SlideShare a Scribd company logo
1
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan sidang
Akademik 2013/2014
Spw 209 : Politik Perbandingan
Tajuk tugasan
Matlamat Pembangunan Milinium
Kajian kes:
Kegagalan PBB Menyelesaikan Krisis Kemanusiaan di
Somalia
NAMA : MAZNI SIDRU
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN
1.0 Latar belakang Kajian……..…………………………………………… 1-2
2.0 Objektif Kajian……………………………………………………………..3
2.1 Persoalan Kajian…………………………………………………………3-4
2.2.1 negara Somalia
2.2.2 jumlah penduduk di Somalia
2.2.3 faktor kebuluran di Somalia
2.2.4 kesan kebuluran rakyat
3.0 Metadologi Kajian………………………………………………………..5-7
3.1 teknik pengumpulan data
3.2 data sekunder
4.0 Analisis Kajian……………………………………………………………7-10
4.1 Tekanan daripada kuasa besar terhadap PBB
4.2 Perlumbaan senjata setiap Negara besar yang mempunyai kuasa autonomi
dalam ekonomi dunia gagal ditangani
4.3 Kelewatan PBB dalam menyelesaikan isu kebuluran di Somalia dan pemimpin
kurang cakna menjaga hak kemanusiaan dan keperluan rakyat
4.4 Perbandingan PBB dengan anggota NGO lain di dunia
4.4.1 Non-Government Organisation(NGO)
5.0 Sorotan Karya……………………………………………………………..11
6.0 Kesimpulan…………………………………………………………………12
Bibliografi…………………………………………………………………..13
Lampiran………………………………………………………………….14-16
3
Matlamat Pembangunan Milinium
kajian kes
Kegagalan PBB Menyelesaikan Krisis Kemanusiaan di Somalia
ABSTRAK
Kajian ilmiah ini menghujahkan bahawa walaupun persoalan dalam Matlamat
Pembangunan Milinium ini mempunyai kesan yang mendalam dan menjangkau jauh ke
atas kehidupan manusia sejagat khususnya rakyat Dunia Ketiga, usaha sama yang
banyak disumbangkan dari segi keperluan asas kepada seluruh masyarakat dunia.
Perkongsiaan idea dan kepakaran dalam usaha menyatukan keamanan dan keharmonian
dunia bagi pertubuhan yang diwujudkan oleh penguasa politik dunia telah melahirkan
satu pendekatan yang sangat kondusif bagi melancarkan kestabilan politk dunia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan idea yang diwujudkan oleh pemegang
kuasa dunia. Kewujudan pertubuhan ini hasil daripada perang Dunia Kedua yang
menjadi agenda utama bagi merangka satu perundingan agung untuk menggantikan
perang kepada bentuk perundingan yang berbentuk positif. Kajian ini bertujuan
memikirkan semula persoalan pembangunan dan krisis yang wujud diserata dunia
khususnya di Afrika timur. Melihat dari segi rangka dasar yang dihasilkan dari sudut
kepentingan kemanusiaan dan realiti daripada pelbagai Negara. Oleh itu kita perlu
mengambil pendirian yang optimis dan berusaha mewujudkan persekitaran yang lebih
kondusif bagi memajukan pembangunan manusia dan keselamatan insan.
4
PENGENALAN
1.0 Latar belakang Kajian
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang lahir selepas perang dunia kedua merupakan
sebuah pertubuhan paling banyak keaggotaannya dan boleh dikatakan lebih baik dari pertubuhan
Liga bangsa-bangsa ini. Semenjak penubuhannya, perang dunia telah dapat dielakkan. Namun
pertelagahan kaum dan konflik politik masih juga berlaku. Akibat dari perebutan kuasa dan
usaha untuk memerdekakan Negara dari belenggu penjajah, atau akibat fahaman politik yang
berbeza dalam negeri-negeri tersebut. Konflik ini mengakibatkan berjuta-juta nyawa terkorban
dan cedera sebagai mangsa konflik, perang yang begitu dahsyat dalam sejarah manusia. Keadaan
ini bertambah meruncing apabila revolusi pensenjataan berlaku tanpa had dan batasan, sama ada
pengeluaran senjata untuk kepentingan pertahanan, penjajahan ataupun menjadi sumber ekonomi
kepada Negara.
Menjelang berakhirnya perang Dunia Kedua, pelbagai ikhtihar telah dibuat sekali bagi
mewujudkan satu lagi organisasi antarabangsa yang dapat merapatkan hubungan antara Negara.
Pada 24 jun 1945, wakil-wakil dari lima puluh satu Negara telah bertemu di Francisco bagi
menandatangani piagam bangsa-bangsa bersatu dan piagam berkenaan merupakan buku
peraturan asas bangsa-bangsa bersatu. Dalam 111 artikel atau peraturan yang terdapat dalamnya,
piagam tersebut menerangkan matlamat dan tujuan itu patut dilaksanakan. Antara matlamat yang
diketengahkan oleh Pertubuhan Bangas-bangsa Bersatu kepada masyarakat ialah:,
I. Menyelamatkan manusia daripada kesengsaraan perang
II. Menjaga hak asasi manusia dan persamaan hak antara lelaki dan wanita
antara Negara-negara sama ada besar atau kecil
III. Menggalakkan keadilan dan menghormati undang-undang
antarabangsa, dan untuk
IV. Menggalakkan kemajuan sosial, taraf kehidupan yang lebih baik, dan
kebebasan.1
1
Michael Pollard, terj, Md Sharit Bharuddin, (1995), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlmn 12.
5
2.0 Objektif kajian
Kajian ilmiah ini akan membincangkan beberapa Objektif yang akan di senaraikan
dibawah bagi membentuk satu kaedah kajian yang tidak akan tersasar daripada skop kajian.
Dalam hal ini juga, beberapa punca, faktor yang mendorong masalah ini terus berlaku dan
berlanjutan sehingga badan bertanggungjawap sukar menanganinya. Antaranya ialah:,
a) Krisis kemanusiaan akibat perang yang menyebabkan majoriti rakyat
Somalia terkorban tanpa pembelaan.
b) Kebuluran di Negara Somalia menjadi salah satu faktor yang mendorong
peningkatan jumlah kematiaan setiap tahun,
c) PBB sukar menangani krisis kemanusiaan yang melanda Negara Somalia
di peringkat perhimpunan agung PBB, dan,
d) kongkongan oleh Negara-negara besar yang mempunyai kuasa veto dalam
memutuskan keputusan terhadap sesuatu isu.
Dibawah merupakan sedikit mengenai Negara Somalia dari segi pembentukan Negara,
keluasan, kepadatan penduduk, suhu, dan beberapa faktor dan kesan kebuluran yang
menimpa Negara ini. Keadaan yang dialami oleh mereka telah mendorong pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk terus membela masyarakat ini daripada pupus akibat
kemiskinan. Namun begitu, peranan anggota PBB dalam menyelesaikan isu ini masih pada
tahap yang kurang memuaskan. Hal ini demikian kerana, PBB sendiri mendapat kekangan
daripada pihak yang mempunyai kepentingan dalam pembentukan dasar yang dibawa oleh
mereka dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berkaitan.
