SlideShare a Scribd company logo
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBSC 3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
Name : AZILAH BTE ASBULLAH
Matric number : 680317125752001
NRIC : 680317125752
Telephone number : 0138017368
E-mail address : zyl68@yahoo.com
Learning Centre : SABAH LEARNING CENTRE
Tutor’s Name : CAROLE ANNE JUSTIN
JANUARI 2014
2
Senarai kandungan Muka surat
Pengenalan 3
Definisi
Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia 4
Keburukan kejuruteraan genetik 7
Masalah dalam kejuruteraan genetik 9
Etika dalam kejuruteraan genetik 10
Kesimpulan 11
Rujukan 12
3
Pengenalan
Kejuruteraan genetik merupakan isu moden yang timbul apabila manusia semakin
maju dalam menggunakan ilmu sains dalam pelbagai aspek khidupan khususnya berkaitan
dengan kajian-kajian genetik. Kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik
memungkinkan manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen dengan
mencampurkan benih untuk menghasilkan spesis yang dikehendaki. Walaupun terdapat
pelbagai kebaikan, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang
mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang
kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana
terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-
mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan. Sekiranya teknologi
kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan menjadi ancaman kepada
kehidupan manusia sejagat. Dalam mengejar kemajuan sains teknologi dan perubatan ini,
para saintis mampu untuk melakukan pelbagai experimen namun kadangkala bercanggah
dengan prinsip serta melanggar etika kemanusiaan.
Definisi
Pada dasarnya, kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang
berkaitan dengan penurunan ciri-ciri daripada induk (ibu bapa). Namun pada masa kini, ilmu
genetik merangkumi kajian tentang struktur dan fungsi baka seperti kromosom, gen, DNA
(Deoxyribonucleic Acid) dalam makanisme keturunan. Sebenarnya tujuan ilmu ini adalah
untuk melahirkan zuriat yang sihat dan menjamin kelangsungan hidup manusia. Pengetahuan
ini telah diamalkan sejak zaman purba lagi, Negara Kota Yunani Sparta mengamalkan teknik
pembiakan secara pemilihan (bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat) untuk dilatih
menjadi tentera yang gagah berani melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih akan
melahirkan bangsa yang agung secara sistematik yang diamalkan oleh Athens dan seterusnya
Jerman, Amerika, Singapura dan lain-lain.
Apabila kita membincangkan maksud sebenar kejuruteraan genetik, Dr. Ricarda
Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk
menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis
yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis
4
dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan
DNA1.
Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakan pula bahawa kejuruteraan genetik
melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan maklumat
genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur
atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil
daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik2. Transgenik merujuk kepada
organisma yang telah diubahsuai secara genetik (GMO). Teknologi ini membolehkan
manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis
organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik
pembiakan biasa. Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen
organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan
dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung.
Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia
Faedah kejuruteraan genetik dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Ini adalah hasil usaha untuk meningkatkan lagi kualiti, kuantiti dan sebagai cara mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini dan akan datang.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh
digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami
boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri
itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau
mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan
porak-peranda di dalam masyarakat. Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun
tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan
manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Secara tuntasnya faedah-faedah ini akan
dibincangkan dalam empat bidang utama iaitu perubatan, industri, pertanian dan ekonomi.
Namun aspek ekonomi adalah faedah secara tidak langsung hasil daripada kejuruteraan
genetik dalam pelbagai bidang yang lain.
1 What is Genetic Engineering?http://online.sfsu.edu/rone/GEessays/WhatisGE.html
2 Kejuruteraan genetik http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik
5
Bidang Perubatan
Dalam bidang perubatan, perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an
telah melahirkan ilmu baru iaitu Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen). Antara aplikasi
terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria
supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang
digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin,
merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh
dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap
hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah
metabolisme kolesterol.
Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen,
spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak
penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang
berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah,
kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan
penyakit oleh anak dalam kandungan.
Industri
Sementara itu, salah satu masalah yang sering dihadapi dalam bidang industri adalah
berkaitan dengan proses fermentasi. Proses fermentasi adalah proses menjana tenaga dalam
sel dalam keadaan anaerobik (tanpa oksigen)3. Biasanya proses ini berlaku dalam penghasilan
minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan
kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada
strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada
kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa
dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain
Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan
telah "dijuruterakan" untuk mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua
komponen minyak.
3 http://id.wikipedia.org/wiki/Fermentasi
6
Pertanian
Dalam bidang pertanian pula, masalah banyak dihadapi oleh para petani berkaitan
