SlideShare a Scribd company logo
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
1 
1) Pendahuluan 
Nabi dan rasul adalah utusan yang dikirimkan oleh Allah di muka bumi ini untuk menyampaikan 
syiar Islam dan tauhid kepada Allah. Telah ramai Nabi dan juga rasul yang diutuskan. 
Akan tetapi, setelah berzaman-zaman berlalu, penyelewengan terhadap nabi dan rasul telah 
dibuat untuk menyesatkan orang-orang ramai dan memesongkan akidah orang-orang Islam. Bagi 
yang kurang mendalami ilmu ugama, akan mempercayainya tetapi sebaliknya bagi orang yang 
beriman dan mendalami ugama. 
Seperti yang telah kita ketahui, di dunia ini terdapat berbagai-bagai jenis ugama antaranya Islam, 
Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya dan sememangnya setiap daripada ugama-ugama ini 
mempunyai pegangan dan prinsip mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, ada di antara 
ugama-ugama ini sebenarnya pada awalnya membawa ajaran yang serupa dengan Islam kerana 
pada awalnya, ia adalah ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Seperti 
yang telah dikatakan di atas, setelah kewafatan para nabi dan rasul yang membawa ajaran yang 
benar tadi, banyak berlaku penyelewengan sehingga kitab-kitab yang telah diturunkan juga turut 
diselewengkan. 
Salah satu isu yang sering menjadi persoalan di dalam perihal ugama ini adalah mengenai Nabi 
dan Rasul yang semakin lama, dewasa ini telah diselewengkan dengan penyelewengan yang 
boleh dikatakan melampau. Oleh itu, di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan mengenai 
kepercayaan yang salah mengenai nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama Kritstian yang 
bercanggahan dengan ajaran Islam dengan menghuraikan definisi Nabi dan Rasul menurut Ahli 
Sunnah Wal Jama’ah, kepercayaan yang salah dan kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan 
Rasul yang di dalam ugama Kristian yang serupa dengan ajaran Islam.
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
2 
2) Konsep Nabi dan Rasul 
Makna nabi menurut kebiasaan orang-orang Arab terdapat dalam dua bentuk. Pertama, perkataan 
nabi yang berakhir dengan huruf hamzah dan kedua, perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf 
hamzah. Perkataan nabi yang berakhir dengan hamzah dikatakan berasal daripada perkataan “an-naba’” 
yang bermaksud khabar atau berita. Berdasarkan kepada akna ini, nabi dimaksudkan 
sebagai seseorang yang membawa dan menyampaikan berita berdasarkan keterangan Al-Quran, 
surah An-Naba’, ayat 1 dan 2, 
     
  
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan 
manusia hidup semula menerima balasannya).1 
Nabi yang tidak berakhir dengan huruf hamzah pula berasal daripada perkataan an-nabwah atau 
an-nabawah yang membawa maksud kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Tuhan sekalian 
alam. Terdapat sebahagian ulama termasuk di kalangan mazhab Al-Asya’irah daripada Ahli 
Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa perkataan An-nubuwwah adalah asas kepada 
perkataan nabi berdasarkan kemuliaan kedudukan mereka dibandingkan dengan hamba-hamba 
Tuhan yang lain.2 
Dari segi istilah syara’ pula, ia bermaksud pemilihan Allah kepada hambaNya dengan 
menyampaikan wahyu kepadanya.3 Ia juga adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan 
mengenai berita-berita langit untuk dirinya secara khusus dan tidak diperintahkan supaya 
menyampaikannya kepada orang lain.4 
Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan 
tidak perlu menyampaikannya kepada orang lain. 
1 An-Naba’ : 1-2 
2 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 1 
3 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3,, hlm 2 
4 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
Rasul pula dari sudut Bahasa bermaksud seseorang yang ditugaskan membawa berita ataupun 
melakukan tugas penting.5 Ia juga bermaksud seseorang yang mengikuti perkhabaran-perkhabaran 
yang dibangkitkannya, mengambil ungkapan ‘unta datang berturu-turut’ (rusul ba’d 
3 
rusul).6 
Menurut istilah, Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia 
diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain. Ia juga membawa maksud seseorang yang 
diutus oleh Tuhan dan diberikan kitab, undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan 
sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu, bertanggungjawab menyampaikannya 
kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.7 
Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang menerima wahyu daripada Allah untuk 
dirinya sendiri, dan dia tidak perlu menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Rasul 
pula adalah seseorang yang diberikan wahyu oleh Allah dan ditugasan untuk menyampaikan 
wahyu yang diturunkan kepadanya. 
2.1) Dalil diutuskan Nabi dan Rasul 
     
     
       
   
Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah ia memberi 
hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum ia menerangkan kepada mereka apa Yang 
mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; Sesungguhnya Allah Maha 
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.8 
Ibnu Kathir berkata : Jelas sekali dalam ayat di atas bahawa Alla Ta’ala telah memberitahukan 
kepada seluruh umat manusia tentang keadaan DiriNya sendiri yang Maha Mulia, Pengasih dan 
5 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2 
6 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3, hlm 3 
7 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 3 
8 At-Taubah : 115
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
Penyayang serta betapa keadilan hukumNya, Dia tidak akan menyatakan sesat sesuatu kaum itu 
kecuali setelahdiutusnya Rasul untuk mereka itu yang menyampaikan apa-apa yang wajib 
disampaikan sehingga dengan demikian itu, lalu tidak ada lagi alasan yang dapat mereka 
kemukakan, jikalau sekiranya ada anggapan mereka yang salah seolah-olah Allah Ta’ala tidak 
memberikan penerangan apa-apa kepada mereka itu.9 
Secara keseluruhannya, jelas bahawa Allah ada mengutus Rasul kepada umat manusia untuk 
menyampaikan apa yang Allah mahu mereka sampaikan kepada umat manusia. 
3) Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama 
4 
Kristian 
Dewasa ini, banyak cerita-cerita dan isu-isu yang berbangkit yang menggambarkan keadaan 
Nabi dan Rasul yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam. Berikut akan dibincangkan 
kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian yang 
membuatkan cerita dan isu yang menyeleweng timbul. 
3.1) Nabi dan Rasul secara umum 
Di dalam perjanjian lama, telah disebutkan sesuatu yang aneh dibaca mengenai para Rasul Allah 
:10 
Nuh menjadi petani, dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah ia minum 
anggur mabuklah ia, dan ia telanjang dalam khemahnya. Dan kerana Kanaan, anak 
bungsunya itu melihat aurat ayahnya dan menceritakannya kepada saudara-saudaranya, 
maka Nuh berdoa mengutuk anak bungsunya itu. “Terkutuklah Kanaan, hendaklah ia 
menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-maranya.”11 
Menurut petikan di atas, menggambarkan bahawa Nabi Nuh itu adalah seorang yang malas, tidak 
bersemangat dan seorang yang ringan mulut untuk mengutuk walaupun kepada anak baginda 
sendiri. 
9 Tafsir Ibnu Kathir 
10 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 32 
11 Kejadian, 9:20-25
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
Adapun Nabi Luth (a.s) digambarkan oleh perjanjian lama sebagai seorang lelaki yang mabuk 
akibat minuman khamar yang diberikan oleh kedua puterinya. Dalam keadaan mabuk, dia pun 
menggauli kedua puterinya itu, sehingga membuahkan keturunan.12 
Pada malam itu, mereka memberi ayahnya minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua 
untuk tidur dengan ayahnya ; dan ayahnya tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan 
ketika ia bangun. Hal demikian berulang pada malam berikutnya bersama puterinya 
yang kecil13 
Dilihat kepada petikan dari Al-Kitab di atas, menggambarkan bahawa Nabi Luth itu seorang 
Nabi yang rendah martabatnya sehingga sanggup menggauli anak baginda. Mereka menyamakan 
Nabi Luth serendah martabat kaum baginda yang bersifat songsang tersebut. 
Selain daripada itu, Nabi Yahuza digambarkan dalam Al-Kitab sebagai melaksanakan kejahatan 
yang keji dengan kedua-dua menanunya berturut-turut dengan menutup muka keduanya, 
sehingga dia tidak tahu siapa pelaku kejahatan itu. Dari perbutan keji tersebut, lahirlah anak 
kembar.14 Salah seorang daripada bernama Faris iaitu nenek Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan 
Yusuf An-Najar, suami Maria, ibu kepada Al-Masih.15 
Perkara di atas adalah tidak berasas, kerana seorang Nabi bersifat ma’sum16, mana mungkin 
seorang Nabi itu melakukan seseuatu yang tidak bermoral, apatah lagi terhadap mahramnya 
sendiri. 
Hikmat kelahiran Al-Masih disebutkan dalam Injil Yohanes, umpamanya :17 
Kerana begitu besarkasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan 
anakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, 
kecuali beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus anakNua ke dunia bukan untuk 
menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkan oleh Dia. Sesiapa yang percaya 
12 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur 
13 Kejadian, 19:30-38 
14 Ibid, 38 : 12-30 
15 Matius, 1 : 1-16 
16 Terpelihara daripada perbuatan dosa 
17 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 15 
5
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
kepadaNya tidak akan dihukum, bagi sesiapa yang tidak percaya ia telah berada di 
bawah hukuman, sebab ia percaya dalam nama anak tunggal Allah”18 
Menurut petikan di atas, orang Kristian berpegang bahawa Isa Al-Masih itu bersifat mendua, 
separuh Tuhan dan separuh manusia. Tetapi sifat ketuhanan pada diri Al-Masih itu merujuk 
kepada yang dia itu adalah anak tuhan dan kalimatnya terjadi sejak zaman azali lagi.19 
Ini jelas telah jauh terseleweng. Nabi Isa sendiri dilahirkan tanpa bapa dan Allah itu tidak ada 
anak seperti firman Allah Ta’ala, 
     
Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan20 
Jadi, mana mungkin Nabi Isa itu adalah anak kepada Allah sedang jelas bahawa Allah Ta’ala 
tidak beranak dan tidak diperanakkan. 
Melalui dari kenyataan di atas, tidak hairanlah Nabi dan Rasul itu dilakonkan di kaca-kaca 
televisyen melalui cerita-cerita terbitan orang Barat bahawa Nabi-Nabi dan Rasul mereka 
bermabuk-mabukan dan mempunyai sikap yang kurang senonoh. 
6 
3.2) Nabi Muhammad 
Pada tahun 1291, dua puluh tahun sebelum Dante menulis bukunya yang berjudul Divine 
Comedy, kubu terakhir Perang Salib, iaitu Acre di Palestin, ditawan semula oleh umat Islam dan 
tentera Perang Salib diusir dari wilayah itu. Imej mengenai peperangan itu amat jelas dalam 
fikiran Dante apabila beliau menggambarkan sesuatu yang buruk mengenai Nabi Muhammad 
dalam nerakanya. Dante mengumpamakan Nabi Muhammad dan Ali, yang tubuh mereka 
terpisah dari kepala hingga pinggang dengan lapan lingkaran neraka. Puisinya menggambarkan 
Nabi Muhammad sebagai orang berdosa, yang mencarik-carik dadanya yang luka parah dengan 
tangannya sendiri iaitu tanda simbolik yang menunjukkan beliau ialah ketua pelaknat yang 
membawa perpecahan dalam agama. Bagi Dante, kejahatan Nabi Muhammad adalah 
18 Yohanes, 3:16-18 
19 Ibid, 1:1 
20 Al-Ikhlas : 3
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
meyebarkan ‘agama palsu’ dengan menyampaikan wahyu suci dan mendakwa ia sebagai 
menggantikan agama Kristian yang merupakan penipuan jahat hanya boleh menabur 
pertelingkahan dalam dunia.21 
Menurut perkara di atas, Nabi Muhammad itu digambarkan sebagai seorang yang menyebarkan 
agama palsu. Bagi Dante tadi, agama Kristian adalah agama yang benar, dan agama yang dibawa 
oleh Nabi Muhammad adalah agama palsu yang dibuat-buat untuk tujuan membuat 
pertelingkahan di muka bumi. Kepercayaan ini tersebar di kalangan penganut Kristian sehingga 
mereka menjauhi dari mendalami Islam da nisi yang ada di dalamnya. 
4) Kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul di ajaran Islam. 
Berdasarkan kepada petikan-petikan daripada Al-Kitab tadi, tersebar kepercayaan yang salah 
mengenai Nabi dan Rasul di kalangan orang-orang Kristian. Perkara ini perlu dibetulkan supaya 
masyarakat tidak terus mempercayai cerita-cerita yang mereka lihat di kaca televisyen mengenai 
kepercayaan yang salah ini. Oleh itu, berikut adalah kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan 
Rasul sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran. 
7 
4.1) Nabi dan Rasul secara umum 
Apabila kita bandingkan antara kisah Nabi Nuh dalam Al-Quran dan dalam Al-Kitab, maka kita 
akan mendapati bahawa Al-Quran mengungkapkan kisah Nabi Nuh dan kaumnya dengan 
ungkapan seperti dinyatakan dalam firman Allah,22 
      
     
    
     
  
    
21 A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia. hlm 30 
22 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 34
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
    
     
"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang 
Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan 
kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah 
Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk 
melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya 
rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); 
sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.23 
Ayat di atas menunjukkan bahawa betapa Nabi Nuh (AS) mempunyai azam yang kuat dan 
keperibadian yang kukuh. Bersedia menanggung risiko apa pun dalam menjalankan perintah 
Allah. Di samping itu, banginda bersegera beristighfar walaupun kesalahan yang baginda 
lakukan itu berupa ungkapan doa yang keliru kerana didorong oleh perasaan ayah kepada anak. 
Ini berbeza sekali dengan gambaran yang disebutkan di dalam Al-Kitab yang telah 
diselewengkan tersebut. 
Berbalik kepada kepercayaan mengenai Nabi Luth di dalam Al-Kitab pula, adapun Nabi Luth 
mendapat julukan di dalam Al-Quran sebagai seorang Rasul yan mempunyai darjat utama atas 
umat pada masanya.24 Firman Allah, 
   
     
  
Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; 
dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada 
zamannya).25 
23 Yunus : 71 
24 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 
25 Al-An’am : 86 
8
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
Juga dijuluki sebagai seorang hamba yang soleh26 seperti firman Allah Ta’ala, 
    
   
   
    
    
Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami 
selamatkan Dia dari bandar Yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara Yang 
keji; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, Yang fasik, derhaka.27 
Baginda juga disifatkan dengan seorang yang bersyukur28 seperti yang disebutkan di dalam Al- 
Quran, 
     
    
Sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang 
bersyukur.29 
Berdasarkan daripada ayat-ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa dakwaan di dalam Al-Kitab 
mengenai Nabi Luth adalah tidak releven sama sekali. Bagaimana mungkin seorang Nabi dan 
Rasul yang mempunyai darjat yang tinggi di kalangan umat sezamannya, soleh dengan 
mengerjakan semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya dan seorang yang selalu 
bersyukur, membuat sesuatu yang dilarang oleh Islam. 
9 
4.2) Nabi Muhammad 
Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa akan datang ke dunia, seorang Nabi dan Rasul yang 
menjadi penutup sekalian Nabi, iaitu Nabi Muhammad. Di dalam surah As-Saf, ayat 6, 
26 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 
27 Al-Anbiyaa’ : 74 
28 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 
29 Al-Qamar : 35
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
     
    
    
    
    
     
   
    
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, 
Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang 
diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan 
kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". 
maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas 
nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!" 30 
Menurut ayat di atas, Nabi Isa yang diturunkan kepada Injil yang menjadi pegangan penganut 
Kristian sendiri mengakui kebenaran kitab Taurat bahawa akan ada seorang Rasul selepas Nabi 
Isa yang bernama Muhammad atau Ahmad. 
Di dalam kitab Yesaya, bab 29 ayat 12 ada menyebutkan, 
“Dan buku itu diserahkan kepadanya yang tidak belajar dengan berkata, “Baca ini, saya 
berdoa kepadamu,” : dan dia berkata, “Saya tidak tahu,”31 
Kisah ini bertepatan dengan kisah Nabi Muhammad SAW ketika pertama kali wahyu diturunkan 
di Gua Hira, malaikat Jibril mendatangi baginda dan memerintahkan baginda untuk membaca, 
seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1, 
30 As-Saf : 6 
31 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic 
Media : Kuala Lumpur, hlm 29 
10
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
    
