Laporan ini adalah berkenaan dengan perancangan pengangkutan bandar di tempat asal yang mengandungi masalah-masalah pengangkutan, polisi pengangkitan, perancangan pada jangka pendek dan panjang.
Laporan ini adalah berkenaan dengan perancangan pengangkutan bandar di tempat asal yang mengandungi masalah-masalah pengangkutan, polisi pengangkitan, perancangan pada jangka pendek dan panjang.
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR SET 1 SEMESTER 1 SESI 2022/2023
Nama: Raja Norazlina binti Raja Mahayuddin Iskandar Shah
No. Matrik: A179768
Pensyarah: Prof. Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K Rahmat
Pengangkutan Bandar (LMCP2502)
Projek Akhir: Asas Pengangkutan Bandar
Laksanakan projek akhir seperti yang diminta. Laporan projek akhir hendaklah dibuat dalam bentuk slides yang tidak KURANG dari 25 slide atau 20 mukasurat MS Words.
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR SET 1 SEMESTER 1 SESI 2022/2023
Nama: Raja Norazlina binti Raja Mahayuddin Iskandar Shah
No. Matrik: A179768
Pensyarah: Prof. Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K Rahmat
Pengangkutan Bandar (LMCP2502)
Projek Akhir: Asas Pengangkutan Bandar
Laksanakan projek akhir seperti yang diminta. Laporan projek akhir hendaklah dibuat dalam bentuk slides yang tidak KURANG dari 25 slide atau 20 mukasurat MS Words.
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenAdrianAgoes9
sosialisasi untuk dosen dalam mengisi dan memadankan sister akunnya, sehingga bisa memutakhirkan data di dalam sister tersebut. ini adalah untuk kepentingan jabatan akademik dan jabatan fungsional dosen. penting untuk karir dan jabatan dosen juga untuk kepentingan akademik perguruan tinggi terkait.
2. LATAR BELAKANG TELUK INTAN
● Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran
Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini
adalah bandar yang terbesar sekali di
selatan Perak berbanding dengan Kampar,
Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
● Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan
Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut.
● Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini
bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk
Intan.
● Ramai orang seberang berketurunan Jawa,
Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan
kemudian India-Bombay datang mendiami
kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan
daripada mereka adalah para petani dan para
pedagang barangan tradisi seperti rempah
ratus, kain, inggu, kacip, parang
3. MASALAH PENGANGKUTAN YANG
DIHADAPI DI TELUK INTAN
Kesesakan lalu
lintas
● Masalah kesesakan lalu lintas ini
sering dihadapi ketika waktu pagi
dan petang. Hal ini kerana jalan
yang ada tidak cukup untuk
menampung jumlah kenderaan
yang ada.
● Perkara ini telah membelenggu
penduduk di Teluk Intan sejak
2010 lagi.
4. ❏ Masalah tiada tempat parkir ini
sering mengganggu penduduk
di Teluk Intan.
❏ Ada kalanya parkir dikenakan
bayaran, namun masih lagi
tidak mencukupi untuk
kenderaan parkir.
❏ Penduduk menghabiskan masa
yang lama untuk mencari
tempat parkir.
2. Tiada parkir mencukupi
5. ❏ Masalah yang dihadapi
penduduk di Teluk Intan ialah
tidak mencukupi pengangkutan
awam.
❏ Walaupun Teluk Intan ini
merupakan bandar, namun
pergerakan bas mahupun teksi
agak sukar untuk didapati
❏ Kadang kala penduduk harus
menunggu berjam-jam untuk
mendapatkan bas yang ada.
3. Pengangkutan awam tidak
mencukupi
6. Menyediakan pengangkutan awam yang selamat dan selesa untuk
para pengguna.
Mewujudkan teknologi yang canggih bagi mengurangkan masalah
kesesakan lalu lintas
Melangkah ke arah ekosistem pengangkutan hijau
Merancang pembinaan laluan alternatif.
Polisi Pengangkutan
7. ● Menyediakan pengangkutan awam yang
selamat dan selesa untuk para pengguna.
● Mewujudkan bas elektrik di Teluk Intan
untuk ke pekan-pekan yang berdekatan
● Bas elektrik adalah mesra alam kerana tidak
mengeluarkan asap yang boleh
menyebabkan pencemaran udara
memandangkan ia digerakkan oleh tenaga
elektrik.
● dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar, penggunaan bas elektrik juga tidak
menghasilkan bunyi bising berbanding bas
biasa yang menggunakan enjin diesel.
Polisi Pengangkutan
8. -penumpang akan berasa lebih selesa
kerana tidak ada gangguan bunyi enjin dan
tidak ada gegaran ketika bas sedang
bergerak.
