita mestilah berani menghadapi berbagai- bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar c. Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan atas ciptaan berbagai-bagai kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia. d. Sebagai anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri masing-masing agar boleh menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif. Puisi Moden
  • 7. 7 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman Dalam gergasi diriku terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi Apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan di persada Tuhan. Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak bercita-cita untuk membebaskan dirinya daripada kepayahan hidup. Rangkap 2 Penyajak sering berfikir dan membicarakan kebaikan serta keburukan kebebasan berfikir untuk mengelakkan dirinya dipermainkan. Rangkap 3 Penyajak menyatakan bahawa cabaran telah menggugat ketenangan jiwanya kerana menguji keimanan. Rangkap 4 Penyajak menyatakan bahawa dalam keteguhan peribadinya, adakala tertipu juga. Namun demikian, sempat sedar dan sentiasa berwaspada. Rangkap 5 Penyajak menyatakan bahawa dia berusaha mengatasi halangan dan menelusuri rentak kehidupan yang belum pastinya cabarannya. Rangkap 6 Penyajak menyatakan bahawa dia tidak lagi lemah dengan kata-kata berunsur hasutan dan kritikan yang melampau. Rangkap 7 Penyajak berpendapat bahawa kehadiran Internet menyebabkannya membuat pelbagai pertimbangan dan tidak mudah terpengaruh oleh maklumat yang dilayari. www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghaffar Ibrahim) Rangkap 8 Penyajak memutuskan bahawa dirinya perlu menghadapi realiti kehidupan melalui paparan di Internet. Elakkan terpedaya oleh unsur negatif dan sentiasa mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Tema Nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa. Persoalan a. Perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup. b. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan pancaroba. c. Keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan. d. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan. e. Kekuatan diri dalam melawan musuh. f. Keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila memiliki pendirian yang teguh. g. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: bagai siang memanggil malam. b. Anafora. Contoh: aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan. c. Metafora. Contoh: i. kebun diriku iv) pangkalan usia ii. parlimen diriku v) warga fikirku iii. arus ingatan d. Sinkope. Contoh: yang tak diduga klimaksnya. a. Personifikasi. Contoh: ombak gelora menampar pantai aman. b. Asonansi. Contoh: i. Aku tanam saujana rancangan (perulangan bunyi vokal a). ii. Menghayati skrip demi skrip (perulangan bunyi vokal i). iii. Menitis airmata langit. (perulangan bunyi vokal i). d. Aliterasi. Contoh: Peristiwa datang peristiwa pergi (perulangan bunyi konsonan p). Nilai a. Rasional. Contohnya, penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah lagi. b. Kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu kehidupannya dipennain-mainkan orang. c. Kebijaksanaan. Contohnya, penyajak akan berhujah dengan dirinya sebelum membuat sesuatu keputusan. d. Keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. e. Tanggungjawab. Contohnya, penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih bertanggungjawab dengan berwaspada pada masa akan datang. f. Kesyukuran. Contohnya, penyajak berasa bersyukur dan tidak mahu hidup ini dipersia- siakan. Pengajaran a. Kita hendaklah rasional dalam mengambil sesuatu tindakan. b. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan. c. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini. d. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak lawan. e. Kita hendaklah menghargai umur yang diberikan oleh Tuhan. f. Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan. Puisi Moden
  • 8. 8 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tomahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Maksud Rangkap Rangkap 1 Malaysia yang dibina melalui kerjasama kaum ialah warisan nenek moyang yang berjuang memerdekakannya sejak lebih 50 tahun lalu. Rangkap 2 Kita ialah pemilik negara yang dibina atas nama pengorbanan. Kita kecapi keamanan, kemakmuran dan kerjasama erat antara kaum. kedaulatannya dipelihara daripada sebarang anasir. Rangkap 3 Generasi kini mesti sanggup berkorban menentang anasir negatif tanpa toleransi demi pusaka moyang yang tercinta. Elakkan memperjudikan maruah negara kerana akan mengundang kemusnahan. Rangkap 4 Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan silaturahim dan mengelakkan persengketaan. Rangkap 5 Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu melaksanakan amanah agar dapat memajukan dan mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat. Puisi Moden Gelanggang (Onn Malini) Tema Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Persoalan a. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunkan negara. b. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat. c. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara. d. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat. b. Anafora. Contoh: Kita pelihara, kita mempertahankan c. Metafora. Contoh: gelanggang keramat. d. Perlambangan atau imejan. Contoh: pewaris gelanggang. “Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini. e. Asonansi. Contoh: i. jangan sesekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri (perulangan bunyi vokal i) ii. agar kecemerlangan tercerna di persada arena (perulangan bunyi vokal a). c. Aliterasi. Contoh: elakkan pertelingkahan sesama sendiri. (perulangan bunyi konsonan s). Nilai a. Cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warganegara. b. Mengenang jasa. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai. c. Bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini. d. Ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan. e. Tanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar. Pengajaran a. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi. b. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha memerdekakan negara ini. c. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah bersatu padu. d. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara. e. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
  • 9. 9 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Sinopsis Pembunuhan penjurit tujuh bersaudara dari Majapahit di Bukit Cina telah rnenimbulkan dendam. Hasrat rnenewaskan Melaka, gagal. Salah seorang anak penjurit telah dihantar ke Melaka. Kertala Sari yang buruk tingkah lakunya terkenal kerana rnemiliki ilmu penyarnaran yang rnernukau pandangan orang. Huru-hara berlaku akibat kecurian clan pencabulan isteri saudagar-saudagar di Melaka oleh Kertala Sari. Kawalan ketat oleh rakyat dan pembesar gagal rnengesan Kertala Sari. Akhimya, Kertala Sari dibunuh dengan ilrnu yang pernah dipelajari oleh Laksarnana. Tema Kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar. Persoalan a. Kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu. b. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh. c. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah. d. Menuntut bela atas kematian orang tersayang. e. Amanah dalam melaksanakan tugas Watak dan Perwatakan Laksamana a. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Melaka. b. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala Bumi. c. Seorang yang bijaksana. d. Seorang yang berani dan gagah. e. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan. f. Seorang yang baik hati. Kertala Sari a. Seorang hulubalang kerajaan Majapahit. b. Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana. c. Seorang yang berani bertindak. d. Seorang yang kejam dan ganas. e. Seorang yang memiliki ilmu kesaktian. Raja/Ratu Melaka a. Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam. b. Seorang yang adil dan saksama. c. Seorang yang mementingkan keharmonian negara. d. Seorang yang mengenang jasa hulubalang. Latar Latar Tempat Majapahit, rumah Petala Bumi, Bukit Cina, Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka, tengah pasar, dan Melaka. Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Latar Masyarakat a. Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja. b. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. c. Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang. d. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Nilai a. Kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana. b. Kegigihan. Contohnya, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka. c. Ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana d. Semangat bermasyarakat. Contohnya, rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing- masing daripada diceroboh oleh pencuri. Pengajaran a. Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh. b. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. c. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh. d. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi. e. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain.