11 
  
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian 
makhluk),32 
Dengan perintah daripada malaikat Jibril itu, Nabi Muhammad menjawab, “Saya tidak tahu 
membaca,”33 
Dari perkara di atas, menunjukkan, ada terdapat di dalam Al-Kitab orang Kristian yang masih 
menepati ajaran Islam, cuma mereka tidak mahu mengakuinya kerana menurut mereka, jika 
mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad, mereka perlu mengikut semua yang dibawakan 
oleh Nabi Muhammad. Mereka tidak mahu meninggalkan kehidupan mereka dalam keadaan 
ajaran Kristian yang menyeleweng tersebut. 
Allah Ta’ala memuliakan Nabi Muhammad dengan menjadikan bagina penutup segala Nabi dan 
Rasul, menjadikan dakwah baginda sebagai risalah terakhir setelah syirik dan kufur merosakkan 
akidah kaum-kaum Nabi yang terdahulu. Risalah baginda adalah penutup dan penghapus syari’at 
yang sebelumnya.34 
32 Al-‘Alaq : 1 
33 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic 
Media : Kuala Lumpur, hlm 29 
34 Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling 
Agung, PTS Islamkika : Malaysia, hlm 402
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
12 
5) Penutup 
Secara kesimpulannya, jelas di sini bahawa terdapat kepercayaan-kepercayaan yang salah di 
dalam agama Kristian yang tersebar di kalangan penganutnya. Namun begitu, semua 
kepercayaan tersebut telah dijawab dan dibidas oleh Islam dengan mendatangkan dalil-dalil Al- 
Quran. 
Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk membetulkan kepercayaan yang salah tersebut semampu 
kita, dan mestilah kita menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita sendiri tidak 
termakan dan terhasut untuk mempercayai kepercayaan yang dibawa dalam agama Kristian yang 
menyeleweng daripada ajaran Islam.
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di 
dalam agama Kristian 
13 
Bibliografi 
- Al-Quran 
- A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia 
- Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3 
- Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup 
Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia 
- Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur 
- Tafsir Ibnu Kathir 
- Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala 
Lumpur 
- Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About 
Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur

More Related Content

What's hot

Kitab allah swt sebagai pedoman hidup
Kitab allah swt sebagai pedoman hidupKitab allah swt sebagai pedoman hidup
Kitab allah swt sebagai pedoman hidup
Nurhalimah Rakhmadina
 
Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul AllahIman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah
Viola Valisa
 
Iman kepada rasul
Iman kepada rasul Iman kepada rasul
Iman kepada rasul
sena 21
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Izzat Hakim
 
Al qur’an sebagai pedoman hidup
Al qur’an sebagai pedoman hidupAl qur’an sebagai pedoman hidup
Al qur’an sebagai pedoman hidup
Za Rush
 
Materi iman kepada kitab Allah swt
Materi iman kepada kitab Allah swtMateri iman kepada kitab Allah swt
Materi iman kepada kitab Allah swt
Nisrokhah6
 
Iman Kepada Rasul
Iman Kepada RasulIman Kepada Rasul
Iman Kepada Rasul
hasby hd
 
Ppt faul tentang iman kepada kitab allah
Ppt faul tentang iman kepada kitab allahPpt faul tentang iman kepada kitab allah
Ppt faul tentang iman kepada kitab allahWifaq Idaini
 
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )Agama ( iman kepada kitab kitab allah )
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )Yulia Fauzi
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allah
kemarau20
 
8. iman kepada kitab kitab allah sm t2
8. iman kepada kitab kitab allah sm t28. iman kepada kitab kitab allah sm t2
8. iman kepada kitab kitab allah sm t2
adulcharli
 
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup ManusiaAl - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
Andita Eka Wahyuni
 
RUKUN IMAN
RUKUN IMANRUKUN IMAN
RUKUN IMAN
Akfar ikifa
 
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)Vessa Ramadhani
 
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
Nisrokhah6
 
Tugas dan hikmah beriman kepada rasul
Tugas dan hikmah beriman kepada rasulTugas dan hikmah beriman kepada rasul
Tugas dan hikmah beriman kepada rasulAdinda R
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciZuraihi Razali
 

What's hot (18)

Kitab allah swt sebagai pedoman hidup
Kitab allah swt sebagai pedoman hidupKitab allah swt sebagai pedoman hidup
Kitab allah swt sebagai pedoman hidup
 
Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul AllahIman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah
 
Iman kepada rasul
Iman kepada rasul Iman kepada rasul
Iman kepada rasul
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
 
Al qur’an sebagai pedoman hidup
Al qur’an sebagai pedoman hidupAl qur’an sebagai pedoman hidup
Al qur’an sebagai pedoman hidup
 
Materi iman kepada kitab Allah swt
Materi iman kepada kitab Allah swtMateri iman kepada kitab Allah swt
Materi iman kepada kitab Allah swt
 
Iman Kepada Rasul
Iman Kepada RasulIman Kepada Rasul
Iman Kepada Rasul
 
Ppt faul tentang iman kepada kitab allah
Ppt faul tentang iman kepada kitab allahPpt faul tentang iman kepada kitab allah
Ppt faul tentang iman kepada kitab allah
 
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )Agama ( iman kepada kitab kitab allah )
Agama ( iman kepada kitab kitab allah )
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allah
 
Tafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinahTafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinah
 
8. iman kepada kitab kitab allah sm t2
8. iman kepada kitab kitab allah sm t28. iman kepada kitab kitab allah sm t2
8. iman kepada kitab kitab allah sm t2
 
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup ManusiaAl - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
Al - Quran sebagai Pedoman Hidup Manusia
 
RUKUN IMAN
RUKUN IMANRUKUN IMAN
RUKUN IMAN
 
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)
Pendidikan agama islam (Iman Kepada Kitab ALLAH)
 
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
PPT Iman kepada kitab kitab allah (nisrokhah)
 
Tugas dan hikmah beriman kepada rasul
Tugas dan hikmah beriman kepada rasulTugas dan hikmah beriman kepada rasul
Tugas dan hikmah beriman kepada rasul
 
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suciPel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
Pel. 14 beriman dengan kitab kitab suci
 

Similar to Kefahaman yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di kalangan penganut Kristian yng bersalahan dengan ajaran Islam

ISLAM.pptx
ISLAM.pptxISLAM.pptx
ISLAM.pptx
agungndaru1
 
Iman kepada kitab
Iman kepada kitabIman kepada kitab
Iman kepada kitab
kumismuthohar
 
Materi Iman kepada kitab
Materi Iman kepada kitabMateri Iman kepada kitab
Materi Iman kepada kitab
elifitriani
 
IMAN KEPADA KITAB
IMAN KEPADA KITABIMAN KEPADA KITAB
IMAN KEPADA KITAB
kiatbelajar95
 
Tugas maridha
Tugas maridhaTugas maridha
Tugas maridhaKulai Wan
 
Iman kepada rosul SMA
Iman kepada rosul SMAIman kepada rosul SMA
Iman kepada rosul SMA
fendy99
 
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agamaPandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
SitiSalmiah Suni
 
Beriman kepada Kitab - Kitab Allah
Beriman kepada Kitab - Kitab AllahBeriman kepada Kitab - Kitab Allah
Beriman kepada Kitab - Kitab Allah
BellaNindaThania
 
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul AllahPendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
Putri Widyastuti
 
MATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptxMATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptx
RahulManufanPandra
 
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWTKEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
Nur Rohmah
 
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
samiul12
 
Materi iman kepada kitab allah
Materi iman kepada kitab allah Materi iman kepada kitab allah
Materi iman kepada kitab allah
Amalia Sofitri
 
Materi iman kepada kitab Allah
Materi iman kepada kitab AllahMateri iman kepada kitab Allah
Materi iman kepada kitab Allah
mea_ascha
 
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
samiul12
 

Similar to Kefahaman yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di kalangan penganut Kristian yng bersalahan dengan ajaran Islam (20)

Agama
AgamaAgama
Agama
 
ISLAM.pptx
ISLAM.pptxISLAM.pptx
ISLAM.pptx
 
Iman kepada kitab
Iman kepada kitabIman kepada kitab
Iman kepada kitab
 
Materi Iman kepada kitab
Materi Iman kepada kitabMateri Iman kepada kitab
Materi Iman kepada kitab
 
IMAN KEPADA KITAB
IMAN KEPADA KITABIMAN KEPADA KITAB
IMAN KEPADA KITAB
 
IMAN KEPADA RASUL
IMAN KEPADA RASULIMAN KEPADA RASUL
IMAN KEPADA RASUL
 
Tugas maridha
Tugas maridhaTugas maridha
Tugas maridha
 
Iman kepada rosul SMA
Iman kepada rosul SMAIman kepada rosul SMA
Iman kepada rosul SMA
 
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agamaPandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
 
Beriman kepada Kitab - Kitab Allah
Beriman kepada Kitab - Kitab AllahBeriman kepada Kitab - Kitab Allah
Beriman kepada Kitab - Kitab Allah
 
Peta konsep
Peta konsepPeta konsep
Peta konsep
 
Peta konsep
Peta konsepPeta konsep
Peta konsep
 
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul AllahPendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
Pendidikan Agama Islam- Cinta kepada Rasul-Rasul Allah
 
Modul media
Modul  mediaModul  media
Modul media
 
MATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptxMATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptx
 
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWTKEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
KEIMANAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT
 
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
 
Materi iman kepada kitab allah
Materi iman kepada kitab allah Materi iman kepada kitab allah
Materi iman kepada kitab allah
 
Materi iman kepada kitab Allah
Materi iman kepada kitab AllahMateri iman kepada kitab Allah
Materi iman kepada kitab Allah
 
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
Materi iman kepada kitab allah (nisrokhah)
 

Recently uploaded

Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptxAKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
adelsimanjuntak
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 

Recently uploaded (20)

Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptxAKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
 

Kefahaman yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di kalangan penganut Kristian yng bersalahan dengan ajaran Islam

