2. OBJEKTIF
1. Memerihalkan fenomena Gerhana Bulan dengan bantuan lakaran
berdasarkan:
• kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari;
• sifat cahaya;
2. Memerihalkan fenomena Gerhana Matahari dengan bantuan lakaran
berdasarkan:
• kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari;
• sifat cahaya;
3. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
3. KRITERIA KEJAYAAN
• 1. Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa fenomena gerhana
bulan.
• 2. Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa fenomena gerhana
matahari.
• 3. Melakarkan gambarajah untuk menunjukkan fenomena Gerhana Bulan berlaku
apabila kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus.
• 4. Melakarkan gambarajah untuk menunjukkan fenomena Gerhana Matahari berlaku
disebabkan oleh kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus.
• 5. Berkomunikasi tentang kesan fenomena gerhana kepada kehidupan di Bumi.
• 6. Mentafsir gambar rajah peringkat-peringkat gerhana mengikut urutan yang betul
secara digital atau buku skrap