SlideShare a Scribd company logo
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam yang berteraskan konsep Melayu Islam Beraja
dan berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Waljama'ah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada sempena sambutan
Hari Raya Aidiladha 9hb. Zulhijjah, 1428 Hijrah bersamaan dengan 19hb. Disember, 2007
telah menyatakan keazaman baginda untuk terus menjadikan Negara Brunei Darussalam
sebagai sebuah 'Negara Zikir' yang sentiasa mengagungkan Allah Subhanahu Wata’ala,
sebagaimana baginda yang antara lain bertitah :

"Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha
Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan.
Kerana itu, Allah pun dengan rahmatNya memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan
bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. Beta, InsyaAllah akan terus
berazam untuk menjadikan Brunei sebuah 'Negara Zikir' yang sentiasa mengagungkan Allah,
supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaannya.1

Sehubungan dengan itu, al-Qur‟an sememangnya sudah menjadi titik tolak ke arah kemajuan
dan pembangunan ummah khasnya bagi kita umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi
Wasallam yang merupakan umat terakhir menerima mukjizat terbesar dari Allah Subhanahu
Wata’ala. Al-Qur‟an itu sebagai benteng akhlak bagi orang-orang Islam khususnya orangorang yang beriman dan membaca al-Qur‟an adalah satu bentuk zikir dan zikir dengan
membaca al-Qur‟an adalah lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu, untuk
merealisasikan hasrat Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir bukanlah suatu

1

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Titah
baginda sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, 9hb. Zulhijjah, 1428 Hijrah bersamaan dengan 19hb. Disember, 2007.
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

2

perkara yang mudah, ia memerlukan sokongan dan komitmen yang berterusan dari semua
pihak khususnya peranan ibu bapa dan guru ugama dalam mendukung hasrat Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei
Darussalam iaitu menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir dan sekali gus
merealisasikannya. Golongan sasaran utama yang perlu diasuh bagi merealisasikan hasrat
negara ini ialah golongan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi kerana mereka
merupakan aset negara dan menjadi turus pemimpin di masa akan datang. Jika semua pihak
berjaya memikul amanah ini, InsyaAllah hasrat Negara Zikir akan tercapai dan ianya juga
merupakan tuntutan dalam Islam sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu
Wata’ala di dalam al-Qur‟an :





  



2
 ...  
Tafsirnya :
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman)…”

Datuk Paduka Awg Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Datuk Laila Utama Hj
Awg Abdurrahman, Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kata-kata
aluannya di Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam yang temanya, "Bersuluh Dengan alQur‟an", 1432H, menyatakan: "...Kita wajib bersyukur kerana hasrat negara menjadikan
negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Walaubagaimanapun, kedinamikan arus
transformasi globalisasi yang dilihat telah merevolusikan pemikiran masyarakat dunia hari ini
boleh membawa kepada implikasi negatif terhadap kemajuan dan keamanan negara. Realiti
ini merupakan cabaran yang kita hadapi sebagai umat Islam dalam mengharungi arus
kehidupan dunia ke arah kehidupan akhirat. Umat Islam khususnya memerlukan kekuatan
benteng dalam menghadapi cabaran, termasuk isu-isu sosial yang melibatkan individu,
keluarga dan masyarakat. Untuk itu, satu mekanisme yang paling ideal yang dapat
2

Al-Quran, Surah ali-Imran 110
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

3

dipertikaikan bagi menangani permasalahan dan pelbagai dimensi kehidupan ini ialah dengan
bersuluhkan al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah pelita hidup kepada manusia dan merupakan
tunjang kepada kekuatan umat Islam..." 3

Al-Qur‟an ibarat lautan dan darinya berkembang pelbagai ilmu dan ia juga merupakan sumber
rujukan yang utama dalam pelbagai bidang serta ia merupakan penawar kepada segala
penyakit. Manakala zikir pula ibarat penyelamat dan memberikan rasa damai, tenteram dan
gembira serta salah satu bahan binaan individu insan yang boleh membentuk sahsiah, rumah
tangga, masyarakat, negara dan umat.
Selain itu, al-Qur‟an adalah suluh panduan bagi setiap hamba Allah Subhanahu Wata’ala di
dalam menjalani kehidupannya di dunia dan seterusnya dapat kembali ke negeri akhirat dengan
selamatnya. Sementara zikir pula sebagai bahtera penyelamat bagi seseorang dari tenggelam
dan hanyut dalam arus ragu-ragu, was-was, bimbang, perasaan tidak tenteram dan berbagaibagai penyakit jiwa yang lain lagi. Ia menimbulkan kesan yang baik di dalam hati, memberikan
rasa damai, tenteram, yakin dan gembira di dalam jiwa seseorang mukmin.
Firman Allah Ta’ala:

 
   
4

Tafsirnya:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Aku
limpahkan rahmat dan ampunan Ku kepadamu), dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
Justeru, al-Qur‟an dan zikir ini keduanya merupakan bentuk ibadah yang sangat penting sama
ada menerusi lidah (ucapan) atau hati, jika diamalkan dengan ikhlas dan penuh istiqamahinsyaAllah-akan melahirkan seorang insan yang sempurna akhlaknya dan sekali gus

3

Datuk Paduka Awg Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Datuk Laila Utama Hj Awg Abdurrahman, Kata -Kata
Aluan Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam: Bersuluh Dengan Al Quran, 1432H.
4
Al-Quran, Surah al-Baqarah 152
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

4

menjadikan ia dipandang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Keutamaan membaca alQur‟an dan zikir ini telah disebutkan dalam firman Allah Subhanahu Wata’ala :

    
  
  
  
  
5
 
Tafsirnya:
“Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke
jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari
gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya, dan menunjuki
mereka ke jalan yang lurus”.

FirmanNya lagi:

   
  
  
  
   
   
6

Tafsirnya:
“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya
berkata):"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian

Al-Qur‟an merupakan intipati kehidupan seseorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Jika
kita fikirkan secara teliti, pembacaan al-Qur‟an sudah setentunya jika dihayati, dengan
5
6

Al-Quran, Surah al-Maidah 16
Al-Quran, Surah ali-Imran 191
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

5

sendirinya akan melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sementara dari sudut yang lain pula,
antara kelebihan amalan membaca al-Qur‟an dan zikir “kalimah at-thaiyibah” (yang baik),
insyaAllah, akan menjadikan segala ilmu yang dipelajari akan cepat difahami, segala urusan
akan berjalan lancar dan akhlak peribadi seseorang itu akan terbentuk dengan cukup baik
dengan izin Allah Ta'ala. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala :

   
  
   
7
   
Tafsirnya:
“Dan kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi ubat (penawar hati) dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepadaNya”

Perintah berzikir antara lain disebut oleh Allah Ta’ala dengan firmanNya:

  
   
   
    
  
    
8
  
Tafsirnya:
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang
sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah yang
memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohonkan ampunan untukmu), supaya
dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia
Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.