  • 10. 10 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Sinopsis Kaduk jatuh miskin kerana kalah menyabung ayam dengan raja. Hidupnya merempat. Kaduk mempunyai cucu yang bernama Hakim. Hakim telah memperjuangkan hak arwah datuknya. Hakim berusaha mendapatkan kembali tanah yang dirampas oleh raja dengan bantuan sahabatnya seorang peguam yang bernama Azam. Tuntutan terhadap tanah empat ekar akhirnya berjaya. Hakim yang terpelajar telah melibatkan diri dalam penternakan ayam secara moden. Tujuannya adalah untuk menyahut seruan menteri agar mengusahakan tanah terbiar bagi pengeluaran makanan. Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan mengeluarkan simpanannya dan membuat pinjaman bank melalui cagaran tanah. Genap setahun sebagai penternak ayam, Hakim bertemu dengan sahabatnya, Azam dan menceritakan masalah yang menimpanya. Hakim dibebani hutang kerana kos penternakan yang tinggi. Hakim berazam akan meneruskan pekerjaan sebagai penternak ayam walaupun menyamakan nasibnya seperti arwah datuknya yang mengalami penindasan. Tema Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawaan. Persoalan a. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. b. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. c. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain. d. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Watak dan Perwatakan Hakim a. Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. b. Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. c. Dia ingin mendapatkan kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. d. Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. e. Seorang yang bercita-cita tinggi. Azam a. Azam ialah sahabat baik Hakim. b. Dia merupakan lulusan jurusan undang- undang. c. Seorang yang bijak dan petah berhujah. d. Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim. e. Seorang yang bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim. Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan) Chicken Global/Rangkaian JasaAgrikultur/ RAJA a. Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim. b. RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ub atan, serta keperluan yang lain. c. RAJA mengambil peluang mengaut keuntun gan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil. Latar Latar Tempat Sebuah kampung, tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan, sebuah kawasan penternakan ayam, dan mahkamah. Latar Tempat a. Pada zaman silam. b. Pada zaman moden. c. Pada waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Latar Masyarakat a. Masyarakat rakyat jelata pada suatu ke tika dahulu yang menj adi mangsa penipuan raja. b. Masyarak at generasi kini yang s edar akan hak-hak mereka. c. Masyarakat generasi muda yang terpelajar. d. Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluarga. Nilai a. Kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. b. Rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah. c. Ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha mentemak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain. d. Tanggungjawab. Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar. Pengajaran a. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. b. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain, seba liknya kita hendaklah berdikari. c. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kita. d. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita.
  • 11. 11 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Sinopsis Mel bercita-cita untuk menetap di kota. Namun demikian, bondanya melarang selagi ilmu agamanya masih cetek dan penguasaan bahasa ibundanya masih lemah. Bonda sering mengingatkan Mel tentang gejala sosial yang menular di bandar, permasalahan bahasa dan agama. Selain itu, bonda turut bercerita kepada Mel tentang rusuhan kaum yang pernah melanda negara pada 13 Mei 1969. Mel nekad untuk mendalami bahasa ibunda. Pesanan bonda kepada Mel ialah agama merupakan baju peribadi bangsa, manakala bahasa ibunda ialah warisan kita. Akhirnya, Mel menjejakkan kaki di kota. Mel bertemu dengan Munsyi yang menerima pesanan kitab-kitab lama daripada bonda Mel yang memaklumkan bahawa hanya Munsyi yang layak menerima khazanah nenek moyangnya. Di kota, Mel menyaksikan kepincangan akhlak dan penggunaan bahasa ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa asing dan loghat daerah. Setelah sekian lama di kota, Mel mendapat khabar tentang perkampungan Melayu di pinggir bandar yang juga merupakan tempat tinggal Munsyi akan diroboh untuk pembangunan mewah oleh saudagar-saudagar asing. Mel telah menyaksikan rumah Munsyi diroboh. Buku-bukunya turut musnah. Munsyi gagal dikesan selepas peristiwa tersebut. Tema Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa, dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara. Persoalan a. Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda. b. Harapan warga tua agar agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun dipertahankan. c. Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa dan budaya sendiri. d. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi. e. Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai cabaran. Watak dan Perwatakan Mel a. Anak lelaki kepada bonda. b. Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanya c. Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri. d. Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara. Bonda a. Ibu kepada Mel. b. Seorang insan yang kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. Cerpen Munsyi (Husna Nazri) c. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya. d. Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air. e. Beliau bnyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi. Munsyi a. Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota. b. Munsyi berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih. c. Orang yang layak menyimpan khazanah lama. d. Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan dengan bangunan mewah. e. Seorang pejuang bahasa. Latar Latar Tempat Kampung, kota, dan sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota. Latar Masa a. Lima ratus tahun yang lampau. b. Bulan Mei. c. Minggu pertama berada di kota. d. Beberapa pumama. e. Seminggu yang lepas. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun- temurun. b. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri. c. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda. d. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri. Nilai a. Cinta akan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. Contohnya, nilai kecintaan ini terdapat pada diri bonda. b. Mengenang Jasa. Contohnya, bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara. c. Ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginan meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota. d. Tanggungjawab. Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak temilai harganya. e. Hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa. Pengajaran a. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. b. Kita tidak seharusnya menggadai maruah dan harga diri dek mengejar keduniaan. c. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati diri dan identiti diri. d. Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda dengan baik. e. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang tua yang lebih berpengalaman.
