ppt marasmus windy oktavia.pptx maramusmus adalah bentuk mulnutrisi
Ajk pengawas
1. “1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami : SMTP/JB/700-9/6 ( )
Tarikh : 28 Disember 2012.
Ibu bapa / Penjaga Pelajar,
SMV Perdagangan,
Johor Bahru.
Tuan/Puan,
Makluman “Kursus Kepimpinan AJK Asrama dan Pengawas Sekolah”, Sekolah Menengah Vokasional
Perdagangan Johor Bahru 2013.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Asrama dan
Pengawas Sekolah, Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru akan mengadakan satu
program khas untuk pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada 90 orang AJK Asrama dan 34
orang pengawas sekolah pada 11 Januari hingga 13 Januari 2013. Program ini antara lain bertujuan
untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang berkesan, berkeyakinan, berfikiran
kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Justeru,
pihak sekolah telah melantik Strategic Allegiance Sdn Bhd bagi mengendalikan program sebagaimana
yang tersebut di atas.
3. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan ……………………………………………………………………….dari
Tingkatan 5 ……………………………… telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Berikut adalah perkara yang
berkaitan kursus tersebut.
Tarikh : 11 hingga 13 Januari 2013.
Tempat : Persekitaran Sekolah dan Asrama SMV Perdagangan, Johor Bahru.
Masa : 11 Januari 2013 jam 3.00 pendaftaran peserta di Dewan Dagang.
13 Januari 2013 jam 12.00 tengah hari program tamat.
4. Diharapkan agar tuan/puan dapat menguruskan urusan pergi dan balik pelajar ke sekolah
sebagaimana waktu yang telah ditetapkan bagi melicinkan perjalanan program. Bersama ini disertakan
surat kebenaran ibu bapa untuk ditandatangani dan mohon dikembalikan semula selewat-lewatnya
pada hari Jumaat, 11 Januari 2013.
5. Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan untuk menjana
pemimpin masa hadapan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HJH.ZANARIAH BINTI HJ. AHMAD)
Pengetua,
SM Vokasional Perdagangan,
Johor Bahru.
2. ____________________________________
____________________________________
____________________________________ Tarikh : __________________
____________________________________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan,
Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak,
80350 Johor Bahru,
Johor.
Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Saya _________________________________________ * ibu bapa / penjaga kepada
________________________ tingkatan _________________ * tidak membenarkan / membenarkan
* anak / jagaan saya menyertai program / kursus / kegiatan / lawatan
_________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
pada tarikh ________________________ hingga __________________________.
2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepenuhnya. Walau bagaimanapun pihak sekolah tidak
bertanggunggjawab sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa pertolongan
cemas ke atas anak saya jika didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Tanda tangan ibu bapa / penjaga:
----------------------------------
Nama : __________________________________________
No. Telefon yang boleh dihubungi : ____________________
* Potong yang mana tidak berkenaan
3. BARANG KEPERLUAN UNTUK DIBAWA :
1. Keperluan solat
2. Alat Kebersihan diri, selipar dan cadar
3. Alat tulis dan buku catatan
4. Pakaian secukupnya (3 hari 2 malam)
5. Track-suit dan kasut sukan
6. T-shirt sekolah dan rumah sukan
• Segala syarat dan peraturan serta barang larangan oleh pihak sekolah dan asrama perlu dipatuhi.