SlideShare a Scribd company logo
JURNAL REFLEKTIF
Apa yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasa ini ialah saya dapat mengetahui
serba sedikit tentang suku kaum bajau terutama sekali suku kaum bajau di daerah Kota Belud,
Sabah.
Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum
Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di
pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Selain
itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai petani
tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.
Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat mereka
yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga yang
berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi
keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu
memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin
berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum
perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak
andam.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau
menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan
dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah
pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad
nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin
perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air
sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu disandingkan.
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan
tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya
ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang
laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu
bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan
tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-
kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera
seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara
stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi
kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam
kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai dan
Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.Tarian
Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah
pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat
sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas
sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.Tarian
Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain
yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua
orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota
rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai
lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang
larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad.
Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang
melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada
kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana
dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah.
Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami
daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan
berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya
bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat
mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh)
sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau
muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap
sumbang dan anas serta akan mendatangkan sial.
Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini
disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan
berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal
dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan.
Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu yang lain dan
biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan.
Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan
tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi
mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih
kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di
rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka.
Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin
perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung
oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan
berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah
sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan
khutbah nikah.
Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang
dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh
pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak
perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan
daripada penglihatan pengantin lelaki.

More Related Content

What's hot

MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
fateha fouzi
 
Jenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeksJenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeks
Noor Aidah Usul
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
nasywah79
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Nizxx_
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jimmy Mogolid
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutanamiragee
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
Noorsafuan Che Noh
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
Fairus Mohd Long
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
Linn Othman Rulz Munchoii
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
nasywah79
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaDebbie Tcy
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
Norhidayu Rosman
 

What's hot (20)

MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Jenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeksJenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeks
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannya
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 

Similar to Jurnal reflektif suku kaum bajau

Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
VJ Asenk
 
Kebudayaan melayu1 iim iryanto
Kebudayaan melayu1 iim iryantoKebudayaan melayu1 iim iryanto
Kebudayaan melayu1 iim iryanto
Baim BamaBoy
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
MuhammadRipurio
 
adat perkawinan desa warukin
adat perkawinan desa warukinadat perkawinan desa warukin
adat perkawinan desa warukinrikamarsela
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabau
Asmara01
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
sicua050896
 
Masyrkt banjar
Masyrkt banjarMasyrkt banjar
Masyrkt banjar
Abu eL IQram
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
JenChing Teoh
 
Bab 11 : Sabah
Bab 11 : SabahBab 11 : Sabah
Bab 11 : Sabah
Redwan Haris
 
Tajuk 1 (Kumpulan A)
Tajuk 1 (Kumpulan A)Tajuk 1 (Kumpulan A)
Tajuk 1 (Kumpulan A)
Ms Yati
 
Presentation 1 s ejarah
Presentation 1 s ejarahPresentation 1 s ejarah
Presentation 1 s ejarah
Nurul Shafiqah
 
Upacara bakar batu di papua
Upacara bakar batu di papuaUpacara bakar batu di papua
Upacara bakar batu di papua
Afif Fachruddien
 
Sedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuSedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai suku
ceceliajeylus
 
Upacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawaUpacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawa
Faisal ind
 
Present.calendar event sulsel
Present.calendar event sulselPresent.calendar event sulsel
Present.calendar event sulsel
yoedha pamungkas
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi  bajau sempornaKepercayaan dan amalan tradisi  bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau sempornaMohd Irfan Izaruddien
 
Adat_istiadat.pptx
Adat_istiadat.pptxAdat_istiadat.pptx
Adat_istiadat.pptx
UmmuFaizah7
 
Tata upacara pengantin banjar
Tata upacara pengantin banjarTata upacara pengantin banjar
Tata upacara pengantin banjar
Nolis Marliati
 

Similar to Jurnal reflektif suku kaum bajau (20)

Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
Kebudayaan melayu1 iim iryanto
Kebudayaan melayu1 iim iryantoKebudayaan melayu1 iim iryanto
Kebudayaan melayu1 iim iryanto
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
 
adat perkawinan desa warukin
adat perkawinan desa warukinadat perkawinan desa warukin
adat perkawinan desa warukin
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabau
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Masyrkt banjar
Masyrkt banjarMasyrkt banjar
Masyrkt banjar
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
 
Bab 11 : Sabah
Bab 11 : SabahBab 11 : Sabah
Bab 11 : Sabah
 
Tajuk 1 (Kumpulan A)
Tajuk 1 (Kumpulan A)Tajuk 1 (Kumpulan A)
Tajuk 1 (Kumpulan A)
 
Presentation 1 s ejarah
Presentation 1 s ejarahPresentation 1 s ejarah
Presentation 1 s ejarah
 
Upacara bakar batu di papua
Upacara bakar batu di papuaUpacara bakar batu di papua
Upacara bakar batu di papua
 
Sedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai sukuSedikit sebanyak info mengenai suku
Sedikit sebanyak info mengenai suku
 
Upacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawaUpacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawa
 
Present.calendar event sulsel
Present.calendar event sulselPresent.calendar event sulsel
Present.calendar event sulsel
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi  bajau sempornaKepercayaan dan amalan tradisi  bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
 
Adat_istiadat.pptx
Adat_istiadat.pptxAdat_istiadat.pptx
Adat_istiadat.pptx
 
Etnik Sabah
Etnik SabahEtnik Sabah
Etnik Sabah
 
Tata upacara pengantin banjar
Tata upacara pengantin banjarTata upacara pengantin banjar
Tata upacara pengantin banjar
 

Jurnal reflektif suku kaum bajau

  • 1. JURNAL REFLEKTIF Apa yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasa ini ialah saya dapat mengetahui serba sedikit tentang suku kaum bajau terutama sekali suku kaum bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut. Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu disandingkan. Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan
  • 2. tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil- kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan. Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh)
  • 3. sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang dan anas serta akan mendatangkan sial. Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan. Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka. Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah. Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki.