1
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL KERJAYA 2017
Pengunguman
Menungumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr Abdullah bin
Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu diiringi oleh
dif-dif jemputan berarak masuk ke dewan.
Nyanyian Lagu
Hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan
lagu negaraku dan selamat sultan.
 Cue: Setelah nyanyian selesai
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Salutasi
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera,
salam 1malaysia dan salam Kelantan negeri tercinta.
Yang Berbahagia,
Dr Abdullah bin Yusoff,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu.
Yang Berusaha,
_______________________________________,
_______________________________________.
Yang berusaha,
_______________________________________,
_______________________________________.
Yang Berusaha,
_______________________________________,
_______________________________________.
Barisan guru pendamping dan seterusnya para peserta yang
dikasihi sekalian.
2
Kata-kata aluan
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di
atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada hari ini bagi menghadiri majlis perasmian penutupan bengkel
kerjaya 2017.
.
Bacaan Doa
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh__________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.
Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Wakil
Peserta
Seterusnya, majlis mempersilakan ________________________,
Wakil peserta bengkel kerjaya bagi menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
 Cue: setelah ucapan selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Tayangan
Video
Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama menyaksikan video ringkas kenang-
kenangan sepanjang berlangsungnya bengkel kerjaya pada hari
ini. Dipersilakan.
 Cue: setelah tayangan selesai.
Terima kasih diucapkan atas tayangan video itu sebentar tadi.
Ucapan Guru
Besar
Seterusnya,
Majlis menjemput Yang Berusaha, En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota bagi menyampaikan
ucapan. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.
 Cue: setelah ucapan selesai.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
3
Ucapan
Pengarah IPG
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Seterusnya,
Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang
Berbahagia, Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Kota Bharu bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis penutupan bengkel kerjaya 2017. Dengan
penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.
 Cue: setelah ucapan selesai.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas ucapan itu tadi.
Penyampaian
Sijil Penyertaan
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia,
Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota
Bharu diiringi oleh dif-dif jemputan bagi menyampaikan sijil
penyertaan kepada para peserta.
Untuk itu, dipersilakan ;
Wakil kumpulan 1
-
Wakil kumpulan 10
Seterusnya, bagi penyampaian sijil kepada guru pendamping,
dipersilakan wakil guru Sekolah Kebangsaan Kota bagi menerima
sijil.
Seterusnya, wakil guru Sekolah Kebangsaan Kota.
Seterusnya, wakil guru Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2).
 Cue: setelah penyampaian sijil selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian sijil
penyertaan itu tadi.
4
Penyampaian
Cenderamata
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang berusaha, En Mohd Zaidi
bin Hj Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota bagi
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah
bin Yusoff, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Dipersilakan.
Seterusnya, dipersilakan Yang berusaha ___________________,
______________________, Sekolah Kebangsaan Seri Kota untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah
bin Yusoff.
Seterusnya, dipersilakan Yang berusaha ___________________,
______________________, Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh
(2) untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha,
Dr Abdullah bin Yusoff.
 Cue: setelah penyampaian cenderahati / cenderamata
selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderamata
itu tadi.
Penutup
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Akar Keladi Melilit Selasih
Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman
Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas
salah dan silap sepanjang pengendalian majlis.
Sekian terima kasih dan salam hormat.

Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program

  • 1.
    1 TEKS PENGACARA MAJLISPERASMIAN PENUTUP BENGKEL KERJAYA 2017 Pengunguman Menungumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu diiringi oleh dif-dif jemputan berarak masuk ke dewan. Nyanyian Lagu Hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan selamat sultan.  Cue: Setelah nyanyian selesai Hadirin sekalian dipersilakan duduk. Salutasi Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merba di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam 1malaysia dan salam Kelantan negeri tercinta. Yang Berbahagia, Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Yang Berusaha, _______________________________________, _______________________________________. Yang berusaha, _______________________________________, _______________________________________. Yang Berusaha, _______________________________________, _______________________________________. Barisan guru pendamping dan seterusnya para peserta yang dikasihi sekalian.
  • 2.
    2 Kata-kata aluan Setinggi-tinggi kesyukurankepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi menghadiri majlis perasmian penutupan bengkel kerjaya 2017. . Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh__________________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.  Cue: Setelah selesai bacaan doa. Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Ucapan Wakil Peserta Seterusnya, majlis mempersilakan ________________________, Wakil peserta bengkel kerjaya bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.  Cue: setelah ucapan selesai. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi. Tayangan Video Hadirin sekalian, Marilah kita sama-sama menyaksikan video ringkas kenang- kenangan sepanjang berlangsungnya bengkel kerjaya pada hari ini. Dipersilakan.  Cue: setelah tayangan selesai. Terima kasih diucapkan atas tayangan video itu sebentar tadi. Ucapan Guru Besar Seterusnya, Majlis menjemput Yang Berusaha, En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota bagi menyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.  Cue: setelah ucapan selesai. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
  • 3.
    3 Ucapan Pengarah IPG Sudilah tuanjalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam, Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berbahagia, Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan bengkel kerjaya 2017. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.  Cue: setelah ucapan selesai. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi. Penyampaian Sijil Penyertaan Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia, Dr Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu diiringi oleh dif-dif jemputan bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Untuk itu, dipersilakan ; Wakil kumpulan 1 - Wakil kumpulan 10 Seterusnya, bagi penyampaian sijil kepada guru pendamping, dipersilakan wakil guru Sekolah Kebangsaan Kota bagi menerima sijil. Seterusnya, wakil guru Sekolah Kebangsaan Kota. Seterusnya, wakil guru Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2).  Cue: setelah penyampaian sijil selesai. Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian sijil penyertaan itu tadi.
  • 4.
    4 Penyampaian Cenderamata Seterusnya, majlis mempersilakanYang berusaha, En Mohd Zaidi bin Hj Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah bin Yusoff, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Dipersilakan. Seterusnya, dipersilakan Yang berusaha ___________________, ______________________, Sekolah Kebangsaan Seri Kota untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah bin Yusoff. Seterusnya, dipersilakan Yang berusaha ___________________, ______________________, Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2) untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah bin Yusoff.  Cue: setelah penyampaian cenderahati / cenderamata selesai. Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi. Penutup Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Akar Keladi Melilit Selasih Selasih Tumbuh Tepi Jambangan Kalungan Budi Junjungan Kasih Mesra Kenangan Sepanjang Zaman Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah dan silap sepanjang pengendalian majlis. Sekian terima kasih dan salam hormat.