2.1 Persoalan Kajian
Kajian ini menyenaraikan beberapa pokok persoalan yang dijadikan sebagai flatform
untuk mengkaji bagaimana krisis kemanusiaan yang berlaku di Somalia sukar mendapat
pembelaan daripada masyarakat global. Oleh itu, penelitian melalui kajian, yang diterapkan
amnya dapat menyeneraikan beberapa persoalan terhadap kajian ini. Antaranya ialah:,
i. Mengapa krisis kemanusiaan di Negara Somalia sukar mendapat
pembelaan daripada masyarakat global
6
ii. Apakah Pimpinan di somalia tidak berdaya dalam menjaga kebajikan
rakyat
iii. Apakah tujuan utama Negara besar mengongkong PBB dalam
menyelesaikan sesuatu isu yang melibatkan keselamatan
iv. Adakah NGO lain di Dunia juga mampu menjaga hak kemanusiaan
seperti PBB.
2.2.1 Negara Somalia
Somalia merupakan sebuah Negara yang besar, terletak di hujung sebuah tanjung sebelah
timur benua Afrika. Somalia terletak di pantai benua Afrika dan bentuknya seakan-akan
angkah tujuah. Negra ini bersempadan dengan habsyah, Kenya, dan Djibouti. Somalia
mempunyai dua garisan pinggir laut, iaitu telu Aden di bahagian utara dan lautan hindi
dibahagian selatan.2
Selain itu, hampir keseluruh negeri Somalia terdiri daripada dataran
yang kering dan berdebu, dengan beberapa kawasan padang rumput dan taburan beberapa
rumpun pokok akasia. Keadaan suhu disomalia sangat panas dengan suhunya mencecah
antara 30 hingga 40 darjah Celsius. Malah hujan agak jarang dan terlalu sedikit bahkan
langsung tiada hujan yang turun.
2.2.2 Jumlah Penduduk di Somalia
Somalia mempunyai kepadatan penduduknya agak separuh sahaja, tetapi keluasan
Somalia lebih kurang dua kali ganda keluasan Malaysia. Hampir 65 peratus penduduknya
adalah dari suku kaum nomad dan petani yang tinggal di kawasan desa. Manakala penduduk
yang lain sebanyak 35 peratus lagi tinggal dan bekerja di Bandar-bandar.3
2
Jo Matthews, (1995), saya datang dari Somalia, flo enterprise sdn bhd, hlmn 7.
3
Jo Matthews, (1995), flo enterprise sdn bhd, hlmn 4.
7
Jumlah taburan penduduk di Somalia pada tahun 20144
Negara somalia
Taburan penduduk mengikut umur
Di bawah 15 thn 15-64 thn Di atas 64 thn Jumlah
keseluruhan
Bilangan
penduduk
4.478.023 5.345.388 262.227 10.085.638
Di akses pada 1 mei 2014 http://statistik.ptkpt.net/_a.php?_a=penduduk_usia&info1=3
2.2.3 Faktor Kebuluran di Somalia
Kenaikan harga barangan dan pasaran komoditi yang tidak stabil dewasa ini bakal
mengancam kehidupan penduduk miskin di beberapa buah Negara, terutamanya di benua
Afrika yang kini berdepan dengan situasi kemarau dan konflik peperangan. Dalam laporan
suku tahun bank Dunia baru-baru ini mendapati harga makanan global pada bulan lalu
meningkat pada tahap 33 peratus lebih tinggi berbanding dengan setahun sebelum ini. Situasi
ini menunjukkan penduduk dunia terutamanya di Negara-negara miskin kini berada dalam
zon bahaya. Kemarau pada kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah sejak 60 tahun. Ia
membabitkan kawasan bersempadan dengan Uganda dan Djibouti, iaitu dua buah wilayah
yang berada di bawah penguasaan kumpulan pemberontakan Shebab. Tindakan meraka
menghalang kemasukan pekerja bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) memburukkan lagi keadaan.5
2.2.4 Kesan kebuluran rakyat di Somalia
Somalia sejak tiga bulan lalu, seramai 29,000 kanak-kanak dibawah usia lima tahun mati
di Negara tersebut. Sementara 600,000 orang lagi diancam maut. Krisis ini turut mengancam
kehidupan lebih daripada 12 juta penduduk dunia yang majoritinya membabitkan Negara-
negara Afrika dan Negara yang mempunyai penduduk yang padat.6
Di samping itu, musim
4
5. mei. 2014,Jumlah penduduk seluruhnya, di akses pada 3. May. 2014,
http://statistik.ptkpt.net/_a.php?_a=penduduk_usia&info1=3
5
Muhd Irfan, (18. Ogos. 2011), Kebuluran Somalia: dimana Perikemanusiaan kita?, malaysiaAktif Bebas & Diyakini,
di akses pada 5.mei.2014: http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/World/Kebuluran-Somalia-Di-mana-
Perikemanusiaan-kita.html
6
Nairobi, (3 mei 2013), 260,000 orang mati kebuluran di Somalia, WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2014
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130503/lu_03/260000-orang-mati-kebuluran-di-Somalia
8
panas pada tahun 1974 telah mengakibatkan kemarau panjang di beberapa kawasan dunia
khususnya di Afrika. Beberapa ratus ribu manusia telah mati kebuluran dikawasan Ethiopia,
Somalia, dan Sahel. Walaupun usaha antarabangsa untuk memberikan bantuan dari segi
bekalan makanan dan keperluan lain untuk membantu masyarakat ini. Namun masih tidak
dapat menampung jumlah penduduk yang begitu ramai. Bekalan yang disalurkan berupa
makanan, bijirin dan ubat-ubatan tidak dapat membantu mereka yang sangat memerlukan
dengan kadar segera.7
3.0 Metadologi Kajian
Kajian ilmiah ini menggunakan penelitian secara kualitatif yang bersifat deskriptif, iaitu
jenis penelitian bersifat memaparkan gambaran tentang situasi atau fenomena yang berlaku
secara politik dan sosial secara detail. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam usaha
menyelesaikan isu kemanusiaan di Somalia dijadikan sebagai satu pendekatan dalam kajian
ilmiah ini. Metadologi kajian yang digunakan adalah sumber sekunder yang meliputi bahan-
bahan bacaan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan ilmiah yang mempunyai otoriti dan
dipercayai.
3.1 Teknik Pengumpulan Data
Pemilihan kaedah penelitian ini berimpakkan pada teknik pengumpulan data. Dengan
input data-data dan kemudian menghubungkan dengan kajian yang dijalankan. Data-data
yang diambil adalah daripada buku-buku dan wibesite rasmi yang boleh digunakan sebagai
bahan rujukan sampingan dan organisasi-organisasi kerajaan, bukan kerajaan bagi
memudahkan bahan ilmiah ini disiapkan secara baik merujuk kepada permasalahan yang
dikaji.
3.2 Data Sekunder
Data sekunder meliputi bahan bacaan yang terkandung dalam bahan bacaan seperti
artikel, buku, majalah, surat khabar yang berkaitan dan boleh dijadikan sebagai rujukan.
Rujukan yang diambil haruslah diakui kesahihannya supaya kajian yang dibuat adalah kajian
7
The world food situation and prospects in (1997), Foreign Agriculture Economic Report, Washington D.C United
States Department of Agriculture, no 98, 1974, hlmn 23.
9
yang berbentuk ilmiah. Data yang akan dicerakinkan mengikut sub-sub topik dalam tajuk
kajian yang dijalankan.
4.0 Analisis Kajian
4.1 Tekanan daripada Kuasa-kuasa Besar terhadap PBB
Tekanan menurut Dewan Bahasa Edisi Kedua ialah “keadaan menanggung beban yang
sukar utk ditanggung”.8
Dalam tekanan daripada kuasa-kuasa besar terhadap Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu, hasil daripada beberapa faktor yang mengakibatkan PBB terpaksa akur
dengan Negara-negara besar. Seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
dalam Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang ke-12. Pada ketika
beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata
pada sidang akhbar “Beliau menegaskan, tindak balas kuasa-kuasa besar itu membuktikan
bahawa mereka mahu terus menikmati kuasa veto dan keanggotaan eksklusif Majlis
Keselamatan PBB yang selama ini tidak demokratik”.9
Oleh itu, terbukti bahawa pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu yang diwujudkan oleh Negara barat adalah salah satu teknik atau strategi
untuk menguasai dunia. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menggariskan beberapa isu
yang perlu mendapat perhatian utama pada persidangan tersebut antaranya “serangan udara AS
ke atas Sudan dan Afghanistan, perdagangan mata wang, pengharaman senjata nuklear dan
kesan globalisasi kepada negara membangun”. Namun keadaan ini tidak seperti yang
dijangkakan oleh mana-mana Negara dalam usaha menjaga kedaulatan daripada Negara
penjajah. Oleh itu, bahawa seperti yang telah dinyatakan oleh selaku menteri luar Malaysia
dalam usaha PBB menyelesaikan isu yang berkaitan dengan keamanan dunia sukar disokong
oleh beberapa buah Negara besar lain.
8
Dewan Bahasa dan Pustaka,(2014), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, di akses pada 5 mei 2014 :
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=TEKANAN
9
Durban,(1998), tingkatkan tekanan ke atas kuasa besar,Utusan Online 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur, di akses pada 5 mei 2014 :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn
_01.htm
10
4.2 Perlumbaan senjata setiap negara besar yang mempunyai kuasa autonomi dalam
ekonomi dunia gagal ditangani.
Senjata menurut kamus dewan bahasa dan pustaka Edisi keempat ialah,“alat yg
digunakan utk berperang atau berkelahi”.10
Seperti yang berlaku di Negara Iran dan Amerika
Syarikat yang sering kali bertelaga dan berlumba-lumba untuk menguasai senjata pemusnah
Nuklear. “Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah banyak kali memeriksa program
nuklear Iran itu. Walaupun Iran berkali-kali menyatakan bahawa tujuan pembangunan tenaga
nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan siasatan IAEA mendapati tidak ada bukti Iran
menggunakannya untuk tujuan ketenteraan, namun AS dan sekutunya tetap mendakwa Tehran
membangunkan program nuklear secara intensif untuk tujuan ketenteraan”.11
Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah dijadikan salah satu platform untuk mengeluarkan pelbagai
resolusi bagi memberi tekanan kepada negara yang dulunya dikenali sebagai Parsi itu. Pada Jun
2010, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1929. Resolusi 1929 mengenakan sekatan
ekonomi dan kewangan terhadap Iran. Sekatan yang diberikan oleh PBB kepada Negara Iran
telah mengakibatkan satu implikasi yang sangat buruk terhadap Negara tersebut. Kekangan
kuasa kepada PBB untuk membantu dan menyekat beberapa resolusi yang berbentuk penekanan
kepada negera-negara lain tidak mendapat tempat diperhimpunan agung PBB.
Tambahan lagi, kuasa-kuasa besar yang memonopoli kegiatan dan jumlah besar
kewangan yang digunakan oleh PBB untuk tujuan bantuan kepada seluruh Negara yang
mengalami kegawatan dalam situasi tertentu. Kuasa atau autoriti dapat didefinisikan menurut
Max Weber ialah, “Authority is a species of power, the kind of power person exercises over
another when he invokes a principle of legitimation which the person subject to domination
himself views as a binding norms, whether or not he actually obeys the rule’s command”.12
Oleh
itu terbukti melalui teori yang dinyatakan bahawa kuasa itu dapat mengekang sesuatu tindakan
daripada terus terlaksana. Oleh sebab itu, PBB sukar melaksanakan tindakan dengan kadar
segera tanpa persetujuan 2/3 daripada majlis perundingan agung PBB.
10
Dewan Bahasa dan Pustaka,(2014), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, di akses pada 5 mei 2014:
http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?spec=true&type=1&cari=senjata
11
penganalisis media, (2008), sekatan, tekanan AS tak lemah semangat IRAN, tepat dan bermaklumat jabatan
penerangan, di akses pada 5 mei 2014 : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524-
kolumnis-akhbar/12965-sekatan-tekanan-as-tak-lemah-semangat-iran.html
12
Anthony T. Kronman, (1983), Mark Weber Jurists : Profiles in Legal Theory, Originating publisher Edward
Arnold (Publishers) Ltd, London 1983 Stanford edition printed in the U.S.A. hlmn 43.
11
4.3 Kelewatan PBB dalam menyelesaikan isu kebuluran di Somalia dan Pemimpin yang
kurang Cakna dalam Mencari Inisiatif untuk Menjaga hak Kemanusiaan dan
Keperluan Rakyat
Kelewatan dalam menyalurkan beberapa bantuan kepada rakyat Somalia disebabkan oleh
beberapa faktor yang mendorong bantuan lambat disalurkan. Saluran yang diberikan oleh pihak
terbabit dalam menyelesaikan dan menjaga hak kemanusiaan ini sukar dilakukan. Hal ini
demikian kerana, Somalia bergelut dengan perang saudara dan kerajaan pada ketika itu tidak
berkesan sejak tahun 1991. Apabila rejim Mohamed Said Barre digulingkan. Menurut penyelaras
kemanusiaan PBB bagi Somalia Mark Bowden pada sidang akhbar di Nairobi. Mengatakan
bahawa “jumlah orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan dengan segera”.13
Dengan ini,
kepimpinan yang baik akan menentukan hala tuju sesebuah Negara dalam usaha menjaga
kebaikan dan keselamatan rakyat dalam apa jenis situasi. Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan
yang diambil oleh pemimpin Somalia pada ketika itu amatlah dikesali. Sehinggakan ramai yang
menjadi mangsa korban perang dan kebuluran yang amat kritikal. Tetapi beberapa agensi-agensi
bantuan menuduh Amerika Syarikat dan lain-lain penderma Barat gagal untuk bertindak balas
terhadap kesusahan yang di Somalia dengan cepat, walaupun banyak panggilan untuk
mendapatkan bantuan. Oleh sebab itu PBB sukar untuk menyalurkan bantuan dengan segera
kerana bantuan dari Negara terbabit kurang memberikan tindak balas dengan pantas dalam isu
kebuluran ini.