Realiti yang dapat dilihat sekarang ini, penghayatan nilai daripada amalan membaca al-Qur‟an
semakin berkurangan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Ia dapat dilihat dan
dipastikan melalui kes-kes yang telah banyak berlaku dan melibatkan remaja-remaja sama ada
di dalam atau luar kawasan sekolah.

7
8

Al-Quran, Surah al-Israa‟ 82
Al-Quran, Surah al-Ahzab 41-43
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

6

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara
Brunei Darussalam pada majlis bersama pelajar-pelajar dan rakyat Negara Brunei Darussalam
di Australia pada 20 Jamadilakhir 1434 Hijrah bersamaan 1 Mei 2013 Masihi yang antara lain
bertitah:
“Beta sedikit kecewa apabila baru-baru ini, pihak berkenaan ada membuat kenyataan bahawa
isu atau gejala sosial adalah paling tinggi di sekolah rendah kita. Kenyataan itu turut
membutirkan, yang isu atau gejala tersebut termasuk, lewat atau tidak hadir ke sekolah,
berkelahi, buli-membuli, mencuri, membawa barang terlarang seperti pisau, berkumpulan
atau geng, peras ugut dan merokok. Beta tidak mahu kepincangan ini cuma untuk disebutsebut saja, tetapi yang lebih penting adalah usaha mengatasinya. Ia tidak boleh ditunda-tunda
atau ditangguh-tangguhkan lagi. Ini adalah penyakit dan setiap penyakit memerlukan
rawatan. Beta menyesali ianya berlaku di sekolah rendah. Baru di peringkat rendah, sudah
kedengaran cerita pisau, cerita geng, cerita peras ugut dan macam-macam lagi. Bayangkan,
jika gejala ini juga menjadi budaya di peringkat tinggi? Di mana SPN21 yang kita megahmegahkan itu?”9

Ini bermakna di peringkat tersebut telah banyak berlaku gejala-gejala yang negatif. Antara
punca masalah sosial yang dikenal pasti di negara ini adalah disebabkan lemahnya aspek
kerohanian pada diri remaja itu sendiri.

Bila ditinjau fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya pelajar-pelajar hari
ini, salah satu faktor menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan kurangnya
penghayatan dan pemahaman isi kandungan al-Qur‟an. Oleh itu al-Qur‟an sebagai petunjuk
jalan yang lurus kepada umat manusia agar mengamalkan dan menghayati kandungan yang
terdapat di dalamnya. Jika amalan membaca al-Qur‟an dilakukan secara berterusan dan isi
kandungannya sentiasa di hayati, maka akan selamatlah hidup seorang manusia dari segala
ancaman. Seperti mana kita ketahui membaca al-Qur‟an disifatkan sebagai santapan rohani
kepada setiap orang Islam dan di samping itu juga al-Qur‟an merupakan senjata yang paling
berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
9

http://www.pelitabrunei.gov.bn/hasrat-negara/item/2695-pelajar-aktif-kreatif-acuan-masa-depan-negara
27/09/2013

-
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

7

Baginda dalam titahnya juga turut meletakkan amanah kepada para guru, supaya sama-sama
menggandakan perhatian terhadap murid-murid sekolah rendah di dalam semua aspek
pembelajaran dan kegiatan-kegiatan mereka, supaya mereka selamat daripada „budaya bebas‟
yang boleh merosakkan diri mereka sendiri.
Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji akan memfokuskan topik perbincangan untuk
melihat sejauhmana pelaksanaan pembacaan al-Qur‟an dijadikan sebagai ibadah yang
diterapkan dalam kehidupan seharian seseorang pelajar yang mana ibu bapa dan guru
khususnya menjadi orang yang terpenting dalam membentuk dan memastikan anak-anak
sentiasa berada di landasan yang benar dan membawa mereka ke arah kebaikan di dunia dan
akhirat dengan menjadikan al-Qur‟an sentiasa berada di dalam jiwa mereka.

Selain itu, kajian ini juga akan membincangkan pendekatan yang sesuai untuk menanamkan
minat membaca al-Qur‟an sebagai amalan dalam kehidupan pelajar. Pengkaji juga ingin
mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pembacaan al-Qur‟an di kalangan
pelajar-pelajar sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam bagi peringkat Rendah Atas dan
mengenal pasti kekerapan dan kualiti pembacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar di peringkat
tersebut. Masalah ini dilatari oleh beberapa sudut permasalahan. Di antaranya adalah:

a. Kekerapan Amalan Membaca al-Qur‟an di Kalangan Pelajar
Persoalan yang timbul ialah sejauhmana kekerapan amalan membaca al-Qur‟an di
kalangan pelajar Islam khususnya di sekolah ugama peringkat Rendah Atas kawasan
Tutong II Negara Brunei Darussalam secara sendiri di luar masa persekolahan. Apakah
faktor penyebab kepada ada atau tidak adanya amalan membaca al-Qur‟an di kalangan
pelajar selain peruntukan masa yang ada di sekolah?

b. Kualiti Bacaan al-Qur‟an di Kalangan Pelajar
Kekerapan pembacaan al-Quran dengan dorongan diri sendiri dapat menyumbang
kepada tahap kualiti bacaan al-Qur‟an yang baik di kalangan pelajar. Persoalan yang
timbul, sejauhmana kurangnya pengamalan membaca al-Qur‟an dapat menjejaskan
kualiti bacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar?
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

8

c. Penghayatan Isi Kandungan al-Qur‟an di Kalangan Pelajar
Al-Qur‟an bukan hanya untuk dibaca tetapi setiap ayat yang terdapat dalam kitab suci
itu perlu dihayati dengan mendalam agar pelajar lebih memahaminya kerana ia
mengandungi pelbagai pengajaran termasuk suruhan dan larangan Allah Subhanahu
Wata’ala. Persoalan yang timbul sejauhmana guru dapat memberikan kefahaman
tentang isi kandungan yang dibaca kepada pelajarnya? Dan apakah usaha guru untuk
membudayakan dan melazimkan pelajar bagi mempelajari, mendalami dan menghayati
kandungan al-Qur‟an itu dalam kehidupan seharian pelajar.