  • 1. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian 1 1) Pendahuluan Nabi dan rasul adalah utusan yang dikirimkan oleh Allah di muka bumi ini untuk menyampaikan syiar Islam dan tauhid kepada Allah. Telah ramai Nabi dan juga rasul yang diutuskan. Akan tetapi, setelah berzaman-zaman berlalu, penyelewengan terhadap nabi dan rasul telah dibuat untuk menyesatkan orang-orang ramai dan memesongkan akidah orang-orang Islam. Bagi yang kurang mendalami ilmu ugama, akan mempercayainya tetapi sebaliknya bagi orang yang beriman dan mendalami ugama. Seperti yang telah kita ketahui, di dunia ini terdapat berbagai-bagai jenis ugama antaranya Islam, Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya dan sememangnya setiap daripada ugama-ugama ini mempunyai pegangan dan prinsip mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, ada di antara ugama-ugama ini sebenarnya pada awalnya membawa ajaran yang serupa dengan Islam kerana pada awalnya, ia adalah ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Seperti yang telah dikatakan di atas, setelah kewafatan para nabi dan rasul yang membawa ajaran yang benar tadi, banyak berlaku penyelewengan sehingga kitab-kitab yang telah diturunkan juga turut diselewengkan. Salah satu isu yang sering menjadi persoalan di dalam perihal ugama ini adalah mengenai Nabi dan Rasul yang semakin lama, dewasa ini telah diselewengkan dengan penyelewengan yang boleh dikatakan melampau. Oleh itu, di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan mengenai kepercayaan yang salah mengenai nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama Kritstian yang bercanggahan dengan ajaran Islam dengan menghuraikan definisi Nabi dan Rasul menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah, kepercayaan yang salah dan kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul yang di dalam ugama Kristian yang serupa dengan ajaran Islam.
  • 2. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian 2 2) Konsep Nabi dan Rasul Makna nabi menurut kebiasaan orang-orang Arab terdapat dalam dua bentuk. Pertama, perkataan nabi yang berakhir dengan huruf hamzah dan kedua, perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf hamzah. Perkataan nabi yang berakhir dengan hamzah dikatakan berasal daripada perkataan “an-naba’” yang bermaksud khabar atau berita. Berdasarkan kepada akna ini, nabi dimaksudkan sebagai seseorang yang membawa dan menyampaikan berita berdasarkan keterangan Al-Quran, surah An-Naba’, ayat 1 dan 2,        Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).1 Nabi yang tidak berakhir dengan huruf hamzah pula berasal daripada perkataan an-nabwah atau an-nabawah yang membawa maksud kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Tuhan sekalian alam. Terdapat sebahagian ulama termasuk di kalangan mazhab Al-Asya’irah daripada Ahli Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa perkataan An-nubuwwah adalah asas kepada perkataan nabi berdasarkan kemuliaan kedudukan mereka dibandingkan dengan hamba-hamba Tuhan yang lain.2 Dari segi istilah syara’ pula, ia bermaksud pemilihan Allah kepada hambaNya dengan menyampaikan wahyu kepadanya.3 Ia juga adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan mengenai berita-berita langit untuk dirinya secara khusus dan tidak diperintahkan supaya menyampaikannya kepada orang lain.4 Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak perlu menyampaikannya kepada orang lain. 1 An-Naba’ : 1-2 2 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 1 3 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3,, hlm 2 4 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2
  • 3. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian Rasul pula dari sudut Bahasa bermaksud seseorang yang ditugaskan membawa berita ataupun melakukan tugas penting.5 Ia juga bermaksud seseorang yang mengikuti perkhabaran-perkhabaran yang dibangkitkannya, mengambil ungkapan ‘unta datang berturu-turut’ (rusul ba’d 3 rusul).6 Menurut istilah, Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain. Ia juga membawa maksud seseorang yang diutus oleh Tuhan dan diberikan kitab, undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu, bertanggungjawab menyampaikannya kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.7 Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang menerima wahyu daripada Allah untuk dirinya sendiri, dan dia tidak perlu menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Rasul pula adalah seseorang yang diberikan wahyu oleh Allah dan ditugasan untuk menyampaikan wahyu yang diturunkan kepadanya. 2.1) Dalil diutuskan Nabi dan Rasul                     Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.8 Ibnu Kathir berkata : Jelas sekali dalam ayat di atas bahawa Alla Ta’ala telah memberitahukan kepada seluruh umat manusia tentang keadaan DiriNya sendiri yang Maha Mulia, Pengasih dan 5 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2 6 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3, hlm 3 7 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 3 8 At-Taubah : 115