  • 12. 12 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Sinopsis Mas telah melancong ke Turki dengan bajet yang terhad, iaitu sebanyak USD400. Pembelian cenderamata telah dirancangnya lebih awal. Persiapan rapi telah dibuat. Mas dan peserta rombongan telah melawati tempat- tempat bersejarah, Grand Bazaar dan Egyptian Market. Di Grand Bazaar, Mas dan rakan- rakannya memasuki kedai jaket kulit. Layanan mesra pekedai bertukar menjadi bengis kerana Mas tidak jadi membeli jaket dengan harga yang ditawarkannya. Di Egyptian Market, Mas melihat wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus yang ditendang oleh polis kerana menjual barangan pasaran gelap. Sewaktu menaiki feri pula, Shahmeem telah membeli jaket kulit pasaran gelap yang berwarna hitam. Malangnya, jaket tersebut tidak sesuai lalu dijual kepada Mas dengan harga USDl00. Setibanya di Malaysia, Mas bercadang untuk menjual jaket kulit kijang tersebut kepada pekedai menjual pakaian terpakai. Tujuannya agar pekedai dan pembeli kelak berasa gembira. Mas berharap agar bakal pembeli kelak tidak berasa bongkak kerana jaket kulit tersebut merupakan sisa orang lain. Tema Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong. Persoalan a. Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar. b. Sikap peniaga yang ti dak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika perniagaan. c. Aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan. d. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi. Watak dan Perwatakan Penulis (Mas) a. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki. b. Seorang yang bersopan santun. c. Seorang yang baik hati kerana membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya. d. Seorang yang berhemat ketika berbelanja. e. Mas suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor. f. Seorang yang sensitif dan perasa. g. Seorang yang mencintai hidupan liar. Lelaki Turki a. Lelaki ini bemiaga di Grand Bazaar, Istanbul. b. Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan. c. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga. Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom Shahmeem a. Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul. b. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya. c. Seorang yangbaik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya. Latar Latar Tempat Istanbul, Turki, Grand Bazaar, sebuah kedai di Grand Bazaar, dan bas. Latar Masa a. Hari kelima lawatan ke Turki. b. Hari keenam lawatan ke Turki. c. Malam terakhir di Istanbul. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang suka melancong. b. Masyarakat yang baik hati. c. Masyarakat peniaga yang tidak beretika. d. Masyarakat yang suka membaca. e. Masyarakat yang mencintai hidupan liar. f. Masyarakat yang pandai berpura-pura. Nilai a. Baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air. b. Kebijaksanaan. Contohnya, penulis bijak membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya. c. Kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket. d. Cinta akan hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan basil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar e. Hemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai f. Kerajinan. Contohnya, penulis minat dan rajin membaca terutama hasil karya penulis tersohor. Pengajaran a. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkanpengetahuandanpengalaman dengan melancong ke luar negara. b. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan c. Para peniaga sewajamya mematuhi etika pemiagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan. d. Kita perlulah beiwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan e. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan. f. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.
  • 13. 13 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Sinopsis Kisah seorang remaja yang bemama Aiman, kehidupannya dilimpahi kemewahan dan kesenangan sehingga menyebabkannya terlalu dimanjakan dan malas. Aiman juga kurang berbudi bahasa, bercakap kasar dengan orang gaji di rumah dan rakan-rakan sebayanya di sekolah. Aiman enggan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas beberapa alasan yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sahabatnya walaupun Cikgu Dahari telah memperincikan manfaatnya. Aiman telah memujuk ayahnya agar memohon pengecualian untuknya menyertai PLKN. Namun demikian, ayahnya enggan berbuat demikian. Akhimya, Aiman sedar dan ingin menyertai PLKN setelah melayari Internet dan melihat sendiri perubahan yang berlaku pada diri rakan-rakannya yang telahmenyertai PLKN. Tema Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Persoalan a. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan. b. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan. c. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. d. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. e. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda. Watak dan Perwatakan Aiman a. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali. b. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. c. Dia berumur 17 tahun. d. Seorang yang bersifat agresif. e. Seorang yang suka tidur. f. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan. g. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Khir Ghazali a. Bapa kepada Aiman dan Dapnia. b. Suami kepada Masnah. c. Beliau berpangkat Datuk. d. Seorang yang gigih bekerja. e. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. f. Seorang yang berpendirian tegas. Drama Berkhidmat untuk Negara (Affix Zulkarnaen Adam) Masnah a. Ibu kepada Dapnia dan Aiman. b. Beliau bergelar datin. c. Seorang yang penyayang. d. Seorang yang sibuk dengan bebagai-bagai urusan. e. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Latar Latar Tempat Rumah Khir Ghazali, sekolah, dan bilikAiman. Latar Masyarakat a. Pada cuti hujung minggu. b. Pada waktu tengah hari. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik/cinta akan negara. b. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. c. Masyarakat yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. d. Masyarakat yang berpandangan jauh. e. Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam kalangan masyarakat. Nilai a. Kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menyertai PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. b. Baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. c. Tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik. d. Cinta akan negara. Contohnya, kawan- kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Pengajaran a. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. b. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. c. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. d. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadap.