Kesan daripada ketiga-tiga masalah di atas, sudah pasti turut memberikan pengaruh yang besar
kepada pelajar Islam itu sendiri. Walhal membaca al-Qur‟an adalah zikir dan al-Qur‟an itu
sendiri adalah rujukan yang agung. Jika pendidikan melalui al-Qur‟an diabaikan, kehidupan
diri pelajar juga akan boleh terancam malah sekali gus menggagalkan aspirasi Negara Brunei
Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Ini kerana ibu kepada konsep Negara Zikir itu ialah
pengamalan membaca al-Qur‟an yang berkualiti.

1.3 Objektif Kajian

Dalam menjalankan satu kajian, objektif kajian berfungsi sebagai satu rangka rujuk untuk
memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, sistematik serta sealiran dengan penyataan
masalah dan tidak terpesong ke arah isu lain.10 Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Melihat sejauhmana amalan membaca al-Qur‟an diimplementasikan di sekolah ugama
di Negara Brunei Darussalam bagi peringkat rendah atas kawasan Tutong II khususnya.
2. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan amalan pembacaan al-Qur‟an di
sekolah ugama.
3. Mengetahui faktor-faktor penyebab yang mempengaruhi kekerapan pembacaan alQur‟an di kalangan pelajar.
4. Mengenal pasti usaha pelajar dalam menghayati isi kandungan al-Qur‟an.

10

Othman Mohammad, 2001, Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial terapan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

9

5. Mengetahui sejauhmana usaha para guru membantu pelajar menghayati isi kandungan
al-Qur‟an.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini terhad kepada mengukur tahap pengamalan membaca al-Qur‟an dan tidak mengukur
daripada aspek penghayatan yang sebenar. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan lebih
menumpukan kepada kajian yang akan dikhususkan kepada tiga buah sekolah ugama di Negara
Brunei Darussalam bagi peringkat Rendah Atas kawasan Tutong II, yang mana melibatkan
pelajar-pelajar berugama Islam yang menuntut dalam darjah enam. Seramai 15 orang
responden akan dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar darjah enam yang
berugama Islam bagi setiap sekolah.

Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pelaksanaan amalan membaca alQur‟an di kalangan pelajar peringkat Rendah Atas, persepsi pelajar dan penghayatan isi alQur‟an dan faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan amalan pembacaan al-Qur‟an dan
penghayatan kandungannya.

1.5 Hipotesis Kajian
Menurut Mohammad Najib Abdul Ghafar11, hipotesis ialah pernyataan ramalan penyelidikan
tentang hasil penyelidikan. Terdapat beberapa hipotesis dalam kajian ini, iaitu:

1. Amalan membaca al-Qur‟an kurang berkesan kerana kurang diimplementasikan di
sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam.

2. Pelajar tidak mengambil berat amalan membaca al-Qur‟an yang dilaksanakan di
sekolah ugama.

3. Pelajar tidak berminat menjadikan pembacaan al-Qur‟an sebagai amalan harian.
4. Ibu bapa kurang menerapkan pendekatan dan bimbingan al-Qur‟an di rumah.

11

Mohammad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, hlm 32
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

10

5. Guru ugama kurang memberikan penghayatan yang mendalam terhadap kandungan
ayat-ayat al-Qur‟an yang dibaca kepada pelajarnya melalui penerapan nilai.

6. Kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan
pembacaan al-Qur‟an seperti majlis tadarus al-Qur‟an di masjid-masjid, peraduan
tilawah al-Qur‟an di sekolah tempat mereka belajar dan sebagainya.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah:

1. Membantu guru untuk mencari jalan yang terbaik bagi menerapkan ajaran al-Qur‟an
dan memantapkan penghayatan kandungan al-Qur‟an di kalangan para pelajar.

2. Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat memberi gambaran kepada Jabatan
Pengajian Islam, KHEU bagi merancang dan merangka strategi yang lebih berkesan
dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan amalan dan kualiti pembacaan alQur‟an di kalangan pelajar.

3. Memberikan serba sedikit sumbangan pemikiran kepada institusi pendidikan
khususnya KUPUSB dalam menyediakan

bakal-bakal guru ugama yang boleh

mengajar mata pelajaran al-Qur‟an, tafsir al-Qur‟an dan sebagainya dengan lebih
berkesan.

4. Dapatan kajian ini juga diharapkan sebagai bahan rujukan kepada para pengkajipengkaji yang berminat membuat kajian dalam bidang yang berkaitan.

1.7 Rangka Kajian

Kajian ilmiah ini mengandungi 5 bab. Dalam bab I, pengkaji cuba menerangkan pengenalan
ringkas yang berkaitan mengenai tajuk kajian ini dengan menyentuh permasalahan yang
timbul, objektif, skop kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian.
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

11

Dalam bab II pula, pengkaji akan menghuraikan lebih lanjut mengenai definisi operasi kajian
yang berkaitan dengan tajuk ilmiah iaitu seperti membincangkan mengenai maksud amalan,
pembacaan, al-Qur‟an, di Negara Brunei Darussalam dan kemudian menjelaskan mengenai
kelebihan-kelebihan al-Qur‟an tersebut dan memberi kenyataan tentang bagaimana jika
diterapkan dalam kehidupan seharian boleh menjadikan seseorang pelajar itu mempunyai
akhlak yang terpuji. Selain itu pengkaji juga menyelitkan mengenai sorotan kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk ilmiah ini.

Dalam bab III pula, pengkaji akan menyatakan mengenai metodologi kajian yang
mengandungi prosedur kajian ilmiah ini yang berkaitan dengan cara pengkaji memungut data
daripada responden yang bakal terlibat dalam kajian ilmiah ini.

Dalam bab IV akan membincangkan mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan
analisis permasalahan dan dapatan kajian. Kemudian akan dibuat perkaitan dengan tajuk kajian
ini dan dihuraikan lagi dengan lebih teliti.

Dalam bab yang terakhir iaitu bab V, pengkaji akan membuat kesimpulan secara keseluruhan
kajian ilmiah ini dan akan memberikan beberapa cadangan yang boleh membantu lagi dalam
perkara-perkara yang berkaitan.
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

12

BAB II

DEFINISI OPERASI DAN SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Secara keseluruhannya, dalam bab ini menerangkan mengenai latar belakang yang berkaitan
dengan tajuk ilmiah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya untuk melihat dengan lebih jelas
lagi gambaran pengkaji mengenai tajuk ilmiah ini. Oleh itu, bab ini akan membincangkan
mengenai definisi operasi kajian terhadap beberapa konsep yang penting yang terlibat serta
penghuraian bagi setiap konsep tersebut, kepentingan atau keutamaan dan perkaitannya dengan
tajuk ilmiah ini. Di samping itu, di dalam bab ini juga pengkaji akan cuba menjelaskan secara
lebih lanjut lagi sorotan literatur yang telah dibuat oleh penulis-penulis tempatan yang
mempunyai perkaitan mengenai dengan tajuk ilmiah iaitu Amalan pembacaan al-Qur‟an di
kalangan pelajar sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam : Satu kajian di peringkat rendah
atas kawasan Tutong II.

2.2 Pengertian Dan Huraian Konsep
2.2.1 Al-Quran dan Kelebihannya
Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut mengenai tajuk ilmiah ini, pengkaji akan terlebih
dahulu akan menerangkan mengenai beberapa definisi atau pengertian bagi konsep alQur‟an serta huraian mengenainya di dalam tajuk ini.
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

13

Lafaz al-Qur‟an dari segi bahasa adalah bacaan yang berasal daripada perkataan Arab iaitu
Qira‟ah. Namun begitu, maksud sebenar ialah yang dibaca bukan bacaan.12 Ini adalah
berdasarkan dari firman Allah Subhanahu Wata’ala:

  
  
  
13

Tafsirnya:
“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah
menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah
menurut bacaannya itu.”

Dari segi istilah, al-Qur‟an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menjadi mukjizat serta ditulis di dalam beberapa
mashaf, diriwayatkan secara mutawatir, dikira beribadat sesiapa yang membacanya dan
kafir sesiapa yang mengingkarinya.14

Oleh yang demikian, al-Qur‟an adalah sebuah kitab yang menjadi panduan dan sesuai
dilaksanakan di mana saja, tanpa ada batasan waktu serta terkandung dalamnya perkara
umum dan khusus dan al-Qur‟an juga adalah merupakan satu mukjizat terbesar daripada
Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk
menunjukkan kerasulan Baginda dan membuktikan kewujudan Allah dengan segala sifat
kesempurnaanNya. Justeru, dengan menghayati dan mengamalkannya adalah merupakan
satu ibadah sunnah. Maka, peristiwa agung dan paling sejarah bagi umat manusia
seluruhnya ialah dengan turunnya al-Qur‟an secara beransur-ansur ke muka bumi ini,
bermula pada 17 Ramadhan iaitu pada malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala:

12

Rosmawati binti Ali @ Mat Zin, Dr, Pengantar Ulum Al-Qur‟an, 2010, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur,
Hlm: 25
13
Al-Quran, Surah al-Qiyaamah 17-18
14
Rosmawati binti Ali @ Mat Zin, Dr, Pengantar Ulum Al-Qur‟an, 2010, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur,
Hlm: 27
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)







14



    
15



Tafsirnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami
berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan
amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”

FirmanNya lagi:

   
16
 
Tafsirnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.”

FirmanNya lagi:

   
   



17
 
Tafsirnya :
“(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah.”

Sehubungan dengan itu, jelas di sana bahawa Allah Subhanahu Wata’ala telah membuktikan
bahawa al-Quran itu adalah merupakan satu pertunjuk yang benar bagi umat manusia agar
tidak tersesat di dunia ini dan menuntut agar sekalian mukmin untuk mengamalkannya. Oleh
itu, antara kelebihan-kelebihan membaca al-Quran itu ialah:

15

Al-Quran, Surah ad-Dukhan 3
Al-Qur‟an, Surah al-Qadr 1
17
Al-Qur‟an, Surah al-Baqarah 185
16
(AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)

i.

15

Berkaitan dengan kelebihan belajar dan mengajar sebagaimana hadith nabi yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari

ii.

Al-Quran sebagai syafaat pada hari Kiamat.
Dari Abu Umamah RA, ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW, bersabda:
"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu nanti pada hari Kiamat akan
datang untuk memberi syafaat kepada orang yang membacanya". (Riwayat Muslim)

More Related Content

What's hot

Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayuAmalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayuKamarudin Jaafar
 
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guruGenap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
Wahyu Mulyana
 
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
Resti Amin
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiMohd Nur Addin
 
ppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmuppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmu
Melda RD
 
Peringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-QuranPeringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-Quran
Noor Aziah Mamat
 
Hadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiahHadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiah
Idrus Abidin
 
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh AhmadAl quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Md Azmani Syah Ali
 
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhsonKhotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
Kementerian Agama Kota Pontianak Kalbar / SMPN 3 Kota Pontianak Kalbar
 
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
ISLAMIC UNIVERSITY OF GOVERMENT NORTH SUMATERA
 
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMPKel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
lestaridiana28
 
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Islamhouse.com
 
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
LAZNas Chevron
 
Dalil sambutan maulid rasul
Dalil sambutan maulid rasulDalil sambutan maulid rasul
Dalil sambutan maulid rasul
Samsul Huda
 
Bahan khutbah jumat besok pagi
Bahan khutbah jumat besok pagiBahan khutbah jumat besok pagi
Bahan khutbah jumat besok pagi
Faisal Pak
 
15 petunjuk menguatkan iman
15 petunjuk menguatkan iman15 petunjuk menguatkan iman
15 petunjuk menguatkan iman
nyongkoh
 
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015 KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Sri Wiji Lestari
 

What's hot (18)

Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayuAmalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
 
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guruGenap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
Genap xi 3.-hormati-dan-patuhi-orangtua-dan-guru
 
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
Kewajiban menuntut ilmu (quran hadits)
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
ppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmuppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmu
 
Peringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-QuranPeringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-Quran
 
Hadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiahHadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiah
 
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh AhmadAl quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Al quran dan assunnah panduan hidup oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
 
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhsonKhotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
Khotbah idul adha 1434 h oleh drs. nurul muhson
 
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
UAS AL HADIS CINDY ARSY LESTARI. SEMESTER I KPI-B FDK UINSU 2020
 
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMPKel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
 
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
 
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
Buletin Jumat LAZNas Karyawan Muslim Chevron Pusat Edisi Juni 2015
 