-kelebihan bas elektrik ini, ia sangat jimat
daripada segi bahan api kerana bas elektrik
hanya menggunakan bateri cas pantas
yang hanya mengambil masa enam hingga
lapan jam untuk dicas dan boleh bertahan
selama satu hari.
Polisi Pengangkutan
9. Cadangan Jangka Masa Pendek
1. Mengenakan bayaran parkir di
mesin sahaja
- Mesin automatik yang
dikenakan bayaran untuk parkir,
mesin tersebut hendaklah boleh
dibayar secara tunai mahupun
atas talian.
- Jika pengguna kenderaan
dikenakan saman, mesin
tersebut hendaklah mempunyai
pilihan untuk membayar saman
selagi dalam tempoh 24 jam
- Perkara ini membantu pengguna
kenderaan dalam parkir di mana
sahaja
10. Cadangan Jangka Masa Pendek
2. Memperbaik tempat menunggu
bas
-Tempat menunggu bas di Teluk
Intan sudah usang dan tempat
duduknya tidak ada
-Kebanyakan tempat menunggu bas
yang disediakan tidak efisien dan
tidak mesra pengguna
-Tempat menunggu bas hendaklah
tempat yang redup, menyediakan
tempat duduk, dapat menghalang
daripada tempias hujan dan
dimanfaatkan penduduk.
-contoh terbaik tempat menunggu
bas boleh dilihat di Singapura
sendiri.
11. Cadangan Jangka Masa Pendek
3. Menambah laluan pejalan kaki
-Pejalan kaki di kawasan Teluk Intan amat kurang di
jalan raya
-Pengguna di jalan raya juga kurang mengetahui
laluan pejalan kaki boleh digunakan
-Kenderaan dan motosikal yang lalu lalang tidak
memberikan peluang kepada pejalan kaki untuk
menyeberang jalan.
-Pengguna juga tidak mengetahui fungsi pejalan
kaki yang selamat
-Laluan pejalan kaki yang ada pula, kebanyakannya
laluan itu sudah hilang garisannya maka pihak
berkuasa hendaklah mengambil berat tentang laluan
pejalan kaki
12. Cadangan Jangka Masa Pendek
4. Memperbanyakkan pengangkutan aktif
-Rakyat Malaysia sudah kurang menunggang
basikal di kawasan Teluk Intan
-Hanya warga asing, warga emas dan kanak-kanak
sahaja dilihat menunggang basikal ini
-Oleh itu, pengangkutan aktif seperti khidmat
sewaan basikal elektrik ini amat diperlukan di
kawasan Teluk Intan
-Basikal ini boleh diletakkan di taman rekreasi, tepi
Menara Condong untuk tarikan pelancong
-Perkara ini memberikan kesan positif kepada
penduduk Teluk Intan agar mengambil langkah sihat
untuk mengeluarkan peluh .
13. Cadangan Jangka Masa Pendek
5. Mewujudkan laluan penunggang basikal
-Kebanyakan bandar-bandar besar seperti di
Cyberjaya, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah
mewujudkan laluan penunggang basikal ini
-Sekiranya laluan ini diwujudkan, lebih ramai lagi
penunggang akan melalui jalan ini untuk beriadah.
-Jalan yang dikhaskan untuk penunggang ini akan
memberikan rasa selamat kepada penunggang
untuk menunggang basikal di jalan raya.
-Penunggang akan berasa lebih berani untuk
menggunakan basikal lebih-lebih lagi dalam
kalangan kanak-kanak yang ingin pergi ke sekolah.
Perkara ini membantu mereka untuk menunggang
dengan lebih selamat dan berhati-hati.
14. 1. Membina laluan kereta api di Teluk
Intan
Dahulunya, di Teluk Intan
sendiri ada kereta api tetapi
telah diberhentikan sejak
berlakunya kejadian dan kurang
mendapat keuntungan. Namun
begitu, sejak bertambahnya
penduduk di Teluk Intan, maka
wajarlah diteliti semula kereta
api di Teluk Intan.
Perancangan Jangka Panjang
15. -kemungkinan mengangkut barang
besar – kereta api adalah
penyelesaian yang sempurna apabila
ia datang untuk mengangkut barang
besar. Gerabak standard
mempunyai kapasiti muatan yang
jauh lebih tinggi daripada treler lori,
dengan kelebihan tambahan kereta
api boleh menggunakan platform
terbuka
Perancangan Jangka Panjang
16. -ekologi – pada masa mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau
merupakan salah satu cabaran
paling penting bagi industri, memilih
bentuk pengangkutan yang mesra
alam merupakan satu lagi hujah
penting untuk mengurangkan
pengangkutan jalan yang memihak
kepada pengangkutan kereta api.
Perancangan Jangka Panjang
17. 2. Mewujudkan parkir bertingkat
-Projek bangunan parkir bertingkat
hendaklah dibina di sekitar bandar Teluk
Intan ini bagi mengurangkan beban
penduduk dengan masalah kekurangan
parkir.
-Dengan adanya bangunan parkir
bertingkat di lokasi yang ditetapkan,
penduduk bolehlah menggunakannya
sebelum menaiki pengangkutan awam ke
tempat kerja
Perancangan Jangka Panjang
18. 2. Mewujudkan parkir bertingkat
- Contohnya bangunan parkir empat
tingkat di Taman Botani Perdana, Shah
Alam boleh memuatkan 410 kenderaan
termasuk parkir khas bagi orang kurang
upaya (OKU) dan wanita.
-kadar RM3 bagi setiap kemasukan parkir,
namun akan pihak atasan
mempertimbangkan kadar seterusnya jika
ia membebankan pengguna.
Perancangan Jangka Panjang
19. 3. Mewujudkan bandar zon bebas
kenderaan
-faktor utama berlakunya pencemaran
udara adalah dari penggunaan kenderaan.
Dengan jumlah kereta yang banyak akan
menyumbang asap kotor yang banyak.
- demi memelihara alam sekitar daripada
tercemar dengan kaedah mengurangkan
penggunaan kereta dan meluaskan zon
pejalan kaki, maka sesetengah bandar
melaksanakan zon bebas kenderaan.
Perancangan Jangka Panjang
20. 3. Mewujudkan bandar zon bebas
kenderaan
-sesetengah bandar telah mengharamkan
penggunaan kereta dan mengalakkan
penduduknya mengunakan pengangkutan
awam bagi mengelakkan kesesakan lalu
lintas yang menyebabkan pencemaran
udara.
Perancangan Jangka Panjang
21. 3. Mewujudkan bandar zon bebas kenderaan
-Contohnya, Madrid telah mengharamkan
berlakunya kesesakan trafik di bandar-bandar
tertentu mereka. Terdapat beberapa kawasan
yang masih membolehkan penduduknya
memandu, namun orang lain masuk dan
memandu akan dikenakan denda lebih
daripada $ 100. Ia adalah salah satu langkah
untuk meluaskan lagi pedestrianize dalam
bandar Madrid dalam tempoh lima tahun akan
datang.
Perancangan Jangka Panjang
22. 4. Mewujudkan laluan khas bas
-Lorong bas berupakan sejenis lorong yang
dikhususkan hanya untuk bas pada hari dan
waktu tertentu sahaja, yang digunakan untuk
meningkatkan kepantasan pengangkutan
awam yang sering terganggu oleh kesesakan
jalan raya.
-Selain bas, beberapa jenis kenderaan lain
ada kalanya dibenarkan untuk menggunakan
lorong bas seperti teksi. Lorong bas
merupakan salah satu komponen utama
sistem alihan laju bas.
Perancangan Jangka Panjang
23. 4. Mewujudkan laluan khas bas
-Lorong bas tidak semestinya sangat panjang,
memandangkan ia hanya digunakan untuk memintas
laluan sesak. Sesetengah bandar raya membina
jajaran lorong bas khusus yang dikira sebagai satu
sistem jalan raya tempatan yang berasingan, yang
turut dikenali sebagai sistem alihan laju bas.
-Seluruh bahagian jalan boleh diwartakan sebagai
lorong bas (seperti Oxford Street di London atau
Fulton Street di Bandaraya New York), yang hanya
membenarkan bas, teksi serta kenderaan
penghantaran sahaja, ataupun lorong bas kontra
yang membenarkan bas untuk bergerak pada arah
bertentangan
Perancangan Jangka Panjang
24. 4. Mewujudkan laluan khas bas
-Sesetengah lorong bas hanya beroperasi pada
waktu tertentu sahaja pada waktu siang, biasanya
semasa waktu sesak, membenarkan kesemua
kenderaan menggunakan lorong tersebut pada
waktu lain, dan adalah lumrah untuk mempunyai
lorong bas secara sehala sahaja (untuk lalu lintas
waktu sesak pagi), dengan bas menggunakan lorong
biasa pada arah bertentangan.
-Oleh itu, amatlah penting untuk mewujudkan lorong
khas untuk bas bagi memudahkan penumpang
sampai ke destinasi mengikut waktunya.
Perancangan Jangka Panjang
25. Sekian Terima Kasih
Kesimpulannya, pengangkutan awam merupakan keperluan yang
dapat memudahkan urusan manusia. Tetapi, pengangkutan yang ada
ini tidak mampu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik
berbanding dengan bandar-bandar lain. Oleh itu, perlulah pihak
kerajaan mengambil berat tentang hal ini.