Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
1. SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (1)
JALAN SS 2/48 47400 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.
KERTAS KERJA
PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN 2019
TARIKH : 18 APRIL 2019
HARI : RABU
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
2. 1. Pendahuluan
Matlamat program ini iaitu;
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Membentuk displin murid-murid terutama ketika berhadapan dengan keadaan
kecemasan.
2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan.
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.
3. Tarikh
18 April 2019 (Khamis)
4. Masa
10.30 Pagi – 12.00 tgh
5. Tempat
Sekolah kebangsaan Damansara Jaya (1) dan (2).
6. Pengelolaan
Unit Keselamatan dan Selenggara Bangunan SKDJ (1) dan SKDJ 2
3. 7. Penglibatan :
1. Pelan Kecemasan SKDJ (1)
Seperti Lampiran 1
2. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran
Seperti Lampiran 2
3. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran
Seperti Lampiran 3
4. Jawatankuasa Unit Keselamatan Sekolah Kebangsaan Damansara
Jaya (1)
Pengerusi : En. Zubir bin Yaacob (Guru Besar SKDJ 1)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Pn. Nur Mazlina binti Majnun (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Sabri bin Hashim (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Suriani binti Husin (PK Kokurikulum)
Naib pengerusi 4 : Pn. Siti Nor mahani binti Othman (PK Pendidikan Khas)
Penyelaras : En. Muhammad Razif Bin Amir Abzol
Setiausaha : En. Juhari bin Yusoff
Ahli Jawatankuasa :
Semua guru
SKDJ 1
BIL SUMBER MANUSIA JUMLAH
1. GURU 27
2. MURID 239
3. STAF SOKONGAN 5
4. PEMBERSIH SWASTA 2
273
SKDJ 2
BIL SUMBER MANUSIA JUMLAH
1. GURU 17
2. MURID 97
3. STAF SOKONGAN 2
4. PEMBERSIH SWASTA 2
118
4. 5. Jawatankuasa Pelaksana Latihan Kebakaran :
Pengerusi : En. Zubir bin Yaacob (Guru Besar SKDJ 1)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Pn. Nur Mazlina binti Majnun (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Sabri bin Hashim (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Suriani binti Husin (PK Kokurikulum)
Naib pengerusi 4 : Pn. Siti Nor mahani binti Othman (PK Pendidikan Khas)
Pengurusan Murid (Kelas ke tapak perhimpunan)
Semua Guru yang berada di dalam kelas
Kawalan Murid (Tapak perhimpunan kecemasan)
En. Mohd Ikhwan bin Izam
Pn. Afiqah binti Nooh
Pn. Suriya binti Ahmad
Dokumentasi PA Sistem
Pn. Haryati binti Hassan En. Mohd Hazmie bin
Zakariyah En. Mohd Farhan bin Rosli
Loceng kecemasan Persiapan Tempat
Pn. Radiah binti Zakaria En. Mohd. Juhari bin Yusoff
En. Muhammad Faiz bin Baharin
Guru Peronda
Pn. Hasliza binti Zainol Abidin
Pn. Norazlina binti Makhtar
Pn. Solehah binti Ibrahim
Jurufoto
Pn. Nurul Syuhada binti Zakaria
Cenderahati/makanan penceramah
Pn. Tn. Norhafizah binti Tn. Mahmood
Pn. Erawati binti Hudong
Penjaga masa
Pn. Nurliyana binti Md. Saad
5. 6. Penutup
Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih
dalam merancang dan melaksanakan program Demonstrasi Latihan
Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya diharapkan
warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.
Disediakanoleh: Disemak Oleh: Disahkan oleh:
…………………………………………… ……………………………….. .……………………………
(Muhammad Razif binAmir Abzol) (Nur Mazlina binti Majnun) (Zubir bin Yaacob)
PenyelarasUnitKeselamatan PenolongKananHEM Guru Besar
SKDJ1 SKDJ1 SKDJ1
6. Lampiran
2
SK DAMANSARA JAYA (1)
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN
1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan
dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan
bertalu-talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti
latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti
berikut:
1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan
ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang
penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang
dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan
laluan yang dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi
pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang
dipertanggungjawab membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.
2. TUGAS MURID-MURID
7. 2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan
ke padang dengan senyap dan pantas
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu
perhimpunan
3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH
3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke
padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan
bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang
seperti dalam pelan laluan keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup
4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP
4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-
murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug
dari soket-soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan
tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA
PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.
5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke
tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang
berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan
berjalan keluar secara senyap dan pantas.
8. 5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu berbuat demikian.
6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :
6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.
7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu
di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.
8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua
pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu
bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan
beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik
yang diperlukan oleh bomba.
9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan
serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke
padang mengikut laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk
dipadamkan. Cabut plug daripada soket.
9. 9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup
semua tigkap dan kunci dengan segera.
10.KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)
10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan
kepada
bomba jika dikehendaki.
11.ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA
11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kaitangan pejabat
atau Guru
Besar)
Lampiran
3
1. 1 Tentatif Program Latihan Kebakaran
10. TARIKH : 28 Mac 2018 (Selasa)
MASA : 9.00 pagi Hingga 10.00 pagi
MASA Butir-Butir Aktiviti
9.00 –9.10 pagi Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan
menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam
plan kecemasan
Guru kelas memeriksa kehadiran murid.
9.10 –9.20 pagi Operasi menyelamatkan mangsa.
9.20 –9.40 pagi ‘ Post mortem’ oleh Pihak Bomba dan AJK Keselamatan
Sekolah
9.40 –10.00 pagi Refleksi dan sesi soal jawab
Bersurai.
11. SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
(SATU)
JALAN SS 22/48, 47400 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL/FAX : 03-77288770 KOD SEK : BBA 8215
Tarikh : 28 Mei 2018
Rujukan kami :
Kepada,
Ketua Balai
En. Ramli bin Haron
Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama,
401 Jalan SS 2/2, SS2,
47300 Petaling Jaya
Selangor.
Tuan,
PROGRAM LATIHANKEBAKARAN BERSAMA-SAMA JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT
Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1) akan mengadakan
program tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 April 2019 (Rabu)
Masa : 9.00-10.00 pagi
Tempat : SK Damansara Jaya 1
2. Antara agenda program ialah seperti berikut:
2.1 Latihan kebakaran (Fire Drill)
2.2 Ceramah keselamatan dan kebakaran
2.3 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan
Penyelamat Damansara Utama untuk membantu kami menjayakan program ini.
4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (lampiran 3) pada hari tersebut.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
.................................................
(ZUBIR BIN YAACOB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan
Damansara Jaya 1