  • 15. 15 www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz www.cikgusuguz.com.mysuguzbm@gmail.com 019 6626 057 Cikgu Suguz Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari. Jika tersua janganlah lari. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan, Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat. Maksud Rangkap Fikir dan Kata Seseorang yang kurang berfikir dan kurang teliti mudah melakukan kesilapan. Sebelum berkata hendaklah berfikir dahulu bagi mengelakkan salah faham. Lontaran kata yang kesat akan mengundang bahaya. Mulut yang celopar akan mengundang kebinasaan. Silang Sengketa Seseorang yang suka berselisih faham akan mudah kecewa. Elakkan selisih faham tetapi hadapilah jika terjadi. Ilmu Ilmu pengetahuan yang kurang mencukupi akan mengurangkan manfaatnya. Ilmu pengetahuan boleh dicari asalkan rajin. Dunia pergaulan Kita hendaklah memilih antara sahabat dengan kawan di dunia ini. Budi baik seseorang dapat kita lihat melalui kawan pilihannya. Kumpulan yang sama akan sama hala tujunya. Sifat-sifat yang Baik Puisi Tradisional Beberapa Petua Hidup (Za’ba) Orang yang budiman dipandang elok dan dihormati. Sifat dermawan mampu menambat hati sesiapa pun. Sifat pemurah membawa hubungan baik sesama manusia. Perbuatan yang Baik Orang berjasa namanya selalu menjadi sebutan.Kita hendaklah membantu diri sendiri sebelum membantu orang lain. Sifat-sifat yang Jahat Manusia hipokrit sentiasa berprasangka.Sesiapa yang melakukan penganiayaan akan dilaknati Tuhan. Tema Nilai-nilai mumi yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Persoalan a. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian manusia. b. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni. c. Rasional dalam membuat sebarang tindakan. d. Ketekunan dalam menuntut ilmu. e. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia. f. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia. g. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas. b. Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat, laknat. c. Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat. d. Peribahasa.Contohnya:Telunjukluruskelengkeng berkait. e. Simile. Contoh: Ibarat beringin, racun dan upas. f. Metafora. Contoh: mulut tajam dan kasar, taman pergaulan. g. Inversi. Contoh: Tentu dirimu kelak tersesat (sepatutnya: Kelak tersesat tentu dirimu). h. Asonansi. Contoh: Perkataan tajam jika dilepas (perulangan bunyi vokal a) (sepatutnya: Kelak tersesat tentu dirimu) i. Aliterasi. Contoh: Supaya terelak silang sengketa (perulangan bunyi konsonan s). Nilai a. Kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan. b. Rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia. c. Kesopanan.Contohnya,kitadituntutagarmenjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain. d. Kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran. e. Baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia. Pengajaran a. Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah. b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi. c. Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna. d. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang. e. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka. f. Kitaharuslahmemupuksifatkasihyangmendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluargayangbahagiadanharmonidiamanahkan.
  • 16. 16 Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti. Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega. Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri Maksud Rangkap Rangkap 1 Sultan menitahkan pembesar berempat membina mahligai istana yang mempunyai benteng. Pawang Raja telah dipanggil lalu mengerahkan 44 orang tukang bekerja siang dan malam tanpa henti. Rangkap 2 Setelah genap tujuh bulan penuh, istana berjaya disiapkan dengan alatannya. Istana yang tersergam terdiri daripada sembilan ruang, sepuluh kayu palang, sebelas kain yang disusun serong dengan hujungnya tergantung dan 12 anjung yang tinggi. Rangkap 3 Terdapat tiga sudut untuk menteri berlapan, tiang panjang maharaja lela, tiang tengah, galang-galang berbentuk ular berang, kasau kecil berbentuk puteri menyembah dan kasau lentik berbentuk helang terbang. Rangkap 4 Ukiran yang dibuat adalah unik, indah dan halus. Istana tersebut diwarnakan dengan warna yang menyerupai ular sawa berbaring. Tiang untuk tingkap pula dibina daripada batu kawi dan diukir dengan motif tumbuh- umbuhan. Rangkap 5 Semua tukang telah meninggal dunia setelah istana siap dibina. Tiada sesiapa dapat meniru hasil kerja para tukang tersebut. Istana telah dipersembahkan kepada baginda dan permaisuri. Tema Ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Puisi Tradisional Berbuat Istana Zaman Dahulu (Za’ba) Persoalan a. Kegigihan dalam melakukan tugas. b. Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah. c. Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina. d. Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat. e. Ketelitian dalam reka bentuk istana. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: utas, berbega, bersedelinggam. b. Perulangan atau repetisi. Contohnya: Empat puluh empat tukang dan utas, Tujuh bulan tujuh purnama. c. Responsi. Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. d. Anafora. Contohnya: Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti. e. Personifikasi. Contohnya: Tiang tengah syukur menanti. i. Daripada segala berat dan ringan (perulangan bunyi vokal a). ii. Apabila perut terlalu penuh. (perulangan bunyi vokal u). iii. Keluarlah fiil yang tiada senonoh (perulangan bunyi vokal o). iv. Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (perulangan bunyi vokal i). e. Metafora. Contohnya: tiang tengah, anjung tinggi.). f. Inversi. Garam sebuku sisa jeragan (sepatutnya: Sisa jeragan garam sebuku). g. Asonansi. Contohnya: Galang-galangnya ular berang (perulangan bunyi vokal a). h. Aliterasi. Contohnya: kasau kecil puteri menyembah (perulangan bunyi vokal k). Nilai a. Ketaatan. Contohnya, orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. b. Kebijaksanaan. Contohnya, raja menitahkan orang besar berempat untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk tujuan keselamatan. c. Tanggungjawab. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana. d. Kerajinan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam. e. Kasih sayang. Contohnya, raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh. Pengajaran a. Kita hendaklah setia kepada pemerintah yang berkuasa. b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara. c. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti. d. Kita mestilah rajin bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang dibuat be1jaya membuahkan hasil. e. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan. f. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.
  • 17. 17 Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti. Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara. Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak membaca ayat-ayat suci yang menyentuh jiwa dan membangkitkan keinsafan kerana terkenangkan dosa yang lalu. Rangkap 2 Penyajak memohon umur yang panjang dan keampunan sebelum ajal tiba. Rangkap 3 Pada waktu yang hening, air mata penyajak yang berlinangan membuktikan keikhlasannya dalam bertaubat dengan mengerjakan solat. Rangkap 4 Penyajak berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT dengan penuh kesungguhan di sejadah yang lusuh. Rangkap 4 Penyajak berdoa agar dikurniakan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT sebagai peringatan kepada diri bahawa dunia hanyalah sementara. Tema Ketuhanan dan ketaatan kepada agama. Persoalan a. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. b. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia. Sejadah Rindu (Mohd. Haikal Aminuddin) c. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta. d. Taubat yang dilakukan dengan sungguh- sungguh sehingga menitiskan air mata. e. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: bait bicara tersentuh kalbu. b. Inversi. Contohnya: terkedu aku. (sepatutnya: aku terkedu) c. Personifikasi. Contoh: Air mata menjadi saksi. d. Metafora. Contoh: i. sejadah rindu; ii. nafas kehidupan. e. Penggunaan bahasa Arab. Contoh: i. kalimah; ii. Ilahi; iii. taubat. f. Asonansi. Contoh: bait bicara tersentuh kalbu (perulangan bunyi vokal a). g. Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas kehidupan (perulangan bunyi konsonan k) Nilai a. Keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi segala dosa-dosan ya yang lalu. b. Kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguhsungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia. c. Keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata. d. Ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta. Pengajaran a. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi orang yang rugi di akhirat nanti. b. Kita hamslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh keampunan agar kita memiliki hati yang bersih. c. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu dia.mpunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi. d. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan mengejar pengampunan daripada Pencipta. e. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak melakukan perbuatan yang salah. Puisi Moden
  • 18. 18 Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu yang baharu. Suasana di kampus berbeza dengan kehidupannya di kampung. Rangkap 2 Penyajak memberi ruang dan peluang kepada anaknya untuk mengharungi kehidupan yang rencam dengan kewarasan fikiran. Rangkap 3 Suasana kehidupan di kampus penuh dengan dugaan yang mampu menguji minda terutama kepadamerekayangmasihbaharu.Adakalanya, akan terbit keegoan yang menjejaskan pekerti seseorang. Rangkap 4 Penyajak menasihati anaknya agar pandai membawa diri dan tidak pulang ke kampung halaman dengan kegagalan. Tema Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Persoalan a. Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus. b. Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading. c. Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading. d. Kehidupan di kampus yang banyak cabaran. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus (Sazalee Yacob) e. Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan di kampus. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: i. memesrai azimat dan tangkal; ii. menongkah awan perak dan kabut dingin b. Personifikasi. Contoh: i. hadir sihir angin bernafas api; ii. tumbuh gunung ego menghalau pekerti c. Unsur alam. Contohnya: i. angin ii. burung putih d. Penggunaan bahasa klasik. Contohnya: i. bumantara ii. sunti e. Asonansi. Contohnya: bumantara asing dari yang sering kau mesrai (perulangan bunyi vokal a). f. Aliterasi. Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru (perulangan bunyi konsonan k) Nilai a. Keberanian. Contohnya, keberanian penyajak sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu. b. Kasih sayang. Contohnya, penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadis suntinya. c. Baik hati. Contohnya, penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada jauh di kampus. d. Kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihatkan oleh bapanya agar cekal menghadapi cabaran dan dugaan di kampus. Pengajaran a. Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan masa hadapan mereka. b. Kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajamya. c. Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita mendapat manfaat apabila mereka berada di sisi kita. d. Kita haruslah cekal berhadapan dengan segala cabaran agar matlamat yang ditetapkan tercapai. Puisi Moden
  • 19. 19 Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak sentiasa berasa sunyi pada waktu malam. Penyajak turut mengeluh tentang kehadiran anak-anaknya yang tidak pernah berlaku pada keesokannya. Rangkap 2 Penyajak menghabiskan sisa-sisa usia tanpa ditemani anak-anaknya. Keceriaan hidup hanya igauan. Anak-anak lupa penderitaan yang dilaluinya untuk melahirkan mereka. Rangkap 3 Bagi penyajak, dirinya tidak bererti pada pandangan anak-anaknya. Namun demikian, penyajak tetap mendoakan agar mereka sentiasa insaf sebagai penawar hatinya yang lara serta menerima hakikat bahawa yang kekal hanyalah Tuhan. Rangkap 4 Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan silaturahim dan mengelakkan persengketaan. Rangkap 5 Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu melaksanakan amanah agar dapat memajukan dan mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat. Tema Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Persoalan a. Kesunyian bidup yang dirasai oleh seorang tua. Puisi Moden Erti Hidup Bererti (Teo Wei Sing) b. Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan oleh anak -anak. c. Kasih dan sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak. d. Kegembiraan seorang ibu atau bapa pada masa lalu hanya tinggal kenangan. e. Harapan orang tua yang tetap sayang akan anak-anaknya. f. Harapan orang tua agar anak-anaknya diberi keinsafan. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contoh: dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik b. Simile. Contohnya: bagai kalung. c. Metafora. Contoh: benih keinsafan. d. Hiperbola. Contohnya: i. cinta dalam rahim dilupai; ii. embun cinta atasi angin dingin. c. Anafora. Contohnya: i. dari sulung ditendang ke bongsu ii. dari angah ditendang ke sulung balik; c. Unsur alam. Contohnya: i. malam ii. tasik iii. angin d. Asonansi. Contohnya: semoga disirami benih keinsafan (perulangan bunyi vokal i) e. Aliterasi. Contoh: menderita mengerang sakit. (perulangan bunyi konsonan m). Nilai a. Keinsafan. Contohnya, penyajak sedar bahawa yang kekal hanyalah Tuhan. b. Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu setia atau derhaka. c. Ketabahan. Contohnya, ketabahan dalam mengbarungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak d. Bertanggungjawab. Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anakanaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan. Pengajaran a. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal b. Sebagai ibu bapa, kita mestilah bersikap penyayang terbadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat c. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa. d. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.
  • 20. 20 Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman - sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya; siapakah pahlawan yang asli? Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara - perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersirat - nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat Iara kita menjahit semula perca-perca bahagia - seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya Maksud Rangkap Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahawa seorang panglima perang yang zalim selalunya berdendam. Selain itu, masyarakat perlulah bersyukur kerana masih ada orang yang membebaskan tahanan yang berjasa. Dalam hal ini, penyajak telah mempersoalkan, siapakah pahlawan sebenar yang dimaksudkan. Rangkap 2 Penyajak menegaskan bahawa masyarakat sememangnya tidak dapat mempersoalkan peristiwa perang atau pertumpahan darah yang pernah berlaku. Dalam hal ini, masyarakat yang keliru, ingin tahu tentang individu yang bertanggungjawab menghukum pembelot. Rangkap 3 Watak Tuah bukanlah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaannya hanya di istana yang sering menjadi sasaran pemfitnah. Puisi Moden Kudup Perang (Tuah Sujana) Rangkap 4 Watak Jebat bukanlah sebagai pengkhianat kerana diadili secara tidak adil, sedangkan masyarakat menganggapnya keramat. Rangkap 5 Peperangan yang melanda telah ditafsirkan dalam pelbagai maksud. Peperangan telah membawa perubahan yang drastik. Ada yang baik, ada yang buruk. Yang pasti, kita bangkit semula untuk mencipta kebahagiaan. Rangkap 5 Sehingga kini, kita masih mempertikaikan pahlawan yang sebenarnya. Tema Kepentingan kewibawaan dan ketokoban pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Persoalan a. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam. b. Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkbianat yang sebenarnya c. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telab membunuh pendusta. d. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan. e. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. f. Perbalahan boleh menjadikan perkara yang tidak benar sebagai benar. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: mengudupkan putik dendam. b. Simile. Contohnya: seperti perawan. c. Metafora. Contoh: peta keadilan. d. Inversi. Contohnya: sesekali turut direntakan daki pendusta (sepatutnya: daki pendusta sesekali tuntt direntakan). e. Personifikasi. Contohnya: takhta setia; putik dendam f. Hiperbola. Contohnya: jari-jemari takdir; daerah angkara. g. Unsur alam. Contohnya: putik; fajar h. Penggunaan bahasa klasik. Contohnya: kesumat; keramat i. Asonansi. Contoh: mewarnakan keindahan pada hodohnya (perulangan bunyi vokal a). j. Aliterasi. Contoh: pedang pusaka. (perulangan bunyi konsonan p). Nilai a. Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat. b. Keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama. c. Keinsafan. Contohnya, penyajak berasa insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup. d. Kerajinan. Contohnya, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan. Pengajaran a. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan. b. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman. c. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan tidak akan mendatangkan kebaikan. d. Kita mestilah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna.