dengan serangan serangga perosak. Hasil kejuruteraan genetik maka sesetengah strain
bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman. Syarikat
Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens yang
membolehkannya membunuh serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal
daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan
pembunuh haiwan perosak.
Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti iaitu mendapatkan gen
yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gen-gen berkenaan ke dalam tisu
tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik. Transgenik berasal
daripada dua perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan
‘transfer’ atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan
dengan gen baru (asing). Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa
suatu ciri baru. Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di
dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Semua ini bertujuan untuk ketahanan dan
penghasilan yang lebih baik.
Selain daripada itu, antara kejayaan yang dicapai dalam bidang pertanian ialah
penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini
menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk
mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana
mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran. Ini adalah kesan daripada proses kultur
tisu iaitu kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian
pokok seperti daun dan akar.
Kultur tisu sebenarnya menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan,
vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus.
Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan
akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis
bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua
proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril). Transformasi pula adalah proses
pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke
7
dalam tumbuhan. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus.
Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya
ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya. Kaedah terus pula adalah seperti penembakan
zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen. Gen
yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan
dibesarkan menjadi pokok.
Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak
yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan
penjagaan badan. Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan
asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai
pengganti lemak koko. Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah
menghasilkan plastik mesra alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan
dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan
tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai
dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah
sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap
pembuluh darah.
Keburukan kejuruteraan genetik
Setelah membincangkan pelbagai kebaikan kesan daripada kejuruteraan genetik,
maka setiap perkara yang dilakukan oleh teknologi pasti juga mempunyai keburukan yang
tersendiri. Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan,
maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah
masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya
hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud
pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan
berbagai-bagai masalah lagi.
Bagi pihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan
genetik akan menjadi satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk genetik
sebagai sokongan kepada bidang perubatan. Misalannya, menghasilkan klon manusia khusus
untuk mendapatkan organ-organ penting untuk tujuan pemindahan kepada pesakit kronik atau
8
menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan. Ini bermakna kawalan dan batasan perlu ada.
Menyentuh soal ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang
standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya
menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam
kejuruteraan genetik.
Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui
kejuruteraan genetik. Hal ini kerana pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan
misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan
penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk
virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan
kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi,
sejauh manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas daripada
toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna? Apakah kesannya
terhadap alam sekitar dan hidupan liar?
Dalam soal ini juga., Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang
timbul yang membawa kepada kematian kambing klon “Dolly”. Menurut kajian, kambing
tersebut mungkin mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku.
Hal ini berkait rapat dengan petunjuk daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku
kerana secara genetiknya sel “Dolly” setua sel ibunya. Sehubungan dengan itu juga, proses
pengklonan manusia yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan besar akan
mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang dilahirkan dan akhirnya akan
mewujudkan kegagalan kepada proses tersebut.
Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh
pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran
yang boleh mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995)
menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata
untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh
ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian
boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga
kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia
sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan
9
mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini
berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap
jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal.
Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak
yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.
Masalah dalam kejuruteraan genetik
Bidang kejuruteraan genetik merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat
mencabar. Bidang ini mungkin tidak diminati oleh para pelajar kerana cabaran dan masa
depan bidang ini sendiri. Oleh yang demikian, teras dasar adalah untuk meningkatkan
kefahaman saintifik dan teknologi supaya lebih ramai tertarik kepada kerjaya di dalam