13
Reporting around the world,(2011), Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengisytiharkan kebuluran di News
Somalia, di akses pada 5 mei 2014 : http://entertainmentandgetextramoney,com/2011/07/pertubuhan-bangsa-bangsa-
bersatu.html
12
4.4 Perbandingan PBB dengan anggota NGO lain dalam menjaga kestabilan dunia
4.4.1 Non-Government Organisation
Pertubuhan bukan kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO merupakan pertubuhan yang
ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa –apa hubungan
dengan kerajaan.“sesetengah pihak dianggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan
antarabangsa sebanyak 40,000, bilangan tempatan adalah lebih tinggi lagi. Manakala Russia
mempunyai 277,000 NGO. India pula dianggarkan mempunyai sebanyak 1 juta hingga 2 juta
NGO”.14
anggota mercy merupakan sejati yang merupakan sukarelawan daripada rakyat
Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Tujuannya adalah memberikan sumbangan tindak
balas apabila berlaku krisis dan bencana dengan secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam
daripada bermula sesuatu krisis. Selain itu, sentiasa berada dalam keadaan siap sedia di mana
sahaja Negara atau kawasan yang memerlukan bantuan akibat daripada peperangan dan bencana
alam.
Selain itu, NGO melakukan pelbagai inisiatif dalam mencari dana untuk tujuan
kemasyarakat baik di peringkat global mahupun dalam Negara. NGO yang diberi peranan dalam
menjaga dan mengawal selia setiap bantuan. Hal ini demikian kerana, NGO bertindak sebagai
badan bukan kerajaan yang memberikan bantuan kemanusiaan antarabangsa serta mengikut
piawaian antarabangsa. Oleh itu NGO mempunyai komitmen dalam usaha melestarikan
kehidupan masa hadapan. NGO juga mempunyai tenaga pakar dalam bidang perubatan mengikut
tragedy yang yang menimpa. Seperti yang berlaku di Somalia NGO mampu memberikan layanan
dari segi keperluan perubatan, khemah, makanan dan keperluan asas lain bagi membantu
masyarakat ini kea rah kesihatan yang baik. Walaupun pada hakikatnya mangsa berlainan agama,
budaya, warna kulit dan sebagainya, anggota NGO tidak meletakkan pembatasan terhadap
perbezaan yang ketara. Kerana matlamat NGO adalah meringankan beban mangsa dan
berkhidmat secara sukarela.
14
Irfan, (2011), Badan Bukan Kerajaan,Scribd, diakses pada 7 mei 2014 :
http://www.scribd.com/doc/42889642/Ngo-Malaysia
13
5.0 Sorotan Karya
Makna sorotan karya adalah berasaskan kepada sesuatu andaian bahawa pengetahuan
adalah dikumpulkan dan manusia berlajar untuk memilihnya berdasarkan pada apa yang yang
telah dilakukan oleh orang terdahulu. Selain itu, sorotan karya juga bertujuan untuk
mengumpulkan pengetahuan tentang sesuatu persoalan yang merupakan langkah asas pertama
dalam proses penyelidikan. Sebagai contoh, penyelidikan yang dibuat oleh Max Weber
mengenai kewujudan autoriti. Mengkaji mengenai bagaimana teori autoriti itu boleh dikaitkan
dengan kajian ini. Autoriti merupakan suatu kuasa sah dan diterima umum serta mempunyai
kemampuan atau kebolehan sesorang untuk menyuruh orang lain melakukan sesuatu.
,berdasarkan kajian Weber, kita dapat mengketogorikan jenis sorotan yang digunakan adalah
sorotan teoritikal. Sorotan teoritikal adalah sorotan yang membawa penulis atau penyelidik
menjurus kepada mengemukakan beberapa teori atau konsep yang berfokus pada topik yang
sama dan membandingkannya. Berdasarkan kepada andaian, ketepatan logik dan penjelasan
kepada skop kajian. Jenis sorotan teori jelas ini menunjukkan bahawa konsep autoriti muncul
adalah disebabkan sesuatu kuasa yang ada pada seseorang boleh digunakan tanpa paksaan
seseorang itu sudah mempunyai kesahan atau kuasa yang diterima umum.
14
6.0 KESIMPULAN
Krisis kemanusiaan yang berlaku di Negara Somalia merupakan isu global yang perlu
diambil perhatian oleh segenap masyarakat dunia dalam usaha menjaga tamadun daripada terus
pupus. Sebahagian daripada masyarakat ini merupakan generasi yang perlu melihat kemajuan,
pembelaan yang sewajarnya, baik secara literal mahupun verbal diperingkat perhimpunan Agung
PBB. Sekiranya kekangan yang dialami oleh PBB dalam membentangkan sehingga proses
pelaksanaan akan mendapat tentangan daripada pihak yang mempunyai autoriti dalam
menjayakan sesuatu usul atau resolusi dunia. Resolusi yang diperdengarkan dalam persindangan
adalah hal muktamad yang perlu dilakukan dengan kadar segera. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) perlu diberikan mandat atau autoriti untuk melaksanakan tugas-tugas yang
diberikan.
Keadaan seimbang dalam menghujah dan melaksanakan resolusi yang dibawa oleh PBB
diperingkat persidangan semestinya Negara-negara besar perlu mempertimbangkan setiap usul
tersebut. Memberikan sepenuh kepercayaan dalam menjaga hak asasi manusia dalam dunia.
Kerana PBB mempunyai peranan ke arah itu untuk keselamatan, kebajikan dan sebagainya yang
berkaitan dengan kepentingan masyarakat. Oleh itu, sokongan dan bantuan metarial kepada
Negara Somalia perlu berikan supaya kehidupan di Negara ini akan terus merasa nikmat
kehidupan sebenar yang saling melengkapi tanpa korupsi dan diskriminasi yang wujud.
Pembelaan terhadap kanak-kanak dari segi kesihatan perlu disumbangkan dengan kadar segera
agar kanak-kanak mampu meneruskan generasi akan datang.
15
BIBLIOGRAFI
Anthony T. Kronman, (1983), Mark Weber Jurists : Profiles in Legal Theory, Originating
publisher Edward Arnold (Publishers) Ltd, London 1983 Stanford edition printed in
the U.S.A.
Durban,(1998), tingkatkan tekanan ke atas kuasa besar,Utusan Online 46M, Jalan Lima Off
Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, di akses pada 5 mei 2014 :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0901&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm
Hassan Ahmad, (1966), Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya,
Dewan bahasa dan pustaka kementerian pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
J.Matthews,(1995), Saya Datang Dari Somalia, Flo Interprise Sdn Shd 24 lrg PSJ 1/2A
Taman Perangsang Batu 6, Jalan Klang Lama 46000 Petaling Jaya Selangor Darul
Ehsan Malaysia.
Michael Pollard,(1995),Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Organisasi yang membantu
dunia, projek penerbitan edisi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka exley Publications
Ltd, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.
Mochtar Kusumaatmadja,(1949),konvensi djenewa tahun 1949 mengenai perlindungan
korban perang,penerbit Binatjipta Bandung 1968.
Nor Shafrin Ahmad,(2012),Mangsa Dera Seksual, penerbit Universiti Sains Malaysia
(Universiti Sains Malaysia Press), 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia.
Reporting around the world,(2011), Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengisytiharkan
kebuluran di News Somalia, di akses pada 5 mei 2014 :
http://entertainmentandgetextramoney,com/2011/07/pertubuhan-bangsa-bangsa-
bersatu.html
Soetanto,(1981), sekitar konperensi sedunia Dasawarsa PBB untuk Wanita di Kopenhagen,
yayasan Idayu, Gedung Kebangkitan Nasional jalan Dr Abdul Rakhman Saleh 26
Pusat Indonesia.