  • 4. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian Penyayang serta betapa keadilan hukumNya, Dia tidak akan menyatakan sesat sesuatu kaum itu kecuali setelahdiutusnya Rasul untuk mereka itu yang menyampaikan apa-apa yang wajib disampaikan sehingga dengan demikian itu, lalu tidak ada lagi alasan yang dapat mereka kemukakan, jikalau sekiranya ada anggapan mereka yang salah seolah-olah Allah Ta’ala tidak memberikan penerangan apa-apa kepada mereka itu.9 Secara keseluruhannya, jelas bahawa Allah ada mengutus Rasul kepada umat manusia untuk menyampaikan apa yang Allah mahu mereka sampaikan kepada umat manusia. 3) Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama 4 Kristian Dewasa ini, banyak cerita-cerita dan isu-isu yang berbangkit yang menggambarkan keadaan Nabi dan Rasul yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam. Berikut akan dibincangkan kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian yang membuatkan cerita dan isu yang menyeleweng timbul. 3.1) Nabi dan Rasul secara umum Di dalam perjanjian lama, telah disebutkan sesuatu yang aneh dibaca mengenai para Rasul Allah :10 Nuh menjadi petani, dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah ia minum anggur mabuklah ia, dan ia telanjang dalam khemahnya. Dan kerana Kanaan, anak bungsunya itu melihat aurat ayahnya dan menceritakannya kepada saudara-saudaranya, maka Nuh berdoa mengutuk anak bungsunya itu. “Terkutuklah Kanaan, hendaklah ia menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-maranya.”11 Menurut petikan di atas, menggambarkan bahawa Nabi Nuh itu adalah seorang yang malas, tidak bersemangat dan seorang yang ringan mulut untuk mengutuk walaupun kepada anak baginda sendiri. 9 Tafsir Ibnu Kathir 10 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 32 11 Kejadian, 9:20-25
  • 5. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian Adapun Nabi Luth (a.s) digambarkan oleh perjanjian lama sebagai seorang lelaki yang mabuk akibat minuman khamar yang diberikan oleh kedua puterinya. Dalam keadaan mabuk, dia pun menggauli kedua puterinya itu, sehingga membuahkan keturunan.12 Pada malam itu, mereka memberi ayahnya minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya ; dan ayahnya tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun. Hal demikian berulang pada malam berikutnya bersama puterinya yang kecil13 Dilihat kepada petikan dari Al-Kitab di atas, menggambarkan bahawa Nabi Luth itu seorang Nabi yang rendah martabatnya sehingga sanggup menggauli anak baginda. Mereka menyamakan Nabi Luth serendah martabat kaum baginda yang bersifat songsang tersebut. Selain daripada itu, Nabi Yahuza digambarkan dalam Al-Kitab sebagai melaksanakan kejahatan yang keji dengan kedua-dua menanunya berturut-turut dengan menutup muka keduanya, sehingga dia tidak tahu siapa pelaku kejahatan itu. Dari perbutan keji tersebut, lahirlah anak kembar.14 Salah seorang daripada bernama Faris iaitu nenek Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Yusuf An-Najar, suami Maria, ibu kepada Al-Masih.15 Perkara di atas adalah tidak berasas, kerana seorang Nabi bersifat ma’sum16, mana mungkin seorang Nabi itu melakukan seseuatu yang tidak bermoral, apatah lagi terhadap mahramnya sendiri. Hikmat kelahiran Al-Masih disebutkan dalam Injil Yohanes, umpamanya :17 Kerana begitu besarkasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan anakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, kecuali beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus anakNua ke dunia bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkan oleh Dia. Sesiapa yang percaya 12 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur 13 Kejadian, 19:30-38 14 Ibid, 38 : 12-30 15 Matius, 1 : 1-16 16 Terpelihara daripada perbuatan dosa 17 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 15 5
  • 6. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian kepadaNya tidak akan dihukum, bagi sesiapa yang tidak percaya ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia percaya dalam nama anak tunggal Allah”18 Menurut petikan di atas, orang Kristian berpegang bahawa Isa Al-Masih itu bersifat mendua, separuh Tuhan dan separuh manusia. Tetapi sifat ketuhanan pada diri Al-Masih itu merujuk kepada yang dia itu adalah anak tuhan dan kalimatnya terjadi sejak zaman azali lagi.19 Ini jelas telah jauh terseleweng. Nabi Isa sendiri dilahirkan tanpa bapa dan Allah itu tidak ada anak seperti firman Allah Ta’ala,      Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan20 Jadi, mana mungkin Nabi Isa itu adalah anak kepada Allah sedang jelas bahawa Allah Ta’ala tidak beranak dan tidak diperanakkan. Melalui dari kenyataan di atas, tidak hairanlah Nabi dan Rasul itu dilakonkan di kaca-kaca televisyen melalui cerita-cerita terbitan orang Barat bahawa Nabi-Nabi dan Rasul mereka bermabuk-mabukan dan mempunyai sikap yang kurang senonoh. 6 3.2) Nabi Muhammad Pada tahun 1291, dua puluh tahun sebelum Dante menulis bukunya yang berjudul Divine Comedy, kubu terakhir Perang Salib, iaitu Acre di Palestin, ditawan semula oleh umat Islam dan tentera Perang Salib diusir dari wilayah itu. Imej mengenai peperangan itu amat jelas dalam fikiran Dante apabila beliau menggambarkan sesuatu yang buruk mengenai Nabi Muhammad dalam nerakanya. Dante mengumpamakan Nabi Muhammad dan Ali, yang tubuh mereka terpisah dari kepala hingga pinggang dengan lapan lingkaran neraka. Puisinya menggambarkan Nabi Muhammad sebagai orang berdosa, yang mencarik-carik dadanya yang luka parah dengan tangannya sendiri iaitu tanda simbolik yang menunjukkan beliau ialah ketua pelaknat yang membawa perpecahan dalam agama. Bagi Dante, kejahatan Nabi Muhammad adalah 18 Yohanes, 3:16-18 19 Ibid, 1:1 20 Al-Ikhlas : 3
  • 7. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian meyebarkan ‘agama palsu’ dengan menyampaikan wahyu suci dan mendakwa ia sebagai menggantikan agama Kristian yang merupakan penipuan jahat hanya boleh menabur pertelingkahan dalam dunia.21 Menurut perkara di atas, Nabi Muhammad itu digambarkan sebagai seorang yang menyebarkan agama palsu. Bagi Dante tadi, agama Kristian adalah agama yang benar, dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah agama palsu yang dibuat-buat untuk tujuan membuat pertelingkahan di muka bumi. Kepercayaan ini tersebar di kalangan penganut Kristian sehingga mereka menjauhi dari mendalami Islam da nisi yang ada di dalamnya. 4) Kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul di ajaran Islam. Berdasarkan kepada petikan-petikan daripada Al-Kitab tadi, tersebar kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul di kalangan orang-orang Kristian. Perkara ini perlu dibetulkan supaya masyarakat tidak terus mempercayai cerita-cerita yang mereka lihat di kaca televisyen mengenai kepercayaan yang salah ini. Oleh itu, berikut adalah kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran. 7 4.1) Nabi dan Rasul secara umum Apabila kita bandingkan antara kisah Nabi Nuh dalam Al-Quran dan dalam Al-Kitab, maka kita akan mendapati bahawa Al-Quran mengungkapkan kisah Nabi Nuh dan kaumnya dengan ungkapan seperti dinyatakan dalam firman Allah,22                           21 A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia. hlm 30 22 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 34