Dalil sambutan maulid rasul
Dalil sambutan maulid rasulDalil sambutan maulid rasul
Dalil sambutan maulid rasul
 
Bahan khutbah jumat besok pagi
Bahan khutbah jumat besok pagiBahan khutbah jumat besok pagi
Bahan khutbah jumat besok pagi
 
15 petunjuk menguatkan iman
15 petunjuk menguatkan iman15 petunjuk menguatkan iman
15 petunjuk menguatkan iman
 
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015 KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 

Similar to Bab i pendahuluan

BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
shahaidi
 
Sunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islamSunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islam
Lintoe1
 
Tugas Agama putri barokah.docx
Tugas Agama putri barokah.docxTugas Agama putri barokah.docx
Tugas Agama putri barokah.docx
PutriRiskiya
 
Paduan agamanya ila
Paduan agamanya ilaPaduan agamanya ila
Paduan agamanya ila
Operator Warnet Vast Raha
 
Paduan agamanya ila
Paduan agamanya ilaPaduan agamanya ila
Paduan agamanya ila
Operator Warnet Vast Raha
 
Materi al quran 1
Materi al quran 1Materi al quran 1
Materi al quran 1
fitridheasari
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
Azura Aziz
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxStudi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Zukét Printing
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfStudi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Zukét Printing
 
MAKALAH materi 2 kel 2
MAKALAH materi 2 kel 2MAKALAH materi 2 kel 2
MAKALAH materi 2 kel 2
nisawahyu1
 
Menurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
Menurunkan Konsep Tazkiyatun NafsMenurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
Menurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
AKADEMI GURU AL FATIH
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdfSejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Zukét Printing
 
Makalah Al-Qur'an II
Makalah Al-Qur'an IIMakalah Al-Qur'an II
Makalah Al-Qur'an II
Nur Rohmah
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
MuhammadZulaziziMohd
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islam
yuniarkowahyu
 
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptxAKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
SitiZukhaeriyah1
 
Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044
Nurizzati Mohd Ridzuan
 
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptxAKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
IkhsanFuadi
 

Similar to Bab i pendahuluan (20)

BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 1
 
1 24
1 241 24
1 24
 
Sunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islamSunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islam
 
Tugas Agama putri barokah.docx
Tugas Agama putri barokah.docxTugas Agama putri barokah.docx
Tugas Agama putri barokah.docx
 
Paduan agamanya ila
Paduan agamanya ilaPaduan agamanya ila
Paduan agamanya ila
 
Paduan agamanya ila
Paduan agamanya ilaPaduan agamanya ila
Paduan agamanya ila
 
Materi al quran 1
Materi al quran 1Materi al quran 1
Materi al quran 1
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxStudi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfStudi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
 
MAKALAH materi 2 kel 2
MAKALAH materi 2 kel 2MAKALAH materi 2 kel 2
MAKALAH materi 2 kel 2
 
Menurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
Menurunkan Konsep Tazkiyatun NafsMenurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
Menurunkan Konsep Tazkiyatun Nafs
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdfSejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
 
Makalah Al-Qur'an II
Makalah Al-Qur'an IIMakalah Al-Qur'an II
Makalah Al-Qur'an II
 
Tugasan elm3101
Tugasan elm3101Tugasan elm3101
Tugasan elm3101
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
 
Bertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islamBertutur santun dalam islam
Bertutur santun dalam islam
 
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptxAKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM MABIT.pptx
 
Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044
 
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptxAKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
 