The world food situation and prospects in (1997), Foreign Agriculture Economic Report,
Washington D.C United States Department of Agriculture, no 98, 1974.
16
Lampiran
1) Peta Somalia
2) Rakyat Somalia yang hidup serba Kekurangan
17
18
3) Logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
4) Tentera pengaman PBB

More Related Content

Similar to Dasar matlamat pembangunan

4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}
4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}
4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}Nurul Atikah
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012peningla
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasiFatin Nur Athirah
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
myfaisal
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
razali1982
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2vincentraj74
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
Nur Az
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
1
11
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 

Similar to Dasar matlamat pembangunan (13)

4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}
4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}
4.4 PERHUBUNGAN LUAR AMERIKA SYARIKAT {SEJARAH STPM PENGGAL 1}
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni barat
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
1
11
1
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 

Dasar matlamat pembangunan

  • 1. 1 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan sidang Akademik 2013/2014 Spw 209 : Politik Perbandingan Tajuk tugasan Matlamat Pembangunan Milinium Kajian kes: Kegagalan PBB Menyelesaikan Krisis Kemanusiaan di Somalia NAMA : MAZNI SIDRU
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN 1.0 Latar belakang Kajian……..…………………………………………… 1-2 2.0 Objektif Kajian……………………………………………………………..3 2.1 Persoalan Kajian…………………………………………………………3-4 2.2.1 negara Somalia 2.2.2 jumlah penduduk di Somalia 2.2.3 faktor kebuluran di Somalia 2.2.4 kesan kebuluran rakyat 3.0 Metadologi Kajian………………………………………………………..5-7 3.1 teknik pengumpulan data 3.2 data sekunder 4.0 Analisis Kajian……………………………………………………………7-10 4.1 Tekanan daripada kuasa besar terhadap PBB 4.2 Perlumbaan senjata setiap Negara besar yang mempunyai kuasa autonomi dalam ekonomi dunia gagal ditangani 4.3 Kelewatan PBB dalam menyelesaikan isu kebuluran di Somalia dan pemimpin kurang cakna menjaga hak kemanusiaan dan keperluan rakyat 4.4 Perbandingan PBB dengan anggota NGO lain di dunia 4.4.1 Non-Government Organisation(NGO) 5.0 Sorotan Karya……………………………………………………………..11 6.0 Kesimpulan…………………………………………………………………12 Bibliografi…………………………………………………………………..13 Lampiran………………………………………………………………….14-16
  • 3. 3 Matlamat Pembangunan Milinium kajian kes Kegagalan PBB Menyelesaikan Krisis Kemanusiaan di Somalia ABSTRAK Kajian ilmiah ini menghujahkan bahawa walaupun persoalan dalam Matlamat Pembangunan Milinium ini mempunyai kesan yang mendalam dan menjangkau jauh ke atas kehidupan manusia sejagat khususnya rakyat Dunia Ketiga, usaha sama yang banyak disumbangkan dari segi keperluan asas kepada seluruh masyarakat dunia. Perkongsiaan idea dan kepakaran dalam usaha menyatukan keamanan dan keharmonian dunia bagi pertubuhan yang diwujudkan oleh penguasa politik dunia telah melahirkan satu pendekatan yang sangat kondusif bagi melancarkan kestabilan politk dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan idea yang diwujudkan oleh pemegang kuasa dunia. Kewujudan pertubuhan ini hasil daripada perang Dunia Kedua yang menjadi agenda utama bagi merangka satu perundingan agung untuk menggantikan perang kepada bentuk perundingan yang berbentuk positif. Kajian ini bertujuan memikirkan semula persoalan pembangunan dan krisis yang wujud diserata dunia khususnya di Afrika timur. Melihat dari segi rangka dasar yang dihasilkan dari sudut kepentingan kemanusiaan dan realiti daripada pelbagai Negara. Oleh itu kita perlu mengambil pendirian yang optimis dan berusaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi memajukan pembangunan manusia dan keselamatan insan.
  • 4. 4 PENGENALAN 1.0 Latar belakang Kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang lahir selepas perang dunia kedua merupakan sebuah pertubuhan paling banyak keaggotaannya dan boleh dikatakan lebih baik dari pertubuhan Liga bangsa-bangsa ini. Semenjak penubuhannya, perang dunia telah dapat dielakkan. Namun pertelagahan kaum dan konflik politik masih juga berlaku. Akibat dari perebutan kuasa dan usaha untuk memerdekakan Negara dari belenggu penjajah, atau akibat fahaman politik yang berbeza dalam negeri-negeri tersebut. Konflik ini mengakibatkan berjuta-juta nyawa terkorban dan cedera sebagai mangsa konflik, perang yang begitu dahsyat dalam sejarah manusia. Keadaan ini bertambah meruncing apabila revolusi pensenjataan berlaku tanpa had dan batasan, sama ada pengeluaran senjata untuk kepentingan pertahanan, penjajahan ataupun menjadi sumber ekonomi kepada Negara. Menjelang berakhirnya perang Dunia Kedua, pelbagai ikhtihar telah dibuat sekali bagi mewujudkan satu lagi organisasi antarabangsa yang dapat merapatkan hubungan antara Negara. Pada 24 jun 1945, wakil-wakil dari lima puluh satu Negara telah bertemu di Francisco bagi menandatangani piagam bangsa-bangsa bersatu dan piagam berkenaan merupakan buku peraturan asas bangsa-bangsa bersatu. Dalam 111 artikel atau peraturan yang terdapat dalamnya, piagam tersebut menerangkan matlamat dan tujuan itu patut dilaksanakan. Antara matlamat yang diketengahkan oleh Pertubuhan Bangas-bangsa Bersatu kepada masyarakat ialah:, I. Menyelamatkan manusia daripada kesengsaraan perang II. Menjaga hak asasi manusia dan persamaan hak antara lelaki dan wanita antara Negara-negara sama ada besar atau kecil III. Menggalakkan keadilan dan menghormati undang-undang antarabangsa, dan untuk IV. Menggalakkan kemajuan sosial, taraf kehidupan yang lebih baik, dan kebebasan.1 1 Michael Pollard, terj, Md Sharit Bharuddin, (1995), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 12.
