Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Garis panduan pembinaan laman pd p
1. Garis Panduan
Pembinaan Laman Pembelajaran PdP
1. Laman PdP tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti seperti:
i. Perkauman (cth;perbezaan warna kulit, keturunan)
ii. Agama (cth;ajaran sesat, tahyul dan khurafat)
iii. Politik yang melampau (cth;demonstrasi, Komunisme)
iv. Pornografi (cth;unsur seks, gambar-gambar lucah)
v. Keganasan (cth;jenayah siber, buli, gangsterisme, penderaan)
2. Laman PdP mesti mempunyai nama bidang, mata pelajaran, topik dan kumpulan sasaran
(Tahun/ Tingkatan) dan mengandungi tab Pengenalan, Isi Kandung, Penilaian dan
Rumusan.
3. Laman PdP menepati sukatan pelajaran KPM yang terkini.
4. Maklumat peribadi tidak digalakkan untuk dimuat naik.
5. Laman perlu mempunyai arahan PdP (instruksional) yang sesuai supaya memudahkan
penggunaan laman PdP yang dibangunkan.
6. Bahan/ Kandungan yang dimuat naik dalam laman PdP mesti berkaitan dengan tajuk dan
topik.
7. Laman PdP lengkap dengan bahan/ kandungan tanpa meninggalkan Tab/Page/Ruang
kosong.
8. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) harus dimuat naik dalam laman PdP.
9. Bahan/ kandungan yang digunakan dalam pembinaan laman PdP tidak melanggar Hak
Cipta.
10. Bahan/ kandungan dalam pembinaan laman PdP perlu memasukkan elemen Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
11. Laman PdP perlu mempunyai aspek pentaksiran.
12. Penggunaan bahan/ kandungan yang berlatar belakang/ mempunyai imej Malaysia dan
sesuai dengan Tajuk Laman PdP.
13. Pembinaan laman PdP menepati nilai-nilai moral.