SlideShare a Scribd company logo
1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan
dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran
3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk,maka masih segarlagi
untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan
4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga
sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan
didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.
5. Nyanyian Lagu Motivasi
Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan
bermotivasi.
ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.
6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untukbersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum:
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)
Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan,angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri
9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyikompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar
10. Tepuk energy
Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan,jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.
11. Gosok Tangan
Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah
12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)
13. Pegang Dagu
Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat
14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator
contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu,belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanamsifat bertolak ansurdan membina hubungan dikalangan pelajar.
15. Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu,dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.
16. Pengelompokan mengikut kriteria
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.
17. Group in…
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besaruntuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yan g telah
ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam
kumpulan.
18. Kerusi Panas
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat dudukdiberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai
contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki
sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelumbertindak.
19. Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan
menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyidan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
20. Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori sepertilagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara.
21. Uji Bakat
Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untukmenjalani ujian emosi sepertidisuruh bersyarahan / berucap, melakukan
aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin
dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.
22. Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang
singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyakmungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik
hati, bertanggungjawab,suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3
minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untukmembaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri,
maka semua kita layak untuk memimpin.
23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan.Contohnya botolmineral, kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar/ asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan,maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral
tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untukmelakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah.
Contohnya,nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-
masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui
perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.
24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalamkumpulan besar atau kumpulan kecil.
(Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru
penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal
dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.
25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuaidengan
nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelumbermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ah li
kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

More Related Content

Viewers also liked

4 6- geometri koordinat sahaja - revision-2
4 6- geometri koordinat sahaja - revision-24 6- geometri koordinat sahaja - revision-2
4 6- geometri koordinat sahaja - revision-2Roslina Abdul Rashid
 
Tafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihahTafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihah
Istianatus Sa'diyah
 
Intervensi
IntervensiIntervensi
Intervensi
Shaznie Hasran
 
Surah Fatihah word for word
Surah Fatihah word for wordSurah Fatihah word for word
Surah Fatihah word for word
Momina Mateen
 
Modul LDK
Modul LDKModul LDK
Modul LDK
zikarinkishika
 
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Asas KaunselingKemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Asas Kaunseling
vampraa1971
 
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraModul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Abd Aziz Ibrahim
 
Surah Al-Fatiha
Surah Al-FatihaSurah Al-Fatiha
Surah Al-Fatiha
Jawad Nasser
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk trainingIg Fandy Jayanto
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
Almira Sifak Fauziah Narariya
 

Viewers also liked (11)

4 6- geometri koordinat sahaja - revision-2
4 6- geometri koordinat sahaja - revision-24 6- geometri koordinat sahaja - revision-2
4 6- geometri koordinat sahaja - revision-2
 
Tafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihahTafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihah
 
Intervensi
IntervensiIntervensi
Intervensi
 
Surah Fatihah word for word
Surah Fatihah word for wordSurah Fatihah word for word
Surah Fatihah word for word
 
Modul LDK
Modul LDKModul LDK
Modul LDK
 
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Asas KaunselingKemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Asas Kaunseling
 
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraModul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
 
Surah Al-Fatiha
Surah Al-FatihaSurah Al-Fatiha
Surah Al-Fatiha
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaring
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk training
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 

Similar to Ice breaking nbos

Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
Rosli MOhd Zaman
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
Rosli MOhd Zaman
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-thinktuminah baharom
 
2 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp022 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp02Wandi Husein
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Amanda Cheah
 
Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)
Nickyatkinson96
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
Santa Barbara
 
2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i thinkHazlee Gapal
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Dennis Ha
 
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikirbetiaing
 
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
shafiq601306
 
Program guru penyayang.
Program  guru penyayang.Program  guru penyayang.
Program guru penyayang.Hairudin Isa
 
KEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARKEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARJue Leo
 
Kajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzikKajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzik
Mugilah Mugilah
 
Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1
Siti Rasidah
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
muhamad mursyid mohamad zakaria
 

Similar to Ice breaking nbos (20)

Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think
 
2 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp022 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp02
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
 
Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikir
 
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
 
Program guru penyayang.
Program  guru penyayang.Program  guru penyayang.
Program guru penyayang.
 
KEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARKEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJAR
 
Rph imbangan
Rph imbanganRph imbangan
Rph imbangan
 
Kajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzikKajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzik
 
Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 
Rph bm 12 mei
Rph bm 12 meiRph bm 12 mei
Rph bm 12 mei
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 

Recently uploaded (11)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 

Ice breaking nbos

  • 1. 1. Mukaddimah Aktiviti : i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Wisel Aktiviti : i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar. ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan. iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan. Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran 3. Ucapan Tahniah Aktiviti : 1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah 2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk,maka masih segarlagi untuk mengikuti aktiviti ini. Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan 4. Barang Amanah Aktiviti : i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program. ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai). Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi. 5. Nyanyian Lagu Motivasi Aktiviti : i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi. ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan. Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu. 6. Salam Semut Aktiviti : i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati). ii. Pelajar akan bergerak untukbersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina). iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti. 7. Senyum Aktiviti : i. Sebut perkataan “tempey”. ii. Latihan senyum: Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas Nombor 3 : Senyum yang ikhlas Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
  • 2. 8. Kungfu Wacha (1,2,3,4) Aktiviti : Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!) Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!) Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!) Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan,angkat kaki (wacha!) Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri 9. Kelopak Jantung Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak” 3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung” 4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyikompang. Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar 10. Tepuk energy Aktiviti : Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo” Tepuk 3 : Tepuk tangan,jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar. 11. Gosok Tangan Aktiviti : 1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas. 2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah) Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah 12. Fokus Aktiviti : 1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju 2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi. 3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor) 13. Pegang Dagu Aktiviti : 1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo” 2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat 14. Urutan Aktiviti : 1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina 2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu,belakang dll. Nilai / rasional aktiviti : Menanamsifat bertolak ansurdan membina hubungan dikalangan pelajar. 15. Sentuhan Kasih Aktiviti : 1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat) 2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain. 3. Contohnya dagu bertemu dagu,dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.
  • 3. 16. Pengelompokan mengikut kriteria Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti : a. Sama jantina b. Sama tahun lahir c. Sama bulan kelahiran d. Sama saiz kasut e. Sama warna baju / seluar dll. ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan. 17. Group in… Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator. ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..” iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besaruntuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yan g telah ditetapkan. iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan. 18. Kerusi Panas Aktiviti : i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar. ii. Apabila arahan tukar tempat dudukdiberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain. iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.) iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah. Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelumbertindak. 19. Bunyi paling menarik Aktiviti : i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik. ii. Markah akan diberi kepada bunyidan pergerakan kumpulan yang paling menarik. iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan. 20. Pergerakan paling menarik Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar. iii. Pemilihan lagu mengikut kategori sepertilagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya. iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara. 21. Uji Bakat Aktiviti : i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing. ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi a. Ketua b. Penolong c. Setiausaha. iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untukmenjalani ujian emosi sepertidisuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
  • 4. iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari : a. Peserta yang paling comel b. Peserta yang paling bijak berbicara c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin. 22. Aktiviti Keretapi Aktiviti : i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’. ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak). iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyakmungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab,suka menolong orang dll. iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit). v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi. vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untukmembaca nilai-nilai yang diperolehi. Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin. 23. Brainstorming Aktiviti : i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar. ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan.Contohnya botolmineral, kotak kapur dll. iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar/ asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir. iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat. v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan,maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll. vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untukmelakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya,nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll. vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing- masing fokus tentang kepimpinan. viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas. 24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness) Aktiviti : i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalamkumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras) iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan. Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan. 25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark Aktiviti : i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuaidengan nama kumpulan. ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelumbermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ah li kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.