  • 5. 5 2.0 Objektif kajian Kajian ilmiah ini akan membincangkan beberapa Objektif yang akan di senaraikan dibawah bagi membentuk satu kaedah kajian yang tidak akan tersasar daripada skop kajian. Dalam hal ini juga, beberapa punca, faktor yang mendorong masalah ini terus berlaku dan berlanjutan sehingga badan bertanggungjawap sukar menanganinya. Antaranya ialah:, a) Krisis kemanusiaan akibat perang yang menyebabkan majoriti rakyat Somalia terkorban tanpa pembelaan. b) Kebuluran di Negara Somalia menjadi salah satu faktor yang mendorong peningkatan jumlah kematiaan setiap tahun, c) PBB sukar menangani krisis kemanusiaan yang melanda Negara Somalia di peringkat perhimpunan agung PBB, dan, d) kongkongan oleh Negara-negara besar yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan keputusan terhadap sesuatu isu. Dibawah merupakan sedikit mengenai Negara Somalia dari segi pembentukan Negara, keluasan, kepadatan penduduk, suhu, dan beberapa faktor dan kesan kebuluran yang menimpa Negara ini. Keadaan yang dialami oleh mereka telah mendorong pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk terus membela masyarakat ini daripada pupus akibat kemiskinan. Namun begitu, peranan anggota PBB dalam menyelesaikan isu ini masih pada tahap yang kurang memuaskan. Hal ini demikian kerana, PBB sendiri mendapat kekangan daripada pihak yang mempunyai kepentingan dalam pembentukan dasar yang dibawa oleh mereka dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berkaitan. 2.1 Persoalan Kajian Kajian ini menyenaraikan beberapa pokok persoalan yang dijadikan sebagai flatform untuk mengkaji bagaimana krisis kemanusiaan yang berlaku di Somalia sukar mendapat pembelaan daripada masyarakat global. Oleh itu, penelitian melalui kajian, yang diterapkan amnya dapat menyeneraikan beberapa persoalan terhadap kajian ini. Antaranya ialah:, i. Mengapa krisis kemanusiaan di Negara Somalia sukar mendapat pembelaan daripada masyarakat global
  • 6. 6 ii. Apakah Pimpinan di somalia tidak berdaya dalam menjaga kebajikan rakyat iii. Apakah tujuan utama Negara besar mengongkong PBB dalam menyelesaikan sesuatu isu yang melibatkan keselamatan iv. Adakah NGO lain di Dunia juga mampu menjaga hak kemanusiaan seperti PBB. 2.2.1 Negara Somalia Somalia merupakan sebuah Negara yang besar, terletak di hujung sebuah tanjung sebelah timur benua Afrika. Somalia terletak di pantai benua Afrika dan bentuknya seakan-akan angkah tujuah. Negra ini bersempadan dengan habsyah, Kenya, dan Djibouti. Somalia mempunyai dua garisan pinggir laut, iaitu telu Aden di bahagian utara dan lautan hindi dibahagian selatan.2 Selain itu, hampir keseluruh negeri Somalia terdiri daripada dataran yang kering dan berdebu, dengan beberapa kawasan padang rumput dan taburan beberapa rumpun pokok akasia. Keadaan suhu disomalia sangat panas dengan suhunya mencecah antara 30 hingga 40 darjah Celsius. Malah hujan agak jarang dan terlalu sedikit bahkan langsung tiada hujan yang turun. 2.2.2 Jumlah Penduduk di Somalia Somalia mempunyai kepadatan penduduknya agak separuh sahaja, tetapi keluasan Somalia lebih kurang dua kali ganda keluasan Malaysia. Hampir 65 peratus penduduknya adalah dari suku kaum nomad dan petani yang tinggal di kawasan desa. Manakala penduduk yang lain sebanyak 35 peratus lagi tinggal dan bekerja di Bandar-bandar.3 2 Jo Matthews, (1995), saya datang dari Somalia, flo enterprise sdn bhd, hlmn 7. 3 Jo Matthews, (1995), flo enterprise sdn bhd, hlmn 4.
  • 7. 7 Jumlah taburan penduduk di Somalia pada tahun 20144 Negara somalia Taburan penduduk mengikut umur Di bawah 15 thn 15-64 thn Di atas 64 thn Jumlah keseluruhan Bilangan penduduk 4.478.023 5.345.388 262.227 10.085.638 Di akses pada 1 mei 2014 http://statistik.ptkpt.net/_a.php?_a=penduduk_usia&info1=3 2.2.3 Faktor Kebuluran di Somalia Kenaikan harga barangan dan pasaran komoditi yang tidak stabil dewasa ini bakal mengancam kehidupan penduduk miskin di beberapa buah Negara, terutamanya di benua Afrika yang kini berdepan dengan situasi kemarau dan konflik peperangan. Dalam laporan suku tahun bank Dunia baru-baru ini mendapati harga makanan global pada bulan lalu meningkat pada tahap 33 peratus lebih tinggi berbanding dengan setahun sebelum ini. Situasi ini menunjukkan penduduk dunia terutamanya di Negara-negara miskin kini berada dalam zon bahaya. Kemarau pada kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah sejak 60 tahun. Ia membabitkan kawasan bersempadan dengan Uganda dan Djibouti, iaitu dua buah wilayah yang berada di bawah penguasaan kumpulan pemberontakan Shebab. Tindakan meraka menghalang kemasukan pekerja bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memburukkan lagi keadaan.5 2.2.4 Kesan kebuluran rakyat di Somalia Somalia sejak tiga bulan lalu, seramai 29,000 kanak-kanak dibawah usia lima tahun mati di Negara tersebut. Sementara 600,000 orang lagi diancam maut. Krisis ini turut mengancam kehidupan lebih daripada 12 juta penduduk dunia yang majoritinya membabitkan Negara- negara Afrika dan Negara yang mempunyai penduduk yang padat.6 Di samping itu, musim 4 5. mei. 2014,Jumlah penduduk seluruhnya, di akses pada 3. May. 2014, http://statistik.ptkpt.net/_a.php?_a=penduduk_usia&info1=3 5 Muhd Irfan, (18. Ogos. 2011), Kebuluran Somalia: dimana Perikemanusiaan kita?, malaysiaAktif Bebas & Diyakini, di akses pada 5.mei.2014: http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/World/Kebuluran-Somalia-Di-mana- Perikemanusiaan-kita.html 6 Nairobi, (3 mei 2013), 260,000 orang mati kebuluran di Somalia, WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2014 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130503/lu_03/260000-orang-mati-kebuluran-di-Somalia
  • 8. 8 panas pada tahun 1974 telah mengakibatkan kemarau panjang di beberapa kawasan dunia khususnya di Afrika. Beberapa ratus ribu manusia telah mati kebuluran dikawasan Ethiopia, Somalia, dan Sahel. Walaupun usaha antarabangsa untuk memberikan bantuan dari segi bekalan makanan dan keperluan lain untuk membantu masyarakat ini. Namun masih tidak dapat menampung jumlah penduduk yang begitu ramai. Bekalan yang disalurkan berupa makanan, bijirin dan ubat-ubatan tidak dapat membantu mereka yang sangat memerlukan dengan kadar segera.7 3.0 Metadologi Kajian Kajian ilmiah ini menggunakan penelitian secara kualitatif yang bersifat deskriptif, iaitu jenis penelitian bersifat memaparkan gambaran tentang situasi atau fenomena yang berlaku secara politik dan sosial secara detail. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam usaha menyelesaikan isu kemanusiaan di Somalia dijadikan sebagai satu pendekatan dalam kajian ilmiah ini. Metadologi kajian yang digunakan adalah sumber sekunder yang meliputi bahan- bahan bacaan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan ilmiah yang mempunyai otoriti dan dipercayai. 3.1 Teknik Pengumpulan Data Pemilihan kaedah penelitian ini berimpakkan pada teknik pengumpulan data. Dengan input data-data dan kemudian menghubungkan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diambil adalah daripada buku-buku dan wibesite rasmi yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan sampingan dan organisasi-organisasi kerajaan, bukan kerajaan bagi memudahkan bahan ilmiah ini disiapkan secara baik merujuk kepada permasalahan yang dikaji. 3.2 Data Sekunder Data sekunder meliputi bahan bacaan yang terkandung dalam bahan bacaan seperti artikel, buku, majalah, surat khabar yang berkaitan dan boleh dijadikan sebagai rujukan. Rujukan yang diambil haruslah diakui kesahihannya supaya kajian yang dibuat adalah kajian 7 The world food situation and prospects in (1997), Foreign Agriculture Economic Report, Washington D.C United States Department of Agriculture, no 98, 1974, hlmn 23.
  • 9. 9 yang berbentuk ilmiah. Data yang akan dicerakinkan mengikut sub-sub topik dalam tajuk kajian yang dijalankan. 4.0 Analisis Kajian 4.1 Tekanan daripada Kuasa-kuasa Besar terhadap PBB Tekanan menurut Dewan Bahasa Edisi Kedua ialah “keadaan menanggung beban yang sukar utk ditanggung”.8 Dalam tekanan daripada kuasa-kuasa besar terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, hasil daripada beberapa faktor yang mengakibatkan PBB terpaksa akur dengan Negara-negara besar. Seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia dalam Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang ke-12. Pada ketika beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pada sidang akhbar “Beliau menegaskan, tindak balas kuasa-kuasa besar itu membuktikan bahawa mereka mahu terus menikmati kuasa veto dan keanggotaan eksklusif Majlis Keselamatan PBB yang selama ini tidak demokratik”.9 Oleh itu, terbukti bahawa pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang diwujudkan oleh Negara barat adalah salah satu teknik atau strategi untuk menguasai dunia. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menggariskan beberapa isu yang perlu mendapat perhatian utama pada persidangan tersebut antaranya “serangan udara AS ke atas Sudan dan Afghanistan, perdagangan mata wang, pengharaman senjata nuklear dan kesan globalisasi kepada negara membangun”. Namun keadaan ini tidak seperti yang dijangkakan oleh mana-mana Negara dalam usaha menjaga kedaulatan daripada Negara penjajah. Oleh itu, bahawa seperti yang telah dinyatakan oleh selaku menteri luar Malaysia dalam usaha PBB menyelesaikan isu yang berkaitan dengan keamanan dunia sukar disokong oleh beberapa buah Negara besar lain. 8 Dewan Bahasa dan Pustaka,(2014), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, di akses pada 5 mei 2014 : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=TEKANAN 9 Durban,(1998), tingkatkan tekanan ke atas kuasa besar,Utusan Online 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, di akses pada 5 mei 2014 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn _01.htm
  • 10. 10 4.2 Perlumbaan senjata setiap negara besar yang mempunyai kuasa autonomi dalam ekonomi dunia gagal ditangani. Senjata menurut kamus dewan bahasa dan pustaka Edisi keempat ialah,“alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi”.10 Seperti yang berlaku di Negara Iran dan Amerika Syarikat yang sering kali bertelaga dan berlumba-lumba untuk menguasai senjata pemusnah Nuklear. “Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah banyak kali memeriksa program nuklear Iran itu. Walaupun Iran berkali-kali menyatakan bahawa tujuan pembangunan tenaga nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan siasatan IAEA mendapati tidak ada bukti Iran menggunakannya untuk tujuan ketenteraan, namun AS dan sekutunya tetap mendakwa Tehran membangunkan program nuklear secara intensif untuk tujuan ketenteraan”.11 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah dijadikan salah satu platform untuk mengeluarkan pelbagai resolusi bagi memberi tekanan kepada negara yang dulunya dikenali sebagai Parsi itu. Pada Jun 2010, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1929. Resolusi 1929 mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan terhadap Iran. Sekatan yang diberikan oleh PBB kepada Negara Iran telah mengakibatkan satu implikasi yang sangat buruk terhadap Negara tersebut. Kekangan kuasa kepada PBB untuk membantu dan menyekat beberapa resolusi yang berbentuk penekanan kepada negera-negara lain tidak mendapat tempat diperhimpunan agung PBB. Tambahan lagi, kuasa-kuasa besar yang memonopoli kegiatan dan jumlah besar kewangan yang digunakan oleh PBB untuk tujuan bantuan kepada seluruh Negara yang mengalami kegawatan dalam situasi tertentu. Kuasa atau autoriti dapat didefinisikan menurut Max Weber ialah, “Authority is a species of power, the kind of power person exercises over another when he invokes a principle of legitimation which the person subject to domination himself views as a binding norms, whether or not he actually obeys the rule’s command”.12 Oleh itu terbukti melalui teori yang dinyatakan bahawa kuasa itu dapat mengekang sesuatu tindakan daripada terus terlaksana. Oleh sebab itu, PBB sukar melaksanakan tindakan dengan kadar segera tanpa persetujuan 2/3 daripada majlis perundingan agung PBB. 10 Dewan Bahasa dan Pustaka,(2014), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, di akses pada 5 mei 2014: http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?spec=true&type=1&cari=senjata 11 penganalisis media, (2008), sekatan, tekanan AS tak lemah semangat IRAN, tepat dan bermaklumat jabatan penerangan, di akses pada 5 mei 2014 : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524- kolumnis-akhbar/12965-sekatan-tekanan-as-tak-lemah-semangat-iran.html 12 Anthony T. Kronman, (1983), Mark Weber Jurists : Profiles in Legal Theory, Originating publisher Edward Arnold (Publishers) Ltd, London 1983 Stanford edition printed in the U.S.A. hlmn 43.
