KISAH ASHABUL KAHFI - 7 PEMUDA TERTIDUR 309
TAHUN




Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-
Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan
hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di
dalam gua.
Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah
tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman
Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan
dikenali sangat bengis dan zalimnya.
Kerana enggan tunduk
kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala,
tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di
dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum
meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh.
Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak
tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya
satu malam tetapi 309 tahun.
Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati.
Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian
mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian
Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka
dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat
perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah
mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu
terlalu lama.
Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka
lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang
daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan.
Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk
membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan
tidak diterima oleh penjual makanan.
Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang
mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara
itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak
perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.
Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh
orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua
itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan
itu.
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda
Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya.
Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu
semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia
tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang
dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-
hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu
tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku.
Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang
terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat
mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai
kenangan dari kejadian ganjil itu disitu.
Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk
negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu
diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka
itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan
mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-
penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa
yang tepat mereka tidur di dalam gua itu.
Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi
merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan
keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas
adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para
Aulia yang dikasihi-Nya.
Kategori artikel : Tazkirah & Motivasi

Petikan Di atas dipetik dari petikan blog saya :
http://mselim3.blogspot.com/2012/03/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html
Kisah ashabul kahfi

Kisah ashabul kahfi

  • 1.
    KISAH ASHABUL KAHFI- 7 PEMUDA TERTIDUR 309 TAHUN Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al- Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati.
  • 2.
    Selama itu tubuhmereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu. Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba- hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku.
  • 3.
    Bagaimanapun, Allah menyebuttentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni- penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya. Kategori artikel : Tazkirah & Motivasi Petikan Di atas dipetik dari petikan blog saya : http://mselim3.blogspot.com/2012/03/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html