  • 21. 21 Sinopsis Paduka Bubunnya, iaitu Raja Benua Siam menitahkan Sultan Muzaffar Syah menghantar surat sembah ke Siam. Malangnya, baginda enggan berbuat demikian. Panglima Awi Cakri dititahkan menyerang Melaka. Sultan Melaka telah mengumpulkan rakyat Melaka. Tun Perak pula telah membawa orang Kelang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan ke Melaka. Perbuatan Tun Perak itu telah dipersoalkan oleh Seri Amerta sebanyak tiga kali. Tun Perak memaklumkan bahawa pihak lelaki akan berperang bersungguh-sungguh apabila ahli keluarga dibawa bersama. Seri Amerta telah menyampaikan jawapanTun Perak kepada Sultan Melaka yang menimbulkan rasa sukacita baginda. Baginda telah menitahkan Tun Perak agar tinggal di Melaka. Sementara itu, Siam kalah dalam peperangan. Suatu hari, Seri Amerta telah menyiasat aduan orang Kelang tentang Tun Perak. Persoalan diajukan kepada Tun Perak sebanyak tiga kali. Jawapan Tun Perak telah dipersembahkan kepada Sultan Melaka yang berkenan dengan kebijaksanaannya. Tun Perak telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan duduk setara dengan Seri Nara Diraja. Kedua-duanya tiada muafakat dalam pelbagai perkara sehingga Sultan Muzaffar Syah berasa dukacita. Baginda telah menceraikan permaisurinya, Tun Kudu, iaitu kakak Paduka Raja lalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja yang telah tua atas alasan untuk mendamaikan kedua-dua pihak yang tidak sehaluan. Seri Nara Diraja telah bersetuju melepaskan jawatannya sebagai bendahara kepada Paduka Raja. Siam telah merancang untuk menyerang Melaka yang diketuai oleh Panglima Awi Dicu. Serangan dibatalkan apabila taktik yang digunakan oleh Bendahara Paduka Raja menimbulkan kegerunan pihak Siam lalu berpatah balik ke Siam. Tiba di Siam, anakanda Paduka Bubunnya, iaitu Cau Pandan, bercadang menyerang Melaka. Namun demikian, niat Cau Pandan tidak kesampaian kerana dipercayai terkena panahan keramat Tuan Sidi Arab yang melakukannya di hadapan Sultan Muzaffar Syah. Sultan telah mengurniakannya hadiah. Sultan Muzaffar Syah mangkat setelah memerintah Melaka selama 42 tahun. Anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah, telah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Baginda berkahwin dengan Tun Putih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja. Tema Kebijaksanaan seorang raja dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri. Persoalan a. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah. b. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan membahayakan kedaulatan dan keharmonian negara. c. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. d. Keberanian dalam menghadapi cabaran. e. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada Watak dan Perwatakan Tun Perak a. Tun Perak merupakan pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang. b. Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah. c. Beliau seorang yang bijaksana. d. Beliau seorang yang baik hati. e. Beliau seorang yang berani. Sultan Muzaffar Syah a. Baginda amat mementingkan keharmonian Melaka. b. Baginda seorang yang prihatin. c. Baginda seorang yang bijaksana. d. Baginda seorang yang tidak terburu-buru. e. Baginda seorang raja yang menghargai rakyat. Seri Nara Diraja a. Beliau merupakan Bendahara Melaka. b. Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum. c. Beliau telah berkahwin dengan Tun Kutlu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka. d. Beliaumempunyaianakdaripadahubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi. Sultan Mansur Syah a. Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak kepada Sultan Muzaffar Syah. b. Baginda telah menaiki takhta Melaka selepas ayahanda baginda mangkat. c. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. d. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam. Latar Latar Tempat Melaka, Muar, Batu Pahat, Hulu Muar, Kelang, Siam, Istana Siam, dan Seri balai. Latar Masyarakat a. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang. b. Masyarakat gundik. c. Masyarakat yang tidak bersatu. d. Masyarakat yang takut akan isteri. e. Masyarakat yang bijaksana. Nilai a. Kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam ke atas negeri Melaka. b. Baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam. c. Keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendal1ara Melaka. d. Keberanian. Contohnya, Tun Perak dan tentera Melaka berani menentang tentera Siam. Pengajaran a. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. b. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. c. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. d. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan.
