2. Baca dan fahami petikan di bawah.
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia
menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
3. CONTOH – Nilai/pengajaran yang boleh dijelmakan

4. Senarai pengajaran-teladan /tingkah laku
• bangun lewat- bangun awal (menghargai masa)
• tidak sempat bersarapan- mengambil sarapan (menjaga kesihatan)
• tanpa sempat bersalam- bersalam (bersopan-santun)
• tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut- berhenti
(mematuhi peraturan)
• terus berlari/ menyanyi lagu- berdiri tegak (hormat)
• tanpa mengunci basikalnya – mengunci basikal (menjaga
keselamatan)
*** PERINGATAN!!! PERLU AMBIL LIMA SAHAJA WALAU PUN
TERDAPAT LEBIH NILAI MURNI/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH.
5. Teknik Bagus C
Akronim kata bantu:
• Mak (mesti)….monyet
• Pergi (patut)…panjat
• Pasar (perlu)…pokok
• Wang (wajar)…waktu
• Hilang (hendak)…hujan
Penanda wacana:
A(antaranya, D (di samping itu), S (selain
itu), O (oleh itu), A (akhirnya)
6. KATA BANTU/PENANDA WACANA YANG BOLEH DIGUNAKAN
***PASTIKAN HAL INI DIPATUHI UNTUK MEMPEROLEH PEMARKAHAN
YANG BAIK
Antara nilai/pengajaran tersebut ialah kita mesti…(nilai )
dengan/untuk/supaya (huraian-ambil daripada teks).Selain
itu, kita patut…..(nilai) dengan/untuk/supaya/agar (huraian-
ambil daripada teks) . Di samping itu,kita perlu (nilai)dengan/
supaya/agar/untuk (huraian-ambil daripada teks).Oleh itu, kita
wajar……(nilai)…dengan/untuk/supaya/agar (huraian-ambil
daripada teks). Akhirnya, kita hendaklah…(nilai)..dengan/agar/
supaya/untuk…(huraian-ambil daripada teks)…….
7. Ulasan lengkap:
Antaranya kita mesti menghargai masa dengan
tidur awal supaya bangun tepat pada masanya. Di
samping itu, kita patut menjaga kesihatan diri dengan
mengambil sarapan sebelum ke sekolah. Selain itu, kita
perlu bersopan santun terhadap ibu bapa dengan
bersalam sebelum keluar rumah. Oleh itu, kita wajar
mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti di
persimpangan jalan agar selamat. Akhirnya, kita
hendaklah hormat akan lagu Negaraku dengan berdiri
tegak apabila berkumandang.