2. Jenis KHAT
Khat Kufi Fatimi
TENTANG: Dinamakan Fatimi kerana
Kufi ini terkenal pada zaman
pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini
juga mempunyai pelbagai bentuk
antaranya ialah Kufi Muwarraq
(berdaun), Kufi Muzzahar
(berbunga) dan Kufi Mudhaffar
(bersimpul). Kufi Fatimi adalah
antara jenis Kufi yang masih
digunakan hingga ke hari ini. Ia
tidak dibaris dan boleh dihias di
ruang kosong antara huruf dengan
ragam hias yang bercirian pokok
dan batang pokok kacang sebagai
latar belakang
3. Khat Diwani Jali
TENTANG: Khat ini dicipta pada
zaman pemerintahan kerajaan
Uthmaniah olehkhattat bernama
Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia
berbeza dengan Khat Diwani
kerana terdapat baris-baris dan titik
hiasan serta mempunyai bentuk
huruf yang lebih besar dan jelas.
Dinamakan Jali bererti jelas kerana
terdapat kelainan yang jelas dari
segi bentuk tulisannya. Digunakan
untuk tulisan rasmi diraja dan surat
menyurat kepada kerajaan asing.
Bentuknya memenuhi kesemua
ruang kosong sehingga membentuk
satu ciptaan yang tersusun indah.
4. Khat Nasakh
TENTANG: Dinamakan Nasakh
kerana tulisannya digunakan untuk
menaskhahkan atau membukukan
al-Quran serta pelbagai naskhah
ilmiah yang lain. Bentuk ini
merupakan hasil daripada
pengubahsuaian yang dilakukan
oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh
munculpada akhir abad ke 3H/8M
dan berkembang meluas pada
penghujung abad 4H/9M. Ciricirinya ialah mempunyai
kelembutan, mudah dibentuk,
praktikal dan mudah dibaca. Ia
sesuai digunakan dalam penulisan
al-Quran, akhbar dan majalah.