SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1. Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas tentang pengaruh ketenteraan China di
rantau Asia Pasifik dan mahu mengekangnya. Pendirian ini menjadi cabaran kepada
kestabilan politik ASEAN. Huraikan.
Skema 2+3 ( 2 isu dan 3 cabaran pada ASEAN )
Pendahuluan (Contoh)
Amerika Syarikat (USA) sebuah negara kuasa besar melihat ASEAN sebagai rantau yang
mempunyai potensi ekonomi yang hebat. Malangnya negara China mempunyai hubungan dan
pengaruh ketenteraan yang kuat ke atas ASEAN. USA ingin meminimakan pengaruh dominan
ketenteraan China ke atas ASEAN.
Idea 1 ( Isu ) USA menjadikan Asia Pasifik sebagai pengkalan tenteranyah1 – Kehancuran
Kesatuan Soviet Union menyebabkan USA mengalihkan kekuatan ketenteraannya di Atlantik
daripada 60 peratus kepada 40 peratus di rantau Pasifik.h2 – Buktinya 60 peratus armada laut
USA di tempatkan di Lautan Pasifik. Bahkan USA mempunyai penjanjian pertahanan dengan
kebanyakan negara di Pasifik.Contohnya: Pengkalan tentera USA di Singapura, Thailand dan
Jepun.KK – ASEAN bukan pertubuhan ketenteraan.
Idea 2 (isu) Penglibatan meluas USA dalam hal ehwal ASEANh1 – USA mengadakan latihan
ketenteraan bersama dengan negara ASEAN dilihat sebagai sesuatu strategi serampang dua
mata; cuba menunjuk-nunjuk kekuatannya di Asia Pasik.h2 – Tragedi Pulau Scarborough
memperlihatkan bagaimana Armada China menggempur tentera laut Filipina.Contoh : Selalu
membantu Korea Selatan mmemberi amaran kepada Korea Utara.KK. USA suka campurtangan
hal ehwal dalaman ASEAN dan menjadikan Singapura sebagai mata dan telinganya untuk
memantau ASEAN.
( Cabaran kepada ASEAN )Idea 3 Tindakan menperkukuh armada laut USA mengancam konsep
Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)h1 – Tindakan USA memperluaskan wilayah dan
memperbanyakan bilangan anggota dan armada lautnya menyebabkan angkatan laut China juga
menunjuk kekuatannya.h2 – Kesediaan negara China berperang dengan Filipina sebagaimana
laporan Associate China Press (ACP) meningkatkan ketegangan. Bahkan tindakan tentera
lautnya melanggar kapal nelayan Vietnam jelas menggugat kestabilan ASEAN.Contoh
pencerobahan ruang udara Malaysia kerap dilakukan oleh tentera udara Singapura.KK provokasi
ketenteraan jelas mengancam kestabilan Asean.
Idea 4 Kehadiran kapal perang Nuklear mengancam Zon bebas nuklear ASEANh1 – Matlamat
ZOFPAN dan Zon bebas nuklear tidak kesampaian apabila negara-negara Asean menambah
bajet ketenteraan hampir dua kali ganda; pembelian pesawat tempur ditambah.h2 – Krisis Korea
Utara-Selatan jelas memperlihatkan tekanan USA melalui sekatan ekonomi ke atas Korea
Utara.Contoh: Korea Utara menghalakan senjata nuklearnya ke arah Korea Selatan.KK: Peramal
politik menjangkakan perang nuklear akan berlaku di Asia.
Idea 5 Tuntutan China ke atas bebarapa wilayah dalam komuniti ASEAN menggugat kestabilan
politik negara terlibat.h1- Dakwaan negara China bahawa Sabah, Taiwan dan selatan Filipina
adalah sebahagian wilayahnya memaksa negara-negara ASEAN menempakan ketubukan
ketenteraan. Ini sekali mencetuskan ketegangan.h2 – Tindakan armada laut China mengawal
kepulauan Spartly dan Paracel sangat-sangat tidak disenangi Malaysia.Contoh: Tindakan
menangkap nelayan Malaysia dan Vietnam.KK… provokasi ketenteraan menjejaskan semangat
ASEAN menyelesaikan konflik secara aman.
2. Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak-
kanak yang didera sering dipaparkan.
Punca
Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman sesebuah
keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau
mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. Contohnya, pihak yang
biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan
ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa
yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri
akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap
kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan
supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat
oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah
kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai di rumah
pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian
dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan
perasaan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak
belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa
pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera.
Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya
penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan
oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak
dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi
mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang
pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami
penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada
peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang mendalam
dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat memuaskan diri
dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah menyebabkan titik permulaan di
mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini
akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya
seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam
keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan
dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak-
anak mereka. Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut ke arah yang benar.
Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi antara faktor
berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu menanggung perbelanjaan
membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain, misalnya saudara
terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan memberikan kadar upah wang
yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk menjaga si anak
dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap bulan. Walau
bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang dijanjikan, maka
saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan si anak menghadapi
akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan tali pinggang, mencucuk si anak
dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak dalam keadaan kelaparan. Yang
menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan mengejutkan masyarakat apabila si anak
tersebut dianiaya melalui keganasan seksual. Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula,
ibu bapa yang prihatin akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan
seterusnya akan melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah
ibu bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan
kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka.
Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga
merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak ramai
dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan
menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama
kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera
darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti
yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap
anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. Kajian menunjukkan mereka yang
sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda. Ini kerana pasangan muda
menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun
rasional. Selain itu, mereka pun belum bersedia untuk memikul dan melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di samping itu, orang muda pula sering berdarah panas
dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti
merosakkan harta benda rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya.
Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran
kemarahan ibu bapa.
Langkah-langkah
Masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka sejak
dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini amat penting
bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan
keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan
peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah
mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi
serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah
memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti
pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa
sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan
keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan
keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang
menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan
golongan yang tidak bermoral ini.
Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan masyarakat
haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika
mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka
haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa
mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling
kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada
seorang pun yang berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak
mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak
bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara
bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan
daripada berlaku.
Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta
amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang
natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala pembuangan bayi akibat
perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh
orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi yang tidak berdosa tersebut di
merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Kempen
Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh
seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi,
masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala
sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.
Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini bermula dari
rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah berusaha untuk
mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak di samping
menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa,
guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan
masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan
bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk
mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana
usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu, usaha baik yang diambil
oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam
sahaja.
3.Pengenalan
Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa
sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.
Isi-Isi
Kesan-Kesan Baik
1. Globalisasi memajukan ekonomi negara
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa
Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia
Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan
E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan
Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet
Ekonomi negara berkembang pesat
2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat
Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi
Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas
Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham
Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta
Membolehkan bantuan diberikan dengan segera
3. Pemindahan teknologi bertambah pesat
Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara
Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih
Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
4. Politik
Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan
memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial .
Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti
perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar.
5. Sosial
Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh
dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf
dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi.
Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan
berkhasiat, senaman yang betul.
Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.
6. Ekonomi
Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan,
peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa
mahir(pemangkin kepada kemajuan negara)
Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh
dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan
syarikat gergasi luar negara.
Kesan-Kesan Buruk
1. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi
Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju.
Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya
Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
2. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya
Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit
Budaya liar ini langsung tidak ditapis
Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh
Budaya Barat menjadi dominan
Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis
Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya
3. Politik
Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan
kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan
mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas
Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka.
Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah
negara
4. Pendidikan
Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – bahasa Inggeris lebih
diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet
Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik
5. Ekonomi
Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan
terpaksa bersaing dengan produk luar negara
Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya
terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar
negara.
Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan
Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS)
Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara.
Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku
Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan
menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan
terhadap keyakinan ekonomi Malaysia
6. Teknologi
Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh
dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear
Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia
Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan
maklumat negra-negara musuh mereka.
Penutup
Globalisasi telah membawa kesan yang besar
Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi
Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita
4. Malaysia sebuah negara membangun yang kecil namun banyak menyumbang kepada
kebajikan, kesejahteraan dan keamanan global. Bincangkan. Format (5 +0)
Pendahuluan
i. Memberi bantuan kemanusiaan apabila berlaku bencana alam dan konflik bersenjata
di negara luar
- Bantuan di Filipina ketika berlaku taufan Hayyan dan tsunami di Acheh, Indonesia
- Jenis bantuan perubatan, makanan , pakaian, pasukan penyelamat dan juga pertolongan cemas
Contoh Mercy Malaysia
- Konflik bersenjata - seperti di Gaza, Palestin. Memberi bantuan kewangan, makanan, perubatan
dsb Membina sekolah, khemah, masjid dan hospital Contoh Aman Palestin, Perdana Global
Peace
ii. Menyumbang kepada keamanan dunia/sejagat
- Bila-bila masa sahaja Malaysia menyahut tawaran PBB untuk menjadi tentera pengaman
Bangsa-bangsa Bersatu . Malaysia menghantar tentera pengaman PBB ke negara Lubnan,
Bosnia, Somalia, Kongo, Filipina & lain-lain
- Tentera Malaysia bertugas sebagai menjaga keamanan berkenaan
- Malaysia turut dipilih sebagai tentera pemerhati – Peperangan Iran – Iraq
iii. Malaysia pernah menduduki beberapa jawatan penting organisasi antarabangsa
- Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap majlis keselamatan PBB sesi 1965/1966,
1989/1990, 1999/2000
- Malaysia pernah menjadi pengerusi OIC 1996-1997 : Tan Sri Ghazali Ismail
- Pengerusi OIC dan NAM pada tahun 2003 : Tun Abdullah Ahmad Badawi
- Pengerusi Persidangan Pertama G 15 di KL - Tun Mahathir – 1990
iv. Menyumbang kepada dunia pendidikan
- Sekarang terdapat seramai 130 ribu pelajar asing yang sedang menimba pelajaran di Malaysia
iaitu negara yang ke-11 paling ramai di dunia yang menerima pelajar asing belajar di Malaysia.
Dijangka 200 ribu orang menjelang 2020
- Malaysia mempunyai universiti Islam Antarabangsa
- RECSAM iaitu Pusat Pendidikan Rantau Sains & Matematik di Pulau Pinang Ia merupakan
projek pendidikan ASEAN bagi Sains dan Matematik
v. Sumbangan Malaysia dalam bidang ekonomi
- Malaysia adalah pelopor kepada perbankan Islam dan takaful yang sekarang ini diguna pakai
seluruh dunia negara Islam
- Malaysia juga bersama-sama negara selatan-selatan menyokong order baru ekonomi dunia ke
atas negara utara
- Memberi bantuan teknikal kepada negara membangun seperti Maldives dan Papua New Guinea
vi. Malaysia menjadi orang tengah atau perunding damai
- Antara kerajaan Filipina & pejuang kebangsaan bangsa MORO (MILF) di wilayah Mindanao
atau Selatan Filipina. Akhirnya bangsa MORO berjaya memperolehi kuasa autonomi yang akan
berkuatkuasa pada tahun 2015
- Antara kerajaan Thailand & pejuang kemerdekaan selatan Thailand (BRN)
- Rundingan masih terus berjalan
SOALAN HOT
-TUJUAN PENUBUHAN ASEAN
-TUJUAN FORUM SERANTAU ASEAN
-RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI SEGI TIGA PERTUMBUHAN
-TUJUAN KERJASAMA SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN
-MASALAH DALAM KERJASAMA SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN
-MATLAMAT PIAGAM ASEAN
-TUJUAN PENUBUHAN KOMUNITI EKONOMI ASEAN/PASARAN TUNGGAL ASEAN
-HALANGAN DALAM KERJASAMA ASEAN
-OBJEKTIF PENUBUHAN PBB
-OBJEKTIF PENUBUHAN OIC
-TUJUAN PEMBENTUKAN ORDER BARU EKONOMI
-PERKARA YG DITUNTUT OLEH DUNIA KE TIGA DLM RUNDINGAN DIALOG
UTARA SELATAN
-TUJUAN KERJASAMA SELATAN-SELATAN
-TUJUAN KERJASAMA APEC
-TUJUAN SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR
-CABARAN SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR
-MATLAMAT MESYUARAT ASIA-EROPAH
-SAINS DAN TEKNOLOGI
-WARGANEGARA ASING
-BIDANG SUKAN
-BENCANA ALAM
-HUBUNGAN DIPLOMATIK
-MASALAH WARGA ASING
-PELANCONGAN
-HUBUNGAN KERJASAMA NEGARA ASEAN
-DASAR LUAR NEGARA
-ANCAMAN SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN
-TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(ICT)
-SUHU DUNIA
-NANOTEKNOLOGI
-SAINS FORENSIK
-INOVASI
-PERTANIAN
-INDUSTRI PERKAPALAN
-KERJASAMA PELBAGAI BIDANG DENGAN NEGARA2 ASEAN
-EKONOMI GLOBAL
-KEDUDUKAN GEOGRAFI NEGARA
-PERANAN DAN KEPENTINGAN NEGARA ASEAN
-KEAMANAN SERANTAU
-SUMBANGAN OIC
-ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA
-HUBUNGAN DUA HALA
-KEAMANAN DUNIA
-ANCAMAN PROSES MENUJU NEGARA MAJU
-TENAGA NUKLEAR
-RISIKO PENDATANG ASING
-PELABURAN ASING
-HUBUNGAN NEGARA LUAR
1-USAHA MENAMBAK LAUT YANG DIJALANKAN OLEH SINGAPURA MENJADI ISU
UTAMA YANG TELAH MENYENTUH PELBAGAI ASPEK.BINCANGKAN MASALAH
DAN KEWAJARAN AKTIVITI TERSEBUT.
2-MALAYSIA MENJADI DESTINASI UTAMA BAGI PENDATANG ASING UNTUK
MENCARI KERJA.BILANGAN PENDATANG ASING SUDAH TERLALU RAMAI DAN
MENIMBULKAN MASALAH SOSIOEKONOMI KEPADA PENDUDUK DI SEBUAH
NEGARA.BINCANGKAN KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING KEPADA
NEGARA.
3-PERANG DUNIA KEDUA SUDAH BERAKHIR,NAMUN KEAMANAN MASIH
JAUH.PEPERANGAN MASIH BERLAKU DI IRAQ DAN KEMBOJA.SEMEMANGNYA
PEPERANGAN TIDAK MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH
MEREKA,SEBALIKNYA MEMBAWA PENDERITAAN..ULASKAN
4-PENGOLAKAN POLITIK BOLEH MENDORONG KEPADA TUNJUK
PERASAAN,RUSUHAN DAN KEGANASAN DI SESEBUAH NEGARA.HAL INI AKAN
JEJASKAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN MENGANCAM KEAMANAN
DUNIA.BINCANGKAN KESAN-KESAN PENGOLAKAN POLITIK TERHADAP
EKONOMI DAN POLITIK SESEBUAH NEGARA DAN DUNIA
5-PENGAMBILAN TENAGA WANITA ASING SEBAGAI PEMBANTU RUMAH DAPAT
MEMBANTU WANITA MALAYSIA YANG BERKERJAYA.NAMUN
DEMIKIAN,KEHADIRAN MEREKA JUGA MENDATANGKAN PELBAGAI IMPLIKASI
BURUK.HURAIKAN
6-MENGIKUT LAPORAN WHO,BEKALAN MAKANAN KHASIHAT DUNIA SEMAKIN
BERKURANGAN.KEADAAN INI MENIMBULKAN PELBAGAI MASALAH KEPADA
PENDUDUK SESEBUAH NEGARA.ULASKAN.

More Related Content

Similar to Amerika syarikat memberi isyarat yang jelas tentang pengaruh ketenteraan china di rantau asia pasifik dan mahu mengekangnya

Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangangmurugian
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalcamry1414
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialNaveen Segaran
 
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik KebidananCara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidananpjj_kemenkes
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitNanaAsyi
 
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Operator Warnet Vast Raha
 
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Operator Warnet Vast Raha
 
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
Guru  Mesti  Pelopor  Anti  KekerasanGuru  Mesti  Pelopor  Anti  Kekerasan
Guru Mesti Pelopor Anti KekerasanKHAIRIL ARI
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Aker Derashid
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
Pengaruh gaya hidup terhadap keluarga
Pengaruh gaya hidup terhadap keluargaPengaruh gaya hidup terhadap keluarga
Pengaruh gaya hidup terhadap keluargaDesiaman Payah
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 

Similar to Amerika syarikat memberi isyarat yang jelas tentang pengaruh ketenteraan china di rantau asia pasifik dan mahu mengekangnya (20)

Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
 
B.ind project
B.ind projectB.ind project
B.ind project
 
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik KebidananCara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
 
tittle
tittletittle
tittle
 
Bayi
BayiBayi
Bayi
 
Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak Damit
 
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
 
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
Pengaruh pola asuh orang tua yang bekerja dan yang tidak bekerja terhadap pem...
 
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
Guru  Mesti  Pelopor  Anti  KekerasanGuru  Mesti  Pelopor  Anti  Kekerasan
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
 
Isu remaja 1
Isu remaja 1Isu remaja 1
Isu remaja 1
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Pengaruh gaya hidup terhadap keluarga
Pengaruh gaya hidup terhadap keluargaPengaruh gaya hidup terhadap keluarga
Pengaruh gaya hidup terhadap keluarga
 
kespro 2
kespro 2kespro 2
kespro 2
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 

Amerika syarikat memberi isyarat yang jelas tentang pengaruh ketenteraan china di rantau asia pasifik dan mahu mengekangnya

  • 1. 1. Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas tentang pengaruh ketenteraan China di rantau Asia Pasifik dan mahu mengekangnya. Pendirian ini menjadi cabaran kepada kestabilan politik ASEAN. Huraikan. Skema 2+3 ( 2 isu dan 3 cabaran pada ASEAN ) Pendahuluan (Contoh) Amerika Syarikat (USA) sebuah negara kuasa besar melihat ASEAN sebagai rantau yang mempunyai potensi ekonomi yang hebat. Malangnya negara China mempunyai hubungan dan pengaruh ketenteraan yang kuat ke atas ASEAN. USA ingin meminimakan pengaruh dominan ketenteraan China ke atas ASEAN. Idea 1 ( Isu ) USA menjadikan Asia Pasifik sebagai pengkalan tenteranyah1 – Kehancuran Kesatuan Soviet Union menyebabkan USA mengalihkan kekuatan ketenteraannya di Atlantik daripada 60 peratus kepada 40 peratus di rantau Pasifik.h2 – Buktinya 60 peratus armada laut USA di tempatkan di Lautan Pasifik. Bahkan USA mempunyai penjanjian pertahanan dengan kebanyakan negara di Pasifik.Contohnya: Pengkalan tentera USA di Singapura, Thailand dan Jepun.KK – ASEAN bukan pertubuhan ketenteraan. Idea 2 (isu) Penglibatan meluas USA dalam hal ehwal ASEANh1 – USA mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara ASEAN dilihat sebagai sesuatu strategi serampang dua mata; cuba menunjuk-nunjuk kekuatannya di Asia Pasik.h2 – Tragedi Pulau Scarborough memperlihatkan bagaimana Armada China menggempur tentera laut Filipina.Contoh : Selalu membantu Korea Selatan mmemberi amaran kepada Korea Utara.KK. USA suka campurtangan hal ehwal dalaman ASEAN dan menjadikan Singapura sebagai mata dan telinganya untuk memantau ASEAN. ( Cabaran kepada ASEAN )Idea 3 Tindakan menperkukuh armada laut USA mengancam konsep Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)h1 – Tindakan USA memperluaskan wilayah dan memperbanyakan bilangan anggota dan armada lautnya menyebabkan angkatan laut China juga menunjuk kekuatannya.h2 – Kesediaan negara China berperang dengan Filipina sebagaimana laporan Associate China Press (ACP) meningkatkan ketegangan. Bahkan tindakan tentera lautnya melanggar kapal nelayan Vietnam jelas menggugat kestabilan ASEAN.Contoh pencerobahan ruang udara Malaysia kerap dilakukan oleh tentera udara Singapura.KK provokasi ketenteraan jelas mengancam kestabilan Asean. Idea 4 Kehadiran kapal perang Nuklear mengancam Zon bebas nuklear ASEANh1 – Matlamat ZOFPAN dan Zon bebas nuklear tidak kesampaian apabila negara-negara Asean menambah bajet ketenteraan hampir dua kali ganda; pembelian pesawat tempur ditambah.h2 – Krisis Korea Utara-Selatan jelas memperlihatkan tekanan USA melalui sekatan ekonomi ke atas Korea Utara.Contoh: Korea Utara menghalakan senjata nuklearnya ke arah Korea Selatan.KK: Peramal politik menjangkakan perang nuklear akan berlaku di Asia.
  • 2. Idea 5 Tuntutan China ke atas bebarapa wilayah dalam komuniti ASEAN menggugat kestabilan politik negara terlibat.h1- Dakwaan negara China bahawa Sabah, Taiwan dan selatan Filipina adalah sebahagian wilayahnya memaksa negara-negara ASEAN menempakan ketubukan ketenteraan. Ini sekali mencetuskan ketegangan.h2 – Tindakan armada laut China mengawal kepulauan Spartly dan Paracel sangat-sangat tidak disenangi Malaysia.Contoh: Tindakan menangkap nelayan Malaysia dan Vietnam.KK… provokasi ketenteraan menjejaskan semangat ASEAN menyelesaikan konflik secara aman. 2. Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak- kanak yang didera sering dipaparkan. Punca Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman sesebuah keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera. Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang mendalam
  • 3. dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah menyebabkan titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak- anak mereka. Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut ke arah yang benar. Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu menanggung perbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan memberikan kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk menjaga si anak dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan si anak menghadapi akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan tali pinggang, mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak dalam keadaan kelaparan. Yang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan mengejutkan masyarakat apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan seksual. Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan seterusnya akan melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka. Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. Kajian menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda. Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun
  • 4. rasional. Selain itu, mereka pun belum bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di samping itu, orang muda pula sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran kemarahan ibu bapa. Langkah-langkah Masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini. Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku.
  • 5. Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi yang tidak berdosa tersebut di merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak di samping menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu, usaha baik yang diambil oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja. 3.Pengenalan Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan. Isi-Isi Kesan-Kesan Baik 1. Globalisasi memajukan ekonomi negara Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa
  • 6. Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet Ekonomi negara berkembang pesat 2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta Membolehkan bantuan diberikan dengan segera 3. Pemindahan teknologi bertambah pesat Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). 4. Politik Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial . Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar. 5. Sosial Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul.
  • 7. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. 6. Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara. Kesan-Kesan Buruk 1. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga 2. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit Budaya liar ini langsung tidak ditapis Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh Budaya Barat menjadi dominan Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 3. Politik Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara 4. Pendidikan
  • 8. Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik 5. Ekonomi Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia 6. Teknologi Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka. Penutup Globalisasi telah membawa kesan yang besar Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita
  • 9. 4. Malaysia sebuah negara membangun yang kecil namun banyak menyumbang kepada kebajikan, kesejahteraan dan keamanan global. Bincangkan. Format (5 +0) Pendahuluan i. Memberi bantuan kemanusiaan apabila berlaku bencana alam dan konflik bersenjata di negara luar - Bantuan di Filipina ketika berlaku taufan Hayyan dan tsunami di Acheh, Indonesia - Jenis bantuan perubatan, makanan , pakaian, pasukan penyelamat dan juga pertolongan cemas Contoh Mercy Malaysia - Konflik bersenjata - seperti di Gaza, Palestin. Memberi bantuan kewangan, makanan, perubatan dsb Membina sekolah, khemah, masjid dan hospital Contoh Aman Palestin, Perdana Global Peace ii. Menyumbang kepada keamanan dunia/sejagat - Bila-bila masa sahaja Malaysia menyahut tawaran PBB untuk menjadi tentera pengaman Bangsa-bangsa Bersatu . Malaysia menghantar tentera pengaman PBB ke negara Lubnan, Bosnia, Somalia, Kongo, Filipina & lain-lain - Tentera Malaysia bertugas sebagai menjaga keamanan berkenaan - Malaysia turut dipilih sebagai tentera pemerhati – Peperangan Iran – Iraq iii. Malaysia pernah menduduki beberapa jawatan penting organisasi antarabangsa - Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap majlis keselamatan PBB sesi 1965/1966, 1989/1990, 1999/2000 - Malaysia pernah menjadi pengerusi OIC 1996-1997 : Tan Sri Ghazali Ismail - Pengerusi OIC dan NAM pada tahun 2003 : Tun Abdullah Ahmad Badawi - Pengerusi Persidangan Pertama G 15 di KL - Tun Mahathir – 1990 iv. Menyumbang kepada dunia pendidikan - Sekarang terdapat seramai 130 ribu pelajar asing yang sedang menimba pelajaran di Malaysia iaitu negara yang ke-11 paling ramai di dunia yang menerima pelajar asing belajar di Malaysia. Dijangka 200 ribu orang menjelang 2020 - Malaysia mempunyai universiti Islam Antarabangsa
  • 10. - RECSAM iaitu Pusat Pendidikan Rantau Sains & Matematik di Pulau Pinang Ia merupakan projek pendidikan ASEAN bagi Sains dan Matematik v. Sumbangan Malaysia dalam bidang ekonomi - Malaysia adalah pelopor kepada perbankan Islam dan takaful yang sekarang ini diguna pakai seluruh dunia negara Islam - Malaysia juga bersama-sama negara selatan-selatan menyokong order baru ekonomi dunia ke atas negara utara - Memberi bantuan teknikal kepada negara membangun seperti Maldives dan Papua New Guinea vi. Malaysia menjadi orang tengah atau perunding damai - Antara kerajaan Filipina & pejuang kebangsaan bangsa MORO (MILF) di wilayah Mindanao atau Selatan Filipina. Akhirnya bangsa MORO berjaya memperolehi kuasa autonomi yang akan berkuatkuasa pada tahun 2015 - Antara kerajaan Thailand & pejuang kemerdekaan selatan Thailand (BRN) - Rundingan masih terus berjalan
  • 11. SOALAN HOT -TUJUAN PENUBUHAN ASEAN -TUJUAN FORUM SERANTAU ASEAN -RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI SEGI TIGA PERTUMBUHAN -TUJUAN KERJASAMA SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN -MASALAH DALAM KERJASAMA SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN -MATLAMAT PIAGAM ASEAN -TUJUAN PENUBUHAN KOMUNITI EKONOMI ASEAN/PASARAN TUNGGAL ASEAN -HALANGAN DALAM KERJASAMA ASEAN -OBJEKTIF PENUBUHAN PBB -OBJEKTIF PENUBUHAN OIC -TUJUAN PEMBENTUKAN ORDER BARU EKONOMI -PERKARA YG DITUNTUT OLEH DUNIA KE TIGA DLM RUNDINGAN DIALOG UTARA SELATAN -TUJUAN KERJASAMA SELATAN-SELATAN -TUJUAN KERJASAMA APEC -TUJUAN SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR -CABARAN SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR -MATLAMAT MESYUARAT ASIA-EROPAH -SAINS DAN TEKNOLOGI -WARGANEGARA ASING -BIDANG SUKAN -BENCANA ALAM -HUBUNGAN DIPLOMATIK -MASALAH WARGA ASING
  • 12. -PELANCONGAN -HUBUNGAN KERJASAMA NEGARA ASEAN -DASAR LUAR NEGARA -ANCAMAN SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN -TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(ICT) -SUHU DUNIA -NANOTEKNOLOGI -SAINS FORENSIK -INOVASI -PERTANIAN -INDUSTRI PERKAPALAN -KERJASAMA PELBAGAI BIDANG DENGAN NEGARA2 ASEAN -EKONOMI GLOBAL -KEDUDUKAN GEOGRAFI NEGARA -PERANAN DAN KEPENTINGAN NEGARA ASEAN -KEAMANAN SERANTAU -SUMBANGAN OIC -ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA -HUBUNGAN DUA HALA -KEAMANAN DUNIA -ANCAMAN PROSES MENUJU NEGARA MAJU -TENAGA NUKLEAR -RISIKO PENDATANG ASING -PELABURAN ASING -HUBUNGAN NEGARA LUAR
  • 13. 1-USAHA MENAMBAK LAUT YANG DIJALANKAN OLEH SINGAPURA MENJADI ISU UTAMA YANG TELAH MENYENTUH PELBAGAI ASPEK.BINCANGKAN MASALAH DAN KEWAJARAN AKTIVITI TERSEBUT. 2-MALAYSIA MENJADI DESTINASI UTAMA BAGI PENDATANG ASING UNTUK MENCARI KERJA.BILANGAN PENDATANG ASING SUDAH TERLALU RAMAI DAN MENIMBULKAN MASALAH SOSIOEKONOMI KEPADA PENDUDUK DI SEBUAH NEGARA.BINCANGKAN KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING KEPADA NEGARA. 3-PERANG DUNIA KEDUA SUDAH BERAKHIR,NAMUN KEAMANAN MASIH JAUH.PEPERANGAN MASIH BERLAKU DI IRAQ DAN KEMBOJA.SEMEMANGNYA PEPERANGAN TIDAK MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA,SEBALIKNYA MEMBAWA PENDERITAAN..ULASKAN 4-PENGOLAKAN POLITIK BOLEH MENDORONG KEPADA TUNJUK PERASAAN,RUSUHAN DAN KEGANASAN DI SESEBUAH NEGARA.HAL INI AKAN JEJASKAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN MENGANCAM KEAMANAN DUNIA.BINCANGKAN KESAN-KESAN PENGOLAKAN POLITIK TERHADAP EKONOMI DAN POLITIK SESEBUAH NEGARA DAN DUNIA 5-PENGAMBILAN TENAGA WANITA ASING SEBAGAI PEMBANTU RUMAH DAPAT MEMBANTU WANITA MALAYSIA YANG BERKERJAYA.NAMUN DEMIKIAN,KEHADIRAN MEREKA JUGA MENDATANGKAN PELBAGAI IMPLIKASI BURUK.HURAIKAN 6-MENGIKUT LAPORAN WHO,BEKALAN MAKANAN KHASIHAT DUNIA SEMAKIN BERKURANGAN.KEADAAN INI MENIMBULKAN PELBAGAI MASALAH KEPADA PENDUDUK SESEBUAH NEGARA.ULASKAN.