  • 8. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian          "Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.23 Ayat di atas menunjukkan bahawa betapa Nabi Nuh (AS) mempunyai azam yang kuat dan keperibadian yang kukuh. Bersedia menanggung risiko apa pun dalam menjalankan perintah Allah. Di samping itu, banginda bersegera beristighfar walaupun kesalahan yang baginda lakukan itu berupa ungkapan doa yang keliru kerana didorong oleh perasaan ayah kepada anak. Ini berbeza sekali dengan gambaran yang disebutkan di dalam Al-Kitab yang telah diselewengkan tersebut. Berbalik kepada kepercayaan mengenai Nabi Luth di dalam Al-Kitab pula, adapun Nabi Luth mendapat julukan di dalam Al-Quran sebagai seorang Rasul yan mempunyai darjat utama atas umat pada masanya.24 Firman Allah,           Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).25 23 Yunus : 71 24 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 25 Al-An’am : 86 8
  • 9. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian Juga dijuluki sebagai seorang hamba yang soleh26 seperti firman Allah Ta’ala,                   Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan Dia dari bandar Yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara Yang keji; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, Yang fasik, derhaka.27 Baginda juga disifatkan dengan seorang yang bersyukur28 seperti yang disebutkan di dalam Al- Quran,          Sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur.29 Berdasarkan daripada ayat-ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa dakwaan di dalam Al-Kitab mengenai Nabi Luth adalah tidak releven sama sekali. Bagaimana mungkin seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai darjat yang tinggi di kalangan umat sezamannya, soleh dengan mengerjakan semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya dan seorang yang selalu bersyukur, membuat sesuatu yang dilarang oleh Islam. 9 4.2) Nabi Muhammad Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa akan datang ke dunia, seorang Nabi dan Rasul yang menjadi penutup sekalian Nabi, iaitu Nabi Muhammad. Di dalam surah As-Saf, ayat 6, 26 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 27 Al-Anbiyaa’ : 74 28 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 29 Al-Qamar : 35
  • 10. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian                                  Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!" 30 Menurut ayat di atas, Nabi Isa yang diturunkan kepada Injil yang menjadi pegangan penganut Kristian sendiri mengakui kebenaran kitab Taurat bahawa akan ada seorang Rasul selepas Nabi Isa yang bernama Muhammad atau Ahmad. Di dalam kitab Yesaya, bab 29 ayat 12 ada menyebutkan, “Dan buku itu diserahkan kepadanya yang tidak belajar dengan berkata, “Baca ini, saya berdoa kepadamu,” : dan dia berkata, “Saya tidak tahu,”31 Kisah ini bertepatan dengan kisah Nabi Muhammad SAW ketika pertama kali wahyu diturunkan di Gua Hira, malaikat Jibril mendatangi baginda dan memerintahkan baginda untuk membaca, seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1, 30 As-Saf : 6 31 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur, hlm 29 10
  • 11. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian     11   Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),32 Dengan perintah daripada malaikat Jibril itu, Nabi Muhammad menjawab, “Saya tidak tahu membaca,”33 Dari perkara di atas, menunjukkan, ada terdapat di dalam Al-Kitab orang Kristian yang masih menepati ajaran Islam, cuma mereka tidak mahu mengakuinya kerana menurut mereka, jika mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad, mereka perlu mengikut semua yang dibawakan oleh Nabi Muhammad. Mereka tidak mahu meninggalkan kehidupan mereka dalam keadaan ajaran Kristian yang menyeleweng tersebut. Allah Ta’ala memuliakan Nabi Muhammad dengan menjadikan bagina penutup segala Nabi dan Rasul, menjadikan dakwah baginda sebagai risalah terakhir setelah syirik dan kufur merosakkan akidah kaum-kaum Nabi yang terdahulu. Risalah baginda adalah penutup dan penghapus syari’at yang sebelumnya.34 32 Al-‘Alaq : 1 33 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur, hlm 29 34 Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia, hlm 402
  • 12. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian 12 5) Penutup Secara kesimpulannya, jelas di sini bahawa terdapat kepercayaan-kepercayaan yang salah di dalam agama Kristian yang tersebar di kalangan penganutnya. Namun begitu, semua kepercayaan tersebut telah dijawab dan dibidas oleh Islam dengan mendatangkan dalil-dalil Al- Quran. Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk membetulkan kepercayaan yang salah tersebut semampu kita, dan mestilah kita menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita sendiri tidak termakan dan terhasut untuk mempercayai kepercayaan yang dibawa dalam agama Kristian yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
  • 13. Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian 13 Bibliografi - Al-Quran - A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia - Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3 - Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia - Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur - Tafsir Ibnu Kathir - Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur - Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur