3. Penyelia peserta menyambut peserta.
Pendaftar memeriksa daftar peserta
seperti kad pengenalan, umur dan
sekolah.
Penyelia membawa peserta ke khemah
menunggu. Peserta menunggu giliran.
PESERTA MELAPOR
4. Penyelia peserta membawa/mengarahkan
peserta/platun ke tempat pemeriksaan pakaian
Peserta/platun bersedia dengan jumlah peserta
yang cukup dan berpakaian lengkap.
Hakim pakaian memeriksa pakaian dan memberi
markah, mengesahkan markah dan
menyerahkan kepada ketua hakim untuk di
semak dan disahkan.
Peserta/platun menunggu untuk dipanggil
masuk ke gelanggang oleh juruacara.
PEMERIKSAAN PAKAIAN
5. Pengibar bendera mengibar bendera
warna hijau.
Peserta/platun berjalan masuk ke
gelanggang.
Hakim kawad dan hakim ketua platun
mula memberikan markah.
MASUK GELANGGANG
6. Penjaga masa membunyikan siren sebaik sahaja
hukuman “buka barisan” oleh Ketua Platun.
Peserta/platun mempersembahkan kawad statik, kawad
dinamik dan kawad formasi.
Setelah selesai kawad statik dan dinamik, pengangkat
kon mengambil semua kon 6 inci yang ada di dalam litar
untuk peserta/platun meneruskan kawad formasi.
Penjaga masa membunyikan siren amaran dua minit
sebelum tamat masa persembahan (sekali) dan siren
masa tamat (dua kali).
Peserta/platun keluar litar.
KAWAD
7. Setelah selesai membuat persembahan, peserta/platun
keluar gelanggang.
Pengangkat bendera mengibar bendera merah.
Hakim mengesahkan markah.
Pengumpul markah mengambil borang markah hakim-
hakim dan menyerahkan kepada Ketua Hakim.
Ketua hakim menyemak markah dan mengesahkan
markah-markah hakim.
Pengumpul markah menyerahkan markah yang telah
disahkan oleh Ketua Hakim kepada jurukira markah.
KELUAR GELANGGANG
8. Jurukira markah menerima markah hakim
yang telah disahkan dan disemak semula.
Jurukira markah menjumlahkan markah-
markah hakim. Megeluarkan kiraan
markah tertinggi dan markah terendah.
Jurukira markah menjumlahkan kesemua
empat bahagian markah.
Jurukira markah menyusun markah penuh
pasukan mengikut ‘ranking’.
PENGIRAAN MARKAH
9. Jurukira markah menyerahkan keputusan
kepada Ketua Hakim untuk disemak dan
disahkan.
Ketua Hakim berbincang mengenai
keputusan bersama hakim-hakim dan
membuat ketetapan keputusan.
Ketua Hakim mengumumkan keputusan
dalam majlis penyampaian hadiah.
KEPUTUSAN