Bab i pendahuluan

  • 1. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam yang berteraskan konsep Melayu Islam Beraja dan berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Waljama'ah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 9hb. Zulhijjah, 1428 Hijrah bersamaan dengan 19hb. Disember, 2007 telah menyatakan keazaman baginda untuk terus menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah 'Negara Zikir' yang sentiasa mengagungkan Allah Subhanahu Wata’ala, sebagaimana baginda yang antara lain bertitah : "Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu, Allah pun dengan rahmatNya memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. Beta, InsyaAllah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah 'Negara Zikir' yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaannya.1 Sehubungan dengan itu, al-Qur‟an sememangnya sudah menjadi titik tolak ke arah kemajuan dan pembangunan ummah khasnya bagi kita umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang merupakan umat terakhir menerima mukjizat terbesar dari Allah Subhanahu Wata’ala. Al-Qur‟an itu sebagai benteng akhlak bagi orang-orang Islam khususnya orangorang yang beriman dan membaca al-Qur‟an adalah satu bentuk zikir dan zikir dengan membaca al-Qur‟an adalah lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir bukanlah suatu 1 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Titah baginda sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, 9hb. Zulhijjah, 1428 Hijrah bersamaan dengan 19hb. Disember, 2007.
  • 2. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 2 perkara yang mudah, ia memerlukan sokongan dan komitmen yang berterusan dari semua pihak khususnya peranan ibu bapa dan guru ugama dalam mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir dan sekali gus merealisasikannya. Golongan sasaran utama yang perlu diasuh bagi merealisasikan hasrat negara ini ialah golongan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi kerana mereka merupakan aset negara dan menjadi turus pemimpin di masa akan datang. Jika semua pihak berjaya memikul amanah ini, InsyaAllah hasrat Negara Zikir akan tercapai dan ianya juga merupakan tuntutan dalam Islam sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di dalam al-Qur‟an :           2  ...   Tafsirnya : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…” Datuk Paduka Awg Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Datuk Laila Utama Hj Awg Abdurrahman, Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kata-kata aluannya di Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam yang temanya, "Bersuluh Dengan alQur‟an", 1432H, menyatakan: "...Kita wajib bersyukur kerana hasrat negara menjadikan negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Walaubagaimanapun, kedinamikan arus transformasi globalisasi yang dilihat telah merevolusikan pemikiran masyarakat dunia hari ini boleh membawa kepada implikasi negatif terhadap kemajuan dan keamanan negara. Realiti ini merupakan cabaran yang kita hadapi sebagai umat Islam dalam mengharungi arus kehidupan dunia ke arah kehidupan akhirat. Umat Islam khususnya memerlukan kekuatan benteng dalam menghadapi cabaran, termasuk isu-isu sosial yang melibatkan individu, keluarga dan masyarakat. Untuk itu, satu mekanisme yang paling ideal yang dapat 2 Al-Quran, Surah ali-Imran 110
  • 3. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 3 dipertikaikan bagi menangani permasalahan dan pelbagai dimensi kehidupan ini ialah dengan bersuluhkan al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah pelita hidup kepada manusia dan merupakan tunjang kepada kekuatan umat Islam..." 3 Al-Qur‟an ibarat lautan dan darinya berkembang pelbagai ilmu dan ia juga merupakan sumber rujukan yang utama dalam pelbagai bidang serta ia merupakan penawar kepada segala penyakit. Manakala zikir pula ibarat penyelamat dan memberikan rasa damai, tenteram dan gembira serta salah satu bahan binaan individu insan yang boleh membentuk sahsiah, rumah tangga, masyarakat, negara dan umat. Selain itu, al-Qur‟an adalah suluh panduan bagi setiap hamba Allah Subhanahu Wata’ala di dalam menjalani kehidupannya di dunia dan seterusnya dapat kembali ke negeri akhirat dengan selamatnya. Sementara zikir pula sebagai bahtera penyelamat bagi seseorang dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu-ragu, was-was, bimbang, perasaan tidak tenteram dan berbagaibagai penyakit jiwa yang lain lagi. Ia menimbulkan kesan yang baik di dalam hati, memberikan rasa damai, tenteram, yakin dan gembira di dalam jiwa seseorang mukmin. Firman Allah Ta’ala:       4  Tafsirnya: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Aku limpahkan rahmat dan ampunan Ku kepadamu), dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”. Justeru, al-Qur‟an dan zikir ini keduanya merupakan bentuk ibadah yang sangat penting sama ada menerusi lidah (ucapan) atau hati, jika diamalkan dengan ikhlas dan penuh istiqamahinsyaAllah-akan melahirkan seorang insan yang sempurna akhlaknya dan sekali gus 3 Datuk Paduka Awg Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Datuk Laila Utama Hj Awg Abdurrahman, Kata -Kata Aluan Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam: Bersuluh Dengan Al Quran, 1432H. 4 Al-Quran, Surah al-Baqarah 152
  • 4. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 4 menjadikan ia dipandang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Keutamaan membaca alQur‟an dan zikir ini telah disebutkan dalam firman Allah Subhanahu Wata’ala :                  5   Tafsirnya: “Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”. FirmanNya lagi:                      6  Tafsirnya: “(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. 1.2 Pernyataan Masalah Kajian Al-Qur‟an merupakan intipati kehidupan seseorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Jika kita fikirkan secara teliti, pembacaan al-Qur‟an sudah setentunya jika dihayati, dengan 5 6 Al-Quran, Surah al-Maidah 16 Al-Quran, Surah ali-Imran 191
  • 5. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 5 sendirinya akan melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sementara dari sudut yang lain pula, antara kelebihan amalan membaca al-Qur‟an dan zikir “kalimah at-thaiyibah” (yang baik), insyaAllah, akan menjadikan segala ilmu yang dipelajari akan cepat difahami, segala urusan akan berjalan lancar dan akhlak peribadi seseorang itu akan terbentuk dengan cukup baik dengan izin Allah Ta'ala. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala :            7     Tafsirnya: “Dan kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi ubat (penawar hati) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepadaNya” Perintah berzikir antara lain disebut oleh Allah Ta’ala dengan firmanNya:                         8    Tafsirnya: “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohonkan ampunan untukmu), supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. Realiti yang dapat dilihat sekarang ini, penghayatan nilai daripada amalan membaca al-Qur‟an semakin berkurangan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Ia dapat dilihat dan dipastikan melalui kes-kes yang telah banyak berlaku dan melibatkan remaja-remaja sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah. 7 8 Al-Quran, Surah al-Israa‟ 82 Al-Quran, Surah al-Ahzab 41-43