  • 22. 22 Sinopsis Seorang pemuda yatim piatu yang bernama Ahmad Mutawakkil peka tentang perkembangan tanah air. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui untuk memperjuangkan kemerdekaan. Ahmad pernah bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun. Pada usia 17 tahun,Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh dan disegani lalu terpilih sebagai orang kuat sayap parti PEKEMBAR di daerahnya. Pidatonya melalui ceramah kemerdekaan mampu membangkitkan jiwa merdeka dalam kalangan pendengar. Walaupun berjuang menentang Inggeris, namun Ahmad Mutawakkil tetap akrab dan mesra dengan keluarga Tuan Booth yang berbudi terhadapnya serta penduduk kampung. Tambahan pula, anak gadis Tuan Booth yang bernama Sandra pernah mengajar Ahmad Mutawakkil menulis dan berbahasa Inggeris dengan baik. Kerjasama tetap terjalin dalam pelbagai perkara. Pada usia 24 tahun, Ahmad Mutawakkil terpilih untuk menduduki kerusi pemimpin nombor dua dalam parti di peringkat daerah. Ahmad Mutawakkil juga terlibat dalam dunia kewartawanan. Penulisannya telah merangsang orang Melayu agar sedia mengisi kemerdekaan. Ahmad Mutawakkil sering mengingatkan bangsa agar berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit yang melingkari kehidupan. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil gugur sebagai bunga bangsa sebelum sempat mendengar laungan kemerdekaan. Tema Kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Persoalan a. Kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan sesama anggota keluarga. b. Ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesulitan semasa zaman perang. c. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang. d. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat dapat mengeratkan perpaduan dan keselamatan penduduk. e. Kekejaman dan kezaliman pihak pengganas terhadap masyarakat. Watak dan Perwatakan Ahmad Mutawakkil a. Ahmad Mutawakkil berusia 25 tahun ketika dia meninggal dunia. b. Beliau merupakan anak yatim piatu. c. Beliau boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris dengan baik. d. Beliau bekerja sebagai wartawan. e. Beliau petah berpidato. f. Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa demi kemerdekaan tanah air. Tuan Booth a. Tuan Booth merupakan pengurus ladang getah di estetnya. b. Dia berbangsa Inggeris. c. Dia mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan. Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad) d. Dia seorang yang baik hati. e. Dia seorang yang peramah. Sandra a. Sandra ialah anak gadis tunggal Tuan Booth. b. Dia seorang gadis yang bermata biru lembut dan berambut perang. c. Dia fasih berbahasa Melayu. d. Dia seorang yang baik hati. Dia menyimpan perasaan cinta terhadapAhmad Mutawakkil. Imam Ngah Deraman a. Imam Ngah Deraman ialah seorang imam surau di kampung penulis. b. Dia seorang yang taat terhadap ajaran agama Islam. c. Dia seorang yang bertanggungjawab. d. Dia seorang yang penyayang. Latar Latar Tempat Surau kampung penulis, banglo estet Tuan Booth, Estet Ephill, Estet Sungai Siput, kampung penulis, Estet Tuan Booth, kawasan kebun getah, sawah, dan England. Latar Masa a. Pertengahan tahun 30-an. b. Seminggu sebelum Jepun mendarat di Tanah Melayu. c. Malam Jumaat, bulan Ogos tahun 1953. d. 31 Ogos 1957. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. b. Masyarakatyangmenjadimangsakeganasan daripada pihak pengganas. c. Masyarakat yang sanggup menjadi pembelot terhadap negara. d. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan ekonomi tanah air. Nilai a. Patriotisme.Contohnya,AhmadMutawakkil berjuang meniupkan api semangat patriotik melalui penulisan dan ceramah. b. Keberanian. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang untuk membidas perjuangan pihak komunis. c. Ketabahan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya. d. Kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama untuk mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang. Pengajaran a. Kita hendaklah berani dalam melakukan sebarang tindakan. b. Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. c. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai keperitan hidup pada zaman perang. d. Kita mestilah mengenang budi seseorang yang banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan tanah air.
  • 23. 23 Sinopsis Aiman merupakan remaja yang bijak sejak zaman kanak-kanaknya. Aiman cenderungdalam bidang sains sehingga mampu membayangkan sesuatu yang di luar jangkauan akal orang lain. Aiman suka mewujudkan suasana halusinasi futuristik. Kepintaran Aiman dapat dilihatsewaktugurunyamengajukantopiktertentu. Jawapannya akan menyebabkan rakan-rakan sekelasnya terdiam dan terpegun. Adakalanya, jawapanAiman mengandungi unsur humor. Aiman membayangkan dirinya berkelulusan bidang aeroangkasa. Tanpa rasa takut, Aiman berhalusinasi ke angkasa dengan menganjakkan usianya. Aiman memanjat pokok kelapa dara di penjuru banglonya hingga pucuk. Aiman telah menerokai keunikan angkasa lepas. Pelbagai penemuan berlaku dan pelbagai teori bermain di mindanya yang sememangnya meminati sains angkasa. Aiman terasa sunyi dan amat asing dalam pengembaraannya sehingga terdengar suara halus yang menginsafkan dirinya dan mengundang rasa sayu kerana berada di tempat yang luar biasa. Aiman berasa terpenjara agak lama dan ingin pulang segera ke planet bumi. Aiman juga mempersoalkan dirinya yang dikatakan gagap berkemungkinan berpunca daripada ibu bapanya. Akhirnya, Aiman teringat akan suara ghaib yang berpesan kepadanya agar mendekati Tuhan dan memelihara habitat semula jadi di planet bumi. Bagi Aiman, itulah terapi yang terbaik buat dirinya. Tema Keinginanyangtinggidalambidangsainsangkasa. Persoalan a. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. b. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. c. Rasional dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan. d. Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid. e. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Watak dan Perwatakan Aiman Aqil a. Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun. b. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan. c. Aiman seorang yang gagap. d. Dia seorang murid yang pintar. e. Aiman bercita-cita tinggi untuk menjadi angkasawan yang berjaya. f. Dia seorang yang suka memberontak. g. Aiman seorang yang insaf. Bapa Aiman a. Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. b. Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal. c. Dia seorang yang bertanggungjawab. d. Dia seorang yang bengis dan garang. e. Dia seorang yang penyayang. Cerpen Hipertensi (lllias Zaidi) Ibu Aiman a. Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. b. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi. c. Dia seorang yang penyayang. d. Dia seorang isteri yang taat akan suami. Cikgu Faridah a. Cikgu Faridah ialah seorang guru Sains di sekolah Aiman. b. Dia seorang yang dedikasi. c. Dia seorang yang cepat marah. d. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi muridnya. Latar Latar Tempat Sekolah, rumah bangloAiman, StesenAngkasa Antarabangsa, ruang udarakasa bulan, dan pohon kelapa dara di penjuru banglo. Latar Masa a. Waktu siang. b. Waktu pagi. c. Zaman sekolah rendah. d. Zaman remaja. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang diidamkannya. b. Masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran. c. Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik. d. Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga. e. Masyarakat yang bertanggungj awab terhadap penyakit anaknya. Nilai a. Kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya. b. Kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun. c. Dedikasi. Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh -sungguh. d. Keinsafan. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Pengajaran a. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. b. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. c. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. d. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga.