  • 11. 11 4.3 Kelewatan PBB dalam menyelesaikan isu kebuluran di Somalia dan Pemimpin yang kurang Cakna dalam Mencari Inisiatif untuk Menjaga hak Kemanusiaan dan Keperluan Rakyat Kelewatan dalam menyalurkan beberapa bantuan kepada rakyat Somalia disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong bantuan lambat disalurkan. Saluran yang diberikan oleh pihak terbabit dalam menyelesaikan dan menjaga hak kemanusiaan ini sukar dilakukan. Hal ini demikian kerana, Somalia bergelut dengan perang saudara dan kerajaan pada ketika itu tidak berkesan sejak tahun 1991. Apabila rejim Mohamed Said Barre digulingkan. Menurut penyelaras kemanusiaan PBB bagi Somalia Mark Bowden pada sidang akhbar di Nairobi. Mengatakan bahawa “jumlah orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan dengan segera”.13 Dengan ini, kepimpinan yang baik akan menentukan hala tuju sesebuah Negara dalam usaha menjaga kebaikan dan keselamatan rakyat dalam apa jenis situasi. Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan yang diambil oleh pemimpin Somalia pada ketika itu amatlah dikesali. Sehinggakan ramai yang menjadi mangsa korban perang dan kebuluran yang amat kritikal. Tetapi beberapa agensi-agensi bantuan menuduh Amerika Syarikat dan lain-lain penderma Barat gagal untuk bertindak balas terhadap kesusahan yang di Somalia dengan cepat, walaupun banyak panggilan untuk mendapatkan bantuan. Oleh sebab itu PBB sukar untuk menyalurkan bantuan dengan segera kerana bantuan dari Negara terbabit kurang memberikan tindak balas dengan pantas dalam isu kebuluran ini. 13 Reporting around the world,(2011), Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengisytiharkan kebuluran di News Somalia, di akses pada 5 mei 2014 : http://entertainmentandgetextramoney,com/2011/07/pertubuhan-bangsa-bangsa- bersatu.html
  • 12. 12 4.4 Perbandingan PBB dengan anggota NGO lain dalam menjaga kestabilan dunia 4.4.1 Non-Government Organisation Pertubuhan bukan kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa –apa hubungan dengan kerajaan.“sesetengah pihak dianggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000, bilangan tempatan adalah lebih tinggi lagi. Manakala Russia mempunyai 277,000 NGO. India pula dianggarkan mempunyai sebanyak 1 juta hingga 2 juta NGO”.14 anggota mercy merupakan sejati yang merupakan sukarelawan daripada rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Tujuannya adalah memberikan sumbangan tindak balas apabila berlaku krisis dan bencana dengan secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam daripada bermula sesuatu krisis. Selain itu, sentiasa berada dalam keadaan siap sedia di mana sahaja Negara atau kawasan yang memerlukan bantuan akibat daripada peperangan dan bencana alam. Selain itu, NGO melakukan pelbagai inisiatif dalam mencari dana untuk tujuan kemasyarakat baik di peringkat global mahupun dalam Negara. NGO yang diberi peranan dalam menjaga dan mengawal selia setiap bantuan. Hal ini demikian kerana, NGO bertindak sebagai badan bukan kerajaan yang memberikan bantuan kemanusiaan antarabangsa serta mengikut piawaian antarabangsa. Oleh itu NGO mempunyai komitmen dalam usaha melestarikan kehidupan masa hadapan. NGO juga mempunyai tenaga pakar dalam bidang perubatan mengikut tragedy yang yang menimpa. Seperti yang berlaku di Somalia NGO mampu memberikan layanan dari segi keperluan perubatan, khemah, makanan dan keperluan asas lain bagi membantu masyarakat ini kea rah kesihatan yang baik. Walaupun pada hakikatnya mangsa berlainan agama, budaya, warna kulit dan sebagainya, anggota NGO tidak meletakkan pembatasan terhadap perbezaan yang ketara. Kerana matlamat NGO adalah meringankan beban mangsa dan berkhidmat secara sukarela. 14 Irfan, (2011), Badan Bukan Kerajaan,Scribd, diakses pada 7 mei 2014 : http://www.scribd.com/doc/42889642/Ngo-Malaysia
  • 13. 13 5.0 Sorotan Karya Makna sorotan karya adalah berasaskan kepada sesuatu andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan dan manusia berlajar untuk memilihnya berdasarkan pada apa yang yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Selain itu, sorotan karya juga bertujuan untuk mengumpulkan pengetahuan tentang sesuatu persoalan yang merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan. Sebagai contoh, penyelidikan yang dibuat oleh Max Weber mengenai kewujudan autoriti. Mengkaji mengenai bagaimana teori autoriti itu boleh dikaitkan dengan kajian ini. Autoriti merupakan suatu kuasa sah dan diterima umum serta mempunyai kemampuan atau kebolehan sesorang untuk menyuruh orang lain melakukan sesuatu. ,berdasarkan kajian Weber, kita dapat mengketogorikan jenis sorotan yang digunakan adalah sorotan teoritikal. Sorotan teoritikal adalah sorotan yang membawa penulis atau penyelidik menjurus kepada mengemukakan beberapa teori atau konsep yang berfokus pada topik yang sama dan membandingkannya. Berdasarkan kepada andaian, ketepatan logik dan penjelasan kepada skop kajian. Jenis sorotan teori jelas ini menunjukkan bahawa konsep autoriti muncul adalah disebabkan sesuatu kuasa yang ada pada seseorang boleh digunakan tanpa paksaan seseorang itu sudah mempunyai kesahan atau kuasa yang diterima umum.
  • 14. 14 6.0 KESIMPULAN Krisis kemanusiaan yang berlaku di Negara Somalia merupakan isu global yang perlu diambil perhatian oleh segenap masyarakat dunia dalam usaha menjaga tamadun daripada terus pupus. Sebahagian daripada masyarakat ini merupakan generasi yang perlu melihat kemajuan, pembelaan yang sewajarnya, baik secara literal mahupun verbal diperingkat perhimpunan Agung PBB. Sekiranya kekangan yang dialami oleh PBB dalam membentangkan sehingga proses pelaksanaan akan mendapat tentangan daripada pihak yang mempunyai autoriti dalam menjayakan sesuatu usul atau resolusi dunia. Resolusi yang diperdengarkan dalam persindangan adalah hal muktamad yang perlu dilakukan dengan kadar segera. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) perlu diberikan mandat atau autoriti untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Keadaan seimbang dalam menghujah dan melaksanakan resolusi yang dibawa oleh PBB diperingkat persidangan semestinya Negara-negara besar perlu mempertimbangkan setiap usul tersebut. Memberikan sepenuh kepercayaan dalam menjaga hak asasi manusia dalam dunia. Kerana PBB mempunyai peranan ke arah itu untuk keselamatan, kebajikan dan sebagainya yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat. Oleh itu, sokongan dan bantuan metarial kepada Negara Somalia perlu berikan supaya kehidupan di Negara ini akan terus merasa nikmat kehidupan sebenar yang saling melengkapi tanpa korupsi dan diskriminasi yang wujud. Pembelaan terhadap kanak-kanak dari segi kesihatan perlu disumbangkan dengan kadar segera agar kanak-kanak mampu meneruskan generasi akan datang.
  • 15. 15 BIBLIOGRAFI Anthony T. Kronman, (1983), Mark Weber Jurists : Profiles in Legal Theory, Originating publisher Edward Arnold (Publishers) Ltd, London 1983 Stanford edition printed in the U.S.A. Durban,(1998), tingkatkan tekanan ke atas kuasa besar,Utusan Online 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, di akses pada 5 mei 2014 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0901&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm Hassan Ahmad, (1966), Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya, Dewan bahasa dan pustaka kementerian pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. J.Matthews,(1995), Saya Datang Dari Somalia, Flo Interprise Sdn Shd 24 lrg PSJ 1/2A Taman Perangsang Batu 6, Jalan Klang Lama 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia. Michael Pollard,(1995),Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Organisasi yang membantu dunia, projek penerbitan edisi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka exley Publications Ltd, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. Mochtar Kusumaatmadja,(1949),konvensi djenewa tahun 1949 mengenai perlindungan korban perang,penerbit Binatjipta Bandung 1968. Nor Shafrin Ahmad,(2012),Mangsa Dera Seksual, penerbit Universiti Sains Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press), 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia. Reporting around the world,(2011), Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengisytiharkan kebuluran di News Somalia, di akses pada 5 mei 2014 : http://entertainmentandgetextramoney,com/2011/07/pertubuhan-bangsa-bangsa- bersatu.html Soetanto,(1981), sekitar konperensi sedunia Dasawarsa PBB untuk Wanita di Kopenhagen, yayasan Idayu, Gedung Kebangkitan Nasional jalan Dr Abdul Rakhman Saleh 26 Pusat Indonesia. The world food situation and prospects in (1997), Foreign Agriculture Economic Report, Washington D.C United States Department of Agriculture, no 98, 1974.
  • 16. 16 Lampiran 1) Peta Somalia 2) Rakyat Somalia yang hidup serba Kekurangan
  • 17. 17
  • 18. 18 3) Logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 4) Tentera pengaman PBB