bidang-bidang berkaitan dengan sains dan teknologi. Pihak universiti haruslah terus
mengeluarkan lebih ramai graduan dan penyelidik yang berkaliber tinggi. Program-program
pendidikan yang terpilih di dalam sains dan teknologi gunaan perlu juga disediakan untuk
tenaga kerja yang sedia ada bagi membolehkan mereka bukan sahaja dilatih semula, tetapi
juga mempertingkat dan memperolehi pengetahuan dan kepakaran baru yang praktikal. Ini
adalah selaras dengan objektif untuk membangunkan tenaga kerja yang mudah menyesuaikan
diri, berpengetahuan dan berkemahiran.
Sementara itu, dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah makmal di Jepun, gen
asing yang digunakan sebagai agen proses pemula dalam kejuruteraan genetik mungkin boleh
mengubah kandungan nutrien makanan dengan cara yang tidak dijangkakan. Misalnya
mengurangkan kandungan sesetengah nutrien dan meningkatkan kandungan nutrien yang
lain. Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan
dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh memindahkan penyakit yang
disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus manusia atau haiwan yang menggunakan makanan
kejuruteraan ginetik. Proses ini mungkin akan menyumbang kepada masalah perkembangan
kesihatan umum kerana rintangan terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada
manusia melalui pengambilan makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan ginetik.
Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan ginetik telah
menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan luarbiasa terhadap racun pemusnah
tumbuhan seperti racun Herbisid, Pesticid dan lain-lain lagi. Kemungkinan jika dibiarkan,
10
akan berlaku hubungan silang dengan spesies-spesies yang lain dan akan menghasilkan satu
bentuk tanaman liar baru yang sukar untuk dimusnahkan. Keadaan ini sekaligus akan
memerlukan kita mencipta racun yang lebih kuat untuk mengawalnya dan secara tidak
langsung akan membahayakan alam sekitar kita.
Etika dalam kejuruteraan genetik
Pada hakikatnya, bahawa sistem sains dan teknologi sememangnya tidak mempunyai
landasan moral tersendiri iaitu ia bersifat ‘amoral’ iaitu ia bukan sesuatu yang betul atau
salah. Namun ini tidak bermakna bahawa semua kemajuan sains khususnya kejuruteraan
genetik boleh berlaku tanpa sebarang implikasi etika dalam kehidupan manusia sendiri.
Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang
dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang
bernyawa mempunyai pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat
yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan
menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan
kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka
merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan
Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala
bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di
dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan
mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya,
seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih
manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat
menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan
sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini
11
diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka
senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap memberi ruang
kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan
prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan
juga alam sekitar.
Kesimpulan
Apabila menyentuh tentang isu ini, pelbagai pendapat dilontarkan daripada banyak
pihak tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik. Dengan anggaran daripada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa dunia perlu meningkatkan tahap pengeluaran
makanan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2030 demi mengelak berlakunya krisis
makanan yang lebih buruk, maka ada kemungkinnya juga bahawa penghasilan makanan
melalui kaedah kejuruteraan genetik ini adalah salah satunya jalan keluar terbaik untuk
mengatasi kemelut krisis bekalan makanan dunia hari ini. Demikian juga halnya dengan
keperluan pembangunan teknologi kesihatan sebagaimana pelbagai penyakit baru kini
mengancam kesihatan manusia. Seperti biasa pro dan kontra pasti menjadi noktah
perbincangan tanpa ada pihak yang benar-benar dapat memastikan atau menjamin setiap
perkara yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan genetik adalah benar-benar selamat atau
beretika. Selain mengwujudkan undang-undang yang diterima oleh semua pihak, sebagai
pengguna, kita perlulah mengikut panduan yang disediakan oleh kerajaan dan badan-badan
yang berwajib di Malaysia mengenai isu ini. Oleh yang demikian, penekanan yang diberi
oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi dalam
bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan
mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan
alam sekitar.
12
Rujukan
Ellyza Karim, Azizah Ngah Tasir, (2013). HSBC3103 Biology II: Continuity of Life Edition), Seri
Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia.
Hamdan Mohd Noor et. al, (2003). Fokus Biologi Ungu Masteri SPM. Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
S. H. Chan, (2013). Biologi SPM. Shah Alam: UG PRESS SDN. BHD.
Primack, R.B. (1995), A Primer of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 2
Threats to Biological Diversity.
Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) , Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition.
Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243.
Primack, R.B. (1993) Essentials of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 7
Exotic species, introductions, disease and overexploitation.
Abu Bakar Bin Yang (2008). Artikel, “ Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya”.
Dicapai pada 3 MAC 2014
dari:www.ikim.gov.my
Kejuruteraan-Akademi Sains Malaysia. Dicapai pada 23 FEBRUARI 2014 dari:
www.akademisains.gov.my/download/estidotmy/2005/edisi_38.pdf
Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social
Thought, Vol. 18
_____________(2008).Artikel, “Genetic engineering, recombinant DNA technology,
genetic modification/manipulation.” Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014
dari :http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering
Siti Fairuz Sujak dan rakan-rakan ( ). Pendekatan Islam Dalam Menangani Percanggahan
Manfaat Dan Risiko Bioteknologi Moden Tumbuhan. Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014
dari: www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n22011/abstrak-v3n2-n1.pdf