  • 24. 24 Sinopsis Profesor Doktor Juaidi yang merawat Tuan Besar Musa bertindak tidak adil. Tuan Besar Musa seorang korporat yang banyak menyumbang dana kepada kelab elit hospital. Tabiat Tuan Besar Musa yang suka minum minuman keras telah memudaratkan dirinya sendiri sehingga terlantar di wad Unit Rawatan Rapi. Penggunaan pek darah yang banyak hanya untuk Tuan Besar Musa menyebabkan simpanan bank darah di hospital agak kritikal. Pesakit-pesakit yang tenat tidak mampu dirawat dengan sempurna sedangkan setiap pesakit tersebut bukannya mencipta masalah yang memudaratkan diri. Nusia yang bertugas di hospital tersebut telah menunjukkan ketegasan dengan mengkritik dan menyelar secara berhemah sikap Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi. Nusia tidak sanggup melihat nilai kemanusiaan yang semakin gersang hanya untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma dan sememangnya tidak boleh diselamatkan. Nusia mempertahankan hak pesakit-pesakit lain untuk mendapatkan pek darah atas alasan yang munasabah. Akhirnya, Tuan Besar Musa meninggal dunia sebelum acara jamuan tahunan berlangsung dan menyebabkan kelab elit kehilangan dana RMl00 ribu. Pada masa yang sama, Doktor Murni pula bertindak tegas dengan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Professor Doktor Juandi. Tema Kepentingan ganjaran material membatasi nilai kemanusiaan dalam proses rawatan kepada pesakit. Persoalan a. Perasaan kasih sayang sesama manusia. b. Pengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran material. c. Ketabahan pesakit melawan penyakit yang dihadapi. d. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. e. Tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas. Watak dan Perwatakan Nusia a. Nusia ialah seorang jururawat. b. Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua. c. Nusia seorang yang penyayang. d. Nusia seorang yang bertanggungjawab. e. Dia seorang yang berhati mulia. Doktor Murni a. Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital. b. Doktor Murni mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. c. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. d. Doktor Murni rasional dalam membuat tindakan. Cerpen Gerhana Manusia (Aminah Mohktar) Profesor Doktor Juaidi a. Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital. b. Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia. c. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat, dan berkening lebat. d. Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Tuan Besar Musa a. Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat dan teknokrat yang memiliki gedung perniagaan yang besar. b. Dia merupakan seorang dermawan. c. Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. d. Dia merupakan penyumbang utama dana kepada kelab elit hospital. Latar Latar Tempat Wad Unit Rawatan Rapi, bank darah, dan hospital. Latar Masa Peristiwa dalam cerpen ini berlaku sepanjang dua hari, iaitu hari ini dan semalam. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap pesakit. b. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan. c. Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material semata-mata. d. Masyarakat yang akur akan perintah ketua. e. Masyarakat yang bertugas di hospital. Nilai a. Kasih sayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya. b. Belas kasihan. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah. c. Tanggungjawab. Contohnya, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. d. Baik hati. Contohnya, Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah, hospital. Pengajaran a. Kita mestilah bersifat penyayang sesarna insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. b. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. c. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. d. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • 25. 25 Sinopsis Azmir merupakan seorang pemuda yang bijak dan petah berkata. Namun demikian, dia telah dihantar ke wad pesakit jiwa kerana menunjukkan perlakuan yang ganjil. Semua orang menganggapnya gila kerana suka menghantuk-hantukkan kepala dan menarik- narik rambutnya. Azmir sering merpersoalkan kebenaran apabila berbual-bual dan membuat penilaian yang pelbagai tentang sikap manusia di sekelilingnya. Keanehan sikap Azmir akhirnya dapat dikesan oleh Arif dan para pelakon drama “Sasau” kerana secara tiba-tiba Azmir menyertai mereka. Sikap Azmir menimbulkan minat mereka untuk menjejakinya walaupun telah dibawa pulang ke wad pesakit jiwa oleh doktor dan petugas hospital. Kesungguhan mereka untuk merungkai masalah yang tersirat tidak kesampaian walaupun berjaya berjumpa dengan ibu bapa Azmir. Azmir yang sering berhalusinasi berjumpa dengan kekasihnya Ani, didapati meninggal dunia sendirian di wad pesakit jiwa. Khabar duka yang tersiar di akhbar telah menyebabkan Ani berasa bersalah dan menyesal kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya tidak siuman. Tema Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otak bersendirian. Persoalan a. Ketabahan seorang pesakit barah otak melawan penyakitnya seorang diri. b. Penghargaan seorang anak terhadap ibu dan bapanya. c. Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya. d. Sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap kesusahan orang lain. e. Kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit dalam kata-kata. Watak dan Perwatakan Azmir a. Azmir menghidap penyakit barah otak. b. Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa. c. Dia bersikap gila-gila sejak tingkatan enam. d. Dia bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak. e. Azmir boleh bercakap loghat Indonesia. Arif a. Arif merupakan pengarah drama Sasau. b. Dia prihatin terhadap keadaan Azmir. c. Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya. d. Dia seorang yang berjiwa besar. Doktor Razi a. Beliau merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa. Drama Bukan Gila (Sharif Shaary) b. Doktor Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir. c. Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkanAzmir bersiarsiar di luar. Ibu Azmir a. Beliau tidak mampu mengurus Azmir. b. Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam. c. Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya. d. Ibu yang berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila. Latar Latar Tempat Wad pesakit jiwa, Hospital Besar, pentas, rumah ibu dan bapa Azmir, rumah Ani. Latar Masa a. Waktu siang. b. Waktu latihan. c. Zaman tingkatan enam. d. Zaman belajar di universiti. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang p1ihatin terhadap keadaan sebenar yang dihadapi oleh orang lain. b. Masyarakat yang tidak setia. c. Masyarakat yang tidak ambil peduli akan orang lain. d. Masyarakat ibu dan bapa yang tidak membelikan kasih sayang yang cukup kepada anak mereka. Nilai a. Keprihatinan. Contohnya, Arif prihatin akan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. b. Kesetiaan. Contohnya, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani walaupun Ani telah meninggalkannya. c. Baik hati. Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dan dia telah membenarkan Azmir untuk bersiar-siar. d. Tanggungjawab. Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula. Pengajaran a. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka. b. Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat. c. Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain. d. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kepalsuan.