  • 6. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis bersama pelajar-pelajar dan rakyat Negara Brunei Darussalam di Australia pada 20 Jamadilakhir 1434 Hijrah bersamaan 1 Mei 2013 Masihi yang antara lain bertitah: “Beta sedikit kecewa apabila baru-baru ini, pihak berkenaan ada membuat kenyataan bahawa isu atau gejala sosial adalah paling tinggi di sekolah rendah kita. Kenyataan itu turut membutirkan, yang isu atau gejala tersebut termasuk, lewat atau tidak hadir ke sekolah, berkelahi, buli-membuli, mencuri, membawa barang terlarang seperti pisau, berkumpulan atau geng, peras ugut dan merokok. Beta tidak mahu kepincangan ini cuma untuk disebutsebut saja, tetapi yang lebih penting adalah usaha mengatasinya. Ia tidak boleh ditunda-tunda atau ditangguh-tangguhkan lagi. Ini adalah penyakit dan setiap penyakit memerlukan rawatan. Beta menyesali ianya berlaku di sekolah rendah. Baru di peringkat rendah, sudah kedengaran cerita pisau, cerita geng, cerita peras ugut dan macam-macam lagi. Bayangkan, jika gejala ini juga menjadi budaya di peringkat tinggi? Di mana SPN21 yang kita megahmegahkan itu?”9 Ini bermakna di peringkat tersebut telah banyak berlaku gejala-gejala yang negatif. Antara punca masalah sosial yang dikenal pasti di negara ini adalah disebabkan lemahnya aspek kerohanian pada diri remaja itu sendiri. Bila ditinjau fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya pelajar-pelajar hari ini, salah satu faktor menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan kurangnya penghayatan dan pemahaman isi kandungan al-Qur‟an. Oleh itu al-Qur‟an sebagai petunjuk jalan yang lurus kepada umat manusia agar mengamalkan dan menghayati kandungan yang terdapat di dalamnya. Jika amalan membaca al-Qur‟an dilakukan secara berterusan dan isi kandungannya sentiasa di hayati, maka akan selamatlah hidup seorang manusia dari segala ancaman. Seperti mana kita ketahui membaca al-Qur‟an disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap orang Islam dan di samping itu juga al-Qur‟an merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya. 9 http://www.pelitabrunei.gov.bn/hasrat-negara/item/2695-pelajar-aktif-kreatif-acuan-masa-depan-negara 27/09/2013 -
  • 7. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 7 Baginda dalam titahnya juga turut meletakkan amanah kepada para guru, supaya sama-sama menggandakan perhatian terhadap murid-murid sekolah rendah di dalam semua aspek pembelajaran dan kegiatan-kegiatan mereka, supaya mereka selamat daripada „budaya bebas‟ yang boleh merosakkan diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji akan memfokuskan topik perbincangan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan pembacaan al-Qur‟an dijadikan sebagai ibadah yang diterapkan dalam kehidupan seharian seseorang pelajar yang mana ibu bapa dan guru khususnya menjadi orang yang terpenting dalam membentuk dan memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang benar dan membawa mereka ke arah kebaikan di dunia dan akhirat dengan menjadikan al-Qur‟an sentiasa berada di dalam jiwa mereka. Selain itu, kajian ini juga akan membincangkan pendekatan yang sesuai untuk menanamkan minat membaca al-Qur‟an sebagai amalan dalam kehidupan pelajar. Pengkaji juga ingin mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pembacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar-pelajar sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam bagi peringkat Rendah Atas dan mengenal pasti kekerapan dan kualiti pembacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar di peringkat tersebut. Masalah ini dilatari oleh beberapa sudut permasalahan. Di antaranya adalah: a. Kekerapan Amalan Membaca al-Qur‟an di Kalangan Pelajar Persoalan yang timbul ialah sejauhmana kekerapan amalan membaca al-Qur‟an di kalangan pelajar Islam khususnya di sekolah ugama peringkat Rendah Atas kawasan Tutong II Negara Brunei Darussalam secara sendiri di luar masa persekolahan. Apakah faktor penyebab kepada ada atau tidak adanya amalan membaca al-Qur‟an di kalangan pelajar selain peruntukan masa yang ada di sekolah? b. Kualiti Bacaan al-Qur‟an di Kalangan Pelajar Kekerapan pembacaan al-Quran dengan dorongan diri sendiri dapat menyumbang kepada tahap kualiti bacaan al-Qur‟an yang baik di kalangan pelajar. Persoalan yang timbul, sejauhmana kurangnya pengamalan membaca al-Qur‟an dapat menjejaskan kualiti bacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar?
  • 8. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 8 c. Penghayatan Isi Kandungan al-Qur‟an di Kalangan Pelajar Al-Qur‟an bukan hanya untuk dibaca tetapi setiap ayat yang terdapat dalam kitab suci itu perlu dihayati dengan mendalam agar pelajar lebih memahaminya kerana ia mengandungi pelbagai pengajaran termasuk suruhan dan larangan Allah Subhanahu Wata’ala. Persoalan yang timbul sejauhmana guru dapat memberikan kefahaman tentang isi kandungan yang dibaca kepada pelajarnya? Dan apakah usaha guru untuk membudayakan dan melazimkan pelajar bagi mempelajari, mendalami dan menghayati kandungan al-Qur‟an itu dalam kehidupan seharian pelajar. Kesan daripada ketiga-tiga masalah di atas, sudah pasti turut memberikan pengaruh yang besar kepada pelajar Islam itu sendiri. Walhal membaca al-Qur‟an adalah zikir dan al-Qur‟an itu sendiri adalah rujukan yang agung. Jika pendidikan melalui al-Qur‟an diabaikan, kehidupan diri pelajar juga akan boleh terancam malah sekali gus menggagalkan aspirasi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Ini kerana ibu kepada konsep Negara Zikir itu ialah pengamalan membaca al-Qur‟an yang berkualiti. 1.3 Objektif Kajian Dalam menjalankan satu kajian, objektif kajian berfungsi sebagai satu rangka rujuk untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, sistematik serta sealiran dengan penyataan masalah dan tidak terpesong ke arah isu lain.10 Objektif kajian ini ialah untuk: 1. Melihat sejauhmana amalan membaca al-Qur‟an diimplementasikan di sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam bagi peringkat rendah atas kawasan Tutong II khususnya. 2. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan amalan pembacaan al-Qur‟an di sekolah ugama. 3. Mengetahui faktor-faktor penyebab yang mempengaruhi kekerapan pembacaan alQur‟an di kalangan pelajar. 4. Mengenal pasti usaha pelajar dalam menghayati isi kandungan al-Qur‟an. 10 Othman Mohammad, 2001, Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia
  • 9. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 9 5. Mengetahui sejauhmana usaha para guru membantu pelajar menghayati isi kandungan al-Qur‟an. 1.4 Skop Kajian Kajian ini terhad kepada mengukur tahap pengamalan membaca al-Qur‟an dan tidak mengukur daripada aspek penghayatan yang sebenar. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan lebih menumpukan kepada kajian yang akan dikhususkan kepada tiga buah sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam bagi peringkat Rendah Atas kawasan Tutong II, yang mana melibatkan pelajar-pelajar berugama Islam yang menuntut dalam darjah enam. Seramai 15 orang responden akan dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar darjah enam yang berugama Islam bagi setiap sekolah. Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pelaksanaan amalan membaca alQur‟an di kalangan pelajar peringkat Rendah Atas, persepsi pelajar dan penghayatan isi alQur‟an dan faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan amalan pembacaan al-Qur‟an dan penghayatan kandungannya. 1.5 Hipotesis Kajian Menurut Mohammad Najib Abdul Ghafar11, hipotesis ialah pernyataan ramalan penyelidikan tentang hasil penyelidikan. Terdapat beberapa hipotesis dalam kajian ini, iaitu: 1. Amalan membaca al-Qur‟an kurang berkesan kerana kurang diimplementasikan di sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam. 2. Pelajar tidak mengambil berat amalan membaca al-Qur‟an yang dilaksanakan di sekolah ugama. 3. Pelajar tidak berminat menjadikan pembacaan al-Qur‟an sebagai amalan harian. 4. Ibu bapa kurang menerapkan pendekatan dan bimbingan al-Qur‟an di rumah. 11 Mohammad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, hlm 32
  • 10. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 10 5. Guru ugama kurang memberikan penghayatan yang mendalam terhadap kandungan ayat-ayat al-Qur‟an yang dibaca kepada pelajarnya melalui penerapan nilai. 6. Kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan pembacaan al-Qur‟an seperti majlis tadarus al-Qur‟an di masjid-masjid, peraduan tilawah al-Qur‟an di sekolah tempat mereka belajar dan sebagainya. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah: 1. Membantu guru untuk mencari jalan yang terbaik bagi menerapkan ajaran al-Qur‟an dan memantapkan penghayatan kandungan al-Qur‟an di kalangan para pelajar. 2. Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat memberi gambaran kepada Jabatan Pengajian Islam, KHEU bagi merancang dan merangka strategi yang lebih berkesan dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan amalan dan kualiti pembacaan alQur‟an di kalangan pelajar. 3. Memberikan serba sedikit sumbangan pemikiran kepada institusi pendidikan khususnya KUPUSB dalam menyediakan bakal-bakal guru ugama yang boleh mengajar mata pelajaran al-Qur‟an, tafsir al-Qur‟an dan sebagainya dengan lebih berkesan. 4. Dapatan kajian ini juga diharapkan sebagai bahan rujukan kepada para pengkajipengkaji yang berminat membuat kajian dalam bidang yang berkaitan. 1.7 Rangka Kajian Kajian ilmiah ini mengandungi 5 bab. Dalam bab I, pengkaji cuba menerangkan pengenalan ringkas yang berkaitan mengenai tajuk kajian ini dengan menyentuh permasalahan yang timbul, objektif, skop kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian.
  • 11. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 11 Dalam bab II pula, pengkaji akan menghuraikan lebih lanjut mengenai definisi operasi kajian yang berkaitan dengan tajuk ilmiah iaitu seperti membincangkan mengenai maksud amalan, pembacaan, al-Qur‟an, di Negara Brunei Darussalam dan kemudian menjelaskan mengenai kelebihan-kelebihan al-Qur‟an tersebut dan memberi kenyataan tentang bagaimana jika diterapkan dalam kehidupan seharian boleh menjadikan seseorang pelajar itu mempunyai akhlak yang terpuji. Selain itu pengkaji juga menyelitkan mengenai sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk ilmiah ini. Dalam bab III pula, pengkaji akan menyatakan mengenai metodologi kajian yang mengandungi prosedur kajian ilmiah ini yang berkaitan dengan cara pengkaji memungut data daripada responden yang bakal terlibat dalam kajian ilmiah ini. Dalam bab IV akan membincangkan mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan analisis permasalahan dan dapatan kajian. Kemudian akan dibuat perkaitan dengan tajuk kajian ini dan dihuraikan lagi dengan lebih teliti. Dalam bab yang terakhir iaitu bab V, pengkaji akan membuat kesimpulan secara keseluruhan kajian ilmiah ini dan akan memberikan beberapa cadangan yang boleh membantu lagi dalam perkara-perkara yang berkaitan.
  • 12. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 12 BAB II DEFINISI OPERASI DAN SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Secara keseluruhannya, dalam bab ini menerangkan mengenai latar belakang yang berkaitan dengan tajuk ilmiah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya untuk melihat dengan lebih jelas lagi gambaran pengkaji mengenai tajuk ilmiah ini. Oleh itu, bab ini akan membincangkan mengenai definisi operasi kajian terhadap beberapa konsep yang penting yang terlibat serta penghuraian bagi setiap konsep tersebut, kepentingan atau keutamaan dan perkaitannya dengan tajuk ilmiah ini. Di samping itu, di dalam bab ini juga pengkaji akan cuba menjelaskan secara lebih lanjut lagi sorotan literatur yang telah dibuat oleh penulis-penulis tempatan yang mempunyai perkaitan mengenai dengan tajuk ilmiah iaitu Amalan pembacaan al-Qur‟an di kalangan pelajar sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam : Satu kajian di peringkat rendah atas kawasan Tutong II. 2.2 Pengertian Dan Huraian Konsep 2.2.1 Al-Quran dan Kelebihannya Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut mengenai tajuk ilmiah ini, pengkaji akan terlebih dahulu akan menerangkan mengenai beberapa definisi atau pengertian bagi konsep alQur‟an serta huraian mengenainya di dalam tajuk ini.
  • 13. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) 13 Lafaz al-Qur‟an dari segi bahasa adalah bacaan yang berasal daripada perkataan Arab iaitu Qira‟ah. Namun begitu, maksud sebenar ialah yang dibaca bukan bacaan.12 Ini adalah berdasarkan dari firman Allah Subhanahu Wata’ala:          13  Tafsirnya: “Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” Dari segi istilah, al-Qur‟an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menjadi mukjizat serta ditulis di dalam beberapa mashaf, diriwayatkan secara mutawatir, dikira beribadat sesiapa yang membacanya dan kafir sesiapa yang mengingkarinya.14 Oleh yang demikian, al-Qur‟an adalah sebuah kitab yang menjadi panduan dan sesuai dilaksanakan di mana saja, tanpa ada batasan waktu serta terkandung dalamnya perkara umum dan khusus dan al-Qur‟an juga adalah merupakan satu mukjizat terbesar daripada Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menunjukkan kerasulan Baginda dan membuktikan kewujudan Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya. Justeru, dengan menghayati dan mengamalkannya adalah merupakan satu ibadah sunnah. Maka, peristiwa agung dan paling sejarah bagi umat manusia seluruhnya ialah dengan turunnya al-Qur‟an secara beransur-ansur ke muka bumi ini, bermula pada 17 Ramadhan iaitu pada malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala: 12 Rosmawati binti Ali @ Mat Zin, Dr, Pengantar Ulum Al-Qur‟an, 2010, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Hlm: 25 13 Al-Quran, Surah al-Qiyaamah 17-18 14 Rosmawati binti Ali @ Mat Zin, Dr, Pengantar Ulum Al-Qur‟an, 2010, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Hlm: 27
  • 14. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II)    14       15  Tafsirnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” FirmanNya lagi:     16   Tafsirnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.” FirmanNya lagi:            17   Tafsirnya : “(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Sehubungan dengan itu, jelas di sana bahawa Allah Subhanahu Wata’ala telah membuktikan bahawa al-Quran itu adalah merupakan satu pertunjuk yang benar bagi umat manusia agar tidak tersesat di dunia ini dan menuntut agar sekalian mukmin untuk mengamalkannya. Oleh itu, antara kelebihan-kelebihan membaca al-Quran itu ialah: 15 Al-Quran, Surah ad-Dukhan 3 Al-Qur‟an, Surah al-Qadr 1 17 Al-Qur‟an, Surah al-Baqarah 185 16
  • 15. (AMALAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : Satu Kajian Di Peringkat Rendah Atas Kawasan Tutong II) i. 15 Berkaitan dengan kelebihan belajar dan mengajar sebagaimana hadith nabi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari ii. Al-Quran sebagai syafaat pada hari Kiamat. Dari Abu Umamah RA, ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW, bersabda: "Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu nanti pada hari Kiamat akan datang untuk memberi syafaat kepada orang yang membacanya". (Riwayat Muslim)