SlideShare a Scribd company logo
Hamba Yang Ajaib
Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat
seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan
mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk
membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa
melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia
bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas
Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada
tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada
kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir
surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut
menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham
asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan
tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman
Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah
menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa
yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan
menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri
hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya
menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka
dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Satelah
hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid
terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang
pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat
daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar.
Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa
kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah
kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari
langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan
perasaan hairan dan takjub sekali.
Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk
berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan
memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya
menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari
hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat
sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak
berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan
menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu
tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah
beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan
apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu
buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan
dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul
Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu
berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid
mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang
berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini"
jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan
kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan
kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku
malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.
Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya
mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan
kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu
seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah
beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul
Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang
disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid
makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan
dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul
Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga
saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah
selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh
sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya
mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk
malam tadi".
Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan
tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid.
Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya
kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan
kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya.
Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan
wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta
batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban
yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.
Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh
hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku.
Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid
memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik
kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan
jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan
marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu
terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh
pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan
kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu
kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil
pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal
diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan
sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang
terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah
supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali
sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid
yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian
tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta
diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah
berlaku.

More Related Content

Viewers also liked

3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
Information and Communications Technology Council
 
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
grupotrafficcontrol
 
Logo Preview1
Logo Preview1Logo Preview1
Logo Preview1
sumathi annaiyappa
 
KEG pre-published report
KEG pre-published reportKEG pre-published report
KEG pre-published report
Na Jiang
 
Clinical research
Clinical researchClinical research
Clinical research
Texila E Conference
 
Signder - web service
Signder -  web serviceSignder -  web service
Signder - web service
Analystik
 
Charlotte's Web Project
Charlotte's Web ProjectCharlotte's Web Project
Charlotte's Web Project
holyspirit
 
speed control of induction motor using plc and vfd
speed control of induction motor using plc and vfdspeed control of induction motor using plc and vfd
speed control of induction motor using plc and vfd
manishrair
 
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
awgua
 

Viewers also liked (10)

3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
3rd Annual, 'Futures in ICT' Collaboration Conference presentation on labour ...
 
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
Presentacionmotivacion 101202022542-phpapp01
 
LR_MAG10
LR_MAG10LR_MAG10
LR_MAG10
 
Logo Preview1
Logo Preview1Logo Preview1
Logo Preview1
 
KEG pre-published report
KEG pre-published reportKEG pre-published report
KEG pre-published report
 
Clinical research
Clinical researchClinical research
Clinical research
 
Signder - web service
Signder -  web serviceSignder -  web service
Signder - web service
 
Charlotte's Web Project
Charlotte's Web ProjectCharlotte's Web Project
Charlotte's Web Project
 
speed control of induction motor using plc and vfd
speed control of induction motor using plc and vfdspeed control of induction motor using plc and vfd
speed control of induction motor using plc and vfd
 
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
"Тайм-менеджмент руководителя: как все успеть" О. Долгова
 

Hamba yang ajaib

  • 1. Hamba Yang Ajaib Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali. Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut. Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu. Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.
  • 2. Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau. Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari. Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi". Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid.
  • 3. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini. Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pingsan. Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya. Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.