More Related Content

What's hot

Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Afifi Malaysia
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Razali Samad
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasizumiza84
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
kasmiah otin
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
LEEKAIWEN3
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
Asmawi Abdullah
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Cornard Conot
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
Asmawi Abdullah
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
kawaiis
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
NUR HUMAIRAH AMIRA
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-Petempatan
NabihahAdam22
 
Akronim
AkronimAkronim
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
Asmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Segi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhanSegi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhan
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-Petempatan
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Penebangan hutan
Penebangan hutanPenebangan hutan
Penebangan hutan
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
 

Similar to Kejuruteraan genetik

Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103
Zauhari Hussein
 
563 article text-1286-1-10-20150201
563 article text-1286-1-10-20150201563 article text-1286-1-10-20150201
563 article text-1286-1-10-20150201
Muhd Fikry
 
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docxBIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
ssuser04c576
 
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdfBIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
IrwanDarmawan9
 
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdfBIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
IrwanDarmawan9
 
Ikd laporan bioteknologi
Ikd   laporan bioteknologiIkd   laporan bioteknologi
Ikd laporan bioteknologi
bibil009
 
Ppt ipa klmpk 3
Ppt ipa klmpk 3Ppt ipa klmpk 3
Ppt ipa klmpk 3
AjengSept
 
Rekayasa genetika
Rekayasa genetikaRekayasa genetika
Rekayasa genetika
21 Memento
 
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyaniAplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
ratnisarirkuka
 
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyaniAplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
ratnisarirkuka
 
15 contoh rekayasa genetika
15 contoh rekayasa genetika15 contoh rekayasa genetika
15 contoh rekayasa genetika
Shelvy S.Mardiany
 
03 bioteknologi
03 bioteknologi03 bioteknologi
03 bioteknologiadysintang
 
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetikaMakalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
Rohmad_ Putra
 
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imun
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imunMAKALAH Bayi tabung dan sistem imun
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imunMJM Networks
 
Atmasphere 25 Juli 2016
Atmasphere 25 Juli 2016Atmasphere 25 Juli 2016
Atmasphere 25 Juli 2016Mac Margono
 
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampakPertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
Nurainun Adamy
 
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptxBAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
AisyahAzzahrah4
 
Bioteknologi dalam bidang pertanian
Bioteknologi dalam bidang pertanianBioteknologi dalam bidang pertanian
Bioteknologi dalam bidang pertanian
Firman Ali Tatag
 
Manfaat biologi dalam berbagai bidang
Manfaat biologi dalam berbagai bidangManfaat biologi dalam berbagai bidang
Manfaat biologi dalam berbagai bidangSeptian Muna Barakati
 

Similar to Kejuruteraan genetik (20)

Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103
 
563 article text-1286-1-10-20150201
563 article text-1286-1-10-20150201563 article text-1286-1-10-20150201
563 article text-1286-1-10-20150201
 
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docxBIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
BIOTEKNOLOGI TANAMAN PANGAN(1).docx
 
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdfBIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
 
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdfBIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
BIOTEKNOLOGI_HASIL_PERIKANAN_..pdf
 
Ikd laporan bioteknologi
Ikd   laporan bioteknologiIkd   laporan bioteknologi
Ikd laporan bioteknologi
 
Ppt ipa klmpk 3
Ppt ipa klmpk 3Ppt ipa klmpk 3
Ppt ipa klmpk 3
 
Rekayasa genetika
Rekayasa genetikaRekayasa genetika
Rekayasa genetika
 
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyaniAplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
 
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyaniAplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
Aplikasi ilmu genetika dalam kehidupan sehari dwi meliyani
 
15 contoh rekayasa genetika
15 contoh rekayasa genetika15 contoh rekayasa genetika
15 contoh rekayasa genetika
 
bioteknologi
bioteknologibioteknologi
bioteknologi
 
03 bioteknologi
03 bioteknologi03 bioteknologi
03 bioteknologi
 
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetikaMakalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
 
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imun
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imunMAKALAH Bayi tabung dan sistem imun
MAKALAH Bayi tabung dan sistem imun
 
Atmasphere 25 Juli 2016
Atmasphere 25 Juli 2016Atmasphere 25 Juli 2016
Atmasphere 25 Juli 2016
 
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampakPertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
Pertemuan 11-perkemb.teknlogi ptg (biotek&tek info) dampak
 
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptxBAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
BAB_1_Ruang_lingkup_ilmu_alamiah_dasar_I.pptx
 
Bioteknologi dalam bidang pertanian
Bioteknologi dalam bidang pertanianBioteknologi dalam bidang pertanian
Bioteknologi dalam bidang pertanian
 
Manfaat biologi dalam berbagai bidang
Manfaat biologi dalam berbagai bidangManfaat biologi dalam berbagai bidang
Manfaat biologi dalam berbagai bidang
 

Recently uploaded

Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 

Recently uploaded (20)

Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 

Kejuruteraan genetik

  • 1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBSC 3103 BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE Name : AZILAH BTE ASBULLAH Matric number : 680317125752001 NRIC : 680317125752 Telephone number : 0138017368 E-mail address : zyl68@yahoo.com Learning Centre : SABAH LEARNING CENTRE Tutor’s Name : CAROLE ANNE JUSTIN JANUARI 2014
  • 2. 2 Senarai kandungan Muka surat Pengenalan 3 Definisi Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia 4 Keburukan kejuruteraan genetik 7 Masalah dalam kejuruteraan genetik 9 Etika dalam kejuruteraan genetik 10 Kesimpulan 11 Rujukan 12
  • 3. 3 Pengenalan Kejuruteraan genetik merupakan isu moden yang timbul apabila manusia semakin maju dalam menggunakan ilmu sains dalam pelbagai aspek khidupan khususnya berkaitan dengan kajian-kajian genetik. Kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik memungkinkan manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen dengan mencampurkan benih untuk menghasilkan spesis yang dikehendaki. Walaupun terdapat pelbagai kebaikan, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata- mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan. Sekiranya teknologi kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan menjadi ancaman kepada kehidupan manusia sejagat. Dalam mengejar kemajuan sains teknologi dan perubatan ini, para saintis mampu untuk melakukan pelbagai experimen namun kadangkala bercanggah dengan prinsip serta melanggar etika kemanusiaan. Definisi Pada dasarnya, kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang berkaitan dengan penurunan ciri-ciri daripada induk (ibu bapa). Namun pada masa kini, ilmu genetik merangkumi kajian tentang struktur dan fungsi baka seperti kromosom, gen, DNA (Deoxyribonucleic Acid) dalam makanisme keturunan. Sebenarnya tujuan ilmu ini adalah untuk melahirkan zuriat yang sihat dan menjamin kelangsungan hidup manusia. Pengetahuan ini telah diamalkan sejak zaman purba lagi, Negara Kota Yunani Sparta mengamalkan teknik pembiakan secara pemilihan (bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat) untuk dilatih menjadi tentera yang gagah berani melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih akan melahirkan bangsa yang agung secara sistematik yang diamalkan oleh Athens dan seterusnya Jerman, Amerika, Singapura dan lain-lain. Apabila kita membincangkan maksud sebenar kejuruteraan genetik, Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis
  • 4. 4 dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan DNA1. Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakan pula bahawa kejuruteraan genetik melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik2. Transgenik merujuk kepada organisma yang telah diubahsuai secara genetik (GMO). Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa. Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia Faedah kejuruteraan genetik dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ini adalah hasil usaha untuk meningkatkan lagi kualiti, kuantiti dan sebagai cara mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini dan akan datang. Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat. Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Secara tuntasnya faedah-faedah ini akan dibincangkan dalam empat bidang utama iaitu perubatan, industri, pertanian dan ekonomi. Namun aspek ekonomi adalah faedah secara tidak langsung hasil daripada kejuruteraan genetik dalam pelbagai bidang yang lain. 1 What is Genetic Engineering?http://online.sfsu.edu/rone/GEessays/WhatisGE.html 2 Kejuruteraan genetik http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik
  • 5. 5 Bidang Perubatan Dalam bidang perubatan, perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an telah melahirkan ilmu baru iaitu Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen). Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin, merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol. Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen, spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan penyakit oleh anak dalam kandungan. Industri Sementara itu, salah satu masalah yang sering dihadapi dalam bidang industri adalah berkaitan dengan proses fermentasi. Proses fermentasi adalah proses menjana tenaga dalam sel dalam keadaan anaerobik (tanpa oksigen)3. Biasanya proses ini berlaku dalam penghasilan minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen minyak. 3 http://id.wikipedia.org/wiki/Fermentasi
  • 6. 6 Pertanian Dalam bidang pertanian pula, masalah banyak dihadapi oleh para petani berkaitan dengan serangan serangga perosak. Hasil kejuruteraan genetik maka sesetengah strain bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman. Syarikat Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens yang membolehkannya membunuh serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan pembunuh haiwan perosak. Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti iaitu mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gen-gen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik. Transgenik berasal daripada dua perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan ‘transfer’ atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen baru (asing). Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri baru. Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Semua ini bertujuan untuk ketahanan dan penghasilan yang lebih baik. Selain daripada itu, antara kejayaan yang dicapai dalam bidang pertanian ialah penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran. Ini adalah kesan daripada proses kultur tisu iaitu kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti daun dan akar. Kultur tisu sebenarnya menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril). Transformasi pula adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke
  • 7. 7 dalam tumbuhan. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya. Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen. Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok. Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan badan. Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak koko. Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah. Keburukan kejuruteraan genetik Setelah membincangkan pelbagai kebaikan kesan daripada kejuruteraan genetik, maka setiap perkara yang dilakukan oleh teknologi pasti juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi. Bagi pihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan genetik akan menjadi satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk genetik sebagai sokongan kepada bidang perubatan. Misalannya, menghasilkan klon manusia khusus untuk mendapatkan organ-organ penting untuk tujuan pemindahan kepada pesakit kronik atau
  • 8. 8 menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan. Ini bermakna kawalan dan batasan perlu ada. Menyentuh soal ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik. Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Hal ini kerana pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, sejauh manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas daripada toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna? Apakah kesannya terhadap alam sekitar dan hidupan liar? Dalam soal ini juga., Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang timbul yang membawa kepada kematian kambing klon “Dolly”. Menurut kajian, kambing tersebut mungkin mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini berkait rapat dengan petunjuk daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku kerana secara genetiknya sel “Dolly” setua sel ibunya. Sehubungan dengan itu juga, proses pengklonan manusia yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan besar akan mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang dilahirkan dan akhirnya akan mewujudkan kegagalan kepada proses tersebut. Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995) menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan
  • 9. 9 mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal. Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam. Masalah dalam kejuruteraan genetik Bidang kejuruteraan genetik merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat mencabar. Bidang ini mungkin tidak diminati oleh para pelajar kerana cabaran dan masa depan bidang ini sendiri. Oleh yang demikian, teras dasar adalah untuk meningkatkan kefahaman saintifik dan teknologi supaya lebih ramai tertarik kepada kerjaya di dalam bidang-bidang berkaitan dengan sains dan teknologi. Pihak universiti haruslah terus mengeluarkan lebih ramai graduan dan penyelidik yang berkaliber tinggi. Program-program pendidikan yang terpilih di dalam sains dan teknologi gunaan perlu juga disediakan untuk tenaga kerja yang sedia ada bagi membolehkan mereka bukan sahaja dilatih semula, tetapi juga mempertingkat dan memperolehi pengetahuan dan kepakaran baru yang praktikal. Ini adalah selaras dengan objektif untuk membangunkan tenaga kerja yang mudah menyesuaikan diri, berpengetahuan dan berkemahiran. Sementara itu, dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah makmal di Jepun, gen asing yang digunakan sebagai agen proses pemula dalam kejuruteraan genetik mungkin boleh mengubah kandungan nutrien makanan dengan cara yang tidak dijangkakan. Misalnya mengurangkan kandungan sesetengah nutrien dan meningkatkan kandungan nutrien yang lain. Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh memindahkan penyakit yang disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus manusia atau haiwan yang menggunakan makanan kejuruteraan ginetik. Proses ini mungkin akan menyumbang kepada masalah perkembangan kesihatan umum kerana rintangan terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada manusia melalui pengambilan makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan ginetik. Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan ginetik telah menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan luarbiasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid, Pesticid dan lain-lain lagi. Kemungkinan jika dibiarkan,
  • 10. 10 akan berlaku hubungan silang dengan spesies-spesies yang lain dan akan menghasilkan satu bentuk tanaman liar baru yang sukar untuk dimusnahkan. Keadaan ini sekaligus akan memerlukan kita mencipta racun yang lebih kuat untuk mengawalnya dan secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar kita. Etika dalam kejuruteraan genetik Pada hakikatnya, bahawa sistem sains dan teknologi sememangnya tidak mempunyai landasan moral tersendiri iaitu ia bersifat ‘amoral’ iaitu ia bukan sesuatu yang betul atau salah. Namun ini tidak bermakna bahawa semua kemajuan sains khususnya kejuruteraan genetik boleh berlaku tanpa sebarang implikasi etika dalam kehidupan manusia sendiri. Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya." Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia. Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini
  • 11. 11 diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa. Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar. Kesimpulan Apabila menyentuh tentang isu ini, pelbagai pendapat dilontarkan daripada banyak pihak tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik. Dengan anggaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa dunia perlu meningkatkan tahap pengeluaran makanan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2030 demi mengelak berlakunya krisis makanan yang lebih buruk, maka ada kemungkinnya juga bahawa penghasilan makanan melalui kaedah kejuruteraan genetik ini adalah salah satunya jalan keluar terbaik untuk mengatasi kemelut krisis bekalan makanan dunia hari ini. Demikian juga halnya dengan keperluan pembangunan teknologi kesihatan sebagaimana pelbagai penyakit baru kini mengancam kesihatan manusia. Seperti biasa pro dan kontra pasti menjadi noktah perbincangan tanpa ada pihak yang benar-benar dapat memastikan atau menjamin setiap perkara yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan genetik adalah benar-benar selamat atau beretika. Selain mengwujudkan undang-undang yang diterima oleh semua pihak, sebagai pengguna, kita perlulah mengikut panduan yang disediakan oleh kerajaan dan badan-badan yang berwajib di Malaysia mengenai isu ini. Oleh yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.
  • 12. 12 Rujukan Ellyza Karim, Azizah Ngah Tasir, (2013). HSBC3103 Biology II: Continuity of Life Edition), Seri Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia. Hamdan Mohd Noor et. al, (2003). Fokus Biologi Ungu Masteri SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S. H. Chan, (2013). Biologi SPM. Shah Alam: UG PRESS SDN. BHD. Primack, R.B. (1995), A Primer of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 2 Threats to Biological Diversity. Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) , Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition. Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243. Primack, R.B. (1993) Essentials of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 7 Exotic species, introductions, disease and overexploitation. Abu Bakar Bin Yang (2008). Artikel, “ Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya”. Dicapai pada 3 MAC 2014 dari:www.ikim.gov.my Kejuruteraan-Akademi Sains Malaysia. Dicapai pada 23 FEBRUARI 2014 dari: www.akademisains.gov.my/download/estidotmy/2005/edisi_38.pdf Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social Thought, Vol. 18 _____________(2008).Artikel, “Genetic engineering, recombinant DNA technology, genetic modification/manipulation.” Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014 dari :http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering Siti Fairuz Sujak dan rakan-rakan ( ). Pendekatan Islam Dalam Menangani Percanggahan Manfaat Dan Risiko Bioteknologi Moden Tumbuhan. Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014 dari: www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n22011/abstrak-v3n2-n1.pdf